Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 14 Januari 2017

Tudung Berharga RM800 Sold Out 5 Minit Bukti Orang Miskin Di Malaysia Dah Pupus - Cybertroopers UMNO.

Baru-baru neh media sosial havoc dengan isu tudung berharga rm800 sehelai yang sold out dalam masa 5 minit sahaja.

Menurut maklumat yang aku berjaya kumpul-kumpul di sosial media dari pelbagai sumber, tudung tersebut berharga mahal disebabkan ada 200 kristal Swarovski yang diletakkan ke atas tudung berkenaan. Kristal swarovski neh memang la cantik berkilau-kilau. Tambahan pula tudung tersebut limited jumlahnya, menaikkan lagi 'nilai' tudung tersebut di pasaran.

Ketika tudung ini dilancarkan, ia habis dijual dalam masa 5 minit sahaja. Menurut empunya punya bisnes, Vivy Yusof.

Kemudiannya cerita ini dijadikan subjek oleh bloggers BN dan geng-geng seangkatan mereka di media sosial bagi mengatakan rakyat di Malaysia ini senang - lenang. Buktinya? Tudung harga 800 sehelai pun 'laku keras'. Ini kau kata ekonomi teruk? Gile punya puak-puak pembangkang.

Tudung RM800 Sold Out 5 Minit

Mereka menggunakan isu tudung yang sold out dalam 5 minit sebagai penanda aras bahawanya ekonomi negara stabil dan rakyat Malaysia masih mampu berbelanja seperti biasa, tiada apa-apa masalah kewangan dan sebagainya.

Aku oke lagi dorang buat post-post bangang macam tu. Tapi bila aku baca respon-respon yang mengulas tiba-tiba aku jadi panas ahti. Kenapa dorang neh bengap sangat? Benda simple macam neh pun nak kena ajar. Padanla BN asyik menang je sejak dulu.

Tudung RM800 Sold Out 5 Minit


Pertama. Kemiskinan di Malaysia bukan citer auta dan gimik dari pembangkang. Ia kisah benar sebab tu BRIM wujud. Sebab tu ada program rumah PPRT, bantuan persekolahan untuk anak-anak miskin dan agihan zakat. Jangan tunjuk kau tu benak sangat ye.

Kedua. Yang miskin dan melarat tak beli tudung berharga rm800 neh. Market reach penjual tudung ini ialah pembeli yang sukakan nilai premium, mewah dan exclusive. Bukanlah perlu menjadi seperti mama Rosmah. Sebab mama Rosmah kalau beli tudung pun stok ratus ribu. 800 per sehelai neh lebih kurang standard orang serdahana kaya la. 

Ketiga. Jualan tudung neh limited bermaksud pembeli pun limited. Ia dilimitedkan untuk mencapai nilai exclusive. Cuba tengok drama Shopping Louis untuk fahami bagaimana ahli perniagaan memarketkan brand dorang agar dilihat premium dan rare sehingga customer berebut-rebut nak beli.

Keempat. Penjualan tudung ini samada sold out ataupun tidak, ia bukan penanda aras kepada situasi ekonomi semasa negara. Sebab di negara ini ada pelbagai lapisan masyarakat yang berbeza jumlah pendapatan mereka.

Kelima. Tudung premium ini bukanlah barang keperluan. Ia barangan mewah, berdasarkan kepada kehendak (nafsu) seseorang. 

Keenam. Sama konsepnya macam sesetengah syarikat hartanah bina 10 buah unit kediaman mewah dan sold out = boleh ke kita kata semua rakyat Malaysia kaya-kaya belaka?

Ketujuh. So dengan menggunakan tudung ini dan mengaitkan ia dengan situasi kedudukan kewangan semasa rakyat kebanyakkan, ianya tidak adil dan tidak tepat bahkan menunjukkan kebodohan diri.

Kelapan. BRIM boleh jadi satu kayu ukur bagi menunjukkan tahap kemampuan rakyat. Ia kaedah yang effisien sebab untuk apply BRIM, kita perlu patuhi syarat pendapatan tertentu dan permohonan ini pula telah diuji-semak oleh kerajaan. Maksudnya badan yang berauthoriti dan diyakini.

Kesembilan. Populasi di Malaysia ada 30 juta dengan 28 juta ialah warganegara dan 2 juta selebihnya bukan. Dari jumlah itu 14.73j ialah kumpulan pekerja. Bilangan pekerja asing berdaftar ialah 2 juta manakala populasi warga asing yang tidak berdaftar menghampiri 7 juta. Lebih kurang 11 juta warga pekerja di Malaysia warga tempatan.

