Selasa, 16 Januari 2018

Pergi Umrah Tapi Rasuah Tahap Gaban Buat Apa - Muhkriz Mahathir.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Muhriz Mahathir malam tadi menyelar tindakan sesetengah pemimpin BN yang disifatkannya berpropaganda apabila menyebarkan gambar-gambar yang membayangkan mereka sebagai berperwatakan alim dan warak. 


"Saya tak kira lah, kalau ada pemimpin-pemimpin tertinggi dalam kerajaan yang sedia ada ini, pergi mendirikan Umrah sekalipun, bergambar-gambar keluar dari makan Rasullulah SAW, bergambar juga keluar daripada Kaabah, tetapi kerana kita tahu dia telah jauh menyimpang dari landasan yang benar, kita tahu dia menyeleweng, menyalahgunakan kuasa, mengamalkan rasuah tahap gaban. Menggunakan wang, tak kira apa pun, kita tetap tolak dia.

Ini semua propaganda je tuan-tuan. Masuk muka depan Utusan Meloya. Dan juga setengah jam agaknya dalam TV3 suku. Saya taktahu la 25 minit ke setengah jam sebab saya dah lama dua tahun tak menonton TV3.

Semata-mata nak menggambarkan seolah-olah pemimpin yang kita ada pada hari ini, pemimpin negara, pemimpin Barisan Nasional maksud saya, namanya Najib Razak lebih tepat, kononnya seorang yang begitu warak, yang begitu taat kepada setiap suruhan Allah SWT.

Saya nak terangkan sini dan saya tahu tuan-tuan tahu tentang ini. Najib itu bukannya seorang pemimpin yang boleh kita diikut tuan-tuan, puan-puan. Orang seperti ini wajib kita tolak. Dan kita pastikan dia tak lagi memerintah," katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Parti Pribumi Bersatu cawangan Setiawangsa.


Mukhriz turut berkata, rakyat harus menolak pemimpin bersikap hipokrit yang menunjukkan imej alim sedangkan hakikatnya menyimpang dari landasan dan mengamalkan rasuah. 

"Sekiranya kita memasang niat yang ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk membawa pembaharuan, untuk menyelamatkan negara yang kita sayangi ini maka sudah tentu cara kita, setiap tindakan kita, setiap strategi yang kita pasang mestilah berlandaskan kepada ajaran agama kita sendiri.

Selain itu juga kita tidak boleh menyeleweng, tidak boleh salah guna kuasa, tidak boleh rasuah, tidak boleh cakap tak benar, cara kita berhujah, cara kita mendekati rakyat, mestilah dengan penuh hemah, kerana apa tuan-tuan kerana kita Pakatan Harapan kita bukan Barisan Nasional yang sudah jauh menyimpang," katanya lagi. - 16 Januari 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...