Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 4 April 2015

Sirul Kantoikan Ketua Polis Negara - Mana KPN Nak Letak Muka Selepas Dimalukan Pelarian.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Aku memilih taknak taking side. PDRM atau Sirul. Cuma seronok tengok KPN dimalukan Sirul. Agak-agak la nak keluarkan apa-apa kenyataan pun biarlah berbukti kau pernah amek keterangan Sirul.

KPN berbuat kenyataan begitu sebab nak mematikan desakan yang mahu kes siasatan pembunuhan Altantuya dibuka semula. Desakan semakin kuat apabila Mahathir sendiri mempertikaikan perkara yang sama. Jika dulu dari pembangkang. KPN boleh la bagi alasan merapu dan sebagainya. Dia berkuasa dia punya pasal la. Sapa lawan dia boleh tangkap. Boleh dakwa. Kau nak cakap apa? Melawan? Silap2 kau kena bantai dengan penyokong2 PDRM lagi ada. Rakyat balon rakyat. Ini la stail di Malaysia. Ramai gile rakyat sanggup jadi penjilat orang atasan. Tak boleh nak kata apa dah la. Aku pun takde idea nak ubah senario tue. Aku rasa ini penyakit keturunan. Ada pada setiap zaman, setiap generasi, setiap negara, setiap kaum tanpa kira agama dan kepercayaan.

Tapi bila Mahathir membangkitkan persoalan serupa, KPN tak boleh nak jawab acah-acah macam dulu. Ini Mahathir kot. Bekas PM 22 tahun. Nak tangkap tak boleh. Nak dakwa tak boleh. Nak kritik tak boleh. Apa jalan yang KPN ada? Cakap je la PDRM dah mengambil keterangan dari Sirul dan hasil dari tindakan tersebut telah membuatkan PDRM memutuskan tiada keperluan untuk buka kertas siasatan semula.

Maksudnya kat sini nak beri gambaran ;

- Takde bukti / penemuan baru

- Keterangan Sirul tak boleh pakai

Sebab tue PDRM tak perlu siasat lagi. Cukup la dengan keputusan sedia ada.

Tapi malang buat KPN bila Sirul bangkit dan menafikan kenyataan KPN kau.

Kelakar gile.

Baca laporan MKini jap ;

Sirul Azhar Umar menyangkal kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata beliau telah menghantar orang ke Australia untuk bertemu dengannya.

Bercakap kepada Malaysiakini pada jam 2.30 pagi ini waktu Malaysia (5.30 masa Australia), Sirul berkata dia sukar tidur berikutan kenyataan IGP itu semalam, yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.

Sirul (kiri) mendakwa bahawa tidak ada pegawai atau anggota polis yang bertemu dengannya di Australia.

IGP dilaporkan oleh Bernamasemalam sebagai berkata polis telah bertemu Sirul yang berada dalam tahanan pihak berkuasa Australia untuk diambil keterangan berhubung semua dakwaan yang dibuatnya itu.

Laporan Bernama itu memetik IGP sebagai berkata polis telah menjalankan siasatan terhadap semua dakwaan terbaru yang dibangkitkan Sirul dan berpendapat tidak mempunyai apa-apa untuk meneruskan siasatan.

Menurut Sirul, tiada siapa dari pasukan polis yang datang untuk menyiasat atau bertanya tentang kebajikannya.

"Saya keseorangan di sini, "katanya ketika bercakap kepada Malaysiakini.

Sirul, yang didapati bersalah membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu bersama dengan Ketua Inspektor Azilah Hadri, kedengaran menangis di hujung talian.

Kedua-dua mereka berkhidmat sebagai pengawal peribadi kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak, ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri, semasa pembunuhan itu berlaku pada tahun 2006.

"Jika polis dan orang ramai ingin mengetahui kebenaran, saya cabar Khalid membuka fail 'perisikan'", kata Sirul.

Fail perisikan yang dirujuk oleh Sirul ialah kenyataan asal yang diberinya kepada polis perisikan Malaysia - biasanya dirujuk sebagai cawangan khas - dan jabatan siasatan jenayah.

