Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 6 September 2014

Hot : 3 Video Penjelasan2 Hadi Kantoikan Anwar Ibrahim Dan DAP Kaw2.

Nampaknya.


Kita semua neh dah kena tipu dengan pemimpin2 PR. Gila betul la. Pemimpin BN tipu kita. Pemimpin PR tipu kita. Pada sapa lagi kita nak sandarkan harapan untuk lawan kezaliman? Nampaknya tak boleh bersandarkan harapan pada pemimpin. Rakyat kena bangkit bersatu melawan bagi pihak mereka. Tak boleh nak percaya dah pada pemimpin2 kita. Haprak betul la. Meluat aku dengan dorang sekarang neh.

Tadi. Kat tv3 ada siarkan sedikit dialog penjelasan TGHH mengenai Kajang Movie. Then aku online ada pula member facebook share 3 video penjelasan penuh presiden PAS mengenai isu tersebut. Termasukla isu menteri besar sekali.

Kalau la apa yang diperkatakan oleh TGHH adalah benar, maka Anwar Ibrahim melalui PKR dan DAP telah menipu kita kaw2 dalam isu tukar MB Khalid Ibrahim. Berpuluh2 komen aku baca. Yang dipastekan oleh penjilat2 PKR di pelbagai medium di sosial M. Mereka sebut. TSKI tak beri penjelasan bila dipanggil. TSKI tak hadir bila diminta berikan penjelasan. Blablabla... itu ini itu ini itu ini..

Rupa2nya apa yang berlaku adalah sebaliknya. TSKI dah pun berhujah depan pemimpin2 tertinggi PAKATAN RAKYAT. Ini termasukla depan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Bahkan depan adun2 PAKATAN RAKYAT sendiri. Pemimpin2 tertinggi PR panggil TSKI. Bagi macam2 soalan. Satu persatu TSKI jawab. Dah dijawab rupanya. Dah tue apsal sembang macam TSKI tak pernah hadir langsung untuk memberikan penjelasan mengenai isu2 berkaitan?

Hak ala.

Banyak benda yang berlaku rupanya. Yang mana kita tatau. Silap TGHH juga. Sebab taknak dedahkan awal2. Patut benda2 begini korang kena dedahkan awal2. Kenapa bila benda dah nak settle cara baik baru nak kecoh2 bagai hah?

Kata TGHH lagi.

Dalam satu sesi dialog tertutup. Untuk menyoal TSKI secara terperinci. Atas isu2 berkaitan. Setiap parti hantar 3 wakil. PAS 3 wakil. PKR 3 wakil. DAP 3 wakil. Yang jadi wakil PKR ialah DSAI, Rafizi dan Saiffudin. Banyak benda yang ditanya. Dan semua yang ditanya dijawab oleh TSKI. Hasil soal siasat tersebut mereka memutuskan TSKI berjaya menjawab semua soalan yang dikemukakan dan mereka memutuskan bahawa TSKI perlu dibantu untuk menguruskan pentadbiran negeri Selangor.

Pulak.

Dalam mesyuarat cakap lain, tapi lepas mesyuarat belakang2 cakap lain pula?

Rafizi apa citer?
Saifuddin apa citer?
Anwar apa citer?

TGHH fitnah?

SAMAN la dia. 

Sepatutnya TGHH dedahkan perkara ini dari awal lagi. Bukan dah lambat2 macam neh. TSKI pun dah resign. Malas nak amek port kot. Asyik jadi catur orang aje. Buat itu salah, buat ini salah, buat itu kena maki, buat ini kena fitnah, baik blah sudah. 

Siyes aku cakap. Aku dah goyang dengan PAKATAN RAKYAT neh. Aku tak rasa dorang neh ialah parti yang boleh mengubah Malaysia ini jadi lebih baik. Walaupun beratus2 penyokong2 dorang akan rasa sentap, tapi terima la hakikat. Pakatan rakyat bukanla pakatan rakyat tapi pakatan rakus. Pakatan gila kuasa. Bukan aku nak tuduh2 sebarangan. Tapi korang tengok sendiri 3 klip video kat bawah nanti. 


Apa2 pun good job presiden PAS. Mohon masing2 dedahkan lagi rahsia2 dalaman korang. Lebih banyak rahsia korang yang kami tahu, lebih cepat kami dapat kenal wajah sebenar korang.

KAH KAH KAH

Lihat video ;

Video satu klik sini jika video gagal load.

 

Video dua klik sini jika video gagal load.





Video tiga klik sini jika video gagal load.


 

Lue fikirlah sendiri.

Hadi Buka Rahsia - PKR & DAP Yang Kejar Tengku Razaleigh Dulu..


Masa kawan, semua baik buruk dia kita simpan dan jaga. Biarlah. Janji kita sama2 happy dapat kuasa cukupla.

Bila dah benci, macam2 rahsia dia yang kita simpan dulu, kita singkap satu persatu. Yang buruk2 semua kita jaja. Inila situasi yang berlaku pada PR sekarang neh.

PAS buka citer buruk pasal PKR, DAP.
PKR buka citer buruk pasal PAS.

Penyudahnya?

Rakyat sudah tahu citer buruk pasal PAS, PKR dan DAP.

Bila rakyat dah tahu citer buruk pasal korang takan rakyat bodoh2 nak sokong korang taksub-ly pula kan? Memang tak la.

KAH KAH KAH

Kali neh Hadi buka citer pasal KU LI.

Baca lah ;

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PKR dan DAP terlebih dulu memujuk Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyertai parti mereka, namun ditolak ahli Parlimen Umno itu.

“Yang mula-mula berjumpa Tengku Razaleigh, PKR. Bukan kita. PKR jumpa dulu, ajak Tengku Razaleigh masuk PKR. Lepas itu, DAP berjumpa Tengku Razaleigh, ajak Tengku Razaleigh masuk DAP. Tengku Razaleigh 'dok terliur' (tidak berminat) belaka nak masuk dua-dua parti ini," kata Hadi dalam sesi dialog beliau dengan pemimpin dan ahli PAS di Terengganu pada Khamis.

