Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 24 Januari 2014

Dokumen Perceraian Tersebar - Sudah-Sudahlah Tue..


Ini draf pagi tadi. Aku tokok tambah beberapa perenggan dari artikel asal pagi tadi. Saja aku tunggu. Kot2 ada ka media gila babi pergi sebarkan kandungan dokumen tersebut. Bagi aku selagi media tak sebarkan, aku takan publish artikel neh. Walaupun aku tahu berlambak2 dah bloggers UMNO main issue neh..

Sebab aku taknak bagi tambah ramai yang tahu. 

Sekali. 

What the hell.

MSTAR pergi lapor pula. Anak hantu betul. Setahu aku, Nurul Izzah dalam rangka nak menyelesaikan kemelut rumah tangga. Sudah2 la tue menyemak. Neh siap pergi sebarkan benda2 yang tak patut pula. Ada kaitan dengan hidup korang semua ke perkara2 begini hah? 

Menurut sumber2 yang boleh dipercayai. Dia dah tarik balik dan dalam rangka nak berdamai semula. Ikut nasihat keluarga. So tak rasa malu ke sapa2 yang dok menyemak dalam urusan peribadi orang? Lue fikirlah sendiri ek.

---------------------------------
 
Dari malam tadi benda neh tersebar sebenarnya. Yang aku heran bin ajaib. Bukan kah dokumen2 seperti ini ialah dokumen2 yang sulit? Dan ia tidak sepatutnya sampai ke pengetahuan orang lain melainkan dalam pengetahuan mereka2 yang terlibat?

Jadi kenapa ada orang yang sengaja berikan ia kepada pihak2 tertentu untuk disebarkan? Adakah ini kerja orang2 dalam jabatan agama itu sendiri? 

Cuba citer?

Apa tujuan nya?


Semalam selepas aku update yang Nurul Izzah menafikan berlaku proses perceraian (mungkin tarik balik) ada orang wassap aku bagitau. Ko tunggu kejap lagi dokumen pasal perceraian akan tersebar pula. Benda neh dorang semua dah ada bukti. Nak nafi pasai pa.

Aku balas la.

Aku cakap lantak la dia nak bercerai ke apa ke. Dalam rumahtangga kalau dah tak bersefahaman, cara yang betul ialah berpisah cara baik. Perceraian bukan perkara yang pelik. Yang pelik ialah pasal apa orang lain yang ada krisis rumahtangga orang lain pula yang lebih2 menyemak?

Dan yang heran nya juga.

Pasal apa depa dok sakan main issue neh? Then tuduh Nurul Izzah ada skandal?

Tak malu ka dok melebih2 dalam urusan peribadi dia?

Ka ada udang disebalik batu?





Ingat orang bodoh sangat ka?


Sepatutnya dalam situasi macam neh cuba berikan sepenuhnya ruang kepada mereka suami isteri untuk selesaikan masalah berbangkit secara peribadi. Takyahla campur tangan. Minta tolong la pada semua. Yang aku dok rasa sekarang neh. Jangan2 esok si Utusan plak p publish kat media cetak depa. Bukan boleh percaya pun akhbar bangang tue.

Huh..

Ku Nan Berang, Kata Orang Yang Tak Faham, BODOH!

Marah sangat Tengku Adnan. Ini semua gara2 laporan berita yang menyebut dia bakal memahsuhkan subsidi ron 95 dan ron 95 hanya akan dijual kepada mereka2 yang miskin dan layak saja.

Sebenarnya.

Subsidi bersasaran tue aku setuju. Aku tak nampak kenapa kenyataan itu jadi isu. Tetapi jika sampai menghalang orang2 kaya dari membeli ron 95 itu tak kena gaya la pula.

Yang perlu ditekankan ialah subsidi. Bukan ron 95. Maksudnya orang yang berbeza status membeli ron 95 dengan harga yang berbeza.

Contohnya geng2 sultan, kerabat2 diraja dan menteri2 serta ahli keluarga dan kroni2 mereka. Dah cukup kaya kan?

So ada logik ka kalau mereka lenggang2 kangkung pergi isi minyak ron 95 yang ada subsidi? Mana patut beb. 

Mereka patut bayar ron 95 dengan harga tanpa subsidi. Nak beli boleh beli tetapi beli dengan harga tanpa subsidi.

Kalau kita buat pelan subsidi bersasaran ketika ini memang patut sebab jurang antara miskin dan kaya semakin melebar. Tetapi cara kita nak mendefisinikan miskin dan kaya itu perlu juga kita perhalusi beberapa ciri. Jangan secara random aje cop orang yang bergaji rm5k orang kaya. Bayangkan, gaji rm5k, bekerja seorang, perlu tanggung keluarga, anak 4 orang, perlu bayar hutang rumah dan kereta, ini kategori kaya ke beb?

Tak kan.

Jika seseorang yang bergaji bersih 3k takde tanggungan tak perlu bayar apa2 hutang, itu lebih kaya dari orang yang bergaji rm5k dan perlu membayar macam2 tanggungan.

