Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 18 November 2017

Melawat Anwar Di HKL Ialah Propaganda Politik Najib?

Kenyataan Media

ÀDAKAH KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) JUGA AKAN BERSIKAP ADIL PADA TOKOH-TOKOH PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN   SERTA AHLI KELUARGA TERDEKAT UNTUK MENZIARAHI DATO SERI ANWAR IBRAHIM DI HKL?!

Dato Seri Anwar Ibrahim secara peribadi adalah seorang tokoh yang amat berjiwa besar.

Sebagai seorang mukmin juga, kita harus menerima serta mengalu-alukan sesiapa saya yang ingin menziarahi orang yang sakit.




Saya amat menghormati dan menyokong pandangan Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus (Naib Presiden Parti Amanah) yang memberi pandangan ikhlas bahawa kita harus hormati pesakit, layanilah tetamu, jangan berburuk sangka dan berwaspadalah dengan sesiapa saja!!

Ini adalah ajaran agama islam yang tulen berteraskan al quran serta as sunnah.

Namun, saya juga berharap agar kementerian dalam negeri (KDN) turut bersikap adil pada keseluruhan tokoh-tokoh pemimpin utama Pakatan Harapan yang ingin menziarahi Dato Seri Anwar Ibrahim di HKL.

Begitu juga dengan kebenaran oleh KDN yang harus diberikan kepada ahli-ahli keluarga Dato Seri Anwar Ibrahim yang terdekat!!

KDN harus bersikap adil dan jangan pilih kasih!!

Keseluruhan rakyat jelata akan menghormati KDN sekiranya bersikap adil kepada kesemua tokoh-tokoh utama Pakatan Harapan serta ahli keluarga terdekat untuk menziarahi Dato Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menerima rawatan setelah menjalani pembedahan bahu kanan beliau.

KDN juga mesti membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka tidak mempunyai agenda politik yang tersirat dengan membenarkan Najib Tun Razak dan isteri menziarahi Dato Seri Anwar Ibrahim di HKL dua hari yang lepas.

Kerajaan kleptokrasi mesti membuktikan bahawa lawatan Perdana Menteri serta isteri bukannya satu agenda politik!!

Sekiranya KDN membenarkan juga tokoh-tokoh utama Pakatan Harapan menziarahi Dato Seri Anwar Ibrahim di HKL; ini membawa erti Menteri Dalam Negeri adalah seorang yang ikhlas tanpa mempunyai sebarang agenda politik apabila membenarkan Najib Tun Razak dan isteri menziarahi Dato Seri Anwar Ibrahim yang juga ditemani oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di HKL pada waktu itu!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat

Terus Buat Kerja, Tak Perlu Layan Perangai Penyokong PH Kata Naib Presiden PAS.

Kenyataan Media

Tugas kita bekerja dan merancang untuk kejayaan. Kalah menang serah kepada Allah SWT. Jika kita tidak bekerja, bermakna kita merancang untuk kegagalan.  Perkukuhkan jati diri ahli dan parti. Yakin kepada prinsip perjuangan, patuh dan wala' kepada arahan parti. Inilah rahsia kejayaan parti.

Biar orang hina kerana kita berpegang dengan prinsip Islam. Jangan orang benci dengan peribadi kita yang buruk. Kita bukan maksum dan suci daripada dosa.

Walau pun orang kata kita parti suci, biarlah orang kata. Kita tidak pernah kata. Suci lawannya kotor. Antara kotor dan suci, sudah pasti orang yang waras akan pilih yang suci.

PRU sudah tidak lama lagi. Ia menjadi tanda tanya dan teka teki. Inilah hebatnya negara yang merdeka lebih 60 tahun tetapi tarikh pilihanraya menjadi rahsia. Diandaikan pilihanraya didalam bulan Mac 2018, bermakna masa hanya tinggal 14 kali Jumaat lagi. 



Ertinya bukan lama mana dah pilihanraya akan berlangsung. Pejam celik, pejam celik sampailah waktu dan ketikanya.

Pilihanraya memerlukan jentera yang kuat. PAS sebagai sebuah parti Islam dan pembangkang sudah tentu memerlukan komitmen yang tinggi di kalangan ahli dan pimpinan. PAS bukan ada 3 M ( money,media, machinery) seperti yang dimiliki oleh Umno BN. Tetapi PAS ada ahli yang komited dan ikhlas.

InsyaAllah PAS kaya semangat ,walau pun kita miskin harta. Sebagaimana Nabi SAW  bersabda bermaksud " Bukanlah kaya, kaya harta. Tetapi kaya dengan semangat".  Inilah rahsia kekuatan PAS sejak 66 tahun dan 13 kali pilihanraya. PAS mampu bersaing dengan umno.

Pilihanraya tidak cukup dengan hero di media sosial sahaja. Kita masih menghadapi masalah pengundi yang buta maklumat dan tidak berapa kisah dengan media sosial. Masih bergantung dengan media konvensional televisyen.