Beliau berkata demikian menjawab soalan orang ramai tentang dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mengatakan PAS menawarkan jawatan perdana menteri kepada Tengku Razaleigh sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Ia adalah kali pertama Hadi menjawab dakwaan pemimpin PKR itu.
Klip video dialog yang dikhaskannya untuk ahli dan pemimpin PAS di Terengganu tersebut kini disebarluaskan melalui laman sosial termasuk Facebook.

Hadi berkata, selepas rakan dalam PR bertemu dengan Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, dan mereka gagal, mereka meminta pemimpin PAS pula memujuk Ku Li supaya masuk PAS.

"Kita pun pujuklah dia masuk PAS. Dia tak nak masuk PAS juga, dia nak duduk dalam Barisan Nasional. Itulah ceritanya, yang berlakunya. Jadi, yang bising-bising tu, kita kena fahamlah. Itu hakikat yang sebenarnya," cerita Hadi dalam taklimat di dalam dewan terbuka bersebelahan Masjid Rusila.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebelum ini memberitahu The Malaysian Insider Rafizi membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan PAS mahu Ku Li dilantik sebagai perdana menteri itu.

Rafizi mendedahkan perkara itu pada forum berkenaan krisis menteri besar Selangor di Kuala Lumpur awal Jun lalu. – TMI -


------------------

Tue dia.

Kalau ikut citer TGHH ;

1. PKR dan DAP terlebih dahulu jumpa Ku Li dan tawarkan dia untuk masuk PR.

2. Tapi Ku Li enggan.

3. Dan kemudian PKR dan DAP minta PAS pula pujuk Ku Li sebab Ku Li enggan menyertai PKR dan DAP.

4. Dan Ku Li tetap enggan meskipun PAS yang memujuknya.

Tak sentuh bab tawar Ku Li sebagai PM Malaysia. Yang penting PKR, DAP dan PAS masing2 menunjukkan kepada rakyat bagaimana dorang bermain politik selama ini. 

Persoalannya. Apsal parti2 politik neh gila nak pujuk orang2 tertentu untuk menyertai parti politik mereka? Tak boleh ke just buat kerja, bantu rakyat dan selesaikan masalah rakyat macam biasa daripada bermain propaganda dan wayang politik dorang? Nanti ada la geng2 partisan akan bagi hujah lapuk macam neh kat ko. Kita nak pujuk orang2 ternama masuk parti PR untuk tujuan millage politik. Nanti orang2 hebat masuk maka milagge politik PR akan naik, rakyat akan beri perhatian, undian akan meningkat, sokongan akan menaik.. blablabla.. seterusnya membantu mereka cepat mendapatkan kuasa. Dah dapat kuasa boleh la berperang kerusi PM pula. Apa la sangat kerusi MB. Dah jemu kot.

HA HA HA

Ini sebenarnya dah lari dari matlamat asal. Dorang buat satu halatuju. Dorang paksa kita fikir halatuju dorang betul. Hakikatnya halatuju dorang salah dan merepek gila kot. Yang patut dorang focus ialah just buat kerja macam biasa. Betul cara kerja ko, lambat atau cepat rakyat sendiri akan memihak kepada ko (undi PR). Dengan tengok cara ko buat kerja untuk bantu selesaikan masalah rakyat. Ini setakat rakyat sokong ko sebab pemimpin2 tertentu ada dalam PR memang rakyat tue bodoh nak mampos la. Kalau ada pun pemimpin2 tue so what? Adakah kerajaan akan tukar polisi kapitalisme mereka kepada polisi menjaga kebajikan rakyat? Tak kan. Apa yang penting ialah gerak kerja untuk memulihkan ataupun menukar polisi2 yang menindas rakyat. Setakat masuk parti, berceramah huha huha dan balik tak payah la. Gatal kepala aku melihat cara pemimpin2 partisan mencorakkan halatuju parti mereka. Silap betul aku neh. Patut dari lahir lagi aku kena melawan penipuan dorang. Mungkin jika itu aku buat, sekarang aku dah ada satu gerakan kukuh untuk melawan permainan dorang. Silap aku tak berfikir begini sejak lahir. Kan sekarang dah susah nak kena mula dari awal.

KAH KAH KAH

PKR U-turn, Hantar 3 Nama Sebagai Calon MB Termasuk Azmin Ali.


Kalau PKR masih berdegil dan tidak mahu menghantar nama lain selain dari nama DSWA, PKR sebenarnya mendorong kepada pembubaran DUN. Tapi entah macam mana tetiba PKR ubah pendirian mereka daripada beria2 mempertahankan nama DSWA sebagai MB kepada bertolenrasi dengan permintaan sultan iaitu menghantar 3 nama untuk sultan nilai dan pilih siapa yang layak di antara mereka.

Aku rasa. Sebab PKR dah cuak. Takut sultan pilih MB dari senarai yang PAS calonkan. PKR dan DAP hanya hantar satu nama. PAS hantar 6 nama kot. Surat pertama menamakan 3 exco PAS sebagai calon MB yang baru. Kemudian surat kedua pula menamakan 2 dari PKR dan satu dari PAS sebagai calon MB yang baru. Kesemua nama2 yang dihantar oleh PAS kepada sultan hanya la mewakili keputusan presiden PAS tanpa melalui AJK PAS Pusat. AJK PAS Pusat majoritinya blur bahkan timbalan presiden PAS pun tatau apa2. Mat Sabu kena kelentong depan2 dengan Haji Hadi sebab memalukan Haji Hadi apabila Mat Sabu dan beberapa geng2 endorgan memilih untuk bersekutu dengan Anwar berbanding mempertahankan prinsip PAS pada awalnya iaitu bersama2 Khalid Ibrahim.

