Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 20 Januari 2018

Penjelasan Rafizi Isu Keluarga Yang Merempat Selepas Dihalau Rumah.

Oleh : Rafizi Ramli
KELUARGA DI PANDAN DI HALAU DARI RUMAH
Saya dapat banyak whatsapp yang bertanya kepada saya mengenai kes satu keluarga yang dihalau dari rumah. Mereka tidur di kaki lima beberapa hari sebelum diberikan tempat tinggal di Masjid Al-Azim, Pandan Indah.
Saya kenal keluarga ini dan mereka pun mesra dengan kami.
Sebelum TV3 menjadikan mereka sekeluarga bahan serangan, telah lama kami berkenalan dan jalankan amanah mana yang terdaya.
Saya sendiri pernah berkunjung hampir setahun lalu untuk bertanya khabar. Pada hari itu, mereka bergelap kerana tidak mampu untuk menggantikan mentol.
Kami berjaya mengusahakan bayaran sewa dari bantuan zakat dan bantuan JKM. Sewa rumah mereka sebelum ini dibayar oleh Zakat Selangor, cuma JKM kekurangan peruntukan.
Mereka dihalau bukan kerana tidak membayar sewa (kerana itu dibiayai zakat). Sebabnya tuan rumah jatuh muflis dan bank telah melelong rumah itu. Saya tidak tahu siapa yang melaksanakan arahan untuk menghalau mereka keluar dari rumah: pihak bank atau pembeli baru.
Mereka sedang mencari rumah sewa dan In Sha Allah kami bantu untuk cukupkan deposit (tanpa perlu dipanggil TV3 ha3).
Saya cukup-cukup kurang selesa menunjukkan gambar saya bersama penduduk yang miskin kerana mereka mungkin kurang selesa. Kalau saya jadi orang miskin (dan saya datang dari keluarga yang tidak berada), saya tidak mahu simpati orang (apatah lagi cemuhan orang) hanya kerana saya miskin.
Saya hanya mahu menjalani hidup saya tanpa diganggu dan berusaha mencari rezeki, yang lain saya serahkan kepada Allah. Itu cara mak ayah saya membesarkan kami dalam segala kekurangan dulu.
Membantu mereka yang dalam kesusahan adalah tanggungjawab saya dan jika saya dimaklumkan, saya akan membantu secara diam-diam. Kecualilah sudah dijadikan isu politik begini dan wajarlah saya memberi penjelasan.
Memang ramai orang susah di kalangan kita.
Bukalah jendela dan bantulah setakat yang ada - bukan untuk masuk TV3, tetapi harta kita itu ada hak orang miskin.

Pencetus Ummah Syed Isytihar Sokong PAS, Kata PKR Suka Tikam Kawan..

Juara Pencetus Ummah 2015 tampil menyatakan pendirian politiknya secara terbuka dalam satu kenyataan Facebook petang tadi.

Syed Moh Bakri Bin Syed Ishak yang berasal dari Kuantan, Pahang itu menyatakan beliau akan menyokong PAS dan mengalakkan ramai pihak untuk memangkah PAS berikutan parti itu bersih dan bebas dari rekod rasuah katanya dalam satu kenyataan.

Menurut PU Syed lagi, UMNO tidak termasuk dalam pilihannya kerana itu RUU355 manakala PKR pula suka menikam kawan sendiri dengan mengikut kehendak DAP yang disifatkannya sebagai King Maker. 

Berikut adalah kenyataan penuh oleh PU Syed itu;

Oleh : PU Syed
Sebab apa PU sibuk dengan politik?
Kenapa PU sibuk sangat nak sokong PAS? PAS saje ke Islam? Saudaraku, Ambe tak kate yang lain tak Islam..itu ghuluw bebeno, cuma ambe menjelaskan pendirian ambe. PAS adalah yang terbaik untuk dipilih dengan rekod memerintah Kelantan dengan ZERO rasuah dan Islam diletak sebagai hadaf utama dalam perjuangan.

