Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 3 November 2018

Kepala Rafizi Ditumbuk, Dimaki Hamun, Pemilihan PKR Keningau Huru Hara.

Syukur Kromim | APA SEBENARNYA BERLAKU DI KENINGAU

Pemilihan parti di cabang Keningau diadakan di lokasi yang tidak sesuai dan dipilih oleh salah satu calon ketua cabang selaku Ketua Cabang semasa, Johari iaitu di kampung beliau.



Pusat komuniti yang dijadikan dewan mengundi terletak jauh dari kawasan bandar, di sebuah kampung yang tersorok jauh dari jalan besar sebelah rumah Johari. Rangkaian telefon dan internet juga tidak dapat diakses.

Pusat komuniti tersebut berdinding kayu, berada dalam keadaan uzur dan hanya mampu memuatkan kurang daripada 100 orang. Dewan yang lebih sesuai patut dipilih sebagai pusat mengundi memandangkan cabang Keningau mempunyai 7000 ahli berdaftar.

Mengikut jadual, pengundian sepatutnya bermula pada jam 8 pagi. Namun begitu, pengundian hanya bermula pada jam 10 pagi akibat masalah sambungan internet.

Khemah dan banner pasukan Rafizi tidak benarkan untuk dipasang dan dicabut sebanyak 3 kali oleh pasukan Azmin (Kartel). Pihak JPP juga tidak mengutamakan aspek keselamatan di kawasan mengundi.

Pihak penyokong Rafizi terpaksa berkumpul di hadapan pusat komuniti kerana tiada ruang menunggu yang disediakan.

Menjelang tengahari, semakin ramai penyokong Rafizi hadir di pusat pengundian.

Memandangkan penyokong Rafizi dapat dikenal pasti dengan baju t-shirt biru, Kartel mula berasa risau dan berusaha untuk membatalkan pemilihan yang sedang berlangsung. Kartel juga cuba mengawal siapa yang dibenarkan masuk untuk mengundi. Laluan utama dikawal oleh Kartel yang berbaju berlogo seladang. Laluan Kartel tidak berpagar, manakala laluan pasukan Rafizi berpagar dan pengundi perlu beratur.

Pihak Kartel cuba untuk membatalkan pemilihan. Pada mulanya, pihak Rafizi tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Rafizi terpaksa keluar daripada kawasan mengundi untuk mendapatkan sambungan telefon dan internet untuk berbincang tindakan selanjutnya.

Setelah kembali ke tempat mengundi untuk memaklumkan setuju batal pemilihan atas faktor keselamatan dan seterusnya memaklumkan pihak JPP, calon-calon ketua cabang pasukan Kartel membuat keputusan untuk meneruskan pemilihan tersebut. Pihak JPP pula bersetuju dengan pihak Kartel.

Pada lebih kurang jam 3:30 petang, masih terdapat kira-kira 1000 orang yang masih belum mengundi, kebanyakannya daripada kalangan pasukan Rafizi. Akibat hanya jaring yang memisahkan bahagian luar dan dalam dewan, penyokong boleh melihat apa yang sedang berlaku di dalam dewan dan keadaan menjadi semakin tegang dan panas.

Pihak RELA cuba untuk mengawal keadaan di kawasan mengundi kerana pada masa itu keadaan dikawal oleh pihak bukan neutral.


Daing Muhammad Reduan, yang rapat dengan Zuraida dan Sivarasa sudah pun berada dalam pusat komuniti dan mula menjerit kata-kata kesat kepada Rafizi — “Rafizi kau pukimak.”

Penyokong Rafizi cuba untuk mengiring Rafizi keluar melalui pintu belakang. Daing menyerang Rafizi dari belakang dan menumbuk kepala beliau. Pihak penyokong Rafizi terus menyelamatkan beliau dan menarik beliau keluar daripada dewan tersebut. - 3 November 2018.

Nelayan, Pekebun Bersedih Belanjawan 2019 Meminggirkan Golongan Itu. #Belanjawan2019.

THE MALAYSIAN INSIGHT | PEKEBUN dan nelayan kecewa dengan Belanjawan 2019 apabila masalah mereka berhubung kejatuhan harga kelapa sawit dan kesukaran menangkap ikan seperti tidak diberi perhatian oleh kerajaan.

Pekebun sawit di Batu Pahat, Idris Miskan, 38, berkata mereka mengharapkan kerajaan dapat mengambil inisiatif untuk menaikkan harga kelapa sawit yang sedang mengalami kejatuhan sangat teruk, dan bukannya mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sebenarnya berkala.

Katanya, tindakan kerajaan meneruskan BSH dirasakan seperti cubaan untuk meraih sokongan rakyat sedangkan pada masa yang sama kerajaan seolah-olah gagal memahami isu sebenar yang mereka hadapi.

“Kita tahu banyak isu melibatkan kerajaan baru, ini caranya untuk mereka beli jiwa rakyat. Bagi BHS tapi banyak lagi yang turun.

“Kita ambil contoh, sejak kerajaan Pakatan Harapan ambil alih, harga kelapa sawit terus jatuh merudum. Kali terakhir RM480 masa Najib masih perdana menteri, kemudian terus jatuh sehingga sekarang RM300. Trend tidak menunjukkan sebarang kenaikan.

“Dengan BHS ini kalau nak tampung, apalah sangat. Lebih baik harga sawit yang naik. Kami pekebun ini sedap sikit nak hidup,”
katanya kepada The Malaysian Insight.

Pendapat sama dikongsi Emmy Hazrul, 33, yang mencari makan dengan berkebun selepas dibuang kerja pada Mei lalu.

Emmy mendakwa, akibat harga kelapa sawit yang turun sehingga RM280 setan, ada pusat pengumpulan kelapa sawit yang tidak lagi dibuka kerana kilang tidak lagi mahu menerima komoditi itu.

“Minggu lepas pusat pengumpulan tutup, katanya kilang tidak mahu terima. Jadi kita hendak tolak kelapa sawit ini ke mana?