PAS dan PKR sedang mengalami perpecahan dalaman yang sangat dahsyat ketika ini. Apa akan terjadi seterusnya? Tunggu dan lihat je la camne dorang akan selesaikan masalah2 dalaman dorang.

Apa2 pun ianya adalah perkara yang betul bila PKR menghantar calon lain sebagai MB selain dari DSWA. Tak guna lue tunjuk lue punya degil sampai menyusahkan rakyat Selangor.

Menurut laporan dari MSTAR ;

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya menamakan tiga calon untuk kerusi Menteri Besar Selangor selepas beberapa minggu mempertahankan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk mengisi kerusi panas itu.
Selain Dr Wan Azizah, dua lagi calon yang dinamakan adalah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok, Dr Idris Ahmad.

Namun, dalam surat yang dihantar ke Istana Selangor pada Jumaat, PKR mendakwa Dr Wan Azizah seharusnya dilantik kerana beliau mendapat sokongan majoriti.

Akaun bersumpah yang ditandatangani seramai 30 Adun sebagai sokongan kepada pencalonan Wan Azizah turut dikepilkan bersama dalam surat tersebut.

Biro Politik PKR membincangkan perkara itu selama dua hari sementara penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap bertegas mahukan isterinya dinamakan sebagai calon tunggal.

"Akhirnya, kami mencapai kata sepakat dan Anwar bersetuju untuk menambah dua lagi nama seperti yang diminta oleh Sultan. Kami turut menghantar bersama akaun bersumpah 30 Adun yang menyatakan sokongan terhadap Wan Azizah," kata sumber.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution mengesahkan kata sepakat telah dicapai tetapi enggan mendedahkan isi kandungan surat tersebut.

"Surat itu dari Presiden Parti kepada Tuanku Sultan. Tidak elok untuk mendedahkan isi kandungan (surat itu) kerana Sultan masih belum menerimanya," kata Saifuddin.

Jelas beliau, surat tersebut akan diserahkan terus kepada Istana hari ini.

Beliau berkata, mereka membalas surat dari Istana bertarikh 3 September berhubung senarai calon yang dihantar oleh parti itu pada 1 September lalu.

Jumaat, 5 September 2014

Ini Bukti Najib Janji Nak Mahsuhkan Akta Hasutan 1948 - Jawapan Untuk Shahidan Kassim.

Jadi menteri hanya tahu merepek saja.

Shahidan sebut ;


Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Putrajaya tidak berjanji memansuhkan Akta Hasutan tetapi hanya untuk mengkajinya, 2 tahun selepas Datuk Seri Najib Razak mengatakan secara terbuka akan memansuhkan akta ciptaan penjajah British itu.

Pendedahan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilakukan ketika tindakan besar-besaran terhadap ahli politik pembangkang, ahli akademik, portal berita dan wartawan mengikut Akta Hasutan 1948.

Shahidan berkata, kenyataan Najib sebelum ini akta baharu akan menggantikan Akta Hasutan tidak bermakna akta penjajah itu akan dimansuhkan.
"Perdana menteri tidak pernah janji hendak hapuskan, beliau janji untuk melihat semula. Bermakna mungkin Akta Hasutan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional dan bukannya hapuskan," katanya kepada The Malaysian Insider. -TMI-


Ya meh?

Tengok video kat bawah neh sat ;


Nak tahu mana aku dapat video tue?

Tengok ;



Najib upload sendiri la woi kat youtube.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Pertama. Video tue diupload sendiri oleh team Najib Razak. Mewakili Najib Razak secara directly. Rujuk sini.

Kedua. Tajuk tue pun geng2 BN yang letak. Tiada kaitan sama sekali dengan pembangkang.

Sendiri janji. Sendiri cadang. Sendiri upload. Sendiri sebar. Sendiri canang. Alih2 pembangkang plak yang dipersalahkan sebab mislead maksud sebenar Najib Razak? Tah hapa2 la korang neh.

Hakikatnya. Akta Hasutan 1948 memang tak relevan. Aku boleh faham. Part Najib kata perlukan masa untuk mahsuhkan. Oke, take time la kan. Tapi berapa banyak masa yang dia nak amek. Dari tahun 2012. Sekarang sudah 2014 woi. Kalau tak jadi hapuskan, cakap la tak jadi. Senang sket nak susun gerakan. Ini kat mulut dok cakap nak hapuskan. Tapi melalui undang2, akta itu masih digunakan untuk mendakwa rakyat yang bersuara. Contradiks gila. Cakap lain buat lain. Akta ini tak relevan bukan sebab ianya warisan penjajah. Jangan salah faham. Ianya tak relevan kerana ia digunakan untuk menyekat suara rakyat dari mengkritik kerajaan secara terbuka. Kritikan itu akan cenderung dianggap sebagai menghasut dalam pendakwaan yang digunakan melalui akta hasutan. 

Dalam erti kata lain abuse undang2 untuk sekat suara rakyat yang melawan polisi2 tertentu dalam negara ini. British yang perkenalkan akta ini sudah mahsuhkan ia di negara mereka. Dan untuk apa kita gunakan akta ini lagi? Ia tidak bersesuaian dengan corak pentadbiran negara yang dikatakan demokrasi. Tiada demokrasi la kalau nak mengkritik kerajaan pun ada je halangan2nya. 

Bagi mereka yang tak tau apa itu akta hasutan dan kenapa ianya lebih baik dihapuskan, baca sini.

Dan Shahidan Kassim. Sudah2la tue tunjuk bangang. Aku mesti letak nama ko punya dalam senarai menteri terbangang tahun neh. Relax sudah. Takan lari nama ko dari carta menteri terbangang itu okay. Chill.

KAH KAH KAH

Mahkahmah Sahkan TBH Tidak Mati Bunuh Diri.


Bukan bunuh diri. Kalau bukan bunuh diri maka apa?

