Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 21 Januari 2012

Video pakcik2 BN yang mengamuk pada pendemo aman kampung pandan.

Kat bawah neh ada dua video yang dimaksudkan.


Nampak?

Demo dilakukan di luar kawasan masjid. Sedang berkumpul dan menyedarkan orang ramai apa itu AUKU sebelum berarak. Tapi yang hairan nya ada mereka2 yang menuduh bahawa demo dilakukan dalam kawasan masjid. Sebab tue ahli2 umno nak baling batu. Tapi ikut video di atas neh, bila masa pula demo berlaku di perkarangan masjid? Pakcik2 tue dalam masjid, yang bebudak neh luar masjid.

Lihat bawah neh ;


Sedikit kemarahan yang dipaparkan oleh pakcik2 bn. Kalau dapat sedutan time dorang nak baling batu tu lagi best. Nak sangat aku tahu napa dia beria2 nak baling batu. Yang tue takde sapa yang rakam ka?

Ameno : Jangan lah kasar sangat.. lawan hujah dengan hujah, bukan dengan batu..

The star, perlu ke ko padam nama malaysia dalam isu SOPA neh?

Hai The Star,

Kenapa ko padamkan nama malaysia dalam berita di bawah neh yerk?


Amboiii the star.. nak menipu tak agak. Dan2 je nama malaysia hilang bila berita neh dicetak dalam paper ko. Sedangkan berita dalam talian yang diperolehi dari laman web afp ada je nama negara kita malaysia. Tapi bila benda neh sampai kat ko, dan2 ko fitler nama malaysia ek.

Apa? Apa point ko buat begini? Takut rakyat tahu bahawa internet di malaysia neh ada tapisan dan sekatan? Kalau bab2 politik neh larh depa beria2 sekat. Tapi bab lucah2 neh even aku dah menulis tiga kali kepada skmm, report laman lucah sampai sekarang usah kata tindak balas di ambil, balas email pun haram nak layan. 

Bila aku telefon dia cakap kena tulis email dan bagi bukti laman blog yang dimaksudkan tapi aku bila aku dah buat sebagaimana yang di arahkan, haram depa nak siasat dan pantau. Isu laman murtad pun begitu. Isu blog hajjahsitt pun begitu. Punyalah lama orang protes baru lah dia bertindak. Itu pun atas jasa hacker yang bagi info. 

Nak harapkan skmm? Tak payah lah der.. bab2 politik dan pembangkang baru lah depa buat kerja. Bab2 islam ka apa ka haram depa nak pantau. Pandai2 lu sendiri larh pergi sebarkan kepada kekawan jangan masuk laman itu neh. Nak buat macam mana. Apa benda pun bias di malaysia neh. Apa pun tak boleh.

Sumber : rakan fb. 

Ameno : THE star, ko dah kantoi.

Pakcik2 BN, kenapa pakcik2 nak baling batu pada Ahli PAS neh?

Pakcik2, 

Kalau pakcik2 baca larh blog neh kan. Saya nak tanya sesuatu pada pakcik2. Kisah nya begini. Siang tadi saya ada online fb. Guna handphone je. Line wifi kat luar pula tak berapa cun. So hanya baca2 je lah kan. Dan ketika sedang baca membaca komen2 dan wall kekawan fb saya, saya terlihat gambar bawah neh ;



Ya, seorang pakcik nak baling batu pada pendemo aman PAS yang berdemo bantah AUKU. Saya hairan melihat perangai pakcik2 neh. Kenapa yang marah sangat neh? Kemudian nya ada gambar bawah neh ;



Tak cukup dengan batu, mencarut sekali. Apa lah khutbah jumaat kat masjid tadi tue kan pakcik2? Keluar2 je terus baling batu + mencarut kat orang. Sungguh tak agak2 perangai pakcik2 umno neh.




Peh..

Garangnya.. apahal marah sangat pakcik2? Orang protes aman. Pakcik kalau taknak sokong pun tak perlu larh menyemak dengan menganggu urusan orang lain. Tah pape lah perangai pakcik2 neh. Malooo i taww..

Hi hi hi

Sampai nak cekik2 orang. Walaupun ahli2 pas = pendemo aman dan anak2 muda nasihatkan pakcik2 bn dan jelaskan kepada pakcik2 bn bahawa demo bantah auku ialah demo yang aman tapi pakcik2 bn tetap berdegil. Lihat bawah neh ;


Hish.. hish.. hish..

Pakcik2 di dalam gambar neh. Tolong lah matang sikit. Setiap rakyat malaysia berhak berdemo dan protes suarakan isi ahti mereka. Tak perlu nak react begini. Tak suka sudah. Diam2 dan peratikan je. Apa lah susah sangat sampai nak cari gaduh neh?


