Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 13 Mac 2018

Ini Penjelasan PAS Mengenai Perobohan Pasar Lama Pasir Puteh.

Oleh : Nazman Che Ibrahim

SEMALAM gempita seluruh alam, puak pembenci kerajaan negeri berteriak lagak pahlawan, kononnya membela para peniaga yang masih tersisa di Pasar Lama Pasir Puteh, yang enggan berpindah ke Pasar Baharu Siti Hajar.



Ramai yang menuduh kononnya kerajaan negeri seperti Zionis, seakan-akan Yahudi dan segala bagai watak antagonis atas kerana kekecohan di tanah Tok Janggut semalam. Husam pula bersiaran dari nun jauh di bumi London, memperlihatkan keprihatinan beliau akan isu ini. Dan beliau menasihatkan juga agar kerajaan negeri menangguhkan tindakan tersebut sehingga selepas PRU nanti.

Adakah Husam fikir kerajaan Negeri Kelantan ini bersikap hipokrit? Menangguhkan tindakan hanya kerana mahu menempuh PRU? Ini bukan cara PAS. Sekiranya kebenaran itu pahit, namun memberi kebaikan kepada rakyat, maka PAS akan terus tempuh dan tangani.

Lantas, mari kita lihat sebentar, adakah kebisingan semalam berlaku kerana pihak Majlis Daerah tidak mengikut aturan undang-undang? Adakah pihak berkuasa tempatan melanggar arahan mahkamah? Atau apa isu sebenarnya? Ayuh ikuti baris demi baris kronologi kes ini.

Kronologi kes mahkamah Pasar Lama Pasir Puteh

Kes permohonan injunksi oleh peniaga


1 Februari 2017 : Notis dikeluarkan oleh MDPP mengenai penutupan dan perpindahan premis Pasar Besar Pasir Puteh ke Pasar Siti Hajar berkuatkuasa 1 Mac 2017. Pemotongan bekalan elektrik dan air akan dilakukan pada 2 Mac 2017.

28 Februari 2017 : Notis permohonan secara ex parte oleh peniaga memohon perintah injunksi seperti berikut:-

a) MDPP dilarang menghalang operasi perniagaan di premis Pasar Besar Pasir Puteh dari beroperasi seperti biasa bermula 1 Mac 2017 sehingga selesai keputusan kes ini.

b) MDPP dilarang memotong bekalan elektrik dan air di Pasar Besar Pasir Puteh.

c) MDPP dilarang mencagar, memajak, memberi sewa atau melupuskan Pasar Besar Pasir Puteh kepada mana-mana pihak.

d) MDPP dilarang meluluskan sebarang kontrak pembinaan semula apa-apa bangunan komersial di tapak Pasar Besar Pasir Puteh.

Mahkamah perintahkan permohonan didengar secara inter parte. Mahkamah tetapkan tarikh 1 Mac 2017 supaya MDPP memasukkan kehadiran.

MDPP terima notis permohonan injunksi daripada peguam peniaga Tetuan N.M Amin & Associates.

MDPP melantik Tetuan Aini Hayati sebagai panel peguam MDPP.

1 Mac 2017 : Mahkamah tetapkan permohonan didengar secara inter parte dan kedua-dua pihak dibenarkan untuk memfailkan affidavitmasing-masing.

7 Mac 2017 : Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kes Mahkamah Bil.01/2017. Perbincangan mengenai affidavit jawapan MDPP.

26 Mac 2017 : Bicara Tangguh - peniaga minta pengesahan Juru ukur bagi keluasan pasar lama.

16 April 2017 : Bicara Tangguh - mahkamah minta pihak-pihak berbincang dengan cadangan masing-masing.

27 April 2017 : Bicara Tangguh - mahkamah minta pihak-pihak kemukakan gambar perbandingan pasar lama dan pasar baru.

29 Mei 2017 : Keputusan - Mahkamah Tinggi Kota Bharu menolak permohonan injunksi dengan kos. Arahan pindah berkuatkuasa selepas 19 Julai 2017 selepas perbicaraan kes Writ Saman Tuntutan Ganti Rugi.

9 Ogos 2017 : Kes telah difailkan peniaga ke Mahkamah Rayuan. Pengurusan Kes kali-1.

6 September 2017 : Pengurusan kes kali 2. Peniaga bersetuju menarik balik rayuan injunksi mereka terhadap MDPP dengan kos sebanyak RM2,500.