Ini apa yang mereka sebut ;

Hakim Mah memutuskan bahawa kematian Teoh adalah kematian dalam tahanan apabila dia ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Beliau memutuskan Teoh tidak sengaja jatuh dengan sendirinya dan dengan itu menolak bunuh diri sebagai punca kematian Teoh. -MKINI-

Maksudnya?

TBH terjatuh dari lokasi tersebut. Dia bukan nak bunuh diri. Hanya terjatuh dan mati. Kenapa dia boleh terjatuh dari situ?

Ketika kecoh kes mendiang TBH, Ronnie Liu antara yang disiasat oleh SPRM ketika itu. Dia buat wayang sakit kaki hapa depan media. Ingat tak? Agak annoying sebenarnya si Ronnie tue. Itu sebab dia tak tercalon sebagai wakil rakyat semula dalam PRU baru2 ini. Aku nak tulis pun susah sebab hanya berdasarkan hearsay jek neh. Tapi kalau korang nak tahu lanjut g la tanya geng2 DAP Selangor. Dorang pun meluat dengan Ronnie Liu tue. Bahkan ada yang mengata si Ronnie tue lepas tangan dalam isu TBH. Ronnie Liu terkait langsung dalam siasatan ke atas TBH yang dikatakan (dituduh) menggunakan cop dan nama Ronnie Liu dalam surat sokongan bagi mendapatkan projek. Bukan satu surat ye. Bersurat-surat tau. Cuma kat sini, SPRM petik satu kes sebagai rujukan sebab kes itu yang dilaporkan. Pelik juga. Macam mana cop si Ronnie Liu boleh ada kat TBH? 

Susulan dari kematian TBH, siasatan ke atas Ronnie Liu tergantung (ataupun ditutup). Aku tatau sangat apa yang jadi kat kes Ronnie Liu. Cuma kat sini Ronnie Liu dapat manfaat di atas kematian TBH. Orang tak perkatakan bab salahguna kuasa yang babitkan nama dia. Tapi orang dok sibuk perkatakan kes kematian TBH dan apa yang SPRM buat sehingga TBH boleh mati disitu. Bahkan tekanan yang dihadapi oleh SPRM bertambah parah apabila Ahmad Sarbani, juga salah seorang individu yang disiasat oleh SPRM, mati di bangunan SPRM sepertimana TBH.

Bagi aku. Kes neh memang fishy. Samada SPRM memang dibalik kematian TBH. Ataupun TBH tengah gabra akibat diugut oleh seseorang sehingga memaksa emosinya tidak stabil dan tanpa sengaja terjatuh dari bangunan tinggi. Aku tatau kebenarannya. Boleh jadi, dia nak lari dari seseorang.. entahla. Mendiang perlukan pembelaan. Tapi nampaknya takde apa2 yang boleh kita buat melainkan kita siasat semula kes neh dari awal. Iaitu bermula dari Ronnie liu. Sanggup ka?

Haha..

Khamis, 4 September 2014

Teruskan Kritik Sultan Biarpun Ali Didakwa Dibawah Akta Hasutan 1948.


Langgar all out. Jangan berpatah balik lagi dah walaupun ada kawan2 kita yang terpaksa tanggung penderitaan akibat melawan sultan. Aku tahu ada yang marah Ali sebab dia memaki hamun sultan apa semua. Yang tue pada sesetengah orang dorang akan fikir biadap dan jahat. Tapi sebenarnya maki hamun itula yang cetuskan elemen spark. Kita terpaksa berkorban sedikit dengan memaki hamun dan gunakan ayat2 kasar sebab kita nak benda tue mendapat perhatian.

Bila kita guna ayat sopan santun orang tak amek port dan boh layan. 

Sultan2 pun takan heran dengan suara kita. Tindakan Ali menggunakan sesetengah 'perkataan' adalah betul merujuk kepada situasi yang dia duduk. Jalan selamat sudah tidak lut. Sultan2 kita perlu disedarkan disini ada rakyat yang tertindas dan selagi mana korang masih bersikap tidak endah dengan apa yang diperlakukan ke atas rakyat oleh pemimpin2 yang zalim maka selagi itulah kritikan dan perlawanan akan terus berpanjangan. 

Aku telah banyak menulis tentang raja di negara ini. Pada awalnya aku rasa sedikit takut. Adakah aku akan ditangkap oleh abang2 polis suatu hari nanti. Tapi aku berlakon berani. Daripada berlakon2 berani aku betul2 jadi berani la pula. Daripada tulis berkias aku tulis direct. Daripada bertanya aku kepada mempersoalkan. Daripada berbahas aku pergi kepada kritikan. Daripada penulisan aku turun padang melakukan hasutan. Aku hasut uncle. Aku hasut pensyarah. Aku hasut orang2 bangsa non muslim untuk kritik sultan. Aku terpaksa akui. Mentaliti muslim dan non muslim dalam isu sultan sebenarnya lebih kurang. Rakyat di negara ini masih tak berani nak mengkritik sultan2 kat negara ini. Sultan2 kat negara ini memang terbukti menggunakan duit pembayar cukai. Bukan citer tipu. Tapi ini fakta. Boleh buka hansard parlimen dan baca mengenai peruntukkan bajet negara tiap2 tahun. Apa yang sultan2 kita terima tiap2 tahun semua ada tertera kat sana bagi yang mahu mengkaji.
Mereka perlu dinafikan hak untuk mendapatkan duit cukai tersebut disebabkan mereka tak berfungsi untuk membantu rakyat.


Atas sebab apa?

Kita kena bayar istana mereka?
Kita kena bayar pekerja2 mereka?
Kita kena bayar kos api, air dan penyelenggaraan istana mereka?
Kita kena tanggung setiap kali ada keraian?

Bagaimana dengan minyak, kos penyelenggaraan kenderaan, tol dan sebagainya? Adakah ini tertakluk ke atas diri kita juga?

Bagaimana pula dengan kaum kerabat diraja yang lain? Berapa banyak sudah kita tanggung kehidupan mereka selama ini?