Ia telah dirakamkan apabila dia telah ditahan oleh pihak polis dan dibawa pulang dari Pakistan, ketika mengiringi Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tidak cukup dengan itu, Mahathir menambahkan lagi garam atas luka Najib bila dok menyindir Najib bahawa Sirul pun pernah menjaga Mahathir sewaktu Mahathir menjadi PM suatu ketika dahulu. Dan Sirul tak bunuh sesiapa pun ketika itu.


Sesiapa pun boleh tangkap maksud Mahathir. Bukan dia nak membela Sirul. Maksud dia mudah. Sirul pernah jaga Mahathir dan pernah jaga Najib. Ketika jaga Mahathir, Mahathir tak pernah pula arah Sirul membunuh sebab tue dikatanya Sirul tak pernah membunuh (terlibat dalam kes pembunuhan) sesiapa pula ketika itu. Tapi bila jaga Najib.. entah la. Lue fikirlah sendiri. Aku benda tak nampak taknak tuduh-tuduh.

KAH KAH KAH

Cuma, mungkin ramai yang melihat ini strategi Mahathir selepas Najib masih gagal dijatuhkan dengan isu 1MDB. Maksudnya, bukan la Mahathir betul-betul nak accuse Najib terlibat dalam kes tersebut tetapi sekadar main modal pembangkang bagi menambahkan tekanan ke atas Najib dan menambahkan persepsi buruk terhadapnya agar Najib jatuh lebih cepat.

Berapa lama sudah kes tue berjalan. Kenapa baru Mahathir persoalkan. Orang pasti berfikir macam tue punya.

Dan aku terfikir-fikir juga. Hari tue pernah baca yang A.Kadir Jasin menulis. Kita (team Mahathir) pun ada rahsia besar juga (rahsia Najib). Cuma kita tak memilih untuk menulisnya di media..

Apa rahsia besar itu?

Adakah rahsia itu berkaitan Altantuya atau komisen Scorpene?

KAH KAH KAH

Harga Topup Kini Kekal Seperti Sebelumnya - GST YG Dah Bayar Boleh Refund? - Topup Bebas GST?

Semalam di AMANZ ada kemaskini yang menyatakan topup mungkin akan bebas dari GST.

Baca ;

Selepas pelbagai kenyataan dikeluarkan sebelum ini, kini Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan telah mengumumkan dan memberikan penerangan mengatakan harga tambah-nilai untuk prabayar akan kembali semula seperti biasa bermula bulan Mei ini.
Menurut Ahmad Maslan, keputusan ini dicapai selepas membincangkan perkara berkaitan GST ini dengan pihak Kastam dan juga syarikat telekomunikasi tempatan.
Sebelum ini, ramai pengguna tempatan membuat aduan mengenai isian semula prabayar yang dikenakan caj GST, membuatkan pengguna perlu membayar lebih 6% untuk pembelian (sebagai contoh RM10.60 untuk isian semula RM10). Namun, memandangkan ramai tidak bersetuju dengannya, Ahmad Maslan telah mengumumkan syarikat telekomunikasi akan menawarkan minit panggilan dan SMS percuma tambahan untuk setiap tambah-nilai berharga RM5 ke atas.
Kenyataan kedua tersebut turut diakui oleh beberapa syarikat telekomunikasi tempatan, selain SKMM sendiri turut membuat pengumuman rasmi mengenainya.
Kini, selang beberapa jam selepas pengumuman pihak SKMM, Ahmad Maslan dilihat dipetik mengatakan isian semula prabayar akan dikecualikan daripada GST dan kembali kepada harga asal seperti sebelum ini. Menurut Ahmad Maslan lagi, selepas ini, untuk isian semula RM10, ia akan membawa nilai RM9.43 dan GST sebanyak 57 sen, tetapi pengguna akan diberikan isian semula bernilai RM10 ke akaun mereka tanpa sebarang potongan.
Harga prabayar akan kekal untuk sebulan ini dengan kadar GST seperti diumumkan pada hari Selasa lepas, iaitu sebagai contoh, isian semula RM10 akan dijual pada harga RM10.60, tetapi menerima minit panggilan dan SMS percuma.
Kami gagal menghubungi pihak SKMM untuk mendapatkan jawapan.

