Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 4 Julai 2019

Najib Tegur PH Flip Flop, Kejap Wang Haram, Kejap Kena Cukai, Mana Satu Betul?

NAJIB RAZAK | Minggu ini, kerajaan PH didedahkan dalam perbicaraan kes SRC saya bahawa mereka telah menghantar 17 dokumen yang mengandungi pemalsuan sebagai bukti mahkamah.


Selepas isu itu terbongkar di Mahkamah pula, terkeluar cerita hari ini bahawa saya disaman oleh kerajaan untuk membayar denda cukai sebanyak RM1.69 bilion.

Bulan Mac mereka tuntut RM1.47 bilion.

Selepas beberapa bulan, mereka naikkan lagi denda menjadi RM1.69 bilion.

Terlebih dahulu, saya tegaskan sekali lagi bahawa affidavit kerajaan PH sendiri telah membuktikan bahawa saya telah melaporkan dan membayar cukai LHDN setiap tahun tanpa gagal:
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10156086908235952/

Oleh itu, saya tak pernah lari cukai.

Laporan media hari ini juga memberi pecahan denda RM1.69 bilion.

Jika kita perhatikan, ianya  jelas menunjukkan bahawa cukai ini dikenakan ke atas apa yang saya terima dari derma dan sumbangan luar negara dalam akaun saya.

Ini termasuk sumbangan dari Menteri Kewangan Arab Saudi dan putera Arab yang telahpun disahkan oleh pegawai bank dalam perbicaraan kes SRC.

Wang yang diterima sebagai derma sebenarnya tak dikenakan cukai. 

Tapi PH masih mahu denda saya.

Wang dari sumber asing juga tidak sepatutnya dicukai. 

Tapi PH masih mahu denda saya.

Dana politik tak boleh dicukai. 

Tapi PH tetap mahu denda.

Kalau kita perhatikan juga, nilai denda cukai terbesar adalah untuk tahun 2013 di mana akaun saya menerima dana yang disebut RM2.6 bilion itu.

Pegawai bank juga telahpun sahkan dalam mahkamah bahawa dana ini telah dipulang kepada penghantar selepas 4 bulan diterima. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/perbicaraan-src-derma-kontroversi-rm2-6-bilion-dari-arab-saudi-timbul-206424

Wang diterima dari luar negara dan dihantar balik 4 bulan kemudian dalam tahun yang sama pun dikatakan oleh kerajaan PH adalah pendapatan (income). 

Mahu denda pula.

Sejak PRU14 , sudah terkeluar banyak bukti di mahkamah dan dari penjelesan-penjelasan penerima dana bahawa semua dana yang saya terima itu telah digunakan untuk projek kebajikan sama ada terus kepada rakyat atau program-progaram kebajikan melalui NGO dan parti politik.

Sebagai contoh, Jakel menjawab baru-baru ini di mana bayaran kepada mereka dari akaun saya adalah untuk membekalkan kain jubah bagi semua program-program amal (untuk imam, tahfiz dan termasuk 7 ribu masjid-masjid di seluruh negara dan untuk bekalan kain untuk mangsa-mangsa banjir antara tahun 2011 dan 2014). 
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156170956965952

Saya sumbang dan buat kerja kebajikan dan CSR, saya pula didenda.

Sepatutnya penggunaan dana untuk CSR boleh ditolak dari cukai tapi mereka tetap mahu denda saya.

Lagi menakjubkan ialah kerajaan PH telah dakwa saya di Mahkamah bahawa dana-dana yang saya terima itu adalah wang haram.

Tapi LHDN bawah kerajaan PH pula anggap ini bukan wang haram tetapi "pendapatan sah" yang perlu dicukai pula.

Takkan wang yang haram pun kerajaan PH mahu cukai?

Tapi kuasa ada ditangan mereka dan mereka boleh buat apa yang mereka suka.

Nak tuntut dan denda cukai melalui saman mahkamah memang hak mereka walaupun kes langsung tak masuk akal.

Apa yang kita boleh buat? 

Kita hanya boleh mengupah peguam lagi dan menghabiskan masa bertahun-tahun untuk melawan dan menang di mahkamah.

PH salahgunakan kuasa untuk tujuan politik atau tidak?

Mereka zalim atau tidak?

Rakyat boleh menilai. - 4 Julai 2019.

Dituduh Sebar Fitnah, Diugut Pihak Tertentu, Ini Penjelasan Pensyarah UKM Kepada Kadir Jasin.

Abdul Muein Abadi | Saya telah diugut pihak tertentu kerana Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin menuduh saya ‘menabur fitnah dan menyebarkan kepalsuan’ dipercayai melalui artikel saya yang bertajuk ‘400 Hari Pakatan Jual Lebih RM20 Bilion Aset Negara’.



Demi Allah, saya dengan ini menjemput anda semua menyemak sendiri kesemua fakta dan laporan yang telah saya gunakan sebagai rujukan untuk artikel saya tersebut.

1. Fakta kerajaan Pakatan menjual IHH Berhad kepada Jepun pada bulan November 2018 dengan harga RM8.42 bilion: https://www.theedgemarkets.com/…/khazanah-divest-16-ihh-mit… dan juga (https://www.theedgemarkets.com/…/khazanah-asset-sales-set-p…).

2. Fakta Khazanah menjual syarikat insurans Turki, Acibadem Sigort dengan harga RM1.25 bilion kepada syarikat UK, iaitu Bupa: https://www.dealstreetasia.com/…/khazanah-turkish-insurer-…/.

3. Fakta seluruh pegangan Khazanah melalui Axiata di dalam Syarikat telco M1 juga telah dijual kepada Singapura dengan harga RM1.65 bilion https://www.reuters.com/…/update-2-malaysias-axiata-accepts….

4. Fakta Khazanah jual saham TNB sebanyak 85 juta unit: https://www.bharian.com.my/…/harga-saham-tnb-menjunam-permo…

5. Fakta penjualan 50% kepentingan dalam syarikat Sapura Upstream Sdn Bhd yang dimilik 40% oleh PNB kepada syarikat OMV dari Austria yang bernilai RM3.7 bilion: https://www.omv.com/…/190201_omv_and_sapura_energy_close_ag….

6. Fakta Axiata di bawah Pakatan telah menjual perniagaan digital mereka (Axiata Digital) kepada Singapura dengan harga RM579 juta: https://www.techinasia.com/malaysia-axiata-digital-sells-ve…

7. Fakta lebih setengah dari pegangan Khazanah dalam bank Filipina terbesar BDO Unibank Inc telah dijual kepada Filipina dengan harga RM415 juta: http://www.bhplus.com.my/…/khazanah-jual-saham-bank-filipin….

8. Fakta Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings dijual kepada syarikat Singapura dengan harga RM197 juta: http://www.astroawani.com/…/boustead-jual-hotel-royale-chul…

9. Fakta Khazanah menjual 63 juta saham CIMB kepada pembeli-pembeli yang tidak dinamakan pada harga RM364 juta atau harga RM5.78 satu saham https://www.freemalaysiatoday.com/category/tag/cimb/

10. Fakta bangunan Konsulat Malaysia di Hong Kong setinggi 28 tingkat telah diumumkan akan dijual kepada syarikat China Kumpulan Evergrande China dengan harga RM1.6 bilion: https://www.sinarharian.com.my/…/Penjualan-bangunan-konsula…

11. Fakta Boustead Plantations mengumumkan bahawa mereka akan jual tanah miliknya yang berharga RM1.2 bilion pada April 2019 (https://themalaysianreserve.com/…/boustead-plantations-pla…/)

12. Fakta FGV dan Tabung Haji cuba menjual aset ladang sawit bernilai RM4.13 bilion di Kalimantan, Indonesia: https://www.bharian.com.my/…/fgv-tabung-haji-pertimbang-jua…

13. Fakta Tun Mahathir sendiri mengaku secara terbuka bahawa beliau berminat untuk menjual aset untuk meraih pendapatan: “Saya berminat untuk menjual beberapa aset sebagai usaha untuk meraih pendapatan...Kita ada banyak aset…kita ada tanah, syarikat milik kerajaan, fasiliti, institusi yang dimiliki kerajaan…dan ada di antara aset-aset ini yang sedang kita pertimbangkan”: http://www.astroawani.com/…/kerajaan-akan-jual-aset-demi-ku….

