Kenapa kecilkan peranan PAS dalam misi bantuan?
PAS yang menyertai flotilla membantu penduduk Rohingya di Myanmar membidas laporan media yang menurutnya memperkecilkan penglibatan PAS sebaliknya hanya cuba menonjolkan sebuah pertubuhan berkait Umno dalam misi bantuan itu, lapor portal Free Malaysia Today.
Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Muhammad Sanusi Md Nor mempertikaikan laporan sebuah akhbar tempatan yang menurutnya tidak menunjukkan situasi sebenar, tetapi hanya menampilkan peranan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) “seolah-olah tiada apa-apa selain usaha berterusan pihak KP1M”.
Laporan media berat sebelah
“Saya rasa ini adalah kerja pemberitaan yang memalukan KP1M, lebih memalukan lagi jika KP1M sendiri yang meminta demikian,” kata Sanusi merujuk laporan Harian Metro pada Isnin berkenaan sebuah program kem pelarian di Sittwe, ibu negeri wilayah Rakhine (Arakan) di Myanmar.
Sanusi berkata dengan merujuk sukarelawan PAS sekadar “turut serta” dalam program itu dan “tidak sepatah pun menyebut PAS dan aktiviti PAS”, ia seolah-olah menunjukkan program itu disusun KP1M.
“Kenapa mereka mengatakan ekor itu adalah kepala? Kenapa perlu dihilangkan PAS dalam pemberitaan dalam situasi sebenar yang sama-sama diketahui? melibatkan lebih 200 sukarelawan, menyahut seruan membantu penduduk Islam Rohingya yang diusir penduduk setempat.
Sanusi berkata PAS memainkan peranan penting dalam misi itu, malah menceritakan insiden pada Isnin ketika ahli parti itu menyelamatkan sukarelawan KP1M yang gagal meneruskan perjalanan ke Maundaw, sebuah daerah di Sittwe.
Kerana PAS mereka dapat merasa nasi kalau tak hadap je la maggie tu
“Mereka hanya makan maggi kerana tiada restoran makanan halal di Sittwe,” kata Sanusi.
Katanya, sukarelawan PAS kemudian mempelawa KP1M “melihat sendiri program-program yang telah kami aturkan”.
“Setidak-tidaknya mereka akan dapat menjamah nasi yang telah kami pesan di sana nanti. Itulah cerita sebenar,” tambahnya.
PAS yang menyertai flotilla membantu penduduk Rohingya di Myanmar membidas laporan media yang menurutnya memperkecilkan penglibatan PAS sebaliknya hanya cuba menonjolkan sebuah pertubuhan berkait Umno dalam misi bantuan itu, lapor portal Free Malaysia Today.
Gambar oleh Free Malaysia Today |