Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 13 November 2018

MP PKR Persoalkan Kenapa Potong Subsidi Pesawah, Dan Ini Respon Salahuddin.

FREE MALAYSIA TODAY | Abdul (PH-Sungai Petani) terkejut kerajaan memotong subsidi baja untuk pesawah sehingga 50% dalam Belanjawan 2019, mengatakan pengurangan itu bakal memberi “tekanan amat ketara” kepada golongan itu.

Menurut beliau, peruntukan itu dalam belanjawan kali ini nampaknya lebih rendah berbanding belanjawan kerajaan dulu.


“Sudahlah mereka tertekan dengan kehidupan sekarang tetapi memotong subsidi baja padi sawah dan padi huma akan beri tekanan yang amat teruk,” katanya semasa perbahasan Rang Undang-undang perbekalan 2019 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menyeru kerajaan supaya mengkaji semula pengurangan tersebut kerana ia akan memberi kesan kepada produktiviti pesawah.

“Kita semua tahu pesawah amat bergantung dengan subsidi kerajaan. Saya amat terkejut apabila tidak ada subsidi langsung yang diberikan kepada mereka.”

Dalam Belanjawan 2019, kerajaan mengumumkan RM4.4 bilion untuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dengan RM3 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.36 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Dalam Belanjawan 2018, kerajaan memperuntukkan RM6.5 bilion dengan RM2.3 bilion untuk bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran, dan RM150 juta lagi untuk bantuan RM200 sebulan kepada pesawah bagi tempoh 3 bulan sementara menunggu hasil tuaian padi.

Sebelum itu, Johari mengucapkan terima kasih kepada Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang secara berseloroh mengajuk gaya dan ucapannya seperti seorang menteri besar.

“Terima kasih, semoga kata-katamu akan menjadi suatu doa,” katanya disambut sorakan wakil-wakil rakyat yang lain.

Johari sebelum ini berkata dia tidak berniat untuk menggantikan tempat Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah.

-----------------------------

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub akan mengumumkan tindakan proaktif minggu depan bagi menangani pemotongan subsidi baja sehingga 50% bagi pesawah menerusi Bajet 2019.

Katanya, beliau tidak panik dan menerima kritikan Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Petani) berhubung isu pemotongan subsidi baja itu.

“Saya rasa dia telah menjalankan tanggungjawab sebagai pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan. Dia beri pandangan dan kritikan, sesuatu yang sangat kita alu-alukan dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Namun begitu, saya menerima segala pandangan itu dan di pihak kementerian, kita sedang buat beberapa tindakan yang akan kita kemukakan dalam penggulungan (Dewan Rakyat) minggu depan berkaitan isu itu,” katanya kepada FMT.

Semalam, dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 di Dewan Rakyat, Johari terkejut kerajaan memotong subsidi baja sehingga 50% dalam Bajet 2019 yang didakwa akan memberi “tekanan amat ketara” kepada pesawah.

Dalam Bajet 2019, kerajaan mengumumkan RM4.4 bilion untuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dengan RM3 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.36 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Dalam Bajet 2018, kerajaan memperuntukkan RM6.5 bilion, dengan RM2.3 bilion untuk bantuan dan insentif seperti baja serta input pengeluaran, dan RM150 juta untuk bantuan RM200 sebulan kepada pesawah bagi tempoh 3 bulan sementara menunggu hasil tuaian padi.

Hari ini, Salahuddin berkata, kementeriannya menerima peruntukan sedikit untuk tahun depan kerana kerajaan perlu berjimat cermat susulan masalah kewangan yang dihadapi negara ketika ini.

Katanya, perkara itu biasa dan kementeriannya akan membuat beberapa pelarasan bersesuaian.

“Bukan Kementerian Pertanian (dan Industri Asas Tani) sahaja, tetapi ada juga kementerian lain kurang terima peruntukan berbanding belanjawan sebelum ini.” - 13 November 2018.

Netizens Tuduh Lim Guan Eng Tertidur Di Parlimen Lagi Hari Ini, Kali Ini Siap Terlentok!

SOSMED | Semalam Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Annuar Musa mempertikaikan Menteri Kewangan Lim Guan Eng kerana tertidur di Parlimen semasa sesi perbahasan sedang berlangsung.

Annuar menulis,"Menteri Kewangan Bayangan BN sedang membahaskan BAJET 2019 mengemukakan Initiatif Ekonomi Rakyat (IER)/@bajetalternatif.. Menteri Kewangan Kerajaan tertidur atau terus tertidur??," soalnya dalam satu kenyataan.


Mengikut waktu gambar disebarkan, Lim Guan Eng dipercayai tertidur pada waktu tengahari.

Lim Guan Eng kemudiannya menjadi sasaran kritikan di laman sosial kerana aksi tidurnya yang disebarkan oleh Annuar Musa itu.

Bagaimanapun penyokong Pakatan Harapan mempertahankan menteri mereka dengan alasan lebih baik tertidur di Parlimen daripada mendapat menteri yang suka mencuri dan merompak wang negara.


Lim Guan Eng juga tidak berdiam diri selepas dikritik Annuar Musa.

Lim berkata meskipun beliau terlelap sekejap kerana matanya yang kurang sihat tetapi beliau tetap mencatat nota-nota penting sepanjang perbahasan berlangsung. 

