Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 11 Januari 2020

Najib Tegur Teresa, Data MPOB Buktikan Eksport Sawit Menurun..

Najib Razak | Di sebalik propaganda PH hari ini bahawa eksport sawit telah meningkat pada tahun 2019 lepas, data rasmi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menunjukkan jumlah nilai eksport semua produk sawit terus menurun tahun lepas.


Data kerajaan sendiri menunjukkan jumlah nilai eksport yang menunjukkan trend menaik sebelum PRU14 masih menurun selepas PRU14.

Pada tahun 2017, eksport sawit negara bernilai RM74.8 bilion tetapi ini jatuh ke RM65.4 bilion pada tahun 2018 dan terus jatuh lagi ke RM63.7 bilion tahun lepas.

http://bepi.mpob.gov.my/index.php/en/statistics/export.html

Ini ialah kejatuhan nilai eksport sebanyak RM11.1 bilion berbanding tahun 2017 di bawah BN.

Industri sawit bimbang bahawa trend penurunan akan bersambung tahun 2020 ini apabila negara pengimport sawit terbesar dalam dunia India mengharamkan import produk sawit diproses minggu lepas.

India biasanya mengimport minyak sawit diproses dari Malaysia dan minyak sawit mentah dari Indonesia.

Ini bermakna kesan kepada Malaysia akibat pengharaman ini adalah jauh lebih besar.

Produk sawit yang diproses merupakan produk sawit yang telah ditambah nilai.

Oleh itu, nilai eksportnya adalah lebih tinggi berbanding eksport minyak sawit mentah belum diproses.

Besar kemungkinan juga ialah nilai eksport yang jatuh ketara adalah akibat Malaysia sekarang terpaksa memberi diskaun berbanding harga pasaran semasa menjual sawit kita..

"November 14, 2019: India resumes buying Msian palm oil as Kuala Lumpur offers discount - Traders"

https://www.nst.com.my/business/2019/11/538622/india-resumes-buying-msian-palm-oil-kuala-lumpur-offers-discount-traders

Lagi membimbangkan ialah data MPOB menunjukkan jumlah pengeluaran sawit Malaysia mengalami kejatuhan yang agak besar sejak 6 bulan yang lepas.

Misalnya jumlah pengeluaran pada bulan Disember 2019 ialah 1.33 juta tan manakala pengeluaran bulan Disember 2018 adalah 1.81 juta tan.

Ini adalah penurunan hampir setengah juta tan berbanding tahun lepas.

Sebab utama ialah pembajaan yang telah mengurang sejak tahun 2018 selepas PRU14.

Ataupun penurunan pengeluaran ini adalah akibat ladang sawit diganti dengan ladang buluh seperti disaran Menteri PH?

Pengeluaran yang semakin rendah menyebabkan Malaysia tidak dapat mengambil kesempatan harga minyak sawit yang sedang memulih.

Pada masa pengeluaran sawit Malaysia menurun, pengeluaran di Indonesia terus meningkat pula.

Saya harap Menteri Teresa sedar dengan situasi ini.

Tetapi saya bimbang dia belum sedar akibat terlebih minum sawit masa dia meraikan kemenangan PH di Tanjung Piai.

Sebab itu, tolong sebarkan posting ini supaya Teresa sedar dan memberi penjelasan apa langkah kerajaan PH akan ambil untuk menangani situasi ini.

Khamis, 9 Januari 2020

Video Sah Tulen & Tak Didakwa Kerana Kabur, Azmin Ali Bersyukur Terselamat Dari Fitnah.

KENYATAAN MEDIA

Saya telah membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas mengenai video fitnah terhadap saya.

Seperti yang saya telah tegaskan secara tuntas sejak dari awal, video fitnah ini hanyalah satu komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politik saya. Meskipun mereka yang berniat jahat boleh merancang dan bersekongkol, saya tidak sama sekali ragu bahawa keadilan akan menyerlah.



Justeru itu, saya bersyukur kepada Allah SWT atas kemenangan kebenaran ke atas kejahatan dan saya berdoa agar tidak ada sesiapa lagi yang akan menjadi mangsa kepada kedurjanaan politik seperti ini.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang setulusnya kepada isteri dan anak-anak saya kerana kepercayaan dan dukungan mereka yang tidak berbelah bahagi dan berterusan kepada saya. Dari dalam lubuk hati saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan rakyat atas sokongan yang teguh dan padu.

Akhir sekali, mari kita menghentikan politik fitnah, serangan peribadi dan caci-maki. Sebaliknya, mari kita jayakan wacana yang membina dan idea bernas tentang Kemakmuran Bersama, kesejahteraan rakyat dan pembinaan negara.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI
9 Januari 2020

SPRM Tak Patut Dedah Audio, Salah Tetap Salah Kata Peguam.

Alan Azlan | “Betul ke Najib salah macam apa yang aku dengar dalam video tu?”

—————————————
Dengar sini baik-baik. Korang semua tanya soalan yang salah dan batil sebatil-batil Firaun. 


Soalan yang patut korang tanya adalah “Boleh ke tak Kak Tipah buat macam tu?”

SPRM ni sis adalah suatu agensi kerajaan yang ditubuhkan dibawah Jabatan Perdana Menteri yang diberi kuasa untuk mencegah segala mak nenek rasuah kat Malaysia ni.

Perkara yang berkaitan dengan pertuduhan mana-mana pihak adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara.

Akta yang berkaitan adalah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 [Akta 694].

Jadi apa yang berkaitan dengan rasuah dan pencegahan dalam bentuk pertuduhan jenayah adalah terangkum dalam Akta 694 itew.

Tugas SPRM sebagai agensi kerajaan ni adalah dengan niat suci hati untuk mencegah rasuah dalam negara kita.

Suci hati tu maksudnya ala-ala sesuci Maya Karin dalam Ombak Rindu tu. Ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab statutori dia melalui proses undang-undang yang betul. Inilah yang kita panggil “due process of the law”.

“Due process of the law” pulak sis maksudnya kena menerusi proses yang undang-undang dah sediakan. Lebih jelas lagi kalau ada bukti-bukti yang dijumpai dan dipercayai ada kaitan dengan seseorang dalam penglibatan aktiviti rasuah, maka undang-undang memperuntukkan untuk laporan dibuat kepada pihak berkuasa dan sekiranya Peguam Negara berpuas hati terdapat kes maka pendakwaan boleh dibuat.

Apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Rakaman suara disebarkan di media.

Sangat salah dan tak beretika.

Aku ulang lagi sekali. SANGAT SALAH DAN TAK BERETIKA.

Bukan tanggungjawab Kak Tipah untuk sibuk-sibuk buat sidang media untuk zahirkan apa yang dia percaya berlaku. Tugas dia adalah untuk menecegah jenayah rasuah, sekiranya benar terdapat jenayah rasuah, melalui pendakwaan yang akan ditentukan di Mahkamah. Bukan melalui Mahkamah yang dipanelkan oleh rakyat netizen sekelian alam.

Kalau betul Kak Tipah percaya Najib telah dengan curang melakukan kesalahan jenayah rasuah tu, Kak Tipah patut bekerjasama dengan otoriti yang lain untuk pastikan keadilan dicapai menerusi proses undang-undang2. Bukannya melalui perspektif dan pandangan-pandangan tak matang dan tanpa asas dari netizen.

Beban pembuktian adalah terletak pada bahu Pendakwaan dan Tertuduh perlu diberi keadilan untuk membela diri sewajarnya - juga melalui undang-undang.

Apa tujuan sebenar nak sebarkan bukti di media aku tak tau tapi sebagai peguam aku yakin tindakan tu salah. Terlalu salah.

Politik bukan dan tak sepatutnya menjadi sebahagian dari sistem keadilan negara kita.

Medan perjuangan dalam sistem keadilan adalah menerusi undang-undang yang akan ditentukan hanya DAN HANYA di Mahkamah. Bukan tempat lain.

Ada beza antara “securing public interest” dengan “inciting public opinion”. Beza sangat-sangat.

Ilmu Kak Tipah dalam bidang undang-undang aku akui sangat dalam. Dia dulu adalah ahli Badan Peguam Malaysia dan dia pernah bagi nasihat kat aku pasal isu video Bedah dulu dan aku hargai tapi aku taknak berkompromi dalam hal ni. Salah tetap salah.

Pada yang lain, aku nasihatkan sudah sudahlah tu hina dan perli Najib dan Rosmah. Berlaku adil la kat diaorg.

