Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 2 Julai 2011

Bukti bergambar : Umno berpolitik di sekolah.



Kat atas neh apa? Akta AUKU tue apa? Adakah ini ialah perkara yang betul? Beginilah tanggapan aku sebagai rakyat malaysia. Kalau aku neh salah lah kan najib ko betul kan lah aku. Ko dengar sini ;

1. AUKU = tak boleh berpolitik di sekolah + U.

2. Tapi aku nampak bendera ko dan lambang parti ko masuk sekolah dan U.

3. Adakah AUKU bermaksud = tak boleh berpolitik ke arah pembangkang di sekolah dan U?

4. Gambar kedua di ambil ketika ko baru2 neh berada di kelantan.

5. Kelantan = pas.

6. Ko ialah pembangkang di sana.

7. Pada dua tahun lepas ko melalak cakap pkr berpolitik di sekolah. Dan dap melakukan hal yang sama. Dan ko semakin mengamuk bila khalid ibrahim pinjam dewan u ketika cuti sem untuk buat program bersama rakyat. Lambang parti tiada. Waima satu sekalipun. Yang ada lambang negeri selangor dan gambar pemimpin kerajaan negeri selangor. Tapi anak buah ko marah dan anak buah ko buat demo. 

8. Sekarang neh ko cakap dengan aku. Sapa sebenarnya yang buat peraturan dan siapa pula yang melanggar peraturan itu?

9. Aku percaya jika ko buat peraturan ini walaupun ramai yang tak rela tetapi mereka akan tunduk kerana ia peraturan negara. Tetapi bila ko buat peraturan dan ko melanggar ia tanpa rasa malu maka orang akan maki ko babbeyyy. Bukan salah orang yang memaki. Tapi salah ko sendiri. Sebab ko pandai buat peraturan tetapi tak pandai patuhi dan dalam masa yang sama ko nak kami tunduk ke bumi dan jilat kaki ko sampai mati.

Adakah itu ialah perkara yang akan dilakukan oleh orang yang bijak macam aku? Urmm.. tidak. Lebih baik maki ko daripada jilat ko. Mati pun bermaruah daripada hidup menjadi pencacai ko. Sekian.

Ameno : dia itu hipokrit..

[Contest] Jom terjah kat sini.. ada something menarik.

Perangi BERSIH kini dalam bentuk iklan di tv.

Internet aku berada di tahap yang paling teruk dalam dua hari neh. Bila aku call maxis dan bagitau dia masalah aku, dia cakap no problem. Everything is fine. Please checking your own device. Ceh. Device aku pun no problem juga. Habis tue tang mana yang problem nya? Aku pun taktau. Tapi setan dah hasut aku. Aku dah mula syak dan fikir bukan2. Aku dah suspect umno punya kerja. Mungkin menganggu kelancaran internet aku ialah perbuatan umno. 

Aku nak amek gambar seorang pengirim email yang menyatakan umno berpolitik dalam kawasan universiti pun tak boleh. Siot betul. Dekat 15 minit aku asyik refresh gmail. Nasib baik aku dah siap2 buka mozilla yang memang siap2 buka blog aku so senang lah aku nak mengutuk kalau2 aku dah naik geram kan. Yang kebetulan aku memang tengah geram neh. Punca kegeraman aku bermula apabila ;

mak, saya dah lapar neh. Nak makan lah..

Hah.. kat sana tue ada kedai..

Err.. napa neh? dah tutup ke? baru pukul satu.. awal lagi..

Saya terpaksa tutup puan. Petang neh berlangsungnya perhimpunan haram. Menyusahkan peniaga macam saya betul lah..

Itulah saya pun rasa sama neh. Asyik2 berhimpun sana berhimpun sini. Kenapa lah nak susahkan orang..

Negara kita dah aman. Makan pakai cukup. Hidup selasa. Kemudahan semua ada. Apa lah lagi yang dorang tak puas ahti..

Ada juga kawan2 saya yang tak serik2 buat kerja macam neh. 

Nasihatkan kawan puan tersebut, jangan sertai perhimpunan haram 9 julai neh.

FACK U tv1.

Kebangangan apakah itu?

Aku tak peduli pasal motif tv1. Aku peduli pasal duit. Yang melakonkan iklan tersebut = pelakon. Berapa banyak pelakon itu dibayar? Adakah iklan2 tue tersiar di tv-tv lain selain dari saluran rtm? Adakah ianya tersiar secara percuma ataupun perlu dibayar? Ini semua duit. Dan untuk halang bersih piem boleh keluar duit serta merta buat iklan. Tapi untuk bantu orang miskin mereka perlu turun naik baitumal dan jkm? Itupun belum tentu dapat. Ini ku katakan dengan slumber bahawa engkau sememangnya BABey. Sekian. 

Ameno : dia itu pandai buang duit kita.

Tentera dikerah turun untuk perangi BERSIH 2.0?

Ada orang email bagitau bahawa nya sepasukan tentera telah siap sedia untuk perhimpunan bersih 2.0 yang akan dijadualkan berlangsung pada 9 julai. Tujuan mereka tidak dapat dikenalpasti samada nak bergempur dengan rakyat atau nak mengawal keadaan. Tapi yang pasti nya bn telah membuktikan mereka pandai kelam kabutkan suasana.