Kalau kalian setuju dengan ambe. Pakat-pakatlah pangkah PAS dalam PRU 14 nanti. Tapi kalau rasa status ambe hanya nak cari publisiti murahan, ianya silap besar sebab ambe kenal PAS ni bukan lepas ambe jadi juara PU. Ambe kenal lama dah..
Ambe mendapat tarbiah langsung dari Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Rahimahullah di Darul Anwar (1995-2000), menadah kitab Riyadussolihin daripada alMarhum. Jika alMarhum istiqamah dengan PAS selaku pemimpin utama, mengapakah perlu menjadi golongan yang kecewa yang lari dari jemaah dengan menubuhkan jemaah lain bagi menentang kembali jemaah yang mereka dokongi sekian lama atas pelbagai alasan.
Namun alasan yang paling jelas di mata adalah mereka mendokong ketika berjawatan sahaja tatkala hilang jawatan..mereka mula lupa diri..
PKR pula? Ya betul ada Islam, tetapi mereka suka menikam rakan sendiri setelah mengerah keringat jentera PAS untuk menang. Tapi bila menang sudah lupa asal usul dan tidak mengenang jasa rakan sepakatan demi menjaga king makernya DAP!
Dan mengapa pula ambe nak sokong UMNO yang ternyata lemah dalam menegakkan syariat Allah hatta nak bentang RUU 355 pun memerlukan MP PAS yang bentangkan, sedangkan mereka parti yang memerintah..
Semoga jelas dengan pendirian ambe ini. Ambe tidak berjawatan dalam parti dan bukan insan yang aktif dalam parti. Namun semangat ambe kuat untuk melihat syariat dan perintah serta larangan Allah, dilaksanakan dengan sempurna di bumi Malaysia ini.
Ambe redha jika tak muncul di kaca tv atau radio lagi. Selepas kenyataan ini, kerana itu hanyalaj wasilah penyampaian sahaja masih banyak cara untuk ambe berdakwah di luar sana dan rezeki Allah sangat luas..
PU Syed
Juara Pencetus Ummah, Musim Ketiga 2015
Astro Oasis.
(gambar sekadar hiasan)

Ahli Politik Makan Habuan Besar Dalam Projek Terowong Dasar Laut - SPRM.

UTUSAN online pada semalam melaporkan beberapa ahli politik disyaki menerima ha­­buan tinggi mencecah jutaan ringgit dalam proses pemberian kelulusan kajian projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion. 

Menurut sumber yang tidak dinamakan oleh portal itu, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati habuan yang diterima daripada hasil salah laku dan rasuah pemberian kelulusan tersebut bernilai besar. 


“Ada ahli politik yang me­nerima ratusan ribu ringgit malah ada yang mencecah jutaan ringgit melalui ‘jalinan kerjasama’ itu. 

Setakat ini, kami sedang mengesan bagaimana salah laku itu berlaku dan bagaimana pembayaran itu dilaksanakan. 

“Namun kami percaya, itu berkemungkinan berkaitan pemberian dua lot tanah bernilai tinggi yang menjadi cara pembayaran kepada kajian projek mega itu,” katanya dalam laporan itu. 

Walau bagaimanapun, sumber terbabit enggan mendedahkan identiti ahli politik yang dipercayai terlibat dalam pembiayaan itu namun tidak menolak kemungkinan mereka itu adalah individu yang berkepentingan dalam projek itu. 

Menurut laporan itu lagi, SPRM kini dalam proses untuk merekod ketera­ngan beberapa saksi penting untuk mengukuhkan siasatan. 

“Saksi yang akan direkod ini mampu menjawab bagaimana salah laku dan pembayaran itu berlaku,” ujarnya 

Tambahnya, beberapa individu penting yang dipercayai terlibat dalam projek itu akan dipanggil untuk memberi ketera­ngan kepada SPRM dalam tempoh terdekat. 


Sementara itu, Timbalan Ke­tua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan itu namun memaklumkan SPRM sehingga kini sudah menyerbu 42 lokasi termasuk syarikat perunding dan agensi kerajaan di Pulau Pinang dan Lembah Klang. 

“Bagi kami masa untuk siasat. Siasatan kes ini melibatkan ba­nyak isu-isu teknikal yang perlu disiasat secara terperinci untuk melengkapkan kertas siasatan,” jelasnya dalam laporan Utusan Online semalam. 

Sehingga hari ini seramai lebih 76 saksi sudah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan berkaitan, Malaysiakini melaporkan kenyataan Anggota parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin (PKR) yang menyifatkan "serangan terbuka" terhadap projek yang dianggar bernilai RM6.3 bilion itu sebagai "bermotif politik" menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14. - 19 Januari 2018.

Tun Mahathir, Kembalilah Ke Pangkal Jalan, Kembalilah Ke Laluan UMNO, Kata Anak Najib.

Semalam portal Malaysiakini melaporkan kenyataan Tun Siti Hasmah, mengenai isu Tun Razak.

"I don't want anything bad to be connected to Allahyarham Tun Razak because he is far up (in heaven)... the way he suffered, on his own, not telling anyone about his illness except to his family. 

I felt very sorry for him, I also felt very sorry for Tun Rahah (Mohammad Noah). How she also, together with him, endured all this pain to see her husband going off like that. He is a great man and Tun Rahah is a very, very brave woman," kata seperti dalam petikan laporan itu (rujuk).

Kenyataan itu menarik perhatian anak sulung kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, untuk membalas luahan Tun Hasmah itu.

Berikut adalah kenyataan oleh Nazifuddin Najib.

Oleh : Nazif Najib
KENYATAAN NAZIFUDDIN NAJIB TUN RAZAK
Saya membaca kenyataan Tun Dr. Siti Hasmah yang disiarkan dalam portal MalaysiaKini pada hari Rabu 17 Januari 2018 dengan tajuk berita "Siti Hasmah speaks fondly of Najib's father" menerusi temu bual yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Mahathir.
1. Sebagai cucu dan generasi ketiga legasi Tun Abdul Razak, secara peribadi saya amat menghargai kenyataan Tun Siti Hasmah yang bernada "sayang" mengenai Perdana Menteri Malaysia kedua itu.