Akhir kata dari saya, bersabarlah. Bersabarlah banyak2 ye pakcik2 sekalian. Ini kerana saat glamer pakcik2 telah pun bermula kini.

Kah kah kah

Sumber : sini

Ameno : Lawak siot..

Video Fitnah Seks Dsai disebarkan kepada PBT pula.

Laaa...

Seks balik? Hari tue isu liwat. Dah habis isu liwat, isu gay. La neh isu seks pula. Hey korang neh memang jenis takde kemajuan dan kreativiti ke apa? Aphal ulang main isu2 yang sama neh? Kalau tak rasa bosan pun, fikirlah sikit citarasa rakyat malaysia neh. Kami reti tahu rasa bosan. Kami perlukan isu2 baru yang lebih relevant larh.

Lihat bawah neh ;


Wargggghhhhhhh...

Ngantuk nyew... korang ngantuk tak? Moh lah kita tidur.

Kah kah kah

Ameno : Dah sebar video, bagi nasihat pasal sebar aib pula.. gile ke apa?

Nazri, duit ko berjuta-juta ek?

Aku terguris dan sedih bila baca kenyataan ko nazri. 

1. Aku terguris sebab ko begitu tidak pandai. 

2. Dan sekaligus itu menyebabkan aku rasa sedih. 

Kenapa? 

Aku sedih kerana memikirkan kenapa menteri neh ialah menteri di malaysia?Apakah dah pupus semua orang2 yang bijak pandai di malaysia neh sehingga orang2 yang kurang cerdik terpaksa menjadi menteri? Itu pasal aku sangat terguris dan sedih. Teruk sangat ke mentaliti kami, sebagai rakyat malaysia sehingga orang seperti ko dilantik untuk mengubal dan terlibat dalam dasar2 dan polisi2 malaysia?

Nazri,

Maafkan aku kerana bersikap jujur. Aku ingin tanya sesuatu. 

Adakah ko benar2 seorang yang bodoh?


       Wajah nazri yang membuatkan aku terfikir2, apa motif kewujudan dia neh dalam kabinet najib..

Kenyataan nazri di bawah neh mengenai isu pengisytiharkan harta ;

Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan.

NONE"Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka,” kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.

Ditanya mengenai ‘bahaya’ yang dimaksudkannya, beliau berkata pendedahan harta dan kekayaan seseorang kepada umum mungkin mengundang bahaya jika orang luar tahu mengenai tahap kekayaan dan aset yang dimiliki mereka.

Nazri bagaimanapun tidak menghuraikan lanjut perkara berkenaan.

Semalam, pengerusi lembaga penasihat panel SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata ahli keluarga dan pasangan menteri kabinet tidak lama lagi akan diwajipkan mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara prinsip telah bersetuju dan berharap ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Mari kita teliti kenyataan dia neh bebaik2.

1. Nazri cakap dedahkan harta2 menteri kepada orang ramai adalah sangat bahaya. <-- Ya, aku setuju.

2. SPRM cakap menteri2 perlu dedahkan harta kepada sprm. <-- Ya, aku sokong.

3. SPRM juga cakap najib telah menyatakan persetujuan. <-- Ya, ini satu tindakan yang bagos.

Jadi, di mana kah dan apa yang salahnya?

Salahnya ialah sprm cakap, heyy nazri you isytihar you punya harta sama saya.

Dan nazri pula balas, hey orang ramai, bahaya woo saya dedahkan saya punya properties sama you all..

Dan najib pula berkata, saya setuju dengan sprm..

Faham tak jalan citer disini?

1. SPRM cakap menteri hanya perlu dedahkan kepada dia sahaja. Bukan dia cakap pergi dedahkan kat satu dunia.

2. Najib dah bersetuju, yang si nazri neh lawan najib ke apa?

3. Yang si nazri neh meroyan pergi babitkan orang ramai napa?

Apa kena mengena dengan aku dan orang lain dalam isu neh? Cakap je lah ko tak percayakan sistem sekuriti dalam sprm tue. Ko tak percaya sprm boleh jaga kerahsiaan dan maklumat2 tentang harta2 ko kan?

Kalau seorang menteri macam ko pun was2 dengan sprm, apatah lagi kami rakyat malaysia. Itu pasal ada justice for tbh and Sarbinee. Jadi, jangan heran kenapa kami prejudis dengan sprm lepas neh. Ko tak layak. Pasal ko pun dua kali lima macam kami.

Kah kah kah

Ameno : Bengong nya..

Jumaat, 20 Januari 2012

Surat terbuka untuk bapa si saiful bukhari.

Salam 1malaysia pakcik,

Hai. 