14. Malah, terbaru portal perniagaan terkemuka The Edge Markets melaporkan bahawa Pakatan kini merancang untuk terus menjual aset-aset Khazanah iaitu UEM Sunrise, UEM Edgenta, UEM Builders, Cement Industries of Malaysia (CIMA), Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), dan juga pegangan dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) serta Malaysia Airlines Berhad (MAB): https://www.theedgemarkets.com/…/khazanah-asset-sales-set-p…

15. Kesemua laporan ini adalah berdasarkan rujukan langsung daripada portal utama seperti The Edge Markets, Reuters, Astro Awani, Deal Street Asia, The Malaysian Reserve, dan pelbagai portal berita arus perdana dalam negara. Adakah tuan Penasihat Media Perdana Menteri menuduh kesemua portal ini ‘menabur fitnah dan menyebarkan kepalsuan’? Jika ya, maka silalah ambil tindakan ke atas kesemua portal ini.

16. Seharusnya sebagai seorang Penasihat Media Perdana Menteri yang dihormati ramai, beliau perlu menjawab kesemua persoalan yang diajukan Pensyarah Universiti Awam dengan matang dan profesional, bukannya bertindak mengeluarkan kenyataan di media sosial.

17. Kurang manis apabila Penasihat Media Perdana Menteri ‘mengarahkan’ ‘Pihak UKM dan Kementerian Pendidikan tolong pantau kualiti penghujahan dan kecenderungan ideologi kakitangan akademik mereka’ di media sosial. Ini bukan sahaja kurang profesional dan kurang matang, tetapi juga bertentangan dengan prinsip kebebasan akademik yang dilaungkan pihak kerajaan selama ini.

18. Semoga tindakan Penasihat Media Perdana Menteri yang dihormati ini tidak diulangi lagi pada masa akan datang, sekali gus tidak menghalang para pensyarah lain untuk terus terlibat memberi pandangan kritis kepada dasar-dasar kerajaan demi kemajuan negara kita bersama.

19. Secara peribadi saya tiada dendam apatah lagi benci sama sekali terhadap Penasihat Media Perdana Menteri kita ini dan saya maafkan tuduhan beliau bahawa saya ‘menabur fitnah dan menyebarkan kepalsuan’. Namun, sebagai Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), saya tetap berpegang teguh dengan Falsafah UKM iaitu ‘"Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan universiti".

Maka insyaAllah saya akan terus memberi teguran dan pandangan kepada kerajaan, sesuai dengan tugas saya sebagai Pensyarah Sains Politik di UKM.

Terima kasih. - 4 Julai 2019.

Rakaman CCTV Membuktikan Ada Komplot Untuk Jatuhkan Azmin - Hilman.

POLITIK | Pendedahan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) didakwa dari sebuah hotel di Sandakan, Sabah membuktikan ada komplot mahu menjatuhkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali, kata setiausaha politiknya Hilman Idham. 
 

 
Rakaman CCTV yang muncul semalam itu menunjukkan pergerakan keluar masuk Hilman dan bekas ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz didakwa pada 10 dan 11 Mei lalu.

Haziq sebelum ini membuat pengakuan beliaulah lelaki dalam rakaman seks yang tersebar tiga minggu lalu dan menuduh Azmin adalah pasangannya.

Katanya, perlakuan seks itu berlaku di sebuah hotel di Sandakan pada 11 Mei lalu.

“Video CCTV yang didedahkan hanya membuktikan ada komplot politik untuk jatuhkan Azmin, sementara video asal dan CCTV yang didedahkan hanya menimbulkan lebih banyak keraguan,” kata setiausaha politik Azmin itu.

“Malah tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini mengedit video berkenaan dilihat cuba mewujudkan persoalan kepada masyarakat, meskipun mereka gagal membuktikan itu adalah Azmin Ali,” katanya, seperti dilaporkan Berita Harian.

Rakaman CCTV itu semalam dimuat naik menerusi akaun YouTube menggunakan nama Rahim Jaafar.

Timbalan Ketua AMK itu turut mengulangi kenyataan Azmin menafikan tuduhan dikaitkan dengan rakaman seks dua lelaki yang tersebar sejak 11 Jun lalu.

“Setakat ini pihak polis masih menjalankan siasatan dan pihak tidak bertanggungjawab ini seolah-olah tidak sabar untuk terus menghukum Azmin,” katanya lagi. - 4 Julai 2019.

Bekas Datuk Bandar KL Akui Tak Berani Lawan Permintaan KuNan Yang Mahu 'Tolong' Pemaju..

THE MALAYSIAN INSIGHT | BEKAS menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor dua kali meminta datuk bandar Kuala Lumpur menangguhkan pembayaran pemaju bagi penjualan dua plot tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
 

 
Pemaju tersebut, Aset Kayamas Sdn Bhd, dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Tengku Adnan semasa beliau jadi menteri.

Bekas datuk bandar Mhd Amin Nordin Abdul Aziz memberitahu mahkamah, Tengku Adnan terlibat dalam penangguhan bayaran dan mengaitkan Aset Kayamas dalam perbicaraan rasuah RM2 juta bekas menteri itu.

Tengku Adnan dituduh menerima RM2 juta dari pengarah Aset Kayamas, Chia Kin Kong yang dimasukkan ke dalam akaun bank Tadmansori Holdings Sdn Bhd. Tengku Adnan adalah pemegang saham terbesar dalam Tadmansori Holdings.

“Dalam surat pertama bertarikh 26 Ogos 2015, Aset Kayamas memohon menangguhkan pembayaran 10% pertama penjualan tanah untuk tiga bulan dan mengurangkan harga bagi dua plot tanah itu.

“Harga bagi dua plot tanah di Bandar Tun Razak dibeli oleh Aset Kayamas sebelum saya jadi datuk bandar dan ia diluluskan oleh menteri.

“Menteri menulis nota meminta saya pertimbang permohonan mereka (tangguh bayaran),”
Amin beritahu mahkamah.

Bayaran pertama berjumlah RM2.36 juta. DBKL setuju untuk menangguhkan bayaran 10% daripada jumlah tersebut sehingga Disember 2015, tambah Amin.

Pada Februari 2016, Aset Kayamas sekali lagi menulis surat bagi permohonan serupa.

Amin menerima surat tersebut yang disertakan dengan nota dari Tengku Adnan yang meminta beliau setuju untuk menangguh bayaran dan mengurangkan harga tanah daripada 20% kepada 10%.

“Sekali lagi kami benarkan permohonan itu. Saya terpaksa ikut arahan kerana beliau adalah menteri,” kata Amin.

Ketua peguam bela, Tan Hock Chuan meminta Amin menjelaskan apakah beliau sebagai datuk bandar ketika itu mempunyai kuasa untuk membuat keputusan seperti itu.

“Mungkin, tetapi saya tak berani nak buat keputusan,” katanya.

Amin meletak jawatan pada September tahun lalu.

