Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 6 Januari 2021

Annuar Musa Dedah Bermacam Rahsia Termasuk Isu Sokongan Pada Anwar Dan Pendaftaran MN.

POLITIK | Sehari selepas dipecat sebagai Setiausaha Agung BN dan MN, Annuar Musa nampaknya memulakan serangan berani mati terhadap Presiden UMNO, Zahid Hamidi.

Ini yang Annuar Musa katakan kepada pengamal media semasa membuat sidang petang tadi;

1. Flip flop isu Muafakat Nasional. Kejap nak daftar kejap taknak daftar, sedangkan logo dan draf perlembagaan telah disiapkan. Selepas disiapkan, datang arahan jangan daftarkan MN pula. Lepas tu PAS sudah jadi ahli PN. Maka kata tak perlu daftar MN. Kemudiannya kata perlu daftar MN. Keputusan berubah-ubah. Kemudiannya, Presiden UMNO kata tak perlu didaftarkan MN kerana ianya tak relevan (tak masuk PRU15) sebaliknya ia hanya dikekalkan sebagai wadah penyatuan ummah yang terbuka kepada semua pihak termasuklah NGO-NGO. Annuar Musa juga berkata PAS membuat keputusan MN didaftarkan manakala UMNO tidak mahu mendaftarkan MN.

2. Annuar Musa memegang konsep umat Islam dan melayu perlu bersatu padu bagi memajukan negara.

3. Tidak selesa dengan desakan bubar Parlimen berkali-kali kerana ini mewujudkan suasana ketidakstabilan, disamping masalah covid19 masih lagi belum selesai.

4.  Menyelesaikan masalah covid19 harus menjadi tumpuan tanpa ada gangguan.

5. Dihubungi beberapa kali oleh pimpinan PAS bagi menyatakan kebimbangan mereka, sedang cuba mendamaikan semua pihak bagi mewujudkan suasana harmoni.

6. No DAP No Anwar masih kekal sehingga kini sebagaimana diputuskan parti secara konsensus tetapi terdapat pihak yang bercanggah.

7. Dihubungi oleh ramai kawan-kawan dari UMNO, menteri dan sebagainya, yang berkongsikan sentimen yang sama sepertimana dirinya. Annuar Musa berharap mereka akan lakukan apa yang sepatutnya bagi menyelesaikan masalah tersebut.

8. MN, BN, PN sepatutnya terus diperkukuhkan.

9. Hal-hal peribadi dan masalah individu tidak harus menjadi agenda utama, yang patut diutamakan ialah parti dan rakyat.

10. Perbezaan pendirian itu menyebabkan Annuar Musa tidak mahu bersubahat dengan agenda yang Zahid Hamidi ingin bawakan.

11. Annuar Musa berkata beliau keliru kerana dianggap macam orang bersalah sedangkan No DAP No Anwar, pertahankan enbloc, adalah apa yang diputuskan parti, sedangkan yang jumpa DAP, sokong Anwar, itu bertentangan dengan apa yang diputuskan parti.

12. Pemecatan SU Agung tidak sah kerana tidak mengikuti SOP yang sepatutnya, tetapi Annuar Musa menerima sahaja keputusan tersebut tanpa mahu banyak soal. Katanya lagi, Presiden UMNO tak ada kuasa memecatnya, sebaliknya ia perlu diputuskan secara bersama oleh BN.

13. Majlis Tertinggi tak pernah membuat keputusan mahu keluar dari Perikatan Nasional.

14. Surat Zahid yang mengesahkan sokongan kepada Anwar adalah tulen. Mahu menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri itu benar.

15. Ahli-ahli Parlimen BN tak pernah diberitahu secara rasmi bahawa perlu menyokong Anwar sebagai PM. Berapa ramai yang sokong Anwar sebagai PM, Annuar Musa juga tak tahu, namun hal berkenaan tak pernah dibincangkan (dalam peringkat BN).

16. Usul setiap bahagian berbeza-beza. Ada yang nak sokong Anwar tapi tak mahu DAP. Ada yang No DAP No Anwar. Ada yang tolak PPBM. Setiap bahagian membincangkan usul yang berbeza-beza, ada bahagian yang tak membawa usul, ada yang tak bermesyuarat maka tak boleh dijadikan asas bahawa dakwaan majoriti ketua bahagian UMNO menolak kerjasama dengan PPBM. Ia perlu mengikut perlembagaan parti, dimana setiap usul perlu dibawa ke peringkat tertinggi dan diputuskan parti.

