Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 17 Mac 2018

Penjelasan Rizal Mansor Isu Rosmah Paksa Kanak-Kanak Autisme Cium Pipinya.

Pegawai Khas Kepada Datin Seri Rosmah Mansur, Rizal Mansor kesal dengan tindakan segilintir penyokong pembangkang yang menyebarkan satu video membabitkan Rosmah dan seorang kanak-kanak tanpa usul periksa di laman sosial sejak semalam. 


Page Saya Sayang Tun Mahathir Mohamad (SSTDM) yang menyebarkan video itu dengan membayangkan seolah-olah kanak-kanak itu enggan membenarkan Rosmah mencium pipinya.

"Sebuah video yang disebarkan oleh laman facebook ‘Saya Sayang Tun Mahathir Mohamad’ menunjukkan seolah-olah seorang kanak-kanak enggan membenarkan DS Rosmah mencium pipinya. Pada ketika ini, video tersebut mendapat jumlah tontotan yang tinggi dan ribuan kongsian telah dibuat," katanya.



Menurut Rizal, kanak-kanak itu yang dikenali dengan nama Izz sebenarnya ialah seorang autisme dan cara kanak-kanak autisme berkomunikasi sebenarnya berbeza dengan kanak-kanak biasa yang lainnya.
 

"Kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Izz merupakan seorang anak autisme yang mempunyai kebolehan luar biasa untuk menyelesaikan masalah matematik dan kimia pada usia hanya 6 tahun. Kepintaran Izz telah membolehkan dia untuk masuk ke Pusat PERMATA Pintar, sebuah pusat untuk anak-anak pintar yang diilhamkan oleh DS Rosmah. Kelmarin, DS Rosmah telah meluangkan masa untuk melihat sendiri perkembangan Izz di PERMATA Pintar. Pada usia 6 tahun, Izz merupakan pelajar paling kecil di pusat itu memandangkan rata-rata pelajar berusia belasan tahun.

Anak-anak autisme tidak seperti kanak-kanak yang biasa, mereka mempunyai telatah dan cara mereka tersendiri. Ramai di antara mereka mempunyai masalah dalam berkomunikasi, lebih-lebih lagi dengan orang yang bukan dari ahli keluarga mereka. Jadi tidak hairanlah Izz agak malu apabila bersama dengan DS Rosmah,"
jelasnya.

Rizal yang juga kesal dengan pihak yang mempolitikkan isu ini berkata tindakan memperlekehkan Rosmah secara tidak langsung sebenarnya seperti menghina kanak-kanak autisme.


"Tetapi apa yang dikesalkan adalah apabila ada pihak yang cuba mempolitikkan situasi ini. Seolah-olah tidak ada hormat dan sedikitpun rasa simpati terhadap kanak-kanak autisme. Siang malam hanya memikirkan soal bahan yang boleh dimuatnaik untuk dijadikan cerita politik dan bahan cercaan. Sepatutnya apa yang diraikan adalah kisah kepintaran Izz sehingga mampu menjadi pelajar di Pusat PERMATA Pintar.

Berlainan dengan mereka di sebelah sana yang sibuk mencaci dan mencerca, DS Rosmah pula telah berusaha menubuhkan pusat PERMATA Kurnia untuk membantu anak-anak autisme. Pusat PERMATA Pintar pula ditubuhkan untuk mendidik anak-anak pintar yang akan menjadi aset negara pada masa hadapan. Inilah perbezaan antara kita dan mereka.

Mereka yang telah ‘share’ video tersebut, eloklah bermuhasabah diri dan padam kembali. Anda seolah-olah telah menghina anak-anak autisme, lebih-lebih lagi anak yang mempunyai kebolehan luar biasa seperti Izz,"
katanya lanjut.


Hudud Belum Sesuai Dilaksanakan Di Malaysia Kata Presiden IKATAN.

Oleh : Free Malaysia Today
 

Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) percaya bahawa isu hudud tidak akan menjadi isu besar diantara gabungan PAS dan parti baharu dalam membentuk blok pembangkang ketiga.



Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, walaupun bergabung dengan PAS, mereka sependapat bahawa hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di Malaysia.

“Saya tidak fikir, situasi di Malaysia sesuai untuk melaksanakan hukum hudud. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata, hudud kita fikir kemudian, apa yang dibentangkan di Parlimen bukan untuk melaksanakan hudud.

“Tetapi, hanya untuk tingkatkan lagi kuasa mahkamah syariah. Kerana, kuasa mahkamah syariah lebih rendah dari mahkamah majistret,”
ujarnya dalam satu wawancara bersama FMT.

Jelas Abdul Kadir, isu hukum hudud itu merupakan isu dan provokasi yang hanya dimainkan oleh penyokong UMNO di Kelantan.

“Mereka (PAS) tidak membawa hudud, selama 20 tahun memerintah, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tidak pernah bawa. Dia (Nik Aziz) tahu bahawa rakyat tidak sokong.

“Tetapi ia mendapat provokasi dari ahli-ahli UMNO di kawasan kampung terutamanya, kenapa PAS sebagai sebuah kerajaan tidak membawa hudud,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Kadir juga memberitahu Islam bukanlah sebuah agama yang ketat, sebaliknya agama untuk semua pihak.

“Islam juga benarkan atas beberapa syarat, kita boleh menangguhkan pelaksanaan hukum hudud dan di Malaysia, saya lihat kita termasuk dalam syarat berkenaan kerana masyarakat berbilang bangsa,” ujar beliau.

Pada masa sama, beliau turut memberitahu bahawa tanggungjawab PAS untuk memperketatkan undang-undang mahkamah syariah juga telah selesai dan kini terpulang pada rakyat untuk menghakimi.

“Mereka telah bawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, kemudian bentangkan di Parlimen. Tugas mereka sudah selesai, sebagai seorang muslim, mereka telah lakukan sebaik mungkin.

“Kini terpulang kepada rakyat, untuk memilih kerajaan, kerana kini ia di bawah kuasa UMNO,”
katanya lagi.

Pensyarah Jawab Dakwaan TGHH Salahkan PH Merosakkan Ekonomi Negara.