Tengku Adnan dituduh menerima RM2 juta dari Aset Kayamas pada 14 Jun 2016. Tuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ketika perbicaraan semalam, timbalan pendakwa raya memberitahu mahkamah RM2 juta itu adalah untuk kempen politik.

Tengku Adnan, bekas setiausaha agung Umno dan juga ahi Parlimen Putrajaya, dihadapkan dengan satu lagi tuduhan menerima rasuah berjumlah RM1 juta dari ahli perniagaan, Tan Eng Boon untuk menaikkan ratio berkaitan plot pembangunan di Jalan Semarak pada 2013.

Perbicaraan bagi kes ini akan didengar pada September.

Kritikan Kepada AmenoWorld Dalam Isu Yeo Bee Yin & Kaitannya Dengan Kilang Kimia Di Pasir Gudang.

Kelab Diskusi Ekonomi Rakyat - KADER |KELEMAHAN PEMAHAMAN PERIHAL KORPORAT OLEH AMENO WORLD DI DALAM CUBAAN LARI ISU BEE YIN-ISU PEMILIKAN IOI (IOI LIPID, IOI PAN-CENTURY EDIBLE OILS & IOI PAN-CENTURY OLEOCHEMICALS)

Ameno World dengan yakin menaikkan status membela Yeo Bee Yin dengan mengatakan bahawa IOI Lipid telah dijual kepada Loders dan menyatakan IOI Pan Century Edible Oils dan IOI Pan Century Oleochemicals terlibat di dalam minyak kelapa sawit.




https://www.facebook.com/171309649570580/posts/2548957108472477/

Perenggan “Sudah tentulah kritikan korang sepatutnya menumpukan apa yang fakta, apa sebenarnya yang perlu dipertikaikan, apa yang sepatutnya dipersoalkan supaya kerajaan & menteri boleh belajar dan memperkemaskan hasil tindakan” menarik minat kami untuk memberikan respons kepada post tersebut.

Kejap lagi pula kami nak jawab mengenai soalan-soalan “betulke betulke” awak tapi...

maju lo ke sini dulu!

Tengok betul-betul tau tarikh-tarikh ni dan paham benda ringkas yang ingin kami nyatakan.

1. 2002, IOI Corp’s beli 100% milikan Loders Croklaan Group BV dari Unilever Plc dan Unilever NC (RM814M).

2. Sept 2017, the Star laporkan IOI Corp’s bercadang juai 70% saham Loders Croklaan kepada Bunge Ltd (RM4B). Dalam cadangan ini, Loders akan memiliki anak syarikat IOI Corp’s antaranya IOI Lipid Enzymtec (M) dan IOI Edible Oils (HK) sebelum dijual kepada Bunge.

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/09/12/ioi-corp-divests-70pc-stake-in-loders-croklaan-for-rm4bil/

3. 19 Jan 2018, the Star laporkan IOI Corp’s lengkapkan penjualan IOI Lipid Enzymtec kepada Loders (RM330.5M).

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/01/19/ioi-corp-sells-ioi-lipid-enzymtec-to-loders-for-rm330pt5m/

Ini yang Ameno World screenshots.

Apa yang dia tidak faham, ketika ini, IOI Corp’s masih memiliki Loders 100%. Loders masih dimiliki oleh IOI Corp’s, ulang balik kenyataan ini. LODERS ITU MASIH DIMILIKI IOI CORPS sekalipun dia juai IOI Lipid Enzymtec kepada Loders.

4. 2 March 2018, NST laporkan bahawa penjualan 70% daripada keseluruhan Loders kepada Bunge sudah lengkap bernilai US946M bersamaan lebih kurang RM4B).

Baki 30% Loders masih lagi dimiliki IOI Corp’s. IOI Corp's masih memiliki Loders 30%. Baca perlahan-lahan,

IOI Corp's. Masih. Memiliki. Loders.30%.

https://www.google.com/amp/s/www.nst.com.my/node/340609/amp

(Ini setakat sumber berita yang kami miliki, dan boleh jadi akan ada perkembangan terbaru daripada ini sepertinya berkemungkinan Bunge akan membeli baki 30% Loders, dan pemilikan baki ini dijangka berlansung dalam tempoh lima tahun)

5. Jadi bila dah paham timeline (lebih kurang), logik apa yang cuba Ameno World ketengahkan?

Nak kata suami Bee Yin tidak ada kena mengena lagi dengan IOI Lipid Enzymtec? IOI Corps (parent company) masih memiliki 30% daripada Loders. Kalau mau ikut perangai Ameno World, mahu ditanya juga, kenapa sertakan screenshots tanpa link agar pembaca boleh membaca sendiri berita tersebut secara penuh?

Sekarang ni, Non-Independent Non-Executive Director kepada IOI Corp’s adalah? Siapakah Non-Independent Non-Executive Director of IOI Corporation Berhad IOI Corp’s? Siapakah anak pengasas IOI? Siapakah suami Yeo Bee Yin? Lee Yeow Seng.

Sudah terjawab ke yang awak Ameno World kata isu sebenarnya adalah isu poster mengenai pemilik?

Sekarang giliran kami tanya, betul ke kamu tu sekadar letak berita tak lengkap tersebut? Betul ke kamu tu sekadar letak berita tak lengkap? Ulang balik soalan ini. Betul ke kamu tu sekadar letak berita tak lengkap?

Mengenai IOI Pan-Century Edible dan IOI Pan-Century Oleochemicals pula, apa nak dihairankan mengenai business mereka di dalam kelapa sawit? IOI Corp’s selaku parent company itu sendiri memang terlibat di dalam kelapa sawit. Jadi apa point di situ? Lagipun pula, by product industry tidak semestinya “masuk sawit keluar minyak”. Macam-macam jenis bahan kimia keluar yang "ajaib" dan "unik".

Sekadar untuk mengatakan bahawa kilang kedua-dua anak syarikat IOI tersebut tidak berpunca dari “gejala gangguan kesihatan” dan bukannya “pencemaran” atau “toksik” ker?

https://www.facebook.com/1509981019232188/posts/2484632968433650/

Keluar atau tidak asap toksik dari kilang-kilang IOI, sudah ada yang meracuni dan risiko bahaya kanser sudah dikeluarkan amarannya. Bukannya sesiapa yang menuduh asap asap toksik itu berpunca daripada kilang-kilang IOI tersebut. Ada banyak kilang-kilang di Pasir Gudang dan kita semua tahu, sukar nak tau kilang mana yang bertanggungjawab. Akan tetapi, kilang-kilang IOI itu wujud di Pasir Gudang.

Pihak UMNOJohorOfficial memerli Yee Bee Yin. Memang ia adalah perlian. Tidak perlu tanya “betulke betulke” banyak kali. MEMANG ia adalah perlian sebagai mengkritik tindakan lambat bertindak. SEMEMANGNYA ia adalah perlian.

https://www.facebook.com/1908682249247141/posts/2202858763162820/

Poster tersebut bertanyakan kenapa kerajaan lambat bertindak? Dan sememangnya, suami Bee Yin memang-memang berkepentingan di dalam ketiga-tiga kilang tersebut.

Kalau admin Ameno World cerdik, admin sendiri boleh baca jawapan yang diberikan oleh Bee Yin. Ia mengatakan ia fitnah. Itu sahaja. Itu pun tempel pada gambar. Apa lagi penerangannya?

https://www.facebook.com/150371651783435/posts/1375370202616901/

Apa kena mengena pula dengan penghinaan kepada pegawai-pegawai kerajaan dari agensi-agensi yang terlibat?