Pengundi perlu disantuni untuk bersama dengan PAS. Kena mengetahui pantang larang. Sosial budaya pengundi berbeza antara satu bangsa dan kaum. Pengundi bandar dan kampung juga berbeza  antara satu sama lain. Latar belakang pendidikan  juga berbeza mempengaruhi pola pengundi

Kalau orang berpendapat pilihanraya hanya berasas kepada sentimen semata- mata maka ini pandangan yang silap. Gelombang berlaku hanya bermusim seperti perpecahan di dalam umno. Ia bukan selalu, itu pun hanya mempengaruhi setempat tidak menyeluruh.  Tetapi kekuatan jentera adalah perkara yang paling penting. Ia tidak bergantung kepada isu semata- mata.

Teras politik Malaysia ialah melayu. Tembok khurafat hanya umno sahaja yang boleh jaga melayu perlu diroboh. Mesti yakinkan bahawa PAS mampu menjaga melayu. Oleh itu isu yang mengguris perasaan orang melayu perlu dielakkan. Kena maklumkan bahawa melayu boleh diselamatkan dengan Islam.

Pengundi bukan Melayu terutama cina, mereka tidak ada parti.  Pola undi mereka lebih kepada arahan Dewan Perniagaan Cina, Persatuan Pendidikan. NGO inilah yang berperanan menentu kepada mana-mana sokongan.  Tumpuan lebih mereka ialah kepada ekonomi. Orang Cina marah kepada BN di bawah kepimpinan DS Najib kerana kos sara hidup yang meningkat.

Oleh itu musuh PAS membuat fitnah kononnya PAS bersama umno. Gambar pemimpin PAS bersama dengan pemimpin umno disebar dalam masyarakat cina. Ini yang menyebabkan orang cina marah kepada PAS. Apabila kita tunjuk gambar pemimpin Dap bersama dengan pemimpin Umno, mereka terkejut. Tapi kita tidak katalah pemimpin Dap mahu masuk BN.

Bukan setakat gambar berlaga pipi malahan berlaga perut pun ada. Oh akan adalah cyber trooper mereka akan bela, ini gambar kerajaan dengan kerajaan. Kalau pemimpin PAS tak boleh, kalau mereka boleh.  Walau pun pemimpin PAS hadir program kerajaan tetap juga dikatakan PAS bersama umno.  Biarlah dengan mereka . Teruskan buat kerja. Tidak perlu habis masa melayan golongan ini. Banyak lagi kerja kita.


Ustaz Haji Idris Haji Ahmad
Naib Presiden PAS.

Cybertroopers UMNO Dapat Telefon, Laptop, Dibayar Antara 500 Hingga 3,000 Sebulan.

Oleh : The Malaysian Insight

Ketika blogger pro-Umno dan tentera siber dikenali dengan nama "budak sri kinta" mula aktif memuat naik pandangannya secara online, ia hanya dipenuhi dengan keinginan untuk mencabar kehadiran dominan pembangkang di media sosial selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.

Sembilan tahun selepas itu, apa yang bermula sebagai usaha sukarela kini jadi pekerjaan hampir sepenuh masa untuk membantu Umno memenangi perang politik dalam dunia media sosial, dan memastikan Barisan Nasional (BN) tidak sekali lagi mengulangi pencapaian terburuk mereka dalam PRU itu.

"Budak sri kinta" merupakan antara ribuan jentera siber Umno yang kebanyakannya terdiri daripada ahli dan penyokong Umno di peringkat pusat hingga ke akar umbi.
 
 
Mereka inilah pahlawan kekunci atau “keyboard warior” yang menggunakan platform media sosial untuk menangkis setiap serangan pembangkang terhadap kerajaan.

Tidak hanya terhad menangkis serangan, tentera siber itu menjadi tulang belakang dan sebagai medium informatif menyebarkan dasar dan kejayaan yang dibuat parti dan kerajaan kepada rakyat.
 
Katanya, kebangkitan tentera siber Umno tercetus pada PRU12 yang ketika itu menyaksikan BN hilang beberapa negeri.

"Ramai ketika itu tampil berjuang termasuk saya. Sebab sentimen pada masa itu kita tak nak DAP ambil alih Malaysia."

PRU12 pada 2008 menyaksikan BN mengekalkan kerusi Parlimen namun kalah di peringat Dewan Undangan Negeri dengan kehilangan Pulau Pinang, Selangor dan Kedah.

"Sebenarnya semua boleh jadi tentera siber ini asalkan pandai main di sosial media," kata blogger itu ketika ditemui The Malaysian Insight.

"Kebanyakannya sukarelawan tapi ada juga yang buat sepenuh masa, daripada biro IT bahagian. Oleh itu agak sukar untuk kita tahu jumlah sebenar tentera siber," katanya.

Pengerusi Biro IT Umno Malaysia ialah Ahmad Maslan dan terdapat sembilan ahli jawatankuasa atau penyelaras setiap negeri.

Pada 4 November lalu, biro itu menganjurkan konvensyen tentera siber Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan kehadiran lebih 3,500 blogger.

Tentera siber Umno dibayar?

Ketika ditanya sama ada tentera siber dibayar atau tidak, blogger itu berkata situasinya bergantung berdasarkan pecahan kumpulan tentera siber.
 