 
TERKEJUT saya bila membaca kenyataan tokoh evangelis DAP, Hannah Yeoh, di laman Facebook beliau yang berbunyi: “Ahli-ahli politik sekalian - jangan sesekali jadi sampai macam ni, dah tak masuk akal” kepada laporan portal berita The Malaysian Insight hari ini bertajuk “Masalah ekonomi Malaysia berpunca daripada pemimpin Pakatan, kata Hadi”.
 
 
Kenyataan Hannah Yeoh ini adalah bukti betapa bencinya tokoh evangelis DAP dan DAP sendiri kepada Presiden PAS sebagai seorang pemimpin, kepada PAS sebagai sebuah parti politik dan kepada Islam sebagai dasar perjuangan PAS sehingga beliau boleh menyebut “dah tak masuk akal” kepada kenyataan Presiden PAS itu hanya berpandukan tajuknya sahaja.
 
Memang saya sendiri mulanya merasa hairan dengan tajuk laporan portal berita The Malaysian Insight ini kerana ia menggambarkan seolah-olah Presiden PAS meletakkan punca masalah ekonomi Malaysia kepada pemimpin Pakatan Harapan (PH) secara keseluruhannya, termasuk Presiden PKR, Setiausaha Agung DAP, Presiden PAN dan Presiden PPBM.
 
Bagaimanapun, bila dibaca laporan asal kenyataan Presiden PAS di dalam laman web HarakahDaily hari ini, bertajuk “Presiden PAS jawab fitnah Muhyiddin”, maka nyatalah portal berita The Malaysian Insighttidak beretika kerana menaikkan bahagian kecil kenyataan Presiden PAS sebagai berita dan meletakkan tajuk mengelirukan kepada berita itu.
 
Sangat jelas kenyataan Presiden PAS yang diguna, iaitu “Masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara, sama ada kerajaan atau rakyat adalah peninggalan daripada pemimpin-pemimpin yang duduk dalam PH hari ini, yang memerintah negara sejak tahun 80-an, merekalah yang mewujudkan masalah”, adalah merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Tiada yang “tak masuk akal” pun pada kenyataan Presiden PAS ini kerana penegasan bahawa Tun Dr Mahathir adalah punca masalah yang dihadapi oleh negara telah berulangkali dibuat oleh beliau sebelum ini, malah bukan sahaja Presiden PAS tetapi ramai lagi tokoh negara yang menyebutkan perkara yang sama, termasuk Sultan Johor dan pemimpin DAP sendiri.
 
Bila Hannah Yeoh menyifatkan Presiden PAS “tak masuk akal” kerana menyatakan Tun Dr Mahathir adalah punca masalah yang dihadapi oleh negara, maka ini bermakna beliau juga menyifatkan Sultan Johor “tak masuk akal” kerana Baginda juga menyebut “Tun Mahathir merupakan punca kepada masalah di negara ini pada ketika ini” pada 25 Ogos 2016.
 
Bila Hannah Yeoh menyifatkan Presiden PAS “tak masuk akal” kerana menyatakan Tun Dr Mahathir adalah punca masalah yang dihadapi oleh negara, maka ini bermakna beliau juga menyifatkan Charles Santiago “tak masuk akal” kerana beliau juga menyebut “Dr Mahathir adalah punca kepada masalah yang menjejaskan setiap rakyat Malaysia hari ini” pada 6 Mac 2016.
 
Semua ini menunjukkan betapa mendalamnya kebencian tokoh evangelis DAP dan DAP sendiri kepada Presiden PAS, kepada PAS dan kepada Islam sehingga sanggup melakukan kerja yang sangat tidak beretika dengan menggunakan berita yang di'spin' sebegitu rupa hanya untuk mempengaruhi masyarakat supaya membenci Presiden PAS, PAS dan Islam.
 
Lebih menyenakkan bila bekas Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, yang kini menyokong PAN dan baru menerbitkan buku “Parti Amanah Negara: Cabaran, Halangan dan Potensi Sebagai Parti Islam Berpengaruh, Berintegriti”, turut menyindir tindakan 'spin' oleh portal berita The Malaysian Insight, dan akhbar Sinar Harian, ini.

Jumaat, 16 Mac 2018

Minta Ampun Kat Sultan Johor Sebab Nak Pilihanraya La Tu Kan Nazri Sindir Netizens.

SEMALAM, Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz dibenarkan untuk mengadap DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor di Istana Pelangi.

Perkara itu dilaporkan oleh page JDT - Johor Southern Tigers bersertakan beberapa gambar pertemuan.



Menurut Sultan Johor pertemuan tersebut bertujuan untuk mendapatkan pandangan berkaitan pentadbiran negeri (Johor) dan memohon ampun.

"DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menerima mengadap Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan pada hari ini, 15hb Mac 2018.


Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz datang mengadap untuk meminta pandangan daripada DYMM Sultan Johor berkenaan pentadbiran negara untuk masa akan datang dan juga memohon ampun kepada DYAM Tunku Mahkota Johor. Allah Peliharakan Sultan,"
kata Baginda dalam satu kenyataan.


Sejak tahun 2015, Nazri Aziz dan TMJ saling berbahas (bergaduh) mengenai isu politik tanahair menggunakan saluran media.

Tindakan TMJ yang mengkritik ketidakhadiran Najib Razak dalam program Nothing To Hide dipercayai menjadi titik tolak perselisihan politik antara kedua belah pihak. 

Tindakan Nazri yang bersedia meminta maaf itu bagaimanapun disindir dan ditertawakan oleh netizens. Rata-rata beranggapan ia taktik politik murahan menjelang PRU ke 14.




Ini kerana perselisihan Nazri dengan TMJ sudah berlangsung lebih dari dua tahun lamanya justeru tindakan yang memohon ampun secara tiba-tiba itu mengundang spekulasi dikalangan netizens. 

Ramai percaya ia ada kaitan dengan musim pilihanraya.
 
Difahamkan Parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat diantara Mac dan April tahun ini. - 16 Mac 2018.