Betul ke ada penghinaan? Betul ke ada penghinaan? Ulang balik pertanyaan. Betul ke ada penghinaan?

Kalau ada, mana dia link penghinaan? Kalau tidak ada, bermakna, Bee Yin bukan saja melarikan daripada isu, malah Bee Yin sendirilah yang menghina pegawai-pegawai kerajaan dari agensi-agensi yang terlibat di mana tidak ada sesiapa pun yang menghina pegawai-pegawai kerajaan.

Yang dihina sebenarnya adalah, Bee Yin sendiri yang melambat-lambatkan tindakan memandangkan suaminya sendiri berkepentingan di dalam kawasan perindustrian Pasir Gudang di antara ribuan kilang-kilang. Poster tersebut memerli (boleh saja menyerang) Bee Yin dan tidak ada kena mengena pun pegawai-pegawai kerajaan dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

Yang dihina adalah bagaimana pimpinan-pimpinan Pakatan Harapan yang sering sahaja melindungi kepentingan-kepentingan taikun korporat. Bukan sahaja polisi-polisi ekonomi yang memberikan semua manfaat rakyat diserahkan berderet-deret kepada berduyun-duyun kroni bilionair, inipun masih mahu dilindungi sekalipun ratusan sekolah ditutup malah melibatkan ribuan murid tidak berdosa yang kini berhadapan dengan risiko kanser.

Bukan saja juga Bee Yin melarikan isu malah melaga-lagakan pula dengan orang lain walhal, dirinya sendiri sudah terpalit dengan conflict of interest. Melaga-lagakan dengan orang lain adalah perangai celaka, bukan sahaja di dalam urusan politik, malah di dalam urusan peribadi pun ia adalah perangai yang celaka.

Sekarang admin Ameno World, cuba baca, adakah Bee Yin sendiri menafikan bahawa suaminya tidak berkepentingan di dalam ketiga-tiga syarikat tersebut? Yang dijawab fitnah hanyalah satu perkataan pada gambar. Berpuluh-puluh ayat lain pula di dalam kenyataan dia adalah “penghinaan” kepada pegawai-pegawai kerajaan dan agensi-agensi kerajaan yang tidak wujud pun.

Pihak pembangkang mempolitikkan isu Pasir Gudang?

SEMEMANGNYA IA ADALAH ISU POLITIK DAN IA WAJAR DIPOLITIKKAN!

Ia melibatkan ribuan nyawa, ia melibatkan risiko kanser dan ia melibatkan rakyat!

https://www.facebook.com/259119991402520/posts/377101629604355/

Risiko kanser adalah menggerunkan. Bukan saja melibatkan nyawa dan banyak wang, malah ia adalah penderitaan yang lama yang bakal ditanggung ramai orang. Yang merendahkan isu inilah sebenarnya yang tidak tahu perbezaan isu yang penting dipolitikkan dan ada juga isu yang sangat bangang seperti video semburit pimpinan Pakatan Harapan.

Sebagai penutup, Ameno World ada menceritakan perihal townhall dan dia hairan mengapakah hanya satu keratan video berkaitan seorang ayah yang ditularkan sedangkan Bee Yin bersedia mendengar, terbuka mendengar keluhan dan macam-macam lagi ‘keterbukaan’ yang diraikan oleh Ameno World.

Maka cukuplah kami nyatakan,

“Apalah sangat mendengar maki sorang dua asalkan laki aku terlepas dan terus buat untung berbilion-bilion dan aku dapat terus jadi menteri”. Kalau setakat mendengar, cakap dengan tiang pun boleh. Tiang lagi terbuka mendengar maki hamun orang dan tiang juga mengamalkan keterbukaan. - 3 Julai 2019.

Rabu, 3 Julai 2019

UMNO Sebenarnya Tidak Pernah Kalahkan Komunis.

S. Arutchelvan, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) | Bila UMNO kalahkan Komunis?

Saya berasa agak kelakar apabila Najib mengatakan dalam mesyuarat agung tahunan UMNO Gombak bahawa UMNO dulu kalahkan Komunis, takkan hari ini takut lawan Pakatan Harapan (PH).

 

 
Saya harus memperbetulkan Najib dari segi fakta bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) tidak pernah dikalahkan oleh UMNO, malah satu perjanjian perdamaian bersama telah ditandatangani untuk menamatkan peperangan pada tahun 1989. Nama perjanjian itu ialah Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara PKM dengan Kerajaan Malaysia pada 2 Disember 1989. Ketua Rombongan Malaysia pada masa itu adalah Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman selaku Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mohd Hanif Omar selaku Ketua Polis Negara dan Jeneral Hashim Mohd Ali selaku Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia. Perdana Menteri pada masa itu, tidak lain dari Perdana Menteri pada masa kini, iaitu Tun Mahathir dan parti pemerintah yang membuat perjanjian dengan PKM pada masa itu adalah Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO. Antara ahli kabinet tahun 1989 ialah Najib Razak yang pada masa itu selaku Menteri Belia dan Sukan.

Ramai sejarawan dan pemimpin parti UMNO sendiri yang telah mengakui peranan PKM dan parti kiri radikal di Malaya dalam mempercepatkan proses kemerdekaan daripada British. Malah, Rahim Noor selaku perunding utama Kerajaan Malaysia secara terbuka semasa Perjanjian Hatyai mengakui sumbangan PKM dalam perjuangan kemerdekaan. Pemimpim Parti komunis Malaya seperti Abdullah CD, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah pernah dijadikan tetamu oleh Sultan Perak, di samping menunaikan ibadah haji di Mekah atas kelolaan Kerajaan Malaysia.

Jika PKM dikalahkan UMNO seperti yang didakwa Najib, maksudnya PKM mengangkat bendera putih dan mereka semua menjadi tahanan perang, tetapi ini tidak berlaku. Antara pemimpin UMNO yang amat rapat dengan PKM ialah bekas Timbalan Presiden UMNO dan juga Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghaffar Baba sendiri. Gambar beliau masih digantung di Muzium Rejimen ke-10, di Kampung Perdamaian di Sukhirin, Thailand.

Mengenai sejarah penentangan terhadap penjajah British pula, perjuangan ini telah dilakukan dengan beraninya oleh gabungan parti kiri radikal seperti PUTERA-AMCJA. Parti-parti kiri radikal pada masa itu adalah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Gerakan Angkatan Muda (GERAM), Barisan Tani SeMalaya (BATAS), Hizbul Muslimin, PETA dan sebagainya. Ramai antara pejuang-pejuang ini dibunuh, dipenjarakan atau dibuang negeri. Banyak organisasi dan kesatuan sekerja radikal dibubarkan. Sepanjang masa Darurat itu, hanya satu parti politik yang dibenarkan beroperasi dan tidak dibubarkan, dan parti itu ialah UMNO yang kemudiannya ianya diberikan kemerdekaan oleh penjajah. UMNO diberikan kemerdekaan oleh British kerana mereka tidak menuntut kemerdekaan 100% seperti gabungan parti kiri. Malah, semasa Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun 1957, jawatan Ketua Polis Negara dan Panglima Tentera kita masih dipegang oleh orang putih.

Oleh itu, mengatakan UMNO kalahkan Komunis adalah tidak tepat. Mengatakan UMNO memainkan peranan utama dalam melawan British juga tidak tepat sekali. UMNO memang harus diberi kredit kerana melawan Malayan Union. Namun, slogan MERDEKA pertama kalinya diperkenalkan oleh PKMM dan parti pertama dibubarkan oleh British semasa Darurat 1948 bukannya PKM tetapi adalah API di mana anggotanya rata-rata adalah orang Melayu.