Let the law and only the law run its course.

Korang nak cakap aku macai ke penjilat ke apa lantaklah. Sebagai peguam, kiblat aku adalah Perlembagaan Malaysia dan undang-undang yang sedia ada. Itu sahaja.

Sekian.

Rabu, 8 Januari 2020

Kenapa SPRM Dedahkan Rakaman Yang Dibuat Secara Haram - Najib Razak.

Najib Razak | Kenapa SPRM dedahkan rakaman yang dibuat secara haram, tidak sah, tiada rule of law? 
 

 
Kenapa rakaman yang tidak diketahui sumber dan belum disahkan kandungannya, rakaman yang melibatkan pemimpin tertinggi serta kerabat raja negara asing dan rakaman untuk kes yang bukan di bawah bidang kuasa SPRM tetapi PDRM?

Dan kenapa SPRM menghina mahkamah semasa kes 1MDB sedang dibicarakan? Apakah SPRM kini sudah menjadi mahkamah?

Dan ianya tidak dikemukakan sebagai bukti di mahkamah, kenapa nama Jho Low tidak disebut walaupun PH tuduh saya dan Jho Low bersuhabat, kenapa tiada rakaman antara saya dengan Jho Low atau kenapa SPRM hanya dedah 45 minit dari rakaman 50 minit?

Soalan-soalan itu kita tak tanya di sini dan kita ketepikan sebentar.

Kita fokus kepada pendedahan ini.

Sebenarnya, pendedahan SPRM hari ini membantu kes mahkamah saya kerana ianya membuktikan bahawa saya tak membohong selama ini.

Ini adalah rumusan dari transkrip:

1. Ianya cubaan untuk menyelesaikan masalah 1MDB dengan cara baik untuk kebaikan kedua-dua negara yang terlibat.

2. Kes ini dikaitkan dengan beberapa individu yang sangat dekat dengan pemimpin negara Abu Dhabi.

3. Pengerusi IPIC, Sheikh Mansour serta Putera Abu Dhabi pernah memberitahu mereka akan melabur dalam projek-projek filem Riza Aziz dan ini disahkan sendiri melalui perbualan itu.

4. Saya dan Riza Aziz pada ketika itu tidak tahu asal-usul sumber wang yang diterima oleh Riza dan percaya dana itu tiada masalah kerana ianya telah diluluskan oleh bank penerima.

5. Riza Aziz pernah bayar balik sebahagian dari dana yang diterimanya sebagai pelaburan.

6. Sebenarnya, ketua SPRM ini telah memfitnah saya dengan berkata ini adalah cover up atau konspirasi jenayah tertinggi untuk cover up.

Ini sangat pelik kerana SPRM tahu wujudnya perjanjian pelaburan asal tahun 2012 dari Aabar BVI yang ditandatangan oleh CEO Aabar semasa mereka mula melabur dalam filem Riza.

Syarikat Aabar adalah anak syarikat IPIC yang juga dimilik penuh oleh kerajaan Abu Dhabi.

Ini antara bukti kes mahkamah semasa mereka mendakwa Riza Aziz.

Perjanjian asal sudahpun diberi kepada para peguam serta pihak bank pada tahun 2012 juga semasa dana mula diterima.

Apa yang berlaku ialah selepas Riza membayar balik sebahagian dari pelaburan tersebut, syarikat Aabar BVI telah ditutup pada pengakhiran tahun 2014.

Sebab itu, Riza dan saya meminta perjanjian baru dari pihak kerajaan Abu Dhabi supaya Riza boleh teruskan pembayaran balik pelaburan itu mengikut jadual yang ditetapkan.

Matlamat utama ialah untuk menyelesaikan pembayaran balik pelaburan tersebut kerana Riza tidak mahu terlibat dengan dana yang ada masalah.

Perjanjian baru yang diminta itu bukan cover up kerana ianya tidak masuk akal bahawa DOJ akan percaya pada satu perjanjian yang ditandatangan pada tahun 2016 dan selepas itu ditukar tarikh (backdate) ke tahun 2012 masa dana mula diterima oleh Riza kerana masa itu sudah ada perjanjian pelaburan asal.

Oleh kerana rakaman ini membantu kes saya, peguam saya bercadang untuk meminta pihak SPRM menyerahkan rakaman yang didedahkan hari ini untuk digunakan sebagai bukti pembelaaan dalam kes-kes saya dan Riza.

Namun, rakaman itu perlu disahkan sebagai sahih serta disahkan mematuhi undang-undang termasuk adakah wujudnya niat jahat atau mala fide ketika rakaman dibuat sebelum digunakan sebagai bukti mahkamah terlebih dahulu.

Baca sendiri transkrip rakaman yang didedahkan secara tiba-tiba oleh ketua SPRM pagi ini:
----

First conversation on July 22, 2016, 8pm:

HRH: Mr prime minister, how are you sir?

Najib: I’m delighted to speak to you, your highness. I hope you and your family are well.

HRH: Everybody is well. How is your family there?

Najib: Good and well here. Of course, we are experiencing a bit of a dark cloud as a result of yesterday’s announcement by the Department of Justice. That’s why, your highness, it’s important for us to resolve this impasse with respect to 1MDB and IPIC (International Petroleum Investment Co) as soon as possible. So that we have closure as soon as possible.

Because it’s embarrassing to both countries. It’s embarrassing to Malaysia and embarrassing to UAE as well and the personalities who are close to you.

So, I hope that we can find a solution as soon as possible. But it’s difficult for me to talk to you on the phone. Would it be possible for us to meet as soon as possible, so that we can work this out?

HRH: Mr prime minister, it will be fine with me. The only catch is I will be with Sheikh Khalifa (Zayed bin Sultan Al Nahyan, UAE president). He is in medical treatment now… for a check-up for about 5 days. I am still with him tomorrow and (will) stay with him. But is it okay after that”

Najib: Where will your Highness be?

HRH: I will be home about seven to eight days here.

Najib: Seven to eight days? Errr…

HRH: If you think this is too late, I can arrange something else. I can have Khaldoon (Al-Mubarak, Mubadala Development CEO) talk to you wherever you are. And sit with you and talk about it. He is somebody that I trust completely.

Najib: Yes. Where will your highness be on Sunday?

HRH: I will be leaving with Sheikh Khalifa.

Najib: You are leaving, what time on Sunday?

HRH: I’m not sure.

Najib: You’re not sure. Not in the morning? Would it be possible for me to meet you on Sunday morning?

HRH: (inaudible)

Najib: I’ll fly over on Saturday and be with you on Sunday morning. After the discussion, you can proceed with your trip. This is very urgent, actually.

If we do not resolve this, the matter could escalate.

HRH: Can I call you back in 2 hours?

Najib: Okay, call me at 11.30pm… our time. Thank you.

Second conversation on July 22, 2016, 11.30pm:

HRH: Mr prime minister, I apologise for being late.

Najib: You’re very prompt. Not to worry, your highness.

HRH: Mr prime minister, I have consulted my guys here and I find Sunday (inaudible). It will be very unproductive for you and for me.

Mr prime minister, Khaldoon has full authority from me. And I really want to find a solution for this problem. I think it’s very important that somebody meets him and (inaudible) and we should go for it. It is in our interest to resolve this.

Najib: Yes, it is our mutual interest to resolve this. So, you don’t think I should fly over as people will know about it?

HRH: Yes, I think people will know about it.

Najib: I see… mmmmm. But we really need to resolve this.

HRH: I can go there.

Najib: You want to come here?

HRH: I think I can go there, Mr prime minister. Or your minister can come and meet.

Najib: Can Khaldoon come here?

HRH: I will call him now. He is in California for a visit and I can let him shoot from there.

Najib: I have this personal request, your highness. That relates to Riza, my son. His movie.

The (inaudible) can be relatively small if there can be an agreement with Sheikh Mansour (Zayed al Nahyan, UAE deputy prime minister) to have a loan agreement signed and he will pay back according to the schedule. That will show that it’s a legitimate financing package and not money laundering, you see.

At the moment, he is under a bit of pressure in America. We are worried about him, in case they make him the scapegoat.

I would appreciate if the big package looks (inaudible). I believe we can find a solution. I would appreciate if that agreement can be signed quickly with Sheikh Mansour or whoever is designated so that he can begin to pay back. He’s paid back some and he can continue to pay back so that it will appear as a legitimate loan agreement, which it is.