Katanya, ada tentera siber sukarelawan dan memang tidak dibayar dan hanya menerima hadiah ketika majlis tertentu seperti berbuka puasa dan sebagainya.

"Macam saya setelah berapa lama dalam dunia media ada pemimpin parti yang memberikan sikit imbuhan bagi menampung perbelanjaan bil telefon, Internet dan sebagainya,” katanya.

Beliau juga tidak menafikan ada tentera siber yang dibayar secara bulanan antara RM500 hingga RM3,000 oleh kumpulan tertentu melalui Pejabat Perdana Menteri selain diberikan peruntukan seperti telefon dan komputer riba.

Trend berubah

Blogger yang mahu dikenali sebagai Faisal Rohban berkata beliau menolak untuk dilabelkan sebagai tentera siber sebaliknya lebih senang dipanggil aktivis media sosial.
 
Beliau aktif di media sosial sejak 2008 tetapi sebelum itu banyak menyumbang artikelnya kepada akhbar Utusan Malaysia sehinggalah trend menulis di blog muncul di Malaysia.

Katanya, trend tentera siber kini mula berubah daripada dulunya identiti mereka disembunyikan dan banyak menggunakan nama gelaran tetapi kini mula mendedahkan nama.

“Sebelum ini saya tulis tentang sesuatu isu saya akan telefon pihak yang ada kaitan untuk kita sahkan supaya setiap apa kita tulis kena ada fakta sumber, dan cara ini pun dinasihatkan oleh pemimpin Umno.

"Lagi satu sukar juga untuk tentera siber sembunyikan identiti kerana kalau di Facebook pun sekarang syaratnya amat ketat, tak boleh ada akaun sembarangan nak buat."

Faisal yang menjalankan perniagaan sendiri berkata beliau tidak menerima apa-apa bayaran namun mengakui adanya sumbangan diberi dalam majlis khas tertentu.

"Kita memang tidak terima apa-apa wang pun tapi biasanya kalau ada sambutan majlis Aidilfitri dengan media sosial, blogger diberi hadiah."
  
Ditanya mengapa beliau mahu memperjuangkan parti itu walau tidak dibayar, Faizal berkata ia lebih kepada rasa tanggungjawab sebagai ahli Umno.

"Apabila kita kata dapat hasil faedah daripada kerajaan bukan bermakna kerajaan datang longgokkan duit seketul kepada kita.

"Ia melalui persekitaran ekonomi yang baik. Apabila ekonomi baik dan berkembang rakyat akan dapat faedah. Saya tidak pernah ada urusan perniagaan dengan kerajaan walaupun RM1," katanya.

Pengotor, Saja Tinggalkan Sampah Lepas Program - Pengarah Komunikasi Amanah.

Pengarah Komunikasi Amanah Wilayah Persekutuan, Tarmizi Mohd Jam hari ini membidas pihak yang mengadakan program di Wisma Tok Guru sebagai pengotor kerana dakwanya dengan sengaja meninggalkan longokkan sampah sesudah selesainya program yang dijalankan oleh kumpulan tersebut.

PAS sebelum ini dilaporkan mengadakan Himpunan Solat Hajat & Kesyukuran selepas mahkamah menolak injuksi Husam Musa bagi pemilikan tanah yang menempatkan Wisma Tok Guru.

Tanah itu dibeli oleh Yasin dengan nilai rm700,000 dari isteri arwah Datuk Rosli yang sebelum ini memberikan keizinan kepada Husam Musa untuk terus menggunakan bangunan dan tanah tersebut meskipun telah bertukar parti daripada PAS kepada Amanah di Kelantan.

Alasan mahkamah menolak injuksi Husam Musa itu ialah kerana tiadanya 'locus standi' dan Amanah perlu membuka pintu kepada PAS untuk memasuki kawasan dan menjalankan aktiviti mereka di atas tanah tersebut.

Bagaimanapun Husam Musa memohon injuksi kedua bagi menentukan pemilikan ke atas bangunan yang didirikannya di atas tanah berkenaan.

"Apakah mereka pengotor atau hati mereka yang kotor sarat dengan dendam kesumat sehingga tak reti nak bersihkan, longgokkan sampah di tempat yang sepatutnya?," soal Pengarah Komunikasi Amanah dalam satu kenyataan di Facebooknya. 







Selain isu sampah, pihak yang tidak dinamakan itu turut disindir isu salah qiblat walaupun individu yang menyebarkan tuduhan berkenaan telah membetulkan kenyataannya dan meminta maaf secara terbuka.

"Sah itu sampah sarap mereka hasil acara solat hajat yang salah arah qiblat. Lagak sampah-sampah itu diletak dan yang diteraburkan dalam tandas serta tempat wuduk, sangat sukar untuk mengatakan ia dibuat tanpa iringan perasaan dendam, marah," tambahnya lagi. 

Patutlah sampai tersalah qiblat yang tak sepatutnya berlaku oleh sebuah parti suci. Amacam?," katanya mengakhiri status berkenaan.