So kita kena susun juga, perhalusi betul2 macam mana kita atur pelan subsidi berkelompok neh. Bagaimanapun orang2 yang aku sokong sangat dilarang dari menikmati subsidi ron 95 ialah ;

1. Raja, Sultan dan kaum kerabat mereka yang kaya raya.

2. Menteri, ahli keluarga, kroni dan kaum keluarga mereka yang kaya raya.

3. Ahli2 perniagaan yang kaya raya, tokoh2 yang terbukti kaya raya di negara neh serta ahli2 keluarga mereka yang kaya raya.

Pendek kata sesiapa yang tahu sangat mereka neh kaya raya, tak payah la nikmati subsidi ron 95. Beli la ron 95 tanpa subsidi.

Mengulas lanjut berita yang disensasikan oleh media pada semalam. Ku Nan mengatakan mereka BODOH. Media = BODOH. SH tacap sikit ayat Ku Nan yang diperlihatkan agak kasar (kerana status menteri) supaya tak diperlihatkan Ku Nan ialah menteri yang biadap.

Rujuk ;



Sejujurnya aku pun baca juga berita Ku Nan tue. Tiada apa yang perlu disensasikan. Aku memang setuju 100% subsidi berkelompok/bersasaran. Ia memang kena dengan situasi sekarang. Kita bukan macam di UK. Semua perlu bayar cukai (berdasarkan gaji) dan semua akan menikmati kesamarataan tanpa kira kaya sangat atau kaya sedikit ataupun tak berapa nak kaya dan orang2 miskin pula dibantu tanpa kompromi. Tak kira bangsa, agama warna kulit apatah lagi warganegara. UK negara sosialis yang sering dipuji2 beb.

Kita sekarang neh dah masuk ke peringkat yang kaya makin kaya, dan mereka jadi semakin kedekut serta berkira dengan duit (attached dengan duit keterlaluan berbanding sifat keperimanusiaan) dan orang2 macam neh walaupun tak la kita kata semua, mereka sebenarnya dah menyusahkan orang2 miskin tanpa mereka sedari. Dibantu dengan polisi2 oleh kerajaan yang juga berperanan menindas orang miskin. Bukan salah orang kaya itu kaya kerana dia kaya. Bukan orang kaya tue jahat kerana dia kaya. Tetapi kekayaan itu sendiri bila tidak diuruskan dengan betul, tidak diagihkan dengan telus, maka wujudlah orang kaya makin kaya dan orang miskin makin miskin. Dalam erti kata lain, kekayaan itu bermasalah bila ia tidak menepati prinsip keadilan.

Pun begitu. Jangan kita lupa. Tengku Adnan ialah menteri BN. Dan kita sekarang neh sedang cakap pasal BN. Dan BN tiada rekod bahawa mereka amanah dan berintergriti dalam melaksanakan hal2 kebajikan untuk rakyat. Dalam erti kata lain meskipun dia cakap benda yang agak makes sense but himself doesn't make sense pula. Mekanisme 1 keluarga 1 rumah pun haprak tak pernah fikir. Mekanisme skim perumahan rakyat pun haprak pelaksanaannya. Lagi mahu sembang kencang bab baru? Yang sedia ada neh ko betulkan dulu. Masalah bab perumahan neh ko selesaikan dulu. Then kita proceed kepada kes lain..

Fahammmm?

Oke bai.

Inila Kereta Yang Pakai No Plat Mahal W1N RM748K !!!!

Harga no plat lagi mahal dari harga kereta. Dasat betul. Kalau bagi aku confirm aku beli rumah. Tak silap aku baru2 neh kat Johor juga. Ada keluarga yang merempat sebab kena halau dari rumah sewa yang dimiliki oleh orang Singapura. 

Pehhhhhhh.

Warga sendiri dihalau oleh warga asing tue derrrrrr.

Bukan pasal tak bayar sewa. Tapi nak bayar lambat sikit jer. Itupun kena halau. Memang berapi ah juga dengar citer pasal keluarga tue. Kalau aku ada 748k time tue dah sah2 aku beli rumah lelong sebijik, cash punya boleh dapat bawah 100k sekarang, then bagi kat family tue. Then aku beli rumah untuk aku sekali. Pasal aku pun takde rumah sendiri neh.

Keh Keh Keh

Btw, sejak semalam kami dapat satu gambar. Pasal tender no plat. Rujuk yang tertera kat bawah neh hah ;

 
Yang rare tue no W9N der. Pasal nama dia unuk. Gan Da Wang. Gila ahh. Mesti wang berganda2 yang dia ada. Kalau la dia kawan aku. Memang aku pow dia. 

HAHAHAHA..

Yang pertama dan macam biasa, W1N semestinya Sultan Johor kesayangan rakyat Johor. Aku tak sayang Sultan Johor. Lagipun aku takde keperluan pun nak sayang2 sultan neh. Orang KL beb. Mana ada sultan2 neh.

HAHAHAH..

Lihat gambar Sultan Johor dengan no plat dia yang lagi mahal dari kereta tue..


Suprima S neh lebih kurang RM70k ke atas la juga. Tak silap aku la.