2. Dari kehebatan dasar Tun Razak dan penderitaan kerana penyakit yang tidak didedahkan kepada umum hingga kepada hubungan baik Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir disebut penuh cermat oleh Tun Siti Hasmah.
3. Saya amat tertarik dengan pengakuan Tun Siti Hasmah bahawa suaminya Tun Mahathir tidak mungkin akan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-4 jika tidak kerana Tun Razak yang telah mempersiapkannya. Ya, itu benar kerana Tun Razak yang bertanggungjawab membawa Tun Mahathir kembali menyertai UMNO pada tahun 1971 setelah disingkirkan keahlian UMNO pada tahun 1969 oleh Tunku Abdul Rahman.
Namun sejak kebelakangan ini; tingkah laku, perbuatan dan kata-kata yang Tun Mahathir lemparkan kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak amat mendukacitakan, keterlaluan dan menyisihkan prinsip etika seorang mantan Perdana Menteri.
1. Jika difikirkan secara waras, perbezaan pendapat dalam politik memang lumrah apatah lagi dalam urusan tadbir urus negara yang Dato’ Seri Najib warisi dari zaman pemerintahan Tun Mahathir. Dalam konteks ini, sudah tentu Dato’ Seri Najib melalui zaman yang berbeza berbanding zaman Tun Mahathir. Kehendak dan kemahuan rakyat juga berbeza mengikut peredaran waktu yang cukup pantas. Terutamanya apabila kita kini hidup dalam era kemajuan bidang teknologi dan ekonomi digital yang berkembang pesat.
2. Justeru itu, tidak ada sebab untuk Tun Mahathir terlalu marah terhadap Dato’ Seri Najib melainkan jika terselit agenda tersirat sebagaimana yang disebut-sebut oleh sebahagian besar rakyat yang amat mengenali Tun Mahathir.
3. Jika Tun Mahathir benar-benar menghargai dan mengenang jasa Tun Razak, lindungilah anakandanya Dato’ Seri Najib sepertimana Dato’ Seri Najib melindungi Tun Mahathir dalam mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada tahun 1987 hingga membawa kepada krisis politik di mana UMNO telah diharamkan pada tahun 1988. Bentengilah Dato’ Seri Najib sebagaimana beliau membentengi Tun Mahathir dalam krisis politik negara pada tahun 1998 sehingga mencetuskan gerakkan reformasi menjelang PRU10 pada tahun 1999.
4. Andai kata Tun Mahathir benar-benar menyayangi Tun Razak, biarlah hidup umpama Tun Razak: bersama UMNO hingga ke nafas yang terakhir. Tun Razak bawa Tun Mahathir kembali ke pangkuan UMNO untuk mengukuhkan, mempertahankan dan menjulang UMNO menerajui Malaysia di persada dunia. Bukan untuk menghancurkan UMNO.
Secara peribadi saya amat kesal kerana Tun Mahathir sanggup membelakangkan segala prinsip dan pencapaian yang dilakukannya selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan juga sebagai Presiden UMNO. Tun Mahathir dilihat sekarang sehingga sanggup bersekongkol dengan DAP semata-mata untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib. Realitinya sekarang, Tun Mahathir sanggup menggadai maruah untuk menjadi calon Perdana Menteri Pakatan Pembangkang yang didominasi oleh DAP.
Tun Mahathir, kembalilah ke pangkal jalan; iaitu laluan yang Tun Razak telah rintis untukmu menjadi insan ke-4 menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Jumaat, 19 Januari 2018

Jika Diberi Pilihan Jahat VS Jahat, Tidaklah PAS Memilih Antara Keduanya..

Oleh : Harakah Daily

PAS tidak perlu terperangkap dengan gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad agar PAS mengumumkan calon Perdana Menteri jika dapat memenangi PRU14 yang akan datang. Bahkan lebih jauh dari itu, Tun Dr Mahathir memberikan dua pilihan kepada PAS sama ada memilih dirinya atau Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Razak sebagai calon Perdana Menteri.
Hakikatnya, PAS telah berada di atas landasan yang betul dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 dengan meletakkan agenda Gagasan Sejahtera sebagai paltform untuk menawan undi rakyat. Presiden PAS sendiri telah berulang kali menyatakan bahawa PAS tidak bersama Barisan Nasional dan juga tidak bersama Pakatan Harapan yang sudah cukup untuk difahami sebagai pendirian PAS pada hari ini.