Because when he received it, the banks cleared his source of money. So, he was not aware at all where it came from.

I don’t want him to be a victim when he was totally unaware about the source of money. He genuinely believed it was from Aabar under the instructions of Sheikh Mansour.

And remember, your highness also talked about helping him when he was in Abu Dhabi.

HRH: Yes (inaudible)

Najib: So, I need that agreement to be sorted out quickly, your highness. That’s my special request. As soon as possible. I mean if by Monday or Tuesday we need to have the agreement signed. Can you suggest how we can do that?

HRH: I’ll be (inaudible) Mr prime minister. (inaudible) I understand it’s your son and that we really really want (inaudible.

Najib: He’s totally innocent. All he wants is to make movies and there was an offer of loan from Sheikh Mansour from Aabar. Also you mentioned it when we were at lunch at the restaurant about supporting him. Before, he thought everything was fine. But now they are trying to connect him with 1MDB’s money and it came as a shock to him.

HRH: Mr prime minister, Inshallah.

Najib: Time is of the essence your highness. We cannot leave it a day longer because we don’t want the Department of Justice to suddenly move against him.

HRH: (Inaudible)

Najib: Where do we go from here? He’s got all the documents with him.

HRH: Let me talk to (inaudible) Mr prime minister. I will let him call you to arrange something immediately.

Najib: Do you have the number for Amhari (Effendi Nazaruddin, Najib’s special officer)? If they can call Amhari straight away and then can we work out and resolve it?

HRH: Mr prime minister, believe me, I want to finish this. This is bad…

Najib: Thank you, thank you. This is very bad. Very serious and it could lead to something very unforeseen and catastrophic for me and for our government and for you and your side. So, it is to our mutual interest that we, being so close, that we need to resolve. It is not something that is impossible. It is something within our means to resolve it. What do you want me to do, your highness?

HRH: I’ll get Amhari, Mr prime minister and then we will discuss.

Najib: Call Amhari? OK, OK, I’ll let Amhari know straight away. –

https://www.themalaysianinsight.com/s/211066

Transkrip Perbualan Telefon Dzulkifli Ahmad Dengan Najib Razak.

THE MALAYSIAN INSIGHT | BEKAS ketua agensi anti rasuah, Dzulkifli Ahmad mengaku kepada Najib Razak yang beliau hampir menangis apabila melihat kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas perdana menteri pada Julai 2016.
 

 
Beliau membuat pengakuan itu dalam perbualan dengan Najib, yang rakaman audionya adalah antara sembilan rakaman yang didedahkan oleh SPRM hari ini.

Dalam perbualan yang berlaku pada 5 Januari 2016 pada pukul 11.56 malam, Dzukifli yang ketika itu pegawai kanan di Jabatan Peguam Negara, mendedahkan kepada Najib hasil siasatan SPRM yang diserahkan kepada peguam negara pada masa itu Mohamed Apandi Ali.

Dzulkifli ketika itu adalah pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara di Jabatan Peguam Negara.

Pada 25 Januari 2016, Apandi dalam satu sidang media mengumumkan Najib tidak terlibat dengan sebarang salah laku dalam kes 1MDB dan anak syarikat SRC International Sdn Bhd.

Apandi ketika itu mengumumkan duit sebanyak AS$681 juta yang masuk ke akaun peribadi bekas perdana menteri adalah sumbangan derma dan bukan rasuah.

Berikut adalah petikan transkrip rakaman perbualan yang telah dimurnikan daripada perbualan asal dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, serta untuk kejelasan.

Panggilan telefon Dzulkifli disambut oleh Rosmah sebelum diserahkan kepada Najib.

DZULKIFLI: Assalamualaikum Datuk Seri. Maaf ganggu malam-malam.

ROSMAH: It’s okay, tengok golf kejap.

DZULKIFLI: Saya sebenarnya nak juga dengan Datuk Seri sebab kertas siasatan peguam negara dah terima, sebab tu nak update kat dia. Tidak berapa bagus.

ROSMAH: Tiga orang punya nama yang disebut, ya?

DZULKIFLI: Datuk Seri punya nama.

ROSMAH: Datuk punya nama?

DZULKIFLI: Ya.

ROSMAH: Macam mana pulak?

DZULKIFLI: Itu yang saya nak maklumkan pada dia.

NAJIB: Hello?

DZULKIFLI: Hello, Datuk Seri. Assalamualaikum.

NAJIB: Wa’alaikum salam.

DZULKIFLI: Dah terima kertas siasatan, semalam kita terima, cadangana itu tidak berapa baguslah, Datuk Seri.

NAJIB: Macam mana pulak, dia orang kata lain.

DZULKIFLI: (ketawa kecil) IP (kertas siasatan) ada dengan saya.

NAJIB: Macam nak libatkan saya pulak?

DZULKIFLI: Bila saya tengok benda tu rasa macam nak menangis, Datuk Seri.

NAJIB: Saya tak terlibat langsung.

DZULKIFLI: Masya-Allah, itu saya tak tahulah, Datuk Seri. Sangat jelas dalam tu, Datuk Seri, dalam IP. Saya diarahkan oleh peguam negara (Mohamed Apandi Ali) untuk bantu dia.

NAJIB: Macam mana Abu Kassim kata lain, cakap lain buat lain?

DZULKIFLI: MasyaAllah, Datuk Seri dimaklumkan macam mana?

NAJIB: Saya dimaklumkan tak ada apa.

DZULKIFLI: Ya Allah… Itu yang saya hubungi (audio tak jelas) tadi untuk dapat jumpa dengan Datuk Seri. Bila saya tengok, saya macam nak menangis… sanggup sampai ke tahap itu.

NAJIB: Benda itu karang kalau terkeluar susah pula kita?

DZULKIFLI: Ya, ya… itu yang saya takutkan. Itu yang saya nak update dengan Datuk Seri.

NAJIB: Saya jumpa AG (peguam negara ketika itu Mohamed Apandi Ali) hari Khamis ini.

DZULKIFLI: Aaah, okay lah. Mungkin dia akan update Datuk Seri.

Tadi pun saya dah ambil IP semua bawa turun masuk ke tempat saya. Tapi yang itu tak apa, itu tak ada masalah. Saya dan Tan Sri AG tak ada masalah Datuk Seri, kita bersependapat. Cuma nak update dengan Datuk Seri, apa sebenarnya cadangan yang cadangan dicadangkan oleh MACC sendiri, Datuk Seri.

NAJIB: Itu yang tak kena tu, kalau dia cadang dan kalau benda itu terkeluar, nanti jadi tak sedap.

DZULKIFLI: Betul. Itu yang kita risau sangat-sangat. Itu yang saya rasa Datuk Seri kena tahu benda tersebut.

Dari segi undang-undang, kita boleh uruskan. Tan Sri Apandi boleh uruskan, saya boleh uruskan. Itu tak jadi isu, Datuk Seri.

Tapi selain daripada legal itu… saya pun tak sangka sampai ke tahap itu, seriusnya benda itu.

NAJIB: Macam mana jadi lain macam ini?

DUZKIFLI: Wallahua’lam, Datuk Seri. Kadang saya rasa, Datuk Seri, minta maaf Datuk Seri, ini memang dah kena main.

NAJIB: Tak kan kena main macam ini?

DZULKIFLI: Datuk Seri nak tunggu Tan Sri Apandi hari ini boleh, tak ada masalah.

NAJIB: Apandi dah tengok dah?

DULKIFLI: Apandi… dia tengok sekali lalu macam itu saja, semalam. Bahagian itu saja.

NAJIB: Dia pun terkejut?

DZULKIFLI: Dia pun terkejut… dan semalam, dia pun tak begitu gembira. Dia pun tengah fikir nak buat macam mana. Dari segi undang-undang kita boleh sokong tapi macam Datuk Seri cakaplah, seolah-olah keputusan Gani (Abdul Gani Patail, bekas peguam negara) betul dulu.

Saya pun ada benda lain juga. Tadi pun pihak polis datang jumpa saya berkenaan 1MDB. IO (pegawai penyiasat) 1MDB jumpa saya dan beri taklimat tentang kes tersebut. Saya kata 1MDB tak ada isu sekarang dan polis pun okay dengan saya.

Dia maklumkan peristiwa-peristiwa sebelum ini, apa yang berlaku. Bila saya dengar itu saya pun terkejut, Datuk Seri. Bukan Gani Patail seorang, dia sendiri pun dengar perkara tersebut. Kalau Datuk Seri hendak saya boleh bawa dia datang jumpa sekali dengan Datuk Seri. Dengar terus. Dia hadir dalam mesyuarat itu.