Dan di laman twitter pula, Ahmad Maslan tampil memberikan kenyataan bahawa ;

1. Topup akan kekal pada harga yang sama

2. Namun dengan GST


Aku tak faham apa point Ahmad Maslan.

- Adakah harga topup kekal tapi duit yang diterima berkurangan. Contoh. Beli topup 10 kita terima cuma 9.43sen.

- Atau kita bayar 10 dan dapat 10?

- Atau syarikat telekomunikasi serap GST?

- Jika syarikat telekomunikasi serap GST lagi la aku rasa pelik. Pada aku tak mungkin kapitalis akan serap GST. Apa yang berlaku hanyalah mereka ada perjanjian mereka sesama ahli perniagaan dengan menteri hanya kita sahaja yang tidak tahu.

Apa-apa pun tunggu dan lihat. Apa maksud sebenar Ahmad Maslan neh. Dan aku terfikir-fikir. Pada yang dah bayar lebih mungkin akan persoalkan tentang refund jika benar syarikat telekomunikasi serap GST. Mana aci kan. Tak memasal kena bayar cukai 3 hari sebelumnya.

HAHAHA.

Jumaat, 3 April 2015

Kronologi Penipuan Menteri Dalam Isu GST Pada Topup - Menteri Lupa Tetapi Rakyat Tidak Lupa.

Untuk memahami cerita ini, kita semua kena kembali pada tahun 2011 - 2012.

Lihat video ini ;

  

- Najib dengan slumber badaknya cuba menyalahkan syarikat telekomunikasi dalam isu cukai.

- Sedangkan perkataan cukai itu sendiri merujuk kepada satu polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan.

- Perkataan cukai itu sendiri sudah membuktikan yang wang kutipan akan masuk ke kantung kerajaan.

- Percubaan mengalihkan kesalahan ke atas syarikat telekomunikasi agar kerajaan tidak dipersalahkan.

- Apabila persepsi itu dicipta, kerajaan akan terselamat dari maki hamun rakyat sebaliknya syarikat telekomunikasi la yang akan menerima tempias dan maki hamun orang ramai.

Ini adalah permulaan kepada tindakan kerajaan untuk cukaikan prepaid. Kenapa prepaid? Adakah prepaid bebas cukai?

1. Prepaid tidak bebas cukai.

2. Prepaid tertakluk kepada 10% cukai SST.

3. Apa yang kerajaan nak buat pada ketika itu ialah sama seperti ASTRO, POSTPAID dan beberapa perkhidmatan lain di mana perkhidmatan2 itu akan tertakluk kepada GST. Samada from SST to GST atau from tanpa cukai to GST.

4. Oleh kerana reaksi yang diterima terlalu luar biasa, maka Najib dan kabinet undurkan cadangan sendiri dan salahkan syarikat dalam kejadian itu.

5. Syarikat juga tidak bodoh. Tidak akan biar diri buta-buta dikambinghitamkan kerajaan. Mereka ada perjanjian mereka. Hanya kita sahaja tidak tahu apa dia dan bagaimana.

6. SST 10% ialah sejenis cukai bukan cukai kepenggunaan. Maka, cukai ini sungguhpun boleh diserap sebagai kos perniagaan tetapi cukai jenis ini ;

- Tidak semestinya perlu dipamerkan

- Tidak boleh dialih keluar kepada pengguna akhir sebagai 'cukai' kerana bukan cukai berdasarkan per item = GST. Sebaliknya akan dikira sekali sebagai harga jualan product.

Ini berlaku kerana SST 10% dikira melalui keuntungan perniagaan. Bukan per item.

Contoh.

