Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 10 September 2015

Azmin Sound MP DAP Di Twitter Isu Hadi - Teo Nie Ching Luah Perasan Kecewa Di FB.

Mesti Azmin dah bengang sangat melayan karenah Teo Nie Ching. Aku tak yakin yang Azmin akan slumber nak menyound MP DAP kat laman twitter melainkan sebelum-sebelum itu mereka memang dah mempunyai krisis yang menyebabkan emosi Azmin tergangu.

Mungkin salah satunya isu DEIG kot. DAP sebelum2 neh memang dah mengeluarkan beberapa kenyataan mengenai DEIG dan mempersoalkan ketelusan DEIG bukan hanya di dalam persidangan DUN bahkan membawanya ke hadapan pihak media. Disebabkan isu berkenaan, BN telah menyerang kepimpinan Azmin pada ketika isu 2.6B hangat diperkatakan umum. Kiranya BN ciplak modal DAP dan PAS untuk serang Azmin la. Kalau tak, BN pun takde modal. Nak harap depa cari modal memang tak la kan. Pemalas punya pembangkang Selangor.

KAH KAH KAH

Pada awalnya Teo tweet satu berita berkenaan Hadi yang kekononnya menyebut tidak tolak kemungkinan menyertai perhimpunan 'MERAH'.


Dan dia sebenarnya tak tag Azmin pun. Tetapi Azmin nampak la kot tweet tersebut lalu reply tweet Teo dengan membalas meminta YB Teo berhenti bersikap kebudak-budakan.

Untuk rekod, PAS menafikan akan menyertai perhimpunan MERAH.

Rujuk ;


Harakah juga telah melaporkan bahawa PAS menolak perhimpunan MERAH. Laporan TMI korang kena ahti2 sikit. Tengok sikit siapa yang melaporkan berita tersebut. Terutamanya jika yang lapor atau kritik PAS itu ialah mereka2 yang memang anti-PAS maka laporannya akan menjadi BIAS dan tidak telus.

Aku tak sokong PAS tapi tak perlu la dok mengambarkan yang PAS akan sertai perhimpunan MERAH padahal yang di sebut mereka tue sebenarnya lain.

Adeh.

Lepas kena sound dengan Azmin. YB Teo meluahkan perasaan di laman fb.


Dan macam biasa, geng2 DAP akan bekap DAP.
Geng2 Azmin akan bekap Azmin.
Dan sindir menyindir gaduh mengaduh la mereka di laman sosial.
Kali neh tentang Hadi dan PAS.

HAHAHAHAHA.

Aku lama perhatikan Azmin sejak dia jadi MB neh. Pergerakan2 dia, tindakan2 dia, kalau ditanya tentang PAS, DAP dia seboleh2nya nak nampak macam PLAYSAFE dan tak memihak.

Tapi ketika mesyuarat KEADILAN yang memutuskan samada PR masih wujud lagi atau tidak selepas DAP kata PR dah terbubar, Azmin boleh plak ada kat Kelantan. Kenapa, yek?

So, kat situ aku agak, Azmin mungkin merasa lebih selesa berkerjasama dengan PAS berbanding DAP. Kenapa DAP sukar? Adakah DAP terlalu annoying macam Ngeh dan Nga? Atau terlalu suka memaksa PAS & PKR macam LGE? Tatau nak cakap sebab aku tengok ada beberapa MP DAP yang friendly dan nampak relax je buat kerja. Tatau disebalik tabir melainkan kita sendiri yang bekerja dengan mereka.

Lue fikirlah sendiri.

Kbai.

Rabu, 9 September 2015

Cara Topup MYCARD Untuk Menggunakan Tol Touch N Go.

Ya.

Bermula tengah malam tadi, sebanyak 12 laluan Plaza Tol telah pun menutup kaunter bayaran cash kepada pengguna-pengguna lebuhraya.

Kesemua pengguna-pengguna lebuhraya selepas ini perlu membeli kad TnG, memiliki apa-apa kad yang mempunyai fungsi TnG atau sekurang2nya mempunyai nilai di dalam MYCARD untuk digunakan bagi membayar tol ketika melalui lebuhraya-lebuhraya tersebut.

Berikut ialah senarai 12 lebuhraya yang memahsuhkan laluan tunai yang dimulai secara berperingkat oleh kerajaan sejak tahun 2014 lagi. Penambahan kepada yang dah sedia mahsuh la.