DAP Persoalkan PDRM, Kenapa 'Datuk Seri' Yang Pukul RELA Tak Pakai Baju Lokap Ketika Direman.

Oleh : Malaysiakini

Wakil rakyat DAP mempersoalkan mengapa 'Datuk Seri' yang didakwa memukul anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) tidak perlu memakai pakaian tahanan lokap ketika dibawa ke mahkamah untuk perintah lanjutan reman, baru-baru ini. 

Mereka merujuk Liow Soon Hee, 29, ahli perniagaan yang menjadi perhatian awal bulan ini dan kini didakwa atas tuduhan menyerang anggota tiga anggota RELA dan kesalahan berkaitan dadah. 

Dia sebelum ini direman empat hari bagi membantu siasatan. Anggota Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku Lau Weng San menggesa Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memberi penjelasan berhubung "layanan istimewa" itu. 

"Mengapa kita perlu beri layanan istimewa kepada Liow dengan (membenarkannya) memakai seragam syarikatnya? Bukankah itu memberi publisiti kepadanya?" katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP Selangor, hari ini. 

Ahli politik dan pakaian lokap Lau berkata anggota polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sentiasa memastikan tahanan memakai seragam lokap berwarna jingga atau ungu ketika dibawa ke mahkamah untuk perintah lanjutan reman. 

Sebagai bukti, beliau menunjukkan gambar Exco kerajaan Pulau Pinang Phee Boon Poh, bekas Exco kerajaan Johor Datuk Abdul Latif Bandi dan ADUN Perak Tan Kar Hing dan Chang Lih Kang. 

Phee ditahan reman bagi dakwaan salah guna kuasa berkaitan kilang penapis karbon yang beroperasi secara haram, manakala Abdul Latif direman dan dihadapkan 33 tuduhan rasuah hartanah. Kedua-duanya memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga ketika dibawa ke mahkamah. 

Tan dan Chang pula memakai pakaian lokap ungu PDRM bagi kes himpunan 'Tangkap MO1 (Malaysian Official 1)' tahun lalu. Lau berkata beliau akan menghantar surat kepada kepimpinan polis untuk mengaturkan pertemuan bagi mendapatkan penjelasan.  

Anggota Parlimen Segambut Lim Lip Eng pula berkata, tahanan sepatutnya tidak perlu memakai pakaian lokap kerana mereka masih belum dibuktikan bersalah. 


"Mereka ditahan, bukannya didakwa. 

Tetapi mereka memakai seragam lokap ketika dibawa ke mahkamah...Mereka sepatutnya bebas memakai pakaian sendiri. Ini adalah prinsip 'tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya'. 

"Mereka diaibkan walaupun belum dijatuhkan hukuman bersalah. Keluarga dan anak mereka turut berhadapan aib yang sama," katanya yang juga seorang peguam. 

Bekas IGP Tan Sri Khalid Abu Bakar pernah dilaporkan berkata, pemakaian seragam ungu bagi tahanan polis adalah amalan biasa untuk membezakan mereka dengan orang awam. 

Namun ia disangkal anggota parlimen Padang Serai N Surendran yang berkata polis telah melanggar prosedur operasi piawai (SOP) mereka sendiri dengan berbuat demikian. 

Surendran berkata amalan itu mencetuskan prejudis terhadap suspek. 

Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah sebelum ini juga menyifatkan tindakan memaksa individu memakai baju lokap dan digari ketika ke mahkamah melanggar hak kebebasan asasi yang dilindungi perlembagaan.

Amanah, Jangan Lagi Guna Nama Tok Guru Rayu Adik ATGNA..

Adik arwah Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Haji Nik Razi melahirkan rasa kecil hati terhadap Amanah bagi pihak keluarga Arwah Nik Aziz kerana menggunakan nama Tok Guru. 

"Sahabat-sahabat saya dari parti Amanah saya merayu jangan gunalah lepas pada hari ini nama Tok Guru. Naya. Saya mewakili keluarga Tok Guru. Kecik hati. 

"Dukacita saya sebagai wakil tok guru, diperalatkan nama tok guru untuk menentang tok guru," katanya ketika mengimamkan solat hajat dan himpunan kesyukuran di Wisma Tok Guru pada khamis.

Himpunan tersebut diadakan selepas mahkamah menolak injuksi yang dibuat oleh Husam Musa untuk menghalang Yasin daripada memasuki tanah yang dibelinya pada harga 700,000.


Tanah yang menjadi perebutan Husam dan Yasin ialah tanah yang menempatkan pejabat Amanah Kelantan dan pejabat Dun Salor.

Meskipun kalah dalam keputusan tersebut, Husam Musa telah menfailkan injuksi baru bagi menentukan hak milik bangunan yang terdapat di atas tanah tersebut. 

Ustaz Haji Nik Aziz turut menegaskan tidak wajar bagi sesiapa yang mempergunakan nama Tok Guru untuk menentang Tok Guru. 

Beliau turut menzahirkan kekesalan kerana Amanah mahu melawan kerajaan pimpinan PAS di dalam pilihanraya. Sedangkan sebelum ini semuanya adalah kawan-kawan.