Agenda PAS bukan terhenti setakat menobatkan Perdana Menteri tetapi lebih kepada menukar dasar pentadbiran negara kepada landasan syariah dan berkebajikan. Siapapun yang menjadi Perdana Menteri bukanlah merupakan satu keutamaan kerana yang lebih penting ialah dasar yang akan dikemukakan ialah asas yang boleh menjanjikan kebajikan untuk rakyat.
PAS tidak mahu terperangkap dengan agenda mengangkat semula individu yang telah terbukti banyak melaksanakan dasar-dasar yang menyusahkan rakyat dan menjahanamkan iklim politik negara dengan pelbagai teori-teorinya sendiri.
Namun, jika PAS perlu juga untuk menjawab, cukuplah sekadar jawapan, "Of two evils, choose neither."
AHMAD FADHLI SHAARI
Naib Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia 

Khamis, 18 Januari 2018

#UndiRosak & Sejarah PAS Yang Kalah Teruk Pada PRU 7.

Oleh : Firas Sina

Siapa kata boikot pilihan raya tidak memberi kesan apa - apa?

Dulu ketika dalam program tamrin Pas, As Syahid Al marhum Ustaz Ibrahim Libya berucap "Jika dikatakan mana pen kamu ( untuk memangkah undi ) ? Jawablah pen kami tiada, yang ada hanyalah golok.."

Sebuah gambaran penolakan proses pengundian dalam memilih sebuah kerajaan. Umum tahu Ustaz Ibrahim adalah ahli Pas yang pernah menyertai Pru sebagai calon sebelum kesyahidannya. Dan betapa resah gelisahnya Yang dipertua / Presiden Almarhum Fadzil Noor ketika itu bila mendapat tahu ahlinya ingin lakukan rebell. Resahnya sudah tentu tentang kesan kepada keputusan Pru ke 7 -1986 ketika itu. 


Diperingatkan, ketika itu belum ada lagi  Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan sebagai parti oposisi. Malah Angkatan Perpaduan Ummah pun belum terwujud lagi. Yang ada sebagai parti oposisi/ pembangkang terbesar mewakili melayu islam hanyalah Pas.

Hendak tahu apa kesannya? 

Pas kalah teruk dalam pru ke 7 dengan hanya menang 1 kerusi di Parlimen. Dan kesannya bukan itu saja. Setahun kemudian ramai ahli-ahli dan beberapa pemimpin Pas ditahan under ISA dalam Operasi Lalang.

Jadi apa yang manfaatnya #BoikotPru14 dan #undiProtes untuk kisah kekalahan teruk Pas dalam Pru7 itu? Nak minta sejarah berulang kembali ke?

Jawapannya tidak, walaupun kemungkinan untuk ke arah itu akan ada. Keputusan buruk yg diterima Pas itu memberikan tekad baru, bila mana Pas berjaya menawan negeri Kelantan 5 tahun selepas Pru-7.

Untuk hari ini pula berkenan #BoikotPru14, 
ia sememangnya ditujukan kepada calon-calon yang bertanding terutama dari oposisi, yang umum tahu betapa semakin sombong, bongkak, tak buat kerja untuk rakyat, kerap ponteng sidang Parlimen, lompat parti lain dan tidak punyai sensitiviti terhadap rakyat atau ahli/ penyokong parti bila mana mereka² ini mengangkat bekas Diktator tua tanpa merujuk kepada Rakyat.  

Tujuan #BoikotPru14 dan #UndiProtes adalah untuk kesedaran para ahli politik yang semakin hari kita lihat mereka ini berlagak seperti tuan walaupun yang sebenarnya rakyat adalah Tuan dan mereka para wakil rakyat itu hanyalah pekerja kepada rakyat. 

"Kesedaran itu akan membibit sebuah jalan revolusi dan kebodohan pula akan membawa kita kepada pemerintahan kuku besi"

#BoikotPru14
#UndiProtes

Rabu, 17 Januari 2018

Siapa Datuk Marina Hashim & Boleh Percaya Ke Tanah FELDA Dipulangkan Tanpa Libat Sebarang Kos?

Oleh : A.Kadir Jasin


ADAKAH penyelesaian skandal “kehilangan” hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, semudah itu?

Pengerusi Felda Shahrir Samad senyum terima "penyelesaian"
Adakah kes itu dikira selesai semata-mata hanya kerana hak milik ke atas 16 lot tanah yang dikatakan hilang itu sudah dipulangkan?

Kalau itulah caranya, nampak sangat bahawa ada silap mata dalam “kehilangan” dan “perolehan balik” tanah bernilai tinggi itu.

Hanya orang betul bendul dan tidak tahu apa-apa sahaja akan percaya penyelesaian ajaib ala wayang kulit itu.

Jadi elok sangatlah audit forensik dan siasatan polis ke atas bagaimana sebuah syarikat persendirian berjaya mengambil alih pemilikan tanah itu diteruskan seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak.

Dalam satu pesanan “Tweet” hari ini yang dilaporkan oleh New Straits Times atas talian, Najib berkata dia bersyukur 16 lot tanah itu dipulangkan tanpa sebarang kos.

Inilah yang menakjubkan. Bagaimanakah tanah yang dianggarkan bernilai RM270 juta, dengan nilai terbangun kasar (gross development value) melebihi RM1 billion, boleh dipulangkan tanpa kos?

Kalau pemindahan hak milik tanah itu dilakukan dengan telus mengikut undang-undang, tentulah ada perjanjian dan pembayaran.

