Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 15 Jun 2013

Polis Tahan Peserta Flashmob Termasuk Kanak2 10 Tahun [Video Inside].

Aku tak sure sangat kenapa kanak2 10 tahun tue pun kena tahan. Adakah kerana polis tahan mak dia maka dengan anak2 dia sekali terpaksa di angkut sebab dah mak kena angkut kan. Kalau itu kisahnya makna nya bukan la kanak2 tue ditahan kerana polis nak tahan. Ye tak?

Tapi kalau ya polis tahan sebab kanak2 tue melibatkan diri dengan flashmob memang la kelakar. Flashmob jek kot. Bukan jenayah atau buat benda2 merepek yang tak tentu pasal pun..

Bagi aku daripada melalak atas pentas Aznil, flashmob neh sejuta kali ganda lebih berfaedahnya. Sorry la Aznil, kalau ko nak terasa, terasa je la. Dari ajar anak2 berhibur tak tentu hala, ko ajar dia pasal politik, apa masalahnya? 

Takde hal la benda2 gini. Orang bebal je yang anggap anak2 tak patut didedahkan dengan politik dan isu2 semasa. Jangan sempitkan otak kanak2 dengan fikiran sempit korang tue. Selagi mana ia bukan mengundang bahaya kepada kanak2 tersebut, ia oke. Kalau dah mengundang bahaya itu lain citer lah.

Yang aku heran, ini la first time peserta flashmob di tahan oleh polis. Kenapa ek? Buat flashmob kena ada lesen ka? Kena minta izin ka? Ataupun ia merupakan satu kesalahan di Malaysia?

Sejak bila?

Lihat video insiden kat bawah neh beb ;


 

Apa pun sedikit sebanyak aku puji juga tindakan polis kali neh. Aku puji bukan sebab polis tahan member2 SAMM yang buat flashmob tue, aku puji sebab polis tanpa sedar telah membantu mempromosikan perhimpunan mega yang akan berlangsung pada minggu depan di padang merbok.

Hehe.

Thanks la polis. Bertambah2 ramai yang akan tahu.. lebih2 lagi ada sekumpulan orang yang akan berkampung di parlimen. Promosi lagi please.. we need your cooperation la encik polis.

KAH KAH KAH
 

Lagi Mangsa Dipercayai Tertimbus Dalam Nahas Menara Umno..

Sedih nya beb. Tengok gambar2 bawah neh. Setakat neh insiden tersebut mengorbankan 2 orang mangsa. Dan yang buat aku menyampah ialah ada nya orang2 umno dok sibuk pongpang2 salahkan kejadian tersebut sebagai bala dari Allah sebab undi DAP.

Pftttt

Nampak sangat meroyan nya weh. 

Laporan oleh akhbar cina ;



Bomba menemui rangka kereta yang jauh terperosok jauh ke dalam tanah kerana dihempap dengan rod penebat kilat yang besar dan berat tue. Gambar lelaki dalam kotak kecik tue ialah gambar yang dipercayai mangsa yang terhempap sekali bersama2 dengan kereta tersebut.

Ketika kejadian mangsa dilaporkan sepatutnya mengambil anaknya yang akan pulang ke sekolah tapi tak sempat akibat dihempap dengan rod penebat yang jatuh dari menara umno. Dan dalam pada dok kecoh2 isu neh, ada laporan yang tersebar, mengatakan ;

1. Menara umno tue letak nama umno padahal bukan umno yang punya. Jauh sekali dibina menggunakan duit umno.

2. Menara tue dibina menggunakan duit rakyat. Dan diselenggara oleh wang pembayar cukai juga..

3. So apa ke hal nya pula dok pandai2 letak nama menara tue menara umno?

4. Seolah2 nak gambarkan yang umno bina menara tersebut?

5. Ini bukan salah guna dana awam untuk kepentingan sendiri ke apa?

Rujuk : http://jkpsb.com.my/intro/ 

dan

http://omakkau.blogspot.com/2013/06/pemilik-menara-umno-pulau-pinang-bukan.html

Hish.

Kalau la betul.. apa jadah ko letak nama bangunan yang dibina dengan dana awam dengan nama parti ko? Ini tak patut beb melainkan ada persetujuan bersama. Kita tak kisah sangat la. Persoalan nya, ada ke persetujuan tue? 

Apa pun andai benar mangsa yang bernama Lim Chin Aik, 44 terkorban dalam nahas terbaru di Penang neh kita ucapkan salam takziah. Moga keluarga mereka tabah dan sabar dalam menghadapi kehilangan neh. 



Shabery Cheek Bidas Bloggers Dan Serangan Siber Ke Atasnya.

Menteri kita yang nama Shabery Cheek tue anggap dia sedang mengalami serangan cyber sehingga menyebabkan dia rasa terpanggil nak membuat maklum balas dalam masa terdekat. Aku pun tak berapa faham sangatla apa yang dimaksudkan as serangan cyber yang di alami oleh menteri kita yang seorang neh. Tapi memang kelakar dowh kenyataan dia kat bawah neh hah ;

Terima Kasih diatas Komen2 yang membina dan pendapat yang bernas, juga terima kasih diatas serangan siber yang disebarkan melalui blog dan juga komen2 menggunakan akaun palsu yang berjumlah 250 akaun yang telah dibanned hari ini, ini adalah titik permulaan untuk membersihkan MEDIA SOSIAL KITA, dan saya akan keluarkan satu persatu blog yang spin kenyataan saya ini untuk tatapan dan penilaian umum supaya Rakyat Malaysia sedar bahawa setiap jawapan saya yang jujur dengan mudah dimanipulasi atas niat ingin menjatuhkan pemimpin di negara kita, Saya berharap Rakyat Bersama-sama saya pada kali ini, Selamat Malam dan Assalamualaikum.



Semua neh berpunca dari gara2 isu tayangan filem waktu mahgrib berikutan ulasan yang diberikan oleh menteri komunikasi kita.. rujuk sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/06/jawapan-shabery-cheek-isu-tayangan.html

Aku pun tak faham sangat blog mana yang spin kenyataan dia, sapa yang sedang serang dia di internet.. tapi apa yang aku tengok, dia kena perli dan sindir je ada la. Sampai 250 account palsu dia dapat detect dalam masa satu hari kat page dia? Aku agak ragu2 dengan jawapan tersebut. Jangan2 mana2 pendapat yang dia rasa boleh menjatuhkan kredibliti dia, dia main banned je. Then dia claimed as account palsu. Mana nak tahu kan.

