Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 21 September 2018

Dan Inilah Sebab-Sebabnya Saya Melawan PAS - Mahathir Mohamed.

Tun Mahathir | 1. Orang PAS amat marah kepada saya. Selain dari mendakwa saya kafir, penyokong PAS tidak langsung sanggup mendengar kritik saya terhadap PAS. Saya percaya sebarang pendapat saya tidak akan dibaca oleh orang PAS termasuklah rencana ini. Tetapi saya harap mereka yang tidak fanatik terhadap PAS akan baca. Terpulanglah kepada pembaca samada menerima atau menolak pendapat saya.


2. Sesungguhnya orang Melayu dahulu tidak bermasalah berkenaan pegangan mereka kepada agama Islam yang semua mereka anuti. Mereka semuanya berpegang kepada tafsiran dan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (Sunni) dan berimam dengan Imam Shafie.

3. Mereka juga tidak menolak ajaran tiga lagi Imam Sunni, iaitu Maliki, Hambali dan Hanafi.

4. Oleh kerana semua orang percaya dan pegang kepada ajaran dan tafsiran yang sama, mereka tidak berpecah dan berpuak-puak. Sudah tentu mereka tidak bermusuh sesama mereka seperti yang berlaku antara Sunni dan Syiah di beberapa negara Islam. Di banyak negara Islam permusuhan disebabkan tafsiran yang berlainan berlaku sepanjang masa sehingga mereka berpuak-puak dan kerapkali mereka berperang pun.

5. Tetapi di Malaysia, walaupun dahulu ada ajaran yang berlainan, umpamanya kaum muda dan kaum tua, kumpulan Hj. Ahmad Matahari, dan lain-lain, tetapi tidaklah sampai kepada permusuhan dan perpecahan yang teruk. Sesungguhnya orang Melayu Islam bersaudara dan mengamalkan ajaran Islam yang sama. Mereka bersatu padu sebagai orang Islam sehingga bangsa Melayu dikaitkan dengan agama Islam. Dalam perlembagaan pun tafsiran orang Melayu ialah orang yang berbahasa Melayu, beradat istiadat Melayu dan beragama Islam. Jika seseorang itu tidak Islam maka ia tidaklah Melayu, walaupun bahasa ibunda mereka adalah bahasa Melayu.

6. Keadaan persaudaraan orang Melayu Islam ini kukuh sehingga dengan mudah mereka bersatu padu diwaktu menentang rancangan British untuk menakluk negeri-negeri Melayu secara langsung melalui Malayan Union. Demikianlah rapatnya perpaduan orang Melayu sehingga British yang baru sahaja menang perang, terpaksa tunduk kepada tuntutan orang Melayu. British mengakui kekuatan orang Melayu dan mengiktiraf parti yang mengalahkan Malayan Union dengan memberi hak kepada pemimpin mereka, Tunku Abdul Rahman menamakan calon-calon badan perundangan seperti Federal Legislative Council dan State Council (Dewan Undangan Negeri-negeri) dalam Persekutuan Tanah Melayu yang mengganti Malayan Union pada 1948.

7. Dalam parti UMNO pada masa itu terdapat semua aktivis Melayu dari yang berpelajaran Melayu, Inggeris dan yang berpelajaran agama. Mereka yang berpelajaran agama dikenali sebagai “ulama UMNO”.

8. Apabila British memberi hak kepada Tunku Abdul Rahman, Yang DiPertua UMNO menamakan calon, Tunku telah pilih pemimpin UMNO yang berpengalaman dalam bidang pentadbiran. Hampir semua dari mereka ini berpelajaran Inggeris. Yang berpelajaran agama, “ulama” hampir tidak dipilih sama sekali.

9. Maka kecewalah pemimpin yang berlatar belakang agama. Hasilnya ialah desakan untuk keluar UMNO dan menubuh Pan Malayan Islamic Parti (PMIP). Kemudian namanya dialih kepada PAS, Parti Islam SeMalaya.

10. Orang Melayu semuanya memang kuat pegangan mereka kepada agama Islam. PAS berharap dengan kaitan parti kepada agama Islam maka akan berjayalah PAS dalam pilihan raya.

11. British mencadang diadakan PRU pada 1955 untuk 52 dari 98 kerusi Federal Legislative Council. Bantahan oleh UMNO supaya semua 98 kerusi ditandingi ditolak. Pendapat British ialah tidak mungkin mana-mana parti memenangi lebih dari separuh, iaitu 50, untuk mengambil alih Kerajaan dari British.

12. Dalam PRU itu isu utama ialah kemerdekaan. Sementara UMNO dalam Perikatan tuntut kemerdekaan selepas PRU, PAS mendakwa Malaya belum layak mendapat kemerdekaan.

13. Hasilnya ialah kemenangan besar Perikatan. Dengan Perikatan mendapat 51 kerusi, British terpaksa beri kepada Perikatan, pimpinan Tunku Abdul Rahman, home rule atau Pemerintahan Dalaman. Hanya Kementerian Luar dan Pertahanan sahaja dikuasai oleh British. Maka bermulalah perjuangan untuk kemerdekaan secara bersungguh-sungguh.

14. PAS memenangi hanya satu kerusi. Jelas penolakan kemerdekaan merugi PAS. Maka bermulalah Agama Islam diperalatkan sepenuhnya untuk menarik sokongan orang Melayu.

15. PAS mendakwa bahawa orang yang bekerjasama dengan orang kafir menjadi kafir. Oleh kerana UMNO bekerjasama dengan orang Cina (Buddhist) dan India (Hindu) dalam Perikatan, maka PAS mendakwa orang UMNO tidak Islam, orang UMNO kafir.

16. Akibatnya ialah orang Melayu bukan PAS yang semuanya beragama Islam dan mengikut ajaran yang sama, iaitu ajaran Ahlul Sunnah Wal Jamaah, berimam dengan Imam Shafie, tiba-tiba dikafirkan. Perpecahan yang teruk dan mendalam berlaku.

17. Orang PAS tidak pun boleh bersama dengan orang UMNO, kenduri orang UMNO diboikot oleh orang PAS. Perkahwinan antara orang PAS dan UMNO tidak boleh diadakan. Mereka tidak boleh sembahyang bersama, tidak boleh diimamkan dengan imam yang sama. PAS sembahyang dengan lain imam di masjid dan mendirikan masjid berasingan dari orang UMNO.

18. Ada juga yang berpendapat perkahwinan ibu bapa mereka tidak sah dan ibu bapa mereka yang tidak jadi ahli PAS adalah kafir.

19. Kemudian Hj Hadi sebagai seorang dari pemimpin PAS telah mengeluarkan “Amanat” yang secara langsung mendakwa bahawa pemerintahan Barisan Nasional pimpinan UMNO adalah kafir. Pejuang-pejuang yang melawan Kerajaan UMNO/BN, jika mati, mereka mati syahid.

20. Dengan kepercayaan kepada amanat Hadi, pengikut Ibrahim Libya telah serang dan membunuh empat orang anggota polis. Dalam pertempuran antara polis dan pengikut Ibrahim Libya, 14 orang pengikutnya dan dia sendiri terbunuh.

21. Maka PAS pun dakwa pengikut Ibrahim yang mati adalah syahid. Mereka dikebumi sebagai syahid tanpa dimandi.

22. Adalah jelas bahawa PAS memecah belah orang Melayu Islam dengan amat mendalam. Sehingga ke hari ini masih ada sembahyang berjemaah berasingan di masjid yang sama.

23. Tiada ada ulama di Malaysia yang berani mendakwa bahawa pengkafiran orang bukan PAS adalah salah dan tidak menepati ajaran Islam. Pegawai-pegawai pemerintah yang bertanggungjawab berkenaan agama Islam juga membisu seribu bahasa.

24. Inilah perbuatan PAS yang tidak boleh dimaaf. Sebelum adanya PAS orang Melayu tidak berpecah kerana agama. Hanya apabila PAS ditubuh barulah orang Melayu berpecah dan terpisah kepada dua puak yang bermusuh ketat. Perpecahan ini jugalah yang melemahkan orang Melayu. Demikianlah kelemahan orang Melayu sehingga PAS juga terpaksa meminta pertolongan orang-orang kafir. Tetapi apabila PAS bekerjasama dengan parti kafir, PAS dakwa mereka tidak jadi kafir. Sebab kononnya, kerana kerjasama PAS dengan orang kafir adalah “Tahaluf Siyasi”. Apa dianya Tahaluf Siyasi jika diterjemah ke bahasa Melayu. Maknanya ialah “Kerjasama politik” dan ini adalah sama dengan apa yang dilakukan oleh UMNO apabila bekerjasama dengan MCA dan MIC. Jelaslah bahawa Bahasa Arab (Bahasa Quran) diguna untuk mengIslamkan kerjasama PAS dan orang kafir.

25. Dikalangan ahli PAS, penerimaan ajaran pemimpin dan parti lebih utama dari ajaran Islam. Sebab itu walaupun Al Quran menyebut bahawa orang Islam itu bersaudara, ahli PAS sanggup bermusuh dengan orang Islam lain kerana ajaran oleh pemimpin PAS. Kerana sikap inilah orang Islam (Melayu) di Malaysia berpecah sehingga sekarang. Bukan Islam yang memecah orang Melayu tetapi politik PAS yang membawa perpecahan kepada mereka.

26. Walaupun sebahagian dari ahli PAS sudah tinggal PAS tetapi ramai dari ahli PAS yang masih taksub dengan PAS dan ajarannya. Dan perpecahan yang mendalam dikalangan orang Melayu adalah berterusan. Dia akan berterusan selagi PAS menyalahtafsir dan menyalahguna ajaran Islam.

27. Inilah sebabnya yang saya tentang PAS.

Rayuan Terbuka Untuk Semua Ahli Parlimen UMNO Dari Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

DR ASYRAF WAJDI DUSUKI | WARKAH TERBUKA BUAT SELURUH AHLI-AHLI PARLIMEN DAN AHLI-AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI UMNO

YB-YB Yang Dikasihi,

1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan salam perjuangan dan salam kasih sayang. Saya juga mendoakan agar kita semua berada di dalam keadaan sihat walafiat dan rahmat Ilahi.


2. YB-YB adalah barisan kepimpinan yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi menerusi kaedah pilihanraya. Proses ini telah kita lalui sebanyak 14 kali dan setiap kali pemilihan sentiasa ada yang menang dan yang kalah. Itu adalah adat pertandingan.

YB-YB Yang Dihormati,

3. Kombinasi menang dan kalah membolehkan Kerajaan Berperlembagaan berfungsi dengan efektif. Yang menang memerintah dengan adil dan yang kalah menegur secara konstruktif. Konsep inilah yang kita nobatkan selama lebih 60 tahun sehingga negara ini kekal aman dan sejahtera.