No plat W1N = RM748k

Berganda2 dari harga kereta. Kadang2 aku rasa nak je jadikan Sultan2 neh kawan aku. Kot2 boleh pow RM100ribu ka RM200ribu ka. Buat beli rumah lelong sebijik pun jadi la.

Sultan takmo ka kawan dengan rakyat yang merempat macam aku neh?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Khamis, 23 Januari 2014

Rancangan Serangan Cyber Besar2an Ke Atas Nurul Izzah Atas Isu Perceraian ????

Itulah yang dilaporkan oleh FZ.COM sebentar tadi.

FZ.COM melaporkan bahawa ;

1. Beberapa pimpinan dari PKR (termasuk yang berjawatan tinggi) telah merancang mahu jatuhkan kedudukan Nurul Izzah dalam pemilihan parti yang dijadualkan akan berlangsung pada tahun neh.

2. Tanpa menamakan pihak yang terbabit untuk menjatuhkan Nurul Izzah, FZ.COM mengatakan bahawa pimpinan PKR bercadang menggunakan isu perceraian ini untuk menjatuhkan nama baik dan kredibliti Nurul Izzah.

3. Serangan berbentuk peribadi, dengan mengaitkan Nurul Izzah mempunyai hubungan akrab dengan seseorang dalam PKR akan dimainkan di internet.

4. Jadi isu perceraian (permohonan fasakh) ini akan dijadikan peluru/senjata oleh mereka untuk memulakan serangan cyber besar-besaran ke atas Nurul Izzah.

5. Difahamkan juga yang Anwar Ibrahim sedang melatih dan mendidik Nurul Izzah agar dapat menerajui kepimpinan utama parti (pelapis).

6. Namun perkara ini menimbulkan rasa ketidakpuasan ahti sesetengah pimpinan dalaman PKR yang beranggapan Nurul Izzah masih terlalu mentah untuk diberikan peranan yang besar.

7. Dipercayai, pimpinan senior dalaman PKR adalah dalang kepada konspirasi serangan cyber ke atas Nurul Izzah.

8. Maka atas sebab itu la serangan (isu perceraian) ini dimainkan.

9. Difahamkan juga yang DSAI telah menasihati Nurul Izzah agar mempertimbangkan keputusan untuk bercerai (tarikbalik).

Emm..

Tahu tak korang yang Papa Gomo pun dah start tuduh2 Nurul Izzah ada skandal sedangkan Nurul Izzah baru aje menafikan bahawa dia ada buat permohonan fasakh?

Rujuk sini.

Adakah mereka neh saling berpakat untuk jatuhkan Nurul Izzah? UMNO PKR bergabung meletup jatuhkan pesaing sendiri?

Ah sudah. 

Lihat gambar. 



Kalau betul ini angkara proses pemilihan, memang aku nak ketuk kepala sekor2 yang terlibat. Dah takde isu lain lagi nak main ke? Berlambak2 hujah boleh bagi kan? 

BANGANG!

Nurul Izzah Nafi Tuntut Cerai.

Menurut The Star Online dan portal TMI mereka mengatakan yang YB Nurul Izzah enggan mengulas lanjut akan spekulasi yang sedang hangat tersebar sekarang neh ketika dihubungi.

Iye ke?

Lain pula halnya dengan respon YB di twitter. Slumber aje dia jawab pertanyaan orang ramai, kenapa?

Agaknya dia malas nak layan isu remeh temeh kot. Lagipun betul juga kata dia. Ini hal peribadi dia. So biarla kat dia nak selesaikan macam mana. Isu neh disebarkan di alam maya oleh pihak2 tertentu tanpa kita tahu apa tujuan mereka secara jelas. 

Yang jadi persoalan juga andai benar Nurul Izzah mohon tuntutan fasakh apakah wajar pihak2 dari jabatan agama yang berkaitan dedahkan hal tersebut kepada orang lain? Dimanakah privacy di situ? Jangan gunakan alasan yang Nurul Izzah tu public figure oke. Hak privacy tu terpakai untuk semua orang. Tak kira la dia public figure ke bukan.

Pun begitu ini penafian dari Nurul Izzah. Dipetik menerusi laman twitter. Case closed.








Tian Chua Dihukum Penjara Sebulan, Didenda RM1,000 - Bagaimana Dengan Kedudukan Parlimen Batu?


Uit. 

Kena penjara la pula. Namun hukuman penjara ditangguhkan. Mungkin nak melalui proses rayuan kot. Denda tue tak sure dorang bayar ke tidak. Tapi bagaimana nasib kedudukan Tian Chua sebagai MP di parlimen BATU? Adakah ini akan menganggu kedudukan dia sebagai wakil rakyat atau apa?

Baca ;

KUALA LUMPUR 23 Jan - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua hari ini dihukum penjara sebulan dan denda RM1,000 setelah didapati bersalah atas tuduhan melanggar arahan di bawah Perintah Kawasan Larangan, dua tahun lalu.

