Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 17 Januari 2018

#UndiRosak - PDRM, SPR Wajar Ambil Tindakan Kata Pemimpin AMANAH.

Naib Presiden Amanah, Ustaz Hasanuddin Mohd Yusof hari ini mahu SPR dan PDRM mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang mahu membuat undi rosak pada pilihanraya umum ke 14 kelak.

"PDRM dan SPRM wajar ambil tindakan terhadap golongan yang menghasut rakyat Malaysia untuk buat undi rosak dalam PRU ke 14," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari Facebook beliau hari ini.


Ini susulan dari tindakan pelbagai pihak yang mula meluahkan perasan mahu membuat undi rosak dalam PRU kali ini.

Beberapa penulisan khususnya dari golongan anak muda telah meluahkan ketidakpuasan hati mereka apabila melihat dan beranggapan Pakatan Harapan mula meniru jejak langkah BN dari segi kepimpinan dan pentadbiran yang disifatkan mereka sebagai sombong, ego dan semakin besar kepala.

Bagaimanapun kenyataan Naib Presiden Amanah itu disanggah oleh pihak-pihak yang mahu membuat undi rosak.

Ketua Propaganda SAMM misalnya, Eddy Nor Redhuan memaklumkan beberapa pihak dari wakil Amanah telah mengajak pihak-pihak yang mahu membuat undi protes berbincang dan mengadakan diskusi bagi bertukar-tukar pandangan mengenai hal ini.

"Aik, baru semalam Pemuda Amanah mengajak diskusi, tiba-tiba hari ini nak lapor polis pula?. #UndiRosak" katanya.

Dalam pada itu, sesetengah netizens turut mempertikaikan kenyataan Ustaz Hanasuddin itu apabila membangkitkan persoalan 4.1 juta pengundi yang masih lagi belum mendaftar sebagai pengundi.

"4.1 juta tak daftar undi yang membayangkan mereka memang nak boikot, kau taknak report sekali ke," sindir Aiyman.

Ibnu Azmi Wafiyuddin pula berkata tindakan membuat laporan polis merupakan satu pencabulan ke atas hak demokrasi : "Tahniah rakyat! Walaupun saya memilih untuk mengundi blok ketiga (jika diizinkan mengundi), tapi saya tak halang kempen #UndiRosak. Suruhan ke atas pihak berkuasa untuk ambil tindakan ke atas orang yang berkempen #UndiRosak adalah satu pencabulan hak asasi secara mutlak!,".

"Dulu BERSIH buat baju cuakla suruh tangkap la siasat la. Ini orang nak undirosak je dia dah kepoh-kepoh. Lagi teruk. Lagi jahat. Lagi diktator. #PepsiCoke #BotolBeza #IsiSama," kata Aswani. 

Ali Abu pula menulis dengan mempersoalkan apakah dosa Mahathir lebih ringan daripada dosa pengundi yang telah memilih untuk melakukan undi rosak : "Tahniah kenkawan, mereka kini sudah terlalu takut! Ini status Naib Presiden PAN. Punyo la takut dengan gerakan kempen undi rosak yang korang buek sampai suruh SPR amik tindakan. Polis pun disuruh amik tindakan jugak. Itulah den cakap, korang ni lobih berdosa berbanding Mahathir pado pandangan mereka. 

Jenayah Mahathir selamo ni takdo pun suruh Polis ambil tindakan. Kau buek undi rosak pulak disuruh Polis amik tindakan. 

Walhal buat undi rosak bukanlah satu jenayah. Kau berkempen buat undi rosak juga bukan jenayah. Takdo satu Akta Parlimen pun yang menyatakan kempen undi rosak adolah satu jenayah atau kesalahan pilihanraya. Kempen boikot pilihanraya sahaja yang dikira satu kesalahan dalam negara ini," katanya.

"Parti paling sikit kerusi nak suruh polis tangkap orang kempen #undirosak. Belom apa-apa dah nak jadi Mahathir. Malam malam mimpi nak jadi diktator ke? Takut tau ai nak undi hangpa," tulis Eddy Gordon pula.

Ledakan #undiprotes di laman sosial dipercayai tidak terancang dan bukan berada di bawah mana-mana organisasi NGO mahupun parti politik kerana kebanyakkan yang mahu membuat undi rosak berdasarkan tinjauan tidak kenal antara satu sama lain.  

Mungkin perkara ini dinyatakan oleh mereka selepas membaca penulisan-penulisan viral anak muda yang mahu membuat undi rosak sejak kebelakangan ini. - 17 Januari 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...