1. Plaza Tol Bkt. Kayu Hitam, Lebuhraya PLUS
2. Plaza Tol Jitra, Lebuhraya PLUS
3. Jambatan Pulau Pinang
4. Plaza Tol Lunas, Lebuhraya BKE
5. Plaza Tol Kubang Semang, Lebuhraya BKE
6. Plaza Tol Gombak, Lebuhraya KLK
7. Plaza Tol Bentong, Lebuhray KLK
8. Plaza Tol Batu, Lebuhraya DUKE
9. Plaza Tol Sentul Pasar, Lebuhraya DUKE
10. Plaza Tol Ayer Panas, Lebuhraya DUKE
11. Plaza Tol Dato' Keramat, Lebuhraya AKLEH
12. Plaza Tol SMART, Terowong SMART


Alasan kerajaan ialah pemahsuhan laluan tunai ini perlu bagi mengurangkan kesesakan jalanraya. Apa2 je la kau. Macam aku percaya.

Hahaha.

Oke. Jangan kelam kabut nak p beli kad TnG dulu.

1. Mula2 buka dompet masing2. 

2. Tengok ada tak IC. Kalau takde IC memang jahanam la korang. Warga asing ke apa neh. Kah Kah Kah

3. Then tengok belakang IC. Kalau ada lambang TnG dan cipnya ialah 64K dan ke atas, maka korang boleh gunakan IC korang sebagai TnG. Takyah susah2 beli kad TnG beb. Kalau 32K memang tak dapek la den nak tolong. Dan yang baru replace IC tue takyah susah2. Confirm cip korang dah upgrade ke 80K macam aku. Kita dah maju weh. Jom bangga. Hihi.

4. Then laju2 tengok gambar kat bawah neh ;

Ini kawasan-kawasan yang boleh korang tambah nilai MYCARD korang untuk guna laluan TnG. Rujuk link neh juga. Cari location yang berdekatan korang. Boleh cari kat tempat yang tak kenakan surcaj. Ada surcaj bagi kawasan tertentu. Ikut suka korang la nak follow yang mana. Dan surcaj kat ATMs memang confirm dikenakan GST. Aku check sendiri website TnG. Kalau kena caj sekalipun anggap la derma ke Najib oke. Buat bayar bodyguard untuk teman mama Rosmah kau yang suka shopping lama-lama.

HAHAHAHA.

5. Tapi kalau IC korang bawah 64K, korang still ada solusi. Mana2 kad Watson ke kad Giant ke seumpamanya sekarang dah ada fungsi TnG sekaligus. So topup je guna kad-kad macam tue. Caranya amek kad-kad tue dan check sendiri. Baca-baca la apa yang dia tulis. Biasanya ada paparan icon TnG. Dan dia akan notekan samada boleh guna untuk tol ataupun tidak. Lihat belakang kad betul2. Dan baca sampai faham.

6. Ini cara-cara nak topup guna ATMs ;

- Masukkan kad ATM dan no pin
 

- Pilih transaksi "TOUCH 'N GO" di skrin yang dipaparkan 

- Pilih "LOAD VALUE". 

- Kad ATM akan di tolak keluar. 

- Ambil kad ATM dan sentuhkan MYCARD pada panel Touch 'n Go.

- Pilih nilai yang dikehendaki




- Pilih akaun untuk transaksi debit
  
- Sentuhkan MYCARD pada panel Touch ‘n Go sekali lagi untuk tambah nilai
  
- Baki nilai kad baru akan terpapar di skrin sekiranya transaksi berjaya. Resit tambah nilai akan dicetak. Sila simpan resit tambah nilai untuk sebarang rujukan**.

** INGAT. RESIT KENA SIMPAN TAU. SEKALI KAU NAK BAYAR TOL ALIH2 TAKDE KREDIT DALAM MYCARD KAU CAMNE NAK CLAIM REFUND KALAU TAKDE RESIT? 

Maksudnya kat sini cari ATMs yang ada panel TOUCH N GO. Kat mesin ATM selalunya berdekatan dengan tempat tekan2 no pin. Kalau takde, jangan susah payah p congok2 kat situ untuk topup kat ATM tersebut. Buang masa ko je.