Bila Datuk Seri dengar itu, konsistenlah dengan keputusan sekarang.” – 8 Januari 2020.

Rakaman Audio Patut Jadi Bahan Bukti Mahkamah, Bukannya Perbicaraan Media, SPRM Ditegur.

SHAHBUDIN HUSIN | KP SPRM MALUKAN DIRI SENDIRI, RAKAMAN AUDIO SEPATUTNYA DIJADIKAN BUKTI DI MAHKAMAH, BUKAN UNTUK HEBAHAN MEDIA

Pertama-tamanya ingin ditegaskan bahawa artikel ini bukan bertujuan untuk membela atau mempertahankan Najib Razak, Rosmah Mansor atau sesiapa yang lain berkaitan rakaman audio yang didedahkan oleh SPRM pagi tadi.

Malah, sejak 2011 sehinggalah PRU14 lalu, sayalah antara pengkritik Najib paling kuat melalui tulisan dalam blog ini, buku dan pelbagai penerbitan yang lain.

Tetapi, apa yang dilakukan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya pagi tadi iaitu mendedahkan 9 rakaman audio yang didakwa sebagai konspirasi peringkat tertinggi, pembocoran maklumat dan salah guna kuasa melibatkan Najib dan beberapa pegawai tinggi kerajaan dalam usaha menutup skandal 1MDB, adalah sesuatu yang salah dan tidak boleh diterima.

Apa lagi pendedahan itu dilakukan ketika Najib sedang berdepan perbicaraan di mahkamah berkaitan SRC International, sebuah anak syarijat 1MDB dan sewaktu kempen PRK Kimanis sedang berjalan.

Ia dengan sendirinya menjadikan niat mengapa pendedahan itu dilakukan boleh dipertikaikan.

Walaupun rakaman-rakaman audio itu boleh dianggap menunjukkan adanya kesalahan di pihak Najib dan mereka yang lain, termasuk bekas KP SPRM, Dzulkifli Ahmad, namun membuat pendedahan kepada media bagi tujuan hebahan umum bukanlah cara yang betul.

SPRM adalah agensi penguatkuasa dan sebarang bukti berlakunya pelanggaran undang-undang hendaklah disiasat dan seterusnya dibawa ke mahkamah untuk didakwa dan diadili.

SPRM bukanlah parti politik atau alat kepada parti politik untuk kepentingan mereka yang memegang kuasa.

Untuk itu, SPRM mesti bertindak berlandaskan undang-undang untuk menegakkan keadilan tanpa memilih bulu atau memihak kepada sesiapa.

Walaupun SPRM sebelum ini, terutama di era Dzulkifli sebagai KPnya, badan itu banyak dituduh sebagai alat kepada Najib, tetapi dengan tindakan mendedahkan rakaman audio tersebut, apakah bezanya SPRM sekarang dengan dulu?

Jika KP SPRM dahulu didakwa alat kepada pemimpin politik BN, tidakkah dengan mendedahkan rakaman audio melibatkan Najib itu menunjukkan KP SPRM sekarang juga seolah-olahbtelah menjadi alat politik kepada PH?

Jika bukan bermotifkan politik, untuk apakah rakaman audio itu didedahkan kepada umum, sedangkan penyiasatan dan rakaman tersebut juga baru hendak diserahkan kepada pihak polis?

Tidakkah sepatutnya siasatan dijalankan terlebih dahulu dan jika cukup bukti – Najib, Rosmah, Dzulkifli dan lain-lain hendaklah dibawa ke pengadilan untuk didakwa serta rakaman audio itu boleh dijadikan bukti di mahkamah?

Mengapakah bukti didedahkan kepada umum terlebih dahulu, sedangkan penyiasatan belum bermula dan pendakwaan pula tak tahu bila tarikhnya?

Apakah pada tanggapan KP SPRM, mahkamah media lebih penting daripada mahkamah sebenar?

Dalam hal ini, Latheefa yang merupakan seorang lulusan undang-undang jelas telah memalukan dirinya sendiri dan keberadaannya mengetuai SPRM telah dah menimbulkan tanggapan umum beliau juga, sama seperti KP SPRM sebelumnya, dengan mudah menjadi atau dijadikan politik sepihak, walhal SPRM adalah agensi bebas untuk membanteras rasuah bersasaskan keadilan.

Ternampak di sini, Latheefa yang pernah aktif dalam politik sebelum memegang jawatan KP SPRM, gagal memisahkan naluri politik dan berpihak dalam tugasnya mengetuai agensi tersebut.

Selain itu, wujudnya rakaman audio secara haram melibatkan Najib ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri ini juga dengan sendirinya membuktikan negara kita tidak lagi selamat dan diancam bahaya.

Kalau Perdana Menteri pun boleh dirakam suaranya secara haram, apatah lagi menteri, ahli perniagaan dan rakyat biasa.

Soalnya, siapakah yang melakukan rakaman itu?

Apakah ini menunjukkan perbualan Perdana Menteri sekarang juga boleh diintip secara haram dan bakal didedahkan kepada umum setelah beliau tidak lagi berkuasa nanti?.

Selasa, 7 Januari 2020

Pengakuan Dong Zong Kepada Wakil iGuru, Akan Lakukan Apa Sahaja Demi SJKC, Tolak Sekolah 1 Aliran.

Mohd Azizee Hasan | Hari ini saya menjejaki Bangunan Dong Zhong bersama beberapa pimpinan tertinggi iGuru untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap Dong Zhong berhubung polemik tulisan jawi.


iGuru diwakili saya bersama Ust Agus Lokman Timbalan Presiden dan Dr. Sharifah Hanum bt Syed Sahuri. Manakala pihak Dong Zhong diwakili En. Ng Chai Heng selaku Setiausaha Agung dan En Yap Heng Lung Eksekutif Projek Silang Etnik dan Budaya.

Meskipun di permulaan diskusi agak tenang tetapi ia menjadi semakin panas ketika membahaskan isu sekolah satu aliran dan polemik tulisan jawi. Pihak Dong Zhong tegar menolak pembelajaran jawi di tahun 4 SJKC dan SJKT dan berkeras supaya hal keputusan pembelajaran tulisan jawi di serahkan kepada Lembaga Pengelola Sekolah bukan pihak PIBG , ibubapa dan murid- murid.

Pihak iGuru telah menjelaskan pendirian tegas membantah tindakan Dong Zhong yang cuba mencabar kedudukan Bahasa Melayu dan menyeru untuk menghormati apa yang termaktub di dalam perlembagaan dan Akta Bahasa Kebangsaan.

Kesimpulan yang dapat difahami ialah ;

1. Dong Zhong melihat naratif pendidikan melalui kacamata perspektif "kecinaan" dan menganggap kewujudan sekolah- sekolah cina sudah lama bertapak dan British mengiyakan perkara tersebut.

2. Dong Zhong menolak konsep sekolah satu aliran dan memperjuangkan konsep multi language. Ini bererti pihak Dong Zhong akan terus berjuang untuk pengekalan sekolah vernakular.Sehingga kini terdapat 80 buah sekolah SMPC.

3. Perjuangan Dong Zhong merentasi parti dan meletakkan identiti, bahasa dan budaya mesti dipelihara melalui pendidikan. Justeru badan yang paling berkuasa ialah Lembaga Pengelola Sekolah ( LPS). Sebarang keputusan pihak KPM tanpa mengambil kira perbincangan LPS akan membawa konflik antara dua pihak.

4. Dong Zhong menganggap pembelajaran jawi adalah satu bentuk islamisasi. Ia turut disokong pihak kaum India yang mendakwa ramai anak india memeluk islam disebabkan belajar tulisan jawi walaupun ini hanya tuduhan tidak berasas.

5. Dong Zhong konsisten memzahirkan sikap rasis dalam memperjuangkan pendidikan cina. Oleh itu kakitangan dan staf adalah mereka di ambil dari mereka yang boleh bercakap Bahasa Cina.

6. Dong Zhong tidak menggunakan silibus sejarah yang ditetapkan pihak KPM. Mereka menggubal kurikulum sejarah menurut perspektif sendiri dan memasukkan lebih banyak kandungan berkaitan sejarah dunia berbanding sejarah Malaysia. Mereka melihat penulisan sejarah negara dimanipulasi orang politik. Hakikatnya mereka gagal memahami sejarah negara dengan tepat dan betul.