Perhimpunan neh ialah perhimpunan aman. Polis boleh mengawal lalu lintas dan sepanjang-panjang jalan kalau mereka mahu. Polis juga boleh menentukan mana-mana laluan yang peserta bersih patut ikuti. Cukup. Mudah. Simple. Cuma beberapa jam dan perhimpunan neh akan berakhir. <-- secara aman.

Tapi yang pergi gempur markas pas, amk dan segala bagai tue buat apa? Kenapa nak serang + fitnah + tipu + jaja cerita palsu + takutkan rakyat + ugut + tangkap + warning rakyat yang nak menyertai perhimpunan bersih 2.0 pula? Kenapa tak nak anggap perhimpunan bersih sama seperti perhimpunan-perhimpunan lain yang pernah berlaku di malaysia?

Semalam 8 lagi ditahan kerana mempromosikan bersih. Ko neh kenapa bengap nak mampos? Kalau promosi bersih = salah, maka ko tangkaplah patriot dan perkasa dulu sebab dorang dah buat demo kat beberapa markas pas dan serang amk. Semalam siap buat demo dekat jambatan.  So apa lagi? Tahan lah. Bersih belum buat demo lagi. Tapi ko dah tahan bagai nak rak. Yang dah tentu2 buat demo dan kacau ko tak tahan pula. Ko ingat rakyat malaysia neh bodoh sangat ke?

Lagi dihalang lagi kita kuat semangat nak pergi. Menurut maklumat yang lain, polis akan mula mengawal lalulintas seawal 8hb julai lagi. Maksudnya sehari sebelum bersih mereka dah buat ops cegah bersih. Polis pun dah keluarkan kenyataan bahawa mereka akan pastikan perhimpunan bersih tidak akan berlangsung. Tapi polis ingat rakyat bodoh sangat kot. Tak jadi kat kl mungkin jadi kat tempat lain. Mungkin jadi kat putrajaya. Polis semua focus kat kl. Dan sapa pula nak jaga putrajaya? Takpe biar korang orang melancong kat sana. Lama gak tak jalan2 kat sana. 

kah kah kah

Terbaru dari ladang ** beberapa individu di tahan di kota kinabalu angkara promosi bersih. Ini namanya bodoh piang. Ketakutan melampau atas perkara yang tak wujud. Takde sapa2 pun nak turunkan najib dari pemerintahan negara secara paksa. Kita gunakan cara piliharaya. Sebab itu kita buat lapan tuntutan dalam bersih. Yang neh je kita tuntut pada 9 julai nanti. Najib berambos dari kerusi piem tak termasuk dalam tuntutan tersebut meskipun niat tue ada dalam ahti kecil masing2.

kah kah kah

Ameno : umno dah cuak

[Contest] Layan contest neh dulu sambil tunggu bersih.

[ADS] Pass percuma tengok sesi latihan liverpool kat sini

Jumaat, 1 Julai 2011

Hot : Astro VS Menteri : Mana satu betul neh?

Aku sokong menteri dalam isu neh. Kalau menteri kata astro takley naik harga, maka astro memang tak boleh naik harga. Tapi sekarang astro telah mendedahkan sesuatu rahsia. Mungkin sebab astro dah marah. WOW.. 

Sebelum neh disini ;

“Saya telah bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif Astro kecuali ianya telah diluluskan oleh SKMM, dan mengikut kadar yang berpatutan, serta mengikut lunas undang-undang,’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Angkasapuri di sini, hari ini.


Beliau berkata setakat ini, Astro didapati melanggar undang-undang sedia ada berdasarkan notis awal kenaikan yang diedar kepada pelanggannya.

” Notis yang dikeluarkan oleh Astro itu nampaknya mencanggahi undang-undang yang ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM untuk mengambil tindakan sewajarnya memberitahu Astro untuk tidak meneruskan kenaikan sehingga suatu masa yang lebih sesuai untuk dilaksanakan demikian,” katanya.

Menjelaskan maksud ‘tindakan sewajarnya’, Rais berkata ia terpulang kepada SKMM untuk menentukan jenis tindakan, sama ada menjurus kepada kompaun atau denda dengan jumlah yang dibenarkan mengikut akta berkenaan.-mynewshub-

Ikut kenyataan kat atas neh ;

1. Astro takley naik harga sebab di bawah kawalan skmm

2. Kalau nak naik harga kena tunggu kelulusan skmm

3. Selagi skmm tak lulus maka sampai bila2 pun astro takley bertindak.

Maksudnya astro = di bawah kawalan kementerian rais. Bagus. Rais sudah bersuara dan aku suka. Kenyataan penuh rais ada disini. Boleh baca sendiri.

Dan, baru sebentar tadi astro membalas kenyataan rais di atas neh. Baru je beb. Korang nak tahu apa? Meh baca bawah ;

“Asro ingin merujuk kenyataan Menteri berkaitan  kajian semula harga yang dijalankan adalah selepas konsultasi atau rundingan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan selaras dengan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998) dan syarat perlesenan.

Maksudnya apa neh?

Maksudnya astro cakap lebih kurang gini dalam ayat slumber  ;

Woit mangkuk, kalau bukan ko yang luluskan hari tue time kita bincang2 takde lah aku naikkan harga pakej. Sesedap mulut ko je blame aku siap nak hukum2 lagi padahal ko gak yang luluskan permohonan aku. Dah lulus, cakap banyak, jadikan aku kambing hitam pula.