Bila ada perjanjian dan pembayaran, maka pemindahan balik hak milik kepada Felda pun mesti ada perjanjian dan pembayaran.

Tetapi macam Najib sendiri akui, pemulangan hak milik tanah itu kepada Felda tidak melibatkan sebarang bayaran atau kos?

Jadi apakah jenis urusan jual-beli yang menyebabkan tanah itu terlepas daripada tangan Felda dan kemudiannya dimajukan menjadi Kuala Lumpur Vertical City?

Apakah sebenarnya syarikat Synergy Promenade Sdn Bhd yang memulangkan 16 lot tanah itu kepada Felda dan siapakah di belakangnya?

Apa kita ketahui daripada laporan media ialah ia diwakili oleh seorang ahli lembaga pengarahnya bernama (Datuk) Marina Hashim.

Carian Internet mendapati Synergy Promenade ini adalah syarikat kontraktor dan peniagaan umum yang ditubuhkan pada tahun 2000.

Kalau Marina Hashim itu sama dengan wanita yang dipersembahkan oleh majalah Nona pada 18 September tahun lalu, maka dia adalah seorang jelitawan dan ibu dalam usia 40-an.

Dalam laporan itu, majalah tersebut memetik salah seorang anaknya, Muhammad Nuraiman Rayyan Erwazri, sebagai berkata ibunya “bekerjasama rapat dengan pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).” Sesiapa yang berminat boleh baca DI Sini.


Jadi audit forensik dan penyiasatan polis yang Najib sebutkan itu perlulah memastikan apakah bentuk kerjasama rapat di antara wanita itu dengan pengurusan Felda.

Memandangkan banyaknya kejadian berbentuk skandal dan rasuah yang berlaku dalam Felda dan Felda Global Ventures (FGV) yang kesemuanya mengancam kepentingan peneroka Felda serta generasi kedua Felda, maka wajiblah skandal tanah Jalan Semarak ini disiasat hingga ke akar umbi.

Manalah tahu mungkin benar-benar wujud apa yang dipanggil “FGVMafia” dalam FGV dan Felda yang menjadi dalang menghisap darah peneroka.

Wallahuaklam.

Mahathir 'Nyanyuk' Secara LIVE Bagaimana Boleh Menjadi Calon Perdana Menteri?

PERTAMA sekali, ini bukan serangan peribadi yang bertujuan untuk memperlecehkan penyakit seseorang, keuzuran seseorang mahupun usia seseorang.

Mahathir Mohammad telah dinamakan sebagai calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan dan perkara ini dipertahankan oleh Khalid Samad atas nama menarik undi melayu sekurang-kurangnya 5% seperti yang beliau sebut semasa di forum - Diskusi : Membedah Muafakat Harapan yang anda boleh saksikan disini.

Semalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia - PPBM telah mengadakan sidang media LIVE yang boleh diikuti di Facebook page rasmi parti itu disini.

Ketika menceritakan tentang ROS yang tidak meluluskan pendaftaran Pakatan Harapan malahan ROS juga didakwa tidak memberikan apa-apa alasan konkrit mengenai tindakan mereka itu, secara tiba-tibanya Mahathir memperkatakan tentang SPR dan pengundi :

"Sehingga sekarang masih tidak ada jawapan apa-apa pun kepada permohonan kita (ini tentang ROS) --> Dan ini akan menidakkan hak rakyat untuk mengundi (Ini pasal SPR). Kerana jika tak beritahu dimana, tempat mana dia mengundi dan sebagainya maka hak rakyat yang dijamin dibawah perlembagaan kita, akan dicabulkan oleh SPR iaitu mereka tidak memberi hak kepada kita kepada rakyat untuk mengundi memilih pemimpin-pemimpin mereka".

Di minit 6 hingga 8 rujuk sini.

Keadaan ketika itu..


Krik krik krik..

Sebenarnya, penulis tidak faham apa maksud Mahathir bila tiba-tiba dia mengatakan rakyat tidak tahu hendak mengundi kat mana dan kaitannya dengan ROS - jika ini bukan keuzuran nyanyuk maka apa lagi. 

Untuk rekod, pengundi boleh membuat semakan lokalti undi di sini ataupun melakukan semakan secara SMS :

Taip SPR <jarak> SEMAK <jarak> Nombor Kad Pengenalan (contoh : 898181010808) dan hantar ke 15888.

Sesiapa sahaja pasti akan marah jika bapanya, saudaranya, pemimpin kesayangannya, tokohnya ataupun individu yang dianggap negarawan agung dikatakan nyanyuk - bukan?


Untuk itu pihak penulis meminta maaf kerana menggunakan perkataan seperti itu namun ia adalah perkataan paling sesuai dan tepat bagi mengambarkan kondisi semasa Mahathir. Ia tidak bertujuan untuk menghina tetapi ia perlu dinyatakan untuk menjelaskan keupayaan Mahathir pada hari ini berbeza dengan keupayaan Mahathir pada waktu dia menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke empat suatu ketika dahulu.