Kesepuluh. Pada tahun 2016 jumlah penerima BRIM ialah 7.4 juta. 2.7 juta darinya penerima bujang.

Kesebelas. 11 juta pekerja dengan 7.4 juta penerima BRIM? Ini bermaksud lebih dari separuh rakyat Malaysia;

Yang bujang - Gaji bawah 2k.
Yang bekeluarga - Gaji bawah 4k.

Keduabelas. 3 juta dan lebih rakyat Malaysia berpendapatan bulanan atas 4,000 dan lebih. 

Ketigabelas. Takan 3 juta punya cara hidup kau nak pukul rata ke atas 7.4 juta penerima BRIM, betul tak?

Aku terpaksa terangkan benda neh sebab geram sangat tengok kebodohan penyokong-penyokong kerajaan. Seriyus, yang pongpangpongpang katanya rakyat Malaysia neh kaya raya jangan-jangan mohon BRIM juga. Ko pun tak kaya nak sembang berlagak macam kaya. Padiayapa betul la korang neh.

Kah Kah Kah

Rujukan : http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/jumlah-brim-2016-tidak-melebihi-tahun-lalu-1.331440

http://www.eikhlas.com.my/i-BR1M/about.html

https://www.statistics.gov.my/dosm/index.php?r=column/pdfPrev&id=MUE3WmlMQ3RDem1sYWMxb2RBay9kdz09

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/7-juta-pekerja-asing-di-malaysia-1.108348

Carian Google : MARA Perjelaskan Kelewatan Tajaan UniKL, Pelajar UniKL Minta Tambah Peruntukan - Annuar Musa Kantoi, Lagi!

Sebelum ini pihak kami telah menyiarkan kenyataan Tan Sri Annuar Musa yang mengatakan UniKL adalah entiti swasta yang tidak bergerak atas tajaan dan biasiswa. 

Baca : Ya, UniKL Taja TRW Tapi UniKL Entiti Swasta

Bagi memastikan kesahihan kenyataan tersebut, kami melakukan sedikit semakan dengan melakukan carian Google.

Hasil semakan kami mendapati beberapa perkara seperti berikut ;



Laporan oleh Utusan ditulis pada tahun 2016, rujuk sini manakala status fb adalah bertarikh tahun 2011. Jelas disini wujudnya unsur-unsur tajaan ke atas pelajar-pelajar UniKL meskipun dinafikan oleh Annuar Musa sebelum ini.


Walaubagaimanapun dalam laporan Utusan turut memetik kenyataan Tan Sri Annuar Musa yang menafikan dakwaan pengurangan biasiswa ke atas pelajar meskipun MARA menghadapi masalah aliran wang tunai. 

Selain dari itu, hasil semakan di SSM turut membuktikan Tan Sri Annuar Musa ialah pemilik The Red Warriors yang sebelum ini dinafikan olehnya.


Ia didedahkan oleh blogger Milosuam.

Dengan maklumat ini, ia sekali lagi mengantoikan penipuan Annuar Musa dalam isu penajaan TRW. 

Annuar Musa Sindir Menteri Isu Tajaan TRW.

"Beberapa jam yang lalu, 3 tajaan telah terpaksa ditolak atas arahan.."

Ini kenyataan yang dipetik dari Facebook Tan Sri Annuar Musa. Meskipun tidak menyebut nama namun netizens menyifatkan kenyataan tersebut ditujukan kepada Ismail Sabri, menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini kerana Ismail Sabri telah mengeluarkan arahan ke atas MARA bagi menangguhkan sebarang bentuk tajaan bukan pendidikan selepas Tan Sri Annuar Musa dikaitkan dengan dakwaan salahguna kuasa bagi memberikan tajaan ke atas TRW.

Baca : Ismail Sabri Arah MARA Henti Tajaan.

Baca : Kenapa Wang Rakyat Digunakan Untuk Sukan Berbanding Tujuan Pendidikan - TMJ Kepada Annuar.

 
Sebelum ini Tan Sri Annuar Musa telah menafikan wujudnya sebarang bentuk tajaan ke atas TRW yang menggunakan wang rakyat dan menyindir TMJ agar jangan tersalah pendrive dan pastikan fakta benar sebelum melakukan tuduhan.

Kemudiannya TMJ tidak berhenti setakat itu. Beberapa dokumen berkaitan tajaan didedahkan kepada umum dan Tan Sri Annuar Musa kemudiannya mengiyakan tajaan itu berlaku namun segala proses berkaitan tajaan dilakukan mengikut proses dan telus. Tidak wujud sebarang bentuk penyelewengan mahupun salahguna kuasa.