7. Kalau kat kaunter Watson ke Seven E ke station minyak ke lebuhraya ke p suruh kaunter buatkan. Dorang akan service korang. Serah je MYCARD atau apa-apa kad yang ada logo TnG untuk menambah nilai TnG di dalamnya.

8. Paling rendah boleh topup untuk permulaan di kaunter ialah 10.00. Selepas itu ikut suka la nak tambah berapa2. Limit 500 dalam sekali topup. Kalau guna kad TnG, korang boleh simpan sehingga 1,500 kredit dalam tue. Kalau guna MYCARD aku tak pasti peraturannya dia macam mana. Tapi kalau nak topup via ATMs, paling rendah ialah RM50.

9. Kalau kad hilang takde masalah, kredit boleh claim. Sama juga untuk MYCARD. Baki dalam card boleh diclaim dari TnG. Tapi dengar cerita la, orang sembang kedai kopi. Meliat (makan masa) gak depa nak uruskan. Muahaha.

10. Dan, bagi yang betul2 taknak guna MYCARD sebagai TnG atas alasan takut hilang IC, cuai dan sebagainya boleh la beli kad TnG kat kaunter2 berdekatan dan jangan lupa baca syarat2 kat sini. Ada syarat2 gila gak tau. Kalau dalam masa setahun kau tak guna kad TnG, tak memasal kau kena bayar fee deactivated card dan ianya akan berterusan dalam selang masa 6 bulan. Mula2 tak guna setahun, kena denda (walaupun dia tulis fee padahal denda, saja je kapitalis TnG nak kelirukan minda kau supaya penolakan kredit tue nampak suci) then lepas 6 bulan, tak guna lagi, dia denda kau. Bugima. Alasan dorang? Untuk cover system maintenance dan kos admin. Apa jadahnya tah. Dah kita tak guna kan, apa kaitan dengan sistem dan kos operasi apa semua. Terasa customer diperbangangkan pula. Dan untuk Touch N Go versi MYCARD pula dia takde tulis kena fee kalau tak aktif untuk setahun. Cuma dia maklumkan ada jangka hayat kredit selama 10 tahun. Maka selamat la kot dari syarat2 gila di atas.

HAHAHA.

Dan untuk check baki kredit TnG secara online pula korang kena register kat website TnG. Selain baki boleh check transaksi yang pernah dibuat juga. Klik sini.

Mana mao cari serial TnG versi MYCARD?

Lihat gambar ;


Dan versi kad-kad yang dilengkapi dengan fungsi TnG pula ;

 
Aku terai pastikan dengan kad Watson aku, nampaknya kedudukan serial no tue memang confirm di bawah kad-kad yang dilengkapi dengan fungsi TnG.

So itu je la. Selamat bertouch N go. Hidup Najib!

Selasa, 8 September 2015

Dek Gemar Bershopping, Rosmah Menyusahkan Anggota Polis.

Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) polis Datuk Abdul Hamid Bador memberitahu kepada media bahawa Rosmah ;

1. Suka membeli belah selama berjam2 lamanya.

2. Dan aktiviti itu pula dilakukan dengan kerap.

3. Sehingga menyusahkan kerajaan kerana kerajaan terpaksa tanggung kos membayar pegawai polis dan pasukan pengiring ketika menemani Rosmah Mansur membeli belah. Anggota terpaksa kerja lebih masa dan disebabkan itu kerajaan terpaksa bayar OT kepada anggota2 tersebut.

Fikir positif. Maybe Rosmah nak bagi pendapatan lebih kot kat dorang?

MUAHAHA.

BTW.

Ini la yang orang sebut2 selalu tue.Ingatkan fitnah rupa2nya betul sebab yang dedahkan tue bekas timbalan SB. Bukan cikai2 punya jawatan woi. Sejak2 kena tukar ke JPM, semakin lantang pula Abdul Hamid kokak Rosmah. Hari tue kokak pasal Rosmah hadir meeting tetapi dinafikan oleh pegawai khas Rosmah. Rosmah katanya suri rumah biasa. Tapi pelik gak aku. Kalau suri rumah biasa yang dok naik pesawat pesawit ke sama ke mari untuk urusan kerajaan tue apa pula?

Ha Ha Ha

Pusing pusing daaaaaaa.

