Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Laporan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Laporan. Papar semua catatan

Ahad, 17 Mei 2020

Setiausaha Politik Ditahan Atas Dakwaan Rasuah, Polis Akan Panggil Bekas Menteri Beri Keterangan.

LAPORAN | Portal Free Malaysia Today melaporkan penahanan seorang pembantu kepada bekas Menteri Pakatan Harapan atas dakwaan terlibat dalam rasuah.


Portal itu melaporkan;

1. Bukit Aman telah memulakan siasatan dakwaan rasuah ke atas seorang bekas menteri ketika berkhidmat dalam kerajaan Pakatan Harapan.

2. Siasatan sedang dijalankan oleh polis Brickfields dan Sentul atas 2 jenayah komersial.

3. Laporan SPRM atas kes tersebut juga telah dibuat.

4. Setiausaha politik menteri itu sudah ditahan Jabatan Siasatan Jenayah di Kuala Lumpur untuk disoal siasat atas dakwaan rasuah membabitkan beberapa pemaju di ibu negara.

Portal itu tidak menamakan bekas menteri yang akan dipanggil polis kerana mahu melakukan pengesahan dengan bekas menteri itu terlebih dahulu.

Bagaimanapun kebanyakan warganet telah mula membuat tekaan berkenaan bekas menteri yang dimaksudkan. - 17 Mei 2020.

Rabu, 15 Mei 2019

13 Mei 'Salah Orang Melayu', Malaysiakini Dikecam Netizens.

LAPORAN | Portal Malaysiakini dikecam netizens bertubi-tubi disebabkan membayangkan peristiwa 13 Mei 1969 yang berlaku pada 50 tahun yang lampau adalah kesalahan orang melayu.



Portal itu juga bertindak menukarkan tajuk artikelnya kerana dibayangkan;



👉 Menimbulkan elemen provokasi

👉 Membiakkan elemen rasis

👉 Menyalahkan kaum melayu yang terperangkap dengan sentimen


Pada awalnya portal itu meletakkan tajuk : Pada 13 Mei 1969 Satu Kampung Cina Diserang.



Namun setelah diserang dan laporan itu dipertikaikan, Malaysiakini kemudiannya menukarkan ia kepada : Gadai Nyawa Selamatkan Jiran Pada 13 Mei 1969.


Selain itu, Malaysiakini juga dipertikaikan kerana menyiarkan ulasan berkaitan 13 Mei 1969 meskipun tidak semuanya berpandukan kepada fakta tepat.



Ini diakui sendiri oleh portal itu apabila Nota Editornya berkata : "Tiada semua faktanya dapat disahkan," dalam laporan tragedi berdarah 13 Mei itu.



Netizens kemudiannya menyerang dan mempersoalkan sikap CEO Malaysiakini, Premesh Chandran yang dianggap tidak bertanggungjawab kerana menyiarkan laporan tanpa disokong fakta sahih.



Selain itu, wartawan yang menulis laporan itu juga diserang oleh netizens.


Identiti dan wajah wartawan itu disebarkan oleh kumpulan itu dan pelbagai kata-kata hinaan dan cacian dilemparkan ke atasnya.



Untuk rekod, Malaysiakini menyiarkan laporan mengenai 13 Mei 1969 bersempena dengan ulangtahun tragedi tersebut yang telah pun memasuki usia 50 tahun.

Dalam perkembangan berkaitan, Malaysiakini juga diambang perhatian apabila berita Bahasa Inggerisnya menyiarkan laporan mahu UiTm dibuka kepada semua namun tidak menyiarkan laporan yang sama dalam Bahasa Malaysia.

Malaysiakini belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan balas mengenai serangan yang diterima oleh portal itu sejak 2 hari lepas setakat ini. - 15 Mei 2019.

Isnin, 25 Mac 2019

Kesilapan-Kesilapan Pakatan Harapan Kedah Dalam Isu Perasmian Tugu Wira Jepun.