“Ingat dalam bajet ini adalah usaha kerajaan untuk bantu. Tetapi kita tidak nampak apa pun,”
katanya yang menetap di Kuala Selangor.

Bagi Zulkarnain Sidek, 27,nelayan di Sungai Besar, beliau sebenarnya berharap kerajaan dapat menyediakan peruntukan untuk golongan sepertinya membeli peralatan menangkap ikan di laut.

Kata Zulkarnain, beliau kecewa dalam pembentangan Belanjawan 2019 selama dua jam semalam yang bukan sahaja langsung tidak menyebut peruntukan untuk nelayan, malah bantuan yang diberikan selama ini pun tidak diteruskan.

“Saya rasa tak patutlah. Kalau cuaca buruk seperti ribut atau musim hujan nelayan tak boleh keluar. Kalau sebelum ini ada elaun sara hidup RM300, orang kata untunglah jadi nelayan. Tapi sebenarnya tampung serba sedikit,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insight.

Dengan pekerjaan sebagai nelayan, kata Zulkarnian, mereka tidak mempunyai keupayaan untuk membeli peralatan yang nilai puluhan ribu ringgit.

Katanya, disebabkan sesetengah nelayan tidak mampu, mereka terpaksa menggunakan peralatan yang lusuh untuk menangkap ikan.

“Harga membeli peralatan bernilai berpuluh ribu ringgit. Benda itu nak beli tak boleh buat hutang. Bayar secara tunai.

“Kalau nak bagi peruntukan, perlu cari yang betul-betul layak. Memang ada yang dapat bantuan daripada pusat zakat untuk beli sampan atau bot tapi dijual kepada pihak lain,”
katanya yang bekerja sebagai nelayan sejak sembilan tahun lalu. - 3 November 2018.

Menteri KPDNK Beri Jaminan, Usia Kenderaan & Tahap Pendapatan Akan Diambilikira Dalam Formula Subsidi RON 95.

AWANI | Pemberian subsidi kepada pemilik kenderaan berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah yang diumum dalam pembentangan Belanjawan 2019 semalam turut akan mengambil kira faktor usia kenderaan dan tahap pendapatan rakyat dengan sasaran utama golongan B40.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata ini kerana pihaknya mengambil maklum keadaan di mana ramai rakyat di negara ini yang memiliki kenderaan lama dan maklumat tepat dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah diperlukan untuk tujuan itu.


"Berapa ramai sebenarnya rakyat Malaysia memiliki kenderaan usia lebih lama, harus ada ketepatan sebab setiap formula yang kami nak buat nak jamin kelancaran dan implikasinya kepada kewangan kerajaan," katanya selepas melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2018 di Pasar Awam Kulim, hari ini.

Semalam Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, melalui mekanisme ini, kerajaan akan memberi subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal.

Mekanisme baharu ini dijangka bermula pada suku kedua 2019 melibatkan peruntukan sebanyak RM2 bilion dan dijangka memanfaatkan seramai empat juta pemilik kenderaan dan 2.6 juta pemilik motosikal. - 3 November 2018.

Subsidi Petrol RON 95, Apa Yang Anda Perlu Tahu. #Belanjawan2019.

BELANJAWAN2019 |Semalam Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan satu mekanisme baru mengenai pembelian petrol di Malaysia.


Petrol ron 95 tidak lagi akan diberikan subsidi pukal seperti yang kerajaan lakukan sekarang. Dengan mensasarkan hanya kepada;

👉 Rakyat Malaysia

👉 Kumpulan b40

👉 Pemilik kenderaan berCC lebih rendah

Maka kerajaan akan dapat menjimatkan berbillion ringgit setahun kerana subsidi hanya sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan ia.

Buat masa ini subsidi pukal ron 95 dinikmati oleh semua lapisan masyarakat miskin kaya, warganegara dan bukan warganegara.

Ini peraturan yang kerajaan akan perkenalkan bermula suku kedua yakni Apri 2019;

👉 Subsidi pukal ron 95 akan dinyahmahsuhkan

👉 Seiring dengan pemahsuhan subsidi pukal, subsidi bersasar akan diperkenalkan

👉 Sistem yang menyokong pemberian subsidi bersasar ini akan dibangunkan

👉 Pemilik kenderaan pertama bawah 1.5cc akan layak menerima subsidi bersasar ini

👉 Pemilik motor bawah 125cc akan layak menerima subsidi ini

👉 Saringan maklumat akan dilakukan, mengkhususkan kepada jenis kenderaan, pendapatan bulanan pemilik

👉 Setiap yang layak akan menerima 100 liter bagi kereta pertama dan 40 liter untuk pemilik motor

Bagaimanapun terdapat sedikit protes dari orang awam mengenai syarat baru yang dibentangkan oleh kerajaan ini. Timbul beberapa persoalan yang memerlukan kerajaan memberikan perhatian susulan;

👉 Pemilik kenderaan lama yang berCC lebih tinggi dari 1.5

👉 Pemilik kenderaan motor yang berCC lebih dari 125

Mereka ini membeli kenderaan lama yang lebih murah dan stabil dari segi prestasi bukannya kerana kaya raya tetapi kerana harga yang ditawarkan lebih berbaloi berbanding membeli kenderaan baru yang berCC lebih rendah namun mahal.

Had liter yang ditawarkan untuk 100 liter bagi pemilik kereta pertama dan 40 liter untuk pemilik motor juga perlu diberikan perhatian. Ia mungkin tidak cukup bagi mereka yang bekerja jarak jauh. Ataupun terlibat dalam kerjaya "delivery".

Kerajaan berkata;

Ron 95 akan diapungkan mengikut harga pasaran dengan menggunakan sistem APM - Automatik Price Market yang digunakan oleh kerajaan terdahulu

Kerajaan hanya akan membiayai subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter ron 95 yang dibeli pengguna.

