Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 9 Oktober 2018

Mahathir Tolak Manifesto Kami Tetapi Guna Manifestonya Sendiri Untuk PRU Tahun 1999.

ZAM KATA @ Zainuddin Maidin | BENAR MAHATHIR TUAN KEPADA KERJANYA SENDIRI


 

👆👆👆👆👆

Ini adalah draft Manifesto 1999 yang ditulis tangan oleh Mahathir sendiri yang masih dalam simpanan saya.

Para wartawan yang sering mengikutinya terutama keluar negara lebih mengetahui samada Tun Dr. Mahathir seorang manusia luar biasa, sangat pintar, lucu dan selesa bagi semua orang.

Saya tidak bersetuju dengan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk meanggapnya sebagai perfectionist kerana perlantikan Syed Saddiq yang terlalu muda sebagai Menteri penuh boleh dianggap sebagai kesilapannya yang sepatutnya didahulukan sebagai Timbalan Menteri.

Bagaimanapun kenyataan Syed Saddiq mengenai perwatakan Tun adalah tepat semuanya yang menyanggah anggapan salah Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail (TMJ)  yang memperbudakkannya kerana kenyataan itu.

Saya anggap Syed Saddiq pintar dan tajam pandangannya kerana dalam masa yang singkat berada dengan Mahathir telah dapat membaca dengan tepat perwatakannya dan kenyataannya menampakkan kematangannya lebih dari menteri-menteri yang telah berkhidmat bertahun-tahun. Demikian juga dalam beberapa kenyataannya yang lain. Mungkin kerana itu juga Mahathir percaya untuk melantiknya terus menjadi menteri penuh.

Saya memberikan suatu contoh ketepatan Syed Saddiq dalam mensifatkan Mahathir "Tuan Kepada Kerjanya Sendiri" yang menjadi pengalaman saya bersama beberapa orang lagi yang tidak mungkin akan dapat dilupakan buat selamanya yang berlaku dalam pilihanraya 1999.

Saya mencatitkan pengalaman masam dan manis ini dalam buku saya Memoir Wartawan Negara( Saya Bukan Menteri) yang diterbitkan oleh UUM (Universiti Utara Malaysia). Inilah catitan saya dalam Bab 11 :

Atas pemintaan Mahathir Jawatankuasa Manifesto 1999 telah dibentuk dengan dipengerusikan oleh Timbalan Presiden UMNO Abdullah Badawi yang dianggotai oleh antara lain Setiausaha Agung UNNO, Mohamed Rahmat, Allahyarham Dr.Nordin Sopiee daripada Institusi Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS), Abdul Kadir Jasin dari NST dan saya sendiri dari Utusan Melayu.

Apabila dikemukakan drafnya kepada Presiden UMNO Dr.Mahathir untuk pengesahannya beberapa hari sebelum pilihanraya, manifesto itu tidak keluar dari biliknya, tidak dikembalikan kepada kami yang menunggu di luar biliknya lebih dari tiga jam.

Apabila dikembalikan bukanlah manifesto kami tetapi manifesto tulisan tangan 10 muka daripada Dr.Mahathir sendiri yang langsung tidak berasaskan kepada draf kami. Ertinya manifesto kami yang kami hasilkan menerusi proses perbincangan yang panjang yang memakan masa lebih dari sebulan telah ditolak.

"Biasalah" kata Dr.Nordin Sopiee yang berpengalaman menyediakan beberapa ucapan untuk Dr.Mahathir terutama yang melibatkan pentas antarabangsa tetapi tidak dipakai oleh Mahathir..


 

👆👆👆👆👆

Ini adalah muka dua tulisan tangan manifesto Dr.Mahathir untuk Pilihanraya 1999. 10 muka semuanya. - 9 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...