48% memilih untuk tidak respon.
22% memihak kepada Khalid Ibrahim.
10% tidak menyokong tindakan PR.
5% tidak menyokong DSWA sebagai MB Selangor yang baru.
3% tidak gembira dengan apa yang berlaku di Selangor.
2% meminta agar diadakan semula PRN.
Hanya 10% setuju dengan tindakan mengugurkan Khalid sebagai MB Selangor.
Walaupun kempen demi kempen dilakukan oleh PR sampai buat roadshow sana sini pusing satu Selangor, buat forum, guna facebook, blog, internet, radio, twitter nampaknya tak la dapat mereka mempengaruhi semua pihak untuk bersetuju dengan tindakan2 mereka ke atas Khalid Ibrahim.
Apa sebenarnya yang mereka fikir tentang PAKATAN RAKYAT selepas krisis Selangor ini berlaku ye?
Adakah Selangor bersedia melakukan pungutan suara untuk mendengar apa yang rakyat fikirkan tentang Khalid Ibrahim ye?
48% ialah hampir separuh dan mereka memilih untuk tidak bercakap apa2 kerana tidak mahu diperlihatkan mempercayai PR juga dalam waktu yang sama bersimpati ke atas apa yang berlaku pada TSKI. Sebenarnya, tak la TSKI tue perfect mana dalam soal pentadbiran. Tapi agaknya yang mendorong rasa simpati kepadanya mungkin disebabkan dia kena kutuk berkali2 pun dia tak jawab apa2. Dia diam je. Lepas tue dia gunakan peguam untuk selesaikan tuduhan ikut saluran undang2. Tak la dia pusing satu negeri ataupun upah team untuk buruk2kan mana2 pihak. Yang lebih cool bila dia ucapkan selamat hari jadi kepada Anwar sehari selepas dipecat dari PKR secara tidak adil. Bahkan ramai orang tidak tahu bahawa dia sememangnya sudah lama sedia berundur. Bukan kah ada satu presiden PARTI itu yang menyebabkan dia terikat di kedudukan itu? Sudah puas menjadikan Khalid catur, sudahnya Khalid yang dipersalahkan. Kita lebih jelas dengan apa yang kita buat kat orang. Lama kelamaan, ia akan terbongkar.
Baca ;
Hampir setengah atau 988 daripada 2,062 responden laman sosial Twitter Politweet.org tidak memberi sebarang pandangan terhadap krisis Menteri Besar Selangor dalam tinjauan yang dibuat bermula 9 sehingga 15 Ogos lepas.
Memetik laman facebook Politweet, ia dilihat persoalan besar yang membangkitkan rasa kasihan kepada Tan Sri Abdul Khalid sendiri.
"Mereka juga keliru dengan alasan yang diberi Pakatan Rakyat (PR) dan melihat krisis ini tanpa sebarang penjelasan fakta yang kukuh.
"Responden turut mahu krisis ini ditamatkan segera," kata laman itu.
Jelas laman itu, 206 orang atau 10 peratus daripada mereka turut memberi pandangan bercampur-campur dan tidak menyokong PR.
"Mereka dilihat tidak gembira dengan alasan diberi PKR selain tidak berpuas hati kerana UMNO dan BN dituduh menjadi punca kemelut berkenaan.
"Mereka juga tidak memahami kenapa PR tidak menggunakan prosedur betul untuk menurunkan Abdul Khalid dan menunggu mesyuarat PAS untuk membuat keputusan," jelas laman itu.
Sementara itu 22 peratus atau 445 orang bersetuju Tan Sri Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar sementara hanya 10 peratus atau 209 orang mahu dia berundur.
"Matlamat kami pada mulanya adalah untuk mengukur pandangan orang ramai terutamanya mengekalkan atau menukar Abdul Khalid.
"Pelbagai pendapat bercampur membolehkan kami mengukur maklum balas kepada pihak-pihak lain yang terlibat seperti PR, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata laman itu.
Tambahnya, sebanyak 10 peratus atau 206 orang menyatakan tidak menyokong PR dan 5 peratus tidak menyokong Anwar dan Wan Azizah.
"Sementara 3 peratus responden (65 orang) rakyat tidak gembira terhadap semua parti dan krisis yang berlaku manakala 2 peratus (34 orang) sahaja bersetuju sekiranya Dewan Negeri Selangor dibubarkan," jelas laman itu.
Tambah laman itu lagi, penyokong Abdul Khalid dilihat mahu menteri besar itu menyertai PAS selain tidak bersetuju dengan alasan diberi PR sendiri.
"Mereka juga harus menghormati keputusan Sultan Selangor dan memberitahu Wan Azizah bukan pilihan terbaik untuk Selangor," ujarnya. - AWANI -