Sudah la kita kena tanggung segala2nya lepas tue mereka memanipulasikan sejarah supaya kita tak nampak bagaimana raja berperanan membantu kepada penjajahan di negara ini dan berlepas diri darinya supaya tak dikritik oleh rakyat. Apa neh?

Kita dah kena tipu sudah cukup lama dan amatla malang kalau kita nak mempertahankan satu sistem yang telah memperdayakan kita sedangkan mereka tak pernah berada disana untuk mempertahankan kita dari kezaliman pemimpin.

Ada pernah raja2 ini bersuara membantah GST yang dikenakan ke atas kita di saat kos sara hidup melambung?

Atau bising tentang harga rumah yang mahal, rakyat tak mampu beli?

Ataupun memekak isu penyelewengan?

Mereka tak pernah. Bahkan bagi alasan raja tiada kuasa untuk campurtangan dalam urusan politik dan pentadbiran negara. Tapi pelik juga. Dah takde kuasa pasai apa duit rakyat disalurkan kepada mereka?

Pasal apa rakyat kena tanggung pembinaan istana dan kos penyelenggaraan itu pula? Do something for rakyat as return la.

Bila dah terima wang pembayar cukai, lakukan sesuatu untuk membela pembayar2 cukai ini yang sedang tertindas. Bila menggunakan alasan raja2 ini tiada kuasa, itu sama macam makan gaji buta. Duit nak, tapi bantu rakyat taknak. Biarkan rakyat tertindas dari hari ke hari dengan pemimpin2 yang zalim dan rakus kuasa.

Dan alang2 taknak bantu rakyat maka janganla makan duit pembayar cukai. Raja2 ini samada perlu disuruh bekerja untuk membela rakyat2 yang tertindas ataupun jangan la menyedut duit2 pembayar cukai untuk membiayai kehidupan dan keperluan mereka. Duit2 itu disalurkan kepada rakyat tertindas pun lagi bagus. Kat negara lain yang ada satu raja pun orang beria2 nak hapuskan, kat negara ini ada 7 sultan yang aku sendiri pening akan peranan dan kepentingan dorang untuk terus wujud sebagai institusi beraja. Kalau setakat nak mengangkat martabat Islam tue tanpa ada raja pun Islam tiada akan terjejas. Adakah Nabi SAW berdakwah Islam dengan menjadi seorang raja terlebih dahulu? Tak juga. Apa yang penting kefahaman, ilmu dan amalan kita tentang Islam. Selagi kita tak faham Islam bagila sejuta raja pun kat MALAYSIA neh islam kita takan ke mana2 disebabkan ketidakfahaman kita tadi tue.

Sudah2la tue.

Raja2 kat negara neh kena buat pilihan atas dua perkara.

Pertama. Jalankan tugas bantu rakyat dan melawan mereka2 yang menzalimi rakyat. Bersama2 rakyat tertindas. Sesuai dengan tindakan kamu yang dibiayai dengan wang pembayar cukai.

Ataupun. Kedua. Jangan biarkan rakyat tanggung kehidupan korang. Jalani kehidupan sendiri. Nak pentingkan diri ke, taknak amek port ke padan muka dengan rakyat kena tindas ke kena tipu ke kena buli dengan kerajaan yang zalim ke apa ke lantak. Bila rakyat tak perlu tanggung raja2 ini rakyat pun akan tawar ahti nak mengkritik instituasi beraja. Yang dirasakan geram sangat sudahla perlu tanggung keperluan mereka dan bila rakyat ditindas haram nak peduli. Jenguk muka time demo pun jauh sekali bagi menyatakan solidariti. Ini.. salah. Dari apa yang faham, raja akan bersama2 rakyat yang tertindas. Itu raja yang betul. Jika raja tidak bersama dengan rakyat yang tertindas.. itu tak betul.

Teruskan kritik raja.

Biarpun lepas neh beribu Ali akan didakwa di bawah akta hasutan yang sama. Akta hasutan ini memang yang benar boleh mendakwa orang. Dan yang benar juga boleh menakutkan orang untuk berkata2. Tapi penguatkuasaan akta ini tak berupaya untuk mengubah apa yang rakyat fikirkan tentang kezaliman pemerintah dan sikap pentingkan diri sesetengah institusi. Akan tiba satu masa, andai beribu akta diwujudkan untuk menyekat kemaraan rakyat, rakyat juga takan gentar melawan. Masa itu akan tiba. Tunggu aje disitu dengan sabar wahai pemimpin2 yang zalim. Kerana kami sedang mengumpul pengikut untuk melawan kamu. Dan ini sesungguhnya adalah hasutan yang nyata.

Kbai. 

Akhirnya PAS Mengaku Hantar Nama Adun PAS Untuk Calon MB Baru Selangor.

Salah satu dari 3 nama yang dihantar oleh PAS kepada sultan Selangor adalah adun PAS Selangor.

HAHAHAHAHA..

Mengaku juga ye.

2 dari PKR. 1 dari PAS.

PAS memang pakar uturn la. Yang sebenarnya PAS tak patut hantar nama adunnya. Yelah, sultan minta 3 nama, ko boleh hantar 3 nama yang mana ketiga2nya adalah daripada PKR. Ko letak nama dari PAS buat apa. Ia memburukkan lagi situasi yang dah sedia buruk la PAS oi. Tak membantu menyelesaikan masalah bahkan menambah huru hara lagi ada.

Tah hapa2.


Cara PAS ini sebenarnya salah. Sudahla PKR dan DAP buat salah, PAS jangan la ikut sama. Sebenarnya PAS kena akur dengan tindakan atas kesepakatan yang dijanjikan melalui mulut. Kalau PAS taknak terima kesepakatan itu tiada masalah, maka dari awal lagi jangan la bersetuju untuk menerima kerjasama seperti yang pernah dibincangkan dalam bilik mesyuarat. Kalau taknak, cakap sungguh2 taknak. Kalau tak setuju, cakap sungguh2 kita tak setuju. Jangan depan DAP, PKR cakap setuju. Tapi belakang PKR, DAP buat tindakan berbeza. Ini sudah tentu menjejaskan imej PAS yang kononnya bawa hala tuju ISLAM. PAS di depan lain di belakang lain. Islamik apa macam neh. Pening aku tengok.