KAH KAH KAH

Apa pun aku tak sabar2 tunggu blogger mana yang menyebabkan dia rasa terpanggil nak respon tue. Dan paling yang aku suka sekali bila dia bertindak balas dengan cepat atas apa yang sedang berlaku neh. Ini positif neh, positif. At least nampak sket macam sesama kita neh sedang berkomunikasi.. betul tak menteri komunikasi?

KAH KAH KAH

Jumaat, 14 Jun 2013

Jawapan Shabery Cheek Isu Tayangan Filem Waktu Mahgrib.

Baru2 neh Ahmad Idham naik bengang bila ada pawagam yang tayangkan filem melayu waktu mahgrib. Rujuk gambar :



Lihat sini lebih lanjut : http://www.ehgosip.com/2013/06/ahmad-idham-sound-pawagam-tak-hormat.html

Kita tunggu2 juga menteri yang berkaitan respon. Nak tengok mereka cakna ke tak cakna dengan persoalan yang dibangkitkan oleh Ahmad Idham neh. Aku tak cenderung nak salahkan pemilik pawagam. Aku cenderung lebih suka mengatakan ia peranan diri sendiri dan undang2. 

Apa pun bukan nak citer pasal pendapat aku. Nak citer pasal apa respon Shabery Cheek bila mengulas isu neh ;


Ada yang bertanya dengan saya mengenai ISU TAYANGAN FILEM MELAYU pada waktu solat maghrib, jawapannya mudah tayangan ini untuk 3 kategori rakyat:


1. Orang yang bukan islam


2. Perempuan yang uzur tak boleh solat


3. Untuk Lelaki musafir atas syarat2 yang ditetapkan islam


Jadinya yang islam boleh tunaikan solat maghrib dan isyak dahulu kemudian pergila menonton tayangan jam 9.


Aku yang paling tergelak tue ialah jawapan no 3. Aku nak gelak dulu oke.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Ini first time aku terbayangkan yang ko musafir then ko boleh lepak2 habiskan masa ko dalam panggung wayang.. aku tak heran la kalau ini la konteks musafir yang difahami oleh Shabery Cheek sebab Menteri Agama depa pun tetiba dah jadi sebahagian dari asnaf yang layak menerima zakat walhal rumah bapak sikit punya besar.

KAH KAH KAH

Korang tengok bawah neh antara komen2 dia. Ada orang LIKE oke.


Pfttt

Mak bapak pergi solat sementara anak leka tengok kartun. Hahahahaha.. kenapa tidak mak bapak ajar anak pasal bersolat sekali? Dari kecil ah senang nak pupuk....

Menteri tue beb. Menteri.

KAH KAH KAH

Nazri Aziz Sound Anwar Ibrahim.

Berikut antara petikan ayat2 pedas Nazri Aziz kepada Anwar Ibrahim.


"Pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah lupa yang dia ini umur sudah dekat 70 tahun tapi nak berlagak macam ketua pelajar. Saya dulu pun ketua pelajar tapi zaman kita dah berlalu, kita kena sedar sudah tua. Janganlah buat perangai macam tak sedar diri.

"Kalau sudah kalah terimalah kekalahan. Apa Anwar ingat dia boleh menang? Rakyat tak mahu pembangkang hendak cukuplah. Rakyat pilih mereka menjadi wakil rakyat untuk berkerja sebagai ahli Parlimen bukan membuat benda-benda bodoh seperti ini," ujarnya.

Menyentuh mengenai siri demonstrasi pembangkang pula, Mohamed Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan secara sinis berkata, beliau berhajat untuk menjadikan demonstrasi itu sebagai salah satu produk pelancongan jika pelancong mahu melihat demokrasi Malaysia.

"Kalau mereka boleh buat selalu demonstrasi ini, saya nak buat sebagai produk pelancongan bagaimana demokrasi di Malaysia berjalan sebab selepas pilihan raya pun masih berlaku demonstrasi dengan perangai ala-ala Orang Utan pemimpin pembangkang," katanya sinis.


Nazri Aziz sound Anwar Ibrahim berikutan isu boikot acara angkat sumpah tue. Anwar bagaimanapun menafikan akan meneruskan cadangan yang dibuat oleh sekumpulan NGOs yang mendesak PR memulaukan acara angkat sumpah tersebut.

Baca lanjut disini. Selain dari Anwar yang mewakili PKR, PAS dan DAP juga telah memberikan respon yang sama iaitu tidak akan memboikot acara angkat sumpah di Parlimen pada 24 June ini.

Nazri Aziz menyindir nak jadikan demo2 di Malaysia sebagai product pelancongan? Oke fine. Meh kita tengok apa respon dia bila sekumpulan anak muda serang parlimen minggu depan. Bukan sekadar berdemo bahkan siap tidur dan buka khemah depan parlimen lagi. Jangan nak halau2 orang pula time tue oke. Kata product pelancongan kan.

KAH KAH KAH

Khamis, 13 Jun 2013

Banner Provokasi Maki Melayu Oleh DAP.

Melayu bodoh pukimak.

Antara perkataan yang tertera atas banner yang dijumpai di Johor. Dengar cerita dari pihak sana banner tersebut di temui di dua tempat yang berbeza tapi di kawasan yang berhampiran la juga.

Tertera juga perkataan DAP JOHOR blablabla yang konon nya bukti untuk mengaitkan DAP dengan insiden tersebut. Aku tak sebelahkan mana2 pihak. Tapi kalau orang umno rasa banner neh DAP yang buat pergi la report polis. Bukti kan ada. Apa nak tunggu2 lagi.

Setakat sembang dan provoke2 agar kita benci cina dengan wujudnya banner neh buat apa? Tak cukup kuat la nak benci2 dap even cina sekalipun angkara banner tersebut.

Sorry.

Di pihak DAP pula, kalau rasa benda neh fitnah ke atas korang, korang pun patut report polis.

Adil ma. Sama2 minta polis siasat. Dan sama2 tunggu keputusan siasatan.

Tapi kan sejujurnya aku tak rasa DAP akan buat kerja bodoh macam neh. Nampak sangat provokasi nya. Dengan cat kaler merah lagi. Teringat aku kat puak2 tue. Entah la. Lue fikirla sendiri.