Hakim Mahmud Abdullah yang membuat keputusan itu di Mahkamah Seksyen di sini mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam bela, Eric Paulsen untuk menangguhkan hukuman penjara.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, didakwa tidak mematuhi arahan Deputi Superintendan A Rajakopal, untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-kawasan Larangan 1975.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Mohamed Yusoff, manakala peguam Eric Paulsen mewakili Tian Chua.

Mengikut laporan, Tian Chua dikatakan melakukan kesalahan itu di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL), Jalan Semarak, jam 2.39 pagi, pada 29 April 2012 dan didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan 1959 (Akta 298), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Seramai sembilan saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala pembelaan mengemukakan dua saksi.

Di siasat Angkara T-Shirt - Ko Tak Rasa Ke Undang2 Di Malaysia Neh Makin Gila?

Ko tengok. 

Berlambak2 kot tshirt yang UMNO jual untuk sindir PR. Betul? 

Even dorang pakai secara terbuka di negeri2 yang PR tadbir. Adakah ia di anggap mengancam dan mengangu-gugat demokrasi berparlimen hanya semata2 ko tak sokong PR? 

Tidak. 

Ia namanya ko mengamalkan sistem demokrasi. Selaras dengan apa yang termaksub dalam undang2 negara. Bukan nya ko langgar undang2 tau. Kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Setiap orang bebas bersuara, bebas mempunyai kepelbagai pendapat selagi mana tindakan2 dia itu tertakluk di bawah undang2. 

Lainla kalau ko membunuh. Itu baru namanya salah. Sebab kebebasan membunuh bukan sebahagian dari kebebasan yang dijanjikan melalui prinsip demokrasi. Tetapi kebebasan untuk menyatakan apa2 pendapat, menyatakan apa2 pendirian, menunjukkan ko sokong kepada mana2 parti politik, mengakui ko undi itu, undi neh, suka berdemo, tak suka berdemo, sokong BERSIH, tak sokong BERSIH itu hak masing2.

Mana2 pihak tak boleh la dakwa ko hanya semata2 ko tak menyokong pihak2 tertentu. Kes yang tertimpa ke atas Eddy Gordo ataupun pemilik The Yellow Boutique baru2 ini adalah salah satu bukti bahawa BN gagal memahami apa itu prinsip demokrasi ikut kaca mata undang2 yang termaktub dalam negara neh.

Lihat ;

 
 Seriously? Ko proceed case? Under SOSMA? What is the hell is that bro? It cannot be. 

Ia ada hak sesiapa untuk cetak apa2 tshirt berdasarkan apa2 solidariti yang dia sokong la. Katakan la dia sokong TURUN. So dia punya pasal la nak cetak TSHIRT kerana solidariti atas TURUN. Katakanla dia sokong BERSIH. Dia punya pasal nak buat TSHIRT BERSIH. Apa jadahnya cetak tshirt pun salah di sisi undang2? Yang lebih teruk guna SOSMA dakwa dia? Kenapa?

Punya berlambak2 orang BN cetak tshirt. Bahkan tshirt2 yang membawakan maksud sindiran yang berbaur fitnah. Usah kata siasat, tegur pun tak pernah. Blog2 BN yang sebarkan perkara2 mengarut, seks, fitnah tak hengat dunia, usah kata siasat, tegur suruh minta maaf pun tak pernah. Balik2 blog2 PR aje yang kena tegur. Kena ugut saman. Kena warning. Kena minta maaf. Kena lapor polis. Kena siasat. Apa kejadahnya semua itu?

Ini bukan demokrasi.

Maksudnya demokrasi di negara itu ada, kalau ko ikut perlembagaan negara la kan.

Tetapi dari segi cara ia diamalkan, ia langsung tak demokrasi bhai.

Balik2 orang2 biasa, rakyat2 yang tak berpangkat, yang kecil2, kena tindas, dapat layanan double standard, kena itu kena ini.

Malu kat negara luar bila tengok negara kita mendakwa seseorang hanya kerana dia jual TSHIRT. Ingatkan bunuh orang ke rogol ke apa ke. Rupa2nya pasal jual TSHIRT punya pasal. Itupun di bawah satu akta yang berat. SOSMA. Negara Islam la sangat.

Lue fikirlah sendiri.

The Star Lapor Nurul Izzah Dalam Proses Perceraian.

Sebenarnya, kisah neh mula timbul 2 minggu lepas. Tak silap aku la. Aku ada terima kandungan wassap dari seseorang yang bagitau ada orang dari jabatan agama sahkan Nurul Izzah bakal bercerai. Dan, mereka kata orang2 UMNO sedang mainkan isu neh di wassap. Mereka dok kata Nurul Izzah nak bercerai apa bagai.

So aku forward kan keterangan tue pada member2 di wassap. Dalam group tue pun ada Nurul Izzah gak. Aku cakap neh orang2 UMNO dah start buat gosip pasal rumah tangga YB Nurul Izzah pula dah.. minta alert.

Then, tak sangka selepas dua minggu The Star laporkan perkara yang sama pula. 

Lihat ;

 
Laporan The Star ;
The cyberspace is abuzz with talk that PKR vice president Nurul Izzah Anwar is divorcing her husband.