Ini bermakna, 30 sen x 100 liter persamaannya ialah RM30 sahaja.

Manakala, 30 sen x 40 liter persamaannya ialah RM12 sahaja.

Ramai percaya kerajaan memilih untuk 'mengunci' nilai subsidi kepada 30 sen seliter bagi memastikan unjuran perbelanjaan yang dirancangkan mencapai sasaran.

Ini bermakna walaupun pengguna ron 95 mempunyai subsidi yang dijamin kerajaan tetapi harga belian mereka tidaklah tetap. Ia boleh menjadi murah pada masa tertentu dan menjadi lebih mahal pada masa-masa lain bergantung kepada harga pasaran ron 95 ketika itu.

Katakanlah, pada bulan Jun 2019, harga ron 95 ialah rm3 seliter, mereka perlu membayar rm2.70 seliter, 30 sen lebih murah berbanding yang tidak mempunyai subsidi.

Dan katakanlah pada bulan September 2019, harga ron 95 ialah 4.20 seliter, maka mereka perlu membayar rm3.90 seliter meskipun mempunyai subsidi 30 sen seliter, harga minyak ketika itu masih dianggap mahal. 

Mekanisme yang digunakan oleh kerajaan ini juga berbeza dengan apa yang pernah dirancangkan oleh Rafizi Ramli semasa berkempen PRU 14 hari itu. - 3 November 2018.

Mekanisme Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH). #Belanjawan2019.

BELANJAWAN2019 | Bantuan Sara Hidup akan lebih mensasarkan kepada kumpulan B40. Itulah kenyataan yang dibuat oleh Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 pada jumaat.



Mekanisme yang akan digunapakai oleh kerajaan adalah seperti berikut;

Mulai Januari 2019:

• Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000;


• Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 akan menerima bantuan berjumlah RM750; dan


• Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan berjumlah RM500.


Selain itu Pakatan Harapan juga memperkenalkan satu jenis bantuan baru yang dikhususkan bagi anak-anak yang berusia 18 tahun ke bawah untuk kumpulan B40.

Setiap anak-anak ini akan menerima bantuan rm120 setahun dan hanya tertakluk untuk 4 orang anak sahaja bagi setiap isi rumah.

"Selain itu, Kerajaan akan memperkenalkan kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada 4 orang, kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka. 

Sebagai contoh, sekiranya isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah dan mempunyai 4 orang anak, maka jumlah BSH yang akan diterima adalah sebanyak RM1,480.

Ini adalah lebih banyak daripada jumlah BR1M sedia ada sebanyak RM1,200.

Oleh itu, dianggarkan sebanyak 4.1 juta isi rumah akan terus menerima bantuan kewangan daripada Kerajaan dengan peruntukan RM5 bilion," kata Lim Guan Eng semasa membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat semalam. 

Pengumuman terbaru itu juga sekaligus mengesahkan penghapusan pemberian BR1M bujang kepada mereka yang berusia 21 hingga 30 tahun.

BR1M bujang pertama kali diperkenalkan kerajaan pada tahun 2013. Ketika itu bayaran sebanyak RM250 diperuntukan kepada anak muda. Bayaran itu kemudiannya dinaikkan secara berperingkat sehingga mencapai RM450 pada tahun 2018.

Berdasarkan semakan, setakat ini kerajaan belum lagi membuka permohonan kepada orang ramai. Samada yang baru hendak memohon ataupun mengemaskini pendapatan/status terkini masing-masing. 

Perkara itu dijangkakan akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat. - 3 November 2018.

Jumaat, 2 November 2018

Gaji Lebih RM1,000 Kena Bayar PTPTN Secara Potongan Gaji. #Belanjawan2019.

BELANJAWAN2019 | Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan semua peminjam PTPTN perlu membayar semula pinjaman mereka apabila menerima gaji melebihi RM1,000 sebulan.




"Memastikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kekal mampan, Kerajaan akan memperkenalkan:

Pembayaran balik dengan cara potongan gaji berjadual antara 2% hingga 15% daripada pendapatan bulanan peminjam, bergantung kepada paras pendapatan peminjam. 

Pembayaran balik ini hanya terpakai kepada peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan," kata Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 siang tadi. 

Sekurang-kurangnya potongan 2% akan dikenakan bagi mereka yang bergaji rm1,001 ke atas. Manakala 15% adalah had potongan maksima yang akan dilakukan kerajaan, bergantung kepada mana-mana pendapatan terkini peminjam.

Bagaimanapun Lim Guan Eng tidak menjelaskan dengan lebih lanjut apakah mekanisme yang akan digunakan oleh kerajaan bagi memastikan;

1. Peminjam bersetuju dengan potongan gaji.

2. Apakah melibatkan syarikat swasta dan mereka yang bekerja sendiri.

3. Adakah terpakai untuk yang bekerja tetap ataupun sambilan.

Seperti yang kita ketahui, kebanyakan pekerja di bandar menerima gaji lebih daripada RM1,000 sebulan. 

Tambahan pula gaji minima telah dinaikkan ke paras RM1100 sebulan bermula tahun hadapan. 

Dan ini bermaksud tiada mana-mana peminjam PTPTN dikecualikan daripada membayar pinjaman mereka, ini bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan yang beraspirasi mahu mengecualikan peminjam yang bergaji kurang RM4,000 daripada membayar pinjaman pendidikan masing-masing.

Selain itu Lim Guan Eng juga mengumumkan beberapa insentif berkaitan pembayaran semula PTTPN, iaitu;

• Pelepasan cukai kepada syarikat yang membantu menyelesaikan baki pinjaman pekerja bagi tahun berakhir 2019;

• Layanan pelepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000;


• Potongan pinjaman kepada pelajar daripada isi rumah B40 yang mendapat keputusan kelas pertama; dan


• Menghapus kira baki hutang kepada peminjam yang berusia 60 tahun dan ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan, yang memanfaatkan 350 peminjam dengan kos RM4.2 juta.


