Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 3 September 2016

Aksi Apandi Ali Berjoget Sakan Dengan Menteri Dipersoalkan Peguam.


Siri : 291 Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin, AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera : 

TANGGUNGJAWAB DAN TINGKAHLAKU SEORANG PEGUAM NEGARA : 


1. PEGUAM NEGARA adalah salah satu kerusi terpenting dalam pentadbiran negara Malaysia sehinggakan cara perlantikan, skop perjawatanan dan cara pemecatan dinyatakan secara khusus di bawah PERKARA 145 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. 

2. Selain dari menjadi Penasihat Undang-undang Utama kepada Kerajaan, PEGUAM NEGARA adalah juga pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan memelihara sistem keadilan jenayah negara untuk kepentingan awam , sehinggakan cuma PEGUAM NEGARA mempunyai kuasa untuk mendakwa mana-mana pihak termasuk syarikat, individu, mahupun penjawat awam dan MENTERI KERAJAAN yang dipercayai telah melakukan kesalahan jenayah. 

3.PEGUAM NEGARA lah yang dipertanggungjawabkan untuk mendakwa orang yang dipercayai bersalah di Mahkamah, dan bertanggungjawab untuk memanggil kesemua saksi yang perlu dan menampilkan kesemua keterangan(bukti) yang perlu untuk meyakinkan Mahkamah bagi tujuan perolehan sabitan terhadap kesalahan yang dituduh di Mahkamah terhadap individu terbabit atau pihak terbabit. 

4. Justeru, ianya adalah terpenting dalam sistem keadilan asasi (natural justice ), antara lain bahawa "keadilan bukan sahaja dilakukan, namun keadilan hendaklah nampak telah dilakukan" (justice is not only done, justice must be seen to be done). Dalam erti kata lain, tingkahlaku dan perhubungan PEGUAM NEGARA hendaklah di tahap profesional tertinggi dengan kesemua pihak, yakni orang awam mahupun MENTERI KERAJAAN, kerana seperi yang diperincikan di atas, antara tanggungjawab PEGUAM NEGARA adalah untuk mendakwa mana-mana pihak yang dipercayai telah melakukan kesalahan. 

5. Dalam keadaan masa kini, di mana wujudnya pelbagai kritikan awam, laporan polis, laporan SPRM, dan Laporan pelbagai agensi siasatan dalam negeri dan luar negara berkaitan penyelewengan dana rakyat di dalam syarikat 1MDB serta salahguna kuasa yang wujud terhadap PERDANA MENTERI dan KERAJAAN terbabit, ianya adalah JAUH LEBIH PENTING mana-mana tingkahlaku PEGUAM NEGARA akan menarik perhatian awam, dan semestinya menarik perhatian awam di bawah konsep keadilan asasi (natural justice). Oleh itu, seorang PEGUAM NEGARA hendaklah sentiasa dalam apa hal keadaan sekalipun, menampilkan tingkahlaku yang mengatasi mana-mana kekhuatiran perlanggaran prinsip keadilan asasi (natural justice) tersebut. 

6. Justeru, dengan berat hati saya sebagai seorang peguam, yakni seorang Pegawai Mahkamah dan Rakyat Malaysia, mengatakan dengan penuh kekecewaan bahawa tingkahlaku PEGUAM NEGARA yang dipaparkan di dalam video di bawah, tertakluk kepada mana-mana penjelasan munasabah jika wujud daripada pihak berkenaan, menampilkan tingkahlaku yang BOLEH DIPERSOALKAN berhubung kemungkiran konsep dan prinsip keadilan asasi (natural justice) tersebut, di atas 2 perkara pokok ; 

a) Kenapakah PEGUAM NEGARA, sebagai PENJAWAT AWAM memakai PAKAIAN SERAGAM dengan MENTERI-MENTERI KABINET KERAJAAN yang tampil semasa sambutan Hari Kemerdekaan 31.08.2016, di Dataran Merdeka, sedangkan PEGUAM NEGARA bukanlah MENTERI KABINET KERAJAAN, sehingga, akan menampilkan kecurigaan Rakyat, bagaimanakah PEGUAM NEGARA dapat melaksanakan keputusan berhubung mana-mana pertuduhan jenayah yang disiasat terhadap mana-mana PERDANA MENTERI ataupun MENTERI-MENTERI KABINET KERAJAAN, jika beliau dari sudut pakaiannya, pun sudah sama sebagai MENTERI KABINET KERAJAAN ? !!!, DAN 

b) Tingkahlaku di khalayak ramai dalam BERNYANYI BERSUKA-RIA oleh PEGUAM NEGARA dengan MENTERI-MENTERI KABINET KERAJAAN, antara lain, sepastinya menampilkan kerisauan sah di minda mana-mana Rakyat prihatin yang munasabah, akan kebolehan PEGUAM NEGARA untuk membuat keputusan adil dan saksama berhubung mana-mana siasatan terhadap PERDANA MENTERI mahupun MANA-MANA MENTERI KABINET KERAJAAN, berhubung kemelut terkini yang kita sama-sama hadapi ? !!! 

7. Saya, dengan sejujur dan seikhlas mencabar PEGUAM NEGARA untuk memberi penjelasan yang benar dan munasabah tentang kandungan tingkahlaku beliau dalam video ini, dan jika tidak, PEGUAM NEGARA hendaklah dengan cara terhormat MELETAK JAWATAN pada kadar segera !!! DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!!



Oleh : Haniff Khatri

Ini Luahan Rafizi Dalam Isu Pemecatan Chegu Bard.

Dalam PKR antara MP yang buat kerja dan rajin cari isu ialah Rafizi Ramli. Nurul Izzah pun dah slow gila. Aku sampai terlupa. Wakil rakyat kah dia. Hmm. Mungkin dia dan Wan Azizah ada permasalahan tersendiri. Tetapi sampai bila perlu berdiam diri biar dibuli. Perselisihan dalaman PKR bukan hanya babitkan PKR semata-mata bahkan akan menjejaskan sokongan rakyat ke atas parti juga.

Masyarakat perhati aje pergaduhan dalaman korang neh dari satu sudut. Sambil memerhati sambil memikirkan. Sambil menganalisa sambil merancang. Masyarakat juga ada pelan tindakan tersendiri. Bukan parti je ada. Mereka juga ada pemikiran tertentu, perancangan tertentu. Apakah aku patut undi mereka lagi. Apakah aku patut undi protes. Apakah aku perlu undi BN. Apekah aku patut tidak keluar mengundi. Semua ini ada dalam kotak fikiran penyokong-penyokong pembangkang. Sementara parti mungkin menyedari atau mungkin tidak menyedari, tindakan-tindakan yang dilakukan mereka sebenarnya tidak banyak membantu menyelesaikan masalah.

Dalam isu Chegu Bard. Kronologinya begini ;

1. CB dedahkan masalah / isu yang berlaku di Selangor.

2. Kritik pentadbiran kerajaan negeri dan keputusan Azmin selaku MB

3. Kritikan CB tidak ditanggani secara seriyus oleh MB. Bahkan diperlecehkan juga.

4. Titik penamat bila CB diisytiharkan bukan lagi ahli parti PKR.

5. Sebelum itu CB pernah digantung keahliannya. Gara2 mengkritik proses pemilihan parti yang tidak telus dan bermasalah.

Ketika dipecat sebagai ahli PKR, CB mendedahkan bahawanya PKR tidak mematuhi SOP pemecatan yang sepatutnya. Kenyataan CB itu bukannya fitnah dan ianya disokong oleh kenyataan Rafizi di bawah ini ;



1. Nurul keluarkan surat pemecatan.
2. Atas arahan DS Wan Azizah.
3. Kenapa DSWA mahu keluarkan surat pemecatan sedangkan kes CB masih dalam proses siasatan?