4. YB-YB merupakan pilihan lebih 4 juta rakyat Malaysia untuk mewakili mereka di dalam Parlimen Malaysia. Pilihan ini dibuat disebabkan keyakinan mereka kepada kalian demi mempertahankan agama, bangsa dan negara di tengah-tengah tsunami defisit keyakinan rakyat kepada kerajaan kita terdahulu.

5. Apa yang pasti sokongan pengundi yang diberikan kepada YB-YB sekalian adalah manifestasi ketegasan mereka menidakkan segala fitnah, manipulasi fakta, kerakusan dan ketamakkan untuk berkuasa. Sokongan ini juga adalah manifestasi makna ketaatan rakyat kepada kerajaan kita dahulu yang komited mempertahankan dan membela hak mereka. Tanpa adanya keraguan dan kesangsian mereka terus memilih kalian.

YB-YB Yang Disayangi,

6. Ketahuilah bahawa pemilihan YB-YB sekalian sebagai wakil rakyat adalah merupakan satu amanah. Dipilih oleh rakyat di atas dasar kepartian . Payung kepartian menjadi penyebab YB-YB sekalian dipilih berdasarkan segala janji dan prestasi. Batang tubuh serta kebolehan peribadi adalah menjadi pelengkap kepada pemilihan tersebut.

7. Ketahuilah bahawa amanah ini adalah berat. Ia tidak tertampung oleh mereka yang lemah. Abu Zar al-Ghiffari r.a pernah menceritakan bicaranya bersama Nabi Muhammad SAW dengan kata-katanya “Wahai Rasulllah SAW, Kenapa tidak kamu melantikku?” Rasulullah SAW menjawab “Wahai Aba Zarr, sesungguhnya kamu lemah, dan sesungguhnya (jawatan itu) ia adalah suatu amanah, dan sesungguhnya pada hari kiamat kelak ia adalah suatu penyesalan kecuali mereka yang menunaikannya dan melaksanakannya secara benar.”

YB-YB Yang Dirahmati Allah,

8. Ketahuilah bahawa prinsip, pendirian dan pegangan adalah suatu permata bernilai. Ia adalah harga diri dan maruah yang tidak dapat diukur dengan sebarang harga. Ditolak tidak rebah dipotong tidak putus.

9. Pemilihan YB-YB sekalian sebagai Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri adalah suatu amanah. Sungguhpun bukan ditakdirkan sebagai kerajaan namun YB-YB sekalian tetap bertanggungjawab untuk bertindak sebagai pembangkang yang effektif. Memainkan peranan penuh di dalam menjadi agen semak dan timbang (check and balance) kepada kerajaan yang hakikatnya adalah tidak sempurna.

YB-YB Yang Dirahmati Allah,

10. Jadilah seperti cermin, memantulkan yang sebenar dan menyatakan yang hakikat tanpa rasa gerun dan takut. Jangan mudah cair seperti air, berubah dan bertukar mengikut keadaan, memantul ketika tenang, bertukar ketika beralun.

11. Teruskanlah istiqomah dan kekal dengan amanah perjuangan ini. Peganglah ia sekuat mungkin agar amanah ini tidak menjadi penyesalan di sana nanti.

12. Kepada pendokong dan penyokong, teruskanlah kesetiaan anda kepada parti ini kerana UMNO dilahirkan bukan untuk memenuhi kepentingan individu sebaliknya ia demi memartabatkan bangsa, agama dan negara. Kesetiaan membina keutuhan, kesungguhan membina keyakinan dan kesabaran membuahkan kebenaran.

Yang Ikhlas,

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Khamis, 20 September 2018

Block Saya Di Twitter, Lim Guan Eng #HatiTisu Kata Ketua Pemuda UMNO.

POLITIK | Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini menyindir Menteri Kewangan Lim Guan Eng kerana memblocknya di Twitter. 

"Tak sangka rupanya Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng ni berhati tisu juga. 

Dulu waktu jadi Pembangkang banyak mengkritik, tapi dah jadi Kerajaan tidak bersedia untuk dikritik. 

Baru beberapa kali saya lontarkan kritikan terus di ‘block’ akaun twitter saya. Come on Guan Eng, sudah jadi kerajaan kena bersedia juga dikritik. #hatitisu," katanya dalam satu kenyataan.



Untuk rekod, Lim Guan Eng sepanjang minggu ini dilanda kontroversi berikutan mengeluarkan beberapa kenyataan yang mengundang padah.



Antaranya apabila mengeluarkan kenyataan media rasmi dimana nama jawatannya ditulis sebagai Menteri Hong Kong. Meskipun pentadbir halaman Lim Guan Eng di Facebook telah meminta maaf namun posting yang sama masih berada di Twitter tanpa apa-apa kemaskini selanjutnya.



Lim Guan Eng juga agak 'flip-flop' apabila sekejap mengatakan ekonomi negara bermasalah dan kemudiannya tidak bermasalah. 


Malahan apabila dikritik nilai ringgit yang semakin melemah, Lim Guan Eng berkata prestasi Ringgit Malaysia antara yang kukuh di Asia. Perkara itu kemudiannya membuatkan beliau menjadi sasaran 'troller' di sosial media. - 20 September 2018.

Najib Perjelaskan GST Mampu Sekat Pengaliran Dana Haram Ke Luar Negara..

Najib Razak | Ramai telah membaca laporan mengenai pengaliran keluar dana haram berjumlah RM1.8 TRILION dibawa keluar dari Malaysia dari 2004 hingga 2014 dan berdasarkan kepada nisbah per kapita, Malaysia menduduki tempat pertama.

Saya telah memberi amaran tentang perkara ini pada masa lalu berkaitan GST dan ketika perbahasan di Parlimen dua bulan lalu. Saya ingin memperjelaskan ini dengan lebih mendalam supaya rakyat tahu.

Apa yang ramai tidak tahu ialah, kebanyakan pengaliran keluar dana haram ini adalah dari perbezaan pemindahan harga tidak betul (transfer mispricing) berikutan perbezaan kadar cukai antara negara. Contohnya, dua negara berbeza di mana cukai bagi negara M ialah 27 peratus manakala cukai bagi negara B adalah 17 peratus.

Syarikat di negara M (Syarikat M) akan ambil kesempatan dari perbezaan ini untuk memindah keluar secara haram keuntungan dan dana mereka ke negara lain untuk tidak dikenakan cukai tinggi.

Syarikat M yang mengeluarkan produk di negara M untuk eksport ke Amerika Syarikat, kemudiannya akan menubuhkan sebuah syarikat dimiliki sepenuhnya atau menggunakan proksi di negara B.

Syarikat M akan menjual produknya kepada Syarikat B pada harga sangat rendah, mengakibatkan keuntungan rendah bagi Syarikat M di negara M. Syarikat B kemudiannya menjual produk ini ke syarikat Amerika Syarikat pada harga lebih tinggi, setinggi harga runcit di Amerika Syarikat.

Hasilnya, syarikat M mencatatkan keuntungan rendah dan untuk itu, membayar cukai sedikit sahaja di negara M. Kebanyakan keuntungan diraih syarikat B yang berfungsi sebagai orang tengah sahaja dan kemudiannya membayar cukai lebih rendah memandangkan kadar cukai di negara B adalah lebih rendah dari negara M.

Sebab itu kita dapat lihat banyak produk eksport Malaysia dieksport kembali oleh negara lain.

Situasi yang sama turut berlaku bagi import di mana syarikat M akan membeli bahan mentah ataupun peralatan pada harga yang sangat tinggi dari syarikat B menyebabkan keuntungan dan cukai perlu dibayar syarikat M berkurangan manakala keuntungan diraih syarikat B di negara B melonjak tinggi berikutan kadar cukai rendah di negara B.

(Ya, Hong Kong antara negara-negara perdagangan kita yang cukai korporatnya lebih rendah dari Malaysia).

Negara M sudah tentu terjejas berikutan kehilangan dana dan kutipan cukai rendah manakala keuntungan bagi negara B meningkat biarpun tanpa melakukan apa apa kecuali wujudnya syarikat sebagai orang tengah.

Negara M ialah Malaysia dan masalah ini sudah berlaku bagi tempoh yang lama sebelum saya dilantik sebagai Perdana Menteri. Ia adalah masalah yang serius dan saya telah berikan keutamaan untuk menyelesaikannya.

Pada 2005 sahaja, Malaysia kehilangan US$35 bilion (RM146 bilion) iaitu 25 peratus daripada KDNK oleh kerana tindakan pemindahan dana atau keuntungan secara jelik ini.

Terdapat dua cara untuk selesaikan masalah serius ini dan GST adalah kunci komponen kepada penyelesaian ini.

Di bawah GST, harga kos bagi keseluruhan rangkaian pembekal dipantau, membolehkan kerajaan untuk mengesan jika terdapat syarikat yang memalsukan harga barang import atau eksport mereka lebih tinggi atau rendah daripada biasa. GST mengekang syarikat daripada menjalankan perdagangan tidak jujur kerana tahu mereka dipantau. Ia turut diperjelaskan melalui kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM): https://www.thestar.com.my/…/bank-negara-gst-will-mitigate…/

Sebab itu, saya berulangkali menyatakan bahawa bahagian besar kutipan GST berbanding SST ini adalah hasil daripada kutipan dari mereka yang elak cukai dan ekonomi haram, dan bukan daripada rakyat biasa.

Melaksanakan GST juga membolehkan kita untuk mempunyai asas pendapatan cukai lebih meluas bagi memberi ruang untuk kita tidak terlalu bergantung kepada cukai korporat. Jika kadar cukai kita dikurangkan hampir sama dengan kadar dikenakan di negara cukai rendah, maka kemungkinan untuk perdagangan tidak jujur akan lenyap.

Sebab itu ketika pentadbiran saya, kerajaan BN menurunkan cukai korporat kepada 24 peratus pada tahun sebelum ini dan melaksanakan GST. Kadar cukai bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) juga lebih rendah dari 24 peratus.

Hasil daripada penurunan secara berperingkat cukai korporat dan syarikat perniagaan tahu GST akan dilaksanakan di mana harga mereka akan dipantau, peratusan pengaliran dana modal haram keluar dari negara berbanding KDNK kita, menurun pada tahun-tahun sebelum ini daripada 25 peratus kepada 10 peratus pada 2014. Biarpun angka bagi tahun 2015 tidak diperolehi lagi, tetapi ia diunjurkan terus menurun.

Saya telah merancang untuk terus menurunkan cukai korporat pada tahun mendatang tetapi pendapatan hasil minyak kita suram pada tahun 2015 di mana pada tahun yang sama GST diperkenalkan yang mengekang kita daripada melaksanakan satu lagi penurunan kadar cukai korporat.