Yang sebenarnya tak salah pun salah seorang adun PAS jadi MB di Selangor. Tapi biarla melalui proses persefahaman yang teratur dengan parti2 komponen PR. PAS kena la berani bercakap depan2 yang dorang taknak follow dah apa yang pernah dibincangkan dulu. PAS mahu letak nama adunnya juga untuk memberikan lebih pilihan kepada sultan untuk melantik MB baru mengantikan TSKI. 

Katakanla, sultan pilih calon adun dari PAS.

PKR dan DAP tak setuju.

Adakah krisis ini akan selesai?

Sampai bila rakyat Selangor nak tanggung bahana yang dibawa oleh PR ke atas Selangor? Terlalu banyak masalah rakyat di Selangor yang perlu diuruskan tapi krisis MB neh makin lama makin jauh dari solusi sebenar.

Tak faham aku dengan PAS neh. Sudahla PKR dan DAP buat hal. PAS pergi ikut jejak langkah yang sama dah kenapa. 

PAS menghantar tiga nama, dua daripada PKR dan seorang daripada partinya sendiri sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu, lapor lidah rasmi parti itu Harakahdaily.
Menurut portal itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan perkara itu tetapi tidak menyebut nama ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berkenaan.
"Buat masa ini nama tu biarlah dulu," katanya kepada Harakahdaily tetapi khabar angin mengatakan calon daripada PAS adalah Pesuruhjaya Selangor, Iskandar Abdul Samad.
Menurut Mustafa, senarai nama itu dihantar terus oleh Pejabat Presiden PAS kepada Istana Selangor. Beliau berkata, PAS menghantar tiga nama kerana pihak Istana Selangor menitahkan supaya setiap parti Pakatan Rakyat (PR) termasuk PKR dan DAP menghantar lebih daripada dua nama. "Jadi lebih daripada dua nama, sekurang-kurangnya tiga," katanya dan menambah senarai calon itu dihantar semalam. -TMI-

Gambar2 Jam Tangan RM1.5juta Zahid Hamidi Viral Di Sosial M.

SURAT TERBUKA :

DATUK ZAHID BENARKAH NILAI 5 JAM TANGAN KAMU MENCECAH RM1.5 JUTA ?

4 September 2014

YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,

Menteri Dalam Negeri.

Surat ini tidak ada kena mengena dengan tindakan angkuh YB. Datuk Seri mutaakhir ini yang bertindak dalam kes angka hasutan mahupun bertindak terhadap Pasukan Peronda Sukarela bawah Kerajaan Pulau Pinang sebaik sahaja sukarelawan tersebut selesai menyelia bantu dan menyertai Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri.

Pada 29 Ogos (Jumaat) lalu jam 1.13 ptg ketika Jalan Tun Razak sangat sesak kedengaran siren polis mengasak semua ketepi kerana ada Menteri yang menggunakan Velfire hitam dengan no daftar KDN 38 hendak lalu. Ketika itu jalan terlalu sesak tidak membenarkan kenderaan ke kiri atau ke kanan termasuk ke depan. Namun konvoi menteri tersebut angkuh ingin lalu segera sehingga pengawal peribadinya yang bermotorsikal berkuasa besar menendang dan memukul beberapa buah kenderaan termasuk kenderaan yang saya naiki. Namun sesungguhnya surat terbuka ini bukan juga berkenaan hal tersebut.

Saya difahamkan oleh teman - teman bahawa YB Datuk Seri punya koleksi kereta mewah dan cukup minat dengan motor berkuasa besar. Namun itu hanya saya dengar dan tidak tahu kesahihanya. Surat terbuka ini adalah kerana saya tertarik dengan penampilan kemas dan bergaya YB Datuk Seri khususnya koleksi jam tangan mewah bergaya yang hampir setiap kali muncul dikhalayak jam tangan berbeza digayakan.

Di teliti 5 koleksi gambar yang diperolehi 4 dari media tempatan dan 1 dari media negara jiran memperlihatkan jam mewah yang sangat bergaya. Oleh kerana minat saya cuba kenal pasti jenis jam tersebut dan dikenal pasti harganya

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/zahid-hamidi-umno-hormat-keputusan-taib-mahmud-perubahan-ikut-acuan-sarawak

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130518/dn_01/Tunggu-tindakan-tegas---Zahid-Hamidi

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/09/03/zahid-race-not-a-factor/

http://www.thesundaily.my/node/76604

http://en.tempo.co/read/news/2013/10/04/074519230/Malaysia-Prepares-Controversial-Preventive-Crime-Act

Setelah diteliti gambar dan jam tangan yang digunakan dikenal pasti tiap gambar tersebut YB Dr. memperagakan jam tangan mewah.

1) IWC PERPETUAL CALENDER
Retail Price: USD $41,100

2) RICHARD MILLE RM011 LE MANS ROSE GOLD
Retail Price: USD $120,000

3) RICHARD MILLE RM011 ASIA BOUTIQUE EXCLUSIVE Retail Price: USD$109,000

4) RICHARD MILLE RM028 DIVER ROSE GOLD
Retail Price: USD$145,000

5) RICHARD MILLE RM033 EXTRA THIN
Retail Price: USD$80,000

Harap YB Dr. tak tersinggung dengan surat terbuka ini. Saya mengumpulkan gambar dan menyelidik koleksi jam tangan YB Dr. kerana minat saya dan terpegun dengan koleksi jam mewah YB Dr. Harapnya saya tidak disiasat dibawah akta hasutan atau dikepung oleh gangster di stesen minyak seperti Amir Bazli Abdullah hanya kerana surat terbuka ini.