LAPORAN | Pakatan Harapan sekali lagi dikecam hebat oleh netizens semalam berikutan melakukan kesilapan mudah.

👉 Lembaga Muzium Negeri Kedah membuat kemaskini di Facebook dengan memaklumkan wujudnya satu majlis perasmian di perkarangan Pejabat Kementerian Pelancongan di Alor Setar.


👉  "Khamis - 21 / 3 / 2019

Majlis Perasmian Tugu Wira Jepun yang dirasmikan oleh YB MOHD ASMIRUL ANUAR BIN ARIS, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah anjuran Konsulat Jepun di Pulau Pinang, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah serta Lembaga Muzium Negeri Kedah di Perkarangan Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Kedah."

👉 Adakah anda membaca ANJURAN KONSULAT JEPUN seperti yang tertera di atas? Baiklah lihat babak seterusnya.

👉 “Semua kos baik pulih dibiayai pihak Konsul Jepun. Saya hanya dijemput merasmikan majlis. Tugu terbabit sudah lama wujud, ia cuma dibaik pulih dan diperindahkan kawasan yang sebelum ini ditumbuhi semak,” kata Mohd Asmirul Anuar.

👉 “Perkataan ‘wira Jepun’ hanya kesilapan teknikal oleh penganjur, yang terdapat pada bahan promosi majlis. Kita tidak akan iktiraf askar Jepun sebagai wira,” katanya lagi.
Menurutnya, pejabat Konsulat Jepun di Pulau Pinang telah memulihkan tugu peringatan setinggi 1.8 meter, bagi mengenang kejayaan Komandan Platun Leftenan Hajima Asahi dan dua askar Jepun lain.
“Batu tanda tiga bahasa bersebelahan dengan tapak tugu peringatan, bagi mengenang mereka yang terkorban ketika cuba menakluk jambatan Alor Setar ketika penjajahan Jepun di Tanah Melayu dan Borneo, pada 13 Disember 1941,” katanya.

Mohd Asmirul Anuar berkata, difahamkan tanda tiga bahasa itu merujuk kepada askar Jepun yang dianggap wira oleh sejarah Jepun.

“Perkara ini akan diperbetulkan. Saya akan minta kontraktor ubah segera, jika tulis askar Jepun tiada masalah, tetapi yang ditulis adalah wira,” katanya.

👉 Adakah anda nampak kain rentang yang mempromosikan majlis perasmian telah menulis TUGU WIRA JEPUN di belakang tempat duduk VVIP?

👉 Adakah anda nampak
Mohd Asmirul Anuar berkata 
⇛ "Semua kos baik pulih dibiayai pihak Konsul Jepun".
 

Baik, mari kita menghuraikan kesilapan mereka satu persatu disini.

1. Kain rentang tulis TUGU WIRA JEPUN. Kat Facebook admin tulis TUGU WIRA JEPUN. Kat tapak monumen pun tulis TUGU WIRA JEPUN.

2. Ini bermakna dari awal lagi kerajaan Kedah bersama konsulat Jepun telah bersetuju dengan penggunaan perkataan TUGU WIRA JEPUN. Konsulat Jepun mungkin membantu kepada idea TUGU WIRA JEPUN bagaimanapun kata putus adalah kerajaan negeri. Jika pegawai kerajaan negeri tidak bersetuju, hal ini tidak boleh berlaku pun. Sudah tentu untuk KONSULAT JEPUN memberikan idea itu, idea ini mereka akan merujuk kepada pegawai yang berkuasa untuk meluluskan pelan tindakan terlebih dahulu. Mana boleh suka-suka pacak, mana boleh suka-suka buat kain rentang, mana boleh suka-suka update kenyataan kat Facebook kalau tiada tukang rujuk, tukang beri arahan dan tukang meluluskan.