Lebih kurang gitulah maksudnya. Kenyataan penuh disini.

kah kah kah

Arhh sudah. Kantoi. Tapi aku tak peduli. Yang aku peduli harga astro jangan di naikkan waima satusen pun. Okeyh? Korang nak gaduh? Gaduhlah. Janji jangan libat duit aku sudah.

kah kah kah

Ameno : skmm lupa nak bagitau rais yang dorang dah luluskan usul kenaikan astro lew tew.. 



Risalah anti-bersih, ambiga, murtad dan fakta kes lina joy.


Kat atas neh ialah risalah yang di edarkan kepada orang ramai sesudah solat jumaat. Konon nya nak kaitkan bersih dengan agenda murtad. Tah pape lah weh. Nampak salah ambiga tapi tak nampak salah sendiri. Korang kata kita kena anti india dan ambiga sebab sokong murtad?Okey fine sekarang neh korang fahamkan betul2 benda neh ;

fakta kes lina joy

1. 11 NGOs yang terlibat dalam kes lina joy.

Malaysian Bar Council <-- bersih = pro pembangkang
All Women’s Action Society (AWAM)
Sisters in Islam (SIS) <-- ada kaitan dengan bersih = kerajaan bela mereka.
Catholic Lawyers Society
Interfaith Spiritual Fellowship
Malaysian Civil Liberties Society (MCLS)
Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS)
National Human Rights Society (HAKAM)
Pure Life Society
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) <-- bersih = pro rakyat
Vivekananda Youth Movement, Seremban
Women’s Aid Organization (WAO)
Women’s Development Collective (WDC)



2. Pada tahun 1999, beliau membuat permohonan kedua untuk menukar nama kepada Lina Joy tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan dan kad pengenalan baru beliau masih tertera perkataan Agama Islam. <-- Boleh tukar nama dalam ic rupanya. Tak pernah terfikir ke yang nama lina joy tue nama seakan kristian ketika jpn luluskan permohonan tersebut? Ambiga tak pegang jpn kan?
Pada tahun 2000, beliau membuat permohonan ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut. Permohonannya tidak dibenarkan oleh JPN tanpa kebenaran dari Mahkamah Syariah yang memperakui beliau keluar dari agama Islam. Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam tidak membenarkan seseorang Muslim keluar dari Islam, dan Sijil Tukar Agama seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan. <-- rupanya sijil tukar agama wujud di malaysia. Bukan kah ini pelik? Siapa yang luluskan perlembagaan terbabit? Adakah ambiga? Bila kerajaan = perlembagaan = membenarkan orang islam tukar nama = sijil tukar agama = tukar agama = adakah itu kesalahan ambiga? Adakah ambiga ialah pihak yang mengubal perlembagaan malaysia?
3.  Peguam Malik Imtiaz Sarwar  <-- siapakah ini orang? Ini ialah orang islam. Ini ialah peguam. Ini ialah individu yang mengetuai majlis peguam pada ketika itu dalam perbicaraan kes lina joy. Dia di pihak yang menyokong permohonan lina joy untuk membuang islam daripada kad pengenalan nya. Dia bertindak sebagai wakil pemerhati tetapi dibenarkan berhujah bagi membela kes lina joy. Dan apa yang diperhujahkan oleh dia ialah ;
seseorang berhak mengamalkan apa2 kepercayaan mengikut ketetapan yang telah diperuntukkan oleh dasar perlembagaan itu sendiri. Apa itu perlembagaan? <-- dasar negara.  Ini bermaksud ;
dasar negara = perlembagaan = umno pegang = ada kelompangan dalam isu murtad.  Tiada apa2 penambahbaikan dalam isu neh selepas ataupun sebelum kes lina joy berlaku. Maksudnya kat sini ingatkan kerajaan nak sedarlah bahawa benda neh merbahaya or memudaratkan tapi haramm.. dorang biarkan aje perlembagaan wujud seperti itu dan kekal sampai sekarang. Maksudnya perlembagaan yang sama membenarkan keizinan kepada lina joy untuk murtad wujud = kekal = masih di amalkan hingga kini.
Dalang utama pihak yang membela Lina Joy adalah wakil Bar Council yang beragama Islam (Malik Imtiyaz Sarwar) telah mengambil partisan stand untuk memberi hujah yang menyokong tindakan Lina Joy tanpa mendapat restu dari Bar Council member.
Malik sendiri berpendirian agar seorang Muslim dibenarkan untuk menukar agama mereka kepada apa jua pilihan mereka… <-- Sebut betul2, siapa dia neh? Ya orang islam. 