Harap pakcik cool sebab saya bagi salam 1malaysia je. Sebagai penyokong bn saya percaya pakcik mesti rasa best sebab saya guna salam 1malaysia. Kalau bukan nak gunakan ke atas penyokong bn kepada siapa lagi saya nak gunakan enn..

He He He

Pakcik, 

Baru lima minit yang lepas saya membaca kisah pakcik di berita [rujuk sini]. Saya merasa terguris sangat bila membaca luahan pakcik. Pasal apa? Pakcik mesti tatau kan? Takpe pakcik, takpe. Jangan risau sebab saya ikhlas sungguh nak pakcik tahu neh kenapa saya terguris.

Cuba pakcik baca dulu apa yang si saiful anak pakcik tue tulis di bawah neh ;

Saya terpaksa mengutus sepucuk surat rasmi ini kerana sehingga ke hari ini tiada maklum balas terhadap permohonan terbuka saya dan bapa dari YBhg Tan Sri sama ada beliau akan memfailkan rayuan atau tidak. Masa juga semakin suntuk.

Rayuan ini penting kerana ia membabitkan maruah dan masa depan saya.

Jika saya berhak memfailkan rayuan itu sendiri, saya akan berbuat demikian tanpa menyusahkan individu lain. Namun kuasa mutlak untuk memfailkan rayuan, hanya terletak ditangan Peguam Negara.

Pada hemat saya, saya hanya menuntut hak saya sebagai warganegara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dimana setiap aduan itu berhak didengar dan diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Tertinggi.-SBA-

Dah baca? Bagus pakcik, bagus. Berdasarkan kepada kenyataan terbaru pakcik dan anak pakcik neh saya ingin menegaskan bahawa anak pakcik sebenarnya dah tiada maruah dan masa depan yang boleh dipertahankan andai meneruskan kes liwat neh.

Kenapa? Salah satu sebabnya ialah spender lembab. Pakcik bayangkan lah pakcik oiii. Spender lembab? Yang dipakai sebelum dan selepas diliwat? Amek dari rumah ex tunang? Pakcik, saya takmo ulas isu peribadi disini. Tetapi sesama kita faham larh ek kenapa dari tunang jadi ex tunang.

                    Penderitaan ex tunang saiful, hanya Allah swt sahaja yang tahu.

Pakcik boleh fikir tak bagaimana isu neh memalukan pakcik dan saiful? Janganlah pakai bedak tebal sangat pakcik. Sekali sekala pipi pakcik harus merasai kewujudan angin. Ini perlu bagi melatih diri untuk rasa malu.

Bukan saya nak halang pakcik dari membuat rayuan. Bukan. Sebaliknya saya nak bagitau pakcik jangan buat rayuan. Saya tak halang cuma saya minta. Minta pakcik agar jangan buat rayuan. Cuba pakcik baca sini balik. Baca apa yang anak pakcik pernah cakap di dalam mahkamah. Dia pernah bagitau bahawa dia tidak bersolat kerana dia mungkin diliwat. 

He He He.

Apa dia pakcik?

Ya.. dia tidak bersolat kerana dia MUNGKIN diliwat.


Saiful pernah buat kenyataan juga bahawa semasa dia bekerja dengan dsai, dia meninggalkan solat. Selepas membuat laporan polis dia dah insaf. Sebelum report polis, dia pernah solat jumaat walaupun tak mandi hadas sebab nak simpan bukti. Dalam hanya beberapa bulan tiba2 dahi dia menjadi hitam. Orang yang tak pernah tingggal solat pun takde tanda macam anak pakcik neh tahu. 


                       Saiful seorang muslim yang baik namun tak reti mandi hadas..

He He He.

Ya, saya tahu pakcik. Saya pun sambil tergelak tulis neh. Bukan pakcik je. Sama ketika saya tergelak2 bila saiful cakap bahawa dsai tanya dia can i fuck you today di mahkamah dulu. 


Siap boleh tanya dan minta izin lagi. Kenapa lah saiful tak lari je time tue pakcik? Bukan nya dia tak boleh jawab, cannot. You cant fuck me today. And dont fuck me forever. And i would like to run. Babai. 

Simple, betul tak pakcik? Masa tue memang simple gila nak selamatkan maruah dia ikut jalan senang. Tak perlu panjat turun naik mahkamah dan pergi hospital. Tapi takde pula dia beria2 nak lari selamatkan diri.  Bukan saya nak tuduh2 tapi tolonglah faham persepsi saya terhadap anak pakcik macam mana.

                                               Saiful sakit tettt... 