"Sekali lagi saya sebut. Cukuplah. Dengan apa yang berlaku, dengan apa yang berlalu, jangan lagi guna nama Tok Guru. 

Dan orang yang guna nama Tok Guru menentang Tok Guru tak akan selamat dunia dan akhirat," katanya lagi.
 

Ahmad Maslan Bengang Difitnah, Lapor SKMM.

Sejak khamis terdapat beberapa pro pembangkang (atau lebih tepat pembangang) yang menyebarkan satu poster yang menfitnah Timbalan Menteri di MiTi, iaitu Datuk Ahmad Maslan.


Poster tersebut menyatakan kononnya Ahmad Maslan menyebut, "Kerajaan naikkan harga minyak untuk mengurangkan kemalangan jalanraya," dan ianya tular kerana disebarkan secara berleluasa oleh penyokong-penyokong pembangkang. 

Penyebaran poster itu akhirnya sampai ke dalam pengetahuan Ahmad Maslan. Maka, dia meluahkan rasa bengangnya menerusi Twitter.

"Infografik yang disebar ini fitnah bodoh. Dahlah fitnah, bodoh pula. 

1. Saya tak pernah sebut kenyataan ini. 

2. Apa hal saya nak sebut tentang harga minyak, bukan bawah MITI. 

3. Harga minyak Msia ikut harga minyak dunia, bukan Kjaan yang naik atau turunkan. #SKMM elok tangkap mereka ini!," katanya dalam satu kenyataan pada jumaat.

Turut difahamkan yang pegawai Ahmad Maslan telah membuat laporan SKMM atas perkara tersebut. 

Yang sebarkan memang bodoh juga. Mungkin ada yang berniat troll. Tapi troll kalau tak nampak macam troll, ianya menjadi fitnah.

Sekarang neh musim tengah panas. Musim pilihanraya. Kita silap sikit, kita akan kena. Dan bila kita didakwa atas perbuatan dan kecuaian sendiri, apakah kita fikir akan ada pemimpin-pemimpin pembangkang disitu untuk membantu meringankan beban kita?

Jawapannya tidak ada. Sebab tu kena berpada dalam menyebarkan apa-apa sahaja perkara. Malahan kena berpada juga dalam membantu orang. Aku sendiri pernah kena sebab tolong orang. Dalam politik neh, bukan semua orang kau boleh percaya.

Berbalik kepada topik asal. Kenapa ada orang mempercayai kenyataan itu keluar dari mulut Ahmad Maslan? Kerana Ahmad Maslan ada track record yang cemerlang dalam mengeluarkan statement bodoh sebelum ini. Jadi bila nampak poster tu, tiada lagi sangka baik terhadap beliau. Dan orang mudah percaya berdasarkan 'sejarah' Ahmad Maslan.

Suatu ketika dahulu, ada dua orang menteri berkata rakyat sudah menerima kehadiran GST.

Ahmad Maslan dan Hassan Malek orangnya. Kedua-duanya berkata begitu tapi atas alasan yang berbeza. Ahmad Maslan sebut begitu dengan mengatakan rakyat sudah faham yang kerajaan akan manfaatkan GST untuk membantu rakyat.

Manakala Hassan Malek (bekas menteri) sebut begitu dengan mengatakan aduan ke atas GST susut, berkurangan dari sehari ke sehari.

Baik Ahmad Maslan dan Hassan Malek, kedua-duanya telah membayangkan rakyat 'okay' dengan GST.

GST dilaksanakan, subsidi dihapuskan, peruntukan untuk beberapa perkara dikurangkan, dikecilkan, ada yang dihapuskan, ditunda dan dibatalkan. 

Bermaksud, kau kena bayar lebih tetapi subsidi/peruntukan semakin berkurangan = ini maksudnya membantu rakyat dengan pelaksanaan GST ke?

Tahun 2016 menyaksikan khidmat doktor terbang, FDS (Flying Doktor Service) dibatalkan di Sabah.

Baca : FDS Sabah batal, gantikan klinik setempat

Bernama melaporkan kenyataan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee yang perkhidmatan tersebut dibatalkan kerana kos. 

Ia dibatalkan pada tahun 2016; selepas GST dilaksanakan, selepas SUBSIDI dikurangkan, dimahsuhkan.

FDS ialah perkhidmatan kesihatan untuk masyarakat pendalaman.

Jadi, apa yang GST untuk bantu rakyatnya bila perkhidmatan yang mensasarkan rakyat dibatalkan? Mungkin betullah nak bina klinik, kita sangka baikla walaupun tak didedahkan dengan perkembangan selanjutnya.

Pada November 2016, ada NGO yang kutip derma, membina klinik di Sabah.

Baca : NGO kutip derma, bina klinik. 

Jadi, jika nak kata pelaksanaan GST memanfaatkan rakyat, dayus la pada rakyat yang tak merasakan langsung perkara tersebut kan?

Begitu juga tentang aduan GST. Yang miskin dah penat nak mengadu. Bukan ada apa-apa perubahan pun kalau kau mengadu, betul?