Mengurangkan kadar cukai ini adalah hasil perlaksanaan GST yang turut menjadikan Malaysia lebih kompetitif. Beberapa tahun lalu, Thailand mengurangkan cukai korporat mereka dari 30 peratus kepada 20 peratus, Singapura sudah lama pada kadar 17 peratus, Indonesia juga merancang turunkan kepada 17 peratus manakala Amerika Syarikat telah kurangkan cukai daripada 35 peratus kepada 21 peratus awal tahun ini.

Siapakah akan melabur atau membina kilang mereka atau mewujudkan ibupejabat mereka di Malaysia jika negara lain menawarkan cukai lebih rendah?

Sebab itu kebanyakan negara di dunia sudah beralih dari SST kepada GST dan tiada negara lain di dunia selain Malaysia yang memansuhkan GST selepas melaksanakannya, dan kemudian kembali kepada SST.

Semua langkah-langkah ini telah diatur dengan baik dalam Pelan Transformasi Negara kita untuk membuat pengstrukturan semula ke atas asas ekonomi dan fiskal kita untuk memperbaiki ekonomi dan daya saing negara demi masa depan negara tetapi malangnya rakyat tidak tahu atau faham dan senang dihasut oleh propaganda PH.

Malangnya juga, sudah terlambat kerana GST telah dimansuhkan dan rancangan untuk kurangkan lagi cukai untuk memastikan pengaliran dana haram ini dikurangkan dan pelaburan asing serta peluang pekerjaan terus naik telah dihentikan.

Pengaliran keluar modal secara haram serta tahap kompetitif negara ini bagi menarik pelaburan adalah antara cabaran-cabaran utama perlu didepani kerajaan PH dan perlu ditangani mereka selepas pemansuhan GST. - 20 September 2018.

Polis Serbu Rumah Ibu Najib Tapi Takde Hasil.

BERITA HARIAN | Polis memeriksa rumah didiami ibu Datuk Seri Najib Razak, Tun Rahah Mohd Noah di Jalan Eaton di sini, hari ini.

Najib Razak - Gambar Ihsan Google
Perkara itu disahkan peguam bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Beliau berkata, polis tiba di rumah itu sekitar jam 2 petang ketika beliau berada di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk proses pendakwaan Najib.

“Polis datang untuk memeriksa kediaman ibu Najib, hampir seluruh rumah diperiksa namun saya difahamkan tiada sebarang benda diambil oleh mereka.

“Tindakan ini dilihat seperti tidak adil, apa kaitan Tun Rahah dalam kes Najib, kalau mahu buat pemeriksaan mesti ada sebab yang munasabah,”
katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Najib mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan salah guna kedudukan dan 21 pertuduhan membabitkan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kemudian membenarkan beliau diikat jamin RM3.5 juta dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut membenarkan Najib membayar wang jaminan RM3.5 juta secara ansuran dengan membayar RM1 juta esok dan selebihnya sehingga 28 September ini. - 20 September 2018.

Wajarkah #MalaysiaBaru Kitar Semula Hujah Kurang Ajar, Biadap Kepada Yang Bersuara Lantang?

Arif Atan | Wajarkah hujah biadab, jangan kurang ajar dikitar semula?

Malaysia Baru semangatnya tidak harus lagi begitu feudalis sehingga lari dari perkara pokok yang diperkatakan. Sesiapa yang jadi pemimpin tidak harus dianggap sakral lagi maksum daripada menerima teguran apa lagi selepas melakukan perkara yang di luar norma sosial.


Lemparan kata menghukum - biadab, kurang ajar - pernah saya sendiri dapat ketika isu Universiti Malaya (UM) gila 'ranking' pada 2011 dulu yang kemudiannya diakui sendiri Naib Canselor ketika itu, Prof Datuk Dr. Ghauth Jasmon.

Panggilan biadab, kurang ajar juga saya dapat ketika dipanggil sekumpulan pensyarah yang tidak puas hati ekoran isu penggunaan bahasa Melayu di universiti yang dibenam rentetan polisi kejar 'ranking' itu serta sindiran saya di FB mengenai tindakan dua pensyarah yang melarang penuntut siap ambil nama mereka yang memakai seluar jeans di kuliah/tutorial mereka.

Hinggakan dalam pertemuan bersemuka dengan Dr-Dr itu, saya terpaksa bacakan petikan dari buku 'Intelektual Negara Membangun' karya Dr Syed Hussein Alattas untuk berhujah selepas mereka langsung tiada hujah akademik untuk mewajarkan tindakan melainkan terus mengitar semula 'jangan biadab', 'jangan kurang ajar'.

Bahkan, ada yang menganggap saya yang dari Jabatan Sosio-Budaya ketika itu biadab dan bersikap lebih sudu dari kuah dari Jabatan X berhubung pendirian mendaulatkan penggunaan bahasa Melayu dari jurnal hinggalah keputusan peperiksaan penuntut di papan kenyataan. Tidak kurang juga ada yang selamba mendabik dada bahawa mereka sudah menggenggam PhD dan puluhan tahun berada di UM.

"Arif, kamu manusia paling biadab saya pernah jumpa di UM sepanjang ... puluh tahun saya di UM ni," kata salah seorang pensyarah kanan dari Jabatan Y ketika dipanggil mengadap di biliknya.

Apapun, mereka itu adalah sekumpulan pihak yang tiada jiwa 'aktivis' atau semangat juang yang mahu pula orang lain ikut caranya yang terus mengangguk polisi orang lebih atas.

Namun, ramai lagi pensyarah yang faham dan sudah tentunya kesemua pensyarah dari Jabatan Sosio-Budaya menyokong saya secara terbuka. Tak mengapalah. Itulah resmi "politik universiti". Itu semua tinggal kenangan buat pengajaran.

Atas secebis pengalaman lalu itulah, buat saya tersenyum apabila melihat reaksi sebahagian warga maya yang nampaknya tidak faham beza atmosfera antara sekolah dengan universiti.

Aksi sekumpulan mahasiswa semalam melaung 'Undur Maszlee' ketika Menteri Pendidikan berada di luar Restoran Pak Amjal semalam itu senang-senang saja dicop sebagai biadab termasuk oleh sebahagian penyokong Pakatan Harapan (PH).

Walhal, mereka beraksi begitu selepas Maszlee buat selamba 'biadap' terhadap hasrat autonomi dan kebebasan universiti apabila menerima dirinya dilantik sebagai Presiden UIA. Soalnya, kenapa dia perlu terima, tidak menolak?

Umum kita semua tahu gejala pentadbiran universiti yang jika tidak mengampu atau membodek cenderung akan menggunakan kesempatan dengan individu yang lebih berkuasa apatah lagi kedudukan Maszlee sebagai Menteri Pendidikan.

Apalagi agihan peruntukan Belanjawan 2019 di bawah Kementerian Pendidikan kepada 20 universiti awam nanti. Tidakkah nanti jadi seperti pernah Presiden AMANAH, Mohamad Sabu ucapkan merujuk hal Najib ketika Jelajah PH menjelang PRU-14 lalu: "Maszlee (sebagai Presiden UIA) mohon dana, Maszlee (sebagai Menteri) sign luluskan?!"

Itulah konflik kepentingan yang kita tidak mahu berlaku dan mahu padamkan awal-awal.

Sebenarnya, kumpulan mahasiswa itu juga elok saja berhujah depan Maszlee semasa pertemuan di tingkat atas restoran seberang pintu gerbang UM itu. (Lihat pautan rakaman video pada komentar pertama)

Di luar kedai makan berwarna jingga AMANAH itu, takkanlah mereka mahu melayan Maszlee dengan bunga manggar dan pukulan kompang diikuti berswafoto secara berjemaah dengan menteri?

Kedua, kalau sesiapa yang lazim berada dalam suasana demonstrasi mahasiswa, aksi itu lumrah. Hanya tidak pernah lagilah seorang menteri zaman kerajaan BN dulu turun semuka dengan mahasiswa. Dalam hal ini sedikit kredit boleh diberi kepada Maszlee kerana sudi turun padang dan berada pula di sekitar 'kubu' suara mahasiswa walaupun tidaklah semua ambil peduli tentang 'politik kampus'- UM - yang dikenali sebagai universiti yang melahirkan ramai demonstrans juga pemimpin tanah air termasuk pemimpin BN juga.

Dan semalam bukan semuanya mahasiswa UM. Ketua kepada kumpulan itu, Asheeq contohnya adalah pelajar jurusan undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Jadi, suara yang menuntut Maszlee melepaskan jawatan Presiden UIA bagi mengelak wujudnya konflik kepentingan adalah merentas kampus. Aksi semalam bukan kerana, "eh yang budak UM sibuk masuk campur isu UIA, dah kenapa?".

Tuan/Puan yang sangat beradab sekalian,

Getar suara dan protes mahasiswa ini penting sebagai proses 'semak dan imbang' dalam mengingatkan orang atasan daripada membuat keputusan yang mengundang kefasadan.

Zaman Anwar- Hishamuddin Rais - Anuar Tahir tahun 70-an dulu lagi rancak aksi unjuk rasa berkaitan isu-isu rakyat yang kemudiannya memacu pula penubuhan UKM serta mempengaruhi dasar pendidikan dan ekonomi negara.

Menginjak ke dekad 90-an, kalau tiada demo mahasiswa dulu contohnya, sudah lama langit UM dijajari jalan raya! Sebab ada bantahan pelajar juga, McD tak jadi masuk kampus. Di Indonesia, aksi demo penuntutnya siap bakar tayar. Aksi demonstrasi mahasiswa malam tadi tidaklah sampai tahap seradikal itu.

Jadi, tidak perlulah melatah hanya melihat klip video beberapa minit yang dikongsi di FB Kelab Che Det itu jika anda tidak memahami isu utama juga apa yang berlaku sepanjang pertemuan mahasiswa dengan Maszlee itu.

Ketiga, ada juga yang mungkin naluri 'budi bahasanya tersentap gara-gara pekikan 'Undur Maszlee'.

Gamaknya, mungkin kena sebut "Undur Yang Berhormat Dr Maszlee Malik"! Nampak sangat sekali lagi tidak tahu 'format' sorak pekik ketika aksi unjuk rasa.

Sebelum ini pun mahasiswa berarak di tengah ibu kota laung "Undur Najib". Tidak pula sebut "Undur Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak"! Jenuhlah nak sebut penuh lengkap tengah panas terik tu!

Lagi satu, penggunaan nama pemimpin sahaja tanpa gelaran tanpa bin/binti siapa itu lumrah dalam laporan berita.

Atau hanya baca tajuk berita, tak baca habis walaupun hanya ada 5, 6 perenggan? Hanya pada awal saja gelaran/pangkat penuh ditulis. Selepas itu ditulis dengan nama saja.

Apa lagi aksi demo. 'Un-dur Masz-lee' sama juga sebelum ini 'Un-dur Na-jib' itu hanya ada empat suku kata sudah praktikal dengan 'adat' berdemonstrasi.