Nurul Izzah is said to have sought the divorce under Fasakh (to annul the marriage) in late December through a petition at a Syariah Court.

Her husband, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, who is believed to have received the petition on Jan 16, has sought a two-week postponement of the matter for him to prepare his case.

Both Nurul Izzah and Raja Ahamd Shahrir Iskandar were not available for comment on the alleged divorce action.

When The Star Online contacted her at 11.40am Thursday, Nurul Izzah's phone rang twice and the line was cut after which the phone was switched off.
Around noon, Nurul Izzah had tweeted that she was attending the Asli's the 16th Malaysia Strategic Outlook Conference.
Nurul Izzah, 33, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 35, were married on May 9, 2003.

The marriage ceremony was held at the residence of Nurul Izzah's father Datuk Seri Anwar Ibrahim at Bukit Bandaraya.

The couple has a seven-year-old girl and four-year-old boy.

Rujukan :  http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/01/23/Nurul-Izzah-Divorce/

Pada aku dia bercerai ke apa ke itu neh ke selagi mana benda tue melibatkan hal2 peribadi dia lantakla disitu. Takde kaitan kot dengan tugas2 dia sebagai YB aka wakil rakyat. Yang UMNO pun takyah la low sangat untuk serang isu2 peribadi. Setakat bercerai neh.. usah kata orang2 PR, orang2 UMNO pun bersepah kot yang bercerai.

Sepatutnya orang yang dilanda masalah rumah tangga neh kita takyah nak beria2 pressure apa bagai. Biarkan mereka selesaikan konflik mereka sendiri. BTW, penulisan di atas neh masih bersifat gossip tau. Entah betul, entah kan tidakkk. Kita tunggu aje la penjelasan lanjut dari tuan punya badan. Betul ke atau tak betul ke satu sen tak effect kehidupan aku kot. Tapi kalau betul berbaris la laki2 Semalaysia nak rebut ahti Nurul Izzah plak lepas neh.

Hahahaha..

Rabu, 22 Januari 2014

Koperal Sirul Azhar Dipercayai Hilang.


WOWWWWWWWWWW

Hilangggg?

Kemanakah dia pergi? Adakah dia juga hilang secara misteri seperti Razak Baginda? Sampai sekarang kita taktau apa benda si Razak Baginda neh buat selepas dibebaskan. Senyap sunyi sepi jee. Sekarang neh Koperal Sirul Azhar pula didapati hilanggggg?

Jeng jeng jengggggg

Baca ;

eguam Kamarul HIsham Kamaruddin memberitahu Koperal Sirul Azhar Umar tidak pernah menghubunginya sejak dibebaskan. 

Rayuan Putrajaya di Mahkamah Persekutuan terhadap kes pembunuhan berprofil tinggi warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu mungkin terhalang kerana salah seorang daripada dua anggota polis yang dibebaskan berhubung jenayah berkenaan dilaporkan hilang, kata sumber.

Koperal Sirul Azhar Umar dibebaskan selepas rayuannya terhadap sabitan Mahkamah Tinggi diketepikan Ogos lalu.Sejak itu, anggota polis berkenaan tidak menghubungi peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili beliau semasa perbicaraan dan di Mahkamah Rayuan, kata sumber.

Kamarul memberitahu The Malaysian Insider dalam rekod beliau masih mewakili Sirul di Mahkamah Persekutuan "sehingga dan melainkan jika dimaklumkan sebaliknya”.

Peguam itu enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau sudah dihubungi Sirul atau jika bekas anggota polis itu menghubungi peguam bagi arahan untuk mengekalkan beliau sebagai peguam di Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, peguam utama, Datuk Azman Ahmad yang mewakili Ketua Inspektor Azilah Hadri berkata, anak guamnya sudah diberikan kelulusan untuk mengekalkan peguam yang sama.Azman berkata, Mahkamah Persekutuan memberikan salinan petisyen rayuan pendakwa awal bulan ini.

Kedua-dua Sirul dan Azilah masih dalam penggantungan daripada perkhidmatan polis. Mereka sebelum ini bertugas sebagai komando dengan Skuad Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman.

Peguam dalam kes prosedur jenayah berkata, adalah lebih baik bagi peguam untuk mendapatkan kebenaran daripada anak guam untuk menentukan sama ada  perkhidmatan mereka masih diperlukan atau tidak."Anak guam mungkin ingin menukar peguam dan itu adalah hak mereka. 

Peguam tidak boleh menganggap anak guam tetap  mahu mengekalkan perkhidmatan mereka," kata seorang peguam yang enggan dikenali .Kebiasaannya, rayuan kes jenayah tidak akan diteruskan jika responden tidak menghadirkan diri.

Pendakwa raya booleh memohon waran tangkap daripada Mahkamah Rayuan untuk mencari responden dan membawanya ke mahkamah. Jika ini gagal, mahkamah akan membatalkan rayuan pendakwa raya.

Satu contoh ialah kes di Mahkamah Rayuan pada November 2010 membebaskan dua bekas pengawal peribadi seorang ahli perniagaan yang dituduh membunuh seorang remaja Cina.