Mereka terpaksa membiasakan diri dengan GST sebab kalau tak nak terima pun bukan ada apa-apa perubahan. 

Tak patut kita menfitnah menteri. Dan menteri pun tak patut keluarkan kenyataan yang memperbodohkan diri dan rakyat. Apatah lagi kenyataan yang tak mencerminkan hakikat.

Khamis, 16 November 2017

Wisma Tok Guru, PAS Ada Hak Atas Tanah, Jika Masuk Bangunan Itu Pencerobohan Kata Husam.

Kenyataan Media.

INJUNKSI DITOLAK, MENUNGGU PERBICARAAN LANJUT 4 DISEMBER 2017

Permohonan injunksi saya ditolak. Permohanan asal untuk Mahkamah menentukan milikan bangunan Wisma Tok Guru pula akan didengar pada 4 Disember 2017. 

Penolakan injunksi bermakna Pas boleh menjalankan aktivitinya di atas 'tanah' lot-lot berkenaan. 


Namun perintah penolakan permohonan Injuksi oleh Mahkamah tidak menyentuh tentang hak saya kepada keseluruhan bangunan WTG termasuklah dewan terbuka berbumbung. 

Jika bangunan tersebut dimasuki PAS maka ianya suatu pencerobohan sehingga Mahkamah bersidang dan memutuskan kedudukan milikan bangunan berkenaan pada Disember ini. 

Saya menerima keputusan dengan lapang dada. Saya ucapkan berbanyak terima kasih pada team peguam dan para penyokong Amanah dan orang ramai yang mengiringi perbicaraan. 

Juga YA Hakim Mahkamah Tinggi KB yang membicarakan kes. 

YB Dato Husam Musa 
16 November 2017/27 Safar 1439

Penyewa PPR Akan Menjadi Pemilik, Jika BN Menang Selangor.

Oleh : Bernama

Barisan Nasional (BN) berjanji akan melaksanakan sistem ‘sewa dan beli’ Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Selangor sekiranya diberi mandat untuk memerintah negeri itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. 


Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar berkata PPR terlibat ialah PPR Lembah Subang 1, Kota Damansara, Hicom, Seksyen 26 di Shah Alam dan Serendah yang ketika ini diuruskan oleh kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR. 

“Sekiranya BN diberi mandat untuk memerintah Selangor kelak, saya janji program ini akan dijalankan. Kita mahu golongan berpendapatan rendah yang menjadi penghuni PPR ini dapat merasa menjadi pemilik rumah dan bukan selamanya menjadi penyewa,” katanya. 

Noh berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan pejabat Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia cawangan Selangor, di Shah Alam hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan negeri yang mahu melupuskan tunggakan sewa penghuni PPR di Selangor seperti diumumkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2018 baru-baru ini. 

Menurut Noh, pemansuhan tunggakan sewa tersebut dilihat tidak mampu menyelesaikan isu perumahan rakyat dalam jangka masa panjang terutama membabitkan peluang mereka untuk memiliki kediaman sendiri. 

"Jika kerajaan negeri khususnya Menteri Besar (Mohamed Azmin) nak ringankan beban rakyat dan memastikan rakyat mempunyai peluang memiliki kediaman sendiri, mengapa mereka tidak umumkan sahaja skim sewa dan beli kepada penghuni PPR,” soalnya. 

Pada Ogos lalu, program sewa dan beli PPR telah dilaksanakan di lima PPR bagi penyewa yang layak, iaitu di Gua Musang, Kelantan sebanyak 1,000 unit; Kampung Hassan, Hulu Selangor (300 unit); Lembah Subang 2, Selangor (1,580 unit); Ladang Siliau, Negeri Sembilan (300 unit) dan Jinjang, Kuala Lumpur (1,000 unit). 

Program itu membolehkan penyewa memiliki rumah selepas membayar sewa bulanan dalam satu tempoh masa yang akan diputuskan kemudian.

BN Bersyukur, Rafizi Rosakkan Pembangkang Dari Dalam - Rizal Mansor.

Pegawai Khas kepada Datin Seri Rosmah Mansur, Dato Rizal Mansur hari ini menulis bahawanya BN perlu bersyukur kerana Rafizi berada di dalam kem pembangkang. 

Ini menurutnya, tingkahlaku Rafizi yang menghuru-harakan pembangkang dari dalam memudahkan kerja-kerja Barisan Nasional untuk terus menyakini rakyat.


"Inilah ‘keistimewaan’ yang ada dalam pembangkang di negara kita. Walaupun mereka ada organisasi tetapi ianya sekadar untuk dicetak di atas kertas sahaja. 

Yang sebenarnya, sesiapa sahaja boleh ambil jawatan sesiapa untuk mengumumkan apa sahaja dasar atau polisi. Terlalu banyak kepala. Apabila kalah dalam pilihanraya, maka mulalah menyalahkan parti lawan. Pengundi hantu, tipu undi, dan macam-macam lagi," katanya memulakan bicara. 

Pegawai Khas Rosmah itu juga berpendapat Rafizi berperanan merosakkan pembangkang dengan membuat Langkah Kajang dan memecat Khalid Ibrahim dari kerusi Menteri Besar Selangor dan seterusnya menubuhkan Invoke.