Rafizi dalam akhir kenyataan menyalahkan Azmin dan Sivarasa. Aik, yang arah pecat Wan Azizah, tetapi Azmin yang disalahkan Rafizi?

Kenapa?

Kann. Sangkaan orang ramai bahawanya Azmin ada simpan rahsia besar Anwar bukan lagi sangkaan kosong yang tidak berasas.

Disebabkan rahsia itu, mungkin Wan Azizah terpaksa patuh pada arahan. Walaupun dia tu taraf presiden. Bukan ahli biasa-biasa PKR. Tapi orang no 1 dalam parti yet terpaksa tunduk pada tuntutan Azmin. Yang mana akhirnya dapat kita fahami kenapa Kajang Movie itu berlaku. Untuk mengurangi kuasa dan pengaruh Azmin tetapi sebaliknya pula yang terjadi. Semua ini pembalasan kerana kita menutup penipuan dengan penipuan. Why not keluarga Anwar dan Anwar come clean all out. Berhenti hidup dalam ketakutan dan kecelaruan. Jelaskan je semua dan biarkan masyarakat menilai. Itu lebih baik dari hidup pura2 dan sentiasa rasa terancam. Benda neh takan selesai selagi mana kita tak bersedia berterus terang dan membetulkan keadaan. Sedar tak sedar demi melindungi rahsia itu, CB jadi mangsa, Rafizi jadi mangsa, penyokong jadi mangsa, rakyat Selangor pun jadi mangsa. Sampai bila?

Hmmm.

Satu parti ada masalah dalaman.
Satu parti ada masalah intergriti.
Satu parti lagi ada masalah dendam dengan famili lama.
Parti-parti ini yang kita bakal undi untuk menjatuhkan BN dan tawan Putrajaya.
Terlalu menakutkan.

Sumber gambar : Chegu Bard.

Dan Apabila Adun DAP Dikantoikan Menipu Dalam Perlakuan Rasuah Bapanya..

Jadi inilah sebabnya kenapa DAP dan kerajaan negeri tidak membuat laporan polis. Sungguhpun kes rasuah ini hanyala berskala kecil tetapi kengganan kerajaan negeri membuat laporan polis dan menjalankan siasatan menyeluruh agak menimbulkan tanda tanya juga. Almaklumla, ada orang jual projek perumahan kos rendah kerajaan negeri. Sepatutnya laporan dibuat bagi menghukum pihak yang memandai-mandai minta suapan. Tetapi kerajaan negeri memang macam tak kisah.

Pada episode pertama ketika video mendedahkan bapa kepada adun Lim Siew Khim diasak oleh beberapa individu bagi memulangkan wang yang ditipunya disebarkan secara berleluasa di media sosial, YB Lim Siew Khim menjelaskan bahawanya ;

1. Jangan kaitkan perlakuan bapanya dengan dirinya.

2. Dia tidak boleh memilih bapanya.

3. Rasuah yang diminta bapanya adalah tidak munasabah kerana sebagai adun dia tiada kemampuan untuk mempengaruhi sesiapa bagi memudahkan urusan mendapatkan rumah kos rendah.

4. Dia tidak faham apa yang berlaku menerusi video yang tersebar.

5. Dia hanya baru tahu bapanya meminta suapan selepas video tersebut tersebar.

6. Sebarang percakapan yang mengaitkan dirinya dengan tindakan bapanya bakal berdepan ancaman saman.

Dalam video yang tersebar, ada ditulisnya part 1. Part 1 menandakan wujudnya part 2. Ini bermaksudnya sebagai ahli politik, sekurang2nya Lim Siew Khim perlu mahir menganalisa permainan politik pihak sebelah sana yang berkemungkinan ada bukti yang lebih exclusive yang mungkin berupaya mengantoikan dirinya dalam isu tersebut. Dan memang benar pula part 2 telah mengkantoikan YB Lim Siew Khim. YB Lim sebenarnya menyedari lebih awal perlakuan bapanya dan bersedia melakukan rundingan dengan pihak yang ditipu bapanya bagi menyelesaikan masalah. The moment YB Lim menerima mesej, ditelefon, YB Lim patut memikirkan apakah isu ini akan memerangkapnya di kemudian hari. Daripada dikantoikan oleh pihak musuh mungkin sahaja YB Lim patut mendedahkan ia sendiri supaya terlihat transparent. Nampaknya duduk diam dan menyelesaikan dibelakang tabir menjadi pilihan YB Lim. Walaupun dia tidak terlibat secara langsung tetapi perbuatan melindungi perlakuan bapanya akan membuatkan masyarakat menilai semula moral dan intergritinya.

Tambahan pula melihat kepada sebaran video yang jelas memaparkan wajah-wajah individu yang terlibat dalam rundingan tersebut, jelaslah salah seorangnya berada di pihak musuh politik DAP. Yang bemaksud mereka akan sehabis baik mempersoalkan pendirian dan tindakan DAP dalam menanggani isu ini sampai ke tahap yang akan diragui oleh orang awam.

Dari segi moral dan tindakan DAP dah kalah.
Dari segi persepsi pun DAP dah kalah.
Dari segi intergriti, DAP dipertikaikan.
Dalam keadaan apa masyarakat terdesak memberi rasuah bagi memudahkan laluan membeli rumah kos rendah dan serdahana. Mestila dalam keadaan DAP tidak mampu memenuhi keperluan mereka.

Fikir-fikirkanlah kelemahan sendiri dari asyik melawan PAS dalam isu hudud.

Video part II.



Sumber : Penang Kini

Jumaat, 2 September 2016

1MDB Guna Duit Caruman Tentera Bayar Hutang.

2 SEPTEMBER 2016

DIALOG “HARGAI PERAJURIT” DI SELURUH NEGARA Sejak dari Mac 2016, saya telah membawakan isu kebajikan pesara tentera yang bermula dengan masalah kelewatan pembayaran caruman mereka di dalam LTAT selepas meninggalkan persaraan. Saya juga telah membongkarkan bagaimana 1MDB telah terlambat membayar kepada anak syarikat LTAT yang diberikan kontrak memindahkan dan menaiktaraf pengkalan udara di seluruh Malaysia.

1MDB juga telah menggunakan wang yang diperuntukkan kerajaan untuk dibayar kepada anak syarikat LTAT untuk membayar faedah pinjamannya. Saya telah ditahan, dibicarakan dan berdepan dengan hukuman penjara mandatori akibat membawa isu ini.

Saya juga telah disaman oleh LTAT dan kes ini sedang berjalan di mahkamah. Malangnya, saya tidak melihat apa-apa perubahan kepada nasib pesara tentera. Masih ramai pesara yang baru meninggalkan perkhidmatan yang terpaksa menunggu berbulan (kalau bukan bertahun) untuk mendapatkan wang caruman mereka.