Ini bermaksud seseorang yang berumur 60 tahun ke atas dan mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan, baki hutang mereka akan dihapuskan.

Mungkin inilah satu-satunya perkara yang mengembirakan peminjam-peminjam PTPTN yang berumur 60 tahun dan ke atas. - 2 November 2018.

Akhirnya IPIC Mengakui 1MDB Tak Berhutang Apa-Apa Pada Syarikat Itu..

NAJIB RAZAK | I) Kenyataan kerajaan PH hari ini mengenai perjanjian penyelesaian dengan IPIC milik penuh kerajaan Abu Dhabi cuba membina persepsi seolah-olah saya hendak menipu US$5.78b wang rakyat untuk membayar Abu Dhabi.

Ini tidak benar sama sekali.

Saya telah beberapa kali meminta kerajaan untuk mendedahkan kedua-dua perjanjian penyelesaian tahun 2015 dan tahun 2017 jika benar-benar mahu menegakkan keadilan kepada saya dan rakyat tetapi kerajaan PH masih lagi membisu. Kenapa?

 
II) Semalam (30 Oktober 2018), kerajaan umumkan bahawa mereka telah memfailkan untuk tindakan membatalkan perjanjian penyelesaian April 2017 antara IPIC dan 1MDB dan berkata mereka tidak akan membayar US$5.78 bilion yang perlu dibayar 1MDB kepada IPIC.

Sebagai reaksi kepada kenyataan kerajaan Malaysia itu, IPIC mengeluarkan satu kenyataan menyatakan bahawa 1MDB tidak berhutang apa apa wang kepada IPIC yang secara jelas bertentangan dengan kenyataan kerajaan Pakatan Harapan.

Siapa betul, siapa salah? Secara logik, takkan pihak yang kata kononnya 1MDB ada hutang berbilion-bilion dengan mereka tiba-tiba berkata sebenarnya 1MDB tiada hutang apa apa pada mereka?

Malah, IPIC adalah syarikat yang sepatutnya berhutang kepada 1MDB dan perlu dibayar kepada 1MDB menjelang 30 Disember 2020. Perjanjian penyelesaian itu adalah bagi meleraikan isu 1MDB agar setiap sen milik 1MDB dapat diperolehi semula.

Sebab itu, saya telah meminta sekurang-kurangnya 5 kali, menggesa kerajaan untuk mendedahkan perjanjian penyelesaian 2015 dan 2017 antara IPIC dan 1MDB bagi membuktikan bahawa saya sentiasa mengutamakan kepentingan negara dan sentiasa dapat dilindungi.

Bagaimanapun, pihak kerajaan tidak menghiraukan gesaan berulangkali ini dalam memastikan rakyat tahu fakta sebenar.

Ada yang bertanya mengapa saya tidak mendedahkan ataupun mengulas mengenai penyelesaian ini pada masa lalu.

Ini kerana bukan mudah untuk membuat dakwaan ketika anda menjawat jawatan Perdana Menteri apatah lagi ia melibatkan kerajaan negara asing.

Saya berpendirian bahawa kerajaan kita tidak seharusnya senang untuk cari gaduh dengan negara lain dan saya lebih memilih untuk mencari jalan penyelesaian secara baik dan tanpa kekecohan.

https://in.reuters.com/…/update-1-malaysia-seeks-payment-re…

"Kalau Tak Boleh Tunai Janji, Jangan Menipu & Gunakan Saya Sebagai Alasan", Najib Sound Maszlee Malik Kaw-Kaw..

POLITIK | Semua ini bermula apabila Dr. Maszlee menjawab kepada sindiran Najib Razak mengenai pendidikan percuma.

Najib Razak memerli Menteri Pendidikan itu yang memberikan jawapan di Parlimen bahawanya pendidikan di negara ini hampir percuma, yakni, pelajar hanya perlu membayar sedikit yuran sahaja oleh itu pendidikan percuma tidak akan dilaksanakan kerana pendidikan di Malaysia hampir percuma.  


"Zalim dijenamakan semula sebagai "Hampir Percuma."

Dulu kata kerajaan BN zalim terhadap anak muda. Pendidikan dilaungkan sepatutnya percuma, PTPTN patut dihapuskan.

Malah turut diumumkan sebagai janji mereka untuk mengatasi inisiatif Transformasi Nasional 2050 (TN50) kerajaan BN yang begitu meluas dan terancang.


 
Malangnya, apabila ditanya mengenai janji mereka di Dewan Rakyat petang ini, Menteri Pendidikan menjawab bahawa tiada rancangan untuk pendidikan percuma kerana pendidikan sudah hampir percuma.

“Pendidikan peringkat rendah dan menengah kerajaan adalah percuma. Pengajian tinggi juga hampir percuma yang mana pelajar hanya perlu membayar 10% daripada kos operasi. Kos 10% itu juga ditanggung kerajaan menerusi biasiswa dan secara tidak langsung menerusi PTPTN. Pembayaran balik juga boleh dirunding mengikut kemampuan peminjam.” kata Menteri PH ini.

Bukankah itu yang kerajaan BN dahulu melakukan juga? Apa bezanya? Pendidikan rendah dan menengah juga percuma sekarang kerana kerajaan BN yang mansuhkan semua bentuk bayaran dan yuran bermula tahun 2012.

Bak kata orang lencun terus, mereka yang sebelum ini berharapan apabila mendengar jawapan rasmi Menteri Pendidikan PH hari ini mengenai janji-janji dan hasutan PH dahulu,"
kata Najib Razak dalam satu kenyataan di Facebooknya.


Kenyataan Najib yang dilaporkan secara berleluasa oleh media tempatan itu kemudiannya dibaca oleh Maszlee lalu beliau bertindak menjawab kepada sindiran Najib itu di Facebooknya.


"RM42 bilion yang ditelan 1MDB boleh menampung kos pendidikan percuma berkualiti dari peringkat tadika hingga Universiti Ijazah pertama beserta makanan dan pengangkutan percuma kepada semua pelajar untuk 4 tahun.