Jadi di manakah watak ambiga ini timbul kawan2? Mana? Di manakah posisi ambiga sewaktu kes lina joy ini dibicarakan dalam mahkamah? Apakah kesimpulan yang boleh dibuat? 
1. lina joy dah murtad selama 8 tahun bermula dari tahun 1990 lagi. Kes dia jadi kecoh bila dia berkahwin dengan orang kristian dan mahu mendaftarkan perkahwinan nya di mahkamah tetapi ditolak kerana dia dipercayai orang islam dan berkahwin dengan orang india maka  sepatutnya pendaftaran perkahwinan dia haruslah sebagaimana orang2 islam yang lain iaitu melalui jabatan agama islam dan bukan nya JPN.
2. Tetapi lina joy tak boleh berbuat demikian sebab dia dah keluar dari islam. Dia kahwin cara kristian.  Namun dia berhasil tukar nama dalam ic. Walaupun tak berjaya tukar status agama. Dia kemudian menggunakan khidmat peguam bagi membantu dia murtad.
3. kes ini dibicarakan di mahkamah persekutuan kerana dibenarkan oleh hakim. Siapa kah hakim pada ketika itu? Takmo amek tahu kah? Ketua Hakim Tun Fairiz, Dato’ Alauddin, & Dato’ Richard = dua hakim islam + 1 hakim bukan islam. 
4. Hakim membenarkan kes dibicarakan di mahkamah persekutuan kerana ianya diperuntukan oleh perlembagaa. Sekali lagi kita nampak kepincangan perlembagaan tidak membela akidah penganut islam.
5. Peguam yang paling lantang bersuara dalam kes membela lina joy juga seorang muslim. Dia memperkatakan perkara yang memang termaktub dalam perlembagaan. Sekali lagi kelemahan perlembagaan didedahkan.
6. Jadi dalam kes lina joy siapakah yang patut dipersalahkan? AMBIGA? Betul ke AMBIGA? 
Kesimpulan nya bagi aku dalam kes lina joy,  ibu bapa dia lah yang patut dipersalahkan secara total kerana gagal mendidik anak. Akidah kena pupuk. Macam pokok. Kena siram selalu. Kena bagi baja. Baru dia subur. Kena fahamkan anak2 apa itu islam. Kalau2 kecenderungan anak2 dah lain, kena cari langkah2 pencegahan. Bila keluarga gagal, maka disinilah peranan masyarakat. 
Tapi masalahnya masyarakat pun tiada tempat mengadu. Kita nampak orang murtad tapi apa yang kita boleh buat? Bukan ada talian sms 1murtad. Yang mana kita boleh call dan adu kepada mereka yang berkaitan. Supaya mereka tahan lina joy dan betulkan balik akidah asal dia. Kita takde semua tue. Jadi masyarakat pun tak boleh mainkan peranan mereka disebabkan tiada sokongan kerajaan. 
Dan kerajaan pula mengambil sikap sambil lewa. Satu kes ialah satu kes sehingga ianya diperbesarkan dan menjaja nama baik kerajaan maka ia baru menjadi satu masalah yang patut di atasi. Begitulah sikap kerajaan dulu dan sekarang.
Kes lina joy melukakan ahti penganut islam dan bukan islam. Umat islam terluka kerana perlembagaan kita seolah2 tiada langkah2 pencegahan terhadap gejala murtad yang dilihat semakin berleluasa. Manakala bukan islam kecewa kerana apa yang diperuntukkan oleh perlembagaan tidak dapat di amalkan sepenuhnya oleh mereka. Hak mereka ada, tetapi mereka rasa di aniaya. Jika hak itu tiada,  mungkin mereka akan sedia faham. Tetapi bila hak itu ada, dan mereka meminta hak mereka dilaksanakan tetapi tidak dijalankan maka disinilah wujud perbalahan antara orang islam dan bukan islam. 
akidah umat sendiri bermasalah, blame orang bukan islam.
sendiri tak solat, blame bukan islam.
Sendiri malas, blame bukan islam.
sendiri miskin, blame bukan islam.
sendiri kerja dengan bos cina, blame bukan islam.
sendiri salah pilih kawan dengan org bkn islam yg racist, blame orang bukan islam.
sendiri tak faham perlembagaan, blame bukan islam.
sendiri tak faham islam, blame bukan islam.
sendiri beli kat kedai cina, blame bukan islam.
sendiri pakai product jenama dan berlagak, blame bukan islam
sendiri minum arak + hisap dadah pun nak blame bukan islam?
sendiri gila judi pun blame bukan islam? 
sendiri makan rasuah pun blame bukan islam?
sendiri tak reti baca Alfatihah? Pun nak blame bukan islam?
sendiri kena belit dengan ular or masuk neraka pun nak blame orang bukan islam?

Ko ingat orang bukan islam boleh tahan ke dengan semua2 perkara di atas? Bila kerajaan kita tak peka bab2 akidah, ianya bukan kesalahan orang bukan islam. Bukan dorang yang cop sijil halal pada lesen judi disko dan segala bagai. So fikirlah. Belajar2lah cermin kelemahan akidah masing2. Dok pongpangpongpang pasal ambiga last2 peguam muslim rupanya yang bela lina joy.. perghhh malu.. hampehhh mana nak letak muka aku sebagai orang islam neh.. mana? Heh. Sekian.


Nota : kita berkerjasama dengan NGOs bersih hanya berkisarkan kepada tuntutan bersih, selain dari itu kita tidak sehaluan dalam mana2 kes murtad. 
Ameno : cari plastik hitam

Rumah yang ada 60 pengundi hantu ialah rumah ketua kampung?

