Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 1 Februari 2020

Apakah Tun Mahu Hancurkan PH Dengan Isu PPSMI? - Shahbudin Husin.

Shahbudin Husin | APAKAH MELALUI PPSMI, MAHATHIR MAHU MELINGKUPKAN PH?

Pengumuman Tun Mahathir Mohamad selaku pemangku Menteri Pendidikan mahu mengembalikan semula pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mengundang reaksi negatif banyak pihak terhadap keputusan itu.




Rata-rata pelbagai kelompok masyarakat menzahirkan rasa tidak setuju dengan pengembalian dasar yang pernah dilaksanakan pada 2002, tetapi kemudian dibatalkan kepada 2011.

Beberapa persatuan, NGO, kelompok masyarakat, pemimpin politik, individu ternama, ibu bapa dan lain-lainnya telah tampil bersuara menyatakan rasa tidak setuju mereka dengan keputusan Tun Mahathir itu.

Semuanya boleh dilihat dalam pelbagai medium media sosial di mana sehingga ini belum nampak ada yang menyokong keputusan Tun Mahathir itu.

Mereka melihat Tun Mahathir terburu-buru dalam keputusan terbaru ini, walhal beliau baru tidak sampai sebulan memangku jawatan Menteri Pendidikan.

Dipersoalkan apakah Tun Mahathir tidak sedar kemampuan guru-guru dalam penguasaan bahasa Inggeris dan jika mereka perlu menjalani latihan kemahiran, tidakkah ia akan memakan masa serta menelan kos yang tinggi?

Selain pengembalian dasar ini mengabaikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, ia juga pasti menyebabkan murid-murid luar bandar terus ketinggalan dan menjadi mangsa dalam peperiksaaan.

Akhirnya, walaupun Tun Mahathir adalah Melayu, tetapi murid-murid Melayu juga yang jadi mangsa di sebalik dasar ini.

Dalam hal ini, apa agaknya pendirian Muhyiddin Yassin sekarang terhadap keputusan Tun Mahathir ini kerana PPSMI dibatalkan pada 2011 adalah ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan.

Apakah beliau menyokong keputusan Tun Mahathir sekarang ini atau kekal dengan pendirian 2011 ketika membatalkan PPSMI itu?

Alasan Tun Mahathir bahawa subjek Sains dan Matematik memang sampai kepada kita dalam Bahasa Inggeris dan mengajarnya dalam bahasa tersebut tidak akan menimbulkan kekeliruan, tidaklah boleh diterima sama sekali sebagai logik yang munasabah.

Isunya bukan berkaitan ilmu itu sampai dalam bahasa apa, tetapi apakah bahasa penguasaan murid yang mahu menerimanya?

Jika begitu, mengapa Jepun dan Korea boleh maju dan terkedepan dalam kedua-dua bidang itu, sedangkan mereka belajar Sains dan Matematik bukan dalam bahasa Inggeris, tetapi dalam bahasa ibunda masing-masing?

Bukankah ini menunjukkan belajar ilmu dalam bahasa ibunda itu lebih penting?

Ternampak di sini bahawa Tun Mahathir hanya mahu memenuhi egonya saja dalam mengembalikan semula dasar PPSMI ini, sambil ingin memberitahu umum bahawa oleh kerana kuasa adalah dalam tangannya, beliau berhak mengembalikan semula dasar yang sudah dibatalkan itu.

Persoalannya, bukankah Tun Mahathir hanya pemangku Menteri Pendidikan saja?

Apakah ini bermakna beliau akan memangku jawatan tersebut selama-lamanya seolah-olah portfolio rasminya, selain Perdana Menteri?

Lupakah beliau bahawa manifesto PH tidak membenarkan Perdana Menteri memegang portfolio mana-mana kementerian?

Dari aspek politik pula, selain keputusan Tun Mahathir ini akan menyebabkan PH tidak popular di hati rakyat, ia juga bakal mengakibatkan kerajaan kehilangan banyak sokongan, terutama di luar bandar.

Di sebalik banyak isu dan kemelut lain masih tidak selesai, khususnya banyak janji manifesto belum ditunaikan, apakah tujuan Tun Mahathir mengembalikan PPSMI yang tidak popular di hati rakyat ini, selain dibantah keras oleh pembangkang yang kini sudah bersamanya dalam kerajaan?

Apakah Tun Mahathir mahu melingkupkan PH sebelum beliau menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya, Anwar Ibrahim? - 1 Februari 2020.

Kembalikan PPSMI, PENA Bantah Kenyataan Tun Mahathir.