Keupayaan Mahathir yang sudah terbatas ini seharusnya difahami oleh semua pihak dengan berhenti mengheret tokoh itu ke sana ke mari dan mencalonkan Tun sebagai Perdana Menteri.

Bukan kerana beliau bersama Pakatan. Jika tokoh yang sama ataupun tokoh yang berbeza dicalonkan oleh mana-mana parti sekalipun, atas ruang demokrasi yang terpakai ke atas sesiapa sahaja penulis akan memberikan alasan dan reaksi yang serupa.

Dan jika BN atau PAS mencalonkan PM yang seperti ini - apakah penyokong Pakatan ataupun pemimpin Pakatan tidak akan mempertikaikan keupayaan calon tersebut? Sudah menjadi sikap pembangkang sejak dari azali lagi menyerang pemimpin yang mereka benci samada secara peribadi, fitnah mahupun fakta. Mereka suka mencampuradukkan antara emosi benci, marah dan sentimen ketika menzahirkan isu-isu di dalam negara ini. Mereka tidak boleh focus tentang fakta sahaja. Ia perlu ada elemen kebencian, menghina bahkan sampai ke tahap menfitnah. Penulis tidak akan menghurai lanjut tentang hal itu.

Alasan mencalonkan Mahathir sebagai Perdana Menteri kerana boleh membawa undi melayu seperti diperkatakan oleh Khalid tidak dipersetujui penulis bahkan ia boleh memberikan membayangkan yang berbeza.

Wajah dan nama Mahathir dipergunakan untuk membawa undi melayu - apakah ini tindakan yang betul? Bukankah ini memberikan maksud yang PAKATAN mahu menipu dan memperdayakan orang melayu dengan perwatakan Mahathir?

Jika Pakatan mahu undi melayu bukankah PAKATAN patut focus kepada polisi-polisi yang boleh mempengaruhi orang melayu untuk mengundi parti kamu? Seberapa lama kamu perlu mengulangi strategi-strategi gagal dengan menaikkan sosok dan bukannya idelogi ataupun sememangnya pembangkang tidak mempunyai idelogi yang jelas dan tersusun?

Kebodohan pembangkang yang diulang-ulang ialah menggunakan politik personaliti untuk menarik minat pengundi sedangkan seharusnya mereka mengunakan politik idea dengan memperkenalkan polisi-polisi yang mesra rakyat.

Itu yang sampai sanggup jadi mesin dobi ekpress 24 jam.

Anda kotor? Korup? Ada isu? Skandal? Masuk sahaja Pakatan Harapan. Imej dan perwatakan anda akan dicuci dan digilap sebagai wira baru kelahiran pembangkang. Kadang penulis sampai terlupa. Mereka neh parti politik ke atau kedai dobi yang berperanan mencuci pemimpin bermasalah. 

Mahathir masih dalam pembangkang sekalipun beliau bukan calon Perdana Menteri - apakah ini tidak cukup kuat untuk menarik undi melayu sehingga perlu mencalonkannya dalam jawatan tertinggi untuk membuatkan melayu terpegun? Jika melayu tidak tertarik dengan Mahathir yang berada dalam pembangkang bagaimana melayu boleh tertarik dengan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri?

Ramai yang memperkatakan ia merupakan satu tindakan bodoh untuk takut kepada individu yang berusia 93 tahun. Sebenarnya ramai yang tidak faham - ia bukan penulis takut atau kita yang menentang ini takut tetapi ia kerana lemahnya lidah, kelunya jari kami apabila bercakap tentang skandal-skandal Mahathir yang selama ini rajin dimainkan oleh Pakatan.

Apabila kita berkempen tentang Pakatan dan Mahathir ialah Perdana Menteri - lawan kami memberikan kami seribu satu list mengenai skandal-skandal Mahathir yang mana list-list itu sendiri dibongkarkan, disebarkan, dimainkan, diulang-ulang oleh Pakatan.

Bagaimana boleh jawab ini?
Nak dakwa Mahathir selepas menang - tapi dia PM?
Dia dah minta maaf dan ia merupakan adat melayu - jadi rakyat yang melakukan jenayah boleh dibebaskan dan dilepaskan dari tindakan undang-undang selepas meminta maaf?


Jika Mahathir tidak bersih bagaimana dia boleh menjadi calon Perdana Menteri Pakatan Harapan untuk melawan Najib yang korup?

Calon Pakatan korup.
Calon BN korup.
Dan jika rakyat mahu perubahan rakyat kena undi calon korup Pakatan dan perubahan itu akan datang dengan sendirinya selepas Pakatan menang.

Are you not enough crazy yet, Pakatan?

Sebelum suruh rakyat berubah atau memacu sebuah perubahan, korang la yang kena berubah dulu. Jika kau tak mampu nak ubah organisasi parti yang mana kau tak perlukan kuasa undi rakyat pun untuk membetulkan keadaan bagaimana kau boleh menyakinkan orang lain kau boleh membetulkan negara jika kau ada KUASA?

