Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 1 Mac 2014

Lagi Gambar Melayu Murtad - Blogger UMNO Kantoi Kaw2..

Kisahnya begini.

Baru2 ini di dalam wassap tersebar kembali beberapa gambar2 lama berserta dengan keterangan konon nya wanita2 bertudung dalam gambar2 yang tersebar itu ;

1. Masuk gereja beramai2 untuk murtad beramai2.

2. Ini berlaku disebabkan terpengaruh dengan agenda pembangkang (program murtad ada kaitan dengan pakatan rakyat)

Maka, ramai la yang share. Yang kutuk. Yang maki tak tentu hala makcik2 dalam gambar tersebut. Tak usul periksa wajah makcik2 tersebut disebarkan sebagai seseorang yang telah murtad. Yang paling kelakar.  Katakan, dorang masuk gereja sekalipun, takan la terus nak cop orang murtad dan kafir?

Agak2 la oi.

Oke, contoh artikel lama dari blogger bn ;


Disebabkan artikel begini, maka forum Indonesia pun menyebarkan cerita yang sama. 

Lihat ;


Tue diaaa..

Tetiba kecoh pula kat forum Indonesia yang umat Malaysia yang berbangsa melayu dan beragama Islam murtad beramai2. Dan paling tak boleh blah, tetiba DAP dan PR pula terbabit sama dalam citer dongeng rekaan bloggers UMNO.

Mereka sebarkan fitnah.

Mereka dah tahu benda neh fitnah.

Tetapi pembaca2 mereka tatau benda neh fitnah.

Bila ada yang baru terbaca, terlihat ataupun ternampak posting mereka, maka pembaca2 tersebut pun mula la menyebarkan pula menerusi wassap. Maka posting yang dah lama mampos, hidup kembali. Takde masalah kalau artikel itu betul jalan cerita dia. Tapi masalahnya, penulisan tersebut merupakan fitnah semata2. Langsung tak benar. Bahkan yang lebih memalukan dan menghinakan ialah bloggers UMNO terkutuk pula program yang dianjurkan oleh kerajaan pusat (yakni BN = UMNO).

Alamak aiiiii..

Punyala galak sangat menfitnah sampai terfitnah geng sendiri pun tak sedar. 

Amek kaw.

Seorang aktivis hak asasi wanita hari ini menafikan dakwaan beberapa blog yang menerbitkan gambar umat Islam hadir di sebuah majlis rasmi di sebuah institut pendidikan Islam adalah bukti sebuah sesi memurtadkan umat Islam di sebuah gereja di Malaysia.
Yu Ren Chung, aktivis badan bukan kerajaan (NGO) Women’s Aid Organisation, berkata gambarnya bersama yang lain di sebuah majlis kerajaan disalah tafsir pelbagai pihak menerusi blog dan media sosial.
Katanya, gambar itu diambil pada 2012 ketika sebuah program anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang diadakan di dewan kuliah Institut Pemikiran Islam dan Ketamadunan di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
"Kasihan penjawat awam yang berada di dalam gambar itu. Mereka hanya menjalankan tugas menghadiri program LPPKN tetapi dituduh murtad," katanya dalam satu kiriman blog semalam.
Gambar tersebut menunjukkan Yu bersama beberapa yang lain, termasuk wanita bertudung, sedang duduk di bangku kayu.
Acara yang berlangsung pada Februari 2012 itu membincangkan Dasar Keluarga Negara dan dihadiri penjawat awam dan aktivis NGO.
Yu berkata beberapa blog di Malaysia dan Indonesia mendakwa gambar berkenaan adalah program memurtadkan, manakala ada yang menuduh parti pembangkang berhubung gambar tersebut.
“Kasihan juga saya dengan PAS dan DAP," tulis Yu. "Bila isu murtad ditimbulkan, selalu sahaja DAP yang kena – kali ini PAS pun tak terlepas (padahal, program itu dianjurkan kerajaan BN).
“Kasihan juga saya dan rakan sekerja saya. Muka disebarkan merata-rata, tetapi kami tidak tahu pun."
Aktivis itu turut tidak menolak kemungkinan dakwaan sedemikian timbul ekoran dewan Istac yang kelihatan seakan-akan sebuah dewan gereja.
Katanya, pengguna internet boleh membuat carian sendiri bagi melihat sendiri bagaimana rekaan sebenar dewan berkenaan yang telah dimanipulasi oleh pihak tertentu.
Beliau juga memuatnaik sebuah gambar komposit membuktikan dewan itu sebenarnya bertempat di Istac dan bukannya gereja.

Tue diaa.. tue diaaaa..

Sekali tersalah tembak, tertembak orang sendiri. Lepas tue banyak bunyi kenapa orang asyik kutuk dan kaitkan penulis2 blog UMNO sebagai kaki fitnah. Lagi mao tanya ka?