Dan perkara itu diburukkan dengan tindakan Rafizi yang 'hijack' perkara yang sepatutnya dilakukan dan diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan.

"Ambil contoh dalam kes ini. Pengerusi Pakatan Harapan adalah Tun M. Tiba-tiba semalam Rafizi pula yang ambil alih jawatan itu. Apabila dia mengumumkan satu perkara yang sepatutnya diumumkan oleh Pengerusi PH. 

Selain mengambil alih jawatan Pengerusi PH daripada Tun M, Rafizi juga telah ambil alih jawatan Presiden PKR daripada Wan Azizah. Yang berkuasa memilih calon pilihanraya bagi PKR adalah Wan Azizah. Yang terjadi sekarang pula sebaliknya". 

"Rafizi telah memilih calon-calon. Kita di BN sebenarnya perlu bersyukur kerana adanya orang seperti Rafizi dalam kem musuh. Keberadaan dia disana banyak memudahkan kerja-kerja kita. 

Hilangnya Tan Sri Khalid Ibrahim dan hancurnya Pakatan Rakyat adalah melalui projeknya, Langkah Kajang. Selepas ini akan hancur pula Pakatan Harapan kerana satu projek yang bernama Rafizi Bayar Rafizi yang dikendalikan oleh Invoke dan KEIP," tulisnya di dalam satu kenyataan Facebook hari ini. 

Rizal Mansor turut memerli Ahli Parlimen Pandan itu yang kononnya Mahathir akan berasa marah jika disuruh untuk mengisytiharkan hartanya.

"Ada ke patut dia nak ajak Tun M dan Mukhriz isytihar harta ? Baru saja terdedah bagaimana kisah kekayaan dan kemewahan cucu yang mendapat hadiah bot dari bapa untuk mengelilingi dunia. Tak patutlah. 

Sudahlah kau hijack jawatan dia, kemudian nak minta dia isytihar harta pula. Marahlah dia. Sekarang Rafizi nak kutip derma lagi untuk Invoke bagi membayar gaji pendahuluan untuk tahun depan ke?," sindir Rizal Mansor.

Terdahulu, Rizal Mansor memuji tindakan PAS yang memilih untuk berkecuali dalam pengundian #bajet2018 di Parlimen.

"Saya cukup menghormati pendirian ahli-ahli Parlimen PAS yang mengambil sikap berkecuali ketika pengundian Bajet 2018 di Dewan Rakyat baru-baru ini. 

Mereka berkecuali kerana mereka mampu menilai bahawa terdapat banyak perkara yang membawa kebaikan untuk rakyat dalam bajet itu dan kalau ia ditolak, maknanya mereka menolak manfaat untuk rakyat. 

Kita faham tugas pembangkang sebagai blok yang membuat 'check and balance' dalam sistem berparlimen di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan. 

Rizal turut mempersoalkan tindakan DAP yang menolak belanjawan 2018 sebagai menolak peruntukan untuk membangunkan Pulau Pinang dan rakyat Malaysia secara amnya.

"Tetapi sebagai wakil rakyat, janganlah hanya kerana semata-mata menjadi pembangkang, maka mereka perlu menolak bajet ini. Tolak belanjawan 2018, maknanya tolak bantuan BR1M untuk rakyat, tolak kenaikan gaji dan bonus khas kakitangan awam dan tolak bantuan pendidikan dan pembangunan untuk negara. 

Apakah dengan menolak bajet ini bermakna DAP juga menolak menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan menolak bantuan untuk pekebun kecil serta dana kampung Cina di seluruh negara?," tulisnya.

"Juga, bagaimana kerajaan nak bayar gaji dan elaun ahli parlimen pembangkang jika mereka menolak belanjawan ini? Sedangkan ternyata bajet ini baik untuk rakyat Malaysia secara keseluruhan termasuklah untuk kaum Cina, India dan lain-lain. 

Perbuatan pembangkang yang membangkang secara buta tuli inilah yang disebut ‘bangkang dari longkang’. Kita faham pembangkang mahu menang PRU14 tetapi janganlah dikorbankan segala manfaat yang bakal diraih oleh rakyat semata-mata untuk berlagak hero atau berlakon seperti jaguh," katanya lagi.

Menteri Pendidikan Nafi Guna Meja Lintas Banjir Kerana Sayangkan Kasut.

Baru-baru ini tersebarnya gambar Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berjalan di atas meja di sebuah sekolah yang dilanda banjir di Pulau Pinang.

Ekoran itu, Setiausaha Akhbarnya, Datuk Mohd Razman Yaacob kesal dengan fitnah di media sosial yang kononnya perbuatan pemimpin tersebut kerana sayangkan kasutnya.

Menurutnya, tindakan menyebarkan berita dan gambar tanpa asal usulnya hanya bertujuan memburukan nama pemimpin di media sosial.


"Fitnah daripada pihak tertentu ini adalah tidak wajar. Kita kena fikir dahulu sebelum fitnah tanpa maklumat sahih jangan sebarkan.