Rosmah nak shopping sakan guna duit dia apa ada hal. Tapi pasal apa pula rakyat nak kena provide kemudahan pasukan keselamatan kepada Rosmah Mansur? Mungkin sebagai isteri PM, ada beberapa keistimewaan yang dia boleh terima tetapi biarlah bersesuaian dengan kemampuan kerajaan. Takan disebabkan Rosmah punya aktiviti shopping, rakyat kena keluar kos lebih, ye tak?

Dan satu lagi. Ini orang la salurkan info. Tapi aku malas nak godek2 sebab faktor kesihatan. Lebih kurang minggu lepas tak silap aku. Ada member neh bagitau Rosmah guna pesawat peribadi pergi sana sini dalam masa 2 hari. Info tempat yang dia landing ada. Tapi betul2 tak larat masa tue so terpaksa letgo je la info tu. Andai la cerita tue benar, tatau la sapa yang tanggung semua tue. Tangan kat dada sudah. Tawakal je la.

KAH KAH KAH 


Tengok gambar di atas. Dia memang pandai bergaya. Pakai baju biru siap satu set rantai, cincin dan gelang biru. Kau ada? Nak cari pakaian dan barang kemas sepadan kena la rajin membeli belah. Patutlah bekas timbalan SB complain.

Lihat video ;

Rosmah Suka Shopping Sampai Susahkan Polis
Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) polis Datuk Abdul Hamid Bador mendakwa amalan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang gemar dan kerap membeli-belah menyusahkan pegawai polis dan pengiringnya.Bercakap kepada Malaysiakini, katanya, Rosmah suka membazir masa membeli-belah sehingga berjam-jam.
Posted by Saya Benci Harga Barang Naik! on Monday, September 7, 2015

Isnin, 7 September 2015

Surat Terbuka Dari MP Kuala Terengganu Yang PAS & Hadi Awang Patut Baca - Terutamanya Utk MP2 PAS Yg Kaki Ponteng & Diam Dalam Parlimen.