BTW, ini dah sampai ke orang Indonesia menyebarkan citer fitnah korang. Apa citer? Ini perjuangan so Islam yang dikatakan nak membela kalimah Allah tue ka? Ya Ampun. Nasib baik ai tak minat nak membela kalimah Allah macam korang. Perangai tak serupa bikin. 

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Sekali kantoi la pulaaaaaa..

Rujukan :  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/aktivis-hak-asasi-bidas-gambar-dakwa-sesi-murtad-di-gereja

Jumaat, 28 Februari 2014

Marina Mahathir Saman ISMA Pula..


Marina Mahathir orangnya biasa bersikap COOL.

Walaupun macam2 tuduhan dan kritikan demi kritikan yang dia terima, mostly disebabkan 3 perkara ;

1. Penglibatan dia dengan BERSIH.

2. Penglibatan dia dengan SIS = SISTERS IN ISLAM

3. Penglibatan dia secara tidak langsung dengan NGOs yang menyokong hak2 LGBT (dan sewaktu dengan nya)

Namun dia masih COOL menjawab dan membidas kritikan2 tersebut. Ada kritikan2 yang dilemparkan terhadap dia adalah betul, ada kritikan2 yang dilemparkan ke atasnya berbaur fitnah dan tuduhan rambang.

Dan kali ini Marina Mahathir tampil mempertahankan diri bila bersedia menyaman ISMA dalam isu mengaitkan nama baik Marina dengan COMANGO.

Baca ;

KUALA LUMPUR: Aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir menyaman Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan 15 anggota jawatankuasa (AJK) pertubuhan itu berhubung pernyataan berunsur fitnah mengaitkannya dengan aktiviti Gabungan Badan Bukan Kerajaan (Ngo) Hak Asasi Manusia (Comango).
Dalam saman itu, Marina, yang juga anggota Lembaga Pengarah Sisters in Islam (SiS) menamakan presiden pertubuhan itu Abdullah Zaik Abd Rahman, timbalan presidennya Aminuddin Yahaya dan naib presiden Abdul Rahman Mat Dali serta 13 AJK pertubuhan itu sebagai defendan.
Marina, yang diwakili peguam Muhammad Faizal Faiz Mohd Hasani memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Lee Hishammuddin Allen & Gledhill pada 16 Jan lepas.  Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini ketika kes disebut di dalam kamar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop.
Peguam Azad Bashir, yang mewakili kesemua defendan, memberitahu pemberita bahawa Rosilah menetapkan 10 Mac ini untuk kesemua defendan memfailkan pernyataan pembelaan mereka.
Dalam pernyataan tuntutannya, Marina mendakwa ISMA mengedarkan 70,000 risalah bertajuk “Antara 54 NGO dalam Comango” di masjid-masjid sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur, Shah Alam, Putrajaya, Seremban, Samarahan (Sarawak), Melaka, Kuantan dan Kuala Terengganu pada 8 Nov tahun lepas.
Bekas Pengerusi Yayasan Aids Malaysia (MAF) itu mendakwa ISMA juga menerbitkan artikel lain bertajuk “ISMA edar 70,000 risalah dedah dalang Comango” di dalam laman web ISMA di http://www.ismaweb.net dengan pautan laman web ISMA facebook di https://wwww.facebook.com/isma.malaysia pada tarikh yang sama (8 Nov).
Beliau mendakwa pernyataan-pernyataan fitnah itu membawa maksud bahawa beliau dikaitkan dalam aktiviti Comango, terlibat secara peribadi di dalam laporan yang diterbitkan Comango dan menjadi dalang di sebalik Comango serta tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.
Marina mendakwa pada 11 Nov tahun lepas beliau mengeluarkan satu kenyataan akhbar dengan menjelaskan bahawa tuduhan itu adalah palsu dan beliau langsung tidak terlibat dalam proses mengeluarkan laporan Comango serta memberi peluang kepada kesemua defendan untuk menarik balik tuduhan terbabit.
Namun, Marina mendakwa pada tarikh yang sama, ISMA melalui Aminuddin selaku defendan kedua membuat kenyataan akhbar dan turut mengulangi tuduhan palsu terhadapnya dan Marina mendakwa beliau sekali lagi mengeluarkan kenyataan akhbar dua hari selepas itu untuk membalas tuduhan itu.
Marina mendakwa kesemua defendan gagal untuk menarik balik pernyataan-pernyataan fitnah itu walaupun tiga surat bertarikh 19 Nov, 27 Nov dan 12 Dis 2013 dihantar kepada mereka.
Akibat pernyataan fitnah itu, Marina mendakwa reputasinya tercemar dan beliau menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, satu injunksi untuk menghalang kesemua defendan daripada menerbitkan semula pernyataan fitnah itu dan permohonan maaf daripada kesemua defendan berserta faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
- Bernama

Penyahsenaraian Bernas: Siapa Yang Mahu Najib Lindungi?