Bukan saya tiada usaha nak memahami penderitaan dan kesusahan saiful. Tapi pakcik fikirlah. Kalau seseorang itu diliwat boleh lagi kah dia makan karipap dan minum air kopi pakcik? Tak tahu lah saya mangsa liwat boleh slumber makan dan minum selepas didera secara seksual, tapi dalam kes neh ianya dianggap luar biasa. 

Sebab? Sebab makanan tue disediakan oleh orang ketiga yang berada di dalam appartment tue. Bukan dsai beli or saiful sediakan. Dia siap makan lagi dalam bilik tue. Bukan keluar dari situ dan makan. Sebaliknya betul2 makan dalam bilik tue.

Karipap dan air kopi, makanan dan minuman pertama masuk ke perut saiful selepas diliwat.

Jadi, jika pakcik berada di tempat saya pun, pakcik mesti was2 sebagaimana saya was2 kan? Sebab tue lah saya minta pakcik faham. Minta pakcik tutup sahaja kes neh dan pergilah jalani kehidupan yang normal bersama anak pakcik. Bagi saya andai pakcik menutup kes dan senyap2 insya-Allah sedikit maruah dan masa depan saiful dapat diselamatkan.  

Ini kerana tiada apa lagi yang tertinggal untuk saiful merayu dalam kes neh. Tiada satu apa pun yang boleh menyatakan bahawa saiful dipihak yang benar. Semua telah dibuktikan oleh peguam2 dsai di mahkamah. 

Segala hujah2 saiful dalam kes neh hampir semua nya menjadi bahan senda lawak harian rakyat malaysia. Saiful mungkin akan dikenang sebagai bapa perliwatan oleh generasi akan datang. Mungkin pakcik boleh bersyukur kerana nama saiful tidak akan tenggelam begitu sahaja. Rakyat malaysia pasti akan mengenali siapa saiful walaupun masa dan zaman berlalu. Insya-Allah. 

He He He

                                      Saiful bukhari azlan yang tersenyum.

Seperkara lagi, pakcik. Ingatlah pesanan saya, rakyat malaysia neh tidak bersalah dan tidak berdosa pada anak pakcik. Jadi, tolonglah pakcik, janganlah babitkan dan susahkan kami dalam kes liwat neh lagi. Harap pakcik memahami luahan neh. Bai.

Ameno : Hari neh last tempoh rayuan.

Pelajar perempuan yang ugut Najib ditahan polis.

Sebenarnya bukan lah ugut sangat pun. Takde pula nampak macam mengugut bagi pandangan aku. Tapi bila orang dah buat report, polis kena jalankan tanggungjawab dia. So benda neh normal. Sebahagian dari bidang tugas polis. 

Pelajar yang dimaksudkan ialah di bawah neh. Berserta dengan statement lawak [ugutan] dia.

Berita bernama melaporkan ada orang yang buat report polis. Dan polis bertindak atas laporan dan maklumat yang diperolehi. So polis jejak dia dan tahan dia untuk siasatan sebelum dilepaskan kerana dia perlu mengambil peperiksaan.

Tapi beb, polis lepas, bukan lepas terus sebab kes neh masih dalam siasatan dan dia akan dipanggil semula oleh polis pada bila2 masa. Pelajar neh korang tahu umur dia berapa? 

20 tahun.

20 tahun tue beb. Janarta pun 24. Dia neh lagi muda dan lagi berani dan yang paling best dia ialah seorang perempuan. Lagi lah aku respect.

kah kah kah

Apa pun bagi aku najib perlu kaji balik sebab2 kebencian rakyat terhadap dia. Jika dulu orang senyap dan sabar. Namun kini orang tidak mahu dan tidak boleh sabar lagi. Semestinya banyak yang najib telah buat sehingga 1malaysia membenci najib tanpa segan2 lagi. Jangan salahkan orang yang membenci tapi kaji balik kenapa diri sendiri di benci. Rakyat berhak protes bila mereka disakiti.

Dan bloggers umno pula tak habis2 provoke dengan isu2 remeh. Dah tahu budak neh memain, boleh pula printscreen bagai supaya polis tahan dia. Walhal benda neh damage pada imej bn. Semakin ditahan, orang semakin memberontak. Ini bukan kebaikan pada bn. Betul ke mereka neh bloggers bn sebenarnya?

Macam diri kita sendiri juga lah. Lagi dihalang lagi kita nak buat. So benda neh sama pada rakyat malaysia. Lagi kita ditindas, lagi kuat kita melawan. Tapi sapa lah aku nak sibuk2 fikir imej bn tercalar ka apa ka. Tiada kena mengena pun. Aku sebenarnya sangat seronok. 