Saya merujuk kepada tuntutan pesuruhjaya PAS Terengganu agar saya meletak jawatan ahli parlimen Kuala Terengganu.
Sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13), pada bulan Mei 2013 PAS, PKR dan DAP bersetuju memohon mendaftar Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti gagasan pembangkang yang akan bertanding di bawah satu lambang, iaitu Pakatan Rakyat.
Permohonan tersebut telah ditolak oleh ROS.
Bagaimanapun, PAS, PKR dan DAP masih bertanding di bawah konsep “Pakatan Rakyat” walaupun terpaksa menggunakan lambang masing-masing (untuk mengelak pertandingan tiga penjuru dengan BN).
Perkara pokok dan hakikat sebenarnya di sini adalah kesemua parti bersetuju bertanding dalam satu pasukan – Pakatan Rakyat, di mana pemilihan oleh rakyat adalah atas dasar muafakat satu pasukan.
Selepas PRU 13, PAS mulai bertindak seperti berikut:
(i) Meninggalkan konsep “PAS untuk semua” (PAS for All) dengan menjauhi diri dari golongan bukan Islam, bukan Melayu dan juga DAP serta PKR. Selepas muktamar bulan Jun 2015 PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP secara rasmi. Ini perubahan besar konsep asal sebelum PRU 13.
(ii) Keputusan bersama secara konsensus bersama PKR dan DAP tidak lagi dilaksanakan oleh PAS dalam Pakatan Rakyat.
(iii) Pada Muktamar Jun 2015, kesemua golongan profesional disingkir dari Jawatankuasa PAS Pusat dan ini memusnahkan konsep kerjasama asal profesional dan ulama, satu lagi perubahan besar.
(iv) Berikutan itu, DAP dan PKR telah bersetuju mengumumkan pada bulan Ogos 2015 Pakatan Rakyat telah tiada lagi dan tidak lagi wujud.
Pada hemah saya, segala konsep perjuangan asal yang dipersetujui sebelum PRU13 secara berpasukan telah tidak lagi diamalkan oleh PAS.
Perkara ini amat lebih ketara selepas kematian almarhum Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Februari 2015.
Setelah memerhatikan bahawa PAS mengubah konsep perjuangannya, saya berhijrah kepada gabungan parti Harapan Baru-Parti Pekerja Malaysia.
Saya mahu meneruskan perjuangan melalui sebuah parti Islam mengikut amanat almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, bekas mursyidul am PAS.
Dalam Surah Al-Maidah Ayat 89 ada menyebut tentang Yamin atau Aiman yang diberi ruang untuk menebus Sumpah Baiah jika berlaku perlanggaran. Hukumnya ialah :
i) Memerdekakan seorang hamba
ii) Berikan makan kepada sepuluh orang miskin dari apa yang kita makan
iii) Berpuasa tiga hari.
Saya memilih yang kedua, memberi makan sepuluh orang miskin untuk menebus sumpah seperti disebut dalam Ayat 89 Surah Al-Maidah.
Ini juga selari dengan sabda Rasulullah:
"Barangsiapa yang berjanji bersumpah sesuatu lalu melihat ada yang lebih baik dari janjinya yang diangkat maka datanglah yang lebih baik itu dan hendaklah ia membayar denda kaffarah."
Berkenaan desakan untuk saya meletak jawatan sebagai ahli parlimen, sebenarnya syarat tersebut tidak diperuntukkan dalam dalam mana-mana undang-undang.
Saya mohon pesuruhjaya PAS Terengganu terlebih dahulu menyiasat perkara di bawah kerana kesemua ahli parlimen, yang bersidang hanya tiga kali setahun, dibayar gaji serta elaun untuk berkhidmat untuk rakyat.
Saya menuntut pesuruhjaya PAS Terengganu membentang rekod rasmi aktiviti ahli parlimen PAS dari Terengganu, termasuk juga saya, seperti di bawah:
(i) Kehadiran harian termasuk beberapa jam sehari setiap sesi oleh ahli parlimen Terengganu sejak PRU13 dari rekod kedatangan rasmi Parlimen sendiri.
(ii) Kekerapan bilangan ucapan serta isu yang dibawa oleh ahli parlimen PAS Terengganu dalam Dewan.
(iii) Apakah prestasi sidang akhbar isu Rakyat setiap ahli parlimen Terengganu melalui kemudahan yang disediakan di Parlimen untuk mereka keluaran akhbar dan media alternatif – sosial.
(iv) Adakah ahli parlimen Terengganu terlibat dalam aktiviti melibatkan imbuhan berbayar lain semasa waktu sesi parlimen sedang berjalan dari jam 10 pagi hingga tamat sesi malam memandangkan mereka dibayar gaji khidmat Parlimen.
(v) Rekod kehadiran ahli parlimen Terengganu di Mesyuarat Pengurusan Mingguan Ahli Parlimen PAS di Pejabat Pembangkang Tingkat 14 Parlimen yang dipanggil oleh Ketua “whip” PAS Dato’ Mahfuz Omar.
Setelah pesuruhjaya membentang prestasi dan kehadiran setiap Ahli Parlimen Terengganu barulah beliau dan rakyat – pengundi boleh membuat penilaian siapakah sebenarnya yang patut meletak jawatan sebagai ahli parlimen.
Saya mohon fakta ini diperjelaskan dahulu 14 hari dari sekarang. Biarlah hukuman yang hendak di jatuhkan berasas pada fakta di atas.
Saya juga mohon pesuruhjaya menjelaskan kenapa tiada ahli parlimen dari Terengganu yang berlatar belakang agama mengambil bahagian berucap pada 18 Jun 2015 hari akhir sesi parlimen.
Pada waktu itu, Datuk Mahfuz Omar menimbulkan kegagalan kerajaan dan parlimen sekali lagi membentang Akta Pindaan Enakmen Syariah Kelantan 355 Hudud di Parlimen.
Kenapa mereka yang sepatutnya lebih arif dalam isu ini memilih berdiam diri di parlimen dalam isu yang selama ini digegarkan di kawasan masing-masing.
Saya memberi 14 hari dari tarikh ini untuk pesuruhjaya PAS Terengganu membentang kepada rakyat rekod ahli parlimen Terengganu. Biarlah rakyat jelata mengetahui fakta sebenar prestasi ahli parlimen mereka sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman. Sesungguhnya Islam menuntut pertimbangan fakta-fakta yang benar untuk proses keadilan sebelum menjatuhkan hukuman.
Kesemua pengundi termasuk ahli biasa PAS berhak mengetahui prestasi sebenar wakil rakyat mereka di Parlimen.

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH RAJA AHMAD MP Kuala Terengganu.

Mat Sabu Nafi AMANAH Tolak Hudud.