Tali Barut Tak Boleh Putuskan Jawatan Saya Sindir Rais Yatim Pada Tun Faisal.

Tan Sri Dr. Rais Yatim salah seorang bekas menteri yang tidak dilantik semula ke dalam jawatan kabinet namun diberikan jawatan khas sebagai Penasihat Perdana Menteri dalam Hal Ehwal berkaitan kebudayaan dan kesenian.

Sejak kebelakangan ini, Rais Yatim semakin ligat mengkritik isu 1MDB dan Jho Low.

Terbaru beliau membalas sindiran Menteri Komunikasi, Datuk Seri Salleh Keruak dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz yang mempertikaikan kenyataannya tentang isu Jho Low dan 1MDB.

 
"Itulah, bila ditegur menteri hebat macm Nazri kata orang meroyan. Dunia dah cukup perli Malaysia melalui Jho Low. Kenapa sayang sangat pada pemutar alam Jho Low? Berbillion ringgit wang Negara lesap. Ingat bila pelepah gugur pucuk jangan ketawa. Saya masih menteri, lupa kot? Siapa meroyan?," tulisnya di Twitter.

Bagaimanapun, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik JASA, Tun Faisal nampaknya tidak senang dengan tindakan Tan Sri Rais Yatim yang berterusan menyerang pentadbiran Najib Razak dalam isu Jho Low dan 1MDB.

Beliau kemudiannya mencadangkan agar Rais Yatim lebih baik meletak jawatan sahajalah.



"Sila lah letak jawatan jika tidak boleh bertindak sebagai Menteri dan menggunakan saluran yang betul," balasnya kepada Rais Yatim.


Namun Rais Yatim menyindir Tun Faisal dengan perkataan 'talibarut' apabila membalas gesaan meletak jawatan sepatutnya diputuskan oleh Perdana Menteri itu sendiri dan bukannya orang lain.

"Pegawai Jasa Tun Faisal gesa saya letak jawatan sebagai penasihat kerajaan. Saya cuma cadang Jho Low disiasat. Macm nak runtuh langit. Kalau PM isyaratkan baru saya bersara. Tapi sabarlah Tun Faisal saya dah berhubung dengan PM. Biarlah beliau yang putuskan. Ini tak boleh diputuskan oleh talibarut," jawabnya.


Mempertahankan tweetnya Tun Faisal juga menyeru agar Rais Yatim mendapatkan pandangan dari saluran sedia ada berbanding menulis di Twitter.

"Tweet ini juga tidak wajar kerana seolah-olah meremehkan tugas @PDRMsia, JAN, PAC dan @AGCPutrajaya yang entah melaksanakan siasatan sejak tahun 2015. Sebab itu saya sarankan supaya @DrRaisYatim dapatkan maklumat & fakta kes menggunakan saluran yang ada," katanya. 



Untuk rekod, laporan Jabatan Audit Negara mengenai 1MDB telah menjadi Akta Rahsia Negara (OSA) selepas laporan mengenainya siap diterbitkan. - 16 Mac 2018.

21 Pelajar Tahfiz Di Kuantan Diliwat, Penjenayah Perlu Dikenakan Hukuman Tegas Kata MP.

Oleh : Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan.

SAYA kesal dan sangat terkejut dengan perkabaran mengenai insiden yang berlaku di salah sebuah maahad tahfiz di Kuantan yang didedahkan oleh beberapa akhbar tempatan hari ini.



Kesal, marah dan sangat sedih apabila ia melibatkan juga pelajar pelajar tahfiz di situ yang sedang mendalami ilmu agama.

Mereka diperdayakan dan dipergunakan bagi melepaskan nafsu salah seorang sukarelawan yang dikatakan aktif di situ dalam menyumbang kepada maahad tahfiz itu.

Kepercayaan dan amanah yang diberi oleh pihak maahad tafiz disalahgunakan oleh penjenayah tersebut.

Kanak-kanak memang mudah memberi kepercayaan kepada seseorang yang dilihat sebagai sahabat dan tambahan banyak pula membantu sekolah mereka.

Saya menggesa pihak berkuasa supaya memberikan hukuman yang berat serta setimpal kepada mereka yang terlibat dalam jenayah ini.

Saya juga memohon supaya pihak berwajib dapat memberikan kaunseling kepada pelajar tahfiz yang terlibat serta keluarga mereka yang pastinya mengalami trauma serta gangguan emosi dan juga dibelenggu perasaan malu dengan apa yang berlaku ke atas diri mereka.

Semoga agensi kerajaan dapat bekerjasama dengan institusi pendidikan serta NGO dalam menangani permasalahan ini supaya ia tidak merebak dan menjadi jenayah yang sangat teruk dimasa hadapan

Sebelum ini, kita juga banyak dihidangkan dengan kes-kes sebegini yang berlaku sehingga ada yang menyebabkan kematian kepada mangsa terlibat.

Bagi saya ia merupakan jenayah yang kejam dan perlu dibasmi segera supaya tidak menular dengan lebih besar di kalangan masyarakat.

Mungkin juga disebabkan pengajian di sana banyak tertumpu kepada hafazan dan agama 100% dan pelajar tahfiz tidak didedahkan dengan subjek yang membolehkan mereka memahami ilmu dunia dan persekitaran serta memahami isu semasa yang boleh membantu menggelakkan diri daripada menjadi mangsa kegiatan tidak bermoral yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

Sekiranya benar mungkin perkara ini boleh diperbaiki.

Sekali lagi saya tegaskan perasaan kesal serta marah saya dan saya ingin melihat anak-anak kita yang lain terlindung daripada menjadi mangsa di masa hadapan.

Sama-sama kita bina semula negara kita.

138 Ahli Parlimen SWISS Tidak Sokong Pulangkan Dana 1MDB Kepada Malaysia.

Oleh : The Malaysian Insight

AHLI Parlimen Switzerland mengundi hari ini bagi menentang penghantaran balik CHF104 juta (RM430 juta) yang didakwa dicuri daripada firma pelaburan negara 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).