Alasan yang diberikan oleh LTAT atau UGAT samalah seperti cuba mencuci tangan tanpa menyelesaikan masalah ini. Dividen LTAT bagi tahun 2015 adalah yang paling rendah sejak dalam sejarah. Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein tidak pernah memberi maklumbalas mengenai perkara-perkara ini setiap kali saya menimbulkannya. Pada masa yang sama, saya terus menerima aduan kelewatan pembayaran dari pesara-pesara melalui borang bitly.com/pesaratentera .

Terbaru, saya akan mengemukakan 95 lagi senarai pesara-pesara yang belum menerima bayaran caruman mereka kepada LTAT dan UGAT untuk diselesaikan segera kerana mereka telah menunggu lama untuk mendapatkan hak mereka. Pesara tentera adalah antara kumpulan pengundi Melayu yang paling berpengaruh di dalam masyarakat walaupun mereka jarang menyedarinya. Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) mengaggarkan terdapat sekitar 450,000 veteran tentera dan setiap tahun secara purata seramai 5,000 askar akan tamat perkhidmatan.

Jika setiap veteran mempunyai keluarga (isteri dan anak-anak) seramai 4 orang, maka terdapat sekitar 1.8 juta pengundi yang rata-ratanya Melayu dari kalangan veteran tentera. Oleh kerana saya juga sedar saya mungkin mempunyai masa beberapa bulan sahaja lagi sebelum dijatuhkan hukuman penjara, saya telah umumkan bahawa hal ehwal kebajikan pesara tentera adalah antara agenda utama saya.

Selain dari membicarakan mengenai kebajikan veteran, saya juga akan mengupas dan mendedahkan perkara-perkara berikut:

 1. Keadaan pengkalan tentera dan kemudahan tentera yang diabaikan atau dikomersilkan seperti mana projek Bandar Malaysia oleh 1MDB

2. Prospek pelaburan jangka pendek dan sederhana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)

3. Keupayaan kerajaan menyediakan kemudahan pendidikan, kesihatan dan kebajikan kepada rakyat keseluruhannya

Saya akan melawat setiap kem tentera yang besar di seluruh Malaysia dan akan memenuhi jemputan kumpulan-kumpulan pesara tentera yang menjemput saya berdialog dengan mereka melalui satu program yang diberi nama Hargai Perajurit: Misi Angkat Kebajikan Perajurit. Dialog pertama akan diadakan di Setiawangsa iaitu berdekatan kem tentera utama di Lembah Klang pada hari Rabu, 7 September 2016 jam 9 malam di Jalan 24/56, Keramat Wangsa, Kuala Lumpur dan akan disertai oleh YB Laksamana (B) Imran Abdul Hamid, YBhg Brig Jeneral (B) Dato’ Abdul Hadi Khattab dan YB Nik Nazmi Nik Ahmad selain saya sendiri.

Saya akan umumkan tarikh bagi dialog di Lumut, Butterworth, Kuantan, Telok Kemang dan kem-kem lain dari semasa ke semasa.

Saya juga mencabar bekas-bekas jeneral dan pegawai berpangkat tinggi dalam tentera untuk turut sama hadir bagi membuktikan kepedulian mereka kepada nasib anak buah mereka yang diabaikan selama ini. Saya yakin undi protes paling besar terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak akan bermula dari kumpulan keluarga veteran tentera yang berjumlah 1.8 juta orang ini.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Khamis, 1 September 2016

Kementerian Pendidikan Sedia Bantu PIBG Kutip Derma Selenggara Sekolah.

Ada cikgu yang marah.
Cikgu fikir bila kita kritik derma yang perlu disalurkan ke sekolah bermaksud kita mengkritik kerjaya perguruan dan pengurusan sekolah. 

Bawa bertenang. Tolong bawa bertenang. Kita sebenarnya bukan mempersoalkan atau menyalahkan guru-guru dalam soal derma sebaliknya kita sedang mempersoalkan tanggungjawab kerajaan dan menteri ke atas rakyatnya. 

Setelah kita membayar cukai itu cukai ini pelbagai jenis cukai dengan harapan kerajaan dapat memulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk hospital yang lengkap dengan kemudahan atau sekolah yang serba lengkap fasiliti bagi memudahkan pembelajaran, kenapa kita masih lagi dihadapkan dengan permintaan bantuan derma dari kerajaan supaya dapat menyelenggara bangunan sekolah.

Itu isunya.

Beberapa minggu lepas Noh Omar ada mencadangkan mengutip derma dari ibu bapa bagi menyelenggara sekolah.

Dan aku mendapat tahu dari sini, bahawanya cadangan Noh Omar itu sebenarnya turut disokong oleh kementerian pendidikan.


Amboi. Siap nak tolong PIBG kutip derma untuk selenggara bangunan sekolah lagi. Rajin nak mampos ye kementerian pendidikan kita.

Masa sokong usul kenaikan gaji wakil rakyat, tak pula fikir kerajaan kekurangan wang untuk menaikkan gaji ahli parlimen kan?

Masa pergi sana sini naik jet peribadi siap naik helikopter untuk pergi ke mesyuarat parti tak pula berbunyi kerajaan takde duit untuk tampung kegiatan peribadi kan?

Masa naik pesawat pergi melancong main golf bawa anak bini, tak pula katanya takde duit untuk support aktiviti tambahan di masa cuti kan?

Sedapnya hidup membayar APCO, membayar pelbagai firma perunding dengan jutaan ringgit, mengumumkan projek jutaan ringgit yang takde manfaat pada rakyat masa tu tak terfikir pula yang ianya patut digunakan untuk perkara yang lebih penting kan?

Ada duit hidup enjoy macam tiada matinya.
Takde duit ke rakyat dia minta derma.
Tak babi ke tu?
Babi la kan?
Babi sangat.

Kerajaan yang tak reti nak berbelanja dengan berhemah kerana tidak pandai mengurus wang dengan amanah, apa pula rakyat yang jadi mangsa untuk menguruskan sekolah?

Dah semua rakyat nak selesaikan buat apa kita bayar gaji menteri semua? Elokla korang semua letak jawatan ataupun matikan diri cepat2. Dah semua rakyat yang kena buat biar kita je jadi menteri dan tadbir negara neh. Buat apa bayar gaji buta pada manusia yang satusen pun tak guna pada marhaen. Abah kau nak tolong PIBG minta derma. Sakai.

Kbai.

FAM Siasat Pembocor Maklumat Pendrive, Tiada Bukti Penyelewengan Kata KJ - TMJ Kantoi Menipu Ke?

Ada 3 point penting dalam laporan berita yang ditulis oleh wartawan Bernama.