"Tidak timbul isu seperti ditularkan iaitu menteri sayang kasut, takut air kerana meja itu bukan disediakan khas untuk beliau ketika lawatan itu.

“ Lawatan tersebut juga tiada dalam jadual beliau kerana kebetulan berada di Pulau Pinang, beliau menyatakan hasrat untuk melawat calon yang menduduki peperiksaan SPM di sekolah itu,” katanya.

Jelasnya, meja tersebut disusun di kawasan sekolah turut digunakan oleh guru dan pelajar semasa dipindahkan dari pengangkutan ke dewan peperiksaan.

"Meja tersebut sudah disusun apabila berlaku banjir sehingga paras paha di sekolah itu untuk pelajar dan guru berjalan ketika dipindahkan oleh kenderaan ke dewan masing-masing," katanya, memetik laporan Malaysiakini. 


Tindakan netizens mengkritik pemimpin Umno tersebut dengan membandingkan gambar Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang meredah air untuk melawat mangsa banjir pada 2014 di Tutong dimana menunjukkan Baginda meredah banjir tanpa memperdulikan pakaiannya.


Rabu, 15 November 2017

PAS Hilang Peluang Bersihkan Diri Selepas Memilih Berkecuali Dalam #Bajet2018.


Tindakan Pas berkecuali dalam pengundian Bajet 2018 Isnin lalu hanya menyerlahkan lagi kedudukan sebenar parti yang dipimpin oleh Hadi Awang itu.

Pertama, sikap berkecuali itu adalah tanda sokongan secara tidak langsung Pas kepada UMNO dan BN. 

Meski berkedudukan sebagai pembangkang dan mendakwa mampu memerintah negara secara sendirian melalui Gagasan Sejahtera, Pas sebaliknya mempunyai kecenderungan ingin menjaga hati Najib Razak, UMNO dan BN.


Jika mereka mendakwa sebagai pembangkang yang berwibawa, apa salahnya mengundi menolak Bajet 2018?

Bukankah Pas ada entiti sendiri sebagai pembangkang iaitu Gagasan Sejahtera dan menolak Bajet 2018 sudah tentu tidak bermakna mereka menyokong atau bersama dengan Pakatan Harapan?

Kenapa itu tidak berani dilakukan oleh Pas?

Hujah Naib Presiden Pas, Idris Ahmad yang menyatakan mereka berkecuali kerana ada perkara dalam Bajet 2018 yang mereka sokong dan ada juga yang ditentang, tidak masuk akal sama-sekali.

Jika Pas ada hujah-hujahnya sendiri, khususnya yang berlandaskan Islam, sesuai dengan kedudukan mereka sebagai parti pembangkang juga, mengundi menolak Bajet 2018 lebih mampu memperlihatkan wibawa parti itu di mata rakyat.

Ia adalah simbolik paling mudah difahami, secara langsung dan tidak langsung bahawa Pas tetap menentang UMNO dan BN.

Kedua, menanti kebenaran dan perjalanan bicara di London berhubung dakwaan Pas menerima wang daripada Najib Razak, termasuk pengakuan Husam Musa bahawa beliau melihat sendiri bukti berkenaan dengannya dan Nasharuddin Mat Isa tidak berani menyaman mereka yang menuduhnya sebagai perantara, mengundi menolak Bajet 2018 akan sedikit-sebanyak membantu Pas membersihkan namanya.

Keputusan itu jika dilakukan, setidak-tidaknya menjelang PRU 14, adalah tindakan politik paling berkesan untuk menepis segala dakwaan yang timbul sama ada berkaitan RM200 juta atau RM90 juta.

Pas tentunya boleh berhujah, jika benar mereka ada menerima wang daripada Najib sebagaimana yang didakwa, mana mungkin tindakan menolak undian Bajet 2018 mampu dilakukan.

Sayangnya, Pas telah terlepas segala peluang terbaik itu.

Ketiga, sikap berkecuali hanya menunjukkan Pas tiada lagi nilai perjuangan yang boleh dipegang atau diikuti oleh sesiapa.

Ini kerana dalam politik hanya ada dua pilihan wang wajar saja - menyokong atau menentang.

Berkecuali bukanlah suatu pilihan, tetapi menunjukkan mahu main dua kolam, tiada pendirian dan tidak yakin kepada diri sendiri.

Oleh kerana Pas adalah parti politik yang mutlak dan tunjang pencariannya ialah kuasa, sama seperti parti itu pernah bersama DAP sebelum ini, tiada salahnya jika mereka membuat pilihan untuk bersama UMNO dan BN.

Kalau ketika bersama DAP dulu pun Pas mampu meyakinkan penyokongnya agar terus wala', apakah jika bersama UMNO dan BN, Pas tidak mampu meyakinkan mereka?

Lagi pula, Pas memang lahir daripada perut UMNO dan pernah juga berada dalam BN sebelum ini.

Jadi, jika makin tua makin merindui antara satu sama lain, apa salahnya untuk rujuk kembali?

Berkecuali, tetapi hati saling merindui, bukankah hanya akan memudaratkan diri sendiri akhirnya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...