7. Dong Zhong kekal ekstrim dan bersifat cauvinis dalam mempertahankan pendidikan kaum cina meskipun berdepan ugutan mana- mana pihak termasuk kerajaan yang memerintah. Bagi mereka kepentingan kaum itu adalah mempertahankan identiti dan bahasa mereka. Oleh itu mereka akan all out untuk hal tersebut dari sudut kewangan dan fasiliti.

8. Dong Zhong menganggap sistem pendidikan sedia ada hanya mementingkan satu kelompok sahaja iaitu mereka yang belajar di SK manakala murid- murid di SJKC/ T dipinggirkan atau berlaku diskriminasi. Sebenarnya pihak Dong Zhong menolak untuk menerima sistem pendidikan aliran perdana.

Semoga rumusan ini adalah permulaan mengkaji lebih mendalam sistem pendidikan kelolaan Persekutuan Persatuan- Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia.

iGuru akan terus memberanikan diri berdepan dengan pihak Dong Zhong secara lebih berdepan dalam mempertahankan kepentingan nasional.

Netizens Kaitkan Dego Ride Diluluskan Selepas Vincent Tan Beli Syarikat.

POLITIK | Ada dua isu yang berlegar di sosial media dikaitkan dengan unsur kronisme.

Pertama, isu berkaitan Dego Ride. Sejurus kerajaan mengumumkan Dego Ride dibenarkan beroperasi, ada beberapa reaksi utama timbul dari pengumuman tersebut.

Reaksi pertama : memandang tindakan kerajaan itu satu usaha yang bagus dan tepat.

Reaksi kedua : mereka memperkatakan tindakan kerajaan itu sebenarnya ada kaitan dengan Vincent Tan. Eh, bagaimana tu?

Ini : https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/12/27/7-eleven-malaysia-takes-stake-in-dego-ride039s-owner

The Star Online pada 27 Disember 2019 telah melaporkan 7-Eleven Malaysia telah membeli saham syarikat Dego Ride.

Vincent Tan membeli saham sebanyak 46.45% dalam Dego dari Nabil Fiesal Bamadhaj, pengasas kepada Dego Ride.

Laporan itu turut memetik, Bursa Saham diberitahu Dego Ride dalam usaha untuk mendapatkan kelulusan di Malaysia supaya dapat beroperasi sepenuhnya.

Ini bermakna, dalam pengetahuan Vincent Tan, Dego Ride akan dibenarkan beroperasi, oleh yang demikian, jutawan itu kemudiannya membeli saham syarikat Dego Ride.

Dan pada 1 Januari 2020, akhirnya kerajaan mengumumkan, Dego Ride dibenarkan beroperasi di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang untuk permulaan sebelum diperluaskan ke beberapa tempat lain secara berperingkat.

Disini apa yang dapat kita fahami, taikun-taikun kaya di Malaysia bertambah kaya raya kerana mempunyai hubungan yang akrab dengan ahli politik kerajaan dan perniagaan mereka juga dengan mudahnya diluluskan.

Kerajaan melalui ahli politik yang berjawatan, boleh meluluskan atau membatalkan sesuatu polisi berdasarkan hubungan mereka dengan taikun barangkali, mungkin itu yang berlaku selama ini.

Ini bermakna, orang kaya diberikan tongkat dengan;

1. Kelulusan segera

2. Maklumat awal tentang apa yang sedang berlaku dalam pentadbiran kerajaan

3. Polisi mesra kapitalis 

Sementara orang miskin dihina sebagai TIDAK PRODUKTIF.

Satu lagi isu yang berlegar-legar di sosial media adalah berkaitan dengan Tan Sri Syed Mokthar Bukhari.

Kali ini kisahnya mengenai ini;


Semakan mendapati cakap-cakap orang dalam industri mula berlegar-legar sekitar tahun 2019 lagi.

Rujuk : https://www.malaysianwireless.com/2019/11/telekom-malaysi-acquire-altel/

Berdasarkan portal itu, sememangnya TM ada niat nak mendapatkan pemilikan dalam Puncak Semangat, sebagai salah satu inisiatif mengukuhkan rangkaian perkhidmatan mobile.

Dan usaha itu perlu dilakukan TM sebelum Altel dipulangkan semula kepada kerajaan, iaitu pada Jun 2020. 

Portal itu mempersoalkan tindakan SKMM menganugerahkan perkhidmatan 4G kepada Puncak Semangat pada 2012 sedangkan syarikat itu tiada 'track record'. SKMM mempertahankan keputusannya pada ketika itu. - 7 Januari 2019.

Bekas Wartawan Utusan Gembira Maszlee Letak Jawatan.

Husaini Amran | MASZLEE VS MEDIA

Kami orang media tau sangat perangai Maszlee dan anak-anak buahnya. 

Saya pun pernah jadi 'mangsa' dia.




Saya sudah lupa tarikh kejadian tetapi masa lebih kurang pukul 9 pagi, pertengahan tahun 2018.

Saya bertugas di Parlimen minggu itu dan memandangkan malam sebelumnya sidang habis pukul 11 malam, saya masuk kerja lewat.

Sedang minum pagi, bos telefon dan minta saya temu bual eksklusif Maszlee untuk Mingguan Malaysia yang telah dipersetujui oleh dia sendiri di Parlimen.

Saya juga perlu memberi draf soalan-soalan yang bakal ditanya kepada pegawai perhubungan awam Kementerian Pendidikan.

Salah satu soalan itu menyentuh tentang isu arahan Kementerian Pendidikan membatalkan langganan Utusan Malaysia di sekolah-sekolah.

Maka kelam-kabutlah saya memandu sehingga 140 km/jam dari Kota, Rembau ke Parlimen sebab hendak mengejar masa.

Dalam hati, macam-macam sumpah seranah keluar.

Dipendekkan cerita, saya berjaya sampai di Parlimen lebih kurang pukul 11.50 pagi.

Keluar dari kereta, saya baca mesej WhatsApp daripada rakan setugas bahawa wawancara ditangguhkan sebab Maszlee ada perjumpaan dengan Tun Mahathir.

Pukul 1 tengah hari, rakan setugas memberitahu wawancara dibatalkan sebab Maszlee perlu membuat persiapan untuk ke Jepun selepas berjumpa dengan Tun Mahathir.

Malangnya, Maszlee tidak berkata yang benar kerana apabila rakan setugas bertanya dengan bentara Dewan Rakyat, dia sebenarnya ada dalam sidang selepas waktu rehat tengah hari.

Mungkin juga dia membatalkan wawancara selepas melihat soalan cepumas yang bakal ditanya.

Sepatutnya dia bersikap gentleman dan tidak memberi macam-macam alasan untuk mengelak daripada ditemu bual.

Sememangnya Maszlee terkenal dengan reputasi 'menteri lari-lari' dalam kalangan pengamal media tempatan.

Tak hairanlah bila tular video tentang dia tidak menjawab soalan seorang wartawan berhubung isu komik prokomunis tahun lalu.

Memang begitu perangai dia yang suka memberi jawapan kebudak-budakan bila ditanya wartawan tentang isu semasa yang panas.

Dia dan pasukannya lebih gemar mengambil jalan mudah menyalahkan media bila dia sendiri yang tersalah jawab dalam sidang akhbar.

Kalau semua media melaporkan perkara yang sama, tak logiklah semuanya tersalah lapor.

Malah, seorang pegawai kanannya pernah melakukan buli siber terhadap seorang wartawan wanita Utusan Malaysia sehingga menyebabkan rakan setugas saya itu dimaki hamun oleh netizen yang rata-ratanya penyokong Maszlee.

Walaupun saya tidak lagi bergelar wartawan, saya sangat gembira apabila Maszlee meletakkan jawatan.

Tiada lagi pengamal media yang akan menjadi mangsa ketidakmatangan Maszlee dan pasukannya ketika berdepan isu-isu panas berkaitan pendidikan negara.

Tak payahlah guna alasan berdepan tekanan yang  maha hebat dan sebagainya.

Tekanan yang dihadapi Tun Mahathir jauh lebih hebat dan beliau sentiasa tenang menjawab soalan yang dikemukakan oleh pihak media.

Maszlee, belajarlah dengan Tun Mahathir bagaimana untuk berdepan dengan media.

Kami pun tak diminta dilayan seperti VVIP, cukuplah sekadar menyantuni kami sebagai manusia yang ada maruah.