Ubah dengan meletakkan calon yang bukan sahaja perlu dilihat bersih bahkan benar-benar bersih. Ia di dalam kawalan dan kapasiti parti kau sendiri.

Lakukan perubahan dalam parti sendiri, barulah boleh keluar ucapan penuh bangga untuk mendesak rakyat berubah.

Jika kita sendiri TIDAK BERUBAH, maka apa kelayakkan kita untuk menyuruh orang berubah sedangkan prestasi, cara, strategi politik kita pun ditakuk lama bahkan semakin lama semakin meluatkan dan meloyakan pemikiran rakyat yang waras lagi berakal wahai Pakatan Harapan.

Ramai juga marah bila mempertikaikan pencalonan Tun. Mereka bahkan tanya, jika bukan Tun maka siapa? Siapa yang layak? Benar ke nak tahu siapa yang layak? Berani ke Pakatan buat culaan dan tanya penyokong kamu satu persatu misalnya? Dan adakah kamu akan meletakkan individu yang paling disebut mereka sebagai calon? Jika tak berani tak payah tanya siapa yang ada dalam hati penyokong-penyokong kamu sendiri. 

Penulis tidak mempercayai Pakatan akan menang dan sekalipun Pakatan menang, penulis tidak bersetuju dengan mengubal apa-apa akta bagi membolehkan Anwar bertanding dan dilantik sebagai Perdana Menteri kononnya itulah antara perkara yang akan dilakukan oleh Mahathir sebagai PM.

Bagi penulis, PKR dan segala jentera reformasinya perlu reformat semula. Hidup ini bukan tentang cita-cita peribadi Anwar. Negara ini bukan negara milik Anwar.

Mengubal akta demi tujuan peribadi sebenarnya kerja bodoh. Jika Pakatan sudah ada pelan ekonomi dan hanya tinggal perlu dilaksanakan sahaja, maka lantiklah yang terbaik dikalangan kamu sebagai Perdana Menteri real dan bukannya interim semata-mata nak juga berPM kan Anwar. Cina boleh, india boleh ada apa masalah jika mereka punya merit dan kelayakan.  

Andai akta yang sama digubal oleh pemimpin BN untuk tujuan peribadi pastinya kamu semua akan bising bukan? Jadi jangan buat benda yang kamu akan larang lawan kamu buat.

Bukan ke Pakatan sering berkata beri peluang pada anak muda? Bila ia tiba pada kamu, kenapa tak lakukan perkara yang serupa? Ahh.. salah satu kelebihan Pakatan yang terlupa penulis nak sebut, mereka memang pandai menyuruh dan mendesak pihak lawan tetapi bila ia terkena ke atas diri mereka, mereka akan buat-buat bodoh. Maafkanlah penulis kerana terlupa.

Jika Pakatan tiada branding yang bagus, ia bukan salah rakyat yang tidak memilih kamu.

Dalam negara ini kita mengamalkan konsep demokrasi. Setiap orang mempunyai hak untuk menyukai atau tidak menyukai sesuatu branding itu dan penulis tidak menyukai branding Pakatan Harapan. Janganla disebabkan kejujuran penulis ini penulis dicop sebagai macai Baziran Nasional pula. Penulis ada tabiat suka bercakap dari hati tak pandai menjilat dan bukan pemakan duit ahli politik.

Bagi penulis untuk melawan korupsi negara, lawan dulu korupsi sendiri. Rumah sendiri kotor mengata rumah orang lain. Kalaupun Mahathir hilang keseimbangan untuk berfikir dengan baik disebabkan faktor usia dan fizikal, bagaimana pula beratus-ratus pemimpin di dalam Pakatan tidak membetulkan kepincangan yang terang-terangan ini? Tak berani ke nak kata, Tun awak sudah berusia Tun. Sudah hilang keupayaan. Percakapan pun seringkali tidak berapa tepat di hadapan media. Awak ada skandal banyak Tun. Susah nak kempen Tun. Tun rehatlah sebagai pemimpin. Kempen la sebagai pro Pakatan Tun. Tidak boleh ke berterus terang? Adakah rasa takut? 

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. Kalau takut bercakap benar, bagaimana boleh menjadi pemimpin yang ber-amanah? 

Ah sebelum terlupa. Wan Azizah juga tak layak menjadi calon Timbalan Perdana Menteri. Adakah kita sedang bermain kipas? Lantiklah calon yang boleh buat kerja. Ingat nak urus negara macam urus parti politik yang huru hara dan tunggang langgang ke? 

Sekian, salam 1dedak, asal tak bersetuju dengan kamu, kamilah pemakan dedak - branding yang basi. Carilah modal yang lain. Jemu.

Tiga Abdul Dalam Kes Tanah FELDA - Ali Imran.