17. Perjumpaan antara beberapa ahli parlimen UMNO dengan PKR (dipercayai rujuk Anwar) berlaku beberapa kali. Antara tarikh perjumpaan ialah 17 Oktober 2020.

18. Keputusan membawa masuk PPBM ke dalam MN juga berubah-ubah. Selepas UMNO enggan masuk PN, kemudiannya membuat keputusan menjemput PPBM ke dalam MN. Tapi kemudiannya UMNO membuat keputusan tidak mahu bekerjasama dengan PPBM.

19. Annuar Musa menafikan beliau menjadi jurucakap BERSATU. Beliau hanya menjadi jurucakap kepada kerajaan PN apabila bercakap pasal PPRT, jalan berlubang dan sebagainya.

20. Sewaktu berbincang mengenai penubuhan PN, UMNO dah bermesyuarat berkali-kali siang dan malam. Perlu nak menyelamatkan negara daripada DAP. Perlu ada satu kaedah baharu, pembentukan kerajaan baharu. Selepas kerajaan dah terbentuk, dengan pengalaman yang ada, sepatutnya digunakan untuk membantu Perdana Menteri, UMNO sukarela nak sokong TSMY sebagai PM, bukannya dipaksa. UMNO kena sumbangkan tenaga, kepakaran, pengalaman dan kerusi. Kerja ada banyak dan belum selesai. Sepatutnya focus untuk bantu rakyat dan bukannya bergaduh sesama sendiri, nak utamakan rakyat atau nak utamakan agenda peribadi.

21. Annuar Musa juga berkata UMNO perlu menyatupadukan umat Islam dan melayu dulu. Dan tak mungkin boleh menang bersendirian.

22. Annuar Musa juga kata akan kekal beristiqomah dan redha dengan pemecatannya sebagai SU Agung BN. Juga berkata akan kekal dalam UMNO.

23. Juga beliau menyeru kepada semua ahli-ahli UMNO agar merapatkan saf dan menyokong apa-apa yang parti UMNO akan putuskan. Annuar Musa juga menyeru semua parti-parti dalam PN berusaha supaya tak berlakunya perpecahan. Mengharapkan PAS dapat bersabar meskipun PAS banyak kali terkeliru dengan beberapa tindakan UMNO. PPBM juga diseru untuk memahami keresahan orang UMNO itu ada asasnya. PPBM juga diseru untuk memperbaiki hubungannya dengan UMNO. - 6 Januari 2020.

Selasa, 5 Januari 2021

Nurul Hidayah Zahid Mengaku Bawa Resume Jumpa Menteri Minta Kerja.

SOSMED | Untunglah jadi anak orang VIP. Kalau ikut anak orang biasa, nak minta kerja perlu melalui proses temuduga, saringan dan intern. 

Tapi Nurul Hidayah Zahid Hamidi beruntung sebab hanya perlu bawa resume dan jumpa menteri terus dapat kerja sebagai Ahli Perbadanan SME Corp.

Ini bukan dakwaan kosong. Ia diakui oleh Datuk Nurul Hidayah sendiri di Instagramnya;

Menurut Nurul Hidayah, Zahid Hamidi langsung tak ada kena mengena dengan perlantikan beliau di SME Corp. Ini kerana beliau membawa sendiri resume kepada menteri kerana merasakan layak memberikan sumbangan kepada agensi itu.

"Tajuk tu memang 'News Value' sungguh.

Anak Zahid.

Alhamdulillah. Tapi nak bagitau Zahid Abah kepada Nurul takda kena mengena dalam perlantikan ini.

Anak Zahid bawa resume/CV sendiri serah kepada Menteri kerana merasakan beliau layak memberi sumbangan kepada agensi itu selaras dengan latar belakang pendidikan dan pengalaman dalam pelbagai bidang,"
katanya dalam kenyataan itu.

Kenyataan Nurul Hidayah itu bukan sahaja tidak meredakan kritikan yang beliau terima sebaliknya ia semakin galak dan menjadi bahan troll netizens.