Keempat, ada penyokong kerajaan PH sendiri selamba kaitkan aksi mahasiswa semalam sebagai kononnya 'budak-budak Jamal' atau orang upahan BN yang patut habis belajar dulu daripada sibuk bising.

Sebenarnya, masa di kampus elok 'sibuk bising'. Dah bekerja, ada komitmen keluarga sudah payah. Kalau mahasiswa diam 'jaga adab' sangat, nanti dilempar tuduhan 'mandom' pula. Eloklah mereka bersuara jadi berani bercakap tentang kebenaran.

Dr Maszlee pun boleh tenang saja (dalam hati, Hanya Tuhan yang tahu! hihi), yang netizen terlebih membawang tu, perlukah membazir kalori lantas marah tanpa mahu fokus isu utama sebab timbulnya protes mahasiswa itu?

Eh, mereka itu juga sebenarnya sejak BN masih di tampuk kuasa kerajaan lagi sudah berarak di jalan raya. Asheeq sendiri saya pernah saksikan bermalam di Jalan Parlimen dengan sekumpulan pemuda PH majoritinya AMANAH isu tuntutan harga petrol.

Sebenarnya, aksi mahasiswa menjelang PRU-14 antara yang turut menyumbang kemenangan PH menumbangkan BN! Takkan baru empat bulan, 'orang PH' mentang-mentang sudah jadi kerajaan mudah lupa?

Wajarkah hujah biadab, jangan kurang ajar dikitar semula sehingga menutup perkara utama yang membawa kepada sesuatu bantahan dan unjuk rasa?

Ada baiknya, takrifan jangan biadab, jangan kurang ajar diteliti semula. Label biadab, jangan kurang ajar juga tidak terkecuali untuk ELIT PENGUASA.

Adakah label itu hanya untuk pihak yang tidak mempunyai kuasa tetapi bertentangan dengan fahaman orang yang memiliki kuasa?

Mengapa apabila elit berkuasa yang buat tindakan melanggar dari norma, nilai sosial yang disepakati umum apa lagi dalam konteks isu Maszlee berkaitan integriti dan prinsip, maka tidak pula dilabel sebagai biadab dan kurang ajar?

#MalaysiaBaru

Mulai 1 Oktober, Harta & Aset Pemimpin Negara Akan Dipaparkan Secara Umum.

BERNAMA | Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memaparkan pengisytiharan harta anggota Kabinet dan Parlimen Pakatan Harapan (PH) di portal suruhanjaya itu bermula 1 Oktober ini.


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Shamsun Baharin Mohd Jamil berkata ini seiring arahan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang mahukan semua wakil rakyat PH bersikap telus dan bebas rasuah.

“Usaha memaparkan pengisytiharan harta ini kali pertama kita lakukan untuk tatapan umum,” katanya ​​​selepas menjadi tetamu program Ala Carte Pagi Bernama Radio untuk memperkenalkan rancangan bual bicara SPRM 360, di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya kesemua anggota Kabinet dan wakil rakyat PH perlu membuat pengisytiharan itu kepada Pejabat Perdana Menteri yang kemudian akan menghantar salinannya kepada SPRM untuk dimuat naik di portal suruhanjaya.

Mengulas lanjut, Shamsun Baharin berkata setakat pihaknya belum menerima senarai penuh pengisytiharan berkenaan.

Katanya, SPRM dimaklumkan kesemua anggota pentadbiran dan mereka yang berkenaan harus mengisytiharkan harta masing-masing dalam tempoh tiga bulan selepas mengangkat sumpah jawatan.

“Tempoh itu masih berkuat kuasa dan pada 1 Oktober nanti kita akan lihat siapa yang sudah melaksanakan pengisytiharan harta itu,” katanya.

Mengulas rancangan bual bicara SPRM 360, beliau berkata program akan bersiaran bermula 22 September ini di Bernama Radio.

“Rancangan 13 episod ini akan bersiaran pada setiap Sabtu dari 10 pagi hingga 12 tengah hari dengan setiap minggu menampilkan pengurusan tertinggi SPRM sebagai tetamu untuk bercakap berhubung isu pencegahan rasuah,” katanya.

Beliau berkata program SPRM 360 itu juga akan menjadi platform suruhanjaya dan media khususnya Bernama dalam menyebar luas mesej berkaitan pencegahan rasuah.

“Walaupun terdapat SPRM My Anti-Corruption Channel (MACC.fm), capaiannya tidak meluas berbanding radio biasa. Sebab itu kita adakan kerjasama dengan Bernama sebagai usaha mendapatkan lebih ramai pendengar.

“Ini kerana rasuah adalah isu nasional yang perlu kita dapatkan sokongan daripada semua pihak memandangkan masyarakat sendiri yang sangat terkesan jika gejala rasuah dibiarkan berlarutan,”
katanya. - 20 September 2018.

Unit Propaganda Politik BN, JASA Akhirnya Ditutup, 800 Hilang Kerja.

The Malaysian Insight |PUTRAJAYA akan menutup unit propaganda kontroversial yang digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, menyebabkan 800 pekerja kontrak hilang kerja, kata pengarahnya, Tun Faisal Ismail Aziz.

Gambar - The Reporter
Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) akan dibubarkan pada 15 Oktober. Kira-kira 800 pekerja kontrak akan diberhentikan sementara 300 penjawat awam dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan sebelum dipindahkan semula.

Faisal mengkritik tindakan itu dan memberitahu The Malaysian Insight yang 800 pekerja kontrak bukanlah lantikan politik dan tidak sepatutnya menjadi mangsa.

“Jika kerajaan baru mahu memindahkan lantikan politik, saya boleh faham dan tidak ada masalah.

“Tetapi tidak semua kakitangan Jasa adalah lantikan politik.”


Setelah memenangi kuasa persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan sektor awam akan mengalami pengecilan saiz pekerja sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk mengurangkan perbelanjaan.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam mesyuarat Kabinet pertamanya pada Mei menyenaraikan beberapa agensi yang akan dibubarkan sebagai permulaan.

Ia termasuk Jasa dan Majlis Profesor Kebangsaan.

Beliau juga mengumumkan pengecilan saiz sektor awam yang melibatkan 17,000 pegawai kontrak.

Kakitangan kontrak di Jasa akan menanggung beban akibat tindakan ini sementara 300 orang penjawat awam akan dipindahkan ke JPA, kata Faisal.

Kebanyakan kakitangan kontrak hanya menerima gaji antara RM2,000 hingga RM4,000 bergantung kepada pangkat dan menjadikan mereka menganggur merupakan tindakan yang keras, katanya.


Faisal juga menyifatkan pembubaran Jasa tidak bijak, memandangkan jabatan itu memainkan peranan penting dalam mengumpulkan maklum balas dari lapangan serta menjelaskan dasar kerajaan kepada rakyat.

Jabatan ini dituduh oleh pengkritik sebagai unit propaganda yang digunakan untuk menyerang pemimpin pembangkang. Ia beroperasi di dalam Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Dalam Bajet 2018, unit itu diperuntukkan RM30 juta, meningkat daripada RM22.9 juta pada 2017, merupakan sebahagian daripada tambahan peruntukan sebanyak RM603 juta yang diterima kementerian bagi tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempersoalkan mengapa ketua pengarah Jasa dibayar lebih RM20,000 sedangkan menteri hanya memperoleh RM14,000 lebih.


Ketua pengarah terakhir, Mohd Puad Zarkashi, meletakkan jawatan apabila tidak terpilih untuk bertanding pada PRU14. Beliau adalah ketua bahagian Umno Batu Pahat. - 20 September 2018.

Jangan Harap Pakatan Harapan Akan Terima Semua Pemimpin UMNO Jika Sekalipun Mereka Keluar Beramai-Ramai..

Shahbudin Husin | Siapa lagi akan keluar meninggalkan UMNO?

Semalam, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mustapha Mohamad membuat kejutan dengan mengumumkan keluar UMNO secara serta-merta.

Hari ini diikuti pula ia dengan bekas Menteri Luar Negeri, Anifah Aman yang mengambil langkah yang sama.

Gambar - Abu Leman Blogspot.
Bekas Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein tiba-tiba dilapor mengadakan pertemuan empat mata hampir dua jam dengan Tun Mahathir Mohamad di Putrajaya semalam dan turut dijangka akan meninggalkan UMNO dalam waktu terdekat ini.

Jika Hishammuddin keluar UMNO, bermakna beliau akan menuruti jejak langkah datuknya, Allahyarham Onn Jaafar dan bapanya, Hussein Onn yang kedua-duanya pernah keluar UMNO dan akhirnya meninggal dunia di luar UMNO.

Di media sosial, tersebar satu senarai meliputi 17 nama Ahli Parlimen UMNO yang dikatakan akan keluar parti. Bagaimanapun, beberapa orang daripadanya telah menafikan perkara itu.

Shahidan Kassim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Arau kemudiannya tidak menolak kemungkinan ada 18 Ahli Parlimen akan keluar meninggalkan UMNO.

Lokman Noor Aman yang kerjanya asyik dengan demontrasi sejak UMNO hilang kuasa juga menjangkakan ada beberapa Ahli MT UMNO akan meninggalkan parti itu.

Beberapa nama lain seperti bekas Ketua Menteri Melaka, Idris Haron turut dispekulasikan akan meninggalkan UMNO.


Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin tidak terkecuali disenaraikan akan keluar UMNO, khabarnya cuma menunggu masa yang sesuai saja.

Nazri, malah telah memberi petunjuk yang jelas dengan mahu berkempen untuk Anwar Ibrahim di Port Dickson, manakala rakan-rakan di coffee house mengatakan jika Tun Abdullah Badawi tiada lagi ketika ini, pasti sudah lama KJ menyeberang meninggalkan UMNO.

Berapa ramai lagi nak keluar UMNO sebenarnya?

Apa nak jadi dengan UMNO kalau semakin ramai pemimpinnya keluar parti?

Sebetulnya memang ramai pemimpin UMNO, khususnya Ahli Parlimen, Ketua Bahagian dan Adun yang mahu keluar meninggalkan UMNO.

Terbiasa hidup dengan kuasa, mewah dengan wang ringgit, lumayan dengan kontrak dan elaun sebagai pengerusi di sana sini, kehilangan kuasa UMNO adalah malapetaka bagi para pemimpinnya.

Sebulan dua memang mereka boleh bertahan, tetapi memasuki lebih empat bulan lamanya, rasa pening-pening sudah mula melanda.

Banyak bil dan tanggungan perlu dibereskan. Bagi yang berbini dua atau tiga, lagi parah jadinya.

Penyokong dan pengundi yang meminta itu dan ini tetap sama saja seperti dulu perangainya, yang tahu asyik meminta saja.