RM2.6 bilion boleh selesaikan isu sekolah daif di Sabah dan Sarawak dan boleh selesaikan masalah bekalan elektrik di sekolah-sekolah pedalaman.

Kalau kita tak guna duit rakyat untuk membeli BIJAN, beg tangan Hermes dan segala cincin berlian kepada isteri dan keluarga, pendidikan percuma hari ini boleh kita kecapi,"
katanya dalam kenyataan balas itu.


Di ruangan komen pula, nampaknya Menteri Pendidikan itu tidaklah menerima sokongan padu netizens sebaliknya diserang bertubi-tubi pula dari pelbagai pihak yang berbeza idelogi politik.



Kelihatan juga penyokong Pakatan Harapan gagal menjawab hujah dan mempertahankan menteri mereka. 

Selepas melihat respon Maszlee itu, Najib kemudiannya menjawab di Facebooknya. Menurut Najib, Maszlee perlu berhenti menipu mengenai PTPTN dan janji pendidikan percuma.

Najib juga mahu Maszlee berhenti menggunakan dirinya sebagai alasan setiap kali Pakatan Harapan menunaikan janji-janji pilihanraya mereka.

"Selepas menipu rakyat mengenai PTPTN dan janji pendidikan percuma, pagi tadi Menteri PH ini pula mahu menipu mengenai isu RM2.6b.

Untuk makluman Menteri ini, saya sudah dituduh di Mahkamah kerana menerima wang ini dan saya juga dituduh secara rasmi dengan 5 dakwaan (pemulangan dipecahkah kepada 5 kali atas kehendak bank untuk mengurangkan kesan kepada pasaran FOREX) kerana memulangkan wang ini kepada akaun penghantar 4 bulan selepas menerimanya, iaitu telah "return to sender".

Sudah 6 bulan selepas barang-barang dirampas dan tidak ada 1 tuduhan yang mendakwa wang RM2.6b itu digunakan untuk membeli beg tangan, cincin dan sebagainya.

Pendakwaan di mahkamah pun digunakan menteri PH sebagai bahan fitnah. Adakah peranan menteri pendidikan kita adalah untuk mendidik rakyat menipu dan menfitnah Inikah pendidikan "percuma" yang dimaksudkan itu?

Kalau tak boleh tunaikan janji, tak payah untuk menipu dan menggunakan saya sebagai alasan,"
katanya dalam kenyataan itu.


Maszlee bagaimanapun tidak memberikan apa-apa respon susulan berhubung jawapan balas dari Najib itu. - 2 November 2018.

Matawang Malaysia Jatuh Dan Semakin Melemah - Najib Razak.

NAJIB RAZAK | Sahabat saya menghantar carta ini kepada saya. Benar kata mereka. Najib turun, Ringgit ‘naik’!

Tetapi kalau kita perhatikan carta ini dengan teliti, ‘kenaikan’ ini sebenarnya menunjukkan kelemahan Ringgit sejak PRU14.

Sebelum PRU14, kita perlu RM3.85 untuk membeli satu dolar Amerika. Kini kita perlu RM4.18.


Sebelum PRU14, nilai Ringgit semakin memulih selepas menerima tamparan hebat akibat kejatuhan harga minyak sebanyak 80% kepada US$28 satu tong tahun 2015 dan 2016.

Selepas PRU14 pula, nilai Ringgit tiba-tiba bertukar haluan.

Dari semakin memulih kepada semakin jatuh walaupun harga minyak dunia naik.

Hari ini, Ringgit sudah sampai ke RM4.18 berbanding dolar Amerika! Perbezaan sebanyak 33 sen berbanding bulan sebelum PRU14 walaupun harga minyak dunia kini di sekitar US$75 hingga US$80 satu tong.

Jika kita tanya Menteri Kewangan kini mengapa Ringgit sudah turun, dia akan menjawab dengan banyak sebab-sebab seperti perang dagangan antarabangsa, Ringgit masih kukuh berbanding negara-negara lain, kenaikan faedah untuk bon Amerika dan banyak lagi alasan.

Tetapi sebelum PRU14, orang yang sama ini akan menjawab "salah Najib" setiap kali Ringgit turun. - 2 November 2018.

Banyak Rumah Tak Laku? Ini Jawapan Untuk Zuraidah Kamaruddin.

SIVARAJAN | Kita dikejutkan oleh kenyataan YB Menteri Perumahan YB Zuraida bahawa nilai rumah yang tidak dijual dijangkakan bernilai RM22.5 billion! Kenapakah wujudnya senario sedemikian apabila keperluan rumah masih ada dikalangan rakyat Malaysia? Jika masih ramai lagi rakyat dari golongan berpendapatan rendah B40 dan sederhana M40 yang belum lagi memikili rumah, maka kenapa pula stok perumahan yang belum dijual masih tinggi?


Jawapan yang jelas ialah rumah yang dikategorikan sebagai mampu milik ini sebenarnya tidak mampu dimiliki oleh golongan rakyat majoriti. Kemampuan memiliki rumah biasanya dianggarkan dengan kiraan bahawa seseorang yang berpendapatan RM2000 hanya mampu memiliki rumah yang berharga 3 kali pendapatan tahunannya, iaitu RM2000 x12 x 3 , iaitu RM 72,000.

Maka apakah rasionalnya menetapkan harga rumah mampu milik dalam lingkungan harga RM250,000 sehingga RM500,000? Mengikut kajian pendapatan rakyat Malaysia, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin pada awal tahun ini melaporkan bahawa nilai penengah (median) gaji dan upah bulanan pada tahun 2017 ialah RM2,160 manakala purata gaji dan upah adalah RM2,880. Jika dikira dengan purata gaji RM2880 pula, harga rumah yang mampu ialah RM2880 x 12 x 3, iaitu RM103,680. Dilaporkan juga bahawa bilangan pekerja yang menerima gaji ini ialah seramai 8.6 juta iaitu 57.3% dari jumlah tenaga kerja RM15 juta pekerja di seluruh Negara.