Hanya ingin bertanya benarkah benarkah model jam yang saya cuba padankan dengan yang YB Datuk Seri Dr. gayakan. Saya andaikan tak mungkin seorang Menteri menyokong usaha pemalsuan barangan dengan memakai barang tiruan. Maka jika benar modelnya maka jumlah koleksi 5 jam tangan tersebut mencecah RM1.5 juta nilainya.

Persoalanya ialah banyak wang YB Datuk Seri Dr. ya ? Itu baru 5 jam tangan dan banyak lagi gambar YB Dr. muncul dengan jam tangan berbeza, saya yakin pasti ada puluhan lagi koleksi jam tangan mewah dalam koleksi, maka berapa nilai semua jam tangan sahaja ? Bagaimana dibeli atau siapa yang hadiahkan ? atas urusan apa hadiah jam mewah sebegitu harganya ?

Ketika rakyat berkira wang syiling untuk membeli barang, adakah wajar YB Datuk Seri Dr. memiliki dan memperagakan koleksi jam tangan mewah ? Itu baru jam belum diteliti lagi yang lain.

Adakah rakyat sahaja harus ubah cara hidup dan dihimpit kesusahan sedangkan pak Menteri dan keluarga terus memperagakan kemewahan.

Jika benar maka teringatlah saya dengan cerita bagaimana YB Datuk Seri menjadi panglima kepada YB Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika awal pemecatanya dan selepas didera di dalam ISA, YB Datuk Seri telah kendur dan berpatah balik ke pangkuan Umno. Mujurtidak tahan tekanan dan berpatah balik jika tidak pasti koleksi mewah ini terlepas untuk saya nikmati diperagakan YB Datuk Seri.

Amat mengharapkan respon positif dari YB Datuk Seri atas pertanyaan saya dalam surat ini dimana saya juga merupakan peminat jam, cuma seperti marhaen biasa kami cuma ada minat tetapi hanya dapat menikmatinya dengan melihat digayakan ditangan Menteri seperti YB Datuk Seri dan keluarga
Sekian.

che'GuBard

Rabu, 3 September 2014

Apa Itu Akta Hasutan 1948 - Asal Usul & Kandungan Akta.


Mahu menentang ataupun mahu menyokong? Personally aku akan hasut korang untuk menentang akta ini namun, jika kita nak menentang mahupun jika ada mana2 pihak yang mahu menyokongnya, perlu la dipandu dengan ilmu. Bukan ikut2an. Asal pembangkang bantah, ko pun ralit ikut bantah. Tapi bantah apa? Kenapa? Ko haram tahu. Hantu betul. Main ikut aje. Satgi apa2 karang salahkan pembangkang. Padahal ko sendiri malas nak amek masa untuk fahamkan apa itu akta hasutan 1948. 

Berikut kat bawah adalah sedikit sejarah berkaitan akta hasutan untuk pembacaan kita semua. Amek point2 penting sudah untuk dijadikan rujukan dan input pada masing2 okay.

APA ITU AKTA HASUTAN 1948?

Akta Hasutan 1948 merupakan suatu akta undang-undang di Malaysia yang digubal untuk menghalang perbincangan yang dikatakan sebagai menghasut. Akta ini sebenarnya digubal oleh penjajah British pada tahun 1948. Akta ini menjadikan ucapan yang "mempunyai kecenderungan menghasut" sebagai suatu kesalahan jenayah.

APAKAH ASAL USUL AKTA HASUTAN 1948?

Akta ini sebenarnya dilahirkan di England sekitar 1351 dan terkandung dalam “Statute of Treason”. Akta ini kemudiannya dikenali secara rasmi sebagai Sedition Act 1661 dan ianya bertujuan pada mulanya untuk menyekat mana-mana pihak dari mengembalikan agama Kristian Roman Katolik kepada takhta England.
Asasnya, selepas kekalahan Jepun Malayan Union(MU) yang hendak diperkenalkan British mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu. Maka, atas dasar itu lahir satu badan yang sehingga hari ini dinamakan United Malays National Organization (UMNO).
Badan ini mulanya ditubuhkan untuk menyambut isu MU. Maka, British telah memperkenalkan Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya). Ia mendapat sokongan majoriti orang Melayu yang kebanyakan datang dari ahli-ahli UMNO.
Walau bagaimanapun, pembentukan PTM masih tidak dipersetujui oleh golongan Melayu kiri dan radikal. Kesannya, Akta Hasutan mula dibawa masuk ke Tanah Melayu sebagai Ordinan no. 14 bagi menyekat penentangan rakyat terhadap kerajaan British dan pembentukan PTM.
Sebagai contoh, sejarah telah menunjukkan bagaimana Angkatan Pemuda Insaf (API) diharamkan oleh British disamping pemimpinnya Ahmad Boestamam yang dipenjarakan selama 7 tahun tanpa diberikan perbicaraan.
Kini, Akta Hasutan 1661 (England) sudah dimansukan dan tidak lagi diguna pakai dalam undang-undang British tetapi sesetengan peruntukan (Provisions) dalam akta tersebut masih digunakan dalam “Treason Act” (Akta Khianat)
Di Malaysia, selepas berlaku peristiwa 13 Mei 1969 pindaan terhadap undang-undang ini telah dilaksanakan bila mana perkara-perkara sensitif seperti yang tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh disentuh oleh mana-mana pihak seperti Islam(perkara 3), kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera (perkara 153), kedudukan Bahasa Melayu(perkara 152) dan kedudukan Raja-Raja Melayu(perkara 181).
AKTA HASUTAN 1948 MALAYSIA
Undang-undang ini mempunyai 11 peruntukan (provisions) dan saya berpandangan seksyen 3 adalah kandungan yang terpenting. Secara asasnya, seseorang ini boleh didakwa di bawah Akta Hasutan apabila mempunyai “kecenderungan mengasutan” atau “seditious tendency”.