Berikut adalah laporan berita tersebut ;

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang menyiasat individu yang menyerahkan pemacu pena atau 'pendrive', didakwa mengandungi bukti ketirisan badan induk bola sepak itu, kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit selepas mengetahui isi kandungan sebenar pemacu pena itu daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
"Setakat ini, kita tidak tahu lagi siapa sampaikan maklumat kerana kita biarkan perkara (maklumat dalam pemacu pena) tersebut disahkan terlebih dahulu oleh menteri.
"Kalau ada kakitangan atau pegawai yang membocorkan rahsia ini sudah tentu tindakan tegas akan diambil. Kami telah berbincang dengan barisan exco dan kita lihat perkembangan selanjutnya selepas ini," katanya kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.
Khairy Jamaluddin dalam laporan media hari ini, bagaimanapun berkata, isi kandungan dalam pemacu pena yang diserahkan Tunku Ismail tidak menemui bukti penyelewengan ataupun ketirisan dalam badan induk sukan itu.
Menurut Khairy Jamaluddin, kandungan pemacu pena itu adalah dokumen teknikal berkenaan bola sepak Malaysia.
Dalam pada itu, Hamidin berkata, FAM bersedia berjumpa dengan Khairy Jamaluddin sekiranya dipanggil untuk membincangkan isu pemacu pena tersebut.
Kontroversi tercetus apabila Tunku Ismail mendakwa mempunyai pemacu pena yang mengandungi bukti penyelewengan dalam FAM termasuk berkaitan ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia. - Bernama
--------------
Pertama : FAM nak siasat individu yang serahkan pendrive kepada Tengku Mahkota Johor.
Kedua : KJ kata pendrive yang TMJ beri tiada bukti ketirisan dalam FAM.
Ketiga : Bila tiada bukti, apakah ini bermaksud TMJ menipu?
Kejap. Aku tak faham FAM. Kenapa nak siasat pembocor maklumat yang bukannya bocorkan maklumat ape pun. Dalam tu cuma ada info teknikal tentang bola sepak negara. Maklumat tentang bola sepak dalam pendrive tu sulit sangat ke sampai nak siasat pembocor maklumat? Apa je maklumat sukan hebat-hebat yang FAM ada? Aku rasa takde sesiapa berminat dengan maklumat dalaman FAM. Tengok ranking Malaysia no berapa. Jadahnya orang nak curi maklumat dalam FAM. Langsung takde standard.
TMJ baru2 neh update gambar dia berjumpa KJ dan telah serahkan bukti penyelewengan kepada KJ. Seriyus ke bukti penyelewengan? Sebelum ini TMJ dipertikaikan kenapa tak serahkan bukti berkenaan kepada SPRM sebaliknya tayang di Facebook. Tayang kat efbi pun apa yang netizens boleh buat. Bukannya ada kuasa nak menyiasat, menahan dan menghukum pihak2 yang berbuat salah.
Selepas isu tersebut reda seketika, TMJ kembali dengan gambar bersama KJ dalam satu pertemuan. Dimaklumkan, pendrive telah diserahkan kepada kementerian KBS. Sebenarnya KBS sendiri ada masalah intergriti. Dana sukan KBS kena songlap sebanyak 100 juta dan menteri dia tak tahu apa-apa. Menteri sebelum dia pun tak tahu apa-apa. Dan menteri sebelum menteri itu pun tak tahu apa-apa. Penyelewengan dana 100 juta melibatkan pentadbiran 3 menteri yang berbeza dan menteri2 itu semua tak tahu apa-apa. Dan TMJ serahkan bukti kepada menteri sebegini, seriyus ke nak banteras ataupun sekadar nak berpropa?
Dan selepas meneliti kandungan pendrive tersebut, KJ memaklumkan tiada apa2 bukti penyelewengan dalam pendrive tersebut.
Aik, sebelum neh beria naw TMj kau canang satu negara. Gegar kemain lagi. 
Tapi takde apa2 pun dalam pendrive tu? Seriyus? KJ menipu atau TMJ menipu? Atau KJ dipermainkan TMJ? TMJ bagi pendrive lain sekadar nak uji KJ ke macam mana? Apa pun aku serahkan persoalan tersebut kepada TMJ untuk menjawabnya. Jika sungguh tiada bukti penyelewengan FAM dalam pendrive tersebut, maka TMJ akan dipandang sebagai penipu oleh seluruh warganegara tau. Benda neh bukan benda kecik2 anak. Lue fikirlah sendiri. 
Kbai.

Walau Bakal Masuk Ke Penjara, Rafizi Ikrar Akan Terus Berjuang.


TERUS PERJUANG NASIB RAKYAT WALAU PENJARA MENANTI

Keputusan mahkamah hari ini yang bersetuju pihak pendakwa telah membuktikan prima facie (ada asas kukuh pertuduhan terhadap saya) sudah pun saya duga.

Saya mengikuti dengan dekat persediaan pembelaan yang dikemukakan oleh pasukan peguam saya yang diketuai oleh YB Gobind Singh Deo, Saudara Saiful Izham Ramli, Saudara Ahmad Nizam Abdul Hamid dan kumpulan peguam muda yang lain. Saya yakin hujah kami adalah kukuh dan akan memastikan kes pembelaan kelak akan menunjukkan kelemahan-kelemahan pendakwaraya yang sepatutnya mendorong mahkamah membebaskan saya.

Pun begitu, saya pasrah dengan kemungkinan bahawa saya hanya ada beberapa bulan sahaja lagi sebelum proses mahkamah selesai dan saya dijatuhkan hukuman penjara. Kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) membawa hukuman wajib penjara sekurang-kurangnya satu tahun.

Saya tidak menyesal dan tidak akan berubah pendirian atau pendekatan. Dalam perkara yang jelas betul atau salahnya, tanggungjawab seorang insan adalah berkata benar. Soal kesan akibat berkata benar itu wajarlah diserahkan kepada Allah SWT semata-mata kerana kalau kita yakin kita berkata benar demi mencari keredhaan Allah SWT, kita juga yakin Allah SWT akan melindungi kita dan keluarga kita.

Kalaulah semua pimpinan masyarakat dan agamawan dalam masyarakat mengambil pendirian begini, lebih mudahlah kita melawan kezaliman dalam masyarakat tidak kira betapa kuatnya kuasa pemerintah.

Oleh itu, saya akan terus membawa isu-isu rakyat terbanyak lebih-lebih lagi dalam konteks kemelut politik pemimpin negara sekarang.

Saya telah membuat satu kajiselidik ringkas yang disertai oleh 718 responden sejak 2 minggu lalu. Kajiselidik ini disebarkan secara meluas melalui media sosial dan whatsapp. Soalan penuh kajiselidik boleh disemak di https://poll.fbapp.io/exatdu

Kajian ini bertujuan membantu saya memilih isu yang penting untuk rakyat dalam keadaan keseluruhan fokus ahli politik dan kebanyakan NGO sejak setahun lalu adalah 1MDB semata-mata serta usaha-usaha menukar Perdana Menteri.

Sedang saya bersetuju sepenuhnya dengan sebarang usaha menukar Perdana Menteri serta merta kerana saya bimbang ada usaha menutup skandal 1MDB dengan menggunakan dana-dana awam seperti Tabung Haji, KWAP, KWSP, PNB, Perkeso dan lain-lain, saya juga khuatir keghairahan bercakap mengenai 1MDB dan memecat Perdana Menteri semata-mata tanpa membela nasib rakyat terbanyak akan menyebabkan pimpinan Pakatan Harapan dilihat terpisah dari rakyat.

Dapatan dari kajiselidik tersebut disertakan bersama-sama kenyataan ini.

Ringkasan penting dari dapatan tersebut adalah seperti berikut:

1) 97% dari 718 responden berpendapat ada bukti kukuh Dato' Seri Najib Tun Razak terlibat di dalam skandal 1MDB

2) Hanya 67% berpendapat pendedahan baru mengenai 1MDB akan mempengaruhi keputusan mereka mengenai 1MDB

3) 92% berpendapat isu-isu kebajikan rakyat lebih penting diketengahkan berbanding Rang Undang-undang 355

4) Responden menyenaraikan "memperjuangkan isu rakyat untuk membela rakyat" sebagai tugas terpenting yang mereka mahu wakil rakyat laksanakan; lebih tinggi dari mendedahkan skandal 1MDB dan menukar Perdana Menteri semata-mata

Dapatan-dapatan ini memberi panduan kepada saya bahawa tumpuan pimpinan Pakatan Harapan dan wakil rakyat sewajarnya untuk kembali membela nasib rakyat dengan memperjuangkan penyelesaian kepada masalah-masalah harian mereka.