25 September 2017 : Notis penarikan balik rayuan.

Kes injunksi selesai

Ini membawa maksud, injunksi yang dibawa oleh peniaga untuk menghalang empat perkara seperti dalam catatan di atas telah gagal. Malahan peniaga sendiri menarik balik rayuan mereka di Mahkamah Rayuan. Berikut adalah Saman kedua oleh peniaga kepada MDPP yang juga berlangsung sejak tahun lepas.

Kes saman tuntutan ganti rugi oleh peniaga

27 Februari 2017 : Notis Permohonan tuntutan Persatuan Peniaga terhadap MDPP:-

a) Gantirugi Am
b) Gantirugi Khas
c) Gantirugi Teladan
d) Gantirugi Teruk
e) Faedah 8 peratus ke atas semua jumlah gantirugi dari tarikh penghakiman sehingga selesai
f) Kos anakguam dan peguamcara
g) Apa-apa relief dan perintah yang suai manfaat Mahkamah ditafsirkan sesuai dan adil.

29 Mac 2017 : Pengurusan kes 1.

12 April 2017 : Notis Permohonan MDPP membatalkan tuntutan peniaga.

11 Mei 2017 : Pengurusan kes bagi Notis Permohonan MDPP membatalkan tuntutan peniaga.

29 Mei 2017 : Notis Permohonan Persatuan Peniaga untuk meminda pernyataan tuntutan iaitu MDPP dikehendaki menyediakan pasar baru.

6 Jun 2017 : Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kes Mahkamah Bil.2/2017. Perbincangan mengenai jawapan defendan .

3 Julai 2017 : Pihak-pihak memfailkan hujahan bagi permohonan MDPP untuk membatalkan tuntutan peniaga.

13 Julai 2017 : Pihak-pihak memfailkan hujahan bagi permohonan peniaga untuk meminda tuntutan mereka.

19 Julai 2017 : Bicara bagi notis permohonan MDPP batal tuntutan peniaga.

Pengurusan kes bagi permohonan peniaga pinda tuntutan mereka. Kes ditangguh berikutan pertukaran peguam peniaga.

21 Ogos 2017 : Bicara bagi Notis Permohonan MDPP bagi membatalkan tuntutan peniaga.

Pengurusan kes bagi permohonan peniaga meminda Pernyataan Tuntutan mereka.

27 Ogos 2017 : Keputusan - Mahkamah Tinggi Kota Bharu membenarkan permohonan MDPP membatalkan tuntutan peniaga dengan kos RM2000.

Kes tuntutan peniaga terhadap MDPP secara automatik adalah terbatal tanpa perlu perbicaraan.

15 September 2017 : MDPP telah membuat hebahan melalui banner.

"Pemberitahuan pengosongan, penutupan, dan perpindahan Pasar Siti Hajar Pasir Puteh Sentral akan mula beroperasi pada 15hb Oktober 2017 dan Pasar Lama akan ditutup sepenuhnya pada 22hb Oktober 2017. Para peniaga diminta berurusan dengan Majlis Daerah Pasir Puteh."

Nah, melihat kepada kronologi kes di atas, maka jelas bahawa kes ini bukanlah berlaku secara tiba-tiba. Bukanlah MDPP bertindak secara wewenang dan menonong. Apatah lagi bertindak di luar kerangka undang-undang negara. Malahan rentetan kes ini memperlihatkan bahawa notis demi notis telah diberi kepada peniaga.

Pihak berkuasa tempatan telah bertahun lamanya berbincang dan memberi masa kepada saki baki peniaga yang enggan berpindah ini. Dan apa pula kaitan dengan kes mahkamah yang kononnya akan ada injunksi baharu oleh peniaga untuk menghalang MDPP merobohkan pasar lama ini? Kes itu hanya akan dimulakan pada hari khamis ini. Ia belum ada keputusan. Belum ada apa-apa injunksi. Justeru atas dasar apa menuduh MDPP bertindak bertentangan dengan keputusan mahkamah?

Persepsi demi persepsi dibina untuk mencalarkan imej kerajaan negeri menjelang PRU ini. Nasib peniaga diperjudikan oleh politikus yang bersifat desperado. Ia harus menjadi lebih mudah. Pindah sahaja ke Pasar Baharu Siti Hajar. Pakat meniaga, pakat cari samah seriyal. Lebih bagus daripada menjadi buah catur pihak tertentu.

Moga pihak peniaga mendapat yang terbaik dalam 'perjuangan' mereka. Bincang dan cari penyelesaian yang menguntungkan semua pihak. Kita pakat bina ekonomi Pasir Puteh. Insya Allah.

Catatan di Bachok
NAZMAN CHE IBRAHIM 

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...