Tawaran Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary untuk membawa Padiberas Nasional Berhad (Bernas) keluar daripada Bursa Malaysia atau “penyahsenaraian” dibuat untuk kali kedua pada 4 Februari lalu. Cubaan pertama dibuat tokoh korporat ini pada bulan Mac 2013.
Peguam Ilustrasi Hikmat, syarikat pemegang saham minoriti yang menyaman Syed Mokhtar, Bernas dan Tradewinds (M) Berhad, mendakwa wujud bukti dalam terma-terma penswastaan serta perjanjian antara kerajaan dan pemilik Bernas asal yang tidak mengizinkan Bernas dimiliki oleh “satu” individu.
Peguam Ilustrasi Hikmat membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan setelah kalah di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pada 27 November, 2013. Ekoran itu, syarikat ini mendapat penangguhan perbicaraan atau “stay of proceeding” atas perbicaraan rayuan mereka Disember lalu.
Mereka juga memohon untuk memberikan bukti-bukti baru dalam rayuan dan Mahkamah Rayuan menetapkan 30 April depan bagi mendengar pengurusan kes atau “case management”.
Ini pastinya akan mengendalakan Bernas untuk dibawa keluar daripada bursa. Andainya kemenangan berpihak kepada Ilustrasi Hikmat, ini akan  menggagalkan sama sekali harapan Syed Mokhtar untuk menjadikan Bernas miliknya. Perhatian para penganalisis rata-rata menumpu kes membabitkan usaha tokoh korporat ini menambah penguasaan empayarnya.
Dalam waktu keghairahan usaha ini wujud satu kepelikan. Setelah gagal meyakinkan pemegang saham menjual saham mereka pada harga RM3.70 seunit Mac lalu, mengapa tokoh koroporat ini masih menawarkan harga yang sama pada cubaan kedua?
Tentunya harga RM3.70 seunit tidak akan mengundang apa-apa respon yang positif daripada kelompok yang sama.
Bezanya beliau dikatakan percaya Bernas melepasi segala gendala perundangan dan dakwa-dakwi pihak pemegang minoriti. Ada juga yang menelah Syed Mokhtar kini lebih yakin, kerana “jaminan” Bernas akan disenarai semula dan pihak-pihak minoriti tertentu diberikan keutamaan memiliki saham Bernas nanti.
Lebih jelas lagi Menteri Pertanian dan Asas Tani (26 November, 2013) membuat pernyataan wujud perjanjian bertulis dengan kerajaan, Bernas ketika disenaraikan semula nanti, berjanji akan memberikan peruntukan 5% saham kepada dua pihak pemegang saham minoriti yakni Nafas (Persatuan Peladng Kebangsaan) dan Nekmat (Persatuan Nelayan Kebangsaan).
Munasabah untuk difahami bahawa kedua-duanya akan mendapat “durian runtuh” kalau Bernas membeli pegangan saham mereka dalam proses “penyahasenaraian”. Mereka mewakili kepentingan petani padi dan pengilang padi yakni Nafas dan golongan nelayan iaitu Nekmat. Kini Nafas dan Nekmat memegang sejumlah 7.13% saham minoriti Bernas.
Nafas contohnya disertai lebih 14 buah pertubuhan Peladang negeri dan turut dianggotai 276 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan PPK pula dianggotai hampir 900,000 ahli peladang di seluruh negara.
Namun malangnya pernyataan menteri itu sehingga kini tidak disah bahkan dinafikan oleh pihak Bernas. Ini menjadikan suasana lebih keharuan.
Sementara itu, sebuah badan NGO, Minority Shareholder Watchdog Group (MSWG) membuat satu taksiran harga pasaran saham terkini Bernas yang sewajarnya dalam lingkungan RM4.18 dan RM6.13 sen seunit.
Dengan maklumat seperti dikemukakan MSWG ini, umum menjadi lebih musykil mengapa tawaran Syed Mokhtar hanya menawarkan RM3.70 sen. Persepsi buruk terhadap tokoh ini tidak dapat dielakkan dalam keadaan ini.
Sebagai peringatan umum juga, syarikat-syarikat yang menawarkan pembelian pada harga RM3.70 sen itu adalah Perspective Lane (M) SB, Kelana Ventures SB, Seaport Terminal (Johore) SB dan Acara Kreatif SB. Kesemuanya dimiliki Syed Mokhtar secara pegangan majoriti dan keempat-empat syarikat ini memegang sebanyak 83.68% saham Bernas.