Setiausaha Antarabangsa Switzerland daripada Parti Sosialis Switzerland (SDP), Peter Hug berkata majlis kebangsaan menolak usul itu daripada Ahli Parlimen Carlo Sommaruga.

SDP berkata 53 mengundi menyokong manakala 138 undi menentang pengembalian dana. Tiada yang berkecuali.

"Perjuangan untuk mendapatkan lebih keadilan dan solidariti dan mengurangkan rasuah serta aliran kewangan haram diteruskan," katanya dalam e-mel kepada The Malaysian Insight.

Dewan Rakyat Switzerland mengundi pada hari ini.

Menteri Kewangan Switzerland Ueli Maurer sebelum ini berkata dana daripada 1MDB sedang ditahan di Perbendaharaan Persekutuan Swiss kerana tidak ada pihak yang menuntut.

Rabu, 14 Mac 2018

Fakta PAS Sebagai Parti Bebas Rasuah - Satu Analisis.

FAKTA PAS BEBAS RASUAH?
1. Bergegar dunia politik Malaysia apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Paul Low mengisytiharkan di Parlimen bahawa seramai 92 pemimpin parti politik telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara 2013-2017. Fakta menunjukkan bahawa 71 orang daripadanya adalah dari Barisan Nasional (BN) manakala selebihnya 21 orang dari parti komponen Pakatan Harapan (PH). Fakta ini cukup mengejutkan kerana Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak disiasat sama sekali, sedangkan begitu banyak tuduhan dan dakwaan rasuah telah dilemparkan kepada PAS dan kerajaan negeri Kelantan.
2. Bagaimana sebenarnya prosedur siasatan SPRM? Jika benar PAS bermasalah dan meragukan, mengapa SPRM tidak merekodkan sebanyak mungkin kes ke atas PAS Kelantan agar mudah BN merampas Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 nanti? Jika benar SPRM ialah ‘alat BN’, mengapa tidak direkodkan jumlah siasatan kes ke atas BN sebagai ‘0’ sama seperti PAS? Mengapa tidak dinyatakan bahawa PH disiasat lebih daripada 100 orang agar musnah reputasi pakatan lawan?
3. Kesemua persoalan ini menjurus ke arah beberapa implikasi : pertama, SPRM masih memiliki autonomi tersendiri dan tidak terikat sepenuhnya kepada parti pemerintah dalam melakukan siasatan. Kedua, SPRM berani mengemukakan fakta dan data secara jujur meskipun jelas laporannya tidak membantu reputasi BN menjelang PRU-14 nanti dengan 71 siasatan. Ketiga, meskipun kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang mempunyai mekanisme semak dan imbang sendiri seperti SELCAT dan CAT, namun ia tidak sepenuhnya mampu mencegah persepsi rasuah hinggakan masih terdapat kes dilaporkan kepada SPRM. Keempat, meskipun mekansime pengisytiharan harta dipelopori oleh PH, terutama sekali kerajaan negeri DAP Pulau Pinang, namun persepsi dan siasatan kes rasuah masih wujud. Kelima, pemimpin PAS diiktiraf secara tidak langsung oleh SPRM dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Paul Low sebagai bebas rasuah.
4. Harus diingat, Parti Sosialis Malaysia (PSM) juga tidak disiasat namun berbeza dengan PSM, PAS ialah sebuah parti politik yang telah menguasai kerajaan negeri Kelantan sejak tahun 1990. Malah, berbanding Parti DAP dan PKR yang baru menguasai Pulau Pinang dan Selangor pada tahun 2008, PAS lebih lama berkuasa di Kelantan iaitu selama hampir 28 tahun. Maka PAS jauh lebih berisiko untuk terdedah kepada rasuah, penyelewengan, mahupun penyalahgunaan kuasa. Demikian juga dalam kes BN, disebabkan parti pemerintah ini menguasai sebahagian besar kerajaan negeri dan pusat, maka skala siasatan ke atas mereka juga tentulah besar di mana berbeza dengan PAS yang tidak memiliki tapak yang kukuh seperti BN di Sabah dan Sarawak misalnya. Maka penelitian yang lebih lanjut perlu dilakukan ke atas prosedur SPRM.
5. Orang awam boleh mengakses laman sesawang rasmi SPRM terutama sekali di seksyen ‘Penguatkuasaan’ yang tertera maklumat asas berikut : “Strategi penguatkuasaan merupakan salah satu daripada strategi serampang tiga mata SPRM berdasarkan kepada Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan memainkan pelbagai peranan penting antaranya menjalankan siasatan, mengumpul maklumat, memberi khidmat bantuan forensik, memproses dan menguruskan maklumat serta mengendalikan kes-kes perbicaraan yang diletakkan di bawah portfolio Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi)”.
6. Apakah komponen-komponen SPRM yang terlibat dalam siasatan ini? Hal ini boleh diakses dalam Sektor Operasi yang menghuraikan 4 bahagian teras utama SPRM:
• Jabatan Siasatan
• Jabatan Perisikan
• Bahagian Perundangan Dan Pendakwaan
• Bahagian Pengurusan Rekod Dan Teknologi Maklumat
7. Jabatan Siasatan memainkan “peranan yang terpenting dalam misi membanteras jenayah rasuah dengan mengendalikan tugas penyiasatan. Sebagaimana yang digambarkan oleh namanya, peranan Bahagian ini tertakluk kepada seksyen 7 subseksyen (a) dan (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009”.
8. Jabatan Perisikan berperanan sebagai pusat pengumpulan maklumat di mana “Pengumpulan maklumat di Bahagian Perisikan mencakupi pelbagai sumber dan menerusi pelbagai kaedah dan teknik terkini”. Bahagian Perundangan dan Pendakwaan pula “bertanggungjawab mengendalikan perbicaraan serta rayuan kes-kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa di Mahkamah. Pendakwaan dilaksanakan secara adil dan memenuhi tahap pembuktian mengikut keperluan undang-undang. Bahagian ini juga meneliti Kertas Siasatan yang dikemukakan oleh Bahagian Siasatan untuk keputusan dan tindakan lanjut serta memberi nasihat perundangan yang sewajarnya”.
9. Bahagian Pengurusan Rekod & Teknologi Maklumat “bertanggungjawab untuk menerima dan memproses maklumat, mengendalikan dan mengurus dokumen-dokumen operasi/terperingkat, memproses permohonan tapisan keutuhan dan pelupusan dokumen, menyediakan perangkaan dan statistik berkaitan SPRM serta bertanggungjawab memberi khidmat bantuan teknikal dan khidmat nasihat kepada pengguna yang berkaitan dengan permasalahan sistem computer”.
10. Proses Siasatan SPRM pula bermula apabila pihak pengadu menyalurkan aduan dan maklumat melalui Sistem Pengurusan Aduan (Complaints Management System CMS) yang merupakan platform bagi orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Hanya pemberi maklumat yang dikenalpasti dan boleh dihubungi sahaja yang akan dimaklumkan status maklumat yang mereka kemukakan melalui sistem ini.
11. Proses seterusnya adalah di Sistem Tapisan Keutuhan (eSTK) yang berfungsi untuk menguruskan pelbagai permohonan tapisan keutuhan secara dalam talian (online) bagi membolehkan permohonan tapisan diurus dengan lebih cekap, cepat dan sistematik. Ianya diwujudkan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses permohonan tapisan keutuhan kepada SPRM secara elektronik tanpa melibatkan penghantaran permohonan secara fizikal. Tapisan Keutuhan yang dilaksanakan ini adalah berdasarkan kepada Pekeliling Am Sulit 1/1985 melibatkan 5 jenis tapisan yang merangkumi Kenaikan Pangkat, Bersara Pilihan, Tapisan Am, Pengurniaan Pingat Persekutuan dan Pingat Negeri.
12. ‘Panduan Memberi Maklumat yang Bekualiti’ turut disertakan dalam laman sesawang rasmi SPRM agar setiap aduan yang dikemukakan boleh dipastikan benar-benar berasas. Enam aspek wajib yang perlu dikemukakan ialah: Bila kejadian berlaku (When), Di mana kesalahan dilakukan (Where), Siapa yang terlibat dan yang boleh membantu (Who), Apa kesalahan yang dilakukan (What), Kenapa kesalahan dilakukan (Why), dan akhirnya Bagaimana transaksi rasuah tersebut dilakukan (How).
13. SPRM menjelaskan bahawa mereka menerima maklumat dari pemberi maklumat yang tidak dikenali, tetapi mestilah disertakan alamat atau maklumat perhubungan. SPRM tidak dapat bertindak ke atas banyak maklumat yang tiada maklumat perhubungan. Pemberi maklumat akan dilindungi mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Maklumat akan melalui proses saringan bagi mengenalpasti sama ada Maklumat yang dikemukakan adalah berunsur rasuah atau tidak, Maklumat tersebut boleh diambil tindakan atau tidak, dan seterusnya adakah Orang yang ditohmah boleh dikesan / dikenalpasti atau tidak.
14. Kemudiannya, selepas proses saringan, maklumat yang memenuhi kriteria yang ditetapkan dan di bawah bidang kuasa SPRM akan dibentangkan di dalam Jawatankuasa Menilai Maklumat (JMM) bagi menentukan tindakan lanjut. JMM yang diadakan setiap hari dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM dan dianggotai oleh Pengarah-pengarah Bahagian tertentu. Sekiranya disahkan bahawa terdapat unsur rasuah, maka Bahagian Perundangan/Pendakwaan/Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan.
15, Ringkasnya, proses aduan kepada SPRM bukanlah proses yang boleh dimanipulasi dan setiap kes serta siasatan yang dijalankan pastilah merupakan hasil daripada maklumat yang mempunyai asas yang kukuh.
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Cytro BN VS Cytro BN Isu Air Di Selangor.