Dalam keadaan seperti itu, di ketika pening kepala tambah menjadi-jadi, tentu saja mendekati kerajaan atau cuba menjadi sebahagian daripada kerajaan adalah pilihan terbaik untuk dilakukan.

Dalam kes Mustapha misalnya, tindakan beliau keluar UMNO adalah setelah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan "seseorang yang berpengaruh" dalam kerajaan pada petang semalam.

Pertemuan itu berlangsung hampir dua jam di sebuah lokasi di ibu negara.

Sumber yang hampir dengan "orang berpengaruh" berkenaan mengakui bahawa terdapat beberapa lagi Ahli Parlimen UMNO cuba berunding berhubung langkah politik mereka untuk keluar UMNO dan menyertai Bersatu.

Namun, tidak semua hasrat Ahli Parlimen UMNO itu diterima dengan baik. Ada di antara mereka dengan mudah diterima untuk bertemu dan berbincang, tetapi terdapat juga beberapa Ahli Parlimen UMNO yang tidak dilayan oleh "orang berpengaruh" berkenaan.

Mereka bukan saja enggan ditemui oleh "orang berpengaruh" itu, malah "orang berpengaruh" berkenaan juga tidak mahu bercakap melalui telefon dengan beberapa Ahli Parlimen tertentu UMNO, walapun telah cuba dihubungi beberapa kali.

Kesimpulannya, "orang berpengaruh" berkenaan tahu dan kenal siapa pemimpin UMNO yang boleh diterima serta bermanfaat untuk Pakatan Harapan dan siapa yang wajib ditolak begitu saja.

Bagi yang rekod bersih dan tiada apa-apa fail di SPRM, mereka mungkin tiada masalah untuk diterima, tetapi bagi yang bertimbun kes serta failnya, barangkali mereka perlu mengadap pihak berkuasa terlebih dahulu. - 20 September 2018.

Latheefa Koya Tibai Wan Azizah Kaw-Kaw Isu Perkahwinan Gadis Bawah Umur Dengan Lelaki 44 Tahun.

LAPORAN | Lawyers for Liberty mengecam Timbalan Perdana Menteri, Dr. Wan Azizah kerana mengatakan perkahwinan remaja perempuan bawah umur yang terbaru di Kelantan adalah atas dasar “suka sama suka”.

Latheefa Koya, LFL - Gambar Ihsan Google
Remaja tersebut yang baru berusia 15 tahun dan tidak bersekolah kerana kemiskinan telah dikahwinkan oleh keluarganya dengan seorang lelaki berusia 44 tahun. Lelaki itu juga dilaporkan memiliki seorang isteri dan dua anak hasil perkahwinan pertamanya.

Pengarah Eksekutif LFL, Latheefa Koya dipetik sebagai berkata kenyataan Wan Azizah itu “tidak boleh diterima dan sangat tidak bertanggungjawab”.

Untuk rekod, Dr. Wan Azizah juga adalah menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Adakah menteri serius berkata seorang remaja berusia 15 tahun boleh memberi persetujuan untuk berkahwin dengan lelaki berusia 44 tahun?

“Tidak ada kanak-kanak yang boleh bersetuju kepada perkahwinan! Ini adalah prinsip asas,”
katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Latheefa, yang juga ahli jawatankuasa pusat PKR berkata kenyataannya itu menyatakan beliau “tidak mempunyai pemahaman tentang psikologi atau kapasiti bagi seorang kanak-kanak”.

Peguam itu juga berkata Wan Azizah dilihat gagal mempertimbangkan tekanan, pujukan atau paksaan diterima remaja yang mungkin dikuasai oleh lelaki dan orang lain sebulan sebelum perkahwinan itu.

“Paling membimbangkan, TPM nampaknya membuat kesimpulan dari satu siasatan yang dilakukan oleh beberapa pegawai daripada Kementerian Wanita.

“Mangsa sangat memerlukan penjagaan, kaunseling dan sokongan. Kenyataan umum daripada menteri yang cuba memberi justifikasi terhadap perkahwinan itu tidak membantu kanak-kanak terlibat sama sekali.”


Latheefa juga menuduh Wan Azizah mengabaikan atau terlepas pandang undang-undang jenayah yang mengatakan hubungan dengan mana-mana perempuan di bawah umur 16 tahun walaupun dengan persetujuan dianggap sebagai rogol.

“Sekarang TPM mendakwa remaja itu bersetuju, persoalannya tetap seperti apa yang berlaku seterusnya.

“Apakah akan ada tindakan selanjutnya? Atau adakah kanak-kanak itu akan dibiarkan meneruskan ‘perkahwinan’ ini, masa depannya suram dan hancur?

“Dan adakah ‘suami’ pedofilia yang terbaru ini juga akan dibiarkan bebas menjadikan kanak-kanak lain sebagai mangsa, seperti mana kes lelaki ‘berkahwin’ dengan kanak-kanak berusia 11 tahun di Gua Musang?”
kata peguam itu lagi. – 20 September, 2018.

Bukan Mudah Mahu Penjarakan Najib - A.Kadir Jasin.

A.Kadir Jasin | MELAKUKAN perubahan pentadbiran dan memenjarakan seorang bekas Perdana Menteri bukanlah semudah teriakan reformasi dan pangkah kertas undi.
 

Ia lebih besar dan sukar daripada itu. Janji mudah dibuat, tetapi sukar dipenuhi. Reformasi mudah diteriakkan, tetapi sukar dilaksanakan.


Inilah realiti politik perubahan – the politics of change.

Rakyat jelata memilih perubahan dengan mengundi Pakatan Harapan (PH) walaupun berbagai-bagai halangan dikenakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Tetapi kegigihan rakyat jelata mengatasi segala-galanya.

Maka memang patutlah rakyat jelata menuntut hak mereka. Hak untuk hidup lebih senang, aman dan tenteram. Sesukar mana pun, janji wajib ditepati.

Sebab itulah kita wajib kritikal dan bertindak tegas terhadap para pemimpin PH, khasnya yang menganggotai Kabinet dan Majlis Kerja Kerajaan Negeri (Exco), jika mereka tidak tekun menjalankan tugas apatah lagi menyeleweng dan mabuk kuasa.

Pemimpin PH wajib diawasi dan ditegur jika ternampak lebih mengutamakan kepentingan diri, kelompok, keluarga, intrigue dan persekongkolan daripada berkhidmat untuk rakyat jelata.

Sekarang adalah waktu bekerja untuk negara dan rakyat jelata bukan untuk berkomplot, memuaskan nafsu dan melakukan intrigue politik.

Serentak dengan mengisi keperluan harian rakyat jelata dan menunaikan janji-janji pilihan raya, rakyat juga perlu diberi tunjuk ajar bahawa bukan senang membuat perubahan, mereformasi institusi dan menyumbatkan penjahat ke dalam penjara.

Kita tahu rakyat jelata tidak sabar hendak melihat Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Mohd Najib Abdul Razak dan konco-konco beliau dicampakkan ke dalam penjara. Kalau boleh sekarang juga.

Perbicaraan Makan Masa

Kita wajib ceritakan kepada mereka bahawa Najib dan orang yang bersekongkol dengan beliau akan menerima balasan, tetapi bukan esok atau lusa. Proses pengadilan adalah rumit dan memakan masa.

Dua kes awal terhadap beliau, iaitu pengubahan wang haram (money laundering) dan penyalahgunaan kuasa bersabit SRC International Sdn Bhd akan hanya dibicarakan tahun depan – antara 12 hingga 28 Februari dan 4 hingga 29 Mac.

Itu penetapan awal. Belum tentu lagi akan ditepati kerana pihak pendakwa dan pembela boleh memohon kepada mahkamah untuk membuat pindaan dan peguam-peguam bela Najib tentulah akan membuat berbagai-bagai helah untuk membebaskan beliau daripada tuduhan.

Kalau kita ambil kes yang melibatkan pemimpin politik, iaitu perbicaraan liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai contoh, ia mengambil masa lebih empat tahun (2010-2015) untuk diselesaikan. Beliau didapati bersalah, dipenjarakan selama lima tahun dan mendapat pengampunan diraja pada 16 Mei lalu.

(Peringatan kepada wartawan dan penggiat media sosial. Setiap kali kes liwat Anwar disebut ia wajib dituruti oleh kenyataan bahawa beliau mendapat pengampunan diraja. Kalau tidak, anda boleh dituduh memalukan beliau.)

Justeru itu kita kena faham dan sabar sikitlah jika perbicaraan Najib dan konco-konco beliau mengambil masa yang lama.

Setakat ini baru seorang konco beliau turut dituduh bersabit wang haram 1MDB/SRC iaitu peguam beliau, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. Shafee adalah pendakwa raya kes liwat kedua Anwar.

Pada 14 September lalu, laporan media yang memetik Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata siasatan 1MDB mendapati RM2.973 bilion (kira-kira AS$972 juta) masuk ke dalam akaun peribadi Najib.

Beliau juga berkata, ahli politik adalah antara 50 individu yang menerima wang haram tersebut.

Selain kes jenayah yang melibatkan 1MDB/SRC, ada banyak lagi kes rasuah yang telah dan sedang disiasat oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ini termasuklah kes Felda-FGV, Tabung Haji dan Mara.

Baru-baru ini, Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin, berkata beliau akan memaklumkan kepada SPRM mengenai 91 urusan jual-beli tanah kerajaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang meragukan.

Penjualan besar-besaran tanah milik kerajaan untuk projek swasta adalah antara modus operandi zaman Najib.

Ramai Akan Ke Penjara

Jadi kita bolehlah membuat kesimpulan bahawa banyak lagi konco Najib yang akan menjejaki beliau ke mahkamah dan mungkin berakhir di Sungai Buloh atau penjara-penjara lain di tanah air kita ini.

Tetapi memenjarakan penyamun, penyangak, lanun, perompak dan penyeleweng hanyalah sebahagian sahaja daripada penyelesaian masalah negara.

Boleh jadi hasil daripada pemenjaraan mereka, sebahagian harta negara yang mereka curi boleh diperoleh semula. Ini akan membantu kewangan negara yang dibebani hutang yang melebihi satu trilion ringgit.

Yang tidak kurang penting adalah menyelesaikan masalah harian rakyat jelata seperti kos sara hidup, guna tenaga, pengangguran siswazah, ketidakseimbangan kaum dan banyak lagi.

Kerosakan yang dilakukan oleh pemerintahan kleptokrat Najib begitu menular sehingga boleh dikatakan tidak ada institusi negara – daripada perkhidmatan awam kepada kehakiman, kepolisan, ketenteraan dan istana – yang tidak dicemari.
 

Menyusun semula dan mereformasi institusi-institusi ini serta perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan dengannya bukanlah mudah.
 

Benarlah seperti kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, “kita mewarisi kerajaan yang rosak.” We inherited a broken government.
 

Wallahuaklam. - 20 September 2018.