Bernas kini hanya memerlukan 6.31% saham sahaja lagi untuk menguasai 90% saham Bernas bagi melayakkan mereka membawa Bernas keluar daripada Bursa Malaysia.
Dalam suasana pertentangan ini maka tidak salah kalau semua pihak diingatkan kembali tujuan asal penubuhan Bernas.
Bernas yang asal entitinya ialah Lembaga Padi Negara (LPN) diilhamkan oleh Al-Marhum Tun Razak (1971), yang bertujuan mendaya dan mengagihkan kekayaan negara kepada kelompok dan golongan berpendapatan rendah ini iaitu petani di seluruh Negara. LPN pada objektifnya berfungsi mengawal harga padi demi kepentingan petani dan pengguna beras yang sebelum itu dikuasai orang tengah.
Fungsi LPN cukup jelas memberi sumbangan yang amat besar kepada petani dan pesawah di Malaysia yang 99% terdiri daripada orang Melayu. LPN berjaya menghapuskan fenomena “lintah darat” atau orang tengah sekaligus menstabilkan harga padi dan harga beras kepada petani dan pengguna.
Sejarah baru bermula pada 1994 apabila LPN diswastakan menjadi Bernas. Penyusunan semula sebagai syarikat yang disenaraikan di BSKL telah merubah matlamatnya daripada membela kepentingan petani dan pengguna kepada perniagaan yang berteraskan keuntungan dan komersial.
Pemilikan saham pantas bertukar tangan. Pernah pada tahap awal pengkoporatan, Nafas, Nekmat, kakitangan Bernas serta beberapa pertubuhan koperatif yang lain memegang sejumlah 45% melalui konsortium Budaya Generasi Sdn Bhd. Kini hanya 16.31% sahaja yang tidak dimiliki Syed Mokhtar. Ini yang mahu dibeli beliau untuk merealisasikan cita-citanya.
Sememangnya benar Bernas memiliki potensi besar sekaligus menjadikan ia sasaran pihak berkepentingan. Terkini, Bernas menandatangan satu perjanjian perlanjutan konsesi perdagangan beras – “rice trade”  selama 10 tahun lagi (hingga 2021) dengan kerajaan persekutuan .
Sebagai timbal balik Bernas akan mengendali dan mengurus “stock penimbal” beras sebanyak 292,000 ton. Sebagai pengimport tunggal beras, Bernas mengimpot 30% lagi keperluan negara sementara 70% adalah daripada bekalan tempatan. 
Bernas juga menghasilkan beras Super Tempatan 15% (ST 15%) dan mendapat subsidi kerajaan sebanyak RM800 bagi setiap ton untuk beras ini. Jumlah subsidi itu sangat signifikan.
Wajarkah subsidi diteruskan sementara Bernas membuat keuntungan?
Sebagai entiti swasta nanti dan dimilikki oleh seorang individu, kedudukan “monopoli” ini perlu dipertimbangkan kembali kerana Bernas memiliki monopoli ke atas permit import dan harga serta bekalan beras di samping yang di dalam kategori kawalan harga. Pastinya Bernas mampu mengherot pasaran.
Tidak dapat dinafikan bahawa penguasaan Bernas dalam industri pemakanan ruji Negara ini adalah sangat ekstensif. Bernas membangunkan integrasi rantaian pembekalnya dalam sektor pemborongan, perladangan, pemprosesan dan pengedaran. Bernas juga menjalankan pelbagai tanggungjawab sosial kepada rakyat.
Maka adalah lebih penting lagi untuk Bernas kekal dalam perhatian rakyat sebagai entiti tersenarai dan awam. Pertanggungjawaban dan ketelusan, khasnya dalam perkara-perkara dasar dan perlaksanaan yang bersabitan rakyat, tentunya lebih mampu dilunaskan sebagai sebuah entiti awam berbanding entiti swasta andainya berjaya cita-cita penyahsenaraian daripada Bursa Malaysia.
Sebagai rumusan, dua persoalan besar perlu dijawab penguasa politk di negara ini:
Pertama: Mengapakah pengarah bebas non-eksekutif dalam lembaga pengarah tidak memainkan peranan bagi menasihatkan pihak pengurusan bagi menawarkan harga lebih baik untuk pemegang saham minoriti yang juga hak mesti mereka lindungi. Apakah mereka sebenar-benarnya “bebas”- “tidak berpihak” dan bertindak secara profesional?
Persoalan kedua: Mengapakah Najib terus mengizinkan satu aset strategik dan penting negara dimonopoli pihak swasta dan oleh “satu” individu?
Dalam hal ini, siapa sebenarnya yang mahu Najib lindungi akhirnya? – 28 Februari, 2014.