Namun yang menjadi perhatian netizens ketika ini ialah bukan isu salahguna kuasa sebaliknya pertukaran statement sebelum dan selepas.


Tan Sri Annuar Musa menjelaskan UniKL ialah universiti swasta dan tidak pernah menaja pelajarnya maka tidak timbul soal tajaan dan biasiswa.

Untuk pengetahuan, MARA adalah dibawah kementerian kemajuan luar bandar dan UniKL adalah dibawah MARA. Dan TMJ sebelum ini mempertikaikan tajaan UniKL ke atas TRW kerana tahun lepas MARA terpaksa kurangkan biasiswa sehingga 700 juta ke atas para pelajar. 

Menurut TMJ di waktu ekonomi tidak menentu, wang bertujuan pendidikan perlula disalurkan ke arah pendidikan semula bagi mengutamakan kepentingan rakyat.

Jumaat, 13 Januari 2017

KSU Yang Ditahan Kerana Kes Rasuah Juga Ialah Ahli Majlis MARA - Kenapa Masih Kekalkan Jawatan?

Masih ingat beberapa hari lepas SPRM telah menahan Ketua Setiausaha (KSU selepas ini) yang bertugas di Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW selepas ini) kerana terkait dengan amalan rasuah?

KSU tersebut telah ditahan di kediamannya di USJ, Subang Jaya pada jam 8 pagi. KSU yang berusia 59 tahun itu dipercayai telah menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya dengan menerima rasuah daripada mereka yang berkepentingan.

Pada awalnya portal berita tempatan tidak mendedahkan identiti individu yang ditahan berikutan maklumat berkenaan tidak didedahkan oleh SPRM namun selepas identiti individu yang ditahan tersebar di media sosial, SPRM akhirnya membuat pengesahan bahawanya individu yang ditahan ialah Datuk Mohd Arif Bin Ab Rahman.

Meskipun terkait dengan amalan rasuah dan sedang disiasat oleh SPRM, individu berkenaan masih lagi menjawat jawatan KSU di kementerian terbabit. 

Memetik laporan dari Awani ;


Ketika KSU tersebut ditahan, SPRM turut merampas jongkong emas dan wang tunai yang dianggarkan bernilai 3 juta. 

WOW.

Selain itu, hasil tinjauan di google mendapati pada tahun 2012, satu blog diwujudkan bagi mendedahkan aktiviti penyelewengan Datuk Arif. Rujuk sini. Dalam blog tersebut, Datuk Arif dikaitkan ada hubungan dengan pembangkang. Walau bagaimanapun pihak kami tidak dapat mengesahkan kesahihan laporan itu. 

Namun apa yang pihak kami ingin kongsikan kepada pembaca ialah tidak hanya KSU tersebut mempunyai jawatan di KKLW malahan individu tersebut turut berada di MARA. 

Semakan di laman sesawang MARA mendapati KSU tersebut ialah salah seorang ahli majlis MARA.


Sumber.

Sebelum ini MARA pernah dikaitkan dengan skandal penyelewengan yang membabitkan pembelian beberapa hartanah di Australia. Unit-unit hartanah tersebut dibeli lebih mahal dari harga pasaran sehingga merugikan MARA.

Menurut laporan dari media Australia, ia adalah salah satu kaedah penyelewengan yang membabitkan hartanah di negara tersebut.

Modus operandi penyelewengan ;

Corruption In Malaysia

Sumber.

Selain dari KSU Datuk Arif, Tan Sri Annuar Musa juga terpalit dengan imej rasuah melalui serangan terbaru oleh TMJ ke atas pengerusi MARA. 

Apa yang menjadi tanda-tanya ialah, sungguhpun SPRM telah menahan reman berserta dengan bahan bukti, kenapa individu tersebut tidak lagi digantung tugas dari jawatan sedia ada? Kepelikan.

Skandal Air Negeri Sabah : Tiada Unsur Rasuah, Maka Tiada Tindakan Susulan Kata SPRM - Pemuda Amanah Sabah.

Ini apa yang aku dapat menerusi page rasmi Pemuda Amanah Sabah ;

Semalam, kita telah menerima sepucuk surat daripada SPRM mengenai jawapan isu Skandal Rasuah Air Negeri Sabah (RUJ: SPRM/CPM 20/38/01.30 Jld.46(58)) bertarikh 29 Disember 2016. 


Untuk makluman, 29 Disember juga adalah tarikh perbicaraan 3 orang yang terlibat skandal rasuah ini di Mahkamah Kota Kinabalu. 