Gambar oleh Fahmi Reza;


Gambar troll di atas ini misalnya telah menjadi sensasi di laman sosial dan dikongsikan ramai pihak termasuklah Nurul Hidayah sendiri. Mungkin beliau juga mahu mengakui menjadi anak Zahid Hamidi sememangnya ada banyak kelebihan dari mereka yang bukan datang dari anak VVIP, Kayanagan dan Elit. Terima sahajalah hakikat. Dunia ini syurga buat orang kaya. - 5 Januari 2020.

Keputusan UMNO Keluar PN Keluar Esok, KJ Sedia Lepas Jawatan Menteri..

POLITIK | 1. Sebarang keputusan mengenai Ahli Parlimen UMNO diarah melepaskan jawatan dalam kerajaan dan agensi berkaitan kerajaan (GLC) sebelum bulan depan akan dimuktamadkan esok oleh Majlis Kerja Tertinggi parti, kata Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan.

Beliau enggan mengesahkan Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan arahan itu pada mesyuarat bersama ketua bahagian UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra yang berakhir sebentar tadi.

Beliau yang tidak menafikan laporan itu berkata, ia perkara yang perlu dimuktamadkan MKT UMNO.

“Itu hanya laporan (media). Apa-apa yang kita bincang tadi, kita akan bawa ke Majlis Kerja Tertinggi. Jadi, keputusan muktamad, apa juga akan dibincangkan MKT esok malam,” katanya. (Free Malaysia Today).

2. Portal Suara TV melaporkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meminta anggota parlimen parti itu meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum Februari bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan secepat mungkin.

 

Bagaimanapun, laporan itu dinafikan oleh Zahid Hamidi.

Sebagai rekod, semalam, Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakob meletakkan jawatan sebagai pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) setelah menggesa parlimen dibubarkan bulan ini
.

3. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin sedia melepaskan jawatannya dalam Kabinet, jika diarahkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Katanya, beliau terikat kepada sebarang keputusan MKT UMNO yang akan bermesyuarat esok untuk membincangkan kedudukan pemimpin UMNO memegang jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin.

“Jika MKT membuat keputusan mengarahkan hli UMNO untuk menarik diri (daripada kabinet), saya, sebagai ahli UMNO, adalah terikat kepada keputusan itu,” kata beliau. - 5 Januari 2020.

Ada Apa Disebalik Pemecatan Annuar Musa.

POLITIK | Sepanjang minggu lepas membawa ke minggu ini setiap hari kita disajikan dengan laporan demi laporan berita yang menyatakan ketidakpuasan hati UMNO terhadap Perikatan Nasional, khususnya PPBM dan sekali sekala terhadap PAS.

Terdahulu, The Malaysia Insight melaporkan Annuar Musa dipecat sebagai Setiausaha Agung BN dan jawatan itu kini disandang Ahmad Maslan.

Ahmad Maslan pula mengatakan Annuar Musa bukannya dipecat sebaliknya digantikan.

“Beliau tidak dipecat, beliau diganti.

“Biasanya setiausaha agung Umno ini juga sebagai setiausaha agung BN.

“Saya kira itu antara sebab (Annuar diganti). Saya juga diberi tugas untuk menjadi setiausaha agung Muafakat Nasional (MN),”
katanya.

Ditanya sama ada Annuar diganti kerana dilihat pro-Bersatu, Ahmad memilih untuk tidak mengulas berkenaan dakwaan itu.

“Annuar pro-Bersatu? Saya tak mahu mengulas apa-apa tentang itu,” ujarnya.

Kalau dah digantikan itu maknanya dipecatlah. Pelik juga Ahmad Maslan nak konar sana sini benda simple je pun.

Perkataan pecat juga disebut oleh Annuar Musa sendiri menerusi Twitter rasminya.

Ikut kenyataan Annuar Musa neh;

- Tak tahu dia kena pecat. Maknanya kena pecat secara tiba-tiba.

- Tahu pun hanya melalui media.

- Annuar Musa sebenarnya terasa dengan pemecatan mengejut tu sebab tu dia kongsikan tangkap layar tersebut di Twitternya.