Bagi aku benda neh hanya memudahkan impian aku menjadi realiti. Semakin tercalar bn, semakin untung pada aku. Semakin meroyan bloggers umno, semakin cepat aku boleh dapat malaysia baru. Dan bila itu berlaku, semakin cepat aku boleh melihat bn dibabaikan.

kah kah kah

Ameno : Apa yang aku buat bila berusia 2o tahun hah?

Tol untung RM18billion beb.. kaya siot..

Aku amat terkejut gaban bila mengetahui betapa untung nya pemilik2 konsesi tol di malaysia neh. Aku rasa nak hantuk kepala yang dimiliki oleh mana2 penyokong umno totok bila terbaca berita bawah neh beb ;

Antara yang paling tinggi keuntungannya ialah Lebuhraya Metramac yang mencatat keuntungan 877 peratus daripada kos asal pembinaan yang hanya berjumlah RM45 juta.

Lebih mengejutkan, kata Lim ialah kekayaan yang dikumpul melalui projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang mengaut keuntungan RM 18 bilion, setelah ditolak kos pembinaannya sebanyak RM 5 bilion; dengan tempoh konsesi selama 50 tahun sehingga tahun 2038.

Begitu juga dengan projek lebuh raya KL – Karak yang untung hampir RM1 bilion (202 peratus), diikuti Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dengan keuntungan RM1.6 bilion (149 peratus) berbanding kos pembinaan sekitar RM1 bilion. -MKINI-

Peh..

Gila beb.

GILA.

Neh yang bikin aku panas. Kalau aku kaya ataupun ada saham dalam tol2 neh seme memang lah happy bangat beb. Tapi disebabkan aku salah seorang pembayar tol dan tak pula kaya2 maka tiba2 aku menjadi jeles dan dengki yang amat. Ini tidak boleh dibiarkan sama sekali. Mereka telah dikayakan oleh kita seme.

Demmm..

I cant accept this.

Yang aku fahamkan disini LGE cakap pasal keuntungan. Keuntungan yang dia bagi neh aku kira keuntungan yang bersih. Oleh kerana dia berani cakap sudah tentu dia sudah didedahkan dengan maklumat2 tersebut secara terperinci.
Sekarang neh bukan nak citer pasal keuntungan bagai neh seme. Sekarang neh nak citer sebab2 tol perlu di mahsuhkan. Kenapa rakyat beria2 sangat nak jalan cantik bagai bidadari tapi tol tak payah ada? Kenapa ?

BN : Tol mahsuh negara bankrupt, tapi najib boleh hapuskan 2 konsesi tol pula.. ikut idea pr ke? he he he..

Mesti penyokong umno tak tahu jawapannya kan? Dalam kehidupan dorang yang malas neh dorang mana pernah fikir apa2 pun. Lahir2 jek dah masuk sekolah kerajaan. Lepas tue keluar2 je berbangga2 dengan jasa2 kerajaan pada mereka. Orang2 begini memang betul,  kerajaan telah banyak berjasa pada mereka. Disebabkan mereka malas berfikir dan hidup bergantung pada kerajaan sampai taksub kepada bn memang lah salah mereka sendiri.

Usahlah kita bersimpati pada orang2 yang malas berfikir. Dalam dunia neh memang normal ada orang malas dan orang rajin. Oleh kerana kita, penyokong2 pr dah ambik alih tanggungjawab menjadi orang yang rajin, maka kita biarkan sahaja penyokong2 bn menjadikan malas sebagai tanggungjawab mereka. Fair and square.

kah kah kah

Yang sebenarnya, penyokong2 pr dan rakyat2 biasa yang rajin berfikir neh telah mendapat ilham. Kami tidak suka berfikir bagaimana cara bn berfikir. Kami tidak suka hidup bagaimana bn mahu kami hidup.

Ini kelebihan bagi orang2 yang bijak pandai macam kami. Orang2 yang bodoh memang sukar memahami isi ahti kami. Takpe, kami redha dengan sikap anda. Sebab tue kami ada disini. Alah, macam superman. Kamilah superman bagi rakyat malaysia sebenarnya.

Hapuskan ketirisan dan penyelewengan serta salah guna wang rakyat, tol pasti boleh dimahsuhkan dan wang negara digunakan dengan secekapnya.. rosmah, jimat cermat please..

kah kah kah

Cuba kita bayangkan, hidup di negara yang tiada tol dengan jalanraya yang sangat baik serta diselia dengan teratur tapi dalam masa yang sama seme neh boleh dilakukan tanpa kewujudan tol.

Bagaimana?

Kalau bn cakap, mereka boleh bagi seme2 di atas tetapi tol mesti ada 

atau

seme2 atas masih boleh ada tapi tanpa tol

Yang mana satu korang nak?