Tular penulisan blogger pro UMNO, Sang Kelembai atau nama sebenarnya Zaharin Mohd Yassin di media sosial. 

Zaharin yang juga ahli UMNO Bandar Tun Razak menulis tentang masalah air di Selangor bukanlah isu politik sebaliknya ia adalah isu kerosakan.

Oleh itu beliau meminta agar semua pihak tidak menunding jari menyalahkan kerajaan negeri sebaliknya kesalahan haruslah diletakkan ke atas bahu SPLASH.

Penulisan oleh Zaharin itu juga dikongsikan oleh ramai penyokong Pakatan Harapan di laman sosial.

Bagaimanapun, cybertroopers terkenal BN, Lim Sian See membidas hujah Zaharin dan menyifatkan Zaharin lah sebenarnya yang tidak membuat kerja rumah sebelum menyebarkan sesuatu.

Oleh : Lim Sian See

YANG TAK BUAT KERJA-RUMAH DAN MASUK GOL SENDIRI IALAH ZAHARIN SENDIRI.

Dia banyak salah fakta - tapi mengapa dia mahu mempertahankan kerajaan PKR Selangor pula?

1. Rozali Ismail (bukan Razali) bukan pemilik SPLASH – Rozali dulu pemilik SYABAS dan Puncak Niaga bukan SPLASH yang didakwa Zaharin.

Sila panggil Zaharin Mohd Yasin tunjukkan bukti SPLASH milik TS Rozali Ismail.

2. Sweet Water Alliance itu milik TS Wan Azmi yang dekat dengan PKR dan merupakan pengarah Institut Rakyat di bawah pengerusinya ialah presiden PKR Wan Azizah.

3. Kerajaan Selangor di bawah Khalid pada tahun 2014 mahu ambil SPLASH pada harga RM250 juta tetapi ditumbangkan kerana isu ini juga. Kerajaan Azmin Ali mahu bayar jauh lebih tinggi harga RM2.8 bilion untuk SPLASH pula.



Kalau benar SPLASH kroni BN, takkan kerajaan Pakatan Selangor mahu bayar RM2.8 bilion kepada kroni BN dan bukan RM250juta sahaja?

Oleh kerana harga yang jauh lebih tinggi ini yang berbeza dengan harga RM250 juta yang dulunya dipersetujui dengan kerajaan persekutuan, kerajaan Selangor tidak dapat kelulusan dan pinjaman dari kerajaan Persekutuan untuk meminjam wang kepada Selangor untuk membeli SPLASH.