Aku nak korang baca komen kat bawah neh dulu ;
dlu mse kat kmpg ak pn..alamat surat menyurat sume anta kat stu rumah je..ag2 sbb rumah 2 umah pnghulu..so stu kmpg gne alamat rumah pnghulu..so no wonder la kongsi alamat yg sme..pngundi sume duk stu kmpg..rse nye SPR ag tahu psal nie..

Komen di petik dari facebook yang mana dia pun memang ada komen kat blog aku disini. Dan korang lihat gambar kat bawah neh baik-baik ;


Adakah dia maksudkan bahawa nya ;

gambar di atas = merujuk kepada rumah penghulu = yang mana 60 individu lagi menggunakan alamat di atas untuk berdaftar dengan spr = yang mana masing2 dalam ic = ada alamat di atas?

Untuk daftar pengundi = guna alamat ic. So adakah ini bermaksud alamat ic = guna alamat rumah penghulu di atas neh? Atas neh ialah rumah penghulu ke korang rasa?

Okeylah aku nak gelak.

kah kah kah

Ko pengkomen jangan kecik ahti okey, aku saja je nak gelak.

kah kah kah

Ameno : aku nak sambung gelak. kah kah kah

Hot : [video inside] 60 pengundi dalam satu rumah.

Ini baru lah dinamakan FACK! Apa kejadahnya satu rumah sampai 60 pengundi berdaftar bhai? Aku bukan nya promosikan bersih incik polis ataupun incik kdn ataupun incik kerajaan aku cuma tanya pasal pendaftaran pengundi palsu je. Rileks arh. Heh.

Mula-mula korang tengok alamat kat bawah neh terlebih dahulu ;


Ini ialah rumah yang ada 60 pengundi berdaftar. Wa tak tipu lue bhai. Aku pun terkejut gak memikirkan macam mana rumah neh boleh sampai 60 orang duduk. Adakah mereka berpindah randah sampaikan boleh ada 60 pengundi berdaftar? Kesemua senarai nama pengundi berdaftar berserta no ic mereka korang leh dapati dari sini. Lengkap. Full. TPU dah siap2 printscreen. Korang semak sini.

Sekarang neh aku dah lakukan sedikit siasatan. Bagi mematikan hujah lawan. Nanti dorang akan cakap hek eley itu kawasan yang sama. Dun yang sama lah..blablablab begitulah hujah2 mereka. Yang last mereka akan gunakan ialah berlakunya perpindahan rumah sehingga melibatkan 60 pengundi berdaftar. Maksudnya 60 individu neh telah berpindah + dalam masa yang sama ketika mereka duduk disitu mereka daftar undi = kebetulan. Hujah neh ialah hujah last yang akan digunapakaikan oleh penyokong umno kerana mereka pun sedar ianya tak logik langsung.

Hujah2 bahawa adun + parlimen + kawasan yang sama boleh dimatikan terus dengan melihat video neh. Pasal apa.. jeng jeng jeng.. korang tengok lah sendiri. SPR sendiri mengesahkan bahawa 60 pengundi berdaftar neh berasal dan duduk di rumah yang sama. Lihat video neh dan sebarkan ia seantero dunia. Errrr incik polis saya tanya pasal pengundi hantu bukan promote bersih okeyh. Muahahahahah..




Ini ialah link yang korang leh semak sendiri kalau tak percaya kata2 aku. Amek no2 ic dalam video aku, ataupun dalam blog tpu. Semak sebelum SPR padam beb.  Jika video gagal beroperasi klik sini.

kah kah kah

Help : Wey korang apakah software free untuk edit video? Tolonglah aku dah penat cari tak jumpa2. Aku nak kecikkan size vide0 = kualiti sama = edit dengan masukkan perkataan dan sebagainya. Aku tak pandai benda2 neh so nak minta tolong kat orang. Thank You.

Ameno : wa tak promote bersih, wa promote pengundi hantu jek.

Updated: Urgent : Sila baca, periksa dan sebarkan ia!

STOP.


Ini dikira macam pentingkan diri sendiri. Apa benda yang taknak dihebahkan? Takut orang kenal siapakah yang dedahkan info pasal neh? Sorry, aku takley. Aku siyes tak ley buat macam tue. Nak tangkap, tangkap sama2 or nak selamatkan diri, kita selamatkan sama2. 


Baca bawah ;



Info penting drp **** [aku padam] ..ambil perhatian dari ****** [aku padam]  aku cuba sampaikan jelah ye? salam... saya baru dapat maklumat.. assalamualualikum sahabatku .. bermula dari tengah malam ini jam 1200am hingga 1200am = 24jam operasi lalang mengenai BERSIH akan dilakukan oleh pihak [aku padam] terhadap mana2 individu yg komen ttg politik [aku padam tapi start dari huruf b, fikir sendiri] dan tangkapan akan dilakukan dari rumah kerumah .. dimaklumkan jangan on fb n hp selama waktu itu .. saya mendapat info mengenainya daripada **** [aku padam] by call .. sila hebarkannya melalui chat group atau individu dan jgn dipamirkannya


Aku minta maaf, aku terpaksa pamerkan dia. Jangan marah, pasal aku sayang kawan2 seperjuangan aku. Aku akan off hp dan mungkin juga fb utk langkah2 pencegahan. Contact aku via email je pepehal. Thanks. Tolong periksa kesahihan info ini. Dan dalam otak aku ada macam2 andaian tetapi aku MALAS nak tulis lagi. Sekian.