Ya, aku tahu orang bijak mesti jawab no 2. Inilah dia yang kita gelar pemikiran di luar kotak. Pemikiran yang sendiri cari. Pemikiran yang kreatif. Pemikiran yang tidak ditetapkan dan ditentukan oleh orang lain.

Kenapa kita mesti hidup dengan cara yang bn tetapkan? 

Bila dia cakap cukai mesti tinggi, wajib kah kita follow dan setuju?

Bila dia cakap tol mesti wujud, wajib kah kita follow dan setuju?

Bila dia cakap sistem monopoli dan ap mesti diteruskan wajib kah kita follow dan setuju?

Tidak pernah wajib. Jangan sesekali menjadikan anggapan itu sebagai realiti. Hanya kerana ada orang yang setuju dan terima dengan cara bn tadbir negara neh ia bukan bererti korang pun mesti setuju dan ikut juga.

Jadi rakyat, kita mesti SENTIASA mahu lebih dan lebih. Sebab apa? Sebab kuasa ada di tangan kita. Setelah bersusah payah membayar cukai dan mengundi mereka, rakyat macam kita berhak merasai kesenangan hidup.

Kalau hari neh bn kata tol mesti ada dan pr kata sebaliknya, kita undi pr. Kalau tiba2 bn boleh bagi lebih baik dari pr dengan cakap tol mahsuh dan cukai off 50%, kita undi bn. Lepas tue kalau pr cakap tol mahsuh, cukai mahsuh dan rakyat dapat duit free, kita undi pr balik.

Senang ma.

Kita tetapkan kemahuan dan keinginan kita, dan biar orang2 politik neh buat kerja. Cara mana depa nak buat kerja depa punya pasal asalkan tidak bercanggahan dengan islam. Ini dah cukup. Apa2 perkara yang tidak bercanggahan dengan islam sudah tentu selamat. Kita tak perlu fikir banyak. Kita hanya perlu ada banyak permintaan dan biarkan ahli2 politik berfikir bagi pihak kita. 

Sebab yang nak kuasa dan tadbir negara neh mereka. Yang nakkan kesenangan dan keamanan hidup neh pula kita. Ini ialah konsep win2 situation. Aku bagi ko kuasa, ko bagi aku keselesaan hidup. Selagi aku aman, ko juga aman. Jika aku merana, ko juga akan merana. Simple.

Jadi rakyat kita kena faham konsep neh. Ini konsep yang paling asas. Jadi, jangan lagi tanya kenapa rakyat nak sangat hidup tanpa tol. Kita berhak menikmati hidup. Kalau ada dua jenis kereta di depan kita, satu proton dan satu merds, dan kita diberikan pilihan untuk pilih salah satu antara dua nya dan ia adalah percuma, sudah tentu lah kita akan pilih merds. 

Kalau kita boleh ada impian mahu pakai kereta yang terbaik, apa pula salahnya dengan impian mahukan kerajaan terbaik yang boleh memberikan kita prasarana yang terbaik pula? Jangan lupa, ada manusia pernah berimpian mahu terbang di langit macam burung sebab tue pasangan adik beradik wright cipta kapal terbang.  

Dan hari neh ada manusia macam aku yang berimpian mahu hidup di malaysia tanpa tol, dan kita boleh realisasikan impian kita asalkan kita undi kepada yang mampu laksanakan apa yang kita inginkan. Pilihan di tangan anda. Nak racun atau madu, anda tetapkan. Bai.




Ameno : Tol hapus, saya mesti pilih !

Khamis, 19 Januari 2012

Ahli PKR dapat rm200 seorang time demo 901.

Best wooo..

Ko ada? Takde? Padan muka.

kah kah kah

Lihat bawah neh beb ;


SMS dari rafizi beb. Dia bagi rm200 seorang time demo 901. Itu pasal ramai yang datang. Datang sebab duit. Bukan pasal perjuangan. Bukan pasal keikhlasan. Tapi pasal duit. Ahli2 pkr seme boleh dibeli guna wang. Depa memang hampeh !!!! Depa memang jahat !!!!

G mati lah weh. Mati. Aku cakap mati. Faham tak?

kah kah kah

Lepak geng,

Aku memain je kat atas neh. Aku terai berlakon jadi bloggers umno tadi. Bagaimana ek setelah berapi2 balon pr tiba2 aje ahmad maslan mensampahkan bloggers umno. Mesti padan muka depa kan?

kah kah kah

Apa pun neh ialah satu lagi gambar yang berlegar2 di ruang blog dan fb. Isunya konon pkr bayar ahli2 pkr rm200.00 sorang sebab datang berdemo 901. Sms pula disebarkan oleh rafizi. Aku tatau kesahihan sms neh tapi aku lebih rasa macam tipu.