Dalam surat tersebut, SPRM menegaskan: 

(C) TIDAK DIAMBIL TINDAKAN LANJUT KERANA : 

(iv) TIDAK BERSUNSUR RASUAH DAN DILUAR BIDANG KUASA SPRM 

(v) TIADA TINDAKAN LANJUT 

Sejujurnya kami kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh pihak SPRM dalam isu ini. 

Namun, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana setelah diikuti perbicaraan mahkamah pada tarikh yang sama dengan surat tadi, ketiga-tiga koruptor itu langsung tidak disabitkan dengan rasuah dan korupsi, sebaliknya kesalahan penggubah wang haram. 

Kami juga yakin, masyarakat Sabah seluruhnya berasa kecewa apabila jawapan SPRM ini seolah-olah menggambarkan tidak berlaku sebarang skandal rasuah, wang yang dijumpai di pejabat Pengarah Jabatan Air Sabah adalah Wayang dan kesengsaraan rakyat di Kg. Pirasan, Kota Belud sehingga mereka berdemonstrasi kerana tiada air adalah lakonan semata-mata. 

Justeru itu, kami akan mengadakan satu sidang media pada hari Ahad ini, jam 9 pagi di BORAC Alamesra bagi mengumumkan pendirian dan tindakan selanjutnya daripada kita. Semua media dijemput hadir. Mohon sebaran. 

Salam Jumaat, doakan kita menang 
Khairuddin Daud 
Ketua Pemuda Amanah Sabah

Ini Amaran Kepada Kakitangan JKR - Awas, Komen-Komen Anda Di FB Diperhatikan!

"Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Malaysia dinasihat dan diperingatkan untuk menghindarkan diri daripada membuat sebarang komen-komen negatif dan tidak sepatutnya di laman media sosial berkaitan pemimpin-pemimpin negara, dasar dan polisi kerajaan dan perkara-perkara yang berkaitan.
 
Oleh yang demikian, Mana-mana warga JKR yang didapati benar membuat komen-komen sedemikian maka siasatan dan tindakan akan diambil mengikut prosedur sedia ada di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993", seperti yang dipetik menerusi website rasmi Jabatan Kerja Raya.


Ringkasnya ;

1. Kakitangan JKR jangan nak memandai-mandai buat komen-komen negatif, jelek, atau seangkatannya dengannya ke atas isu-isu yang membabitkan, menyentuh atau ada kaitan dengan pemimpin-pemimpin negara, polisi dan dasar-dasar kerajaan.

2. Korang nak komen kat page-page politik samada pro kerajaan, anti kerajaan, page-page pemimpin atau apa, pastikan komen-komen itu tak bersifat negatif / menentang dasar-dasar kerajaan dan pemimpin negara.

Faham tak?

So, tak reti-reti lagi nak buat fake account? Cover la identiti sendiri. Zaman-zaman gawat neh kau nak jadi berani takde masalah asalkan kau kaya. Kalau ko miskin dan cukup-cukup makan tak payah la nak berani mati sangat. Sia-sia je. Lepas tu jadi modal pepuak netizens mengutuk. Depa bukan boleh. Ade je tak kena.

Kah Kah Kah!

Khamis, 12 Januari 2017

Songlap Duit MARA Untuk TRW, Annuar Jawab TMJ - Kerana Dia Kawan, Saya Maafkan Je La Kesilapan Itu..

Sebelum ini TMJ telah mempersoalkan Annuar Musa yang dikaitkan dengan dakwaan menyalahguna peruntukan kerajaan bagi tujuan tajaan sukan sedangkan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sebarang wang rakyat haruslah dibelanjakan dengan berhemah dan sesuai dengan keperluannya.

Lihat sini untuk episode satu.

Beberapa portal berita tempatan kemudiannya cuba mendapatkan pandangan Annuar Musa. Dan antara yang terawal melaporkan respon Annuar Musa berhubung dakwaan tersebut ialah Malaysiakini. Menurut Malaysiakini Annuar Musa hanya memberikan respon ringkas di WhatsApp yang berbunyi begini; "perlukah saya balas hujah-hujah bodoh?".

Namun nampak gayanya netizens dan penyokong-penyokong TMJ tidak berpuas ahti dengan respon tersebut. Lalu diasak dan dikritik Annuar Musa menerusi ruangan komen.

Annuar Musa agaknya kerana digasak untuk menjawab akhirnya tampil memberikan jawapan tentang dakwaan oleh TMJ itu dan dibawah ini ialah jawapan dari Annuar Musa berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh TMJ.