👉 Rasmi tak semestinya bersetuju. Alasan ini jika diberikan kepada budak darjah satu, budak darjah satu pun akan lempang muka Mohd Asmirul Anuar laju-laju. Semua tahu apabila anda merasmikan sesuatu program, majlis, anda bersetuju dengan program tersebut. Jika anda tak bersetuju, anda tak akan rasmikan sama sekali. Jika Mohd Asmirul Anuar mengatakan dia merasmikan program tanpa memahami intipati, ia lebih tepat lagi. Kita main rasmi aje. Ia program kerajaan, apa salahnya. Tak payah la kita ambiltahu apa sebenarnya yang kita rasmikan. Asalkan ia program kerajaan mestilah boleh kita ikut serta. Jika keadaan ini yang berlaku ada logiknya. Menunjukkan betapa pemalasnya korang untuk melakukan semakan dan pengesahan sebelum merasmikan sesuatu program. Janganlah campak kesalahan tu kat orang lain bila diri sendiri memang cuai.

👉 "Jika tulis askar Jepun tiada masalah, ini tulis wira Jepun, kontraktor akan diminta untuk membetulkan segera" - ini kalau bukan cuai apa? Kontraktor tak sesuka hati nak tulis itu ini jika tiada rujukan dan tak sesuka hati pula ianya boleh dipacakkan kat situ jika tak diluluskan untuk dipacakkan, fahamkan SOP bagaimana kerajaan negeri ada kuasa untuk membetulkan perkara ini sebelum sampai kepada publik. Dan sampai kepada publik selama 3 hari baru perasan itu salah ini salah, itu tak betul, ini tak kena, so selama ini pegawai yang diamanahkan untuk bekerja, buat apa?
 
👉 Dalam hukum menipu, apabila kita mula menipu kita akan terpaksa gali lubang untuk kambus lubang. Kita buka penipuan baru untuk tutup penipuan lama. Dan hal ini akan berterusan selagi kita enggan bercakap benar. Enggan bercakap benar kerana tidak mahu orang nampak kita melakukan kesalahan. Tidak mahu orang tahu kita melakukan kesalahan kerana kita ego. Semua orang melakukan kesalahan. Tetapi ada beza orang yang melakukan kesalahan dan mengakuinya dengan orang yang melakukan kesalahan tetapi enggan mengakuinya.


👉 Lihat video;



👉 Pemberita juga sama statusnya seperti pentadbir halaman Lembaga Muzium Negeri Kedah, yakni maklumat perlu diberikan kepadanya terlebih dahulu untuk mereka sampaikan kepada orang awam.

👉 Apabila pemberita RTM sendiri menyebut dananya dari kerajaan negeri Kedah, mereka tidak bercakap berdasarkan andaian. Mereka bercakap berdasarkan kepada maklumat yang diterima/diberikan kepada RTM.

👉 Siapakah yang layak memberikan maklumat sedemikian kalau bukan mereka yang terlibat dalam penganjuran majlis berkenaan? Adakah nak cakap RTM sabotaj? Lepas neh RTM minta maaf kerana tersalah maklumat ke? Atau kes ini akan didiamkan?

👉 Pemberita sebut;


⇒ Projek 3 wira Jepun (seolah-olah ini adalah satu projek yang telah dirancangkan/diluluskan kerajaan negeri Kedah)


⇒ Penggunaan perkataan seperti pengorbanan tiga wira Jepun..

⇒
Dilaksanakan dengan kerjasama dan peruntukan dana kerajaan negeri


⇒ Dengan tujuan untuk memajukan industri pelancongan negeri

👉 Kat sini terang-terangan menunjukkan penglibatan langsung kerajaan Kedah dengan projek tiga wira Jepun.

👉 Mereka cuba mematikan hubungan dengan mengatakan rasmi tak semesti bersetuju dan dana tak dikeluarkan oleh kerajaan Kedah.

👉 Kesalahan seolahnya dialihkan kepada Konsulat Jepun dan kontraktor yang terlibat dalam pembinaan monumen.