Jika kita pertimbangkan pendapatan isi rumah pula dan bukannya pendapatan seseorang individu, adakah isi rumah mampu membeli rumah? Dalam Konferens Perumahan 2018 yang diadakan pada 9hb.Oktober baru-baru ini, Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara N Jayaselan menyatakan bahawa pendapatan isi rumah median pada tahun 2016 ialah RM5,228 ataupun sebanyak RM 62,736 setahun. Jika dikumpulkan untuk tiga tahun ianya hanya RM188,208 iaitu masih jauh dari harga purata rumah kini yang berharga RM400,000.

Para pemaju perumahan pula akan berhujah bahawa, mereka tidak mungkin membina rumah dalam lingkungan harga RM70,000- RM100,000 dengan alasan kenaikan harga barangan binaan, sewaan jentera, kos pematuhan dan kos tanah.

Perumahan mampu milik ialah perumahan untuk rakyat. Ia tidak seharusnya analisa dengan kos pembinaan yang dipengaruhi oleh faktor-faktor pasaran. Pembinaan dan penyediaan rumah mampu milik merupakan suatu tanggungjawab Kerajaan yang harus disubsidi dan tidak terikat dengan faktor-faktor pasaran bebas.

Sebab itu lah sejak 1980an lagi Kerajaan pernah menjayakan penyediaan rumah mampu milik ini dengan kerjasama pihak swasta dengan menetapkan quota tetap bilangan rumah kos rendah yang harus dibina dalam sebuah pembangunan bercampur. Dimana pemaju dimestikan membina 30% rumah kos rendah dalam projek pembangunan bercampurnya dan kos binaannya ditanggung secara ‘cross subsidy’ dengan projek mewah kediaman dan komersial yang akan dibangunkan di lokasi yang sama.

Malangnya Kerajaan juga terikut-ikut melonggarkan syarat ini, terpedaya dengan hujah pemaju yang tidak berminat membina rumah kos rendah dilokasi-lokasi permintaan tinggi ‘prime areas’. Maka mereka diberikan kelonggaran supaya menunaikan kewajipan mereka diokasi lain yang jauh dan terpencil. Justeru itu timbulah masalah, stok perumahan yang dibina lokasi –lokasi kurang popular ini tidak dapat dibeli oleh golongan B40 walaupun dijual dengan harga RM42,000. Ini adalah kerana, rakyat pekerja mencari mata pencarian mereka dikawasan Bandar dan sekitarnya, maka tidak rasional mereka disuruh membeli rumah dilokasi jauh, seperti di Bukit Beruntung atau Rawang. Sudah tentu mereka tidak larat menampung kos pengangkutan, berulang alik dari tempat kerja dari lokasi-lokasi tersebut.

Akibatnya kini kawasan Bandar dan pinggirannya menjadi kawasan ekslusif untuk pembangunan mewah mencecah harga jutaan ringgit. Rakyat Malaysia yang majoritinya kelas pekerja yang bergaji sekitar RM2000 seolah-olah diusir dari kawasan Bandar. Mereka hanya mampu mimpi membeli rumah dan terpaksa menyewa. Padahal mereka lah merupakan warga pekerja yang menyumbang sebagai tenaga pekerja setiap hari di pelbagai sektor perkhidmatan dan pembuatan dibandar dan pinggirannya.

Setelah berjaya mempengaruhi Kerajaan agar mengecualikan mereka daripada membina rumah kos rendah dalam plot pembangunan bercampur, pemaju kini juga berjaya membuang ungkapan ‘rumah kos rendah’ dari kamus Kerajaan. Ianya digantikan dengan ungkapan Rumah Mampu Milik. Mahupun ungkapan Rumah Mampu Milik bagus bunyinya, tetapi harga yang diklasifikasikan diantara RM250,000 hinggalah RM500,000, adalah suatu harga yang memang tidak dimampu dibeli oleh rakyat biasa.

Tambahan pula rumah Mampu Milik dengan harga diantara RM250,000-RM500,000 inipun jarang dibina di Bandar atau pinggirannya sekarang. Kenapa?

Pemaju nampaknya tidak ingin dibebani dengan tanggungjawab untuk memastikan setiap rakyat Malaysia mempunyai rumah untuk berteduh. Apabila rumah itu sendiri menjadi sebuah komoditi yang juga diukur dalam kiraan KDNK Negara, maka pemaju lebih berminat untuk meningkatkan keuntungan syarikat mereka. Harga rumah dipusat Bandar kini melebihi RM 1juta. Ianya ditetapkan melebihi 1 juta kerana prasyarat yang ditetapkan oleh Kerajaan bahawa warga asing hanya boleh membeli hartatanah melebihi 1 juta. Kini ramai warga dari China, Hong Kong, Singapura membeli rumah-rumah RM1 juta ini , sebagai pelaburan, bukannya untuk mendiaminya. Warga asing yang kaya dengan kemudahan tunai yang banyak sanggup membeli beberapa unit dan menyewakannya semua kepada rakyat Malaysia yang tidak mampu membelinya.

Krisis perumahan ini tidak boleh ditangani dengan memaklumkan kepada golongan B40 bahawa mereka terpaksa memguburkan mimpi mereka untuk memiliki rumah dan menyewa rumah seumur hidup. Ada juga cadangan KPKT memohon kepada bank untuk melonggarkan syarat pinjaman rumah, supaya lebih ramai boleh membeli rumah. Tetapi jika isu pokok iaitu harga rumah tersebut tidak diselesaikan, maka beban hutang kepada bank akan ditanggung seumur hidup oleh rakyat ataupun sehingga rumah itu dilelongkan kerana gagal membayar ansuran rumah. - 2 November 2018.

Sandiwara Pakatan Harapan Dalam Isu Perlantikan MPKK - MP Pasir Mas.