Syarikat A ialah syarikat telekomunikasi.
Syarikat A jual perkhidmatan prepaid.
Syarikat A dicukai atas perkhidmatan tersebut.
Syarikat A menggunakan konsep ;

Perkhidmatan jenis A = untung 50%
Perkhidmatan jenis B = untung 30%
Perkhidmatan jenis C= untung 100%

Untuk mendapatkan keuntungan melalui hasil penjualan perkhidmatan (prepaid) mereka. Tolak tambah tolak tambah akhirnya dapatlah jual prepaid 5 dengan 5, prepaid 10 dengan 10, prepaid 30 dengan 30 dan sebagainya. Dan selepas satukan kesemua keuntungan hasil dari penjualan tersebut maka tolak 10% cukai angkara SST tadinya tue.

SST dalam syarikat telekomunikasi aku tak faham sistemnya macam mana. Adakah per bulanan, per tahunan atau per jenis perkhidmatan. Itu aku tak pasti. Yang pasti ia bukan per item.

GST = PER ITEM.

Bila dah convert jadi per item, maka mustahil la syarikat telekomunikasi boleh serap cukai tersebut. Ia tidak lagi ditolak berdasarkan keuntungan pukal sebaliknya ia dikira melalui jualan per item.

Dah faham neh?

Oke.

Bila berlaku huru hara tentang prepaid pada tahun itu, maka keputusan untuk jadikan topup seperti ASTRO dan sebagainya tergendala.

Dan pada tahun 2015, sekali lagi kerajaan kau main wayang nak perbodohkan rakyat. Mereka keluarkan kenyataan dengan membayangkan seolah-olah cukai GST dalam topup ;

1. Keputusan syarikat telekomunikasi
2. Syarikat telekomunikasi wajar dipersalahkan dan punca kepada cukai tersebut
3. Syarikat telekomunikasi la yang kutip cukai tersebut
4. Kerajaan akan cuba berunding dengan syarikat2 tersebut
5. Dan bila gagal, sesetengahnya mungkin beranggapan kerajaan tiada kemampuan untuk kawal syarikat2 kapitalis itu dengan undang2 sedia ada.
6. Sekali lagi, orang awam akan meluat pada syarikat2 telekomunikasi bagi penyokong2 kerajaan yang setia dengan beranggapan menteri sudah berusaha.

Satu lagi taktik nak perbodohkan orang. Hanya orang UMNO sahaja yang percaya taktik bodoh menteri-menteri kau neh. Kerajaan kau sebenarnya telah menyorok fakta sebenar tentang beza SST dan GST.

Tengok aje nama cukai pada prepaid tue.

1. GST.

2. Sapa collect GST? KERAJAAN.

3. Maka siapa boleh mahsuhkan cukai pada prepaid? KERAJAAN.

4. Apakah syarikat telekomunikasi berkemampuan untuk tidak charge GST ke atas pengguna? TIDAK SAMA SEKALI.

5. Apa yang syarikat telekomunikasi boleh buat? Hanyalah SERAP cukai tersebut. Itu jika mereka mahu.

6. GST ialah cukai kepenggunaan. Kau bayar cukai bila kau guna barang/perkhidmatan tersebut. Cukai ini wujud sebab polisi kerajaan. Takde polisi ini, maka takde la prepaid dicukai. Atau jika prepaid dikecualikan GST, maka takde la cukai dalam penjualan prepaid.

7. Syarikat telekomunikasi tiada keperluan untuk serap cukai tersebut sebab sistem GST sendiri menyatakan penjualan kad topup termasuk dalam satu jenis perkhidmatan yang perlu dicukai dalam GST yang mana kiraannya nanti berdasarkan per item. 1 product 1 cukai.

8. Bukan macam SST. Satu keuntungan menyeluruh 1 cukai.

9. So bila dah macam neh kaedahnya tak mungkin la syarikat nak serap. Melainkan mereka kurangkan nilai prepaid supaya harga jualan tidak naik. (Dan kebetulan pula masa aku tengah update2, si Ahmad Maslan sendiri dah naikkan apa yang aku sebut kat twitter dia hahaha)

10. Menteri tahu tentang ini. Mereka tidak tunduk pada kapitalis. Apa yang berlaku adalah sebaliknya dengan kapitalis mendapatkan sesuatu manfaat apabila rela dipersalahkan oleh rakyat jelata hasil dari spin menteri2 kau nak selamatkan tengkuk dan maruah depa dari kena pancung kat laman sosial.