Satu tindakan tak cerdik dari kerajaan negeri. 

Sudahlah persepsi negatif ke atas Pakatan Harapan semakin meningkat. Disumbangkan dengan kegagalan pegawai kerajaan dalam melaksanakan kerja dengan baik dan ditambahkan lagi dengan elemen penipuan dan enggan mengakui kesilapan. Ini semua rencah menjatuhkan kerajaan.. - 25 Mac 2019.

Sabtu, 23 Mac 2019

Penjelasan Kenapa Poster Kempen Jimat Air Kerajaan Perak Guna Bahasa Singkatan.

LAPORAN | Sejak semalam kerajaan Pakatan Harapan telah dikecam bertubi-tubi atas penyebaran gambar yang merujuk kepada satu poster.

Poster itu menjadi kontroversi kerana menggunakan perkataan yang diringkaskan dari segi ejaannya.


Maka pihak seperti cina dan DAP dipersalahkan, dan melayu PH dituduh sebagai barua kerana dianggap telah melacurkan bahasa kebangsaan.

Apakah sebenarnya yang sedang berlaku?

👉 Poster itu dikeluarkan oleh Lembaga Air Perak - LAP.

👉 Ia merupakan poster kempen untuk menjimatkan air.

👉 Strategi LAP ialah menggunakan ejaan ringkas/singkatan bagi memaparkan elemen PENJIMATAN. 

PNGUNA BJAK SNTIASA BRJIMAT

👉 LAP membayangkan jika rakyat Perak ternampak poster yang diringkaskan ejaannya itu, mereka akan membaca sehingga habis dan akhirnya dapat menangkap maksud disebalik perkataan yang diringkaskan itu.

👉 Perkataan sebenar mereka ialah "GUNA YANG PERLU SAHAJA", #SAVEWATER.

👉 Ia dibuat untuk mengajak rakyat Perak menjimatkan penggunaan air mereka, jangan melakukan pembaziran.

👉 Bagaimanapun strategi kempen itu tidak berjaya apabila ramai pihak mengkritik LAP kononnya telah merosakkan bahasa kebangsaan, malah dikecam sebagai budak We Chat.

👉 DBP dalam satu kenyataan rasmi memaklumkan sungguhpun memahami mesej yang ingin disampaikan oleh LAP namun strategi itu tidak menjadi.

👉 Ini kerana rata-rata pengguna lebih menumpukan perhatian kepada perkataan yang diringkaskan daripada focus kepada PENJIMATAN AIR.

👉 Oleh itu, DBP berpendapat LAP perlu membetulkan semula poster itu dengan kempen lain yang tidak merosakkan ejaan sebenar Bahasa Malaysia. Dan dalam masa yang sama mengajak pengguna untuk menjimatkan air.

👉 Di sosial media sungguh pun ramai pihak tampil mengecam kempen itu, terdapat juga yang menyokong LAP dengan beranggapan strategi LAP telah berjaya apabila hal itu menjadi tular di internet.

👉 Bagaimanapun tidak dapat dipastikan samada LAP akan menurunkan poster tersebut atau mengekalkan kempen itu buat masa ini. - 23 Mac 2019.

Khamis, 14 Mac 2019

Berita Harian, Harakah Edit Laporan.

LAPORAN | Dua portal berita online dikesan telah mengubah laporan asal berita mereka selepas menerima kecaman pelbagai pihak.


Berita pertama dari portal Berita Harian Online. Artikel yang diubah ialah "Tok Mat Lebih Berpeluang Berbanding Streram - Azmin".





Tajuknya kemudiannya diubah kepada "Streram mampu bersaing di DUN Rantau - Azmin".



Tidak dapat dipastikan kenapa portal itu menukarkan tajuk beritanya tetapi ini mungkin ada kaitan dengan kecaman yang diterima Azmin.