Kah kah kah

Wartawan Veteran Dedah PKR Dan PAS Runding Kerajaan Perpaduan Dengan UMNO.

Phewww

Ini berita panas. Nama2 yang terlibat dalam neh memang nama2 panas. Aku percaya lepas neh pelbagai pihak akan keluarkan pelbagai pendapat dan hujah masing2 atas sebab masing2.

Kerajaan perpaduan yang dicanang2 melibatkan Selangor dan Terengganu. Dan parti yang disebut2 untuk melibatkan diri dengan UMNO ialah PAS dan PKR.

Lepas neh tak la pas je yang rasa tersindir bila UG disebut2.

Aku sendiri bukan di pihak yang nak cakap yes or no kat penulisan di bawah neh. Aku tengok bukti dan hujah dulu. Kalau betul la ada pihak2 dalam PAS dan PKR ada keinginan macam neh tahu la kami nak mengajarnya.

Aku memang faham sangat niat bn. Bersatu atas nama kuasa bukan atas nama perpaduan islam ke apa ke seme tue takde kaitan pun. Sekadar topeng nak tutup niat sebenar jek. Takan la depa nak kata oi pas pkr jom kita bersatu untuk kekal berkuasa. Mestila guna ayat bunga2 nak cover matlamat ma.

Apa pun korang baca bawah dulu. Persoalan2 yang lebih lanjut kita serahkan pada nama2 yang disebut dalam artikel bawah neh untuk mereka bagi maklum balas.

Jangan serang melulu plak oke. Belum tentu betul atau sebaliknya sehingga terbukti. Oke.

Baca ah ;

CERITA ketidakserasian antara Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali dan Ahli Majlis Pimpinan Pusatnya, Abdul Khalid Ibrahim sudah basi.

Umum sudah tahu masalah antara Ketua Perhubungan PKR Selangor itu dengan Menteri Besar Selangor kerana telah berlaku secara terbuka.

Cerita Barisan Nasional diselamatkan oleh orang Melayu, Bumiputera dan luar bandar pada Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu pun sudah diketahui. Yang belum jelas ialah apa yang Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, akan buat untuk mereka.

Begitu juga cerita Parti Islam Se Malaysia (PAS) ditolak oleh penyokongnya sendiri kerana mengorbankan prinsip perjuangan –Negara Islam dan Hukum Hudud –apabila terlalu taasub dengan kerjasama dengan PKR dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Apa yang mungkin tidak diketahui umum dan sukar dipercayai ialah Umno, PAS dan sekelompok pemimpin PKR telah kehilangan peluang untuk menubuhkan “Kerajaan Perpaduan” di Selangor, Terengganu dan Kedah.

Di Selangor ia ada kaitan dengan permusuhan antara Azmin dan Abdul Khalid. Di Terengganu kerana kecenderungan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ke arah perpaduan Melayu dan Islam.

Di Selangor bisik dan risik mengenai kerajaan campuran PAS-PKR-Umno cukup serius. Seandainya rancangan itu berjaya, PAS, Umno dan sesetengah elemen PKR akan menubuhkan kerajaan campuran dengan PAS menyumbangkan calon Menteri Besar.

Di antara tiga parti itu, PAS adalah yang paling kuat di Selangor dengan menguasai 15 daripada 56 kerusi DUN, diikuti PKR 14 dan Umno 12. Daripada 14 Adun PKR, 10 adalah Melayu.

Tetapi peluang itu terlepas kerana pihak-pihak yang terbabit takut didedahkan dan tidak bersedia bertolak ansur mengenai calon Menteri Besar, kecuali Azmin yang dikatakan lebih terbuka.

Di Terengganu pula, kepemimpinan PAS negeri dikatakan berminat bekerjasama dengan Umno walaupun PAS hampir-hampir menewaskan Umno. Umno menang 17 kerusi DUN manakala PAS 14 dan PKR satu.

Di Kelantan pun angin perubahan dikatakan telah mula bertiup berikutan pengunduran diri Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar dan digantikan oleh Ahmad Yakob.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Islam, Jamil Khir Baharom, telah melawat Kelantan dan menemui Ahmad (lihat di sini).

Hatta di Kedah pun ada cadangan supaya BN membawa masuk seorang Adun PAS menjadi Exco sebagai tanda persaudaraan dan perpaduan Melayu-Islam.

Tetapi pelung keemasan itu terlepas kerana BN, khasnya Umno, tidak mempunyai “operator” yang boleh melaksanakan gerakan belakang tabir dan kepemimpinan Umno tidak mahu bantuan luar.

Tanpa menolak persaingan politik dan perbezaan ideologi, adalah satu petanda baik bahawa kini muncul pemimpin tertentu dalam parti-parti yang mewakili atau yang mempunyai banyak penyokong Melayu-Islam yang mula memberikan perhatian serius kepada isu perpaduan Melayu-Islam.

Walaupun orang Melayu-Islam adalah majoriti di negara ini, tetapi mereka lemah di segi ekonomi dan keputusan PRU13 menyebabkan mereka lemah juga di segi politik akibat perpecahan.

Kalau perbezaan politik dan perpecahan ini berlarutan hingga ke Parlimen dan DUN, masa depan orang Melayu, Bumiputera dan Islam akan lebih lemah dan terancam. Wallahualam

A. Kadir Jasin

Hishammuddin Cari Cara Terbaik Untuk Dedah 3 Pemimpin Pembangkang Dalang Lahad Datu..


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Dah.

Tak payah tunggu korang dedah. Sampai ke bila2pun takan dedahkan punya. Biar aku je la yang dedahkan. Antara salah seorang dalang yang korang bakal mention ialah 

ANWAR IBRAHIM.

Kenapa plak dia kan? Mana la aku tahu. jalan citer tue BN yang akan reka nanti. Aku tatau macam mana dorang akan kaitkan isu tersebut dengan DSAI oke. Tapi aku suspect memang nama Anwar Ibrahim ada dalam list korang. Sebab tue la korang kecut perut nak dedahkan. Mengaku je la. Kalau pemimpin tue pemimpin pr cikai2 memang korang takan rasa cuak nak dedahkan.