Status2 twitter di bawah neh ialah cubaan memperbodohkan minda rakyat.


Untuk perkhidmatan telekomunikasi, SST ialah berdasarkan penjualan pukal manakala GST ialah kiraan berdasarkan per item.

Wayang berterusan.


Dan wayang terbaru.


Nampak?

Kenapa menteri tak boleh nak push telco untuk jual 10 pada 10 tanpa kurang airtime ke apa ke dalam topup mereka jika benar SST10%-GST6%?

Jawapannya mudah.

GST per item.
SST (telekomunikasi) per keuntungan/jualan.

Syarikat telekomunikasi pun sedar setakat mana had mereka. Dan menteri lebih tahu lagi. Sebab tue la dia keluarkan kenyataan seperti di atas. Cadangan aku kepada Ahmad Maslan, berhenti la berpura2. Dah teruk sangat kantoikan diri sendiri. Gentleman sudah. Fine. Kerajaan nak cukaikan topup. So? Taknak bayar cukai maka jangan la beli topup. P dok bulan sana. Jangan asyik nak salahkan kerajaan je. Settle. Ko pun tak pening kepala pecah otak nak cari idea spin sana spin sini kami pun senang kerja terus maki dari nak tulis panjang2 cari sebab untuk buktikan permainanan kau. Simple. Betul tak?

KAH KAH KAH

Khamis, 2 April 2015

Page FOBN Kini Sasau Diserang Rakyat Malaysia.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Terbantut plan aku nak update pasal MYDIN dan TOPUP. Nanti-nantila. Kelakar sangat plak melihat karenah FOBN kau neh.

KAH KAH KAH

Bermula semalam FOBN dah tak macam FOBN dah. Selalunya kebanyakkan posting mereka akan kutuk PR atau puji menteri. Tapi kali neh lain macam sikit. Bahkan sampai tak tertaip ayat-ayat pujian dalam satu-satu posting pun ada.

Contoh ;


Sebaliknya posting2 di FOBN kini dah bertukar menjadi 'Animal Planet' atau 'Friend of Kucings'.

Kebanyakkan posting-posting FOBN dalam 2 hari neh berkisar tentang ;

- Kemalangan

- Kucing 

- Binatang2

- Resipi

- Perumpamaan, kata2 semangat dan sebagainya

- Citer pasal basikal

- Citer pasal pisang dan pokok2

- Citer pasal baby

- Citer pasal kenduri pun ada

Yang tak tahan tue. Cerita pasal restoran dan kenduri seperti tertembak diri sendiri.

Tengok ;


Terrrbakarrrrr kau.

Konon-konon nak alihkan topik dari isu politik. Sekali pandai pula rakyat ko neh tembak depa balik.

KAH KAH KAH

Padan muka.

Lepas tue suruh orang jadi bijak. Jangan bayar GST. Masak sendiri di rumah. Dengan membayangkan ;

- Yang bayar GST = BODOH

- Untuk tidak jadi bodoh = patut tahu cara elak dari bayar GST

- Tapi lupa ke dia gas memasak dan barangan makanan tertentu juga tertakluk kepada GST?

- Itu satu hal. Yang lebih bangang tue. Dia boleh pula buat2 lupa yang selama neh dorang sokong GST. Dah tue pasal apa pula nak suruh orang elak bayar GST. Patutnya dia mengalakkan lebih ramai orang makan luar untuk bayar GST. Dah kata GST baik untuk negara. Dah lupa ke atau spesis takde pendirian?


Dah suruh orang masak-masak kat rumah, promote restoran plak suruh makan luar ;


Nak halalkan dia punya sasau nanti dia akan cakap la. Eley. Restoran tue takde GST. Tapi lupa ke. Setiap kali keluar bermaksud duit. Minyak pun ada GST. Kau yang suruh orang jimat sangat. Lepas tue suruh makan luar. Kecelaruan apa kau neh. Bodoh kot. Mesti dah sasau terlampau.