Di sosial media, anti Azmin Ali telah menjadikan berita itu sebagai 'modal' untuk membuktikan Azmin ada niat mahu mensabotaj PRK Dun Rantau. Calon PKR/PH DUN Rantau dibayangkan sebagai proksi Anwar Ibrahim.


Manakala di Harakah pula pimpinan muda Kelantan, Nazman Che Ibrahim ditegur kerana membuat kenyataan rasmi dengan menyelitkan emosi peribadi.

Beberapa netizens pro Pakatan Harapan mengkritik PAS disebabkan terlalu tidak profesional dan berbaur fitnah ketika mengeluarkan kenyataan. 

 
"Yeo Bee Yin yang mungkin masih sibuk dengan majlis perkahwinannya.." kata kenyataan itu dipetik.

Untuk rekod, ketika kenyataan di atas diterbitkan Harakah, Yeo Bee Yin telah berada di lokasi krisis lebih awal dan beberapa tindakan telah diambil bagi memahami dan menyelesaikan krisis yang berlaku.

Selepas ditegur, Harakah telah membetulkan kenyataan itu dengan membuang kenyataan yang menjadi polemik di sosial media. - 14 Mac 2019.

Ahad, 10 Mac 2019

Demo Hari Wanita Dihijack LGBT, Cucu Mahathir Sekali Lagi Dikecam Netizens..

LAPORAN | Demo Hari Wanita Sedunia dengan tema "Hentikan Keganasan, Hormati Wanita" telah dihijack oleh penyokong LGBT.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Agama, Mujahid Rawa yang menjelaskan kerajaan Pakatan Harapan menolak sebarang budaya yang mendorong kepada pengiktirafan LGBT di negara ini.

Penganjur demo itu juga akan disiasat dibawah Akta Perhimpunan Aman berikutan tiada permit ketika menganjurkan demo pada sabtu itu.

Walaupun tidak semua yang hadir ke demo Hari Wanita itu memegang placard menyokong LGBT tetapi segilintir peserta demo yang secara terang-terangan membawa mesej LGBT menerima kecaman di sosial media.

Kebanyakan peserta demo dilihat membawa placard yang memperjuangkan dan mempertahankan hak wanita.






Bagaimanapun kehadiran penyokong LGBT membuatkan demo tersebut dikenali sebagai perhimpunan menyokong LGBT berbanding perhimpunan Hari Wanita.

Ini sekaligus menengelamkan hasrat utama yang ingin disampaikan penganjur dalam demo tersebut.

Ini berlaku kerana lebih ramai pihak bercakap mengenai LGBT berbanding mengulas mengenai isu hak wanita.

Dalam perkembangan berkaitan, dua cucu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi menjadi sasaran netizens di sosial media.

Kali ini kedua-duanya diserang kerana dianggap menyokong pergerakan LGBT.



Maizura dikecam kerana dianggap seorang yang LGBT.

Manakala Serena yang juga anak kepada Mukhriz pula dikecam kerana dianggap menyokong perhimpunan pro LGBT.


Anak, cucu Tun Mahathir seringkali dikaitkan dengan pergerakan LGBT berikutan anak pertama Mahathir, Marina adalah aktivis yang aktif dan lantang bersuara dalam mempersoalkan hak LGBT dan diskriminasi yang dialami oleh golongan tersebut. - 10 Mac 2019.

Jumaat, 1 Mac 2019

Peguam Sahkan Terima Wang 1.4j Untuk Bayar Clare, Cek Dah 'Clear'.

LAPORAN | Peguam Americk Sindhu Singh mengesahkan laporan Sarawak Report mengenai bayaran cek berjumlah rm1.4 juta dari perantaraan PAS kepada Sarawak Report adalah tulen.


"Saya boleh sahkan cek ini sudah dijelaskan melalui akuan Maybank anak guam saya, yang bermakna cek ini asli atau bank yang luluskan itu buat kesilapan besar," katanya, ketika ditanya oleh wartawan Malaysiakini.