Kupasan skandal 1MDB tidak boleh berlegar kepada berapa banyak wang yang telah diselewengkan dan kemewahan keluarga Perdana Menteri semata-mata. Ia perlu diterjemahkan kepada kesannya kepada kehidupan seharian rakyat dalam bentuk kos pendidikan tinggi yang makin tinggi, kos sara hidup, kelewatan bayaran caruman LTAT kepada pesara tentera, penggunaan dana awam dalam projek yang tidak sesuai dan lain-lain.

Oleh sebab inilah saya jarang mengulas mengenai skandal 1MDB dan polemik politik menukar Perdana Menteri semata-mata kerana ia wajar diimbangi dengan pembelaan rakyat yang ada kesan nyata pada kehidupan harian mereka.

Saya akan gunakan saki baki beberapa bulan yang saya ada (mengambil kira kemungkinan saya akan dijatuhkan hukuman penjara) untuk membawa isu-isu rakyat agar dapat menjadi tumpuan umum. Isu-isu tersebut adalah seperti berikut:

1) Risiko keruntuhan model pembiayaan pendidikan tinggi melalui PTPTN yang akan bawa kesan besar kepada rakyat. Saya akan bentangkan kertas kajian saya di Kongres Mahasiswa Kebangsaan Ke-2 pada 17 September 2016 ini.

2) Membela pesara tentera dan perajurit untuk memastikan kebajikan mereka terjaga dan mendapat bayaran caruman yang tepat pada masa. Saya akan umumkan siri dialog dengan pesara tentera esok.

3) Membela golongan muda dengan menumpukan kepada persoalan peluang pekerjaan yang lebih adil, soal penggajian dan undang-undang muflis yang tidak adil. Saya akan lancarkan satu NGO khusus untuk memperjuangkan isu-isu ini dalam bulan Oktober.

4) Menjaga wang rakyat dalam tabung-tabung rakyat seperti Tabung Haji, Felda, KWAP, PNB dan KWSP. Saya akan menyambung kembali pendedahan saya mengenai kelemahan pengurusan di Tabung Haji selepas Hari Raya Aildiladha minggu depan.

Saya mengecam semua pimpinan perkhidmatan awam di peringkat atasan yang bersekongkol memangsakan rakyat kerana pentingkan kedudukan dan pangkat.

Saya mengecam semua pimpinan di syarikat-syarikat dan tabung milik rakyat yang menjadi pengatur bagi membolehkan penguasa memakan harta rakyat.

Saya mengecam semua pimpinan politik yang secara langsung atau tidak langsung membenarkan rakyat terus dimangsakan dan dipijak walaupun negara sudah bebas dari pentadbiran penjajah 59 tahun lalu.

Saya mengecam semua pimpinan masyarakat yang memberi pelbagai alasan untuk tidak lantang bersuara membidas pihak-pihak yang mempunyai kuasa sehingga golongan muda berdepan dengan risiko mewarisi hutang negara yang diluar kemampuan mereka menanggungnya.

Anda bergembira dan bermewah dengan habuan gaji dan kedudukan yang anda ada sedangkan sumbernya itu datang dari rakyat. Anda akan diadili suatu hari nanti dan saya doakan anda berpeluang memperbetulkan kesilapan lalu.

12 bulan akan datang adalah pecutan terakhir yang perlu meletakkan rakyat di hadapan. In Sya Allah masa beberapa bulan yang berbaki ini saya akan memberi sepenuh komitmen kepada kebajikan rakyat.

RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan
Setiausaha Agong/Naib Presiden KEADILAN

1 September 2016

Rabu, 31 Ogos 2016

Sekolah Minta Derma Kertas, Duit Peruntukan Takde - Dan, Kita Bayar GST Untuk Apa?

Ohhh

Rupa-rupanya inila sebabnya kita bayar GST.
Kita bayar GST supaya kita boleh keluarkan duit bagi membaiki sekolah dan menyediakan kertas untuk tujuan peperiksaan.

Sama macam kita bayar tol dan cukai jalan semata-mata nak bersesak-sesak atas jalanraya dan langgar jalan berlubang.

Sebab tu kita beli kereta Proton mahal-mahal bila dah guna 3,4 tahun mula la rosak sana sini macam dah jalan 10 tahun.

Semua cukai, lesen yang kita bayar mahal-mahal, banyak-banyak di Malaysia semuanya ada sebab tersendiri. Samada masuk ke kantung kroni, tambahkan kekayaan peribadi, ataupun menjadi projek songlap duit beramai2, yang pasti rakyat dah puas berbakti pada kerajaan kita yang baik ahti sangat-sangat neh.

Ini adalah apa yang disebutkan Sharifah. Aku pernah baca perkara yang lebih kurang serupa disebarkan oleh seorang peguam. Isunya sekolah minta bantuan berupa derma kononnya nak memenuhi keperluan sekolah. Mereka kekurangan peruntukan. Aku pernah diberitahu oleh beberapa guru sebelum ini tetapi sangkaan aku masalah mereka tidakla ditahap yang begitu seriyus dan membimbangkan. Dengar sambil lalu tetapi masih take note. Tidakla di tahap beria2 memikirkan luahan tersebut secara mendalam pun.

  Dan ini ialah respon pembaca di posting tersebut.




Manakala berikut di bawah ialah gambar Najib Razak. Yang aku dapat tahu sedang begitu segak bergaya ke Sabah kononnya nak merasmikan mesyuarat UMNO negeri. Bukan bajunya, warnanya atau dirinya yang menjadi perhatian aku. Tetapi kenderaan yang dibelakang itu.


Aku tertanya-tanya. Jika yang dihadiri itu ialah mesyuarat UMNO, maka yang membayar kos pengangkutan itu sepatutnya keluar dari kantung parti dan bukannya kantung kerajaan, kan? 

Maklumla. Kerajaan kita takde dana nak beli kertas untuk kegunaan sekolah. Takan pula ada dana nak bayar helikopter pemimpin bagi menghadiri mesyuarat parti. Betul tak? 

Oleh itu marila bersangka baik. Sapa yang nak fitnah-fitnah tu tunggula surat saman Najib selasa depan, oke? 

KAHKAHKAHKAHKAHKAH!

Selepas Video Sindiket Jual Beli Permohonan Rumah Kos Rendah Tersebar, Kenapa DAP Tak Lapor Polis?


Adakah DAP bersubahat dalam hal ini?
Atau adakah DAP mahu bersubahat dalam hal ini?

Kejadian berlaku di Pulau Pinang. Agent yang didakwa mengambil duit orang miskin bagi memudahkan proses pembelian rumah kos rendah di Pulau Pinang ialah bapa kepada salah seorang ADUN DAP Penang, Lim Siew Khim.

Apa yang si agent, orang tengah ataupun si penipu tu buat?