Najib Kata Zuraidah Bebal Kerana Pertahankan Tindakan Rasmi Balai Bomba Selepas 2 Tahun Siap.

PRK KIMANIS | Najib dan Zuraidah 'bergaduh' mengenai isu perasmian Balai Bomba di Kimanis.

Pada awalnya Najib mempersoalkan tindakan Zuraidah. Tindakan merasmikan balai bomba yang telah 2 tahun siap dibina baginya ada kaitan dengan #PRKKIMANIS.

Najib : Hello, Zuraida.

Balai Bomba Kimanis ni siap bina Julai 2018.
Yang kamu rasmi tahun 2020 ini kenapa?
Untuk pengetahuan orang Kimanis, ini projek diluluskan oleh BN. Bajet RM7.73 juta kita beri.
Mentang-mentang ada PRK, masa ni la menteri-menteri PH berlumba-lumba nak rasmi itu, ini di Kimanis.




Zuraidah kemudiannya mempertahankan tindakannya dan menjawab Najib juga dulu melakukan tindakan yang sama.



Zuraidah : Perkara ini memang normal... macam Yang di-Pertuan Agong rasmi masjid, tapi lepas 10 tahun baru dia (Seri Paduka) rasmi. Najib tu dia buat tak tau je, bukan dia tak tau, dia pun buat kerja itu.
Portal Malaysiakini melaporkan Zuraidah membalas kritikan Najib sambil ketawa.

Najib kemudiannya membalas respon Zuraidah itu dengan mempersoalkan kenapakah Zuraidah menyamakan dirinya dengan Agong dan berkata Zuraidah bebal.
 

Najib : Kebebalan tahap apa ni?

Hari itu, saya tanya kenapa Menteri buat majlis potong riben untuk projek balai bomba Kimanis yang telah diluluskan oleh kerajaan BN dan siap pada tahun 2018.

Menteri amat marah dengan saya setelah dia diperli netizens atas cubaan dia curi kredit.

Menteri kata ianya perkara biasa untuk rasmikan sebuah projek walaupun projek itu sudah bertahun-tahun siap.

Dia tuduh saya pun buat perkara yang sama (Ya ke? Projek mana?).

Lalu, dia petik nama YDP Agong.

Menteri kata DYMM YDP Agong pun buat perkara yang sama.

Eh... Menteri,

Kamu dengan YDP Agong jauh besar bezanya.

Buat apa Menteri nak main petik-petik nama YDP Agong untuk digunakan sebagai alasan?.



Sebagai rekod, Balai Bomba Dan Penyelamat Kimanis diluluskan pembinaan pada 2015 dan mula beroperasi selepas siap sepenuhnya pada Julai 2018.


Selepas 2 tahun, Zuraidah selaku menteri KPKT merasmikan pembukaan balai itu pada 4 Januari 2020, berkebetulan dengan musim pilihanraya kecil Kimanis yang dijadualkan pada 18 Januari ini. - 7 Januari 2020.

Penduduk Kampung Segambut Permai Akhirnya Setuju Pindah.

THE MALAYSIAN INSIGHT | PENDUDUK Kampung Segambut Permai kini mampu menarik nafas lega selepas menerima kediaman baharu seperti dijanjikan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad.

SDF
 
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akhirnya akur dengan tuntutan 33 keluarga itu yang mahu mendapat unit sewa beli bagi gantian tanah berkenaan.

Dengan itu, penduduk tersebut bersetuju keluar dari tanah yang diteroka nenek moyang mereka sejak empat generasi lalu dan menyaksikan kediaman yang masih ada dirobohkan semalam bagi membolehkan kawasan itu dimajukan.

Wakil penduduk, Mohd Fariz Ramli memberitahu The Malaysian Insight mereka bersetuju dengan tawaran terbaharu yang lebih sesuai.

“Semua dapat rumah, kita juga terima surat tawaran baharu daripada DBKL, unit kediaman yang diberikan kali ini berhampiran dengan kampung kami, jadi anak-anak tidak perlu tukar sekolah.

“Surat tawaran yang dikeluarkan juga ada penambahan lampiran mengatakan walaupun unit ini untuk enam bulan.

“Tapi selepas tiga bulan menetap, kami boleh membuat permohonan untuk terus menetap di unit yang ditawarkan,” kata Fariz, 35.

Mereka pada awalnya hanya dijanjikan kediaman alternatif yang didapati usang dan tidak sesuai didiami, dan terletak jauh daripada kampung asal.

Fariz bagaimanapun menjelaskan, hanya 28 keluarga menerima surat tawaran rumah alternatif tersebut apabila tiga keluarga menarik diri kerana sudah memiliki rumah lain.

Dua keluarga lagi memilih untuk menetap bersama anggota keluarga lain, katanya.

Tawaran terbaharu itu adalah rumah tiga bilik dan bukannya rumah satu bilik dalam surat tawaran asal yang hanya diterima 22 keluarga sebelum ini.

Dengan itu, mereka akan dipindahkan ke beberapa unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) seperti Intan Baiduri, Desa Rejang, dan Ayer Panas, serta Batu 5.

Mereka sebelum itu dipindahkan ke beberapa flat jauh dari lokasi asal apabila diberikan unit di sekitar ibu negara seperti pangsapuri San Peng, Kerinchi, Seri Petaling, dan Pantai Ria.

Ia menyukarkan urusan ke tempat bekerja dan persekolahan anak-anak mereka, kata pemilik kedai percetakan itu.

Bagaimanapun, mereka hanya akan menerima kunci rumah baharu pada Selasa atau Rabu selepas kediaman mereka dirobohkan pemilik tanah pada Isnin.



“Kami dapat surat tawaran daripada bahagian perumahan DBKL mengatakan Khamis (2 Januari) tempoh hari boleh ambil kunci.

“Tetapi apabila kami pergi pihak DBKL maklumkan mereka sedang menaik taraf sistem mereka, dan minta kami datang semula pada Selasa atau Rabu minggu hadapan.

“Dalam perjanjian dengan pemilik tanah, Isnin, 6 Januari kami kena kosongkan rumah dan mereka akan datang robohkan, kalau tidak kami tidak dapat wang pampasan RM7,000,” katanya.

Oleh itu, mereka terpaksa menumpang di rumah saudara-mara buat sementara waktu.

Katanya, penduduk juga memberikan jaminan kepada pemaju tidak akan menghalang kerja perobohan kediaman mereka nanti.

“Orang kampung akan turun pada 6 Januari nanti tapi bukan untuk protes… Kami akan datang untuk ambil wang pampasan.

“Kita jangka tiada orang kampung yang mengamuk, sebab sudah ada perjanjian, setakat ini dah selesai, cuma bahagian ambil kunci sahaja,” katanya, lagi.

Kesemua mereka adalah baki terakhir daripada 80 unit kediaman yang pernah berada di Kampung Segambut Permai.

Penduduk kampung itu sudah beberapa kali dipindahkan apabila kampung mereka diambil alih untuk pembinaan menara pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad dan lebuh raya DUKE.

Penempatan yang nama asalnya Kampung Ayam itu dibuka beberapa tahun selepas kemerdekaan selepas Menteri Besar Selangor Harun Idris waktu itu menjemput komuniti Melayu berhijrah ke bandar.

Rancangan tersebut dibuat bagi mengimbangi bilangan penduduk di ibu kota Kuala Lumpur.

Tanah yang menjadi tapak kampung itu menjadi milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor sejak 1981.

Ia kemudian diambil alih syarikat pemaju Kemasekutu Sdn Bhd pada 2002. Seterusnya pada 2013 ia berjaya memohon kepada mahkamah untuk mengusir penduduk.

Dan kini, Kampung Segambut Permai hanya tinggal nama. - 7 Januari 2019.

Dulu PM Kata Cukai Gula Untuk Program Sarapan Percuma, Kerajaan Ada Duit, Sekarang PSP Perlukan Dana Swasta..

POLITIK | Pada 19 March 2019, Perdana Menteri Tun Mahathir dipetik sebagai berkata;

"Mulai tahun depan, kerajaan akan menggunakan hasil daripada cukai gula bagi menyediakan sarapan percuma dan sihat kepada murid sekolah rendah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, langkah itu bagi membolehkan kanak-kanak sihat dan bertenaga untuk memulakan sesi persekolahan".

Kenyataan Perdana Menteri ini disiarkan oleh portal Berita Harian.