Pimpinan PAS seperti Ustaz Ridhuan dan Nasruddin Tantawi sebelum ini menafikan penyebaran cek itu dan menyifatkan ia adalah palsu dan fitnah ke atas PAS.

Mereka juga mendakwa akaun itu tidak wujud kerana hanya mempunyai 10 digit akaun nombor dan aneh apabila ramai pihak mempercayai dakwaan Sarawak Report. 

Untuk rekod, akaun bank Islam mempunyai 14 digit.

Rafizi kemudiannya tampil menjelaskan akaun yang dimaksudkan adalah wujud dan mendedahkan identiti individu yang menyalurkan wang RM1.4j mewakili PAS kepada peguam Clare Rewcastle Brown di Kuala Lumpur pada hujung bulan Januari lepas. - 1 Mac 2019.

Dan Inilah Bukti PAS Bayar RM1.4j Kepada Sarawak Report.

LAPORAN | Sarawak Report mendedahkan beberapa dokumen dan cek bagi membuktikan penafian Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hasan kononnya PAS tidak membayar sebarang wang untuk menyelesaikan kes saman terhadap Sarawak Report adalah palsu.

Berikut adalah bukti-bukti tersebut;




Clare juga menjelaskan secara terperinci apa yang berlaku disebalik persetujuan bersama antara pihaknya dengan pihak PAS yang memutuskan untuk menyelesaikan saman diluar mahkamah.

1. Pada 24 Januari 2019, perjanjian persefahaman untuk menyelesaikan kes diluar mahkamah telah dimeterai. Ketika itu Sarawak Report perlu membayar beberapa kos tuntutan perundangan dan PAS telah bersetuju untuk membiayai kos tersebut.

2. Kos yang terlibat adalah sebanyak RM1.4 juta.

3. Ia adalah amalan biasa untuk merahsiakan pihak yang membayar kos perundangan ketika menyelesaikan kes saman luar mahkamah, bagi menjimatkan masa dan perbelanjaan yang mungkin perlu ditanggung andai tetap meneruskan tindakan saman.

4. Sarawak Report bersetuju untuk mengugurkan kes disebabkan PAS telah bersetuju untuk menanggung kos perundangan.

5. Hadi dan PAS telah bersetuju untuk menanggung kos perundangan disebabkan mereka enggan disoalbalas di mahkamah kelak. Andai itu berlaku, sesama mereka akan memberikan kenyataan yang kontradiks, lalu pembohongan mereka akan terdedah.

6. Dan perkara itu lebih membahayakan lagi kerana berupaya menghilangkan kepercayaan penyokong dan orang awam terhadap imej parti dan PAS juga berrisiko untuk kehilangan wang yang lebih banyak lagi.

7. Penyelesaian kes luar mahkamah tidak menuntut Sarawak Report melakukan apa-apa seperti menarikbalik laporan, meminta maaf atau tidak lagi melaporkan UMNO membayar PAS.

8. Sarawak Report bersetuju untuk menariksemula kesnya terhadap Hadi disebabkan kes saman PAS terhadap Sarawak Report ditarikbalik. Justeru itu Sarawak Report kini bebas dari sebarang bentuk intimidasi terhadapnya.

9. Sarawak Report membuat tuntutan balas terhadap Hadi memandangkan PAS telah membocorkan maklumat saman kepada Malaysia-Today, pro UMNO blogger.

10. Raja Petra secara berterusan menyerang dan melakukan pembohongan ke atas Sarawak Report. Bahkan menfitnah Sarawak Report telah menerima bayaran dari pelbagai pihak.

11. Sarawak Report percaya ada kerjasama diantara PRK dan PAS untuk menyerang Sarawak Report apatah lagi adik RPK, Raja Idris Kamaruddin merupakan saksi PAS dalam kes saman itu.

12. Dengan membatalkan saman, terdapat juga niat yang Sarawak Report patut menfailkan aduan penyalahgunaan dokumen.

13. Sarawak Report percaya orang Malaysia akan melihat kes saman itu sebagaimana kes saman itu dan akhirnya apa yang Sarawak Report sangkakan terbukti benar. 