Pada 20 September 2005, Mahkamah Tinggi membebaskan Resty Agpalo, Mohamad Najib Zulkifli dan ahli perniagaan Koh Kim Teck bagi kes pembunuhan anak saudara Koh, Xu Jian Huang, 14, seorang pelajar di sebuah banglo di Jalan Mengkuang, off Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 2004.

Mahkamah sebelum ini menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Koh berikutan kegagalan pendakwa untuk menghadirkan ahli perniagaan itu di mahkamah beberapa kali.

Memandangkan Koh tidak dapat dikesan dan dibebaskan, kedua-dua Resty dan Najib juga dibebaskan.Semasa perbicaraan yang berlangsung 36 hari itu, kes pendakwaan adalah berhubung seksaan dan pembunuhan remaja lelaki itu kerana mencuri RM30,000 milik bapa saudaranya.

Dalam kes Altantuya, pendakwa raya memfailkan petisyen daripada perayu pada 3 Januari dengan mendedahkan secara terperinci yang bertujuan membatalkan pembebasan Sirul dan Azilah.

Antaranya ialah bahawa sabitan kesalahan kedua-dua komando polis tetap tidak terjejas walaupun tanpa keterangan daripada pembantu peribadi bekas timbalan perdana menteri, DSP Musa Safri kerana beliau hanya sebagai periferal dalam kes berkenaan.

Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 memutuskan kegagalan pendakwaan untuk memanggil Musa melemahkan kes Putrajaya terhadap kedua-dua polis itu.Pihak pendakwa raya  menyenaraikan lima sebab hakim Mahkamah Rayuan adalah salah, daripada segi undang-undang dan fakta, membenarkan kedua-dua polis bebas.

Anggota polis itu didapati bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober, dan 1 pagi 20 Oktober 2006.Kedua-duanya didapati bersalah dan dihukum mati tetapi pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan melepaskan mereka kerana kekurangan bukti. ~tmi

Media Jepun Laporkan Aksi Memalukan Penyokong Anwar Ibrahim Yang Protes Bakar Bendera.

Gila.

Rujuk ;


Dan lagi ;


3 perkara yang sekumpulan manusia di atas neh buat. 

1. Memalukan Anwar Ibrahim.

2. Memalukan AMK dan penyokong2 PR.

3. Memalukan rakyat Malaysia.

Habis jahanam kena kutuk tak pasal2. 

Tindakan sekumpulan manusia di atas tidak mendapat restu, persetujuan ataupun dibawah keputusan parti PKR. Aku diberitahu seperti itu oleh orang2 parti sendiri.

Mereka cakap mereka aware bab demo tapi tak pernah plan untuk turut berdemo ataupun bersetuju dengan demo tersebut dan sebagainya. Apatah lagi bab2 pijak dan bakar bendera. Boleh terima juga alasan tersebut. Itu sebab crowd tak ramai mana. Itu sebab takde hebahan media seperti selalu. Itu sebab aktivis2 partisan tak promote. Pasal sapa pun tak tau.

BTW. Ketua AMK yang berada di sana pun tidak menghalang jauh sekali menegah tindakan tersebut. Itu sebab AMK kena kutuk kaw2 kali neh. Nak salahkan persepsi orang yang memerhati? Nak bekap diri? Kemon la der. Better lue buat dua benda. Aku tengok antara solusi yang lue boleh buat. Pertama lue mohon maaf. Selaku AMK jiwa kena besar. Ketua kot. Lue mohon maaf kepada ahli2 PKR sebab memalukan nama baik AMK dan mohon maaf pada kedutaan Jepun. Lue nak cakap itu ka ini ka nak elak diri ka apa ka, sorry to say, untuk orang2 yang memerhati dari jarak dekat dan jauh sambil makan popcorn neh kami satusen tak rasa hapa. 

Kami tetap nampak ketua AMK berada di kelompok pendemo dan terbabit dengan aksi bangang tersebut. Itu saja.

Kedua. Mereka akui mereka penyokong2 DSAI. Sudah tentu ia memberikan gambaran bahawa diri mereka sebagai ahli2 PKR. Ingat walaupun mereka memang terbukti sahih bukan AMK tetapi belum tentu mereka bukan ahli2 PKR. Mungkin AMK boleh buat penafian. Kemon derr. Itu bukan AMK maa. Lue tengok wajah dorang? Usia dorang berapa tue oii. AMK apa jadahnya. So what? Not AMK doesn't mean not PKR juga?

Jangan la bagi jawapan macam itu kawan. Takpela. Minta maaf pun minta maaf aje la. AKui kesalahan akui kesalahan aje la. Nak buat macam mana. Kadang2 memang kita tersilap langkah. Kita akui lebih baik. Lagi kita spin sana spin sini satgi lagi teruk orang balon.

HAHAHAHAHAHAHAHA..

Oke geng2 PKR? Btw, tak patut juga orang lain yang buat lawak bangang, orang lain plak kena minta maaf kan?

HAHAHAHA..