AHMAD FADHLI BIN SHAARI | LANTIKAN MPKK : KERAJAAN PAKATAN HARAPAN SEKALI LAGI BERSANDIWARA
Saya bangun bertanya lewat malam tadi di Dewan Rakyat berhubung lantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang baru bagi menggantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). 





Mengikut komitmen asal Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun pada 29 Jun 2018, kerajaan melalui kementerian telah menyerahkan segala urusan berkaitan pelantikan dan penamatan jawatan berkenaan kepada kerajaan negeri. 

Sudah tentu komitmen itu lahir dari kesungguhan untuk memastikan amalan federalisme dihormati tidak seperti apa yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Namun jawapan dari Timbalan Menteri, Sivarasa Rasiah malam tadi cukup mengecewakan. Beliau menyatakan bahawa mesyuarat kabinet telah memutuskan lantikan tambahan lima lagi anggota MPKK daripada kerajaan pusat di negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang walaupun makluman rasmi setakat ini sebelum ini kepada kerajaan negeri ialah kerajaan pusat menyerahkan sepenuhnya kuasa lantikan kepada kerajaan negeri.

Apakah tujuan perlantikan ini selain daripada mewujudkan sekali lagi 'kerajaan dalam kerajaan'? Adakah ini merupakan kali terakhir pencerobohan amalan federalisme yang akan dilakukan dalam masa tempoh 5 tahun pentadbiran Pakatan Harapan ini. 


Saya kira tidak, sudah pasti desakan demi desakan daripada akar umbi mereka di negeri-negeri pembangkang ini akan terus memaksa kerajaan membuat keputusan bagi memastikan jentera bawahan mereka di kampung-kampung boleh 'cari makan'.

Sekali lagi amalan federalisme dicabul oleh kerajaan Pakatan Harapan. Benarlah, some promises can be broken. Atau lebih tepatnya, promises are made to be broken. - 2 November 2018.

Terima Kasih Menteri MiTi Kerana Puji Kehebatan BN Menguruskan Negara.. - Najib Razak.

Najib Razak | TERIMA KASIH MENTERI MITI PUJI BN

Saya amat berterima kasih dengan Menteri MITI.

Beliau puji dan kata Malaysia kini berada di landasan baik untuk jadi negara 'Harimau Asia' yang digeruni.
Gambar dari dinding Facebook Najib Razak
Bank Dunia meletakkan Malaysia di tangga ke-15 dalam Laporan 'Doing Business' 2019, melonjak naik daripada tangga ke-24.

Pada asalnya saya ingat hebat juga Menteri kita ini, begitu besar sumbangannya dalam 5 bulan ini.

Saya pun belek laporan ini sebentar tadi.

Rupa-rupanya Bank Dunia memberi kejayaan ini berdasarkan prestasi Kerajaan BN dari tahun 2017 hingga 1 Mei 2018.

Kalau tidak rajin membaca, maka sesatlah jalan. Sila rujuk muka surat 5 ya Menteri

http://www.worldbank.org/…/En…/DB2019-report_web-version.pdf

Dan seingat saya, Menteri ini dilantik pada 2 Julai 2018.

Tapi tak apalah. Bagilah dia bergembira. Sekurang-kurangnya dia puji Kerajaan BN kerana meletakkan Malaysia di landasan baik selama ini.

Lena saya malam ini. - 2 November 2018.

Khamis, 1 November 2018

Ini Respon Netizens Mengenai Gaji Menteri Malaysia Dan Ada Yang Bertanya Kenapa Azmin, Mat Sabu Tak Isytihar Pendapatan?

SOSMED | Sosial media hari ini bagaikan dilanggar garuda apabila mendapat tahu gaji sebenar yang diterima oleh ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan dan menteri-menteri di Malaysia.

Setakat 1 November 2018, Lim Guan Eng menjuarai carta dengan meraih pendapatan bulanan tertinggi iaitu RM 86,464.92.

Namun angka ini mungkin berubah pada bila-bila masa apabila Azmin, Anwar, Muhammad Sabu memasuki carta.

Berdasarkan rekod di portal SPRM, Ahli Parlimen berprofil tinggi seperti Shafie Afdal, Anwar Ibrahim, Muhammad Sabu dan Azmin Ali belum lagi mengisyiharkan pendapatan masing-masing kepada SPRM setakat ini.

Nurul Izzah, Ahli Parlimen Permatang Pauh juga belum  mengisytiharkan pendapatannya kepada SPRM.

Ahli Parlimen PAS dan BN dipercayai tidak terikat dengan peraturan terbaru ini bagaimanapun ramai pihak berharap agar kesemua ahli parlimen dan anggota pentadbiran negeri turut mengisytiharkan harta dan pendapatan masing-masing kepada SPRM agar langkah Pakatan Harapan mahu mereformasikan pentadbiran negara yang bebas rasuah dan telus dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Dan berikut kami kongsikan sedikit pandangan netizens mengenai gaji menteri-menteri di Malaysia;

Sebab tula kerajaan takde duit.. 


Tak apa la gaji banyak asalkan bukan pendapatan hasil haram.. 
 

Gaji rakyat naik RM50 jaa.. 
 

Mana Menteri Ekonomi?
 

 
Meskipun pendedahan oleh SPRM ini disusuli dengan respon negatif oleh kebanyakan netizens, namun bagi pihak kami langkah Pakatan Harapan mendedahkan pendapatan masing-masing layak dipuji.

Soal samada mereka mendapat banyak atau sedikit, layak atau tidak layak, bersesuaian dengan hasil kerja atau tidak, anda boleh tentukannya dengan sentiasa semak dan imbang ahli parlimen masing-masing di tempat masing-masing. 

Jangan berdiam diri jika mereka ponteng parlimen. Jangan membela jika mereka tak buat kerja. Jangan menyokong jika mereka tak menyelesaikan masalah. Itu tugas anda sebagai pengundi. Sentiasalah semak setiap tindakan pemimpin kerajaan dan sentiasalah imbang setiap keputusan yang dibuat kerajaan bagi memastikan tugas yang mereka lakukan adalah berbaloi dengan gaji yang diterima setiap bulan. 