1. Dia minta wang sogokan dari beberapa orang.

2. Sasaran dia ialah mereka2 yang nak beli / mohon perumahan kos rendah.

3. Orang pun bayar kat dia.

4. Bayar punya bayar, tunggu pun tunggu last-last duit ke mana, rumah ke mana. Kena tipu. Yang membayar pun bodoh juga. Konon kau benci pemimpin amek rasuah. Tetapi kau yang bagi rasuah macam mana? Tak kira penjenayah ke apa? Perangai macam babi. Dah tahu miskin takde duit nak beli rumah, desak la kerajaan negeri buat lebih banyak rumah kos rendah, bukannya bayar wang sogokan untuk dapatkan jalan mudah (niatnya begitulah tetapi sebetulnya kena tipu).

5. Selepas lama menunggu, yang membayar mula berasa marah. Akhirnya mereka mengadakan perjumpaan dan melakukan rundingan. Bagaimana si penipu patut memulangkan semula kesemua wang-wang yang ditipunya dari orang ramai.

6. Perjumpaan tersebut telah dirakamkan oleh seseorang.

7. Dan kini rakaman tersebut dah tersebar kepada awam.

8. Kandungan video adalah tulen.

9. Respon wakil rakyat DAP ialah ;

- Dia tak boleh pilih bapa sendiri.

- Dia tak berapa faham isi perbualan rakaman tersebut.

- Dia tidak terlibat dalam skandal penipuan tersebut (tadi bukan ke kau yang kata kau tak tahu apa yang dibualkan? ha ha ha)

- Sebagai ADUN dia tak punya kuasa untuk mengagihkan atau mempengaruhi sesiapa bagi mendapatkan rumah kos rendah kepada sesiapa..

- Dia tak menyedari wujudnya aktiviti sebegitu sehinggala penyebaran rakaman itu berlaku.

- Adun DAP juga mendakwa penyebaran video tersebut merupakan satu taktikal politik dari GERAKAN bagi mengalih isu (apekah GERAKAN paksa bapa kau amek rasuah??

- Jika GERAKAN dan MCA melakukan serangan keterlampauan ke atas adun Lim Siew Khim berkenaan isu ini, tindakan saman akan diambil.

- Untuk rekod, borang permohonan rumah kos rendah di Penang dijual sehingga rm260.00 per borang. Ianya dilakukan oleh agent.

Hmmmm

Susulan dari penyebaran video tersebut, ada dua perkara yang DAP buat.

Pertama. Mengandaikan penyebaran video tersebut sebagai taktik alih isu.

Kedua. Tidak akan menjalankan siasatan ke atas bapa adun Lim Siew Khim.

Susulan dari penyebaran video berkenaan juga, salah seorang mangsa muncul di media bagi berkongsikan cerita.

Klik sini untuk pembacaan penuh.

Adakah tindakan DAP ini wajar? Sepatutnya DAP menjalankan siasatan dalaman bagi peringkat negeri. Pertama sebabnya untuk rungkai kebenaran. Kedua, sebabnya untuk proses tambahbaik. Di mana salahnya kita sehingga ada pihak boleh menyamar jadi agent dan ada pihak sanggup pula membayar kepada agent bagi mendapatkan rumah low cost.

Meskipun nilai rasuah tidak la banyak mana tetapi jangan diabaikan. Perompak juga bermula dengan mencuri kecil-kecilan. 

Apa yang DAP perlu buat ialah ;

1. Lapor polis. Inikan melibatkan satu urusniaga yang membabitkan nama baik kerajaan negeri. Agent yang menyamar kononnya boleh mendapatkan low cost dan meminta bayaran telah menjejaskan nama baik kerajaan negeri secara tidak langsung.

2. Kena jalankan siasatan. Jika DAP seperti bersikap sambil lewa disebabkan wujudnya penglibatan ahli keluarga adun DAP dalam kejadian ini maka orang akan fikir ahhh.. jika adun dap sendiri terlibat dalam rasuah, bagaimana pula agaknya pendirian DAP ya.

3. Berhenti keluarkan hujah bangang. DAP negeri keluarkan kenyataan tidak akan menjalankan siasatan kerana bapa kepada adun bukannya ahli dap. what the fack man. Isunya dia terlibat rasuah. Dan benda tu pula babitkan urusniaga kerajaan negeri. Siasatan perlu dibuka within parti dan luar parti. Untuk benar2 mengsahihkan penjelasan dan hujah pertahankan diri adun Sungai Pinang dan memahami proses salahlaku agent tersebut.

4. Menurut laporan The Star, 35,229 keluarga di Pulau Pinang berada di dalam senarai menunggu bagi mendapatkan kediaman low cost dan serdahana rendah.

5. Betapa terdesaknya mereka mahu memiliki rumah sendiri, sampaikan ada yang sanggup bayar 10k kepada agent kononnya untuk potong barisan list menunggu. Rujuk sini.

6. 35,000 bukan suatu angka yang main-main. Apakah kerajaan sudah berusaha sehabis baik dalam menawarkan kediaman mampu milik kepada rakyat berdasarkan nisbah pemohonan?

7. Sekurang2nya kerajaan perlu bina 10,000 rumah untuk tempoh 3 tahun. Jika tidak bilangan 35 ribu itu akan meningkat saban tahun hingga tak terdaya nak cope on.

8. Dalam keadaan apa rakyat Penang terdetik nak membayar / melakukan sogokan kepada agent bagi mendapat rumah. Kerajaan negeri turut memainkan peranan disini. Kelemahan kerajaan negeri dimanipulasikan oleh mereka yang bersikap tamak dan pentingkan diri sendiri.


9. Sebab tu wajarlah kerajaan negeri semak semula cara mereka uruskan penyediaan kos rumah rendah dan mampu milik kepada rakyat. 

10. Rumah ialah keperluan. Menjadi tanggungjawab kerajaan memastikan rakyat berbilang bangsa ditunaikan hak mereka bagi mendapatkan kediaman yang selamat dan terlindung dari hujan panas.

Sekian

Selasa, 30 Ogos 2016

Disebabkan Tindakan Salah Najib, Kontraktor-Kontraktor Bumiputera Ini Kerugian Sampai Ada Yang Dikejar Along.



*30 OGOS 2016* 

*DATO’ SERI NAJIB WAJAR DERMAKAN WANG PERIBADI KEPADA KONTRAKTOR PROJEK NSE KERANA SOKONGAN AWAL YANG MEYAKINKAN KONTRAKTOR* 

 Saya merujuk kepada laporan-laporan media mengenai nasib malang yang menimpa sekumpulan kontraktor Bumiputra yang dimangsakan apabila Kerajaan Persekutuan enggan bertanggungjawab ke atas kegagalan sebuah projek komersil di Kerteh, Terengganu. (Rujuk laporan Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/353943 “Johari: Not fair to ask gov't to use taxpayers' money for bailouts” ) 

Menteri Kewangan Kedua, Dato’ Johari Abdul Ghani memberi alasan kononnya Kerajaan Persekutuan tidak boleh campur tangan kerana ia tidak adil kepada rakyat; kononnya isu komersil perlu diselesaikan oleh syarikat-syarikat terbabit sahaja tanpa melibatkan wang rakyat. 

Saya tidak pasti sama ada Dato’ Johari Abdul Ghani tidak ingat bahawa saya pernah membawa isu ini selama berbulan-bulan dalam tahun 2014 kerana ia melibatkan campur tangan Perdana Menteri sendiri; atau Dato’ Johari Abdul Ghani memang sengaja mahu memalukan Dato’ Seri Najib Tun Razak. 

