Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 26 Februari 2014

Bung Moktar Respon Isu Gambar Di Meja Judi - Gambar Berniat Jahat, Fitnah Dan Super Impose.

Itulah jawapan yang diterima oleh salah seorang admin di page kami.

Episode pertama kat sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2014/02/gambar-dipercayai-bung-muktar-di-meja.html

Kita tunggu Bung Moktar respon ketika itu. Dan dia akhirnya memberikan respon berkenaan gambar yang tersebar sejak awal pagi tadi.

Gambar yang dimaksudkan ;


Dan respon Bung Moktar ;


Aku ada lakukan sedikit semakan untuk memastikan adakah ini account facebook kepada wakil rakyat Kinabatangan yang sebenar ataupun sekadar penyamar, tetapi nampaknya ia semacam betul disebabkan ada update2 terbaru dan terkini mengenai aktiviti Bung Moktar Radin.

Rujuk ==> https://www.facebook.com/bungmoktar.radin

Wakil rakyat berkenaan mula membalas komen di posting berkenaan disebabkan ada orang tag dia kat posting tersebut dan seperti dalam gambar di atas, itulah jawapan dia berhubung isu gambar.

1. Mula2 katanya siapa yang upload. Mana la aku tahu. Tahu2 aje dah bersepah tersebar di internet.

2. Dan err macam biasa tetiba nama pembangkang pula terkait sama.. hihihi..

3. Kemudian jawabnya, gambar super impose, berniat jahat dan fitnah.

Untuk pengetahuan Bung Moktar Radin dan juga mana2 wakil rakyat BN dan PR ;

Rakyat sejujurnya tidak peduli hal peribadi kamu selagi mana hal peribadi tersebut tidak babitkan hak rakyat, sensitiviti dan perkara2 yang menyalahi undang2.

Namun, wakil rakyat juga perlu sedia faham. Mereka tidak sepatutnya menunjukkan sikap yang berbeza di depan rakyat dan di belakang rakyat.

Kalau rasa diri tu tak berapa baik macam aku neh hah, kita dok tepi sudah lah dalam bab nak membetulkan akidah orang. Baik telek akidah diri sendiri la weh..

Kalau rasa diri tue tak berapa cerdik (perjuangkan kalimah Allah tapi gila judi) belajar2 la berdiam diri dan hanya sebut perkara2 yang tak memalukan diri sendiri. Kita kenal diri kita tetapi Allah lebih kenal siapa diri kita. Kita tipu orang boleh, tetapi kadang2 dalam kita dok ligat tipu dan kutuk orang, silap2 Allah bagi pengajaran baik punya kat kita. Tak pasal2 malu dengan orang dapat, malu dengan Allah pun dapat. Kan dah rugi di situ.

Rakyat memang takde masa nak teliti moral dan akhlak kamu sebab rakyat sibuk dok teliti moral dan akhlak masing2 namun, diharapkan jangan kita paparkan sikap hipokrit kerana kelak orang akan mengata.

Hihi. Jangan marah ahh..

Apa pun, oleh kerana Bung Moktar dah nafikan, maka aku sangka baik aje la. Itu memang bukan dia. Okay fine, bukan dia. Ia sebaliknya gambar super impose, berniat jahat dan fitnah.

Okay, Bung Moktar..

Heheheh..  


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...