Sabtu, 4 April 2015

Sirul Kantoikan Ketua Polis Negara - Mana KPN Nak Letak Muka Selepas Dimalukan Pelarian.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Aku memilih taknak taking side. PDRM atau Sirul. Cuma seronok tengok KPN dimalukan Sirul. Agak-agak la nak keluarkan apa-apa kenyataan pun biarlah berbukti kau pernah amek keterangan Sirul.

KPN berbuat kenyataan begitu sebab nak mematikan desakan yang mahu kes siasatan pembunuhan Altantuya dibuka semula. Desakan semakin kuat apabila Mahathir sendiri mempertikaikan perkara yang sama. Jika dulu dari pembangkang. KPN boleh la bagi alasan merapu dan sebagainya. Dia berkuasa dia punya pasal la. Sapa lawan dia boleh tangkap. Boleh dakwa. Kau nak cakap apa? Melawan? Silap2 kau kena bantai dengan penyokong2 PDRM lagi ada. Rakyat balon rakyat. Ini la stail di Malaysia. Ramai gile rakyat sanggup jadi penjilat orang atasan. Tak boleh nak kata apa dah la. Aku pun takde idea nak ubah senario tue. Aku rasa ini penyakit keturunan. Ada pada setiap zaman, setiap generasi, setiap negara, setiap kaum tanpa kira agama dan kepercayaan.

Tapi bila Mahathir membangkitkan persoalan serupa, KPN tak boleh nak jawab acah-acah macam dulu. Ini Mahathir kot. Bekas PM 22 tahun. Nak tangkap tak boleh. Nak dakwa tak boleh. Nak kritik tak boleh. Apa jalan yang KPN ada? Cakap je la PDRM dah mengambil keterangan dari Sirul dan hasil dari tindakan tersebut telah membuatkan PDRM memutuskan tiada keperluan untuk buka kertas siasatan semula.

Maksudnya kat sini nak beri gambaran ;

- Takde bukti / penemuan baru

- Keterangan Sirul tak boleh pakai

Sebab tue PDRM tak perlu siasat lagi. Cukup la dengan keputusan sedia ada.

Tapi malang buat KPN bila Sirul bangkit dan menafikan kenyataan KPN kau.

Kelakar gile.

Baca laporan MKini jap ;

Sirul Azhar Umar menyangkal kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata beliau telah menghantar orang ke Australia untuk bertemu dengannya.

Bercakap kepada Malaysiakini pada jam 2.30 pagi ini waktu Malaysia (5.30 masa Australia), Sirul berkata dia sukar tidur berikutan kenyataan IGP itu semalam, yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.

Sirul (kiri) mendakwa bahawa tidak ada pegawai atau anggota polis yang bertemu dengannya di Australia.

IGP dilaporkan oleh Bernamasemalam sebagai berkata polis telah bertemu Sirul yang berada dalam tahanan pihak berkuasa Australia untuk diambil keterangan berhubung semua dakwaan yang dibuatnya itu.

Laporan Bernama itu memetik IGP sebagai berkata polis telah menjalankan siasatan terhadap semua dakwaan terbaru yang dibangkitkan Sirul dan berpendapat tidak mempunyai apa-apa untuk meneruskan siasatan.

Menurut Sirul, tiada siapa dari pasukan polis yang datang untuk menyiasat atau bertanya tentang kebajikannya.

"Saya keseorangan di sini, "katanya ketika bercakap kepada Malaysiakini.

Sirul, yang didapati bersalah membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu bersama dengan Ketua Inspektor Azilah Hadri, kedengaran menangis di hujung talian.

Kedua-dua mereka berkhidmat sebagai pengawal peribadi kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak, ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri, semasa pembunuhan itu berlaku pada tahun 2006.

"Jika polis dan orang ramai ingin mengetahui kebenaran, saya cabar Khalid membuka fail 'perisikan'", kata Sirul.

Fail perisikan yang dirujuk oleh Sirul ialah kenyataan asal yang diberinya kepada polis perisikan Malaysia - biasanya dirujuk sebagai cawangan khas - dan jabatan siasatan jenayah.

Ia telah dirakamkan apabila dia telah ditahan oleh pihak polis dan dibawa pulang dari Pakistan, ketika mengiringi Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tidak cukup dengan itu, Mahathir menambahkan lagi garam atas luka Najib bila dok menyindir Najib bahawa Sirul pun pernah menjaga Mahathir sewaktu Mahathir menjadi PM suatu ketika dahulu. Dan Sirul tak bunuh sesiapa pun ketika itu.


Sesiapa pun boleh tangkap maksud Mahathir. Bukan dia nak membela Sirul. Maksud dia mudah. Sirul pernah jaga Mahathir dan pernah jaga Najib. Ketika jaga Mahathir, Mahathir tak pernah pula arah Sirul membunuh sebab tue dikatanya Sirul tak pernah membunuh (terlibat dalam kes pembunuhan) sesiapa pula ketika itu. Tapi bila jaga Najib.. entah la. Lue fikirlah sendiri. Aku benda tak nampak taknak tuduh-tuduh.

KAH KAH KAH

Cuma, mungkin ramai yang melihat ini strategi Mahathir selepas Najib masih gagal dijatuhkan dengan isu 1MDB. Maksudnya, bukan la Mahathir betul-betul nak accuse Najib terlibat dalam kes tersebut tetapi sekadar main modal pembangkang bagi menambahkan tekanan ke atas Najib dan menambahkan persepsi buruk terhadapnya agar Najib jatuh lebih cepat.

Berapa lama sudah kes tue berjalan. Kenapa baru Mahathir persoalkan. Orang pasti berfikir macam tue punya.

Dan aku terfikir-fikir juga. Hari tue pernah baca yang A.Kadir Jasin menulis. Kita (team Mahathir) pun ada rahsia besar juga (rahsia Najib). Cuma kita tak memilih untuk menulisnya di media..

Apa rahsia besar itu?

Adakah rahsia itu berkaitan Altantuya atau komisen Scorpene?

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...