Dr. Dzulkefli Ahmad.

PKR VS PAS, Saman 2 Juta Dan Saman Azmin Ali Terhadap Suara Keadilan..

Ada sesuatu yang tak kena kat sini.

Rujuk ;



Babak pertama (kita anggap settlement kat atas neh sebagai babak pertama, abaikan citer pendahuluan dalam episode ini).

Setelah pongpang bergaduh huru hara sesama sendiri, bertikam lidah, bertengkar, bergaduh baling periuk belanga, merajuk, bersedih, menangis, emosi, lepas geram, sakit ahti, dan sebagainya, PKR dan PAS tampil di dada akhbar dengan solusi terbaru.

Kenyataan di atas merujuk kepada PKR Terengganu.

Anwar turut terlibat dalam membuat kenyataan.

Ringkasnya statement dorang memberikan gambaran bahawa ;

- PKR dah all out untuk mempertahankan apa yang PAS inginkan.

- PKR juga mempertimbangkan emosi tuan punya badan yang menyaman.


- PKR ialah orang tengah yang akan menguruskan semua perkara agar menjadi win2 situation.

- PAS pun tak sakit ahti, TGHH pun tak seriau, Syamsol (yang kena fitnah) pun happy.

Itu la kenyataan lebih kurang dalam laporan pelbagai media massa semalam.

Namun. Babak ini ada kisah sambungan beb. Ingatkan nak tunggu pengumuman lanjut dari DSAI tapi tak sempat DSAI umum, orang lain pula buat kenyataan balas.

Lihat ;


 

Aku petik ; 

Malah, beliau turut menyokong tindakan Mohd Shamsul itu yang dilihat sebagai langkah mempertahankan dirinya. "Ini adalah satu pengajaran kepada semua pihak supaya tidak menuduh seseorang dengan tuduhan yang tidak mempunyai fakta yang jelas.

Aku tak kata ayat dia salah okay. Jangan salah faham. 

Cuma apa yang aku nampak ialah ;

1. Di saat PKR dan PAS sedang bergelut selesaikan masalah dalaman, apa perlunya dia tampil buat kenyataan yang berbeza dan penuh dengan kontroversi?

2. Siap dengan interview bagai. Tak nampak macam kena paksa dan kena fitnah pun.

Hehe.

3. Bagi aku, oleh kerana pendirian PKR Terengganu dan PUSAT seiringan, maka PKR Selangor perlu la juga memberikan sedikit ruang dan peluang agar pertelingkahan dalaman ini boleh diselesaikan secara aman.

4. Kita cakap terus terang sudah la. PKR dan PAS diperlihatkan semakin bercakaran sesama sendiri. 

5. Maka tindakan2 seperti ini sebenarnya memburukkan lagi keadaan yang sedia buruk. Yelah, masing2 ada mulut, masing2 ada ahti nak luahkan pendapat tetapi bukan kah lebih molek jika ia boleh diselaraskan dengan keadaan dan waktu agar bersesuaian dengan situasi?

6. Suka tak suka, benci ke atau terima, PAS by hook or crook will defense TGHH. Korang PKR cakap je la apa saja. Namun, ada baiknya, cakap2 kita itu biarlah yang relevant dan berpijak di bumi yang nyata (realiti).

Iaitu jenis yang tahu cermin diri sendiri.

Yang heran nya, bukan saja PKR taknak mengaku pertelingkahan dalaman  itu wujud, yang lebih teruk mengheret UMNO dan BN dalam permasalahan dalaman mereka. Takan la sikit2 Najib dan Rosmah korang bambu? Kalau babitkan hak rakyat memang la salah mangkok2 ayun tue. Tapi ini hal peribadi korang sendiri kot. Apsal pula BN dan UMNO yang salah pula?

Korang yang tak reti nak tanggani dengan cekap. Apsal tunding jari kat orang. Itu satu. Yang kedua, boleh pula nak larang2 orang dari ulas apa benda bagai pasal perselisihan dalaman yang korang sendiri paparkan di media.

Situasi A.

Ali beli kopi. Lepas tue dia balik rumah. Peniaga tahu Ali beli kopi. Kemudian dia pergi citer kat satu kampung Ali beli kopi. Peniaga = kepohman.

Situasi B.

Ali beli kopi. Lepas beli kopi, Ali call media dan minta media laporkan dia beli kopi. Kemudian dia update di fb, twitter, blog dan youtube bahawa dia beli kopi. Maka tak semena2 satu Malaysia tahu dia beli kopi dan kutuk tingkah laku dia yang mengada2. Beli kopi pun mao kecoh kah? Bongoknya si Ali neh.

Situasi yang PKR buat sekarang neh ialah di situasi B.

Korang sendiri paparkan di pelbagai media. Maka kami ulas la ikut suka ahti kami. Taknak kami ulas pandai2 la korang sorokkan permasalahan dalaman korang. Apa yang susah sangat nak faham. Setuju ka tak setuju ka dengan apa yang diputuskan oleh PKR pusat ka PKR Terengganu ka p la sembang dengan dorang. Awat nak sembang dengan kami semua?

HAHAHAHA..

Berbalik semula kepada konflik dalaman dan perpecahan PKR yang diperlihatkan secara meluas melalui laporan2 media termasukla portal pro pembangkang.

Terkini, Azmin dikatakan menyaman Suara Keadilan. Berapa juta pula kali neh.

