Jumaat, 2 November 2018

Matawang Malaysia Jatuh Dan Semakin Melemah - Najib Razak.

NAJIB RAZAK | Sahabat saya menghantar carta ini kepada saya. Benar kata mereka. Najib turun, Ringgit ‘naik’!

Tetapi kalau kita perhatikan carta ini dengan teliti, ‘kenaikan’ ini sebenarnya menunjukkan kelemahan Ringgit sejak PRU14.

Sebelum PRU14, kita perlu RM3.85 untuk membeli satu dolar Amerika. Kini kita perlu RM4.18.


Sebelum PRU14, nilai Ringgit semakin memulih selepas menerima tamparan hebat akibat kejatuhan harga minyak sebanyak 80% kepada US$28 satu tong tahun 2015 dan 2016.

Selepas PRU14 pula, nilai Ringgit tiba-tiba bertukar haluan.

Dari semakin memulih kepada semakin jatuh walaupun harga minyak dunia naik.

Hari ini, Ringgit sudah sampai ke RM4.18 berbanding dolar Amerika! Perbezaan sebanyak 33 sen berbanding bulan sebelum PRU14 walaupun harga minyak dunia kini di sekitar US$75 hingga US$80 satu tong.

Jika kita tanya Menteri Kewangan kini mengapa Ringgit sudah turun, dia akan menjawab dengan banyak sebab-sebab seperti perang dagangan antarabangsa, Ringgit masih kukuh berbanding negara-negara lain, kenaikan faedah untuk bon Amerika dan banyak lagi alasan.

Tetapi sebelum PRU14, orang yang sama ini akan menjawab "salah Najib" setiap kali Ringgit turun. - 2 November 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...