Updated ;

Aku ada contact member ***** aku dia cakap belum lagi dengar pasal neh. Tapi tatau lah kalau akan datang. Memang betul kalau pakai baju bersih akan ditahan oleh polis sebab menteri dah keluarkan arahan bahawa baju bersih = haram dipakai = kerana ia mempromosikan perhimpunan bersih pada 9 julai 2011 kelak.


Kalau korang tanya aku, aku sekarang ada macam2 andaian. Bagi aku lah kan ;


1. SB = sebarkan info palsu = menakut2kan rakyat fb = stop cakap pasal bersih = tiada promosi pasal bersih = strategi mereka berjaya.


2. SB = sebarkan info = mencari mangsa = tangkap = dedahkan dalam media massa = takutkan rakyat = strategi berhasil.

Petikan mesej kat atas neh kalau korang perasan ianya tiada tarikh beb. Nampak nya permainan kat situ? Macam sms + mesej + panggilan berantai pun ada.


Member aku yang ***** cakap boleh jadi akan ada tangkapan ke atas bloggers dan facebookers termasuk pengtwitt yang aktif sebagai amaran keras kepada mereka yang mempromosikan bersih secara online. Tujuan nya nak takut2kan rakyat marhaen. Kerana strategi baju kuning berjaya. Ikut maklumat dia, orang memang takut pakai baju kuning sekarang. Takut kena tangkap. So maybe cara yang sama akan digunapakai untuk sekat apa2 promosi bersih via online. 


Tapi personally dia sendiri belum dapat apa2 arahan atau info pasal tue. Pangkat biasa aje pun. Sikit2 maklumat boleh lah dia sms sana sms sini tanya kan. Bukan semua ***** pro kerajaan bhai.


So benda kat atas neh boleh jadi palsu, boleh jadi benar dan boleh jadi strategi pihak lawan. Aku taktau. Cuma nya aku sendiri dah berfikir secara mendalam. Untuk aku stopkan promosi bersih segala bagai aku rasa aku tak mampu kot. Aku takmo kena tangkap tapi masalahnya aku takley stop diri aku daripada mempromosikan bersih. Macam mana?


Ada gak rakan blogger bagi info yg sama dengan bersumberkan kdn. Dia cakap kali neh ISA mungkin digunakan. Tapi aku entahlah, susah nak rasa takut. Macam mana neh? Bukan aku buat salah pun. Aku rasa kerajaan patut faham. Peserta bersih cuma mahukan perhimpunan aman dan kami akan elakkan sebarang provokasi. Ini janji kami. Takan kerajaan tak boleh kompromi sedikit pun? Sekian. 


Nota : boleh cakap pasal politik, cuma tak boleh cakap pasal bersih. <-- maksud mesej di atas lah.


Ameno : Ini bullshit lagi membullshitkan.

Majlis fatwa : Jangan sertai perhimpunan bersih kerana berdosa besar!





Ko gila apa neh? Janganlah tunjuk sangat bodoh piang ko kat sini woi. Jangan lah bagi orang alasan untuk maki ko segala bagai. Majlis fatwa apa nya? Ini ialah KEFACKAN yang nyata. Amek ko. Bodoh nak mampos. Bengap melampau. Bangang tak hengat donia. Woitt bangang, punya lah berlambak2 isu umat islam yang ko boleh tampil ke depan dan sepatutnya cari jalan penyelesaian dengan menegur kepimpinan kerajaan dan ko memilih untuk menampilkan diri dalam isu bersih yang mana rakyat gunakan ia sebagai medium untuk menuntut keadilan? Ini ialah FACK! Tak boleh di biarkan lagi. Ini sememangnya FACK! Ko faham tak? FACK!


Lihat bawah ;




Hey ko tak layak cakap pasal dosa besar dengan aku apatah lagi dengan mana2 rakyat. Ko tak layak waima satusen pun. Dosa rakyat segala bagai ko nampak kan. Mata ko besar sangat kan? Bagus. Dosa pemimpin ko tue yang zalimi rakyat ko tak nampak yerk? Masa tue mata ko buta ke? Ke ko tidur je memanjang? Ko jangan gunakan alasan ko pandai bab agama maka ko nak pesongkan pemikiran rakyat. Ko fikir ko sorang je boleh tahu orang tue berdosa ke tak berdosa? Kalau aku dikatakan berdosa besar sebab menyertai bersih maka ko tue apa pula bila bersubahat dengan pemimpin zalim? Berpahala lah sangat? Cantek. Aku kini ada sebab nak katakan majlis fatwa ialah fack! 


Selama neh memang berapi gak tengok cara majlis fatwa neh buat kerja. Nak gak dengar dorang complaint pasal af ke mentor ke... segala bagai rancangan beruk2 maknyeh yang melahirkan penyanyi neh. Haram. Bunyik berdesir pun takdak. Alih2 bab bersih boleh pula ko berbunyik yer? Woittt.. aku memilih untuk takmo hormat ko lagi dah. Orang yang bersubahat dengan pemimpin zalim mana layak dapat penghormatan. Dorang layak kena caci je sebab cari pasal. Sekian.


Ameno : Fack gila arh. 

Khamis, 30 Jun 2011

Peserta perhimpunan 1belia dibayar?