Sebelum ini pada tahun 2014 dan 2015, kerajaan persekutuan telah memberi pinjaman RM6.59 billion kepada kerajaan Selangor untuk membeli sepenuhnya syarikat-syarikat air di Selangor seperti Puncak Niaga, Konsortium Abbas dan Syabas

Kalau tak tahu fakta, jangan spin dan jangan buat fitnah.

Ini Bukti Betapa Kantoinya Isa Samad Dalam Isu Tanah FELDA RM270j & Kenapa Najib Perlu Buang Isa Dari SPAD!

Ini kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak pada 22 December 2017 jam 12.20 - 12.30 tengahari.

"Saya telah minta Felda mengambil tindakan yang sepatutnya bagi melindungi kepentingan Felda setelah dimaklumkan mengenai isu tanah Jalan Semarak. 

Kepentingan Felda dan peneroka mesti sentiasa kita jaga dalam segala usaha pembangunan.Siasatan akan dijalankan bagi memastikan sekiranya ada kecuaian atau salah laku oleh mereka yang terbabit. 

Tindakan akan diambil berasaskan laporan siasatan. Langkah memelihara kepentingan Felda dan peneroka perlu diambil.

Pada masa sama saya mahu siasatan terperinci dijalankan oleh pihak berkuasa serta-merta. Tindakan akan diambil terhadap sebarang kecuaian atau salah laku," katanya dalam satu kenyataan di Twitter.

Bukti;




Jawapan mengikut Hansard Parlimen;


Dato’ Fauzi bin Abdul Rahman [Indera Mahkota]: Boleh? Soalannya simple, ringkas. Saya follow up daripada apa yang dinyatakan daripada Yang Berhormat Pendang. Saya, soalan yang cukup baik lah. Akan tetapi persoalannya, siapa yang mengeluarkan PA? Bagaimana boleh dapat PA? PA ini bukan senang kalau tanah itu pula dimiliki oleh FELDA. 

Jadi FELDA dia ada board. Has the board had a meeting? Kalau tidak ada siapa yang mengeluarkan PA? Siapa yang ada autoriti mengeluarkan PA? Saya pun reti juga benda-benda begini sebab saya pun pernah buat. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih banyak-banyak, Tuan Yang di-Pertua. 

Datuk Wira Razali bin Ibrahim [Muar]: Saya mengambil apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pagoh ya. Kita zaman sekarang ini tidak boleh hendak sembunyi-sembunyi pun. Banyak benda akan terdedah. 

Jadi saya akan menjawab di Parlimen ini. PA tersebut ditandatangani oleh Pengerusi FELDA ketika itu dan Pengurus Besar yang menandatangani

Tak ada. Saya jawab soalan yang Yang Berhormat tanya. Saya beritahu lah. Jadi maknanya ini bukan soal untuk saya mengata siapa betul siapa salah kerana siasatan masih berlangsung. 

Saya sebut tadi ada banyak syor sebenarnya atau penemuan yang didapati oleh forensic auditing. Cumanya menjawab soalan yang ditanya, saya jawab siapa yang keluarkan PA atau yang menandatangani. 

Prosedur tentang semua dokumen 240 dokumen, minit mesyuarat lembaga telah pun diambil dalam melengkapkan siasatan. 

Cuma Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tambah satu perkara yang dibangkitkan di luar yang tidak dibangkitkan di sini untuk saya jawab iaitu ada yang tanya, apa masalah tanah ini jadi isu sebab sehingga menuduh Yang Berhormat Johor Bahru berdrama? 

Dia kata tanah ini akhirnya nanti selepas 10 tahun kalau tempoh pembangunan itu akan dimiliki secara strata. Maknanya tidak jadi tanah FELDA pun. 

Ini ada disebut dalam ceramah dan ada juga pertanyaan yang dibuat tetapi tidak ditanya di sini. Saya hendak jawab serentak. Soalnya, kita tahu tanah itu akan diagihagihkan secara strata. 

Cuma yang paling mustahak Yang Berhormat kena bantu beritahu dekat orang lain. Dalam membangunkan projek, kita doa dia berjaya. Akan tetapi kalau dalam tempoh tahun-tahun pembinaan, syarikat yang dilantik gagal ataupun winding up, gulung tikar. Mana lebih baik? 

Dia gulung tikar dengan tanah sekali dia bawa atau dia gulung tikar tanah masih berada di pihak FELDA bagi kita cari syarikat yang baharu? 

Oleh sebab itu Pengerusi FELDA dia merujuk kepada hak milik tanah yang terlepas dan khuatir kalau apa berlaku kita tidak ada kawalan ke atas tanah-tanah atas projek yang hendak dibangunkan. Ini yang menjadi punca yang jadi perbincangan. 

Hari ini saya harap semua bersetuju dan bersyukur tanah itu selamat dan kita akan tengok hasil projek pembangunan itu benar-benar dapat memberi manfaat kepada kita FELDA dan organisasi kumpulan keseluruhan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. 

Menurut YB Razali, PA ditandatanggani pada tahun 2014

Dato’ Razali bin Ibrahim: Setuju. Perkara ini timbul apabila surat lantikan kepada SPSB ini dikeluarkan seawal 24 Januari 2014, kemudiannya Master Development Agreement ditandatangani pada 2 Jun 2014 dan power of attorney ini diberikan. 

Jadi, dalam power of attorney ini, antara lain, satu irrevocable dan juga kuasa penuh yang tidak diperjelaskan sehingga membolehkan syarikat yang mendapat PA itu menggunakan PA tersebut seolah-olah dia macam tuan punya keseluruhan. 

Jadi, dia pun masuk satu perjanjian di antara diri dia dengan diri dia sebab dia antara syarikat yang bangun dan dia juga mempunyai full PA. 