Jadi, sejarah harus ditulis semula dan perjuangan kemerdekaan bukan monopoli UMNO seratus peratus.

Netizens Bandingkan Baju Haziq Di Rakaman CCTV Dengan Video Skandal..

SOSMED | Gosip sosmed malam ini lebih panas lagi. PKR baru sahaja mengumumkan sebentar tadi Haziq Abdullah Abdul Aziz, ketua Pemuda PKR Santubong dipecat keahliannya serta-merta.

Pengerusi Lembaga Disiplin Ahmad Kasim berkata Haziq telah membuat tuduhan rasuah secara terbuka terhadap pemimpin parti tanpa bukti, oleh itu melanggar kod etika parti.

Pemecatan ini selepas tamat tempoh 14 hari Haziq diarah memberikan surat tunjuk sebab menjelaskan dakwaan-dakwaannya.

“Juga mengenai hal-hal lain sementara tunggu siasatan polis,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR malam ini selepas selesai mengadakan mesyuarat biro politik.


Bagaimanapun isu tersebut tidaklah begitu menjadi perhatian para netizens apabila gambar baju Haziq lebih dibualkan lagi dikalangan pengguna sosmed ini.

Ia datang selepas tersebar rakaman CCTV yang mula ditularkan pada waktu petang tadi.


 
Perkara ini menjadi bualan netizens disana sini yang mengikuti perkembangan kes ini dengan rapat. Ia juga menjadi sensasi di laman sosial WhatsApp apabila kedua-dua kem bergaduh sesama sendiri.

Untuk rekod, penyebaran rakaman video yang dikaitkan dengan Menteri Ekonomi masih lagi dalam siasatan pihak polis.

Terdahulu, SPRM mengesahkan Azmin Ali tidak terlibat dalam dakwaan rasuah dan akaun bank yang dikaitkan dengannya adalah palsu. - 3 Julai 2019.

PAS, UMNO, GPS Setuju Undi #18 Tetapi Bersyarat.

POLITIK | PAS bersama parti pembangkang lain seperti UMNO dan GPS bersepakat setuju dengan usul penurunan had usia mengundi dari 21 tahun kepada 18.



Bagaimanapun persetujuan itu hadir dengan syarat kerajaan perlu segera menguatkuasakan satu sistem pendaftaran undi secara automatik. Tidak lagi menggunakan cara manual seperti sekarang.

Sistem pendaftaran automatik itu bermakna apabila seseorang itu mencapai ke had usia boleh undi, dia secara automatiknya dibenarkan untuk mengundi berdasarkan alamat di kad pengenalan ketika mencapai usia tersebut.

Berikut adalah kenyataan Nik Abduh.


NIK ABDUH | Had Umur Mengundi 18 Tahun

PAS, UMNO dan GPS daripada barisan pembangkang di Parlimen hari ini sepakat mencadangkan pindaan umur pengundi kepada 18 tahun dengan pendaftaran pengundi secara automatik. Begitu juga had umur kelayakan sebagai calon pilihanraya diturunkan kepada 18 tahun berbanding 21 tahun sebelum ini.

Dua cadangan utama di atas, selain sebagai satu pengiktirafan terhadap sumbangan penting para belia kepada pembangunan negara dan satu usaha pemupukan kesedaran dan tanggung jawab sedari awal di kalangan para belia, ia juga akan dapat menyelesaikan secara mudah dan sempurna terhadap isu jutaan rakyat negara kita yang masih tidak mendaftar sebagai pengundi di atas pelbagai faktor termasuk kesedaran yang amat lemah.

Pihak pembangkang menuntut agar pihak Kerajaan yang akan membawa RUU pindaan akta ini agar arif dan sedar bahawa pindaan yang hanya melibatkan had umur tanpa bersekali dengan pendaftaran automatik adalah satu langkah yang tidak sempurna. Ia hanya akan melambakkan dan menambahkan lagi peratusan rakyat yang tidak berdaftar sebagai pengundi. Ini amat merugikan negara di sebalik penyelesaian mudah yang ada di hadapan mata.

Pendaftaran pengundi secara automatik telah pun dilaksanakan dengan jayanya di banyak negara yang mengamalkan demokrasi telus.

Majulah belia untuk agama dan negara. - 3 Julai 2019.

Diskriminasi Kaum Berhubung Pembayaran Yuran Di Institut Latihan Perindustrian, Ini Jawapan Kementerian.

KENYATAAN MEDIA | Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengambil perhatian berkenaan isu penularan
pengecualian bayaran keperluan bagi Pelajar baharu Belia India semasa pendaftaran di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Sesi Julai 2019 khususnya di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Tangkak pada 1 Julai 2019.


Penjelasan oleh KSM adalah seperti berikut :




Program Inisiatif Meningkatkan Enrolmen Pelajar Belia India (PSMB-ILJTM) Tahun 2019.

- Bajet 2019 telah menyediakan peruntukan khas kepada KSM berjumlah RM5 juta bagi tujuan menambah penyertaan bilangan Belia India untuk menyertai bidang Latihan Kemahiran Teknikal dan Vokasional (TVET) dimana jumlah pelajar yang disasarkan adalah seramai 2,000 orang. Peruntukan ini akan disalurkan kepada Akaun Amanah setiap ILJTM yang terlibat dimana jumlah yang akan disalurkan kepada JTM berjumlah RM3.5 juta;


- Dalam melaksanakan program ini, ILJTM akan menjalankan Kursus Jangka Panjang (Sijil dan Diploma), Kursus Jangka Pendek (customised dan modular), Ujian Kecenderungan Kemahiran (UKK) dan Kursus Pra-sijil;


- Bagi kursus jangka panjang, bayaran keperluan sahaja yang dikecualikan bagi Pelajar baharu Belia India (Diploma dan Sijil) tetapi Pelajar Belia India masih perlu memohon pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk mengikuti program
Diploma sepenuh masa. Pelaksanaan kursus Sijil adalah percuma kerana Kerajaan menanggung keseluruhan kos seperti Elaun Saku, Makan / Minum, Asrama dan Bahan Latihan;


- Sehingga 1 Julai 2019, seramai 356 pelajar Belia India telah menjalani kursus jangka pendek (KJP) dan dijangkakan seramai 218 pelajar Belia India baharu akan mendaftar untuk kursus sepenuh masa (Diploma dan Sijil) bagi sesi Julai 2019 berbanding keseluruhan anggaran pengambilan pelajar baharu seramai 5,540 pelajar. 


Program Latihan Kemahiran Belia India 2013 – 2015

- Program Inisiatif Meningkatkan Enrolmen Pelajar Belia India (PSMB-ILJTM) Tahun 2019 ini bukan pertama kali dilaksanakan oleh Kerajaan;


- Program seumpama ini pernah dilaksanakan oleh Kerajaan terdahulu menerusi KSM pada tahun 2013 sehingga 2015 dengan melibatkan agensi TVET dibawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS);


- Peruntukan khas berjumlah RM11.6 juta telah disediakan bagi meningkatkan penyertaan Belia India dalam program TVET dimana keseluruhan kos dibiayai oleh Kerajaan seperti Elaun Saku, Makan/Minum, Asrama, Bahan Latihan termasuk yuran pengajian di peringkat Diploma ;


- Seramai 671 pelajar Belia India telah mendaftar di ILJTM untuk program ini dan seramai 545 orang telah menamatkan pengajian dengan jayanya. Pengecualian Bayaran Keperluan bagi Pelajar baharu
 

- KSM sedang didalam proses untuk mendapatkan kelulusan bagi pengecualian bayaran keperluan di ILJTM kepada golongan pelajar dikalangan keluarga B40, pelajar Belia Orang Asli selain daripada pelajar Belia India. - 3 Julai 2019.