Selasa, 21 Januari 2014

Gambar2 PBT Penang Robohkan Kedai Melayu - Sampai Mengamok Dan Bertumbuk!








Sampai meloncat kaw. Ini mesti marah punya pasal. Dah tak boleh control la tue. Aku dapat gambar2 neh menerusi wassap tadi. Gambar neh dikatakan merujuk kepada satu situasi di mana PBT telah merobohkan gerai yang dimiliki oleh pemuda UMNO atas nama melanggar undang2 = senang cakap gerai atas tapak haram la. 

Mungkin takde lesen.

Mungkin ada orang complaint.

Mungkin menganggu jalan.

Ada macam2 kemungkinan.

Aku kat sini takan bekap PBT. Sebab pada aku PBT pun tak tentu betul juga kerja dia. Aku juga takan bekap peniaga tersebut. Bukan pasal dia UMNO ke apa. Aku takan fikir macam tue kawan2. Pada aku peniaga2 UMNO jika gerai atau kedai dirobohkan oleh sesiapa sekalipun, aku simpati juga. Aku pun tahu dorang pun sama macam aku. Ada bil kena bayar tiap2 bulan. Ada anak bini keluarga yang kena tanggung tiap2 bulan. Kena bayar itu neh, makan lagi dan sebagai tiap2 bulan. Takan aku nak gelak hihi haha hoho padan muka kedai ko kena roboh pula kan? Aku simpati juga. Tapi lebih baik aku tidak berdiri di mana2 pihak sebab aku tidak tahu akan kebenaran nya. Entah siapa betul siapa salah. Untuk perkara yang tidak jelas macam neh takyah la aku bangang2 nak pergi take stance. Satgi kebenaran terdedah hakuu juga kena balik.

HAHAHAHAHAHAHAH.

Aku ada juga kenalan dari Penang. Dia ada juga bagitau aku. Perkara2 macam neh selalunya akan berakhir sebagai isu perkauman. Ada 2 punca.

1. Memang gerai2 melayu selalu jadi mangsa perobohan. Kedai2 cina yang ko report bertahun2 pun HARAM depa nak serbu. Satgi sapa cakap kawan aku tue UMNO memang aku lempang laju2. Jangan tuduh2 bro. Lue tak fikir kot DAP = NABI kan?

2. Kegagalan PBT untuk menjelaskan situasi sebenar.

Aku berani cakap. PBT kat mana2 negeri pun memang ada masalah sistem yang teruk. Hampeh. Mengada2. Menyusahkan. Bersifat menindas. Bersifat pentingkan diri. Aku ulang balik idea aku. Entah kali ke berapa tah. Pada aku PBT ka Majlis Perbandaran ka Majlis Daerah ka apa ka senang cakap PENGUATKUASA la kan ;

1. Bila ko dapati gerai / kedai tersebut bermasalah, didirikan secara haram ke mengacau ke apa ke, cara pertama mulakan rundingan dengan peniaga tersebut.

2. Panggil dia masuk office. Dan bincang. Hoi peniaga. Apa pasal lue meniaga sana? Lesen takde pula tue. Itu salah ma.

3. Then dengar keterangan dari dia dulu. Pongpang2 dalam mesyuarat. Rangka strategi untuk selesaikan masalah. Apa masalah dia? Takde lesen? Suruh la dia apply lesen. Bantu dia. Tunjuk arah kat dia. Begini2 caranya nak apply lesen. Jumlah pula begini2..

4. Tapak haram? Alamak kawan. Sini tak boleh meniaga. Kacau lalulintas la sedara. Meh kita runding cari tapak baru untuk lue brader. Lue kena faham undang2 is undang2. Satgi berlaku apa2 yang kena maki lue dengan gua juga. Kita ikut la undang2 sama2 dalam pada itu kami disini akan jadi mesra peniaga. Masalah lue masalah gua juga. Gua takmo jadi kaki roboh saja. Gua nak jadi kaki roboh yang menyelesaikan masalah orang. Macam Nabi ma. Nabi larang orang sembah patung dengan Nabi bagi alternatif baru (ISLAM).

Itu baru betul.

Ini dok huhuhaha. Kang BN roboh kedai PR. PR melalak. Apa lah kejam sangat geng2 BN neh dok roboh kedai kamiii. Kat mana nak cari rezeki. Kang PR roboh kedai BN. Geng2 BN melalak. Kurang ajar punya racist diskriminasi tindas orang dan sebagainya. Sedangkan samada kedai BN ka PR ka yang kena roboh tetap la kedai rakyat juga yang kena roboh. Aku dan ko neh tak kira la ko tue PR ka BN ka apa ka, kita neh rakyat. Kedai2 yang kena roboh tue tak lain tak bukan, kedai2 rakyat juga. Apa jadahnya aku nak tepuk tangan bila tengok rakyat tak kira bangsa dok menangis kedai tempat mencari rezeki dirobohkan?

Tak betul tue kawan.

Pada aku cara PBT melaksanakan kerja ini perlu diubah. Ia harus terpakai untuk semua situasi untuk seluruh Malaysia tanpa kira bangsa dan agama.