Harap pkr dan rafizi boleh tampil bersihkan diri dalam isu neh. Lagipun terang2 nampak no tue. Mesti kekawan rafizi kenal no hp dia sendiri kan? So please maklumkan pada dia atas isu neh. Mesti ada kaitan dengan NFC neh beb.

kah kah kah

Ameno : duit bersih gua sampai la neh tak dapat2.. menteri bingai tue kata dapat duit..

Blogger UMNO ialah SAMPAH!

Bukan aku cakap.

Tapi ahmad maslan yang mensampahkan depa seme. Lihat bawah neh ;


Siapa rahim rahman? Maybe susah nak kenal dengan nama neh. Tapi penyokong2 pr rasanya kenal dengan nama gelaran yang neh kot ==> stingrays vii.

Nama stingrays neh memang antara cybertropper umno yang dah lama wujud dalam dunia cybertrooper neh. Dia ada dulu sebelum aku wujud di dunia online neh. Memang dia balon pr kaw2 mostly dengan fakta dan dia balon gak bn dalam topic2 tertentu tapi mostly dalam page yang bukan yang public tahu. Orang2 tertentu yang di invite tahu lah.

Kah kah kah

Jangan marah arhh.. sejak2 aktif blog neh aktiviti lakonan aku di fb semakin slow dan pupus. Biasalah tangan aku ada dua je. Mana lagi nak siasat plan korang, nak survey strategi korang, nak tulis dan balon bn lagi.. tak cukup masa beb.

kah kah kah

Lihat bawah neh ;


Rupa sebenar dia. Untuk rekod gambar di atas neh di ambil dari blog kingofgoblok. Apa yang dia tulis dalam keratan di atas neh bukan mewakili pandangan aku. Ahmad maslan juga sebenarnya dah nafikan kenyataan fb neh tapi aku fikir isu neh sangat kuat sehingga memaksa ahmad maslan buat statement penafian.

Tak percaya? Percayalah. Kalau stingrays bukan sapa2 pada unit media umno, maka aphal ahmad maslan sibuk beria2 balas dalam isu neh? Ini sebab stingrays neh ialah sapa2 dalam umno. Dia ada sesuatu dalam unit siber umno. Sebab tue kenyataan dia dibidas oleh ahmad maslan yang takut dia hilang sokongan.

Siapa ahmad maslan neh? Sapa blogger dia? Papa gomo kot.. ye tak? Tapi papa gomo melawan tun faisal. Larh.. unit media baru lain.. unit media cyber lain rupanya..

kah kah kah

Lagi keratan penuh printscreen stingraysiv dalam isu neh rujuk blog  ==> sini

Ameno : Berpecah lah korang... ini suara ahti aku.. heheh.. sorry i ikhlas disini.

MB Kedah: AUKU tetap dilaksanakan di KUIN.





Dari awal lagi AUKU neh mana pernah relevant dan pas tidak boleh meneruskan undang2 seperti neh atas apa alasan sekalipun. Soal samada ia masih berada dalam peruntukkan undang2 bukan isu dan orang tak hadap benda tue sebagai alasan konkrit pun dalam hal neh sebaliknya apa yang orang pandang dan apa yang aku sendiri rasa ialah ;


1. AUKU = KEJAM = BILA BN GUNAPAKAI IA.

2. AUKU = UNDANG2 YANG MASIH WUJUD = BILA PR GUNAPAKAI IA.

Wahh..
 
Hahahha..

Apa neh? Lawak meh? Kalau begitu maka apa yang berlaku pada adam ialah undang2. Maka apa yang berlaku pada safwan adalah undang2. Maka apa yang berlaku pada mahasiswa selama neh dalam bersih, dalam 901, adalah undang2. 

Bukan kah undang2 auku itu selaras bagi 1 malaysia? Dan bila ia dilabelkan sebagai undang2, maka apa hak pr nak persoalkan apa yang berlaku pada adam? Pada safwan? Pada yuyu? Pada mahasiswa2 yang lain? Apa hak anda? Apa?

Takde.

Takde hak. 

Takde hak langsung dan takde hak sedikitpun kerana anda tidak konsistensasi dalam mempertahankan hak mahasiswa dalam memahsuhkan akta auku dan perjuangan mahasiswa. Auku, yang konon nya undang2 bagi pas neh juga adalah auku yang sepatutnya zalim bila ia digunakan oleh bn. Benarlah kata mahasiswa mereka hanya dipergunakan oleh parti politik semata2. 

Bila mereka menegakkan hak2 mereka dan menuntutnya dari kerajaan, pr akan pongpang2 time tue lah mahasiswa hero, mahasiswa bagus, mahasiswa berani, mahasiswa ratu raja pejuang tulen bagai dan blablablala..