Mujahid Tak Reti Guna Kalkulator? Ini Fakta Sebenar Perbezaan Kos Operasi TH Tahun 2018 & 2019.

POLITIK | Menteri Agama Mujahid Rawa dituduh bodoh matematik apabila didakwa tidak pandai membuat kira-kira kerana membuat kenyataan di Parlimen bahawanya Pakatan Harapan berjaya menjimatkan kos pengurusan sebanyak RM58j selepas mengambilalih pengurusan Tabung Haji.

Mujahid dikecam kerana sengaja melakukan manipulasi informasi kerana jemaah haji yang menunaikan haji pada tahun 2018 ialah sebanyak 40,200 orang dicampur sekali dengan kuota tambahan dakwa kenyataan itu.


Dan berikut adalah penjelasan Kementerian Agama berkaitan dakwaan yang tular itu;

๐Ÿ‘‰ Kos operasi pada suku pertama tahun 2018 ialah RM262j dan ini melibatkan jumlah jemaah sebanyak : 30,200.

๐Ÿ‘‰ Kos operasi pada suku pertama tahun 2019 ialah RM204j dan ini melibatkan jumlah jemaah sebanyak : 30,200.

๐Ÿ‘‰ Terdapat penjimatan sebanyak RM58j.

๐Ÿ‘‰ Jumlah kuota tambahan tidak termasuk dalam kedua-dua kos di atas kerana mengikut amalan Tabung Haji, kos yang membabitkan kuota tambahan jemaah Tabung Haji sebanyak 10,000 akan dimasukkan dalam kos operasi Tabung Haji suku kedua.

Berdasarkan data dan statistik Tabung Haji, meskipun kos subsidi jemaah Tabung Haji telah meningkat secara mendadak sejak tahun 2018, kesan dari perlaksanaan VAT oleh kerajaan Arab Saudi, kerajaan masih mengekalkan prinsip untuk tidak menaikkan bayaran haji per jemaah.

Bayaran haji per jemaah kali pertama ketika ini ialah RM9,980.

Kos subsidi per jemaah pada tahun 2018 : RM12,470
Kos subsidi per jemaah pada tahun 2019 : RM12,920

Jumlah subsidi pada tahun 2018 : RM400j
Jumlah anggaran subsidi pada tahun 2019 : RM400j ++ 

Demikian penjelasan itu. - 3 Julai 2019.

Dari Mana Ketua Ulama PAS Dapat Gelaran Datuk Soal Pimpinan Amanah.

HASBIE MUDA, Pengarah Pendidikan Politik, Pemuda AMANAH Nasional | NIK ZAWAWI PERLU DEDAHKAN DARI MANA BELIAU PEROLEHI GELARAN 'DATO'

Keengganan Ketua Dewan Ulamak PAS, Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh untuk berdebat dengan Wan Ji Wan Hussein atas alasan Wan Ji tidak setaraf dengan beliau amatlah memeranjatkan. Tambah mendukacitakan apabila alasan 'tidak setaraf' ini keluar dari mulut seorang yang bergelar Ketua Dewan Ulamak.


Mungkin Wan Ji dianggap tidak setaraf kerana Wan Ji tidak bergelar 'Dato'. Namun dalam hal ini, Nik Muhammad Zawawi wajar mendedahkan status gelaran Dato' yang dipakainya secara meluas sejak kebelakangan ini dianugerahkan oleh Istana atau kerajaan mana.

Berdasarkan carian di laman sesawang Bahagian Istiadat & Urusetia Persidangan Antarabangsa, tiada rekod nama 'Nik Muhammad Zawawi' menerima sebarang darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato' atau Datuk yang sah. Walhal beliau dan PAS menggunakan gelaran Dato' untuk merujuk kepada dirinya secara berleluasa, seperti yang boleh dilihat di dalam website rasmi PAS, akhbar Harakah, laman Facebook rasmi beliau dan juga Facebook Pejabat Parlimen Pasir Puteh.

Akta 787 melarang mana-mana individu menerima dan menggunakan sebarang anugerah yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan dan Akta 787 memperuntukkan penjara tidak melebihi 3 tahun jika sabit kesalahan.

Penggunakan gelaran Dato' palsu atau gelaran yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan bukan sahaja suatu yang memalukan dan tidak berintegriti, malah ianya adalah satu jenayah. Apatah lagi jika dilakukan oleh seorang wakil rakyat dan pemimpin yang dianggap 'ulamak' oleh pengikut-pengikutnya.

Nik Zawawi perlu tampil segera dan berterus terang tentang perkara ini. - 3 Julai 2019.

 

"Ini Baru Teaser, Nantikan Muka Penghuni Bilik Itu," Penyebar Video Skandal Kini Sebarkan Rakaman CCTV..

SOSMED | Rakaman CCTV yang dipercayai merujuk kepada skandal video Haziq-Azmin berlegar-legar di sosial media sejak petang tadi.

Rakaman itu dibuat naik oleh seorang Youtuber yang dikenali sebagai Rahim Jaafar pada 2 Julai (dipercayai menggunakan waktu Amerika) pada jam lebih kurang 3.40 petang berdasarkan analisis jarak masa pengomen pertama.


Rakaman itu kini mula tersebar menerusi Facebook, Twitter dan aplikasi WhatsApp.


Ia juga kini menjadi gosip terbaru dikalangan netizens yang mengikuti perkembangan rapat skandal tersebut.


Rakaman CCTV itu dipercayai diambil dari HOTEL FOURPOINT, SANDAKAN yang bertarikh 11 Mei 2019 berdasarkan penerangan yang terdapat dalam video tersebar itu.






Penyebar rakaman CCTV itu mendakwa Haziq dilihat memasuki bilik dipercayai dihuni oleh Menteri Ekonomi pada jam 1.07 pagi dan keluar dari bilik itu pada 1.43 pagi. 

Haziq dilaporkan berada dalam bilik tersebut selama lebih kurang 36 minit.


Haziq juga didakwa memasuki bilik Azmin dalam keadaan menyamar.

Untuk rekod, ini merupakan video pertama yang membabitkan rakaman CCTV yang disebarkan sejak dakwaan skandal itu muncul dalam 2 minggu lepas.

Kesahihan rakaman itu memerlukan verifikasi lanjut dari pakar yang terlibat dalam siasatan. 

Polis masih lagi melakukan siasatan mengenai dakwaan tersebut susulan pengakuan Haziq yang mengakui jatuh cinta dan mempunyai hubungan sulit dengan Azmin Ali. - 3 Julai 2019.
 

Selasa, 2 Julai 2019

Lebih 20b Aset Negara Dijual PH Dedah Pensyarah UKM.

Abdul Muein Abadi | EKSKLUSIF: 400 HARI PAKATAN JUAL LEBIH RM20 BILION ASET NEGARA

1. Genap 400 hari Pakatan berkuasa, sekurang-kurangnya lebih RM20 bilion aset negara telah dijual.  Secara purata, setiap hari sebanyak RM51 juta aset negara dijual, bersamaan dengan RM2.1 juta aset negara terjual setiap jam di bawah Pakatan. 


2. Kesemua aset ini termasuklah sebahagian pegangan dalam IHH Berhad (RM8.42 bilion), Sapura Upstream (RM3.7 bilion), Acibadem Sigort (RM1.25 bilion), Telco M1 (RM1.65 bilion), saham TNB (RM1.05 bilion), Boustead Plantation (RM1.2 bilion), Axiata Digital (RM0.579 bilion), BDO Unibank (RM0.415 bilion), CIMB (RM0.364 bilion), Hotel Royale Chulan (RM0.197 bilion), dan juga bangunan Konsulat di Hong Kong yang telah pun mempunyai pembeli dari China (RM1.6 bilion).