Jangan jadi pengundi yang hanya tahu nak marah sahaja bila menteri mendapat gaji yang tinggi tetapi tidak mahu memantau hasil kerja mereka di tempat masing-masing. Pengundi yang ignorant juga merupakan satu masalah.

Ini adalah kali pertama kerajaan melakukannya secara terbuka bagi merealisasikan ke arah pentadbiran yang telus dan bebas rasuah.

Usaha yang baik ini bagi pihak kami perlu dipuji dan jika anda memilih mengecam ahli-ahli parlimen ini kerana bersikap jujur, terbuka dan telus, terserah. - 1 November 2018.

SPRM Dedahkan Lim Guan Eng Raih Gaji Tertinggi, Azmin, Anwar Belum Isytihar Harta.

LAPORAN | Mulai tahun ini, SPRM akan mendedahkan pendapatan yang diraih oleh ahli-ahli politik khususnya yang memimpin dalam kerajaan hari ini.


Pendapatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri didedahkan dalam satu portal khas yang mengkhususkan mengenai gaji dan aset pemimpin serta pasangan masing-masing.

Rujuk : https://mydeclaration.sprm.gov.my/

Maklumat itu boleh diakses oleh sesiapa sahaja termasuklah oleh orang awam. Ini adalah kali pertama SPRM menguatkuasakan peraturan tersebut selepas Pakatan Harapan mengambilalih pentadbiran negara dari BN pada 9 Mei 2018 yang lalu.

Berikut kami susun pendapatan yang diraih oleh pemimpin-pemimpin negara mengikut susunan yang paling banyak dan kebawah;



Lim Guan Eng ditempat pertama dengan pendapatan bulanan RM 86,464.92. Selain pendapatan dirinya, beliau turut mengistiharkan pendapatan yang diraih oleh isterinya. Lim Guan Eng diketahui menjawat jawatan Menteri Kewangan, Ahli Parlimen Bagan dan ADUN Air Putih.

Saifuddin Nasution di tempat kedua. Beliau ialah Menteri KPDNKK, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu dan ADUN Pantai Jerejak. Beliau memperolehi RM 77,629.68 sebulan. Isteri beliau turut mengisytiharkan pendapatannya kepada SPRM.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohammad di tempat ketiga. Beliau meraih RM 75,861.57 bulanan. Pendapatan isterinya Tun Siti Hasmah turut diisytiharkan kepada SPRM.

4. Tuan Chow Kon Yeow | MP Tanjong, ADUN Padang Kota, KM Pulau Pinang : RM 73,576.15
 

5. Tan Sri Muhyiddin Yassin | MP Pagoh, ADUN GAMBIR, Menteri KDN : RM 72,276.37
 

6. Teresa Kok | MP Seputeh, Menteri Industri Utama : 
RM 68,142.66
 

7. Mohammad Bin Ketapi | MP Silam, Menteri Pelancongan : RM 67,483.43

8. Anthony Loke Siew Fook | MP Seremban, Menteri Pengangkutan : RM 64,569.81


9. Dato' Mansor Bin Othman | MP Nibong Tebal : RM 60,719.00


10. Tuan Larry Soon | MP Julau : RM 59,065.39

Datuk Larry ialah ahli perniagaan. Beliau tidak menjawat sebarang jawatan kementerian. Dato Mansor juga tidak menjawat sebarang jawatan di kementerian. Mereka berdua tersenarai mempunyai pendapatan 10 tertinggi bagi ahli politik di Malaysia. 


Di tempat kesebelas ialah Dato' Seri Wan Azizah. Perbezaan pendapatannya dengan Datuk Larry hanyalah sebanyak RM17.00 sahaja.

11. Dato Seri Dr. Wan Azizah | MP Pandan, Timbalan Perdana Menteri : RM 59,048.33

12. Gobind Deo | MP Puchong, Menteri SKMM : RM 58,100.98
 

Ahli Parlimen berprofil tinggi seperti;
 

Mujahid Rawa berada di tempat ke 17; pendapatan : RM 53,736.48

Yeo Bee Yin berada di tempat ke 19; pendapatan : RM 53195.69

Saifuddin Abdulah berada di tempat ke 20; pendapatan :
RM 52504.48




Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berada di tempat ke 24, dengan pendapatan bulanannya sebanyak  RM 50,253.88

Pendapatan terendah ialah YB Senator Waytha Moorthy A/L Ponnusamy. Di website SPRM tidak menyatakan pendapatan bulanan yang diraihnya namun namanya dimasukkan dalam rekod sudah mengisytiharkan pendapatan bulanan.

Manakala kami percaya pegawai SPRM telah tersalah 'key in' maklumat bagi pendapatan bulanan Baru Bian.


Dalam rekod SPRM juga menyatakan individu pertama yang mula mengisytiharkan pendapatan bulanannya ialah Teresa Kok. Beliau menghantar maklumat pendapatan seawal 1 Oktober 2018. Kemudiannya disusuli Dr. Xavier, Khoo Poay Tiong, Syed Saddiq, Tony Pua, pada 2 Oktober 2018.


Daripada 125 Ahli Parlimen Pakatan Harapan, 72 telah mengisytiharkan harta dan pendapatannya kepada SPRM manakala 53 orang belum lagi berbuat demikian. Ini termasuklah Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.
  
Manakala 51 anggota pentadbiran (kabinet Tun Mahathir), 33 darinya telah mengisytiharkan pendapatan dan hartanya manakala 18 yang lain belum lagi berbuat demikian.

Langkah kerajaan Pakatan Harapan memaparkan secara terbuka pendapatan yang diraih oleh Ahli Parlimen dan anggota kabinet adalah sebahagian dari proses reformasi ke arah pentadbiran yang telus dan bebas rasuah. - 1 November 2018.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...