Rujukan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/542790/hasil-cukai-gula-biaya-program-sarapan-percuma-murid

Seterusnya Cukai Gula dilaksanakan pada 1 April 2019.

Dan pada 6 Januari 2020, portal The Malaysian Insight telah membuat pendedahan yang mengejutkan.



Menurut portal itu, Kementerian Kewangan tidak mengeluarkan peruntukan langsung bagi membiayai Program Sarapan Percuma, sebaliknya ditaja oleh pihak swasta. 

Dan itulah punca utama kenapa bagi fasa pertama hanya 100 buah sekolah sahaja terlibat.

Berikut adalah apa yang dilaporkan The Malaysian Insight;

1. 3 sumber berbeza telah memberitahu kepada wakil portal TMI bahawanya program PSP tidak dibiayai MoF. 

2. PSP dianggarkan akan menelan belanja RM1.67 billion.

3. "Kabinet meluluskan PSP, tetapi tiada peruntukan," petik sumber itu yang dilaporkan TMI.

4. Buat masa ini, MoE sedang menggunakan peruntukan yang memang diselaraskan kepada kementerian itu.

5. Dan dalam masa yang sama sedang mendapatkan bantuan luar, dengan kerjasama PNB.

6. PNB dikatakan akan mengetuai usaha bagi mendapatkan dana, sumbangan dan tajaan pihak swasta bagi menjayakan PSP.

7. Perbincangan dengan PNB telah bermula sejak September tahun lepas.

Sebagai rekod, pada 28 Ogos 2019, sekali lagi Tun Mahathir mengulangi kenyataannya, bahawa kerajaan mempunyai wang untuk melaksanakan Program Sarapan Percuma bermula tahun 2020.

Rujukan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/601034/kerajaan-ada-peruntukan-laksana-program-sarapan-percuma-pm

Pada awalnya Tun menjelaskan Cukai Gula diperkenalkan untuk laksanakan PSP tetapi kemudiannya Tun berkata kerajaan akan menggunakan duit dari agensi lain bagi menjayakan program tersebut. - 7 Januari 2020.

Shafie Apdal Akui Bagi Duit Sedekah, Wartawan Pijak Sejadah Pula Dipertikaikan..

PRK KIMANIS | Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengakuinya gambar beliau yang sedang menghulurkan duit kepada orang kampung sewaktu bersolat di salah sebuah masjid berdekatan di Sandakan seperti ditularkan netizens pembangkang adalah benar.

Gambar itu ditularkan dengan membayangkan Ketua Menteri Sabah sedang membeli undi pengundi PRK Kimanis.

Bagaimanapun Shafie menafikan dakwaan itu.

"Saya semasa berada di Sandakan dan bersekali dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan dan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, setelah merasmikan Lapangan Terbang Sandakan lepas itu tidak sempat, saya menunaikan solat di Sandakan.


Bila menunaikan solat saya bagilah sedekah sikit kepada penduduk-penduduk kampung di situ kerana saya tahu mereka berhadapan dengan masalah, itu bukan di Kimanis itu di Sandakan.

Jadi bukanlah tujuan kita bagi sedekah mahu mengundi, orang Sandakan bukan mengundi di Kimanis.

Gambar yang ditular oleh pembangkang,"
jelas Ketua Menteri itu dalam satu kenyataan pada Isnin.





Adapun setelah mendapati bahawa mereka telah menfitnah Ketua Menteri Sabah itu, dengan segeranya netizens pro pembangkang mengalihkan topik, kali ini mereka bercerita pula mengenai wartawan cina yang memakai kasut dan masuk ke dalam kawasan masjid.


Wartawan itu yang dianggap orang cina telah dipertikaikan kerana bersikap biadap apabila memasuki kawasan masjid tanpa membuka kasut.



Jemaah yang berada dikawasan itu juga dipertikaikan kerana tidak menegur tindak tanduk wartawan itu. - 7 Januari 2020.

Isnin, 6 Januari 2020

Bekas Pegawai Maszlee, ZF Zamir Akhirnya Buka Mulut..

ZF Zamir | Saya terpaksa menulis tentang ini kerana sejak minggu lalu, saya telah dijadikan sasaran oleh beberapa kumpulan dan individu untuk menyebarkan perkara yang tidak benar tentang saya.


Saya memilih untuk tidak mahu melayan pada awalnya, tetapi setelah melihat seorang bekas wartawan senior pun termakan dakyah dan berita palsu tersebut, saya tidak mempunyai pilihan lain.

Mereka mengedarkan screenshot saya mengenai Tun Dr Mahathir dan memperlekeh seolah-olah saya, sebagai salah seorang ‘kepala undi rosak’ yang akhirnya bekerja pula dengan kerajan yang dipimpin oleh Tun. Saya mengaku saya pernah menulis mengenai ‘undi rosak’ di dalam Kolum saya ketika saya pulang dari Jepun awal 2018 yang lalu.

Namun ingin saya jelaskan, manusia bukanlah pokok yang mana harus jadi statik. Kita adalah organisme hidup yang pasti dinamik. Oleh yang demikian, pendirian politik boleh berubah. Ini norma alam yang berlaku di seluruh dunia.

Jadi timbul soalan. Apakah pandangan saya terhadap PH?

Ini telah saya jelaskan pada 7 Mei 2018, 2 hari sebelum PRU14. Posting tersebut telah mendapat sehingga 2.2k Likes dengan impression sebanyak 487k dan dikongsi oleh ramai orang. Saya pasti mereka yang membuat kerja menyebarkan fitnah terhadap saya ini langsung tidak pernah membaca ‘Panduan Mengundi Untuk Mereka Yang Di Atas Pagar’ (1) seperti yang pernah saya tuliskan ini.

Kemudiannya pada 15 Mei, hampir 6 hari setelah PRU14 berjalan, saya telah menulis sebuah artikel di Malaysiakini bertajuk ‘Ada Apa Dengan Mahathir?’ (2). Sekali lagi saya percaya, orang yang obses untuk bercakap tentang ‘orang’ & ‘individu’; bukan ‘idea’ ini selalunya orang yang kurang membaca.

Cukuplah kiranya saya jelaskan letak duduk dan pendirian saya, walaupun beberapa hari sebelum PRU14 agar semua jelas. Tahukah anda Tok Pa berubah lebih lewat, hampir 4 bulan selepas saya dan PH menang?

Juga igin saya jelaskan, saya masuk ke dalam Pejabat Menteri Pendidikan setelah dipelawa oleh Dr Maszlee, atas kapasiti saya mengemudi TFTN sejak 2012. Di sana saya menjadi Pegawai Dasar selama hampir 9 bulan, meneliti dan membaca kertas dasar dan antara perubahan awal yang telah digerakkan oleh para pegawai yang membaca kertas dasar ini kemudiannya adalah perubahan seperti pemansuhan peperiksaan untuk Tahap 1, kolaborasi kajian mengenai beban guru bersama NUTP serta pembentukan ahli Jawatankuasa Dasar (JKD) seramai 13 orang, yang kemudiannya menjalankan semak semula secara menyeluruh mengenai sistem pendidikan nasional.

Buat pertama kalinya, kajian ini dianggotai oleh 100% anak Malaysia berbanding konsultan tahun-tahun sebelumnya yang lebih gemar menggunakan pakar dari luar untuk mengubah sistem pendidikan kita. Sebagai Pegawai Dasar juga saya berperanan meneliti soalan dan jawapan untuk pertanyaan di Parlimen dan menyediakan Ucapan Penggulungan.

Setelah itu, kemudiannya saya diminta oleh Dr Maszlee untuk menjadi Setiausaha Akhbar (SUA) beliau dan saya menjawat jawatan itu selama hampir 11 bulan. Hari ini saya boleh berbangga kerana semua pegawai di Pejabat Menteri, keluar sama seperti kami masuk hampir 20 bulan yang lalu. Tidak ada seorang pun dari kami yang diletakkan di posisi Board of Director di mana-mana agensi.

Tidak ada dari kami yang bekerja untuk mengambil tender makanan bermasak di sekolah, tender buku teks mahupun apa jenis tender sekalipun. Saya percaya sekali lagi, tiap seorang dari kami keluar ketika akaun bank kami masih sama seperti ketika kami mula-mula masuk 20 bulan yang lalu.

Kerana itu ramai yang tidak memahami, mengapa kami keluar dari Pejabat Menteri Pendidikan dalam keadaan yang gembira.