Mana2 kedai jika mereka ada buat salah, kita bagitau depa dalam waktu yang sama kita sediakan solusi, supaya bila aku robohkan kedai ko pun ko happy aje2. Pasal apa? Pasal ko tahu ko telah pun dibantu untuk mencari rezeki di tempat lain yang mana ia bukan saja tidak salah dari segi undang2 bahkan dijamin ko akan dapat meniaga dengan aman. 

Itu cara kita. Lebih tepat, itu cara rakyat. Pemisahan ikut parti pun tak betul kawan. Bukan hanya pemisah ikut bangsa dan agama aje salah, pemisah ikut parti pun namanya racist dan diskriminasi juga kawan.

Oke la bai. 

Kredit gambar : Rakan Wassap.

AMK Kena Kutuk KAW2 Sebab Bakar Bendera Jepun.

Kena kutuk bodoh ada. Bangang pun ada. Bebal pun ada. Bahlol pun ada. Bingai pun ada juga. Bengap pun ada sama. Ehh tolol pun tak ketinggalan.

Sorry na.

Bukan aku yang kutuk oke. Aku cuma taip balik aje apa yang kawan2 aku kutuk. Aku tak sokong gak tindakan korang. Tapi aku tak kutuk. Aku cuma gelak aje. Siyes. Gelak macam neh.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Kisah pertama mula disini. Sekali KJ sound la pula.



Then aku tengok member2 seperjuangan pun ramai yang kutuk2 AMK. Dorang yang buat poster neh. Bukan orang2 BN oke. Kang tak pasal2 kena cop MACAI la pula.

HAHAHA..

Lihat ;



Oke fine. Kisah neh bermula disebabkan Anwar dihalang dari memasuki Jepun. Kenapa Anwar di halang? Rupa2nya disebabkan Anwar pernah dipenjarakan lebih dari setahun. Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh pihak kedutaan Jepun. Anwar mungkin lupa. Biasalah banyak tugas kan. Sepatutnya tugas AMK ialah cari fakta dulu dan ingatkan Anwar kembali. Banyak benda kot dia nak fikir. Itu neh. Sepatutnya AMK membantu Anwar menjernihkan kembali keadaan bukan nak tambah membangangkan lagi keadaan. Tak pasal2 orang kutuk AMK. Dan tak pasal2 terheret sekali nama Anwar Ibrahim. 

Hehehe..

Berikut jawapan yang diterima.

Baca ;


Kedutaan Jepun hari ini mengesahkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memerlukan kebenaran khas bagi mengunjungi negara matahari terbit itu setelah beliau pernah dipenjarakan di Malaysia.

Jurucakap kedutaan, Tomoko Nagai, berkata Anwar sebelum ini memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 melalui kebenaran khas dan kedatangannya baru-baru ini tidak melalui proses tersebut.

“Sesiapa yang pernah dipenjarakan sebelum ini sama ada di Jepun atau negara lain selama setahun atau lebih akan dinafikan memasuki Jepun.

“Anwar sebelum ini memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 dengan kebenaran khas tetapi beliau tidak membuat permohonan sama pada kali ini,” katanya kepada akhbar milik MCA, The Star.

Anwar pada Ahad mendakwa beliau dihalang memasuki Jepun oleh pihak imigresen negara itu setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 6.45 pagi.

Katanya, beliau bukan sahaja gagal melepasi pemeriksaan imigresen bahkan diarahkan pulang menaiki penerbangan pertama dari Tokyo.

"Saya dihalang memasuki Jepun dan diarahkan untuk pulang ke Malaysia. Sekiranya tidak berbuat demikian, pihak berkuasa akan menahan saya.

"Apabila saya tanya, kenapa dihalang? Mereka beritahu ia adalah kerana hukuman sebelum ini pada 1999," katanya melalui Facebook.

Rujukan :  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anwar-tidak-mohon-kebenaran-khas-kata-kedutaan-jepun

Masalah teknikal aje rupanya. Anwar mungkin fikir dia tak perlukan kebenaran khas susulan tindakan Jepun membatalkan polisi tanpa visa pelawat2 dari Malaysia. Rupa2nya untuk kes Anwar ia berbeza. Anwar tetap perlukan visa disebabkan dia pernah dipenjarakan.

AMK pula pergi berdemo.

Pijak bendera. Bakar bendera lagi. Dan err.. ajak boikot lagi?

KAH KAH KAH

Aku terpaksa memilih untuk gelak2 saja. Lebih2 kang kena sound pula. BTW, satu perkara yang aku suka ialah bilamana ada je benda2 yang tidak disukai dibuat oleh mana2 pemimpin2 PR, penyokong2 neh mereka tak tunggu orang lain bantah baru terhegeh2 depa kutuk, kritik, bidas dan bantah. Terus bantah on the spot. Twitter, blog mahupun facebook. Menarik. Mereka bukan jenis mengikut membuta tuli rupanya. Tak boleh la kena cop penjilat ye tak?

KAH KAH KAH

Untuk rakaman aksi lawak di atas rujuk sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...