Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 13 Mac 2018

Penjelasan Isu SOP Keluar Islam Di Sarawak.

Kenyataan Media

NEGARA MEMERLUKAN SATU PROSEDUR YANG TERATUR TENTANG MURTAD. 

Murtad mengikut Undang Undang Islam adalah satu kesalahan yang serius. Mengikut Kanun Jenayah Syariah Kelantan II (1993) 2015 (Undang Undang Hudud Kelantan), seorang yang murtad hendaklah dipenjarakan bagi suatu tempoh yang tidak ditetapkan sehingga beliau bertaubat, jika enggan juga, maka hendaklah dibunuh. 

Walaubagaimana pun, murtad tidak menjadi satu kesalahan dalam undang undang Malaysia. Perbuatan murtad juga tidak boleh dibicarakan sebagai satu perbuatan jenayah di mahkamah sivil dan juga di mahkamah syariah. 

Hakikat yang tidak dapat dinafikan, perbuatan murtad amat banyak berlaku terutama bagi masyarakat pedalaman di Sabah dan Sarawak dan di kalangan orang asli di semenanjung. 

Apa yang berlaku di Sarawak sebagai contoh, banyak isu pemelukan Islam berlaku kerana perkahwinan, tetapi mereka sendiri tidak beramal dengan Islam. Bila berlaku perceraian, mereka kembali hidup mengikut agama asal mereka, sedangkan nama dan status mereka dalam kad pengenalan masih lagi Islam. Dengan kata lain mereka telah murtad!!!! Isu yang ada di hadapan kita sekarang ini ialah bagaimana untuk menyelesaikan konflik ini? 

Mereka sudah murtad tetapi dalam kad pengenalan mereka masih beragama Islam? Ordinan Mahkamah Syariah Sarawak tidak ada peruntukkan yang jelas berkaitan ini, mereka menyelesaikan secara pentadbiran melalui Jabatan Agama Islam Sarawak yang sudah tentu akan menimbulkan berbagai bagai masalah kerana tidak ada peruntukkan undang undang. 

Apabila berlaku kes 4 orang rakyat Sarawak yang telah memfailkan permohonan untuk murtad ditolak oleh Mahkamah Sivil kerana tidak ada pengisytiharan atau pengesahan dari mahkamah syariah, maka parti kompenan PH di Sarawak telah mendesak tentang perlunya satu prosedur yang jelas berkaitan isu murtad ini.

ISU SOP Keluar Islam Di Sarawak


1. Malaymail Online (2/3/2018) http://www.themalaymailonline.com/…/after-top-court-ruling-… melaporkan bahawa PH Sarawak telah memohon dibuat SOP berkaitan prosedur keluar Islam.



2. Sewaktu membuat kajian NHRAP, ada aduan diterima daripada masyarakat di sana mengenai isu ini yang mana mereka mengadu kepayahan untuk mendapatkan status agama mereka. Ini kerana mereka menyatakan bahawa hanya nama dalam kad pengenalan mereka yang mirip nama orang Islam tetapi mereka tidak pernah beramal dalam agama Islam.

3. Ini banyak sekali berlaku di Sabah atau Sarawak kerana masyarakat di sana terdiri daripada pelbagai etnik dan berlaku inter-marriage. Jadi kadang-kala ada pasangan yang mendaftar nama sebagai orang Islam (bukan menganut Islam) kerana ingin berkahwin dan kemudian bercerai. Anak-anak pun terabai dan dijaga oleh keluarga bukan Islam semenjak kecil sehingga besar.

4. Masalah mereka adalah kerana Mahkamah Syariah di sana enggan menerima penfailan kes kerana tiada undang-undang yang jelas. Mahkamah Syariah meminta hal ini diselesaikan di peringkat pejabat agama. JPN pula hanya mengiktiraf perintah rasmi Mahkamah Syariah (akhirnya melalui perbincangan dalaman JPN mengecualikan perintah Mahkamah Syariah bagi negeri Sarawak dan memadai dengan pengesahan status agama Islam oleh pejabat agama).

5. Jadi, apabila hal ini diletakkan di bawah pejabat agama Islam, ianya lebih bersifat administratif atau pentadbiran. Setiap perkara yang berkaitan pentadbiran perlukan SOP yang jelas supaya wujud sistem yang teratur. Bagi saya apa yang dicadangkan oleh PH Sarawak itu adalah isu yang perlu diselesaikan bagi keharmonian dan maslahah di sana. Saya percaya kerajaan BN Sarawak pada masa Allahyarham Tan Sri Adenan Satem juga akan mengambil tindakan yang sama.

6. Berkaitan penghakiman Mahkamah Persekutuan yang menolak untuk memberikan kuasa kepada Mahkamah Sivil atas alasan bahawa Mahkamah Syariah sudah mempunyai bidangkuasa ekslusif dalam hal ini sepatutnya disambut baik oleh pejabat agama Islam dan kerajaan negeri Sarawak. Sudah ada negeri yang menggubal undang-undang ini, contohnya di Negeri Sembilan. Alangkah baiknya jika pentadbiran agama Islam dapat diperkemaskan dengan memperincikan dengan jelas prosedur, SOP dan disokong dengan undang-undang.

7. Ingatlah bahawa hari ini Mahkamah Persekutuan telah memberikan kuasa tersebut kepada Mahkamah Syariah. Jika pejabat agama Islam gagal bertindak pantas, dikhuatiri akan datang Mahkamah Persekutuan memberikan pentafsiran yang berbeza. Maka, tatkala itu tak guna lagi untuk menyesal.

Dr Zulqarnain Lukman
Timbalan Pengarah Biro Kanun Amanah Nasional

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...