Untuk mendapat latar belakang penuh mengenai isu ini, saya rujuk kepada 8 kenyataan media yang saya buat dari 15 April 2014 hingga 18 Jun 2014 untuk mendedahkan bagaimana Dato’ Seri Najib Tun Razak campur tangan dalam pertimbangan pemberian geran “research & development” (R&D) untuk membiayai projek komersil (lawati http://rafiziramli.com/category/skandal-geran-mosti/) 

Saya ingin mengingatkan Dato’ Johari Abdul Ghani bahawa Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan satu surat bertarikh 21 November 2013 kepada Datuk Dr Ewon Ebin, Menteri MOSTI ketika itu dengan satu minit tulisan tangan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri meminta supaya MOSTI mempertimbangkan permohonan geran R&D berjumlah RM100 juta bagi projek yang diusahakan oleh NSE Resources Sdn Bhd (NSE). 

Pada 21 Januari 2014, Datuk Dr Ewon Ebin mengeluarkan surat kepada NSE menyatakan kelulusan pada prinsipnya untuk memberikan geran R&D berjumlah RM100 juta bagi projek komersil tersebut (dengan merujuk kepada surat asal dari NSE). 

Saya sertakan kembali surat-surat dari Pejabat Perdana Menteri dan MOSTI termasuklah minit tulisan tangan Dato’ Seri Najib Tun Razak. 

https://drive.google.com/open?id=0B2GRLI8QVQQgQkJPa0RyNGVIbUU 
https://drive.google.com/open?id=0B2GRLI8QVQQgbDkxN2w2azh3Wk0 

Oleh sebab itulah, kenyataan Dato’ Johari Abdul Ghani semalam memerangkap Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana ia menimbulkan kembali isu yang saya dedahkan dahulu mengenai pengurusan geran R&D yang terdedah kepada penyelewengan akibat campur tangan pihak lain. 

Tindakan Dato’ Seri Najib membiarkan kontraktor-kontraktor Bumiputra ini terkontang-kanting hingga ada yang dikejar Along adalah sangat tidak berperikemanusiaan kerana kontraktor-kontraktor ini memulakan kerja berdasarkan tindakan Dato’ Seri Najib yang memberi isyarat bersetuju memberikan geran R&D RM100 juta itu. 

Malahan pentadbiran beliau secara rasmi mengesahkan perkara itu dan logiklah kontraktor-kontraktor ini menyempurnakan kerja-kerja yang diberikan kepada mereka. Dalam keadaan sekarang, saya mendesak Dato’ Seri Najib bertanggungjawab kepada nasib kontraktor-kontraktor ini. 

Dato’ Seri Najib boleh membantu dengan dua cara, iaitu sama ada: 

i. Menggunakan gaji beliau dan simpanan beliau yang sering mendapat derma untuk melangsaikan hutang NSE kepada kontraktor-kontraktor ini; atau 

ii. Menghubungi penderma-penderma beliau untuk mengumpul jumlah yang diperlukan bagi melangsaikan hutang NSE kepada kontraktor-kontraktor kerana Dato’ Seri Najib mempunyai ramai kenalan yang pemurah sehingga pernah menderma RM2.6 bilion kepada beliau. 

Saya akan membawa kembali isu ini sehinggalah pihak yang bertanggungjawab tampil untuk menerima tanggungjawab tersebut. 

*RAFIZI RAMLI 
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG 
AHLI PARLIMEN PANDAN*

Isnin, 29 Ogos 2016

Pelajar Tingkatan 3 Yg Terjatuh Di Sekolah Akhirnya Maut - Menteri Jangan Lepas Tangan!


Oleh kerana BN menang setiap kali dalam pilihanraya umum, maka BN memang wajar dipersalahkan kerana meremehkan rekabentuk sekolah-sekolah awam di Malaysia. Kegagalan membina atau mengemaskini bangunan-bangunan sekolah berdasarkan kepada tahap keselamatan yang semaksimumnya adalah antara punca kenapa bebudak sekolah dan pelajar sekolah asyik 'accident' je kat sekolah. Kes terjatuh dari tempat tinggi bukan pertama kali berlaku kat Malaysia neh. Tetapi beberapa kali dah. Dan kerajaan tak pernah ambil iktibar. Sebab ape?

Sebab takde sesiapa yang salahkan kerajaan.
Rakyat Malaysia baik sangat.
Salahkan diri sendiri.
Salahkan pelajar sekolah.
Salahkan sekolah.
Pendek kata kerajaan dan menteri takan disalahkan.
Tapi dikalangan rakyat Malaysia yang baik-baik itu wujudnya satu individu yang macam aku. Oleh kerana takde sesiapa yang nak salahkan kerajaan maka biar aku yang ambil tanggungjawab ini dengan menyalahkan mereka.

Kahkahkahkahkah!
Eh jap. Ini citer sedihla. Babi ape gelak-gelak pula kan.

Kes pagi tadi. Seorang pelajar tingkatan 3 maut terjatuh sebab nak ambil beg kawan yang dibuang ke luar koridor oleh kawannya yang lain.

Sekarang kawan yang buang beg tu mesti menyesal. Tapi menyesal pun takde guna. Tindakan cuai kau mendorong kematian seseorang. Dan nyawa bukan boleh diganti-ganti. Tanggungla penyesalan sampai ko pula yang mati.

Sekarang. Kalau ko semua belum tidur lagi, sila pergi ke sekolah kerajaan yang terdekat. Lepas tu sila naik tangga yang berada di salah satu sekolah tu. Kemudian sila naik ke tingkat 3. Kemudian sila berdiri ke tepi dinding, yang mengadap ke arah luar tu. Yang kita sebut sebagai koridor tu. Perasan tak ape yang aku perasan? Yes. Dinding tepi-tepi tu kategori cetek, ketot dan bantut. Kepala bana apa kerajaan kau bina sekolah takde ciri2 keselamatan macam neh? Kalau aku nampak bebudak bergayut kat tepi2 tu aku laju2 suruh dia berhenti tau. Tu tak masuk lagi dorang berlari2 turun tangga. Budak la katakan. Lari. Lari. Lari. Macam tak reti nak berjalan.

Dezain sekolah kita ialah dezain kuno. Aku tau ada orang tak suka aku ulang tulis tapi aku tetap perlu ulang semula. Dezain kebanyakan sekolah kerajaan ialah kuno yang diwarisi dari zaman sejak belum merdeka lagi. Bangunan seperti ini kekal digunakan tanpa ada penambahbaikan dari sudut meningkatkan ciri2 keselamatan. Yang ada ialah kita hanya selenggara. Tukar cat. Tukar bumbung. Tambah kelas. Dezain-dezain bangunan ini agak bahaya. Sebab terlalu terbuka kat bahagian hadapan kelas.

Bangunan kerajaan dulu-dulu pun macam ini. Namun perlahan demi perlahan dinaiktaraf sesuai dengan keperluan dan perkembangan semasa. Pejabat-pejabat menteri dulunya ringkas. Namun sekarang siap ada bilik khas mesyuarat yang fully furnished.

Ini menunjukkan yang kerajaan faham bahawanya bangunan2 kerajaan memang perlu ditambahbaik bagi kekal relevan dengan keperluan dan perubahan semasa.

Begitu juga dengan bangunan sekolah. Bangunan sekolah yang kurang menekankan ciri-ciri keselamatan sudah sepatutnya dinaiktaraf.