KENYATAAN MEDIA | PENA Bantah PPSMI anjuran Mahathir

Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) membantah sekeras-kerasnya cadangan Pemangku Menteri Pendidikan Tun Mahathir Mohamad untuk melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

 


Keputusan melaksanakan nya semula sangat bertentangan dengan aspirasi Pendidikan nasional dan akan merosakkan tahap pendidikan anak bangsa, terutamanya pelajar luar bandar.


Telah terbukti sebelum ini pencapaian dalam peperiksaan merudum dan banyak pembaziran berlaku apabila perbelanjaan untuk melaksanakan PPSMI tidak mendatangkan kebaikan.

PPSMI telah pun berlalu pada 2002-2010, dan telah banyak meninggalkan kesan buruk kepada tahap pencapaian para pelajar.

Kajian yang dibuat oleh UPSI pada 2009 merekodkan kemerosotan sehingga 80% di Sekolah Kebangsaan dan di Sekolah Menengah sehingga program ini dibatalkan pada 2010.

PENA mendesak Tun M membatalkan hasrat tersebut atau akan berhadapan semula penentangan rakyat bagi menolak PPSMI sebelum ini.

PENA akan bersama-sama rakyat untuk menentang program PPSMI kerana kami percaya langkah pelaksanaan PPSMI akan merosakkan sistem pendidikan kebangsaan dan menghancurkan masa depan anak bangsa.

Sepatutnya Tun M menumpukan usaha pemulihan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan, bukannya menambahkan kemarahan rakyat.

Negara mungkin akan menghadapi gelombang huru-hara yang lebih hebat jika PPSMI dilaksanakan juga.

DR MOHAMAD SALEEH RAHAMAD
Presiden PENA

Diserang 200 Samseng Berbaju Hitam, Syed Saddiq Dakwa Terpaksa Melarikan Diri Bagaikan Orang Buat Salah.

SOSMED | Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa dirinya dan beberapa adun yang lain terpaksa melarikan diri dari serangan kumpulan samseng malam tadi.


Syed Saddiq diserang ketika berada di Ulu Tiram semasa mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli ARMADA dan SRIKANDI di Johor malam tadi. 


Menurut Syed Saddiq beliau telah dikepung dan disergah oleh kumpulan samseng itu yang dianggarkan seramai 200 orang. Kesemua mereka memakai baju hitam dan turut mengacau tetamu yang berada di majlis itu.


"Lebih teruk, keselamatan semua yang hadir. Bayangkan dikepung lebih 200 orang individu lagak seperti gangster. Saya sendiri, YB Rafiq, YB Mazlan dan lain terpaksa lari guna jalan tikus dan lompat pagar. Lari seperti orang salah," katanya.
 

Dipercayai YB yang dimaksudkan Syed Saddiq merujuk kepada Adun Paya Rumput dan Adun Puteri Wangsa. 

Syed Saddiq turut berkata kumpulan itu telah mendesak dirinya untuk meminta maaf kepada TMJ. 


Ini kenyataan penuh Menteri Belia Dan Sukan;

"Malam ini, saya dan Armada Johor berkumpul di Ulu Tiram, Johor. Kami rancang untuk duduk semeja, sembang santai dan bersatu hati. Keluarga Srikandi dan Bahagian juga ada yang turut hadir. Ini rancangan asalnya lah.

Tapi,malam ini diganggu oleh sekumpulan individu (sekitar 200 lebih orang) yang datang tidak dijemput. Mereka semua berdiri keliling berpakaian hitam datang ke majlis kami. Gangster dan tidak hormat orang.

Mereka semua berdiri mengepung tempat makan kami, sergah dan langgar semua tetamu yang hadir. Mereka laung dan pekik macam-macam kata-kata kesat. Ibu bapa saya juga jadi saksi malam ini.

Ini apa? Ada anak-anak kecil, wanita di dalam majlis. Paling teruk, mereka sergah supaya menteri minta maaf kepada TMJ, kalau mahu pulang dari majlis. Apa yang berlaku, saya pun tak tahu. Yang saya tahu, ini biadap dan kurang ajar. Apa salah saya? Saya berkhidmat untuk rakyat.

Lebih teruk, keselamatan semua yang hadir. Bayangkan dikepung lebih 200 orang individu lagak seperti gangster. Saya sendiri, YB Rafiq, YB Mazlan dan lain terpaksa lari guna jalan tikus dan lompat pagar. Lari seperti orang salah.

Terima kasih Armada Johor. Terima kasih Bersatu Johor. Malam ini adalah malam keluarga Armada dan Bersatu. Saya tak akan maafkan kumpulan yang biadap ini.

Saya ingin ingatkan kepada mereka yang di sebalik tabir, Malaysia ini ada undang-undang, ada polis dan mahkamah. Tidak ada sesiapa yang lebih tinggi dari perlembagaan. Baik saya atau orang lain.