Annuar Musa menafikan dakwaan penyelewengan yang melibatkan dirinya dan meminta sesiapa sahaja boleh menyemak jika keterangannya adalah benar atau sebaliknya.

Dalam pada itu, Annuar Musa turut menyatakan dia telah memaafkan kawan-kawan yang telah melakukan kesilapan. Kerana mereka kawan-kawan maka Annuar Musa enggan membiarkan hal tersebut berpanjangan.

Jangan tersalah pendrive, get your fact correct please, pesan Annuar Musa sebelum mengakhiri kenyataan. Untuk rekod, sebelum ini TMJ mendakwa wujudnya salahguna kuasa menggunakan wang rakyat bagi menaja TRW. Ia ditulis oleh TMJ di fb Johor Southern Tigers dan posting berkenaan kini dikongsikan lebih dari 15,000 kali ketika ini.

Awas, Pengkritik Kematian Adenan Satem - Anda Mungkin Diburu Kerana 'Bermulut Cabul'!

Degil. 

Malas betul nak cakap benda neh ulang-ulang. Padahal semalam aku sempat mengingatkan. Kalau takde benda baik nak diucapkan better kau diam aje. Tak perlu nak declare seluruh dunia apa perasaan kau tentang satu-satu kematian jika kelak akhirnya mengundang padah pada diri kau balik.

Hipokrit? 

Bukan. Hanya kita tak berkongsikan perasaan kita secara terbuka sampai orang lain boleh screenshot, sebar dan laporkan kepada pihak berkuasa. Itu sahaja. Untuk lindungi diri kita sebetulnya.

Kita tak perlu nak berkongsikan kepada dunia apa perasan kita tentang satu-satu kematian pun. Jika teringin nak bercakap juga, apa salahnya kita bercerita dalam medium yang bertutup dan boleh dipercayai. Bukan penting pun seluruh dunia tahu apa perasaan kita, kan? Jika time kita mengkritik tu takan dikenakan apa-apa tindakan tak apa juga. Ini tidak, yang telah tiada tetapla telah tiada, kita yang hidup pula kena tanggung akibat. Apa rasional dan kebaikannya pada diri kita? Tambah beban saja!

Semalam geng-geng BN telah bekerjasama mengumpulkan data pengkomen-pengkomen yang mengkritik/menghina kematian Adenan Satem. Bahkan yang menyindir Najib dengan kematian Adenan pun tak terlepas sama.

Dan salah seorang telah menerima 'akibatnya'. Hmm.



Sumber.

Tidak bijak kritikan ini jika ia membuatkan anda kehilangan kerjaya. Bukan ini tajuknya nak melawan BN. Sungguhpun kritikannya biasa-biasa sahaja dah dikenakan tindakan. Kesian. Tapi pegawai kerajaan kena ingat. Diri dorang diperhatikan. So, berjaga-jaga la. Takan benda macam neh tak boleh nak fikir, kan?

Lagi yang dalam pemerhatian mereka.


Dorang sekarang mark budak neh ;



Tak dapat nak selamatkan sebab dorang sendiri yang cari pasal. Bodoh pun iya juga. Sebab memburukkan imej DAP secara tak langsung. Dalam pemikiran sebelah sana, asal cina = mesti DAP. Asal benda bangang yang dibuat penyokong = mesti DAP yang dicop bersalah. Ingat pemimpin-pemimpin je ke boleh cemarkan reputasi parti bila buat kerja bangang? No. Penyokong2 parti pun boleh menjahanamkan imej parti bila perangai macam sohai.

Btw, aku tengok orang-orang Sarawak agak terkesan dengan penghinaan terhadap Adenan Satem. So please la jangan buat kerja bangang. Bukan sahaja orang-orang Sarawak rasa tak seronok baca komen-komen sebegini bahkan dorang marah juga kita mempolitikkan kematian pemimpin negara. Ada benda bila kita diam ia memang baik untuk diri kita dan masyarakat sekeliling. Mulut cabul tak tentu hala neh sebenarnya bodoh. Maaf cakapla ya.

Lukisan Sindir Amalan Bodek 'Hilang' Dari Pameran Balai Seni - Kenapa? Pembodek Najib Terasa Ka?

Dengan kemaskini. 

Selepas kehilangan karya tersebut kecoh di laman sosial, ia kembali semula dipamerkan di balai seni visual. Sebelum ini pelukis meluahkan perasaan karya pamerannya 'hilang' dari balai seni visual tanpa sebarang penjelasan diberikan. Luahan tersebut dikongsikan di laman facebook pelukis berkenaan.