Kami gembira kerana kami telah berjaya menggalas amanah yang diberikan selama hampir 20 bulan ini, dan hanya Kad Laporan (3) yang telah kami bentangkan bulan lalu mampu menjawab bagi pihak kami tentang usaha dan perubahan yang hampir mustahil BN-Umno lakukan selama 60 tahun.

Kami fikir, kami telah berusaha sehabis baik.

Untuk mereka yang di luar sana, yang masih mahu memfitnah dan menjalankan ‘special ops’ microtargetting terhadap saya – saya hanya mampu ucapkan Good Luck.

Ini kerana hari ini saya hanyalah seorang yang tidak lagi mempunya pekerjaan, penganggur dan tidak mempunyai apa-apa.

Saya tidak masuk politik untuk bergambar dengan VIP (walaupun setiap minggu ke PMO dan beberapa kali bermesyuarat di dalam bilik Perdana Menteri) dan hampir setiap hari berjumpa dengan ahli parlimen dan penasihat menteri di parlimen, memakai baju melayu merah ke persidangan, bercakap berdegar-degar di atas pentas ceramah; semuanya untuk memanjat jawatan.

Saya masuk ke dalam politik setelah dipanggil untuk memberi khidmat, setelah bertahun-tahun bercakap, menjerit dan menulis dari luar.

Hari ini, saya bukanlah siapa-siapa. Saya tidak mempunyai jawatan di dalam parti. Saya tidak mempunyai gambar dengan VIP. Dan jika kerana itu saya sebagai seorang penganggur menjadi ‘easy target’, saya serahkan hal ini sepenuhnya kepada Tuhan.

Terima kasih kerana membaca, doakan saya, doakan kami seluruhnya.

[1] ‘Panduan Mengundi Untuk Mereka Yang Di Atas Pagar’

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155199077566695&id=623476694

[2] 'Ada Apa Dengan Mahathir?'

https://m.malaysiakini.com/news/424970

[3] Kad Laporan KPM 2019 Pendidikan Untuk Semua

Ahad, 5 Januari 2020

Surat Arah Letak Jawatan Dedahkan Internet, JAWI, Dan Sarapan Percuma 3 Punca Maszlee Dipecat.

POLITIK | Portal The Malaysian Insight hari ini membuat pendedahan mengejutkan dengan melaporkan punca kenapa Maszlee diarahkan berhenti sebagai Menteri Pendidikan oleh Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad. 


Portal itu melaporkan begini;

1. Pada 27 Disember 2019, PM telah memberikan surat 17 perenggan kepada Maszlee Malik. Surat itu dihantar ke Pejabat Parlimen Simpang Renggam.

2. Surat tersebut menyatakan beberapa tindakan Maszlee dilihat melemahkan sokongan rakyat ke atas kerajaan.

3. Masalah pembekalan internet di sekolah, mewujudkan polisi sarapan percuma dan pengenalan jawi - ini adalah 3 punca kenapa Maszlee dinasihati berhenti daripada menjadi Menteri Pendidikan.

4. Ketika menerima surat itu, Maszlee Malik sebenarnya sedang bercuti di Amerika Syarikat bersama keluarganya.

Portal The Malaysian Insight mengesahkan telah membaca kandungan surat mengarahkan Maszlee meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan pada 4 Januari sebelum melaporkan ke dalam portal itu pada 5 Januari.

Kesemua tindakan-tindakan Maszlee itu dianggap telah meletakkan kerajaan dalam keadaan yang sukar.

Pihak kami telah menghubungi pegawai Maszlee Malik untuk mengesahkan kandungan laporan tersebut. Setakat ini belum lagi menerima apa-apa jawapan balas diatas soalan yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp itu.

Dalam perkembangan berkaitan, sejurus Maszlee diarahkan berhenti dari Menteri Pendidikan, halaman Facebook yang sering memaparkan sokongan ke atas Maszlee membuat beberapa poster yang memerli YTL dan Siti Kasim yang dikatakan akan gembira di atas pemecatan Maszlee Malik.

Siti Kasim dikaitkan dengan bantahan keras terhadap pengenalan jawi yang sebenarnya telah pun bermula sejak tahun 2015 lagi. 

Manakala isu internet pula dikaitkan dengan pembatalan tender YTL. YTL sebelum ini dikaitkan dengan projek kroni, yang membekalkan internet kepada pihak sekolah. Tetapi guru-guru seringkali mengeluh dengan internet tersebut kerana tiada sambungan stabil dan menyukarkan kerja cikgu-cikgu.

Sebaliknya cikgu-cikgu terpaksa melanggan internet sendiri bagi menyiapkan tugasan masing-masing.

Maszlee yang mengambilberat masalah tersebut bertindak membatalkan kontrak YTL dan membuat tender terbuka untuk mendapatkan syarikat yang mampu membekalkan sambungan internet yang lebih stabil bagi memudahkan tugasan cikgu.

Sebagai rekod, syarikat YTL dikaitkan sebagai kroni utama dan paling penting bagi pemimpin gergasi negara. -  5 Januari 2019.

Sabtu, 4 Januari 2020

Kebenaran Terdedah - Rupanya MP Wangsa Maju Mengejek Pada Penindas Orang Melayu.

POLITIK | Sementara di sosial media sakan mengutuk dan mengejek Ahli Palimen Wangsa Maju, Datin Dr. Tan Yee Kew rupa-rupanya ada cerita disebalik tabir yang ramai orang tidak tahu.

Pada mulanya Tan telah didekati dan dipersoalkan oleh sekumpulan pihak yang mendakwa mereka mewakili peniaga di Danau Kota.

Kumpulan itu berdemo dan mendesak Tan untuk menjawab kenapa memberikan 30 tapak kepada orang cina sedangkan kesemua peniaga itu bukanlah peniaga asal di tapak Uptown Danau Kota yang lama.

Tan bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut. Tan sebaliknya memberitahu;

1. Kesemua peniaga cina yang mendapat tapak baru di Uptown Danau Kota berjumlah 20 orang.

2. Kesemua peniaga india yang mendapat tapak di lokasi yang sama adalah 5 orang.

3. Bakinya, adalah orang melayu. Sebagai rekod, jumlah tapak yang diperuntukan adalah sebanyak 500 tapak.

4. Tan juga menyatakan, bancian dilakukan oleh pihak DBKL dan hasil bancian (siasatan DBKL) mendapati ada pihak ketiga yang mengutip sewa di atas tapak Uptown diantara RM1,500 sebulan.

Pihak kami kemudiannya melakukan tinjauan di sosial media.


Sememangnya terdapat iklan berkaitan sewaan tapak di Uptown Danau Kota oleh pihak ketiga.

Antara keluhan peniaga yang menjadi mangsa pihak ketiga mengambil keuntungan atas angin;


Perkara ini turut didedahkan oleh Noor Suhana Ishak.

 
Menurut Suhana masalah berkaitan Uptown Wangsa Maju hanya berjaya diselesaikan oleh MP Tan kerana beliau bertindak tegas dan memahami keresahan penduduk.

Sedangkan masalah ini gagal diselesaikan oleh dua Ahli Parlimen Wangsa Maju yang terdahulu.


 
Manakala, seorang peniaga yang dikenali sebagai Busu Zamir pula membuka cerita, provokasi dan protes isu tapak dilakukan oleh persatuan yang sebenarnya marah kerana kehilangan peluang mendapatkan keuntungan atas angin.


Apa yang dilakukan oleh DBKL sehingga mereka marah?

1. DBKL menawarkan 500 tapak kepada peniaga Uptown Danau Kota dengan bayaran sebanyak RM212.70 sebulan.

2. Kesemua peniaga yang ditawarkan tapak adalah hasil dari bancian yang dibuat pegawai DBKL ketika waktu berniaga. 

3. Ini sekaligus, peniaga yang menyewakan tapak (untung atas angin) dapat dikenalpasti DBKL - seterusnya DBKL hanya membuat penawaran kepada mereka yang benar-benar meniaga di tapak lama.

Disebabkan itulah isu Uptown Danau Kota menjadi kecoh dan tular di laman sosial. Bagi yang tidak memahami isu akan mengejek dan membuat sangkaan buruk terhadap MP Wangsa Maju dan DBKL.

Tetapi bagi peniaga yang nasibnya dibela, pastinya mereka tahu siapa yang membantu mereka. Apa yang tular di sosial media, bukan apa yang tular di hati dan pemikiran mereka. Itu lebih penting. - 4 Januari 2019.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...