Haha. Jangan marah ah. Semua orang gosip2 cakap 2 juta. Tapi paper tak tulis la pula.

Terkejut beb. Terkejut. 

Azmin Ali tue bukan PKR ka? Aku baca sidang media Saifuddin. AKu fikirkan itu gosip liar. Kenyataan Saifuddin Nasution membuktikan sebaliknya. Ia bukan sekadar gosip beb.

Rujuk ; http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-tubuh-jawatankuasa-teliti-saman-azmin-ke-atas-suara-keadilan

PKR menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk meneliti isu saman yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ke atas akhbar parti itu, Suara Keadilan.
Setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, penubuhan jawatankuasa lima orang tersebut ditubuhkan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR minggu lepas di Kajang.
"Kami sudah tubuhkan jawatankuasa lima orang untuk kemudiannya berjumpa dengan pasukan SK bagi mendapatkan fakta latar belakang kes dan mendengar pandangan mereka.
"Selepas selesai, laporan akan dihantar kepada pimpinan parti," kata Saifuddin selepas ditanya wartawan mengenai saman Azmin dalam sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini.
Saifuddin berkata jawatankuasa tersebut akan dikendalikan oleh Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty dan bertanggunjawab memberi saranan kepada pimpinan pusat.
The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Suara Keadilan diarahkan PKR memberi penjelasan berhubung penyiaran artikel kolumnis, Hishamuddin Rais bertajuk “Khalid dan Azmin” kerana dikatakan memfitnah Azmin.
Pula..

Suara Keadilan pun kena.

Bukan orang sendiri ka tue?

Salah ka penulisan Hisham Rais tue?

Hihi..

Makin tambah fenin la fenin la fenin la.. penyokong2 PR dibuatnya. 

Pemerhatian aku. 

Ini bukan la semestinya benar, betul, fakta atau apa. Ia sekadar pemerhatian oleh seseorang yang jauh jauh jauh jauh jauh sangat dari PKR dan PAKATAN RAKYAT. Jangan marah ahh..

1. PKR pusat berpecah kepada beberapa team atas pelbagai masalah yang berlaku secara berterusan.

2. PKR negeri pun sama berpecah dengan macam2 sebab yang tak dapat nak dituliskan satu persatu kat sini.

3. Pimpinan PKR kebanyakkan nya membentuk pelbagai fraction atas sebab2 tertentu yang tak dapat dituliskan secara terperinci kat sini.

4. PKR sedang dilanda krisis dalaman yang hebat.

5. Maka Anwar sekarang sedang mempersiapkan diri untuk masuk campur melalui apa jua cara (walaupun kena maki hamun dengan sesiapa saja) ke dalam PKR dan mendapatkan kuasa dalam parti dan negeri untuk mendapatkan hak dalam membuat sebarang keputusan2 yang penting yang mana sekarang neh dia hilang kawalan untuk kawal beberapa perkara disebabkan ketiadaan autoriti dan beberapa sebab yang aku takmo sebutkan disini.

Hasil perpecahan dalaman PKR ini ada yang membentuk permusuhan dengan PAS (yang tertentu), ada yang menjalin kerjasama yang baik dengan PAS (yang tertentu) dan begitu juga la halnya dengan DAP.

Pendapat aku.

Kalau korang tak dapat atasi dan tanggani perbezaan korang secara matang, berhemah dan sebagainya, takde masalah. Korang juga manusia dan ini negara demokrasi. Lakukan apa2 saja yang korang rasa benar dan betul yang bersesuaian dengan pendirian korang.

Di samping itu, kami sebagai rakyat juga sedang sibuk mempersiapkan diri untuk mempelbagaikan alternatif bagi menjayakan misi utama kami, iaitu jatuhkan yang zalim dan pemerintah yang pentingkan diri sendiri. Ia tak terhad kepada BN dan UMNO saja tau. Just want to let you guys know aje.

KAH KAH KAH

Papa Gomo Kalah Saman, Mahkamah Arah Bayar RM800 Ribu Kepada Anwar Ibrahim..


Minta sangat. Kata2 itu merupakan satu doa. Allah maha mendengar. Dah ko asyik minta kena saman, maka ko dapat la. Cuba minta dijauhkan dari saman. Kita neh manusia, bukan nya tuhan. Setiap yang berlaku tak semestinya berada di dalam perancangan kita. Bila ko dah sendiri minta pandai2 la hadap macam mana nak bayar rm80,000 tue. 

Kalau la aku jadi ko (minta2 dijauhkan), aku rela minta maaf dari teruskan fitnah, lepas tue kalah saman, yang lebih teruk, kena bayar duit ratus2 ribu lagi, lepas tue orang pula dok kutuk2 dan label kita kaki fitnah. Sanggup ke der? Aku tak sanggup woo..

Dan, sekarang tanya diri sendiri, UMNO nak tolong ke?

Jangan harap le.