Ini mestilah sebab pemimpin pembangkang tue high profile. Yang mana kalau korang dedahkan nama dia, silap2 bukan dia yang kena, korang yang kena.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH 

Tue yang beria2 fikir kepala macam mana agaknya aku nak dedahkan nama2 dorang neh. Apa agaknya cara terbaik agar tak kena kat aku balik. Betul tak?

Dah dah.. takyah bagi ayat bunga2 korang. Sekilas menteri bercakap depan press, kita orang dah tahu mana bohong mana tak bohong.

KAH KAH KAH
 
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk dedahkan siapa pihak yang mendalangi kes di Lahad Datu, Sabah sekiranya ia tidak menjejaskan operasi membasmi pengganas di kawasan tersebut.

"Agensi-agensi risikan sedang dan telah memantau secara dekat... Yang penting sekarang ialah untuk mencari cara dan pendedahan yang baik. Yang penting sekarang pada Sabah ialah keselamatan dan kestabilan.

"Maklumat yang kita terima, kalau digunakan secara bijak dan tak jejaskan operasi dan perancangan pada masa akan datang, saya rasa tak ada sebab untuk kita tak dedahkan pada orang ramai," katanya dalam sidang media selepas membuat lawatan di kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang hari ini. 

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/232747 

'Kami tidak akan letak jawatan' - Pengerusi SPR.

Tahniah.


Tahniah kepada pihak2 yang konsisten meminta pengerusi dan timbalan SPR untuk meletak jawatan. Suara dan desakan tue kuat sangat sampai dia terdengar dan lakukan respon balas. Ini membuktikan kalau kita konsisten desak dia letak jawatan lama kelamaan dia memang akan terpaksa melepaskan jawatan tersebut la akhirnya.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof (gambar) menegaskan barisan kepemimpinan suruhanjaya itu tidak akan meletak jawatan hanya kerana didesak sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Menurutnya, barisan kepemimpinan SPR yang terdiri daripada beliau, timbalannya dan lima anggota jawatankuasa suruhanjaya itu, dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sumber :  http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130613/dn_04/Kami-tidak-akan-letak-jawatan

Heret nama Agong nak bekap diri sendiri. Tak tahan betul. Kalau dah tak perform tue tetap la tak perform so kalau sungguh bertanggungjawab memang akan letak jawatan pun. Selain dari heret nama Agong untuk selamatkan diri sendiri, SPR juga heret peguam negara untuk bekap diri sendiri.

Aku tak sure la samada pemberita salah sampai kan ke apa ke tapi semalam di tv3 ada melaporkan bahawa SPR akan lawan seme petisyen2 yang difailkan dengan menggunakan peguam2 dari jabatan peguam negara.

Sekali pandang memang nampak macam takde apa. Tapi kalau ko perhalusi benda neh betul2, memang akan ada clash nya weh.

Peguam negara kita condong kepada siapa?

BN pun ada failkan petisyen gak. So SPR nak lawan macam mana? Aku siyes tak berapa faham macam mana agaknya SPR nak defend diri sendiri gunakan peguam2 dari kerajaan. Kerajaan neh pula ditadbir oleh BN. Aku dah boleh nampak sesuatu yang aku syak sebagai tidak telus.

Aku tak nafikan hak SPR untuk defend diri sendiri. Mestilah SPR patut dibolehkan untuk bela diri. Tapi aku tak faham sangat perjalanan mahkamah neh macam mana bila SPR menggunakan peguam2 dari kerajaan untuk bekap diri sendiri. Kalau SPR melawan PR, oke la dia gunakan peguam2 dari kerajaan. Kalau SPR lawan BN macam mana? Neh sesama geng neh? Haizh.. macam pelik aku dengar.

Apa pun aku takmo buat apa2 kesimpulan dan telahan awal sehingga kes tersebut dibicarakan. Tunggu dan lihat je la dulu. Cuma sekarang perkemaskan misi dan matlamat je la dengan mendesak pengerusi SPR letak jawatan, oke?

So jangan lupa 22 hb neh dan disambung sampai berkhemah depan parlimen. Rujuk sini untuk maklumat lanjut : http://amenoworld.blogspot.com/2013/06/hot-aktivis-bakal-kepung-parlimen.html

Rabu, 12 Jun 2013

Hot : Utusan Serang Adik Najib !!! [SEBARKAN]

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Kelakar weh dorang. Dorang bergaduh sakan beb now. Masing2 ada kepentingan masing2 sebenarnya. Aku melihat utusan menyerang adik Najib atas dua sebab ;

1. Sebab bengkek adik Najib bekap COO Air Asia, Azran Osman Rani..

2. Sebab nak amek kesempatan berkempen bagi pihak Muhyiddin.

Baru2 neh heboh diperkatakan bahawa Najib risau akan kedudukan mungkin dicabar oleh pihak2 tertentu dalam pemilihan akan datang disebabkan prestasi buruk BN pada pru ke 13 baru2 neh. Meskipun kedudukan UMNO lebih baik pada PRU ke 13 berbanding PRU ke 12 namun kedudukan BN memang jatuh tergolek2 daripada prestasi sebelumnya.

Bahkan wujud pertemuan rahsia di rumah Ku Li bagi meraikan ketidakpuasan ahti mereka terhadap Najib yang masih menjadi PM meskipun dia gagal membawa kemenangan 2/3 untuk BN. Kegagalan Najib untuk bertanggungjawab dengan apa yang berlaku mengecewakan mereka di samping wakil2 dari Sabah dan Sarawak yang kecewa dengan agihan kedudukan di kalangan mereka.

Rujuk sini :  http://sozcyili.blogspot.com/2013/06/perdana-menteri-baru-selepas-pemilihan.html

Dan terkini, mereka menyerang Najib dengan lebih terbuka lagi.

WOW.. utusan. Mana pergi hadis taat pada pemimpin ko tue? Mana pergi hadis haram jatuhkan pemimpin islam ko tue? Dah campak ke longkang ke lombong?

KAH KAH KAH

KELAKAR NAK MAMPOS.

Hadis pakai buang ke apa? Bila pendirian dan keputusan pemimpin tue favor kat kepala hotak dia, dia akan gunakan hadis untuk halalkan cara, bila pendirian dan keputusan pemimpin tue tak favor kat kepala hotak dia, dia akan gunakan macam2 peluang untuk hentam balas pemimpin tue. Inilah benda yang berlaku pada parti politik di Malaysia neh. 