Tulis sang pemilik karya, Suddin Lappo ;


Bodek

1. Dari seorang kawan, aku terima berita bahawa salah satu karya ku sudah ‘hilang’ di dinding pameran yang sedang berlangsung di Balai Seni Visual Negara. Iaitu pameran berkumpulan Sage: Ties of Tenggara. 

2. Aku langsung ke BSVN petang tadi untuk melihat sendiri, ya catan itu memang sudah tiada. Digantikan dengan sekeping foto karya dan disertakan bersama kapsyen “Karya ini diturunkan sementara bagi penyelenggaraan galeri.” 

3. Aku sedikit bingung, juga khuatir kalau karya itu sudah rosak, tercalar atau bagaimana? 

4. Sementara aku tidak dihubungi oleh mana-mana pihak sebelumnya. Dan cuma dapat tahu hal ini baru kemarin. 

5. Sebuah karya yang diletakkan di ruang awam, bebas untuk dibaca oleh penghayat. Aku sendiri sebagai pelukis, tidak mampu untuk memaksa penghayat menuruti makna dan konteks karya seperti yang coba aku sampaikan. 

6. Imejan yang kaku dan bisu itu bebas untuk ditafsir, ditelaah menurut pengalaman dan pengetahuan penghayat masing-masing. Kerana pelukis tidak selamanya bisa berada disamping karya untuk membetulkan persepsi khalayak. 

7. Maka disini aku ambil kesempatan untuk menulis sedikit catatan tentang kenyataan dan latar karya tersebut. Supaya kau tidaklah fikir sampai berlebih-lebihan. 

8. Karya catan “The Subtitle” terhasil dengan meminjam imejan dari salah satu shot scene filem trilogy “The Godfather”, karya Francis Ford Coppola. 

9. Teks pada karya tersebut juga dipetik dari dialog watak utama, Don Vito Corleone, “I’ll make him an offer he can’t refuse” yang diterjemahkan secara kreatif oleh pelukis sebagai teks sari kata pada karya. Penghayat disaran untuk melihatnya sebagai sebuah layar filem. Cuma mungkin saiz karya tidaklah cukup besar seperti dalam panggung wayang. 

10. Inti utama yang cuba disampaikan adalah kritikan pelukis terhadap budaya bodek dalam masyarakat. Golongan lemah terpaksa (atau dengan rela hati) untuk membeli jiwa seseorang yang memiliki kuasa. 1

1. Ini dapat dilihat pada aksi/postur salam cium tangan. Ya, aksi ini pun boleh ditafsirkan dalam dua keadaan, sama ada sebagai rasa hormat, atau rasa tunduk (lemah) kepada kuasa yang lebih besar. 

12. Sama seperti salam seorang murid terhadap gurunya, atau anak terhadap ibu bapanya, pekerja dan majikannya, isteri dan suaminya, hatta salam seorang pelukis dengan kolektornya.. hahaha 

13. Itu saja. Selebihnya khalayak sendiri yang pandai-pandai menafsir makna. Pengkarya pula tidak punya kuasa untuk menghalang. Kerana karya itu bisu, dan fikiran manusia yang becok. Sekian.

----------------


Tak kan la puak-puak neh terasa. Mustahil. Mereka jenis tebal muka tak mungkin akan rasa tersindir atau terperli dengan karya tersebut. Mesti ada alasan lain neh.

Kah Kah Kah

Rabu, 11 Januari 2017

Terence Netto Kritik Bahasa Inggeris Faiz Subri Dan Kenapa Saya Bersetuju Dengannya.

Ketika ini ramai yang kritik Terence Netto. Salah seorang wartawan bebas yang bertugas di Malaysiakini. 





Terence Netto telah mengkritik dua perkara tentang Faiz. 

Pertama : Gaya penyampaian ucapan / sikap tidak bersedia Faiz.

Kedua : Bahasa Inggeris Faiz yang disifatkan memalukan negara.

Jika kita membaca kritikan tersebut atau pernah membaca mana-mana laporan berita Terence, nampak gayanya dia memang power Inggeris dan powernya bukan biasa-biasa.

Sememangnya di kalangan masyarakat baik di dalam negara atau di luar negara, kita kena faham dan akui kewujudan sekumpulan manusia yang sayang pada bahasa.