Walhal, PA ini kalau tengok dalam perkara yang dinyatakan adalah untuk mereka melihat keseluruhan pembangunan, mencari, melantik perunding, mencari kewangan kerana FELDA tak nak keluar duit. Akan tetapi, dia gunakan kuasa yang tersirat itu untuk memindahkan tanah tersebut dan instrumen inilah yang dibawa kepada pejabat tanah .. (rujuk)

Isa Pengerusi FELDA tahun 2011 - 2017

Pada 1 Januari 2011, Tan Sri Isa Samad dilantik sebagai Pengerusi Felda. Perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi turut menimbulkan kontroversi berikutan ada dikalangan anak peneroka yang tidak berpuas hati dengan perlantikan tersebut kerana Isa Samad;

i) bukan dikalangan keluarga peneroka
ii) pernah terpalit dalam skandal rasuah

Pada tahun 2017, Tan Sri Isa Samad telah meletak semua jawatan dalam FELDA dan dilantik masuk ke dalam SPAD.

Ini bermaksud PA yang ditandatanggani pada tahun 2014, adalah PA yang ditandatanggani oleh Tan Sri Isa Samad.

So, apa kata Najib? Masih layakkah Isa jaga SPAD selepas kontroversi di FELDA? Untuk rekod, Tan Sri Isa Samad pernah keluarkan kenyataan yang Perdana Menteri sendiri mahukan beliau berada di dalam SPAD (rujuk)!



Apa ada ditangan Isa sehingga dia dibolehkan bertukar jawatan dalam agensi kerajaan sedangkan khidmatnya boleh dibuang kerana ada masalah intergriti dan kecekapan serta terpalit isu penyelewengan? Najib patut jawab kerana dia yang mahukan Isa selama ini, bukannya orang lain.

Sumber : http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-12032018.pdf

Asyik Persendakan Penyakit Orang, Inikah Akhlak Ahli Parlimen BN Yang Wajar Dihormati?

Oleh : Nik Aziz Afiq

Sedikit sedutan dari persidangan para pekerja yang dibayar gaji oleh kita semalam. Dicedok dari hansard Parlimen 7 Mac 2018.



Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Hendak sebut nama saya?

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Hey! Bangunlah.

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Boleh-boleh.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tanya tak apa, kesian pula. Hendak tanya bangun dahulu.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Akan tetapi cakap putus-putus tadi apa fasal? Yang Berhormat Sepang ini saya takut dia sakit sahaja
sebab itu saya malas cakap...


Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tanyalah, jangan bising yang lain-lain, tanya. Kalau tidak mahu tanya, duduk.

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Sabarlah, you pun bangun membebel tak sempat orang hendak cakap, kenapa membebel banyak
kali?


Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: This is my floor. You tidak…

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Sabarlah...

Seorang Ahli: Yang Berhormat Sepang kuat membebel.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Sabar, sekarang saya cakap, you duduk. Banyak cakap dia ini.

Tuan Budiman bin Mohd Zohdi [Sungai Besar]: Yang Berhormat Sepang wayar putus.

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Saya hendak tanya kalau Amerika itu bagus sangat, semasa dia serang Iraq dulu tidak adapun weapons of mass destruction, berapa ramai yang mati. Janganlah agung-agungkan sangat dengan Amerika ini, kita pun tahu dia ada agenda. Tidak mustahil you pergi upah dia orang sana, dia pun dengar Sarawak Report sahaja. Jadi Yang Berhormat Sepang, jangan you over slapping orang lain semua tidak pandai. You itu pun short juga.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Okey.

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Baik-baik sikit Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Okey, sudahlah. Okey, terima kasih.

Tuan Budiman bin Mohd Zohdi [Sungai Besar]: Yang Berhormat Sepang wayar putus.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Kami, Amerika ini...
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Amerika ini lagi banyak masalah dia...

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Hey! Sudahlah, diamlah, duduk.

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: [Tidak jelas] ...Pun DOJ punya skandal, dia pun ada skandal.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Duduk! Duduk!

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: You pun cakap banyak, kalau betullah....

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Hey! Bodoh, duduklah.

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Kenapa suruh duduk?

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Stupid punya orang.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Saya tidak ada cakap, kenapa cakap orang bodoh? Inilah cakap, mulut tidak ada insurans, cakap macam lawyer, tetapi macam loyar tepi...

Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: [Bangun]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Hey, you tidak ada kelas lah, duduklah, sudahlah, duduklah.

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Kita ini malas hendak jawab sahaja, pembangang bukan pembangkang, pembangang!

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ha! Awak lagi tolol. [Disampuk] You first term diamlah. Sudahlah first term berlagak pula itu.

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Yang Berhormat Sepang pun belum tahu dapat lepas, itu pun sikit-sikit lagi. Yang Berhormat
Sepang turun padang pun tidak pernah. Ini hendak minta tiga minggu, ini pun tidak tahu ada lagi atau tidak. [Disampuk] Cakap baik-baik, mulut tidak ada insurans. Sudah duduk.


Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Saya tidak ada masalah kalah, saya sudah biasa kalahlah, saya tidak ada masalah kalah ini...

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Kalah atau tidak, ini ....... cakap kononnya bagus, belum tahu boleh lepas lagi. Belum tahu boleh lepas
Yang Berhormat Sepang, cakap mulut baik-baik sedikit.


Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Saya tidak bagi ruang lagi, sudah duduk.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Saya tidak mahu gaduh, tetapi you cakap gaduh, mulut celopar, cakap baik-baik sikit.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Third class MP hendak cakap pula, tidak payahlah.

Tuan Budiman bin Mohd Zohdi [Sungai Besar]: Yang Berhormat Sepang hendak tumbanglah itu.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Okey, saya hendak kata, Amerika ini Yang Berhormat Kota Tinggi kena faham. Amerika ini bukan semua kita sokong, yang
dia serang Iraq kita pun tidak sokong.


Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Ini penyokong Amerika. [Menunjuk ke arah Yang Berhormat Sepang] Pengampu Amerika, pengampu. Ampulah bagus-bagus.