Bagaimanapun ketika media minta Annuar Musa ulas mengenai pemecatan tu, dia tak mahu jawab. Dia cakap ini masanya untuk bertenang.

Jika kita perhalusi trend politik sepanjang dua minggu muktahir ini kita akan dapati;

1. UMNO push kepada pilihanraya. Kenyataan terkini Ahmad Maslan pun cakap perkara sama.

👇👇
 

Ahmad turut memaklumkan PRU15 perlu diadakan secepat mungkin bagi memastikan kerajaan dibentuk lebih stabil untuk memulihkan ekonomi. (petikan : Malaysiakini).

2. UMNO mempertikaikan keputusan-keputusan yang dibuat oleh PN. Dalam isu KWSP. Isu Tabung Haji. HSR. Zeti Aziz. Kartel daging. Pendek kata semua isu-isu yang dilihat menjejaskan kredibliti dan intergriti PN tanpa membabitkan pimpinan UMNO, UMNO akan serang dan pertikaikan isu tersebut habis-habisan. Isu Tajuddin, KJ dan covid19 tak sentuh pun (sekadar menyebutkan beberapa contoh).

3. UMNO memainkan persoalan mengenai Muafakat Nasional dan PAS. PAS asyik didesak untuk memilih antara PPBM dan UMNO. Ini mungkin bertujuan untuk menekan PAS agar PAS memutuskan ikatan MN. Jika PAS memutuskan ikatan MN, maknanya, UMNO tidak akan dipersalahkanlah jika bertanding menentang PPBM, PAS dalam GE15 kelak.

4. UMNO pun dah berulangkali sebut akan masuk PRU15 sebagai BN dan bukannya PN.

5. Beberapa UMNO Bahagian juga dah memulakan gendang perang. UMNO Terengganu misalnya, dah keluar kenyataan akan langgar PAS. UMNO Johor dan Kelantan dah kata akan langgar seat BERSATU. UMNO Pusat dah tegaskan akan pertahankan semua seat-seat lompat yang dicuri PPBM dalam PRU14 haritu. Pendek kata, tak ada rundingan lagi dengan team PPBM. Dengan PAS masih ada ruang rundingan tetapi ia terpulang pada PAS yang diseru untuk memilih antara PPBM ataupun UMNO.

6. Najib asyik serang PN. Zahid dilihat playsafe. Berkemungkinan besar role Zahid ialah playsafe, korek maklumat. Role Najib, posisi penyerang, beregu dengan Anwar dan PKR. Sejak beberapa bulan kebelakangan neh, Najib dan Anwar lihat senada dalam banyak perkara.

7. Seperti Najib, Anwar juga sedang ditekan habis-habisan melalui GC = Grand Coalition. Tapi nampaknya GC gagal mendapat sambutan sebab penyokong PH kalau pun bodoh sangat belum cukup bodoh nak mengangkat Tun Mahathir sebagai ketua dan PM9. Biarlah kebodohan tu berakhir dikalangan DAP dan Amanah sahaja. Haha.

8. PRU15 adalah luar jangka. Ini hint yang sedang ditunjukkan oleh parti UMNO BN, PKR, DAP, PEJUANG, AMANAH.

9. Pemecatan Annuar Musa adalah permulaan kepada penjajaran baharu yang akan mengambil tempatnya selepas PRU15.

10. Dalam PRU15, semua parti akan masuk bertanding dan selepas keputusan keluar barulah mereka akan memuktamadkan gabungan yang macam mana perlu dibentuk. Pendek kata dalam PRU15, kita tak ada musuh dan kawan yang jelas sebab selepas PRU15, silap-silap mereka bergabung dan menjadi kerajaan. 

Mereka mungkin tak dapat nak buat penjajaran baharu sebelum PRU15 kerana taknak ambil risiko. PRU bukannya macam PRK mahupun PRN. Ia cover seluruh negara jadi risiko dia berbeza-beza tahapnya. Nak jaga pun susah.

Sebagaimana parti pun dah terbuka kepada penjajaran baharu, para penyokong juga perlu bersedia dari segi emosi dan mental. Jangan rasa pelik kalau lepas neh BN DAP membentuk gabungan dan menjadi kerajaan. - 5 Januari 2020.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...