3. Tidak cukup dengan kadar ini, terbaru portal perniagaan terkemuka The Edge Markets melaporkan bahawa Pakatan kini merancang untuk terus menjual aset-aset Khazanah iaitu UEM Sunrise, UEM Edgenta, UEM Builders, Cement Industries of Malaysia (CIMA), Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), dan juga pegangan dalam Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) serta Malaysia Airlines Berhad (MAB atau lebih dikenali sebagai MAS) (https://www.theedgemarkets.com/article/khazanah-asset-sales-set-pick).

4. Malah, perkembangan ini selari dengan kenyataan Tun Mahathir susulan pertemuan beliau dengan pelabur dari British dalam satu dialog perniagaan anjuran Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), dengan kerjasama Majlis Perniagaan United Kingdom-Asean (UKABC) dan Maybank baru-baru ini (http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-akan-jual-aset-demi-kurangkan-hutang-negara-tun-mahathir-210316). 

5. Secara terbuka Tun Mahathir mengakui bahawa “Saya berminat untuk menjual beberapa aset sebagai usaha untuk meraih pendapatan...Kita ada banyak aset…kita ada tanah, syarikat milik kerajaan, fasiliti, institusi yang dimiliki kerajaan…dan ada di antara aset-aset ini yang sedang kita pertimbangkan”.

6. Paling menimbulkan persoalan tentulah penjualan IHH Berhad kepada Jepun pada bulan November 2018 dengan harga RM8.42 bilion, sedangkan keuntungan IHH Berhad naik 5 kali ganda untuk suku ke-4 2018 berbanding tahun sebelumnya.   (https://www.theedgemarkets.com/article/khazanah-asset-sales-set-pick).

7. Begitu juga apabila Menteri Kewangan Lim Guan Eng cuba mendakwa bahawa kadar “pelaburan” asing telah meningkat sedangkan ia sebenarnya berpunca daripada penjualan aset negara seperti antaranya penjualan bernilai RM3.7 bilion (50% kepentingan dalam) syarikat Sapura Upstream Sdn Bhd yang dimilik 40% oleh PNB kepada syarikat OMV dari Austria (https://www.omv.com/en/news/190201_omv_and_sapura_energy_close_agreement).

8. Untuk rekod, pada Ogos 2018, Khazanah di bawah Pakatan telah menjual syarikat insurans Turki, Acibadem Sigort dengan harga RM1.25 bilion kepada syarikat UK, iaitu Bupa (https://www.dealstreetasia.com/stories/khazanah-turkish-insurer-bupa-105118/).

9. Seluruh pegangan Khazanah melalui Axiata di dalam Syarikat telco M1 juga telah dijual kepada Singapura dengan harga RM1.65 bilion (https://www.reuters.com/article/axiata-group-m1-divestiture/update-2-malaysias-axiata-accepts-offer-for-singapore-mobile-operator-m1-idUSL3N20A3G0).

10. Pada April 2019 Khazanah di bawah Pakatan menjual saham TNB sebanyak RM1.05 bilion.

11. April 2019 juga, Axiata di bawah Pakatan telah menjual perniagaan digital mereka (Axiata Digital) kepada Singapura dengan harga RM579 juta.

12. Lebih setengah dari pegangan Khazanah dalam bank Filipina terbesar BDO Unibank Inc telah dijual kepada Filipina dengan harga RM415 juta yang juga di bawah harga pasaran (http://www.bhplus.com.my/bisnes/korporat/2019/02/531221/khazanah-jual-saham-bank-filipina-rm415-juta).

13. DRB-Hicom turut menjual kepentingan 11% dalam Modenas kepada syarikat Jepun, Kawasaki yang kemudiannya membeli saham keutamaan boleh tukar (CPS) Modenas, menjadikan penguasaannya meningkat kepada 48%.

14. Menara FELCRA yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak turut akan dijual oleh PH, dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) melebihi RM1 bilion (http://www.utusan.com.my/berita/nasional/menara-felcra-dijual-cairkan-kewangan-1.771251).

15. Pada bulan Disember 2018, Khazanah mula menjual CIMB Bank dengan penjualan 63 juta saham CIMB kepada pembeli-pembeli yang tidak dinamakan pada harga RM364 juta atau harga RM5.78 satu saham. Sebelum PRU14, harga saham CIMB adalah pada harga RM7.30. Sudahlah harga saham merudum, hasil jualan pula kurang RM86 juta.

16. Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings juga dilaporkan telah dijual kepada syarikat Singapura dengan harga RM197 juta (http://www.astroawani.com/berita-bisnes/boustead-jual-hotel-royale-chulan-bukit-bintang-pada-rm197-juta-201284). 

17. Boustead Plantations mengumumkan bahawa mereka akan jual tanah miliknya yang berharga RM1.2 bilion pada April 2019 (https://themalaysianreserve.com/2019/04/25/boustead-plantations-plans-to-sell-land-worth-rm1-2b/).

18. Selain kesemua penjualan ini, Khazanah juga telah meluluskan penggabungan Axiata (Celcom) dengan Telenor (DIGI) sedangkan dahulu Pakatan akan menuduh langkah sebegini sebagai jual aset negara seperti Proton-Geely.

19. Disebalik kesemua penjualan aset dan kepentingan Khazanah Nasional, ia masih bertindak menjual bon sebanyak RM2 bilion pada Mei 2019.

20. FGV dan Tabung Haji bawah Pakatan juga cuba menjual aset ladang sawit bernilai RM4.13 bilion di Kalimantan, Indonesia (https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/04/556443/fgv-tabung-haji-pertimbang-jual-aset-perladangan-di-indonesia).

21. Sebuah bangunan Konsulat Malaysia di Hong Kong 28 tingkat telah diputuskan oleh kerajaan BN dahulu untuk dijual kepada syarikat Malaysia pada harga RM1.1 bilion, sebaliknya kerajaan Pakatan cuba menjualnya kepada syarikat China Kumpulan Evergrande China dengan harga RM1.6 bilion (https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/545642/penjualan-aset-di-hong-kong-dibuat-zaman-bn).

22. Dua projek kerjasama Khazanah dengan Temasek (Singapura) iaitu Marina One dan Duo turut menjadi perhatian seperti mana laporan The Edge Markets berikut: “Another jewel is Khaznah’s 60% interest in the M+S joint venture with Singapore’s Temasek Holdings. The JV developed two projects — Marina One in Marina Bay and Duo in Bugis — that were the result of a 2010 land swap deal between the two governments. According to an M+S statement in January, the two projects had a gross development value of S$11 billion or RM33 billion. The land cost and shareholders injection was around S$4.0 billion and after deducting development costs, it is estimated that the profit could be as much as S$3.0 billion. It is understood that M+S could generate around RM12 billion cash, including a profit of RM5.4 billion, for Khazanah if it sells the 60% stake. Will Khazanah assets be sold to raise cash for the government?” (https://www.theedgemarkets.com/article/cover-story-will-khazanahs-assets-be-sold-reduce-government-debt).

23. Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan sendiri pada Mac 2019 tidak menolak “sebarang cadangan penjualan aset sedia ada miliknya termasuk Legoland Malaysia Resort (Legoland Malaysia), jika ia mampu memberi pulangan nilai lebih baik pada masa depan”.  Kenyataan beliau ini sebagai reaksi kepada laporan Bloomberg bahawa Khazanah mempertimbangkan untuk menjual Legoland Malaysia yang dianggarkan bernilai sekitar RM1 bilion (AS$245 juta), termasuk hutang (https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/03/537561/khazanah-tidak-tolak-jual-aset-bernilai-tinggi).