Tuan Budiman bin Mohd Zohdi [Sungai Besar]: Yang Berhormat Sepang masuk ambulans lah.
Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Saya tidak bagi ruang jangan cakap. Sekarang my turn to answer okay. Saya hendak katakan bahawa dalam isu yang melibatkan Amerika ini, dalam isu Iraq sebenarnya rakyat Amerika pun tentang. Akan tetapi dalam isu DOJ ini lain.

Tuan Budiman bin Mohd Zohdi [Sungai Besar]: Yang Berhormat Sepang, ambulans sudah tunggu.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sila Yang Berhormat Kapar. Saya bagi ruang kepada Yang Berhormat Kapar.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua boleh?

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sudahlah Yang Berhormat Kota Tinggi.


Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Hey! Jangan cabar orang. Awak itu separuh sudah putus. Putus! [Dewan riuh]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Alah, you yang tidak putus pun teruk, apa lagi kalau putus.

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Yang Berhormat Sepang, kau ingat kau bagus sangat kah? Kau lawyer tetapi loyar buruk. Tidak ada benda, at least saya bukan lawyer, sudahlah.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Okay, you can say anything but I am lawyer, you are not lawyer…

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Hey!  


Pandang cermin, pandang diri sendiri. Pandang diri sendiri sedikit.

"Pembelot, Talam Dua Muka, Makan Dedak", Balas Rafidah Pada RPK Selepas Dituduh Gila Judi.

Rafidah gila judi kata RPK


"Sementara Rafidah menjejaki Equanimity, ada yang menjejaki Rafidah berjudi sehingga di kasino Las Vegas, Reno dan London. 

The Colony Club, London adalah kasino paling eksklusif di Mayfair dan dimiliki oleh Kumpulan Genting. Itu bermaksud pihak pengurusan The Colony Club mengenali sangat siapa Rafidah terutamanya sekali kakitangan dari Malaysia dan tidak mungkin dia boleh memperdayakan sesiapa.

The Colony Club adalah kasino yang hanya boleh dimasuki jika anda bersedia untuk perjudikan RM10 juta satu malam.

Rafidah adalah pengunjung tetap kasino sekitar UK dan US dan mereka yang selalu ke kasino seperti itu tahu yang Rafidah sanggup bertaruh berjutaan ringgit setiap kali berjudi. 

Dan Rafidah antara orang yang menentang Najib Razak atas alasan simpati pada rakyat yang susah cari makan disebabkan kos sara hidup dan pelaksanaan GST 6%. Oh, yeahh," tulis Raja Petra Kamaruddin (selepas ini RPK) di portalnya pada semalam.

Tulisan itu hadir susulan pendedahan Rafidah Aziz mengenai pemilikan Equanimity yang menjadi tular di laman sosial.

Isu Equanimity yang menjadi viral

 
Rafidah dalam pendedahan itu mempersoalkan kenapa agensi berkuasa Malaysia lemah dalam menjejaki Equanimity sedangkan beliau boleh melakukan kerja itu dengan mudah di Thailand ketika melancong ke Phuket pada tahun 2016.

Untuk rekod, Equanimity berada di Thailand ketika Rafidah berjaya mengesannya ketika itu.

Dituduh kaki judi, Rafidah kemudiannya membalas penulisan RPK itu di akaun Facebooknya.

"Pembelot haprak talam dua muka.. yang sekarang tinggal di UK itu ,memang seorang berniat jahat. Tetapi penulisannya sampai amat menggelikan hati pulak . Entah berapa banyak DEDAK dia diberi, sebagai imbuhan..untuk menulis pembohongan dan dusta setiap kali ? TAK PAYAHLAH SAYA nak bertungkus lumus, MEMBUANG MASA membalas tulisannya .. 

Cuma sentuh beberapa perkara. HARTA SAYA RM 8billion? DATANG DARI SUMBANGAN DERMA dari mana agaknya ? (Oh yaa. Kita tidak boleh buat cerita 'derma' sebab orang lain dah gunakan dulu). SAYA PEMILIK SEBENAR Air Asia (KESIAN, kecewa lah Tony dan Kamaruddin). Tony dan Din, sorry lah. TANPA you berdua sedari. SAYA dah AMBIL ALIH AIRASIA dan SAYA SEKARANG TAUKEH BESAR NYA Penjudi terbesar dan pengunjung kerap kasino di London (Apa ke dia nama kasino di London tu sekali lagi? Lupa pulak!) ALAAA... rasa KECEWA SAYA, dia lupa kata SAYA PEMILIK SEBENAR KAPAL mewah yang di rampas di Bali itu .

OOH..DIA LUPA LAGI....saya juga pemilik semua ASET, di merata dunia (melalui proxi) yang di RAMPAS oleh DOJ Amerika Syarikat SUAP SAJA DIA cukup DEDAK dan dia akan MENARI IKUT sebarang RENTAK," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Rafidah Aziz turut mempersoalkan pendirian RPK yang tidak konsisten suatu ketika dahulu yang mengaitkan kematian Altantuya dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur.

Malahan Rafidah juga menyeru agar RPK bertaubat segera.

"HAIRAN SAYA.. Tak berapa lama dulu DIA SENDIRI MENULIS DAN MEMBUAT POSTING...satu RENCANA..yang mengandungi " STATUTORY DECLARATION".. yang menyatakan , kononnya, bahawa ISTERI PERDANA MENTERI NAJIB , BERADA DI TEMPAT DIMANA ALTANTUNYA DI HANCURKAN DENGAN LETUPAN CUBA FIKIR AKAN FITNAH BESAR SAPERTI ITU PUN DIA BOLIH REKA http://www.malaysia-today.net/…/rpk-who-told-me-rosmah-was…/ 

"Masa depan, jangan terkejut, jika dia BOLIH DIBAYAR untuk mengatakan bahawa ‘SEMUA HUTANG KITA telah selesai di bayar. DARIPADA WANG DERMA SEKUMPULAN sahabat2 terkaya ..’ 

DAN bahawa sebenarnya MATAHARI TERBIT DI SEBELAH BARAT.. Raja Petra Kamaruddin...BERTAUBAT SEBELUM TERLAMBAT.. ALLAH SWT MEMERHATI KAMU," katanya mengakhiri penulisan itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...