Dalam kes ini, Terence nampaknya sayang kepada bahasa Inggeris, maka jika kita tidak arif, tidak pandai atau gagal menggunakan bahasa Inggeris dengan betul maka kita adalah individu yang memberikan perasaan malu kepadanya. Bukanla dia malu sangat pada diri kita neh, sebaliknya dia rasa malu sangat bahasa kesayangannya diucapkan dengan sedemikian cara.

Bukan hanya Terence, bahkan ini 'penyakit' bagi mereka yang sayangkan apa-apa bahasa. Seperti sasterawan yang sakit, geram, benci melihat kita merosakkan bahasa melayu dengan tatabahasa dan ejaan tunggang langgang sebegitu sakitnya ahti Terence melihat Inggeris tidak diucapkan dengan baik oleh sang penutur.

Begitu juga la sakitnya ahti kita melihat budak-budak wechat merosakkan bahasa dengan ejaan dan sebutan berterabur sampai adakalanya kita sendiri pun tak faham bahasa apa budak-budak zaman sekarang bersembang. Kita marah, kita suruh eja dengan betul tetapi kita juga marah apabila Terence marah seseorang menggunakan bahasa Inggeris tidak betul. Kita marah dia, dia marah kita maka akhirnya semua jadi marah-marah.

Sebenarnya kritikan Terence tentang Faiz ada asasnya. Namun bukan kepada Faiz yang ia harus dipersalahkan sebaliknya FAM yang harus memikul beban tersebut.

Kenapa FAM? Bukan pula FAM tidak tahu Faiz telah dicalonkan berbulan-bulan lepas. Apakah persediaan FAM bagi membantu Faiz menghadapi saatnya itu? 

Adakah FAM memberikan latihan bagaimana berkomunikasi dengan media dengan bahasa yang mudah dan senang disebut? Jika FAM sudah mengambil tanggungjawab itu baguslah tetapi nampak gaya Faiz seperti terkapai-kapai seolah-olah tidak pernah dibantu dari  segi persediaan.

Penggunaan smartphone dan bukannya kertas. Kenapa? Kan lebih mudah jika gunakan kertas lipat dalam kocek dan ia mudah dikeluarkan dari terkapai-kapai mencari note ucapan dalam henpon? Itupun mesej yang ringkas sahaja. Nasib baik pengacara cuba menghidupkan suasana dan nasib baik Faiz gelak saja bagi menenangkan keadaan.

Melihat kepada dua aksi itu terbuktilah yang FAM tidak memberikan latihan yang betul kepada Faiz bagi mempersiapkan diri menerima anugerah Puskas.

Nak Faiz bersikap seperti pemain antarabangsa secara automatik ke? Tahu ke kos latihan bagi membentuk pemain bertaraf antarabangsa berapa? Tahu ke latihan yang mereka terima bukan sahaja di atas padang malahan dari segi ilmu dan mental juga? Mereka juga ada standard penjagaan kesihatan dan kecerdasan yang strategik. Semua ini FAM gagal sediakan. Dia ingat pemain boleh suka-suka mencapai tahap antarabangsa jika tidak diasuh agaknya!

Oleh itu kemarahan Terence ini walaupun ada benarnya dia patut salahkan FAM. Ya, Faiz boleh fikir sendiri untuk mempersiapkan diri tetapi persekitaran industri bola sepak negara adalah ditahap begini ; ahh aku hanya perlu pandai main bola sahaja, itu yang penting pun. Ini ialah persekitaran yang Faiz tinggal diam. Jadi, untuk ubah pemikiran dia, bukan tak boleh cuma makan masa kerana dia juga perlukan pasukan pengurusan yang 'umpphh'. 

Ringkasnya aku setuju dengan kritikan Terence. Tetapi ia bukan memalukan untuk kita tidak pandai berbahasa Inggeris. Situasi Faiz itu boleh diperbaiki jika FAM 'bangsa yang bertamadun'. Faiz tidak perlu dipandaikan segera untuk berbahasa Inggeris cukup kita sediakan latihan yang kondusif untuknya ketika menerima anugerah. Adakah lagak terkial-kial mencari ucapan di smartphone itu betul pada pemerhatian anda semua?

Kepandaian tidak kaitan dengan bahasa. Meskipun orang yang tahu banyak bahasa dia disifatkan pandai dalam mempelajari bahasa.