Aku dapat maklumat daripada member aku yang mana sedara dia orang umno. Aku nak tulis kat sini bagi mencari serba sedikit maklumat samada benar ataupun tidak benar apa yang dia kisahkan kepada aku neh. Sepertimana yang kita semua tahu perhimpunan 1juta belia yang diadakan di putrajaya baru2 neh oleh najib dihadiri oleh ramai orang. Errr ramai ke? Hahaha.. Abaikan itu. Tapi still ada orang kan? 


Dan dari apa yang dia bagitau aku ialah ;


1. Ahli umno "digalakkan" hadiri perhimpunan 1juta belia di putrajaya.


2. Galakan diberikan dengan bentuk bayaran tambang pergi balik + makan + wang tunai rm20.00


3. RM20.00 tidak mencukupi, ini lah yang di complaintkan oleh belia-belia umno yang 'digalakkan' untuk berhimpun kat perhimpunan 1 juta belia tersebut.


Bagi aku kalau kita dibayar untuk menghadiri satu2 event memang lah sedikit pelik. Kenapa perlu membayar untuk "kehadiran" kita di sana? Kenapa nak bagi nampak sangat seolah-olah event tue mendapat sambutan yang luarbiasa?


Tetapi dalam satu hal yang lain pula aku melihat perkara bayaran neh tidak semesti negatif. Ianya boleh dilihat secara positif juga. Andai benar mereka dibayar untuk menyertai perhimpunan neh sudah tentu lah ia bersebab. Contoh, kata kan lah mereka nak pergi tapi tak mampu sebab tiada bajet, macam mana? So, ini boleh di anggap sebagai salah satu galakan yang baik juga. Cuma nya sayang himpunan neh tidak mendapat sasaran yang ditetapkan. Nama 1juta belia itu kurang sesuai. Waima kempen neh juga kurang sesuai. Andai najib sudi nak cedok idea aku, maka aku cadangkan ;


1. Daripada ko sibuk buat himpunan segala bagai, baik ko keluarkan modal agar belia2 yang tersasar dibaikpulih. Berapa ramai anak2 muda yang merempit, membohsia dan segala bagai? Semua neh muka2 melayu. Pelbagai rancangan + undang2 boleh dibuat untuk perangi mereka, cuma nak dengan taknak je. Contohnya buat kelas kaunseling. Cari belia2 yang bermasalah. Dekati mereka, kaji mereka, kenapa mereka tersasar, tiada halatuju, malas bekerja. Kadang2 masalah keluarga, masalah tempat kerja ke, kalau tak pandai deal boleh merosakkan individu sehingga mereka terjebak dalam kancah sosial.


2. Buat program dan jelajah lah dari satu negeri ke satu negeri. untuk lakukan survey. Sebenarnya berbeza negeri berbeza masalah dan punca kepada masalah. Belum tentu masalah sosial yang dihadapi oleh belia2 di kl sama seperti belia2 di perak dan begitulah sebaliknya. Survey = suara rakyat. Dan suara rakyat yang berbeza latar belakang, negeri, cara kehidupan berbeza juga cara nak atasi masalah2 mereka neh. Pendek kata lain negeri lain cara. Contohnya, di kl mungkin belia2 terdedah dengan kesibukan sampai tiada masa nak menggunakan pusat2 sukan tapi di kampung2 yg mana mereka perlu kepada pusat2 sukan, ia tiada. Pendek kata kehidupan belia2 di kampung ter amatlah sadis. Perpustakaan pun belum tentu wujud di sesetengah tempat. Kalau sabah dan sarawak tue jangan cakap lah. Pembangunan ala bn memang begitu.


3. Daripada buat kempen iklan 1malaysia kan, baik buat kempen iklan perangi bohsia ke pelacur ke apa ke. Bagi lah satu jalan cerita yang sadis + pedas + sedih supaya geng2 pelacur + bohsia bila tertengok iklan tue rasa lah sedikit insaf ke sedar diri ke. Dan jangan lupa buat lah juga iklan2 solat. Kita boleh tengok najib boleh labur berjuta2 ringgit utk promote 1malaysia segala bagai, tapi untuk iklan2 solat dia tak mampu nak buat ke? Besar pahala nya buat iklan2 mengingati solat. Iklan2 solat tak semesti sebelum dan selepas waktu solat je. Ia boleh dimainkan setiap jam kalau kerajaan mahu. Belia2 malaysia fuhh solat.. fuuhh.. Allah swt je tahu.


Sebenarnya ada banyak lagi. Kalau najib boleh kumpulkan suara orang ramai pelbagai idea2 bernas boleh kita dapati. Tapi masalahnya pemimpin malaysia neh syok sendiri. Asyik2 nak naikkan imej sendiri jek.  Sendiri buat program, sendiri puji, sendiri bangga dan sendiri rasa cemerlang. Yang rakyat terpinga2 satu haramjadah pun tak faham. Bukan susah pun nak jumpa rakyat tanya apa kemahuan mereka. Takan datang bawa kpop je dah boleh settle masalah2 belia kat malaysia neh? Heh. Sekian


Ameno  : . pemimpin gila persepsi

Rabu, 29 Jun 2011

Semua barang/individu promosi bersih akan ditangkap - Polis.