Najib Didakwa 21 Pertuduhan Membabitkan Akta Pengubahan Wang Haram.

THE MALAYSIAN INSIGHT | NAJIB Razak akan berdepan 21 pertuduhan membabitkan duit RM2.6 bilion atau AS$681 juta yang masuk ke akaun peribadinya, apabila bekas perdana menteri itu dihadapkan ke mahkamah petang ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid Ibrahim berkata sembilan dakwaan kerana menerima wang haram, lima kerana menggunakan wang haram dan tujuh kerana memindahkan wang haram.


Polis awal hari ini menahan Najib di perkarangan Pejabat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Polis menahan Najib, mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFA), selepas mendapat persetujuan Jabatan Peguam Negara, kata Noor Rashid.

“Beliau akan dikemukakan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk proses pertuduhan oleh timbalan pendakwa raya di bawah Seksyen 4(1) AMLTFA,” katanya dalam satu kenyataan media.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan Najib setelah bekas perdana menteri itu datang memberikan keterangan di ibu pejabatnya di Putrajaya.

Petang semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan Najib setelah bekas perdana menteri itu datang memberikan keterangan di ibu pejabatnya di Putrajaya, berhubung duit RM2.6 bilion yang masuk ke akaunnya.

Najib pagi ini dibawa dari lokap SPRM di Putrajaya ke pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Menara 238, Jalan Tun Razak kira-kira pukul 8.55 pagi untuk dirakam percakapannya mengikut AMLATFA 2011.

SPRM dalam satu kenyataan semalam berkata Najib akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Najib kini berdepan tujuh pertuduhan di mahkamah berhubung dana RM42 juta yang didakwa diseleweng daripada dana SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB, melibatkan kes pecah amanah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.

Kes itu ditetapkan untuk perbicaraan Februari tahun depan.

Kelmarin, media juga melaporkan isteri Najib, Rosmah Mansor dijangka berdepan 20 tuduhan di mahkamah, kebanyakannya berhubung kesalahan mengubah wang haram, apabila pasukan penyiasat melengkapkan siasatan dalam waktu yang terdekat.

Duit RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Najib mula terbongkar apabila Wall Street Journal mendedahkan pada 2 Julai 2016 bukti-bukti aliran wang dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib pada masa itu menafikan dakwaan wang masuk ke akaun peribadinya di AmBank Islamic, malah mendakwa akaun bank itu tidak wujud. Beliau juga berkata akan saman WSJ kerana mencemar nama baiknya.

Bekas perdana menteri itu bagaimanapun kemudian mengaku duit sebanyak itu masuk ke akaun peribadinya tetapi duit itu didakwa sebagai “derma daripada kerajaan Arab Saudi”, naratif yang beliau pertahankan sehingga minggu lepas.

Ahmad Zahid Hamidi, timbalan Najib pada masa itu, yang sekarang presiden Umno, juga mendakwa beliau sudah berjumpa dengan pihak yang dikatakan memberi derma itu. Najib kemudiannya mendakwa sebahagian “duit derma” itu sudah dipulangkan balik kepada pendermanya.

Minggu lepas, Najib berkata beliau mahu mendedahkan melalui penjelasan di Facebook atau wawancara dengan media mengenai bukti duit RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadinya itu derma dari Arab Saudi. – 20 September, 2018.

Surat Terbuka Untuk MB Kedah, Desak Mukhriz Letak Jawatan.

POLITIK | Sejak semalam terdapat surat terbuka yang tersebar di merata-rata platform media sosial yang mendesak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletakkan jawatan berikutan kegagalan beliau mentadbir Kedah.

Surat tersebut tidak meletakkan identiti penulis sebaliknya hanya menggunakan nama pena. Dipercayai bertujuan untuk menyembunyikan identiti penulis sebenar.

Berikut adalah kandungan penuh surat tersebut.

MENTERI BESAR (MB) KEDAH MASIH ULANGI PERANGAI LAMA???

Mengikut data yang di keluarkan oleh kerajaan pusat, Kedah adalah sebuah negeri yang hutangnya tertinggi di Malaysia. Oleh itu Kedah tidak boleh ketinggalan mahu pun mundur kerana ianya berada di pantai barat yang sama dengan negeri-negeri maju dalam jajaran lebuhraya Utara Selatan.

Kedah juga mempunyai sambungan landasan keretapi daripada Singapura ke Hadyai Thailand. Kenapa Kedah masih mundur? Untuk itu Kedah mesti mempunyai Menteri Besar yang berdaya saing untuk memajukan negeri.

Rungutan terhadap Datuk Seri Mukhriz kini makin memuncak bukan sahaja daripada rakyat dan ahli-ahli parti tetapi juga daripada pegawai-pegawai kerajaan yang ingin melaksanakan tugas di bawah kerajaan baharu.

Menteri Besar tidak dapat mengatur perjalanan negeri dengan segera untuk bergerak maju. Mengikut pegawai-pegawai kerajaan, sehingga artikel ini ditulis tiada lagi Mesyuarat Perancangan Negeri.

Tiada lagi Mesyuarat Tindakan Negeri. Tiada Mesyuarat Pembangunan Negeri. Inilah keluhan daripada para pegawai Daerah yang ingin berkhidmat untuk kerajaan PH. Keluhan Ketua Jabatan Luar pula makin berlarutan apabila tidak dapat bertemu dengan MB agar dapat mengemukakan hasrat jabatan mereka.

Pengarah FELCRA mengeluh, Pengarah MARA juga mengeluh malah lebih mengecewakan Pengurus Besar KEDA tidak dapat memanggil mesyuarat lembaga di saat-saat beliau akan bersara pada bulan September ini.



Sibuk sangatkah sehingga tidak dapat berjumpa dengan ketua jabatan untuk mendapat maklumat tentang perjalanan jabatan mereka. Apa yang beliau ingin laksanakan? Kemana beliau berada?

Apakah keutamaan MB Kedah? Adakah untuk bola sepak sahaja? Itu pun tidak beliau laksanakan. Mesyuarat pengurusan Kedah Football Association(KFA) langsung tidak nampak batang hidung. Samada di kendalikan secara senyap-senyap oleh Saudara Anas Setiausaha Politik beliau mahupun di hadiri oleh Setiausaha Kehormat KFA YB Asmirul Anuar Aris.

Prestasi bola sepak Kedah merudum kerana sikap Presiden yang langsung tidak mengambil peduli. Beliau hanya hadir untuk menyaksikan perlawanan dan bahagian yang paling penting ialah bergambar dengan pemain mahupun peminat.

PUTERA BANGSAWAN

Semenjak kemenangan PRU-14 pada 10 Mei 2018 hingga kehari ini, Dato Seri Mukhriz masih berada di alam khayalan. Apa yang di lakukan beliau hanyalah persis seorang Putera Bangsawan perlu di suap sehinggakan makan dan pakai. Beliau bukan pejuang rakyat seperti ayahanda beliau Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pentadbiran masih lagi di takuk lama sedangkan masa sudah beranjak 5 bulan. Hanya program "stereo type" yang masih tidak keluar dari patah perkataan 'melawat' dan 'merasmikan'. Tiada pergerakan memajukan negeri di laksanakan. Tiada pelabur asing yang ingin melabur. Tiada perancangan masa depan.

Board Of Director(BOD) atau Ahli Lembaga Pengarah untuk Anak Syarikat Kerajaan Negeri atau lebih di kenali sebagai Government Link Company(GLC) tiada langsung setitis usaha di gembeling untuk di isi kekosongan perlantikan samada di jawatan BOD mahupun Pengerusi GLC setelah usia pemerintahan menginjak 5 bulan. Datuk Seri Mukhris tidak berminat mahu menyelesaikannya. Apa yang ada di dalam minda beliau sehinggakan pengurusan kerajaan tidak dapat di laksanakan?

Tiada langsung pengawasan MB Kedah pada GLC. Sebagai contoh: PKNK umpamanya bagaikan hidup segan mati tak mahu kerana tiada perhatian. Lihat pada Kumpulan Bina Darulaman(BDB) sebuah GLC yang tersenarai dibursa utama, apabila 'Manager Director' meninggal pada bulan Mac lalu sehingga kini tidak dilantik pengganti.

Keseluruhan GLC mengalami kerugian berjuta ringgit terutamanya BDB. Boleh lihat pada lapuran tahunan tetapi ini langsung tidak di endahkan oleh Datuk Seri Mukhriz selaku MB Kedah. Sebelah mata pun tidak di pandangnya. Apa perlu menanti sehingga ranap menyembah bumi keseluruhannya baru tindakan akan di ambil?

YB Tan Kok Yew selaku EXCO Pelaburan dan Industri Tinggi tertunggu-tunggu kenapa beliau tidak di lantik bersama dengan PKNK. Apa yang masih tak kena? Kenapa tidak memberikan kepercayaan kepada anggota EXCO beliau sendiri?

BOD penting selain PKNK seperti SADA turut tidak mendapat perhatian. YB Zamri Yusof yang juga EXCO sumber air sehingga kini masih ternanti-nanti perlantikan dalam BOD SADA. Begitu juga KULIM HIGH TECH malah banyak lagi GLC di rundung malang. Kesemua mesyuarat tidak dapat di lakukan kerana tiada sebarang lantikan.

Ada GLC terdesak telah di buat perlantikan Pengerusi(Chairman). Contohnya Yayasan Islam Kedah(YIKED) diserahkan kepada YB Phahrolrazi. Apa yang hendak di lakukan beliau memandangkan BOD masih tidak di lantik? Nak mesyuarat dengan siapa? Kemana hala nak di tuju?

Apa nak jadi? Mengikut sumber daripada Kumpulan Ladang anak syarikat kepada PKNK, tahun ini pokok getah dan kelapa sawit tiada peruntukan baja kerana tiada BOD. Maka tender untuk baja tidak dapat dibuat/diluluskan. Jadi kesemua pokok wajib berpuasa tahun ini kerana MB lembab.

Dari segi tugas MB ada 5 portfolio penting:

i. Kewangan
ii. Hasil bumi
iii. Perancang ekonomi
iv. Tanah dan galian
v. Perhutanan.


Beliau juga ialah:

1. Timbalan Presiden PBBM
2. Pengerusi PH Kedah.
3. Pengerusi PPBM Kedah.
4. MB Kedah
5. ADUN Jitra
6. Ahli Parlimen Jerlun


Lantikan GLC:

7. Pengerusi KEDA
8. Pengerusi SADA(Air Kedah)
9. Pengerusi PKNK
10. Pengerusi KMC(Kedah Medical Centre)
11. Pengerusi KULIM HI TECH
12. Pengerusi LADA
 

13. Presiden Kedah Football Association(KFA)

Banyak betul jawatan beliau. Tamakkan kuasa tetapi tiada kudrat yang mampu di laksanakan. Sistem pemerintahan tidak di agihkan secara kolektif untuk membina sebuah Negeri. Sepatutnya agihan kuasa atau penurunan kuasa harus di lakukan untuk bersama membina dan membangunkan negeri Kedah. Tetapi ini tidak berlaku.