Oleh : Ali Imran
TIGA 'ABDUL' DALAM KES TANAH FELDA
"Saya tunjuk dahulu dokumen-dokumen ini pada semua, kalau tidak nanti ada yang tak percaya pula..."
Sinikal tahap dewa Tan Sri Shahrir dalam isu tanah Felda di Jalan Semarak ni...pelajaran bagi yang berakal.
Jadi aku pecahkan kepada tiga benda besar, apa yang berlaku dalam press conference semalam.
1. Magika dan Lakonan
Aku belum pernah jumpa lagi PC macam ini.
Dimulakan dengan kata "let's start the magic..." TSS awal-awal lagi dah tunjukkan betapa dia sendiri pun nak habiskan isu ini cepat dan nak move on.
Memang seluruh kes ini ibarat satu pertunjukan magik. Tanah yang milik negara boleh dipindah milik begitu sahaja.
Sampaikan bila nak dipertahan dengan meletakkan kaveat, Pejabat Tanah Wilayah tak beri pula. Terpaksa minta bantuan KSN masuk campur barulah berjaya.
Pelantikan pentadbir tanah (PA) juga satu lagi silap mata. Pakai lantik (entah atas green light siapa) tanpa pengetahuan lembaga pengarah, lepas 3 bulan baru maklumkan ke board, kemudian endorse.
Magika paling agung adalah bila PA buat transaksi - sendiri jual, sendiri beli. Kalau Hussin Lempoyang dengar ini mesti dia berhenti jual unta.
Maka apa cara terbaik melawan magik? Caranya adalah mededahkan helah (expose the trick).
Bila orang ramai tahu helah si ahli silap mata, dia tidak lagi akan dipanggil ahli silap mata tetapi dipanggil penipu.
Si penipu takkan selamanya mahu dikecam sebagai penipu, dia akan mahu bersihkan namanya. Untuk itu dia akan buat apa sahaja.
Bila ini berlaku, masyarakat akan pandang orang yang 'expose the trick' sebagai 'greater magician' walaupun dia bukan pun nak digelar sebegitu.
Sebab itu TSS ada sebut kalau ada orang kata ini semua adalah lakonan, biarkanlah. Yang penting hak Felda terpelihara.
2. Tunjuk Isi Dokumen
TSS mulakan PC dengan cara paling pelik iaitu memaparkan gambar ISI dokumen yang baru ditanda tangani kepada warga media.
Yang biasa dibuat orang hanyalah paparkan muka depan sahaja, diiringi gambar kedua-dua pihak berdiri bersama (seperti yang aku letak di post ini).
"Kalau ikutkan saya nak tunjuk yang original tapi kita lepas sign cepat-cepat hantar ke peguam," kata beliau.
Kalau yang perhati betul-betul, masa TSS tayang dokumen ini tak ada bahagian yang di'sensor'.
Siap TSS 'insist' ditunjukkan persetujuan lembaga pengarah Synergy Promenade Sdn. Bhd lengkap dengan tanda tangan mereka untuk betul-betul orang faham transaksi ini adalah 'real'.
Tapi bila cuba diperangkap dengan soalan 'siapa pemilik SPSB?' pandai dia jawab,
"Saya tidak tahu siapa pemilik sebenar tetapi ahli lembaga pengarahnya adalah seperti dalam dokumen itu, yang dua orang itu."
Kalau ada yang ingat transaksi semalam sebagai 'tutup buku', not too fast bro.
Laporan polis tidak ditarik balik. Audit tetap diteruskan. Yang salah tetap dicari. Semoga ada tindakan yang diambil.
3. Era Baru Transperensi Felda
"I could just issue a press statement and walk away, you know," jawab TSS bila ditanyakan tentang ketelusan Felda menangani isu ini.
Sebaliknya Felda pula bersungguh buat 'no holds barred' press conference, hangpa nak tanya apa, tanyalah.
Seperti biasa TSS jawab semua soalan wartawan. Tiada yang dinyahkan.
"Transparency is now...saya jamin integriti di Felda akan jadi budaya Felda. Tidak akan ada isu yang disapu ke bawah meja," ulas TSS.
Pada beliau, Felda kini mahu 'balik asal'. Beliau mahu muafakat peneroka kembali utuh, dan para peneroka 'bersama Felda' dalam aktiviti penghasilan.
'Bersama Felda' bererti tidak kiralah peneroka itu tanam sendiri atau tidak, dia masih menjual hasil kepada Felda.
TSS juga pernah sebut (dalam pertemuan lain) aspirasi beliau menjadikan lebih ramai peneroka yang menanam sendiri. Tidak perlu berhutang dengan Felda untuk modal usaha tanah.
"Kita mahu lebih ramai peneroka bebas hutang. Sekarang baru ada dalam 9,000 orang. Jumlah ini kita perlu tingkatkan."
- - -
'Nakal' TSS macam biasa. Tanya pasal Najib, TSS balas mungkin kejayaan ini berkat doa orang ramai, termasuklah doa di Mekah, di Raudhah.
Kita semua tahu siapa baru balik Mekah, kan...haha!
Apa? Rafizi? - Kalau bab menuduh memang laju. Bab salah sendiri, krik..krik selalu.
Ali Imran
Wartawan Awam
*Kredit Gambar dan Kapsyen - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...