Hehe.

Yang sebenarnya setiap keputusan dan pendirian pemimpin kepada favor kepada keadilan untuk kita favor kepada dia. Bukan ikut suka hotak kita jek. Oke sekarang Utusan, geng2 pembekap Utusan, Adik Najib, Muhyiddin, dan penyokong kesemua pihak di atas, bergaduh la korang. Kita orang nak tepuk tangan neh. 

KAH KAH KAH


Bacaan penuh : http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130612/po_03/CEO-CIMB-dipersoal-sokong-Azran

Isu Poster Ustaz Azhar Idrus, Salah Siapa?

Amatlah tidak wajar pihak-pihak tertentu menggunakan poster yang tertera gambar pendakwah tersohor, Ustaz Azhar Idrus pada kempen Pilihanraya Umum Ke-13 baru-baru ini. Atas apa jua alasan, memang gambar dan perkataan pada poster terbabit amatlah mengelirukan dan boleh menjejaskan nama pendakwa terbabit. 

Ustaz Azhar sebelum ini menafikan beliau menyertai mana-mana parti politik, malahan menolak pelawaan PAS untuk bertanding di Terengganu. Sewajarnya gambar beliau tidak dijadikan bahan politik, walau pun ianya dilihat kenyataan sebenar dari beliau. Akibat tindakan inilah yang memungkinkan banyak program Ustaz Azhar akhirnya disekat seperti yang berlaku di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan sebuah masjid di Maran, Pahang baru-baru ini. Malah, senario ini memungkinkan banyak lagi pihak tertentu akan membatalkan program yang melibatkan beliau kerana dipercayai menyokong PAS secara terbuka PRU-13 lalu.

 
Dalam hal ini, apakah Ustaz Azhar bersalah?. Sedangkan gambar dan kenyataan yang dipaparkan itu dicetak oleh pihak yang berkenaan. Justeru, tidak hairanlah jika BN menfailkan petisyen atas poster berkenaan kerana ia jelas mengelirukan. 

Kini, sudah pasti kerajaan UMNO BN akan terus "Cop" Ustaz Azhar adalah penyokong pembangkang. Ia tidak baik untuk misi dakwah beliau sebenarnya. Mereka harus ingat bahawa setiap kali program Ustaz Azhar, ia bukan saja dihadiri oleh penyokong pembangkang malahan juga ramai penyokong UMNO BN yang turut hadir. 

Dengan apa yang berlaku, bukankah ia akan menyekat urusan dakwah beliau. Ustaz Azhar perlu menyaman pihak terbabit jika mereka mencetak poster berkenaan tanpa keizinan beliau. Itu pun jika dia mahu berbuat demikian, jika tidak perkara seperti ini bolehlah diselesaikan di peringkat dalaman sahaja.

Petikan dari : http://pahangdaily.blogspot.com/2013/06/isu-poster-ustaz-azhar-siapa-yang.html

Kat atas neh penulisan dari blogger PDO. Bukan aku. Aku sebenarnya belum lagi nak bersetuju mahupun tidak bersetuju dengan penulisan di atas. Sebab bagi aku apa pun pendirian kita, kita kena tengok hujah dari segi undang2 dan pendirian tuan punya badan sendiri.

BN mengatakan bahawa poster2 yang terpapar gambar dan ungkapan2 UAI adalah tidak patut kerana  pihak2 tertentu menggunakan figura2 dan pengaruh2 tokoh2 tertentu untuk raih kepercayaan dan keyakinan para pengundi agar mengundi mereka.

Dari segi undang2 pru, ia sebenarnya bercanggahan dan tidak selari dengan apa yang terkandung dalam peraturan yang ditetapkan oleh SPR. Itu apa yang dinyatakan dalam keratan akhbar di atas. Kalau tak salah, maka tak boleh la failkan petisyen sebab takde hujah konkrit. Tapi sebab ada hujah la maka petisyen pun berjaya di failkan. Logik.

Dalam kes neh pesalah kedua [yang buat banner] mungkin tidak sedar akan kewujudan peraturan tersebut, namun kesalahan utama ialah kepada SPR itu sendiri sebab pegawai dia tidak bertindak untuk arahkan agar poster2 tersebut diturunkan ketika masa berkempen. 

Itu kalau pesalah kedua memang tak sedar akan peraturan tersebut. Namun dalam masa yang sama kita tak boleh abaikan kemungkinan yang poster2 itu juga merupakan satu bentuk provokasi untuk memerangkap dan menfitnah sesetengah pihak. Unsur2 macam neh pun ada kemungkinan juga. Jangan abaikan.

Yang kedua pasal pendirian UAI sendiri. Jika tuan punya badan tiada masalah gambar2 nya, kata2nya digunakan as bahan kempen, kita rilex2 sudah la. Apa pun kata putus dari tuan punya badan sendiri. Jika tuan punya badan terima, so soal samada pihak2 tertentu gunakan pengaruh pihak tertentu rasanya bukan isu lagi sebab tokoh2 tersebut pun memang condong kepada parti tersebut.. betul tak? Pendek kata, kalau tuan punya badan tak kisah, aku dan ko sapa nak melebih2?

Dalam kes neh, aku teringat kat satu isu. Alah isu yang gunakan pengaruh MAZA untuk raih kepercayaan dan keyakinan pengundi di permatang pauh tue.

Yang tue tv3 siap kempenkan lagi tue. Main dalam tv wo. PENGARUH lebih meluas woo. Yang bestnya, MAZA siap nafikan beb. Hah, yang tue terang lagi jelas MAZA tak memihak kepada parti tersebut. 

Hehe..

Rujuk sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/04/maza-nafi-sokong-calon-bn.html

So bila agak2nya PKR nak failkan petisyen mengenai hal tersebut? Dah terlewat la kan?

KAH KAH KAH

Nasib le. 

Hot : Volkswagen Malaysia Sound Utusan. [Sebarkan]

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KELAKAR NAK MAMPOSS..

Sekali kena sound la pula. Amek kaw. Nak menipu pun tak agak2. Kan dah terkantoi bangang kat situ. Oii utusan, mana korang nak lari hah? P la menyorok dalam tandas. 