Dan ingatlah bukan bahasa yang membina tamadun tetapi masyarakat yang membaca itulah yang membina tamadun. Dengan kehebatan masyarakat yang membina ketamadunan itu akhirnya membuatkan bahasa, budaya, cara hidup dan segala-gala tentang masyarakat itu ditiru, dipelajari, diikuti dan diteladani. Oleh itu, membaca la. Seperti bangsa Jepun dan China yang alihbahasa banyak buku-buku ilmuwan dunia. Tak guna juga jika negara kita alihbahasa pelbagai jenis ilmu ke dalam bahasa kebangsaan kalau kita sendiri memilih malas untuk membaca.Tak guna sembang kencang bab sayang bahasa kalau ko setahun pun tak pernah habis baca 1 buku ilmiah pun. Kau dan Terence maka ada apa beza?

Alihbahasa penulisan Terence versi bahasa melayu. Walaupun agar sukar harap-harap maksud tak lari. Ha Ha Ha.
Apakah hubungan antara Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dan pemain bola sepak Malaysia yang heboh diperkatakan ketika ini, Faiz Subri?

Kedua-duanya berpeluang berucap di hadapan ribuan penonton antarabangsa dan kedua-duanya melakukan kesilapan ketika berucap - dalam Bahasa Inggeris.

Zahid Hamidi yang tergagap-gagap membetulkan sebutan ketika berbahasa Inggeris di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu pada September lepas dan pemenang anugerah Fifa Puskas, Faiz Subri yang terkial-kial mencari text ucapan ketika menyampaikan ucapan kemenangan di Zurich adalah antara ulasan-ulasan yang menyedihkan tentang tahap penguasaan bahasa Inggeris di negara ini.


Suatu masa dahulu, rakyat Malaysia dipuji tentang standard penguasaan bahasa Inggerisnya, namun kini ia berada di tahap yang memalukan, meskipun berpeluang berdiri di atas pentas global, atas pencapaian yang jarang sekali berlaku.

TPM adalah pemegang PhD tetapi perbahasan kaku beliau dalam teks bahasa Inggeris pada sesi Perhimpunan Agung PBB tahunan September lepas, cukup memberikan malu besar kepada negara.

Sebelum ini, apabila pesawat MH370 hilang dari radar pada 8 Mac 2015, rakyat Malaysia mempunyai sebab untuk merasa malu dan kecewa apabila pegawai-pegawai kerajaan dari pelbagai jabatan mengambil giliran untuk bercakap dalam bahasa Inggeris di hadapan media antarabangsa, dengan liputan secara langsung oleh saluran berita global.

Ia adalah satu tempoh malu yang berpanjangan kerana seorang demi seorang pegawai rasmi yang memberikan taklimat kepada media yang menunggu, mempunyai pemahaman bahasa Inggeris yang begitu teruk, penyampaian tatabahasa berterabur, sebutan tidak tepat, tidak bijak, bagaikan pakaian dalam yang dijemur secara terbuka.

Sehingga akhirnya keadaan itu diselamatkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang datangnya dari sekolah beraliran Inggeris, menyelamatkan warna seni pidato lesu kita dengan penyampaian bahasa Inggeris yang pernah menjadi sebahagian dari tahap kita suatu masa dahulu.

Yang pasti, peminat bola sepak dan sukan lain di Malaysia gembira dengan pencapaian Faiz dalam memenangi anugerah Puskas itu.

Walau bagaimanapun, jika mereka menonton detik-detik Faiz menerima anugerah tersebut, apa sahaja yang dibanggakan oleh mereka kerana Faiz dipilih sebagai pemenang pasti hilang dengan lagak Faiz yang tersipu-sipu semasa dipanggil untuk menerima hadiah dan berucap dengan hanya beberapa patah perkataan.
 

Pengacara kemudiannya bergurau-senda saat menunggu, respon terhadap tindakan Faiz, bertujuan untuk mengurangkan keresahan yang dirasai oleh penonton memandangkan Faiz terkial-kial ketika mencari dan kemudiannya membaca teks digital beliau, hanya menyerlahkan lagi rasa malu itu.
 

Kritikan ini bukannya mencadangkan untuk menidakkan kelayakan Faiz sebagai penjaring gol menakjubkan yang akhirnya membuatkan beliau dikurniakan dengan anugerah Puskas oleh Fifa, bagi tahun 2016. Syabas, Faiz, syabas dengan kejayaanmu itu.

Tetapi alangkah lebih baik jika situasinya begini, ketika namanya dipanggil, Faiz melangkah naik ke atas pentas, perlahan-lahan mengeluarkan kertas dari poket seluar / jaket beliau dan membaca ucapan tersebut.

Sekurang-kurangnya Rakyat Malaysia yang menonton majlis anugerah Fifa akan terlepas dari perasaan malu dengan lagak Faiz yang terkial-kial mencari teks, walaupun bahasa Inggeris Faiz serba kekurangan.


Terrence Netto.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...