Keadaan yang sama berbalik kepada PR. Mana2 pimpinan politik takan nak peduli kalau kita kena semua2 neh. Nak taknak terpaksa la hadap semua nya seorang diri dengan kawan2 yang terdekat yang memahami, walaubagaimanapun, kes Papa Gomo dengan Anwar adalah kes fitnah yang PAPA GOMO sendiri cari. Itu la yang kelakar tue. Ada juga orang yang sanggup kenakan diri sendiri.

Adoyaiii..

Baca ;

Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris (gambar) atau Papa Gomo diarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membayar RM800,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ganti rugi kerana memfitnah ketua pembangkang itu.
Hakim Rosilah Yop dalam penghakimannya turut mengatakan Wan Muhammad Azri adalah pemilik blog Papa Gomo.
Rosilah juga membenarkan permohonan injunksi tetap oleh Anwar untuk menghalang Wan Muhammad Azri mengulangi fitnahnya di blog tersebut.
Hakim juga mengarahkan Wan Muhammad Azri membayar RM50,000 kepada Anwar sebagai kos.

Khamis, 27 Februari 2014

Taib Mahmud Ada Harta Bernilai RM46 Billion Rupanya..


Tue diaaaaaaaa

Mak aiiiii bapak gila kaya nak mampos orang tua neh. Harta peribadi dia aje bernilai RM46billion beb. 

46 billion tue.

Bukan juta2 beb. Tapi billion tue beb.

Dan, harta keluarga Taib pula semua sekali di anggarkan bernilai RM64billion. 

Yakni ;

Harta Taib semata2 = RM46b

Harta family Taib = 64b - 46b = 18b

Anak beranak dia, adik beradik dia semua sekali dikumpul2 adalah  dalam 18b.

Orang tua sorang neh pula perghh dia ada 46b. Agak2 bila dia dah mati kelak, sapa yang akan warisi harta kekayaan dia? Bini dia ka?

KAH KAH KAH

Benda neh dapat kat TMI.

Baca ;
Satu kajian oleh Bruno Manser Fund (BMF) mendedahkan harta Taib mencecah AS$15 bilion (RM46 billion) dan 20 ahli keluarganya mengumpul harta hampir AS$21 bilion (RM64 bilion).
Pada 16 Februari lalu, BMF yang berpengkalan di Switzerland juga membuat laporan polis ke atas keluarga Taib atas dakwaan penyeludupan balak haram di Kanada, malah PAS juga menggesa SPRM membuka kertas siasatan ke atas ketua menteri tersebut.
BMF berkata, satu laporan polis dibuat kepada Royal Canadian Mounted Police, berdasarkan "bukti baru" yang mendapati wujud kaitan kewangan antara Richfold Investments di Hong Kong dengan Sakto Development Corporation di Ottawa, Kanada.
Sakto Development Corporation adalah sebuah syarikat pemaju jutaan ringgit yang dimiliki oleh anak perempuan Taib, Jamilah Taib Murray.

Cis.

Orang tua neh patut disenaraikan sebagai orang terkaya di Malaysia. Apsal nama dia tak tersenarai? Main tipu ka? 

Hehe..

Dalam artikel yang sama, mendedahkan bagaimana Taib Mahmud dan anak dia terlibat dalam skandal penyelewengan wang. Bernilai 6.6juta.

Rujuk ==> http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ngo-dedahkan-taib-mahmud-anak-terlibat-perjanjian-perniagaan-rm6.6-juta

Aku ingat Taib dah tak heran nak terlibat dalam skandal 100k 200k. Apa barang 100k, 200k punya penyelewengan? Ko ingat aku cikai2 punya maloan ka? Kalau babitkan Taib mesti makan jutaan ringgit punya. Macam tue punya powerful si Taib Mahmud ini tau. Ko ada? Takde? Aku pun takde. Maka melopong je la kita tengok harta kekayaan Taib Mahmud.

KAH KAH KAH

Tengok neh ;



Jom orang Sarawak, kita melopong dan ternganga sama2. Semua pimpinan kita memang jenis corrupted. Alahai.. apa la nasib badan jadi rakyat kat negara neh. Telan aje la. Cakap lebih2 kang kena gelar sebagai tak bersyukur.

KAH KAH KAH

Angkara Berdemo Aman Di Putrajaya, MAS Hukum Kakitangan Sendiri.


Loser.

Padan la meniaga asyik rugi aje.

Pentingkan diri sendiri, hak pekerja tak terbela, lepas tue buat perjanjian perniagaan yang berat sebelah dan lebihkan kroni, bila dah rugi balik2 rakyat aje kena bailout dari tahun ke tahun. Sampai bila MAS nak sedar diri? Menyusahkan semua orang je. Tak pasal2.

Hey MAS, aku cadangkan jual aje la syarikat neh kat orang asing.

Bukan itu ke yang orang kita paling pakar?