KAH KAH KAH

Lihat bawah ;



Focus pada kereta Volkswagen Golf jap ;



Ada seorang pengguna fb pergi dapatkan kepastian daripada wakil Volkswagen Malaysia dengan bertanyakan soalan di facebook rasmi mereka. Pengguna tue tanya betul ke apa yang utusan dok sebarkan neh.. then wakil rasmi Volkswagen Malaysia pun jawab seperti di bawah neh hah ;



Sekali kantoi beb. Kantoi.

Kelakar siot.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Rujukan : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151510739376849&set=o.216105911810554&type=1&theater

Selasa, 11 Jun 2013

Kenyataan Terkini JKSB Isu Jambatan Runtuh.

Uit.

Hari tue aku tengok bloggers bn dok salahkan LGE dalam isu lantikkan kontraktor yang bina jambatan kedua tue.

Alih2 keluar pula statement lain. Projek neh dan seluruh proses berkaitan nya adalah di bawah seliaan pusat. Rujuk kenyataan akhbar mereka sendiri. Bukan nak tuduh2 oke.

Lagi satu aku tak juga nak salah menyalahkan. Agak jemu la buat benda gitu. Sampai bila kita nak main blame game? Tunding sana tunding sini?

Ini masa nak selesaikan isu kot. Bukan nak buat drama swasta pr vs bn. Sapa betul sapa salah. Salah menang sapa kalah. Boringgg.

So aku berharap kepada pihak2 yang bertanggungjawab sila mainkan peranan masing2 supaya benda seperti neh tak berulang lagi.

Nyawa beb nyawa. Disebabkan kecuaian sesetengah pihak, seorang rakyat yang tak terbabit jadi mangsa tak pasal2. Isteri hilang suami. Anak hilang bapa. Family hilang tempat bergantung. Kan? Duit bukan ukuran. Ingat yer. Tapi biarlah keluarga tue dapat pembelaan sewajarnya oke.

Speaker Parlimen Sound Anwar Ibrahim Dan Chegu Bard.

Mula2 Anwar.

Sebab Anwar melihat gesaan oleh beberapa NGOs friendly PR mempunyai cadangan yang berasas bila mereka anjurkan idea agar PR boikot acara angkat sumpah bagi menekan SPR akibat ketidakcekapan mereka dalam menanggani beberapa masalah dalam PRU ke 13 baru2 neh.

Anwar dan PKR. Antara sikap mereka yang aku suka ialah mereka cepat react terhadap apa2 isu yang kita utarakan pada mereka.

Mereka tak amek masa yang lama untuk respon. Soal tindakan mereka favor ke tak favor ke kita ke tue citer lain. Citer dia ialah apa2 isu yang kita argue atas media sosial, PKR cepat tangkap, cepat respon dan cepat buat keputusan. Actually menarik cara mereka buat macam neh walaupun kadang2 keputusan mereka kelam kabut.

Respon Anwar bila gesaan itu dibuat ialah Anwar seolah2 favor kepada desakan NGOs tersebut. Meskipun PAS dan DAP ada pendirian yang berbeza. Kat sini aku taknak cakap PKR betul DAP dan PAS salah.

Bagi aku pendirian yang PAS dan DAP amek tepat. Ko boikot pun tak guna. Sama juga di hari lain ko kena angkat sumpah. Tapi jika ko serang SPR dalam parlimen tue lain citer. Bagi aku serang SPR dalam parlimen lebih mendekati matlamat kita berbanding boikot.

Lebih2 lagi bila Speaker cakap kalau ko tak hadir angkat sumpah pada hari pertama, ko tak boleh masuk parlimen. Tue lagi teruk.

Membayangkan bahawa angkat sumpah hanya boleh dilakukan pada hari pertama. Juga membayangkan angkat sumpah tue penting supaya ko boleh berbahas di parlimen.

Jika benar ia terkandung dalam peraturan mesyuarat maka pr kena alert dan aware la. Peraturan bukan sesuatu yang boleh di ubah mengikut kesesuaian ko.

Jadi Anwar Ibrahim kena alert bab neh. Chegu Bard takde hal. Chegu bard bukan mp pun. Tapi Anwar MP. Bahkan Anwar ketua pembangkang. Jika peraturan neh memang wujud maka tak rasional desak DSAI boikot. Macam mana nak bawa aspirasi rakyat jika belum apa2 nak masuk parlimen pun tak boleh?

Rasanya bn memang suka kot benda neh. Takde dsai dalam parlimen. Aman beb.

Mohon timbang semula permintaan boikot2 neh. Sekurang2nya sehingga ada penjelasan yang jelas tentang apa yang diperkatakan oleh speaker kat bawah neh. Bagi aku misi tawan parlimen yang akan dibuat oleh sesetengah pihak tue lagi bagus dari boikot2 parlimen neh. Siyes.

Baca bawah ;

Kesemua 222 anggota parlimen mesti mengangkat sumpah jawatan pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat bagipenggal ke-13, yang akan bermula 24 Jun ini.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata jika ada yang tidak berbuat demikian tanpa sebab kukuh, mereka akan dihalang daripada menyertai persidangan Dewan Rakyat, justeru menjadikan mereka 'strangers of the House'.

Beliau menjelaskan mengenai Peraturan Mesyuarat Nombor 1 yang menyatakananggota-anggota parlimen perlu mengangkat sumpah pada hari pertama persidanganbagi satu penggal baharu itu setelah memilih seorang yang dipertua Dewan Rakyat.

"Jika anda tidak (berbuat demikian), anda memperolokkan peraturan anda sendiri sebagai wakil rakyat, mempersendakan Parlimen, undang-undang dan Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sesi taklimat bagi anggota parlimen, Selasa.

Beliau diminta mengulas mengenai rancangan anggota-anggota parlimen pembangkang untuk tidak mengangkat sumpah jawatan pada hari berkenaan sebagai tanda memboikot keputusan pilihan raya umum 5 Mei lepas.

Mohd Farizal, Lagi Pengguna Facebook Diburu Polis.

Baguslah.

Kerja2 polis sekarang siasat orang2 yang menulis komen di wall facebook je la. Penjenayah berat yang kat luar sana boleh tepuk tangan sebab polis2 kita sibuk check siapa tulis apa di wall facebook. Jenayah kata2 dan penulisan sebenarnya mempunyai side effect yang lebih berat kepada masyarakat di Malaysia. Sebab tue la PDRM menitikberatkan untuk menyelesaikan kes2 begini dengan secepat yang mungkin.