No one is above the rule of law. Ini Malaysia. Malaysia, milik semua,"
katanya dalam penjelasan itu. - 1 Februari 2020.

Selasa, 28 Januari 2020

Audio Skandal #1MDB, Polis Sahkan Panggil Azeez Untuk Beri Keterangan.

THE MALAYSIAN INSIGHT | POLIS mengesahkan Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim dipanggil untuk memberi keterangan berhubung rakaman audio berkaitan skandal 1MDB yang didedahkan agensi antirasuah.


 
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata beberapa individu lain yang dikaitkan dengan rakaman itu juga akan dipanggil dalam masa terdekat.

“Setakat ini kita belum dapat perkembangan lanjut berhubung kesahihan rakaman audio. Setakat semalam baru panggil Azeez untuk memberi keterangan,” katanya.

Dalam sidang media di Maktab Polis Cheras hari ini, Hamid berkata kes rakaman audio itu terganggu kerana unit yang menyiasatnya terbeban dengan kes lain.

Katanya Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah perlu menangani kes seperti hasutan dan kebencian kaum.

“Buat masa ini, D5 terbeban dengan banyak sangat kes. Kes perkauman yang sekarang ini macam-macam suka menghasut. Hentikanlah kempen membenci.

“Kenapa harus semasa kita membenci antara satu sama lain?”
katanya.

SPRM pada 8 Januari mendedahkan sembilan rakaman audio yang didakwa mengandungi perbualan bekas perdana menteri Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor.

Rakaman itu juga didakwa mengandungi perbualan bekas timbalan pendakwa raya awam Dzulkifli Ahmad dan Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu (UAE) Mohammed bin Zayed Al Nahyan.

Menurut SPRM, individu lain terbabit dalam perbualan itu ialah bekas peguam negara, Abdul Gani Patail dan Mohamed Apandi Ali, dan Abdul Azeez.

Perbincangan dalam rakaman itu didakwa berkaitan siasatan dan pendakwaan kes 1MDB, termasuk berkenaan pengubahan wang haram.

Polis sudah mengambil keterangan Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya dan timbalannya, Azam Baki serta lima pegawai lain yang berkaitan dengan pendedahan rakaman itu.

Mengulas lanjut, Hamid memberi amaran kepada orang ramai supaya menghentikan sebaran maklumat palsu dan menakut-nakutkan orang awam berhubung jangkitan koronavirus.

Hamid yang menyifatkan ia perbuatan tidak bertanggungjawab individu tertentu dan mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Sekarang terlalu ramai sangat ‘doktor pakar’ dalam kalangan masyarakat kita, ada ‘doktor separuh masak’ yang mengeluarkan pendapat sendiri.

“Entah daripada mana sumber yang diperoleh tidak diketahui asal-usulnya selepas itu disebar secara meluas sekali dengan memberi nasihat untuk menakutkan orang ramai,”
katanya.

Hamid berkata, orang ramai seharusnya mendapatkan maklumat sahih daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk perkembangan mengenai wabak berkenaan.

Tambah beliau, pihaknya bekerjasama rapat dengan KKM dan beberapa agensi lain bagi menangani isu berkaitan wabak itu dan setakat ini ia ditangani dengan baik. – 28 Januari 2020.

Saifuddin Nasution Saman Zuraidah Kamaruddin.

THE MALAYSIAN INSIGHT | SAIFUDDIN Nasution Ismail akan mengemukakan saman ke atas Zuraida Kamarudin atas satu kenyataan fitnah naib presiden PKR itu ke atasnya dalam satu ucapan sewaktu perhimpunan bulan lalu.
 


Setiausaha agung PKR itu berkata, beliau sudahpun mengarahkan peguamnya mengemukakan surat tuntutan kepada Zuraida, selain satu lagi surat berhubung salah laku menteri tersebut.

“Selain surat disiplin kepada Zuraida saya juga ada satu lagi surat iaitu (sama) saya, bukan parti tapi surat peribadi saya kepada dia.

“Ini kerana ucapan dia itu juga mengandungi beberapa unsur pertuduhan dan fitnah terhadap saya,”
katanya kepada petugas media di Putrajaya hari ini.

Saifuddin merupakan antara sasaran dalam kritikan Zuraida sewaktu perhimpunan Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 pada Disember lalu.

Dalam majlis yang digelar Kongres Renaissance itu, Zuraida turut mengkritik Presiden PKR Anwar Ibrahim, Pengarah Komunikasi Fahmi Fadzil dan setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador.

Susulan itu, Zuraida yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan diberi surat tunjuk sebab oleh Lembaga Displin dan diberi tempoh 14 hari untuk menjawab. – 28 Januari 2020.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...