Fine. Aku sudah hampir dua minggu mempromosikan bersih. Aku mungkin akan ditangkap. Ramai lagi bloggers pakatan rakyat mungkin juga akan ditahan kerana asyik mempromosikan bersih sana sini. 

kah kah kah

Baca bawah jap ;

KUALA LUMPUR June 29 — The police will not only arrest those sporting Bersih T-shirts but may also take action against anyone using any medium to promote the illegal rally the Inspector-General of Police IGP has said 

“Not just T-shirts but shoes cars buses. If these are the tools used to encourage people to gather illegally this amounts to sedition ” Tan Sri Ismail Omar told reporters at Bukit Aman police headquarters here today 

Earlier today Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein declared T-shirts bearing messages in support of Bersih illegal as they were related to an illegal assembly He however did not specify the legal provision that the garments were deemed to have breached.

Kasut, banner, topi, badge, baju, poster, risalah dan semua perkara yang ada kaitan dengan promosi kan bersih akan ditahan. Ikut pemikiran aku, kalau sekarang kita keluar dan bawa  / pakai apa2 barang yang ada kaitan dengan bersih dan polis ternampak mereka akan tahan kita. Kalau polis pro bersih maybe dia buat taktau. Kalau polis pro kerajaan dia akan tahan punya. 

kah kah kah

Nampak sangat dorang dah cuak sebab bersih mendapat sokongan padu rakyat. Rakyat terbanyak sokong bersih. Mereka tak sokong patriot apatah lagi perkasa. Sebab itu kerajaan cuak. Ketika bersih gelombang satu dulu kerajaan tak fikir ianya akan mendapat sambutan rakyat. Oleh kerana pembangkang sudah tawan 5 negeri selepas pru-12 maka kerajaan tahu bahawa bersih gelombang dua sudah tentu akan mendapat sambutan yang lebih hebat daripada rakyat marhaen apatah lagi demo kali neh ialah demo suara ahti rakyat malaysia tak kira kaum dan tak kira tempat. Dalam dan luar negara. Hampir kebanyakkan negeri akan lakukan demo bersih. KL ialah pusat utama. Polis, mampu ke anda sekat semua?
Ameno : yellowfobia?

Fatwa baru : Tshirt bersih kini HARAM! - Hishamuddin


Menurut fatwa baru yang diluluskan oleh kerajaan malaysia yang diketuai oleh hishammudin hussein telah mengesahkan seperti berikut ;


T-shirt bersih ialah product haram di sisi malaysia. Mana-mana individu yang didapati memakai, menjual, mempromosikan ia akan dikenakan oleh tindakan pihak polis serta merta. Punca-punca pengharaman tshirt bersih ini ialah disebabkan ianya tiada babik, tiada rasuah, tiada penyelewengan, tiada kotoran, tiada penipuan, tiada manipulasi, tiada bodek, tiada perkara-perkara yang jahat lagi membullshitkan. Maka dengan itu fatwa semalaysia menguatkuasakan larangan serta merta bahawa tshirt bersih disahkan haram dan rakyat malaysia dilarang memakai product. Barangsiapa yang memakai nya akan didakwa dan dipenjarakan berdasarkan kepada akta undang2 negara. Sekian.

kah kah kah

Hishamuddin wa memang tabik sama lue whoooooorr... lue memang hebat. Hanya orang hebat je boleh mengharamkan sesuatu. 

kah kah kah

Sumber dari sini

Conclusion mudah : bersih haram = perhimpunan tiada permit = pakai baju + kasut + bas + poster + apa2 barangan kaitan bersih ialah haram = boleh ditangkap oleh pihak polis.

Patriot + perkasa = berhimpun tiada permit + tiada tindakan dan amaran oleh mana2 pihak kepada mereka + tiada tangkapan ketika memakai baju promosikan himpunan perkasa dan patriot + kerajaan +  perkasa + polis = satu geng yang akan membunuh, menindas, membantai, menyusahkan, menghapuskan, mendera, membuli ====> rakyat = himpunan bersih 2.0

Ameno : terdesak dah

Hot : Topup Prepaid kena cukai beb.


kah kah kah

Apa nama kerajaan kebajikan neh weh? Takan lambakkan cukai kat kita di namakan kerajaan kebajikan plak? Tak boleh blah bila prepaid pun dorang nak kenakan cukai. Ini tahap terdesak nak mampos. Nampak sangat dah takde duit sampaikan nak cekik kita segala bagai. Bayangkan enh rumah rasmi PM dan TPM disewa beribu2 sebulan padahal bukan duduk tiap2 hari kat situ. Itu satu hal. Yang lebih menyakitkan ahti dorang boleh plak buat muka tak malu nasihatkan rakyat soh jimat cermat tapi dorang sendiri berboros. Heh.

Tengoklah video kat bawah neh. Nasihat tipiem pada kita. Dia soh kita jangan malas dan dalam masa yang sama dia kasi cukai kita punya topup.


kah kah kah

Ini lah dia negara kebajikan under barisan nasional. Tak membebankan rakyat lah sesangat. satoooooooo malaysiaaa...

kah kah kah

sapa2 yang sokong bn memang bengap. Sekian.

Sumber gambar : Dari blogger semut.

Ameno : Topup = product rakyat marhaen.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...