Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 15 Januari 2012

Identiti sebenar pelajar yang nak bom Helikopter Najib tersebar ! Updated.

kah kah kah

Jahat gileww...

Bukan student neh beb. Tapi orang yang menyebabkan dia ditahan. Pasal apa? Pasal student neh memain. Kalau sungguh dia nak bom si najib tue, dia takan bangang2 nak pergi hebah bagai di fb. Yang aku tak boleh blah ble baca laporan berita kat bawah neh. Seriyus kelakar beb. 

Pecah perut gua oiii..

Lihat bawah neh ;
GEORGE TOWN – Polis menahan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan selepas membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman blognya, di sini hari ini.

Dalam kenyataannya pelajar terbabit dikatakan mahu meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatannya ke kampus itu minggu hadapan.

Pelajar terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan akan mengadakan sidang media mengenainya esok.

Kemon larh beb, kemon. Benda neh mesti ada asbabnya. Kena dikaji sikap bn dan najib pasal apa rakyat sebegini tegar buat statement macam neh di fb? Dorang takde rasa takut. Rasa hormat jauh sekali. Mesti ada kuasa yang menyebabkan dorang [termasuk aku sekali] yang marah sangat dengan kepimpinan najib.

Kemarahan yang dirasai oleh rakyat malaysia neh lebih membuak2 berbanding kemarahan terhadap paklah dulu. Siyes. Janganlah sibuk nak tahan orang yang memain cakap padahal yang hina pembangkang malahan ada yang ugut2 pemimpin pr dibiarkan pula. Contoh isu kes ugut dsai dan tgna. Ada tindakan susulan? Takdak.

Sejujurnya aku percaya dia main2 jek. Please jangan apa2 kan dia. Kesian student sekarang.. buat apa pun tak boleh. Yang turun bendera, dah dinaikkan semula, diperbesar2kan sehingga dihukum. Yang buat video, kena buang. Yang baru habis belajar, jadi imam, pertahankan hukum islam di dalam masjid kena pecat. Macam mana student nak respect hang najib, macam mana? Bagitau aku sket.. macam mana?

Lihat bawah neh ;



Sumber printscreen : disini.

Nota : Anda bagaimanapun dinasihatkan jangan mengeluarkan statement seperti di atas neh walaupun dalam nada bergurau pada masa akan datang. Aku takmo ada orang lain pula ditahan selepas neh. Takpelah geng, biarlah kita berjuang walaupun dalam keadaan tersepit. Ini salah satu halangan yang perlu kita hadapi. 

UPDATED ;

1. Nampaknya isu nya telah diperbesar2kan sehingga menjadi isu racist. Sila faham topic. Isu disini ialah mahasiswa yang ditahan. Bukan mahasiswa INDIA yang ditahan sebab nak BOM PIEM MELAYU. Neh bukan pasal racist ka apa. Neh pasal seorang mahasiswa warganegara malaysia ditahan kerana membuat gurauan akibat nak bom helipkopter perdana menteri nya.


2. Dan lagi satu, jangan lah pergi ugut2 dia pula macam adam adli kena. Dah takde kerja lain ka apa? Hidup jangan jadi tolol. Agak2 lah weh.


3. Ramai tak faham isu asal. Kisah asal bermula apabila ada rakan fb yang membuat sindiran nak bunuh najib kemudian nya report polis dibuat terhadapnya dan setelah beberapa lama berlalu ada pula yang buat ugutan nak bunuh tgna dan dsai namun tiada tindakan susulan di ambil. Bukan pr nak besarkan isu namun bila melihat ada side pr di anggap serius walaupun dia cuma bergurau melalui satu page tue namun bloggers umno menganggap ia seriyus, lalu bermulanya adegan balas membalas. 

Dari situ lah setiap dari kita di ingatkan agar menjaga tutur kata masing2 di fb bila ia melibatkan pemimpin kerajaan. PR takpe. Kutuk, hina dan ugutlah suka ahti korang sebab takde sapa2 penguatkuasa yang akan heran dengan keselamatan depa. Padan muka kita.


4. Dan yang lebih malang, dia hanya bergurau di fb tapi difitnah konon nya mengugut melalui blog. Kot yer pun nak tahan untuk siasatan bagi lah info yang betul. Jangan tokok tambah beb.


Artikel neh akan dikemaskini kelak.

Ameno : Di blog ? Dia buat statement di fb jek.. blog apa ? Ada meh? Bagi bukti pleasee.. Jangan SPIN weh..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...