Melihat keadaan sekolah adik Azim. Terdapat ciri2 keselamatan yang boleh diragui yang mana aku percaya adik Azim bukan satu-satunya pelajar yang pernah keluar beranda (nampak macam beranda juga kan?). Boleh jadi ada student lain pernah buat perkara yang sama. Benda yang dah selalu buat lama-lama jadi kebiasaan yang akhirnya pada fikiran dorang ahh ini takdela bahaya mana.

Keadaan koridor sekolah tu memang tak selamat terutamanya pada budak sekolah menengah. Budak2 tu time inila mereka sedang membesar dan meninggi. Tetapi dinding koridor kadang2 tak sampai pinggang pun pada pelajar kategori tinggi. Wajar ke desain2 begini dipertahankan dan dikesinambungkan kepada generasi akan datang. Mak bapak pun makin canggih. Masa pregnant makan ubat bagi putih, bagi tinggi, bagi pandai dengan harapan anak2 lahir jadi putih, tinggi dan bijak. Bila dah putih, tinggi dan bijak, takan nak bagi anak-anak pergi sekolah yang menggunakan rekaan yang bodoh, ye tak? Tak selamat langsung bagi anak2.

Reka bentuk sekolah kita perlu dinaiktaraf. Menteri yang bertanggungjawab sila berhenti buat projek tukar sistem itu tukar sistem ini perkenalkan sistem baru dan blablabla. Bagi aku itu semua sampah. Yes sampah.

Buat sistem separuh masak, laksanakan, gagal dan buang duit.
Then ulang balik proses yang sama.
Buang duit dah berbillion-billion, sistem yang baik tak jumpa-jumpa juga. Buang masa je layan beb.

Dari layan benda takde faedah macam tu, baik kita push kerajaan kita naiktaraf fasiliti sekolah awam untuk kemudahan generasi sekarang dan akan datang. Minta dorang upgrade bangunan sekolah selaras dengan tahap keselamatan yang sepatutnya. Tengok aje sekolah2 kat negara maju macam mana. Dorang ada bangunan tinggi pun sekolah awam dijaga. Negara kita bakal ada 3 bangunan antara tertinggi di dunia tapi desain sekolah awam macam sial.

Semoga kita semua mengambil iktibar dari kejadian adik arwah Azim. Buat sementara neh minta anak2 sekolah ber ahti2 dengan koridor maut yang berpunca dari kemalasan kerajaan bien. Pun begitu menjadi tanggungjawab kita juga menyediakan persekitaran yang selamat, ini perlu kerana dapat cover kecuaian sesetengah murid yang nakal. Dorang nak nakal2 buang bag kat koridor alih2 koridor tertutup. Hah padan muka kau.

Disamping itu terus lawan sikap penting diri menteri. Bangunan tempat kerja sendiri kalau boleh tiap2 tahun nak upgrade, bangunan tempat budak belajar 50 tahun sekali pun taknak bagi modal untuk ditambahbaik. GST nak. Cukai nak. Tolong rakyat taknak. Baybee betui.

Berita ;

Pagi tadi digemparkan dengan kejadian seorang pelajar tingkatan 3, Azim Hakimi Abu Shuja yang maut akibat terjatuh dari tingkat 3 sekolah ketika mahu menyelamatkan beg rakannya yang dibuang oleh rakan yang lain. Ibu mangsa berkata dia perasan bahawa anaknya itu banyak mendiamkan diri sejak beberapa hari yang lalu.

Beliau juga memberitahu kepada wartawan Berita Harian bahawa, Azim sempat mengulang kali pelajaran bersama rakan yang lain kerana bakal menduduki peperiksaan PT3 tidak lama lagi. 

"Azim banyak mendiamkan diri dan malam tadi, dia sempat mengulangkaji pelajaran bersama-sama rakannya.

 "Pagi tadi, dia tidak banyak bercakap, namun kelakuannya masih seperti biasa, malah dia sempat melambaikan tangan selepas saya menghantarnya ke sekolah," katanya. Jenazah Azim dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Presint 20.

Ahad, 28 Ogos 2016

TNB Tukar No Acc Bil Pengguna, Bayaran Terbaru Dianggap Tidak Diterima TNB.




Kisah neh sebenarnya dah viral 4,5 hari yang lepas. Aku cuma nak reshare sebab lagi beberapa hari kita akan menerima bill TNB. So, sila semak dengan teliti bill masing2 terutamanya yang bayar online. Aku pun bayar online. Tapi aku dahsyat sikit. Aku jarang dapat tengok bill. Aku main bayar je ikut suka. Bila perasan ada tunggakan mula la aku mengata TNB sesuka ahti. Bila ada negatif bill (sebab terbayar lebih) pun aku mengata TNB sambil puji diri sendiri. Oke tak perangai aku?? Bagus khannn?

Kahkahkahkah!

Ringkasnya. Check bila semasa. Semak acc nombor sebelum melakukan sebarang bayaran. Jika ada kesilapan dari pihak TNB, laju2 print out bukti pembayaran online dan serangg. Jangan bagi dorang chance oke.

Kahkahkah!

KENYATAAN MEDIA 23 OGOS 2016 ADUAN BERKENAAN BIL TNB, ADAKAH TNB SENGAJA CUAI ?

1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendapat banyak aduan berkenaan bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang kelihatan sengaja cuai dan boleh dianggap menipu. TNB kononya mempertingkatkan sistemnya dengan menukar nombor akaun pelanggan tanpa memaklumkan pelanggan. Pertukaran nombor akaun ini telah menyebabkan banyak wang pelanggan hilang.

2. Contohnya ialah pelanggan yang membayar secara auto debit (arahan bank) atau membuat bayaran dengan permindahan atas talian (online) melalui ‘favorites account’ akan membuat pembayaran kepada akaun lama bil TNB mereka. Ramai terkejut apabila bulan ini menerima bil baru dengan jumlah tertunggah yang menunjukkan bulan lepas tidak dibayar walaupun mereka sudah bayar melalui atas talian atau arahan bank.

3. Contoh kedua ialah pelanggan yang membayar lebih dengan nilai negative di bil. Sepatutnya bil baru terus ditolak dengan baki lebihan bulan lepas malangnya apabila nombor akaun bertukar jumlah lebihan tersebut tidak dibawa kehadapan.

4. Bila panggilan dibuat ke TNB Careline, telefonis yang menjawab meminta pelanggan agar pergi ke kaunter TNB membawa bil lama dan bil baru bagi mengemas kini akaun mereka kononya TNB ada sedikit masalah kerana pertukaran sistem yang mana nombor akaun pelanggan bertukar.

5. Kenapa TNB tidak memaklumkan kepada pelanggan berkenaan pertukaran sistem yang membawa kepada pertukaran nombor akaun pelanggan pelanggan ? Jika pelanggan sedar dan tampil ke kaunter TNB membuat pembetulan dan penyelarasan maka selamatlah wang tetapi berapa ramai yang tak sedar dan berapa puluh juta TNB ‘menggelapkan’ wang pelanggan melalui cara ini. TNB digesa tampil meminta maaf dan menyelesaikan perkara ini segera.

6. Sebelum ini SAMM pernah membangkitkan TNB mengutip dalam bil dinyatakan sebagai Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baru sekitar 1% yang dilihat sebagai pemerasan kecil yang akhirnya membawa jumlah jutaan ringgit kemana sebenar dan berapa jumlah kutipan TNB masih gagal perjelaskan.


Sekian
Faisal Zainal
Penyelaras Muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
http://chegubard.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...