KAH KAH KAH

Apa pun, bila kakitangan mengkritik dan minta hak2 mereka dipenuhi, MAS sepatutnya mempertimbangkan cadangan mereka menggunakan akal fikiran yang waras dan matang. Bukan nya menghukum dan memecatkan kakitangan2 yang dah lama bekerja dengan mereka. Macam neh nak minta pekerja2 ko agar bekerja dengan dedikasi? Baru minta hak2 pekerja ditunaikan dah buang orang. Tah hapa2.

Baca ;

Malaysia Airlines (MAS) menggantung khidmat Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam), Mohd Akram Osman dan memecat tiga pramugari kerana terlibat dalam perhimpunan di Putrajaya pada 27 November tahun lalu.
Mohd Akram yang berkhidmat sebagai Ketua Pramugara MAS selama 25 tahun dengan MAS didakwa melanggar tugasnya kerana menghadiri perhimpunan tersebut dan menggunakan khidmat email syarikat untuk kegunaan kesatuan.
Tiga pramugari yang dipecat pula didakwa atas alasan menghadiri perhimpunan tahun lalu.
"Kesatuan mengutuk sepenuhnya tuduhan palsu dan niat jahat yang dibuat oleh MAS ke atas pekerjanya dan penggantungan tugas Setiausaha Agung Nufam.
"Wujud niat jahat berhubung kes ini," kata Nufam dalam satu kenyataan petang ini.
Selain Mohd Akram dan tiga pramugari yang dipecat, sebanyak 30 Surat Tunjuk Sebab dikeluarkan kepada ahli anak kapal yang berdaftar dengan kesatuan.
Pada 27 November 2013 lalu, Nufam bersama ahlinya mengadakan satu himpunan di hadapan Kementerian Sumber Manusia untuk menghantar satu memorandum.
Nufam mengecam keras tindakan MAS yang disifatkan sebagai cubaan menafikan hak pekerjanya.
"MAS salah guna kuasa sebagai majikan kerana mempersoalkan ahli kesatuan bagi menghadiri perhimpunan aman di Putrajaya.
"Ini tidak masuk akal kerana MAS menafikan hak ahli kesatuan untuk berhimpun dalam perhimpunan anjuran pemimpin kesatuan ataupun ahli kesatuan sendiri," katanya.
Nufam menegaskan ahlinya berhak untuk berhimpun dan ianya selari dengan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang menjamin hak ahli kesatuan untuk berhimpun.
Tindakan tersebut, menurut Nufam, adalah cubaan untuk menutup mulut pengkritik MAS serta menakutkan ahli kesatuan daripada terus menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.
Sebelum ini, Nufam mengemukakan 40 tuntutan untuk penambahbaikkan pengurusan MAS, terutamanya hak anak kapal.
Antaranya adalah hak mengenai cuti tahunan, perubatan, masalah berat badan, pengangkutan, semakan semula gaji dan elaun serta pemecatan pekerja. – 27 Februari, 2014.

BRIM Tahun Depan Dinaikkan Kepada RM950


Berita gembira untuk penerima2 BRIM. Jika sebelum neh dengan rm650 korang boleh beli peti ais baru ke, sofa baru ke sekarang kerajaan bagi lagi best punya.

Mungkin kerajaan nak bagi kita beli rumah baru dan kereta baru tiap2 tahun pula kot bermula tahun depan.

Hehe.

Untuk rekod ;
 
Yang terima 650 akan dinaikkan kepada rm950

Yang terima 450 akan dinaikkan kepada rm750

Yang terima rm250 akan dinaikkan kepada rm550

Baca ;

Mulai tahun depan, kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khas yang menyaksikan bayaran tambahan RM300 kepada jumlah sedia ada bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015.
 
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini bermakna jika penerima sekarang menerima RM650, RM450 dan RM250, pada 2015 wang bantuan itu akan meningkat kepada RM950, RM750 dan RM550.
 
Pemberian wang tambahan itu telah dimuktamadkan semasa Bajet 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
"Wang sebanyak RM300 ini adalah bantuan khas berikutan pelaksanaan GST," katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
 
Dalam pada itu, beliau memberitahu, rang undang-undang berhubung akta GST akan dibentangkan di Parlimen pada Mac ini oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah.
 
"Rang undang-undang itu dijangka didebat dan diharap selesai pada Mac ini supaya Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)  juga dapat dimansuhkan menjelang pelaksanaan GST.
 
"Pemansuhan SST itu melibat cukai jualan 5.0 peratus dan 10 peratus dan cukai perkhidmatan 6.0 peratus," katanya.
 
Setakat ini undang-undang berkenaan masih dalam penelitian peringkat akhir oleh Peguam Negara. - MalaysiaGazette


Tapi kan, korang juga kena bersiap sedia dengan kenaikan segala macam barang sejajar dengan pengenalan GST. Ada faham?

KAH KAH KAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...