Agak2 bahasa ataupun ayat2 mereka tue diperlihatkan kontroversi, mereka akan disiasat ikut akta yang tertentu.

Tahniah ek PDRM. Aku puji cara korang. 

Hehe.


Bukit Aman mengesan tindakan melampau pemilik akaun Facebook dikenali sebagai Mohd Farizal dipercayai menyiarkan kata-kata penghinaan terhadap lagu kebangsaan negara, Negaraku.
 Mohd Farizal dipercayai graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyiarkan lirik lagu kebangsaan yang diubah suai menggunakan perkataan lucah, menghina dan berbaur hasutan terhadap Raja dan keadaan negara ini. “ 

Mohd Farizal dipercayai graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyiarkan lirik lagu kebangsaan yang diubah suai menggunakan perkataan lucah, menghina dan berbaur hasutan terhadap Raja dan keadaan negara ini. 

Kesan identiti sebenar BH difahamkan, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan untuk mengesan identiti sebenar pemilik akaun terbabit. Tulisan Mohd Farizal itu disiarkan semalam mendapat maklum balas negatif dan dikecam pengunjung laman berkenaan.

 Akhbar pada Ahad lalu melaporkan, seorang pemegang akaun Facebook, menggunakan nama ‘Programmer Calvin Gani’ yang membuat penghinaan melampau terhadap Nabi Muhammad SAW.

 Kelmarin, Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengenal pasti dan menyerahkan siasatan terhadap dua individu yang menghina Nabi Muhammad SAW melalui Facebook. 

Cetus kemarahan Dua akaun Facebook yang menggunakan nama Calvin Gani dan Rakyat Anarki mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini apabila memaparkan kenyataan menghina Nabi. 

Minggu lalu, seorang wanita pemilik akaun Facebook berusia 32 tahun ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan selepas didapati menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 1 Jun lalu.

Lagi Pengguna Facebook Bakal Di Buru Polis!

Adui.

Cover2 la sikit nak menulis tue pun. Dah la memang orang2 UMNO aim korang personally. Tak payah sengaja cari nahas dengan tulis benda2 merapu dan merepek di wall sendiri or wall orang lain la.

Kan dah kena mark. 

Bagi la hujah kalau tak puas ahti sekalipun. Neh individu terkini yang bakal polis buru. Sebab aku tengok orang2 UMNO dah mula sebarkan gambar/wajah/link facebook dia. Tinggal lagi beberapa jam or hari untuk ko akan dihadapkan ke balai polis atas kes sengaja menimbulkan kekacauan dan membawa ancaman kepada PDRM.

Lihat bawah ;


Cadangan aku cover2 sikit dalam menulis apa2. Kalau melawak takde la orang heran sangat. Perli ke sindir ke. Zaman Zahid Hamidi neh dia memang concern bab2 neh. Sebab tue orang2 umno beria2 mark komen2 yang dirasakan perlu dimark untuk attack korang.

Kalau boleh bagi je hujah. Zahirkan pendirian dengan kata2 yang menjurus kepada perbincangan sihat. Bukan kata2 yang mendorong kepada pergaduhan ke apa ke. Lebih2 lagi untuk orang2 cina. Dah macam politik balas dendam dah aku tengok. Habis orang2 cina kena buru tak henti2. Mohon rakan2 cina ber-ahti2 dalam menzahirkan komen di wall. Kalau rasa tak selamat, approve je orang2 yang korang kenal, dan please, tulis la sesuatu yang tidak berbentuk provokasi untuk keselamatan korang oke.

Bai.

Isnin, 10 Jun 2013

Akta Derhaka, Isu Sultan Dan Pendirian Rakyat Marhaen.

Ada cadangan untuk buat Akta Derhaka. Cadangan itu akan direalisasikan dalam bentuk usul sebelum di bahaskan dalam parlimen untuk perbincangan wakil rakyat. Jikalau usul tersebut mendapat sokongan majoriti yang berada dalam parlimen maka nya akta tersebut akan menjadi realiti.

Akta Derhaka neh ada tujuan tertentu. Antara lain ialah memperkukuhkan kedudukan dan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130610/dn_19/Akta-Derhaka-wajar-dilaksana-tidak-bercanggah-Perlembagaan-Persekutuan


Antara hukuman yang dicadangkan di bawah akta tersebut ialah lucut dan buang kerakyatan negara. Dipenjarakan sehingga 2 tahun maksima. Akta neh sememangnya mendapat sokongan dari mufti di negara neh antaranya mufti Harussani.

Rujukan : http://www.sinarharian.com.my/nasional/ngo-mufti-sokong-akta-derhaka-1.169080

Kewujudan idea / cadangan akta di atas ialah bertitik tolak kepada satu posting di media sosial yang bercerita tentang ucapan Agong, dan telah disifatkan as menghina oleh beberapa pihak yang menyokong kerajaan.

Berikut kenyataan yang dimaksudkan.



Jika di tanya pada aku, aku akan cakap tiada apa2 yang disifatkan menghina dalam kenyataan di atas. Aku juga cenderung mengatakan tindakan ke atas dia adalah tindakan bermotifkan politik. Sama seperti tindakan mewujudkan akta derhaka. Yang sebenarnya apa yang ingin dilaksanakan oleh akta derhaka sudah pun dipenuhi dalam perundangan negara melalui akta hasutan dan beberapa pecahan akta sampingan yang lain.

Jadi tiada keperluan mewujudkan akta neh. Ia sia2. 

Pendapat aku secara peribadi akta neh dicipta untuk menakut2kan rakyat marhaen dari bersuara tentang institusi beraja di Malaysia, serta peranan2 yang diambil oleh Agong dan Sultan2 di Malaysia.

Ada orang yang tak faham. Orang2 macam aku sebenarnya sedang dikelirukan. Sudahla kami berada dalam keadaan yang keliru, dan kini kami dihukum setelah kami dikelirukan oleh orang2 yang marahkan kami yang bercakap pasal peranan dan pembawaan Sultan2 dan Agong di Malaysia bila ia berkaitan isu2 semasa dan pentadbiran negara.

Ada orang yang tak faham. Dia kata nak tahu apa tugas Agong dan Sultan? Buka perlembagaan. Belajar sejarah. Masuk sekolah balik. Semua sudah tertulis.