Bukti kesasauan FOBN ;


Kucing ialah haiwan berkaki 4. Tapi dengan FOBN, kucing kau ada tangan.

Bodoh gile. Itu pun gambar lama. Kucing tue dah takde kot. Tuan punya badan mesti berapi jek tengok ko FOBN dok jaja2 gambar kucing dia.

Tapi memang power la komen2 kat FOBN sekarang. Hujan. Lebat. Komen semua dok mengutuk. Puak2 BN tatau lari p mana. Yang dok jilat admin mungkin dah mati atau cabut bateri untuk rehat 2,3 hari. Dah panas sangat kot. Tak tahan. Silap2 boleh mampos depan PC baca semua komen.

KAH KAH KAH




Nampaknya cerita kucing dah ada peminat setia. Elokla FOBN update cerita kucing buat selama-selamanya. Kalau update pun kantoi merepek macam kat bawah neh pun tak guna gak. Bukan sekali dua. Banyak kali dah.


Mana la dia dapat cerita tue. Kalau bukan dari media pengampu kerajaan mesti dari geng2 dia juga.

KAH KAH KAH

Apa2 pun. Demi kucing, bersarala FOBN dari update cerita politik. Kucing2, badak2, singa2, harimau dan semua bintang2 memerlukan kamu demi meningkatkan jumlah LIKE dan SHARE di page kamu. In kucing we trust, in BN g mampos.

KAH KAH KAH

Mahathir, Ku Li Bergabung Bantai Najib - Mereka Tanya Siapa Arah Bunuh Altantuya.

Tempoh bertenang dah berakhir. Anak ko dah kahwin. Anak aku dah kahwin. Anak dia pun dah kahwin. So sekarang aku lancar gendang perang. Ko atau aku yang mampos. Tunggu dan lihat.

Mahathir keluarkan satu artikel yang mempersoalkan siapa arah bunuh Altantuya. Dalam artikel yang sama Mahathir turut mempersoalkan pelaburan 1MDB di luar negara. Jelas lah kepada kita secara tak langsung Mahathir sedang mengaitkan kes pembunuhan Altantuya dengan Najib sebenarnya. Itu sebab kedua-duanya dibahaskan dalam satu artikel yang sama.

Selepas Mahathir attack Najib, Ku Li pula tampil menyokong tindakan Mahathir itu.

Baca ;

Jika sebelum-sebelum neh geng2 BN marah kepada pembangkang kerana pembangkang kerap kali cuba membayangkan pembunuhan Altantuya berkait dengan pembabitan Najib. Adakah kali neh geng2 BN akan mengambil pendirian yang serupa? Marah kepada Najib? Atau tetiba tukar arah? Atau diam tanpa melakukan apa-apa tindakan sebab keliru?

KAH KAH KAH

Yang belum baca penulisan Mahathir boleh baca kat bawah neh sendiri. Jika blog Mahathir gagal akses pun takpe dan takde masalah. Aku dah siap2 copy paste untuk bacaan semua orang.

1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.

2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.

3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.

4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.

5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.

6. Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.

7. Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?

8. Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.

9. Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yang hanya disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yang dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

10. Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yang dibeli oleh 1MDB tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yang murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yang tidak mencermin harga pasaran.

11. US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yang begitu banyak.

12. Jho Low dilapor dalam New York Times, London Times dan Sarawak Report terlibat dalam pengurusan berbillion Ringgit duit 1MDB. Siapa dianya Jho Low yang begitu dipercayai oleh Dato Sri Najib. Pegawai Malaysia yang dilantik mengurus dana 1MDB mengaku mereka diarah oleh Jho Low yang mendakwa ia mendapat kepercayaan penuh dan arahan dari Dato Sri Najib.