Beberapa perkara sepatutnya berlaku untuk menjadikan Kedah negeri bergerak maju namun tidak di laksanakan. Beliau tidak mengurus tadbir mahu pun menyelia negeri. Hendak di katakan mentadbir seorangan mahupun secara Pakatan Harapan tidak berlaku. Mudahnya, beliau langsung tidak mentadbir.

Sejarah membuktikan ketika menjadi MB di bawah payung Umno, beliau mengambil masa selama 2 tahun 6 bulan untuk menyelesaikan kesemua yang tersebut di atas. Tiada tarikh luput untuk perlantikan jawatan GLC. Gagal untuk bertanggungjawab ke atas amanah di berikan oleh rakyat ialah jawapan sebenar.

Inilah di antara perkara yang menjadi kemarahan ahli Umno pada ketika itu. Alasan pertelingkahan dengan Datuk Seri Najib melalui isu 1MDB hanyalah alasan di pihak pimpinan dan bawahan Umno untuk menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz. Pemimpin Umno dan ahli Umno telah lama bersabar. Kemuncaknya beliau di singkirkan sebagaimana yang kita tahu.

PARTI DIABAIKAN

Sehingga kini mesyuarat parti tidak pernah di adakan. Banggunan Stargate di biarkan begitu saja bagaikan sepi tanpa penghuni. Bahagian PPBM turut menerima habuan yang sama tanpa pengurusan parti. Ahli bawahan di biarkan tanpa sebarang maklumat.

Sekali lagi sehingga artikel ini di tulis, pelantikan Penyelaras DUN belum dilantik dari pihak PPBM. Apa yang menjadi masalah sangat untuk membuat perlantikan? Tanyalah mana-mana Ketua Bahagian PPBM di Kedah hakikat tersebut. Bagaimana hendak memberikan khidmat kepada masyarakat?

Sejujurnya Datuk Seri Mukhriz tidak mahu berhadapan dengan masalah. Atau dengan kata lain, 'he can't facing to the problem', itulah penyakit beliau dulu dan kini. Anakanda kelahiran bangsawan ini tidak mahu berdepan dengan penyelesaian perkara berbangkit. Beliau gagal serta tidak mahu untuk berhadapan bagi menyelesaikan sebarang masalah.

Beliau hanya mahu di kenali seperti artis popular. Mengekalkan rentak populist di mata media tetapi bukan menjadi pemimpin akar umbi yang boleh menjadi dahan rimbun untuk ahli bawahan tempat berteduh. Hebat ketika berselfie mahupun bergambar adalah ciri kehebatan beliau.

Ini dapat di lihat dengan majlis rasmi yang beliau lawati mahupun perasmian yang di buat. Itu pun banyak program rasmi kini acap kali di ganti oleh EXCO. Kedah bukan di hati dan jiwanya. Hanya beberapa hari dalam seminggu beliau berada di Kedah manakala yang selebihnya pulang ke pangkuan isteri tersayang di Kuala Lumpur. Tidak hairanlah jika mesyuarat EXCO pernah berlangsung di Kuala Lumpur. Bukankah tindakan sebegini mengundang kos?

Ada ahli PBBM bertanya: "MB larat pegang sebagai pengerusi beberapa syarikat? Boleh ka MB atur untuk mesyuarat dan mengambil tahu kesemua perjalanan anak syarikat ini.."

Seorang ahli PBBM menjawab: "Hampa boleh bilang tengok.. apa dia buat?"

Ahli PBBM yang ke 3 pula berkata: "Banyaknya.. Boleh ka MB buat semua ni. Aku tengok asyik balik KL saja.. Ada orang tolong kira. Selama seratus hari.. MB hang hanya buat mesyuarat exco 9 kali daripada 25 minggu. Berada di pejabat Wisma tak sampai 50 hari waktu kerja. Lagu mana dia nak jalankan tugas...?"

AHLI PPBM LARI MENINGGALKAN PARTI

Pelbagai masalah dalaman politik PBBM mula membarah. Ramai ahli PBBM di Jerlun, Kubang Pasu, Pendang dan lain-lain kawasan sudah melarikan diri untuk menyertai parti lain. Jikalau ini di biarkan berterusan, PRU-15 PH bakal bungkus.

Perebutan jawatan masih menjadi api di dalam sekam. Masing-masing ternantikan bentuk ganjaran yang di janjikan. Lantas pemberontakan dalaman telah terjadi bermula selepas penubuhan PPBM sehingga kini.

Datuk Seri Mukhriz sebagaimana maklum adalah Pengerusi PH Negeri Kedah. Takala negeri lain telah membuat Pelan Pilihanraya Hala Tuju Negeri untuk 5 tahun akan datang dari 2018 hingga 2023, Kedah masih terkial-kial.

Bagaimana hendak di laksanakan peluang di masa akan datang jika untuk dapatkan tarikh Mesyuarat Majlis Pengerusi PH pun masih mengelak sambil mendiamkan diri seribu bahasa. Paling mudah pada Dato Seri Mukhriz ialah buat bodoh atau pekak badakkan telinga seolah tidak perlu tahu apa yang harus di buat.

Jumlah kerusi DUN di Kedah ialah 36. PBBM bertanding 14 kerusi DUN, iaitu yang paling banyak berbanding kerusi AMANAH, PKR dan DAP. Malangnya PPBM cuma menang 5 DUN:

1. DUN Kuah
2. DUN Air Hangat
3. DUN Bukit Kayu Hitam
4. DUN Jitra
5. DUN Anak Bukit(Amiruddin Hamzah penyandang)

Empat DUN(1-4) berada di dalam Parlimen Langkawi dan Parlimen Kubang Pasu di kenal pasti sebagai gelombang Tun Dr Mahathir. Faktor Tun amat kuat di sana bukan atas nama bekas MB Kedah.

Kemenangan di negeri dan negara seharusnya di jadikan landasan untuk PPBM dan PH menggunakan peluang yang terhidang dengan baik untuk menambahkan ahli mahupun cawangan. Apakan daya Datuk Seri Mukhriz tidak berminat.

15 kerusi berjaya di tawan oleh Pas manakala 3 kerusi lagi berada di tangan Umno. Kenapa terjadi sedemikian? Ini berpunca dari masalah di antara parti komponen PH yang tidak berjaya di gabungkan dengan baik di pelbagai peringkat DUN kalah. Maklumat agihan kerusi tidak di sempurnakan dengan baik untuk ahli PPBM mengerti proses pembahagian kerusi di kalangan PH. Selaku Pengerusi PPBM beliau tidak menjelaskan dengan baik kepada anggota bawahan. Inilah puncanya.

Kepada Datuk Seri Mukhriz sila mengaku dengan hati yang ikhlas dan jujur. Berterus terang sajalah. Jangan buat inanya kepada rakyat kedah. Tinggalkan Kedah kepada orang lain jika sudah tidak mampu mentadbir. Berundur secara terhormat.

Jangan biarkan pasukan lama di sekeliling anda bermula dari Setiausaha Politik dan lain-lain semenjak zaman BN dahulu menjadi dalang di belakang tabir. Rakyat Kedah tidak memerlukan PUTERA BANGSAWAN di mata pengundi yang membawa urustadbir dan pendekatan politik hancur lebur.

Anda laksana nakhoda yang tiada perancangan dan halatuju kerana membiarkan sahaja kapal belayar tanpa haluan. Semoga sedikit teguran ini akan menyedarkan MB Kedah dari terus berada di dalam lena yang panjang.

Akhir kata DS Mukhriz Tun Mahathir SILA LETAK JAWATAN! - 20 September 2018.

Anifah Perjelaskan Sebab Keluar UMNO...

KENYATAAN MEDIA | PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO, KETUA UMNO BAHAGIAN KIMANIS DAN AHLI UMNO
 

1. Setelah bermuhasabah diri dan memikirkan dengan sedalam-dalamnya, saya, Anifah bin Haji Aman dengan ini ingin mengumumkan perletakan jawatan saya selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kimanis dan Ahli UMNO berkuatkuasa serta-merta.

2. Saya mengambil keputusan ini kerana saya pernah berjanji kepada para pengundi saya di Parlimen Kimanis dan rakyat Sabah secara keseluruhannya sebelum ini bahawa saya akan meletakkan jawatan di dalam parti sekiranya UMNO dan Barisan Nasional gagal menunaikan janji dalam perkara-perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963.

3.  Saya akur bahawasanya tanpa UMNO dan Barisan Nasional di tampuk kekuasaan, perjuangan saya tidak akan membuahkan hasilnya. Walaubagaimanapun saya juga berpegang erat kepada apa yang telah saya janjikan sebelum ini iaitu saya akan meletakkan jawatan sekiranya perjuangan saya untuk rakyat Sabah di bawah payung parti ini tidak dapat diteruskan.

4.  Perjuangan saya di dalam politik selama ini adalah sangat jelas. Saya  bertegas mahukan rakyat Sabah mendapat layanan sama rata dan setiap hak mereka dilaksanakan sepenuhnya, tanpa sebarang dalih dan alasan, jauh sekali dipertikaikan oleh mana-mana pihak sekali pun sama ada di dalam mahupun di luar parti. Ini kerana Perjanjian Malaysia 1963 ialah titik mula penubuhan sebuah negara persekutuan yang kita kenali sebagai Malaysia pada hari ini.

5. Walaupun tidak lagi di dalam UMNO, saya tetap akan meneruskan perjuangan demi kepentingan rakyat sekalian. Saya juga akan tetap menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen dalam mengetengahkan kepentingan dan harapan para pengundi di kawasan Parlimen Kimanis .

6. Pada masa yang sama, pihak Kerajaan Pakatan Harapan harus komited di dalam melaksanakan janji-janji mereka terutamanya mengembalikan hak Sabah dan Sarawak selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963.

7. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Presiden Parti, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan keseluruhan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional Pusat serta Negeri di atas kepercayaan serta sokongan terhadap saya selama ini.

8. Saya turut ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyokong-penyokong saya terutama sekali ahli-ahli UMNO Bahagian Kimanis dan Kepimpinan UMNO  Bahagian Kimanis atas segala keyakinan dan sokongan yang telah diberikan kepada saya selama ini.

Akhir kata, Semoga kita semua senantiasa di dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT.

Sekian, Terima kasih.

YB DATUK SERI PANGLIMA ANIFAH HAJI AMAN
Ahli Parlimen P.176 Kimanis

Rabu, 19 September 2018

Maszlee Sebagai Presiden, Ini Pandangan Staff UAIM Sendiri.