Bila mereka menegakkan hak2 mereka dan menuntutnya pula dari pembangkang, tiba2 mahasiswa neh tiada sokongan, tiada kata2 yang bagus, tiada kata2 semangat, malahan sesetengah dari mereka acuh tak acuh sahaja tapi time bantai polis dalam isu 1 jan 2012 ari tue, mereka2 neh larh yang no 1 lebih over2 berbanding dari tukang yang kena. 

Heran. 

Alasan yang paling best ialah auku sebahagian dari undang2. Time neh lah tiba2 nak hormat dan terima kewujudan undang2 neh. Sebelum2 neh dalam kes adam takde pun. Sedangkan jika ia benar2 atas nama undang2 maka polis seribu kali lebih dari layak, melanyak mahasiswa2 di dalam demo UPSI ari tue. Undang2 ma. 

Jadi alasan neh aku tak boleh. Akal aku tak boleh terima. Ia umpama ISA yang di-pr-kan. Undang2 masih sama, polisi masih sama, digunakan ke atas individu yang berbeza pendapat dari side bn dan ia masih lagi akta yang sama. Ia tidak akan menjadi akta yang baik hanya kerana pr gunakan ia.

Dan lagi, walaupun pun auku masih sebahagian dari undang2, tetapi ia bukan mewajibkan anda menggunapakaikan ia. Kena faham disini. Auku tidak pernah MEMAKSA / MEWAJIBKAN pentadbiran KUIN dalam menggunapakai AUKU dalam menghukum mahasiswa. Dalam erti kata lain, pentadbiran KUIN boleh menolak dari menggunapakai akta neh dalam menghukum mahasiswa.

Pentadbiran KUIN pada bila2 masa boleh sahaja mengingorekan penggunaan akta auku. Mereka boleh pilih berjuta2 hukuman dan resolve ia dengan cara yang lain.  Pasti ada cara dan kaedah yang boleh membawa kepada win2 situation. Cuma nak dengan taknak jek. 

MB kedah sepatutnya boleh menasihati pentadbiran kuin agar jangan menggunapakai akta zalim neh. Walaupun MB kedah tidak campur sangat dalam isu neh bukan pula bererti MB kedah tak boleh bagi nasihat dan bukan juga mewajibkan MB kedah mesti sependapat dengan pentadbiran KUIN. 

Akta auku bukan hanya zalim bila bn pakai. Ia juga tetap dan masih zalim bila pr guna. Auku tidak akan nampak baik hanya kerana pas menggunapakai ia. Ia tetap akta yang zalim dan menindas kebebasan dan hak bersuara bagi mahasiswa. 

Setelah bertahun2 mahasiswa membantah auku dan bersama2 pr pula dalam isu neh alangkah kecewa dan tergurisnya ahti dan perasan mereka bila kawan [pr] sendiri yang disandarkan kepadanya harapan, menggunakan akta neh untuk menafikan hak kawannya [mahasiswa] sendiri?

Apakah dalam dunia neh mahasiswa hanya boleh menentang polisi2 dan idea2 bn dan bila mahasiswa menentang polisi2 dan idea2 pr maka ianya salah?

Apakah dalam dunia neh rakyat hanya boleh menentang cara kerja bn dan bila mereka menentang cara kerja pr maka ianya salah? 

Perbezaan pendapat dan pandangan neh bukan berlaku berdasarkan parti atau label. Ia wujud sebab ilmu + pengalaman + cara hidup + suasana + bangsa + agama, kita berbeza. Yang neh boleh wujud di mana2 dan dalam apa keadaan sekalipun.

Jadi perkara yang sama juga berbalik dalam kes mahasiswa neh. Mahasiswa memang konsisten menentang auku. Bukan sebab ia diwujudkan oleh bn. Tetapi kerana akta neh tidak relevant. Tetapi pas tidak sekonsisten mahasiswa dalam menentang auku. Mereka hanya menggunakan isu neh untuk balon bn. Ia bukan dari ahti dan nurani mereka. Buktinya bila mereka sendiri membenarkan penggunaan akta neh terhadap mahasiswa kuin.

Oleh kerana ia bantai bn, maka mereka turut serta. Apa sahaja isu yang related dengan kejahatan bn, mereka sanggup lead di depan walaupun ada isu2 yang sepatah haram depa tak faham. Tapi apa sahaja isu yang related dengan kejahatan pr, usah kata ke depan, berbunyi pun takde. Ini lah dia perjuangan parti. Perjuangan macam neh rakyat macam aku memang tak boleh faham.\


Ameno : Apa pun tak boleh.. pr dan bn memang nak bagi rakyat rasa.. apa pun tak boleh.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...