The Malaysian Insider melaporkan bahawa parti AMANAH bersedia menolak dari menyokong RUU Hudud jika dibentangkan di parlimen untuk perbahasan andai konsensus pembangkang bersepakat menolak pelaksanaan hudud di negara ini.


 
Menurut TMI, kenyataan itu dipetik menerusi ucapan Mat Sabu sendiri ketika menjawab persoalan dari rakan media mengenai pendirian AMANAH tentang hudud. Namun pada hari ini Mat Sabu telah menafikan penyebaran berita berkenaan menerusi satu kenyataan media.

Ini katanya ;

KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN 
 
7hb SEPTEMBER 2015

 
Hari ini, 6 September lebih kurang jam 3 petang, telah berlangsung satu dialog sempena pelancaran Parti Amanah Negara di Hotel Grand Continental di Kuching, Sarawak.


Dalam dialog tersebut saya ditanya tentang pendirian Parti Amanah Negara berkenaan hudud jika di bawa ke Parlimen.
Saya menyatakan bahawa, kami mengambil pendirian sebarang Rang Undang-Undang (RUU) apa sekalipun termasuk undang-undang syariah, hendaklah dibincangkan terlebih dahulu di atas konsep pegangan perjuangan kami iaitu memlih secara demokrasi, konsultasi (perundingan) dan mengambilkira Perlembagaan negara.

 
Oleh itu, sekiranya isu ini timbul pada masa akan datang, persetujuan di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat 2.0 jika ianya terbentuk nanti, hendaklah dibincang bersama terhadap sebarang pindaan perlembagaan atau hal-hal yang terlalu penting, sama ada untuk bersetuju ataupun tidak.

 
Kekeliruan yang timbul akibat laporan daripada The Malaysian Insider seolah-olah meletakkan bahawa saya akan mengarahkan anggota parlimen daripada Parti Amanah Negara untuk menolak RUU hudud jika dikemukakan.
Saya jelaskan sekali lagi, sebarang persetujuan atau penentangan hendaklah dibincang bersama dalam komponen Pakatan Rakyat 2.0. untuk bersetuju atau tidak, di atas konsep persetujuan bersama yang menjadi pegangan kepada kami.

 
Sehubungan itu, saya berharap pihak berkaitan segera memperbetulkan laporan berkenaan, agar ia tidak menimbulkan kekeliruan dan salah anggap di kalangan masyarakat terhadap pendirian kami.

 
HJ MOHAMAD BIN SABU

 
Pengerusi
Parti Amanah Negara
6 September 2015

Bacaan aku sejujurnya statement balas Mat Sabu lebih kepada spin dan propa. Kalau nak terima atau tolak hudud tolongla act like a boss. Dosa ke apa ke akhirnya yang menilai adalah tuhan. Kau dimasukkan ke syurga atau neraka pun atas kehendak Allah bukan manusia, so nak takut pasal apa kalau AMANAH declare tolak hudud? Apatah lagi isu hudud juga punca pertikaian dan perpecahan dalaman PAS sehingga melahirkan AMANAH kan?

PKR dan DAP memang dah declare tolak hudud. PKR kerana menyakini mereka tiada kemampuan dan kelayakan tersebut which is very true. Parti baling kerusi tue soal pemilihan pun kelam kabut nak sembang apa pasal hudud.

Selama mana DAP dan PKR declare tolak hudud, dorang tetap hidup macam biasa. At least tak perlu susah payah menjadi hipokrit atau bertaqiyyah sana sini. Buat seksa minda dan rosak jiwa saja. Dan PSM yang selama neh langsung tak pernah sembang atau ulas bab hudud atau peragamaan juga semakin banyak menerima kemasukkan ahli2 melayu muslim dari hari ke hari.

Ini bukti, be urself adalah nilai utama kepada mendapat sokongan umum. Mat Sabu usah pura2. PR memang takmao hudud dan elokla AMANAH mengaku aje terus terang. Jangan perguna isu hudud untuk kekang persepsi. Biar jelas pendirian kita di mata orang. Jika tidak tindak tanduk kita di kemudian hari akan semakin kucar kacir tahu. Nak counter tipu A kena cipta strategi tipu B nak counter tipu B kena pula karang ayat untuk tipu C.

Tak penat ke hidup kau macam neh Mat Sabu?

Kalau aku, aku penat dan malas. AMANAH apanya kalau bab pendirian sendiri pun tak AMANAH pada orang. Mengarut saja.

Kbai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...