Martinelli Hashim | Sekadar pandangan peribadi tentang isu perlantikan YB Dr. Mazlee Malek sebagai Presiden UIAM.

Tiba-tiba UIAM menjadi bahan tembakan para pengkritik YB Dr Mazlee Malek. Saya berkongsi rasa sedih dengan rakan2 lain yang sudah 20 tahun menunggu sinar baru untuk universiti tercinta yang sudah begitu lama terpinggir. 




UKM wujud kerana agenda Bahasa. UPM atas agenda pertanian dan UiTM atas agenda Bumiputra tetapi UIA lebih jauh dari itu ….. agenda ummatik, memperkasa ummat dengan ilmu dan menjadi model kecemerlangan universiti Islam dunia. Itu yang kami pegang sebagai kakitangan yang menyayangi UIA.

UIA bukan orang UIA yang punya. Malaysia dan Dunia Islam yang punya. Tak perlu disaingi dengan cara tidak sihat. Usaha membangunkannya perlu disokong bukan dicemburui.
Struktur pentadbiran UIA berbeza dengan Universiti awam yang lain. 


Presiden merupakan wakil Kerajaan Malaysia yang mengetuai wakil-wakil kerajaan 6 negara lain yang menggabungi UIA. Oleh itu PM selaku ketua Kerajaan Malaysia sudah tentu memilih orang yang dipercayainya dan mempunyai kredibiliti yang tinggi menjadi wakil negara.

UIA memerlukan Presiden yang hebat untuk misinya yang besar. Sinar yang dibawa oleh PRU14 telah memberi harapan kepada pencinta UIA. 


Sinar disangka cerah yang panjang tapi menjadi kelabu terlalu awal dengan kritikan-kritikan mereka yang terlalu banyak sangsinya. Semua akur dengan keputusan DSAI menolak jawatan PM untuk kembali menjadi presiden walaupun semua warga mengharapkannya.

Apabila Tun memilih YB MM sudah tentu setelah mengambil kira kepentingan UIA. Sudah tentu para pembuat keputusan sudah bermusyawarah lalu kredibiliti lah yang diutamakan. Dan dilihat YBMM yang paling sesuai. Tiba-tiba suara-suara bantahan datang dari merata-rata atas alasan ia bertentangan dengan manifesto PH. Kita mendengar kritikan-kritikan yang banyak tersasar dari kebenaran.

Manifesto adalah unjuran berdasarkan apa yang dilihat sebelum ini apabila orang politik yang mempolitikkan universiti yang membawa kesan negative kepada universiti.

Bagi saya dan kami yang melihat dari dalam, sekiranya ada pertimbangan yang boleh membawa kebaikan kepada UIA walau sedikt bertentang dengan manifesto selagi ia tidak memudharatkan mana-mana pihak apalah salahnya ia dilaksanakan. 


Selagi ia terkawal dengan baik maslahah ummah perlulah diutamakan mengatasi manifesto walau sehebat mana manifesto itu. Hanya Al Quran yang tidak boleh diubah.

Sekiranya ditakuti perlantikan itu menyebabkan akan adanya campurtangan politik, bukankah samada sang menteri menjadi Presiden atau tidak, UIA tetap di bawah kawalan Kementerian Pendidikan dan ketuanya adalah sang menteri.


YBMM menjadi ahli politik belum pun sampai 6 bulan. Sebelum mengambil keputusan masuk ke dunia politik beliau adalah ahli kademik yang berkecimpung sepenuhnya dengan dunia keilmuan. 


Pemikiran beliau sering didengari di pentas forum dan media masa serta media social. Pandangan kritisnya banyak membuka minda anak-anak muda. Tetapi kenapa selepas menjadi menteri hanya kerana beberapa kenyataannya yang kurang enak didengar lalu beliau terus dihenyak dari setiap sudut. Yang mengkritik adalah kawan dan juga lawan.

Berlaku adillah bila hendak mengkritik. Belum tentu orang lain lebih baik dari YBMM menjadi Presiden.

Jika dikatalan beliau tidak layak. Eh dengan latarbelakang pendidkannya, pengalaman antarabangsa,penglibatan dengan kegiatan kemanusiaan di dalam dan luar negara, kefasihan bahasa Arab, Inggeris, Melayu dan Cina, sifat tawadhu’ dan komitmen terhadap kerja bagi saya adalah kelebihan yang boleh dimanfaatkan oleh UIA. Mengenali beliau secara peribadi, saya yakin beliau cukup layak untuk jawatan itu.

Dikatakan beliau tidak memahami suasana akademik….. Eh beliau adalah bekas Presiden Persatuan Kakitangan Akademik yang membawa suara para ahli kademik, perlukah kefahaman beliau tentang suasana akademik dipertikaikan?

Sekiranya ditakuti akan adanya conflict of interest ….. Sang Menteri adalah orang beragama yag sudah tentu faham dengan konsep keadilan. Tidak munasabah untuk kita takut dengan perkara yang belum tentu berlaku. 


Malah sekiranya berlaku UIA mendapat apa-apa kelebihan, sekiranya memang UIA layak mendapat kelebihan itu yang boleh menjulang nama negara dengan kekuatan sebuah universiti berasaskan Islam ciptaan kita, kenapa perlu dipertikaikan.

UIA diwujudkan dengan ciri antarabangsa, sudah tentulah pihak Kementerian perlu membantu untuk mencapai penarafannya.


Kelebihan apa yang diberikan kepada UIA? Walau berstatus universiti awam, kakitangan UIA tidak dapat menikmati pencen macam universiti awam yang lain. Kelebihan yang dulu diberikan untuk memilih sendiri pelajar sudah lama ditarik dengan tujuan menyamaratakan dengan IPTA lain. Belum ada seorang pun professor UIA dilantik memegang jawatan tinggi di KPT. Pergantian jawatan hanyalah di kalangan professor USM, UKM, UTM, UPM, UITM, kami tertanya-tanya kenapa.

Sudah 20 tahun tiada apa-apa kelebihan yang dinikmati UIA. UIA terpaksa bersaing dengan UA lain dengan segala kekurangan yang ada.

Sebagai orang yang pernah berkubang dengan UIA dan merasakan denyut nadi UIA sudah tentu YB MM mempunyai kelebihan mengenali keperluan UIA. Kenapa kita pertikaikan?

Sudah tentu bukan mudah untuk YBMM membawa agenda besar ini pada masa rakyat diberi kebebasan mengkritik lalu mereka mengkritik apa saja yang menteri lakukan ..... namun dengan penuh harapan saya mendoakan beliau berjaya membawa UIA ke tahap tertinggi.

Hang Jadi MB Selangor Pun Ikut Pintu Belakang, Tiada Mesyuarat Parti Tempelak Chegu Bard.

Chegu Bard | Secara peribadi saya sedikit kuatir apabila "PD move" mengulangi sedikit kegopohan "Kajang Move" malah tanpa melalui proses musyawarah dalaman PKR itu sendiri. 

Bukan soal menang kalah tapi PKR perlu 'solid' dalam menghadapi pasca 'PRK PD' yang lebih kritikal.



Cuma bila bab Amiruddin Saari komen tiada mesyuarat rasmi dalam memutuskan pengosongan kerusi PD maka nak tanya hang jadi MB melalui mesyuarat mana? 

PKR dan semua komponen PH nak Dr. Idris tapi hang dan Azmin runding pintu belakang....

Bukan ke hang dan Azmin runding pintu belakang juga seperti masa Azizah dimalukan ketika "Kajang Move" ?

Parti dan PH putuskan Azizah calon tunggal tapi Azmin terus lobi pintu belakang, selepas Azmin dinamakan anggota kabinet parti namakan Dr. Idris tetapi sekali lagi Azmin & Amir runding pintu belakang... Tu kira macam mana pula wahai Amir?




Ketika Azmin pandai - pandai putus calon PRN Sarawak hingga sebabkan pertembungan sesama sendiri, bukan sahaja tak mesyuarat tapi presiden tak tahu apa.

Ketika cheGuBard kena pecat dengan surat palsu pakai minit mesyuarat mana pula hahaha... - 19 September 2018.

Mahasiswa 'Kurang Ajar' Jawab Tuduhan RORA.

LAPORAN | Sebelum ini Ustaz Rozaimi Ramlee atau lebih dikenali sebagai RORA ada membuat kenyataan mengenai sikap sesetengah mahasiswa yang terjerit-jerit ketika berhadapan dengan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik.


Menurut pakar hadis terkenal itu, tindakan terjerit-jerit dihadapan menteri diibaratkan seperti tidak mempunyai adab. 



Asheeq Ali, antara yang bersuara lantang di demo yang dilakukan di hadapan Restoran Amjal itu tampil membalas dakwaan RORA.

Asheeq Ali | Ya, kami kurang ajar.

Sikap kurang ajar ini lah yang melawan kebobrokan UMNO/BN dahulu. Sikap kurang ajar ini lah yang menggerakkan himpunan TangkapMO1 dahulu. Dulunya, apabila berdemonstrasi, rempuh polis digelar "aktivis", sekarang ini digelar biadap dan kurang ajar.

#MalaysiaBaru

Menteri dah ada depan mata, kenapa tak berunding?

Klip video terjerit terlolong itu hanya beberapa minit tuan tuan. Sebelum itu, Sejam kami duduk di dalam bilik mesyuarat, kami dilayan seakan budak budak. kononnya untuk mendengar keluhan kami. Last last depan media, "I will not resign until I complete my mission in IIUM to bring back its glory"

Sedikit pun hujah kami tidak diterima, semua ditangkis begitu sahaja. Kami juga bangkitkan soal perlantikan SecPol dia ke UUM, but it was dismissed just like that.

Perjumpaan itu nampaknya hanya satu taktik politik untuk meredakan isu penahanan aku dan Izzah.

Sudah diperbodohkan di dalam meeting itu, apa kau mau aku cium tangan Dr Maszlee?

Dan sejak bila chanting ini menjadi kurang ajar dan biadap? Setelah pertemuan yang mana kami rasa kami telah diperbodohkan, kami hantar dia pulang dengan mesej tegas melalui chanting itu untuk dia letak jawatan segera. Ada aku mencarut atau menghina dia?

Jika chanting meminta dia undur itu digelar kurang ajar maka biarkanlah. "Kurang ajar" itu yang melawan kerajaan sebelum ini di atas jalanraya (bersama kalian yang kini menjadi pendokong kerajaan sekarang).

Aku lebih rela mati "kurang ajar" daripada mati menggadaikan prinsip. Aku akan terus melawan pelantikan politik dalam IPT, aku akan terus lawan untuk dapatkan kembali autonomi universiti kerana itu yang diajarkan sendiri oleh Dr Maszlee (beliau sendiri mengaku semalam). Dan aku melawan kerana aku salah seorang mangsa campur tangan politik dalam universiti.

Terima kasih. - 19 September 2018.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...