24. Tidak cukup dengan kesemua langkah penjualan aset ini, semalam kita dikejutkan pula dengan pengumuman bahawa Khazanah Nasional telah melantik ahli lembaga pengarah baharu dari China iaitu Prof Xiao’ou Tang (https://www.theedgemarkets.com/article/khazanah-appoints-three-new-board-members).

25. Untuk rekod, pelantikan ini menandakan buat pertama kalinya Khazanah melantik warga asing di posisi yang teramat penting ini.  Malah pelantikan ini dilaporkan secara besar-besaran oleh media seperti South China Morning Post (https://www.scmp.com/tech/start-ups/article/3016788/malaysias-sovereign-wealth-fund-appoints-sensetime-founder-board-it).

26. Prof Xiao’ou Tang ialah Pengasas SenseTime dan pensyarah di Chinese University of Hong Kong.

27. Encik Lau Seng Yee pula ialah Naib Presiden Eksekutif Kanan dan Pengerusi Pemasaran dan Penjenamaan Kumpulan Tencent Holding Company Limited di China. Beliau adalah merupakan warga Malaysia berpangkalan di China.

28. Pelantikan Prof Xiao’ou Tang dilihat susulan daripada lawatan Tun Mahathir ke ibu pejabat SenseTime di Beijing sebelum ini. 

29. Untuk rekod, SenseTime sebelum ini bekerjasama dengan syarikat G3 Global Bhd. dan juga China Harbour Engineering Company Ltd. (CHEC) untuk menubuhkan taman kecerdasan buatan (AI) yang pertama di Malaysia dengan pelaburan sebanyak AS$1 bilion (RM4.14 bilion) (http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/g3-global-rakan-rancang-labur-rm4-bilion-dalam-taman-ai-1.889714).

30. Secara ringkasnya, kerajaan Pakatan hari ini bukan sahaja bertindak menjual aset negara secara besar-besaran – terutama sekali kepada pihak asing – tetapi juga melantik pihak asing yang berpengaruh dari kuasa besar ke posisi yang cukup strategik dalam badan pelaburan dan pembangunan ekonomi negara.

31. Dari perspektif geopolitik, kedua-dua langkah ini tidak strategik untuk kepentingan negara dalam jangka masa panjang.  Seperti mana amaran para sarjana seperti Profesor John Ikenberry (Princeton University), Profesor David Lake (University of California), Profesor Michael Mastanduno (Dartmouth College), Profesor Peter Katzenstein (Cornell University), dan juga Profesor Stephen Krasner (Stanford University), negara bukan kuasa besar (seperti kita) perlu berusaha untuk meningkatkan ‘internal mobilization’ dan juga ‘external extraction’.

32. ‘Internal mobilization’ bermaksud ‘the creation of wealth and an investment in power’ (penciptaan kekayaan dan pelaburan untuk membina kuasa) manakala ‘external extraction’ pula ialah ‘state efforts to accumulate resources from outside its borders that can be used in achieving domestic objectives’ (usaha kerajaan untuk mengumpul sumber/pendapatan dari luar sempadannya yang boleh digunakan bagi mencapai objektif-objektif domestik).

33. Sebaliknya, langkah kerajaan Pakatan hari ini dipandu ideologi ekonomi neoliberal yang menitikberatkan pengurangan tanggungjawab dan saiz kerajaan – termasuklah alasan mengurangkan hutang yang sebenarnya tidak menjanjikan kemakmuran – sama sekali tidak mengambil kira kepentingan strategik negara untuk jangka masa panjang.  

Kerajaan Pakatan perlu segera menghentikan amalan penjualan aset-aset negara dan menyemak kembali pelantikan warga asing ke posisi strategik seperti di Khazanah.

Ingatlah pesanan peribahasa Melayu berikut: 

‘Gunung yang tinggi akan runtuh jika setiap hari digali’. - 2 Julai 2019.

Netizens Pertikaikan Perdana Menteri Naik Jet Kerajaan Hadiri Program Politik.

SOSMED | Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad dipertikaikan netizens kerana menaiki pesawat kerajaan untuk menghadiri program politik.

Tun Mahathir didakwa menggunakan jet rasmi ketika menghadiri majlis rumah terbuka PPBM di Dewan Konvensyen MBI Desaku, Kulim Kedah pada sabtu lepas.

"Kita lihat, Latheefa Koya berani siasat atau tidak? Adakah ini salah guna kuasa? Nak pergi acara parti, pakai pengangkutan sendirilah. Yang pakai jet kerajaan tu pasal apa?," tulis pentadbir halaman TTKM.

Cakap lain, buat lain..



Amanah? Intergriti?? LOL!



Minggu lepas, Perdana Menteri juga dikritik kerana membawa cucunya menaiki pesawat kerajaan.




Setakat ini Pejabat Perdana Menteri tidak menjawab kepada kedua-dua kritikan yang tular di sosial media itu. - 2 Julai 2019.

Cabaran Debat Untuk Dr. Zawawi, Boleh Masuk TV, Semua Permintaan Ditunaikan..

Abang Ahmad Kerdee |ANALISIS TV AL-HIJRAH : DIALOG ‘FATWA WAJIB’ KINI TERBENTANG LUAS

Saya tertarik dengan kesudian YB Dato' Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh selaku Ketua Dewan Ulama PAS yang baharu untuk berdialog dengan sesiapa sahaja tentang isu kenyataan beliau “Wajib menjatuhkan Pakatan Harapan dalam PRU 15”. Namun beliau meletakkan syarat agar siaran secara langsung diadakan.

 

 
Rentetan daripada itu, Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) dengan ini membuka ruang kepada beliau untuk berdialog di dalam slot rancangan Analisis TV Hijrah pada minggu ini - secara langsung.

Saya mengambil maklum bahawa Ustaz Wan Ji Wan Husin (KEADILAN) dan Ustaz Abu Hafiz Salahudin (BERSATU) telah menyatakan kesediaan untuk berdialog secara bersemuka dengan beliau.

Saya juga dimaklumkan bahawa YB Dato' Dr. Nik Muhammad Zawawi telah menyatakan persetujuan namun meletakkan ‘syarat tambahan’ agar ‘regu dialognya’ nanti adalah setaraf (keilmuan agamanya, mungkin – ini memandangkan pandangan “Wajib” yang beliau telah keluarkan sebelum ini atas kapasiti beliau juga memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Ulama Parti Islam Se-Malaysia) dan wakil dari Pakatan Harapan (PH) yang boleh membuahkan hasil untuk rakyat dan dasar negara.

Oleh yang demikian, suka saya maklumkan di sini bahawa bagi mewakili PH, Ustaz Zolkharnain Abidin Al-Hafiz selaku Pengarah Syariah Nasional Parti Amanah Negara yang jawatannya setara jika dibandingkan dari sudut hierarki parti dengan Ketua Dewan Ulama akan menjadi regu kepada YB Dato' Dr. Nik Muhammad Zawawi di dalam dialog itu nanti. Ustaz Zolkharnain juga di dalam agensi di bawah Pejabat Menteri Agama adalah Timbalan Yang Di-Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang mempunyai akses di dalam kerajaan pada hari ini. Maka dengan itu, kesemua syarat dan ‘syarat tambahan’ yang dipanjangkan telahpun dipenuhi.

Gelanggang telah kami buka, suburkan budaya berhujah menerusi ruang dialog demi kepentingan ummah.

Sekian, harap maklum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...