14. Ia adalah satu kegagalan dan kebinasaan buat Hadi, atas dakwaan pembayaran UMNO kepada PAS - maka tiada keperluan untuk mendedahkan kos guaman.

15. Sejak kes saman diselesaikan, PAS berusaha untuk memanipulasikan fakta.

16. Mereka menipu dan menipu dan beranggapan ia adalah dibolehkan oleh syaria (bohong syarie').

17. Secara tersirat cuba nak bayangkan Sarawak Report menarikbalik tuntutan balas kerana tidak berpegang kepada apa yang pernah didakwanya (artikel).

18. Beberapa pimpinan PAS juga terlihat telah melanggar kandungan asal perjanjian iaitu tidak bercakap mengenainya, memandangkan perkara itu telah dipersetujui bersama bahkan menafikan telah membuat bayaran kepada Sarawak Report.

19. Misalnya Takiyuddin Hassan yang menafikan telah membuat bayaran kepada Sarawak Report. Berbanding untuk berpegang kepada perjanjian penyelesaian luar mahkamah dengan tidak membuat apa-apa kenyataan mengenai kes itu, sebaliknya Takiyudin berterusan menafikan telah membuat bayaran - dan ini melanggar perjanjian asal antara PAS dan Sarawak Report.

20. Disebabkan perlanggaran demi perlanggaran yang dibuat oleh PAS secara berterusan, Sarawak Report memutuskan tiada keperluan untuk dirinya mematuhi lagi perjanjian yang telah dimeterai memandangkan ia dilanggar oleh PAS terlebih dahulu.

21. Sarawak Report juga ingin menjelaskan bayaran yang dibuat oleh PAS ialah melebihi dari RM1.4 juga iaitu   RM1.422, 980.00.

22. Kronologinya adalah begini;

- Sekitar tahun lepas, Sarawak Report telah didekati oleh seorang perantaraan (seseorang yang menyokong PAS dan berperanan utama dalam menyaman SR) untuk menyelesaikan kes saman diluar mahkamah.

- Beberapa rundingan kemudiannya berlangsung antara dua pihak - perantaraan PAS dan Sarawak Report.

- Akhirnya PAS dan Hadi bersetuju dengan terma-terma yang ditetapkan oleh Sarawak Report bagi menyelesaikan kes saman di luar mahkamah.

- Dimana pada 24 Januari 2019, perantaraan PAS, peguam dan seorang lagi wakil PAS telah bertemu dengan peguam SR di Kuala Lumpur untuk memuktamadkan butiran perjanjian dan terma.

- Perantaraan itu kemudiannya menawarkan untuk membayar kepada Sarawak Report pada minggu berikutnya, secara TUNAI. Dimana ia tidak dipersetujui sama sekali oleh Sarawak Report.

- Perantaraan turut memaklumkan pihaknya memerlukan masa untuk mengumpul dana bagi pihak Hadi sebelum menyerahkan kepada Sarawak Report. Demikian, peguam Sarawak Sarawak menawarkan cadangan bayaran secara cek bertarikh 31 Januari 2019. 

- PAS dan Hadi berusaha sehabisnya untuk cuba menafikan dan melenyapkan dalil bahawa mereka sendirilah telah membayar untuk menutup kes saman ini.

- Bahkan dengan dakwaan terbaru mereka, sekali lagi cuba membayangkan Sarawak Report tidak menerima apa-apa bayaran.

- Dengan perlanggaran kerahsiaan yang dimulakan oleh PAS terlebih dahulu, maka Sarawak Report juga tidak lagi terikat kepada syarat yang sama.

- Sarawak Report bertanggungjawab untuk mendedahkan kebenaran. PAS sepatutnya bersyukur kerana kes saman ini diselesaikan andai ia diteruskan hanya bakal memalukan PAS dan Hadi sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...