Aku rasa orang macam neh mesti ingat bahawa buku dan perbuatan ialah senada. Seperti Alquran dan umat islam ialah selari. Teori berasas tanpa pratikal.

Alquran ialah Alquran. Alquran bukan umat islam. Perlembagaan ialah perlembagaan, perlembagaan bukan mewakili sikap raja mahupun Agung. Perlembagaan mengariskan apa fungsi raja, tetapi samada raja menjalankan fungsi ataupun peranan tersebut, itu ialah cerita lain.

Rakyat marhaen macam aku diseru untuk melindungi peranan Agong dan Sultan. Benda yang aku tak boleh buat tanpa memahami dulu akan keperluan untuk berbuat demikian. Aku berdoa pada Allah. Ada doa2 yang Allah makbulkan. Jadi aku sayangkan Allah. Atau makin, sayangkan Allah.

Maksudnya kat sini wujud komunikasi antara aku dengan Allah. Aku terkesan dengan kasih sayang yang Allah tunjukkan dan zahirkan. Walaupun, ia secara tidak langsung.

Tapi apa pula komunikasi aku dengan AGong mahupun Sultan?

Maksudnya apa benda yang Agong buat, yang terkesan pada diri aku? Aku susah pun hanya Allah je yang tahu, keluarga ter-rapat, teman2, kawan2, bukan nya AGong. Tidak tahu sebenarnya bukan isu. Memang logik kerana kami tak kenal.

Memang bangang la kalau aku jatuh longkang pun aku bengang sebab Agong tak tahu ataupun aku nak rasa Agong tak amek berat. Yang aku maksudkan di sini ialah perbincangan2 mengenai beberapa polisi yang menekan rakyat marhaen macam aku. Contohnya isu GST. Sejauh mana Agong2 dan Sultan2 neh bersuara dan memberikan pendapat yang mesra rakyat? Ataupun sekurang2nya terkesan dengan benda2 yang menganggu rakyat marhaen macam aku?

Mana mereka?

Nanti akan ada suara2 yang sebut, hello, GST ka apa2 benda yang related dengan pentadbiran itu urusan Najib dan BN. Jangan heret Agong dan Sultan ma.

So, dalam ucapan, bila Agong dan Sultan, berkata sesuatu yang selari dengan BN yang menekan rakyat marhaen, takpe? Yang tue boleh bercakap pasal pentadbiran? Masuk campur dalam urusan apa seme? Asalkan bila pendirian yang pro rakyat, ia jadi tak boleh sebab di anggap masuk campur urusan pentadbiran yang jelas2 di bawah keputusan Najib?

Sokong BN = Ucapan pasal pentadbiran dan polisi kenegaraan, boleh.
Sokong hujah rakyat = Ucapan pasal pentadbiran dan polisi2 tertentu, tak boleh sebab menekan rakyat?

Nampak tak? Faham tak bagaimana kami dikelirukan dengan benda2 yang korang sendiri selalu tonjolkan? 

Kalau tak boleh diperlihatkan untuk condong ke rakyat, maka bukan kah sepatutnya tak boleh diperlihatkan untuk condong ke BN juga? 

Hubungan antara rakyat marhaen dengan Agong tak perlukan BN sebagai orang tengah. Biarkan kami berkasih sayang dengan Agong kami sendiri melalui hubungan dua hala. Jika kami tertekan, ada masalah dengan BN, ada masalah dengan PR, ada masalah dengan mana2 pemimpin kami, bukan kah Agong itu jalan terakhir yang kami ada untuk suarakan seme benda yang terbelenggu dalam jiwa kami?

Kadang2 aku terfikir. Apa mungkin yang sebenarnya Agong aku neh diberikan maklumat yang salah mengenai pendirian rakyat melalui polisi2 yang diperkenalkan oleh BN?

Ingat. Jika BN menindas rakyat, atas proposal ataupun watikah itu ada sign dan persetujuan dari Agong, secara tak langsung, Agong juga bersetuju dengan polisi2 tersebut. Polisi2 yang menyakitkan rakyat.

Jadi jika ini berlaku atas sebab apa kami tak boleh mempersoalkan pendirian dan tindakan Agong dan Sultan2 di negara neh? Apakah ada jaminan bahawa semua tindakan2 Agong dan Sultan2 di negara neh selari dengan tuntutan Islam? Selari dengan aspirasi Rasul Allah?

Sebab tue aku tekankan konsep hubungan dan komunikasi dua hala. 

Kalau kami salah, katakan kami memang salah. Betulkan kami dulu. Fahamkan dulu atas sebab apa kami melakukan kesalahan. Bukan nya marah dan memukul kami tanpa mendengar dulu apa penjelasan kami.

Jangan takutkan rakyat dengan akta merapu lagi sampah seperti akta derhaka. Sebaliknya jika kami jauh dan terasa ahti dengan Agong, patut dekatkan kami dengan mereka. Rungkai salah faham dan permasalahan yang wujud.

Izinkan kami berbual dan berbicara dengan Agong kami. Izinkan kami meluahkan apa benda yang BN buat ke atas kami kepada Agong kami. Izinkan kami dan AGong kami berkomunikasi secara langsung supaya Agong kami boleh mainkan dan bawa peranan dia dengan lebih cekap dan berkesan.

Dalam erti kata lain, izinkan kami dan Agong saling kenal mengenal, rapat merapati, berinteraksi dan berhubung.

Memudahkanlah jalan perhubungan antara kami dengan Agong at least Agong sedar sejauh mana BN kejam terhadap kami meskipun Agong mungkin tak mampu berbuat apa2.

Dan ini ialah apa yang dirasai oleh ramai rakyat marhaen seperti aku. Sejauh mana agaknya Sultan2 dan AGong kita sanggup hulurkan tangan dan melihat mata rakyat dari kaca mata RAKYAT, bukan nya dari kaca mata BN?


Nota :  Sebarang bentuk perbezaan pendapat dengan Agong dan Sultan [mana2 pihak sekalipun], harus dizahirkan tanpa menggunakan ayat yang kasar dan menghina. Jikalau benar ada yang menghina sesiapa sekalipun, aku tak setuju. Menghormati institusi beraja tak bermaksud tak boleh menyatakan perbezaan pendapat. Itu jek. Thanks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...