Menurut seksyen 3 , kecenderungan menghasut ialah kecenderungan;
(a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau kerajaan. (b) bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh mana-mana kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan, dengan apa cara selain cara yang sah. (c) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau mana-mana negeri. (d) Bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat yang dipertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana negeri dalam kalangan pendudukan Malaysia atau rakyat mana-mana negeri. (e) bagi mengembangkan perasaan niat jahat untuk mencetuskan pergaduhan antara kaum. (f) bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf atau kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan dilindungi oleh peruntukan bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan.

Kesimpulannya ;

a dengan d tak relevan untuk dikekalkan sama sekali.

Perlu diubah agar bersesuaian dengan peredaran zaman jika sekalipun kerajaan mahu mengekalkan akta ini namun aku setuju akta ini dimahsuhkan. Ini kerana akta ini seringkali digunakan untuk melindungi sistem raja berperlembagaan. Which is satu sistem yang aku memang tolak secara total disebabkan tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat jelata di negara ini. Aku malas hurai lanjut kenapa aku tolak, nanti jadi buka topic baru pula. Tapi yang penting akta ini sengaja digunakan untuk melarang rakyat daripada bersuara secara terus terang (menyatakan kebenaran) tentang sesuatu perkara. Bukan sahaja terhadap kaum kerabat diraja bahkan terhadap pemimpin dan kerajaan pun kadang2 jadi isu disebabkan kerajaan kita terlalu sensitif pada kritikan. Asyik mengharapkan pada pujian aje. Tah pape.

Satu lagi.

Di British, akta ini telah pun dihapuskan. Aku setuju sebagai rakyat kita jangan khianat pada negara kita, tapi jika terdapat apa2 tindakan kerajaan, pemimpin, raja yang bersikap khianat pada rakyat dan rakyat dilarang menegur, bersuara, melawan, membangkitkan persoalan2 tersebut kerana bakal berhadapan dengan akta hasutan, bagi aku itu karut. Lainla kalau ianya benar2 fitnah dan mendatangkan mudarat disebabkan menyebarkan berita2 fitnah macam utusan dan TV3. Logik juga dorang tue didakwa dibawah akta hasutan sebab menyebarkan kepalsuan, penipuan, fitnah dan sentimen perkauman yang melampau. Tapi selalunya yang kena adalah pihak yang sebaliknya. Yang melawan kezaliman je kena dakwa manakala yang betul2 melakukan hasutan berdasarkan sentimen fitnah tak didakwa.

Setiap kelemahan2 (polisi berat sebelah) dan kesalahan2 (salahlaku, korupsi, penyelewengan) kerajaan dan mana2 pemimpin termasukla raja2 sekalipun haruslah dibahaskan secara terbuka tanpa perlu ditakutkan dengan apa2 akta yang berniat melindungi kepentingan sesetengah pihak sehingga pihak2 tertentu menyalahgunakan akta tersebut. Eh, memang macam tue la yang berlaku di Malaysia kan sekarang? Sebenarnya, menghasut membenci kerajaan yang zalim bukan salah pun. Kerajaan kena terima hakikat dorang zalim dan hasutan rakyat adalah tepat merujuk kepada keadaan rakyat yang tertindas.

Ada faham?

K bai.

Rujukan : http://keris7lok.blogspot.com/2011/09/apa-itu-akta-hasutan-akta-keselamatan.html

http://prisma.com.my/?p=1009

http://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Hasutan_1948

PAS Kantoi Lagi - Kerjasama Dengan UMNO Gagal Disebabkan 2 Adun PAS Lari !!!!


Krik krik krik.

Haji hadi diam. Sudah sangat lama. Semalam Husam Musa hentam Haji Hadi. Nampak macam dia balon UMNO. Tapi hakikatnya dia berkias balon TGHH. Sapa yang tahu, tahu la. Selepas TMI dedahkan yang TGHH mahu berkerjasama dengan UMNO di Selangor dengan membentuk kerajaan perpaduan, TGHH diam sampai sekarang. Apa sudah jadi? Takan lari kot? Dan terkini, salah seorang geng2 ulama dalam PAS pula mendedahkan bahawa larinya dua adun dari PAS kepada PKR telah menyebabkan runtuhnya kerjasama yang ingin dibuat oleh PAS bersama UMNO bagi membentuk kerajaan campuran di Selangor.

Pehhhh..

Baca jap ;

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali mengakui tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu menyokong pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor menggagalkan usaha mereka untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim melalui kerjasama dengan Umno.

Melalui satu tulisannya yang disiarkan dalam laman Facebook rasmi PAS semalam, Khairudin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata tindakan dua Adun itu secara teknikalnya menyebabkan Khalid tidak boleh lagi dikekalkan sebagai menteri besar kerana bilangan majoriti Adun tidak memihak kepadanya.

"PKR dan DAP yang hanya mempunyai 28 Adun menyokong bertambah menjadi 30 Adun, hasil sokongan 2 Adun PAS.

"Secara teknikalnya Khalid hanya mempunyai sokongan 26 Adun termasuk 13 Adun PAS dan 12 Adun Umno yang menyokong tanpa syarat. Beliau tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini. 
"Ia mentafsirkan kenapa mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menghantar 2 nama sebagai calon MB menggantikan Khalid," tulis beliau yang lebih dikenali dengan nama Takiri, sempena tempat kelahirannya di Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Pengakuan Khairudin ini selari dengan apa yang dilaporkan The Malaysian Insider sebelum ini terdapat usaha daripada PAS untuk bekerjasama dengan Adun Umno bagi membentuk kerajaan di Selangor. -TMI-

Cakap banyak takmao TGHH. Sekarang cepat saman TMI. Nafikan bahawa PAS memang tiada niat untuk bersatu dan membentuk kerajaan campuran di Selangor dengan UMNO. Adakah TGHH takut disebabkan saksi ramai dalam bilik mesyuarat yang boleh mengesahkan TGHH berbohong?

Ce citer ce citer..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...