13. Gambar-gambar Jho Low dan kelakuannya, umurnya yang amat muda serta cara hidupnya tidak menggambarkan peribadi yang menyakinkan orang ramai. Tetapi dia dilapur membeli rumah di New York dan Hollywood beratus juta Ringgit. Kemudian rumah-rumah ini dijual kepada anak tiri Najib dengan harga ratusan juta Ringgit bagi setiap satu kerana kononnya Jho Low telah jumpa rumah yang lebih indah di Hollywood yang harganya lebih tinggi.

14. Dari mana datangnya duit beratus juta kepada Riza Aziz tidak dapat dijelas. Keluarga Tun Razak termasuk Najib menafikan duit ini adalah dari keluarga. Pelaburan ratusan juta dalam filem “Wolf of Wall Street” oleh Riza datang dari mana?

15. Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Dato Sri Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka. Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara.

16. Sementara itu, walaupun Kerajaan menghadapi kekurangan wang yang besar dan terpaksa hutang, Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri membeli sebuah lagi pesawat mewah. Umum mengetahui pesawat ACJ319 yang sedia ada diguna bukan sahaja untuk tugas rasmi tetapi sebagai kenderaan peribadi untuk Dato Sri dan Datin Sri.

17. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai Ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta Ringgit, Kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik Kerajaan.

18. Cara pembelian tidak dapat menyembunyi bahawa akhirnya Kerajaan terpaksa menanggung beban pembelian ini. Jika syarikat bukan Kerajaan yang secara rasmi membeli, bayaran melalui lease (sewa) lebih tinggi daripada belian secara langsung kerana terpaksa memberi keuntungan kepada pemilik dan faedah yang dimasukkan.

19. Selain daripada ini dasar-dasar pemerintahan Dato Sri Najib terhad kepada pemberian wang percuma, menimbul kemarahan orang Melayu dengan mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina. Namun penolakan BN dalam PRU 13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib.

20. Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14. Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula.

21. Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini.

22. Saya belum nyanyok walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyok sebenarnya menipu diri.

23. Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.

Rabu, 1 April 2015

GST Kini Halal - Fatwa Dah Bertukar Dari Harus Kepada Halal.

Halal?

WOW.

Sudah tukar ke?

Najib kata fatwa GST adalah halal kini. Disahkan oleh laporan BH online.

Rujukan paparan berita ;


Pelaksanaan GST adalah halal dan mengikut fatwa, kata Perdana Menteri,

Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, pelaksanaan cukai itu dibuat berdasarkan kajian yang menyeluruh dan teliti.

Katanya, hasil kajian 35 tahun itu mendorong kerajaan memutuskan cukai baharu itu distrukturkan secara berbeza dengan pelaksanaan cukai yang sama dilaksanakan di negara lain.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Sidang Kemuncak Halal Dunia 2015 di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Najib berkata,peserta industri Halal di negara ini juga boleh menikmati kos menjalankan perniagaan yang rendah dengan pelaksanaan GST.

Beliau berkata, dengan kadar GST sifar yang dikenakan terhadap kebanyakan bahan mentah asas seperti ikan, daging dan sayur membolehkan mereka membuat tuntutan terhadap cukai input.

Beliau berkata, GST juga tidak dikenakan terhadap barangan dan perkhidmatan untuk dieksport.


Tapi dulu2 katanya ;


Woahhh..

Bila tukar fatwa neh? Kenapa dari harus menjadi halal pula neh woi? Ka, dengan kuasa wasatiyyah yang ada pada Najib dia boleh main petik2 aje fatwa dengan sesuka ahti. Dia nak cakap halal maka jadi halal. Dia nak cakap haram maka jadi haram. Dia nak cakap harus maka jadi harus?

KAH KAH KAH

Gile ahhhhh..

Keluar iklan paper bincang forum apa semua siap bahas kata GST harus.
Alih2 dengan 1 statement dari Najib. GST terus difatwakan halal.
Kau rasa menteri dan mufti2 nak tegur Najib ke?
Jangan harap dan boleh pergi mampos dengan kau punya angan-angan.

Woiii GST dah halal woii. Ulama Najib dah keluar hukum.

KAH KAH KAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...