Malahan Guan Eng turut menempelak Annuar Musa kerana mempersoalkan isu yang remeh.

"Mata saya sedikit kurang sihat seperti sesi Parlimen yang lepas, tetapi masih hadir perbahasan Parlimen untuk dengar ucapan wakil Ketua Pembangkang @Khairykj, dan sempat catit nota sambil rehatkan mata. Takkan Setiausaha Agung UMNO @AnnuarMusa hilang modal politik cari isu macam ini," kicaunya di Twitter.

Hari ini seorang penyokong BN yang dikenali sebagai Muhsin Lateff pula menyebarkan gambar Lim Guan Eng yang tertidur sambil kepalanya terlentok ke belakang.


"Alasan apa pula hari ini," katanya di post tersebut.

"Kalau macam ini sakit tengkuk, tak pun sakit kerongkong," sindir Freddie Aziz.

"Dok fikir pasal apa USD1 = RM4.20," respon Sekupang Dua pula.

Bagaimanapun serangan dan kecaman yang diterima oleh Lim Guan Eng pada hari ini tidaklah setular dan sehebat semalam. - 13 November 2018.

Selepas Dikecam Kerana Mempertikaikan Label Bumiputera, Dua ADUN DAP Uturn.

P‌OLITIK | Dua ADUN DAP akhirnya membuat pusingan U selepas dikecam bertubi-tubi di sosmed berikutan mempertikaikan status bumiputera dan bukan bumiputera.

Ketika dikecam;





Chow Yu Hui, ADUN Tras dan Chiong Yoke Kong, ADUN Tanah Rata membuat kenyataan baru mengenai ratifikasi ICERD dimana kali ini mereka berdua mempertahankan artikel 153 dalam perlembagaan negara. Berbeza dengan kenyataan sebelum ini yang mempersoalkan perbezaan label bumiputera dan bukan bumiputera.


Berikut adalah kenyataan penuh itu;

Terima kasih atas perbincangan.

1. Kami ingin menegaskan bahawa tidak wujudnya sebarang frasa atau ayat dalam artikel kami yang berbunyi "Hapuskan Artikel 153". Tindakan meminta untuk menandatangani ICERD tidak bermakna akan/perlu menghapuskan Artikel 153. Dalam kenyataan media Majlis Peguam Malaysia bertarikh 9 Nov 2018, Majlis Peguam Malaysia dah menerangkan bahawa tiada percanggahan antara Artikel 153 dengan ratifikasi ICERD.

2. Kami menghormati Perlembagaan. Segala pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan haruslah mengambil kira dan memerlukan persetujuan masyarakat mahupun konsensus bersama oleh keempat-empat parti pemerintah.

Frasa "tidak label bumiputera dan bukan bumiputera" dalam Deklarasi Setapak sebenarnya adalah mendukung semangat menjaga semua rakyat dalam pelaksanaan dasar dan tidak berniat untuk menghapuskan status bumiputera.

Kami juga setuju Artikel 1 (4) ICERD - menyatakan "langkah khas" (termasuklah tindakan afirmatif) adalah dibenarkan - adalah seperti berikut:-

Special measures taken for the sole purpose of securing adequate advancement of certain racial or ethnic groups or individuals requiring such protection as may be necessary in order to ensure such groups or individuals equal enjoyment or exercise of human rights and fundamental freedoms shall not be deemed racial discrimination, provided, however, that such measures do not, as a consequence, lead to the maintenance of separate rights for different racial groups and that they shall not be continued after the objectives for which they were taken have been achieved.

Kenyataan Bar Council berkenaan dengan ICERD: http://www.malaysianbar.org.my/.../press_release_%7C...

Chow Yu Hui
ADUN TRAS

Chiong Yoke Kong
ADUN Tanah Rata

Ahad, 11 November 2018

Fund My Home P2P, Bagaimana Ia Berfungsi Membantu Rakyat Beli Rumah Di Malaysia.

Najib Saahari | P2P - How it works in Malaysia.

Disebabkan P2P ni kind of benda baru dekat Malaysia and start terus buat untuk property, ramailah yang tanya saya how it works. Yelah benda baru, ramailah yang tak tahu.

Semalam saya ada post satu pasal P2P tapi itu how P2P in general works. Harini after baca statement Tun, saya dah dapat clearer picture on how it works in Malaysia.


P2P dekat Malaysia ni berfungsi lain sikit. P2P ni if based on apa yang Tun cakap, dia akan pakai konsep musharakah. Most likely shariah sebab guna konsep musharakah tu. Musharakah ni joint ownership. Untuk rumah dia pakai equity sharing. P2P for housing dekat Malaysia ni berfungsi macam ni.


👉 Abu nak beli rumah berharga RM300k, so dia akan keluar RM60k untuk beli 20% equity rumah tu. 80% equity lagi will be funded pakai duit PEER lain yang melabur dalam P2P platform tu.
👉 Abu tak payah bayar apa-apa pon (kecuali service fees masa apply benda tu sahaja) sepanjang dia duduk rumah tu TAPI untuk 5 tahun sahaja and dia hanya miliki 20% of the house. Dia takde full ownership atas rumah tu.
👉 Macam mana Abu nak dapat full ownership atas rumah tu? Dia kena beli balance equity yang dipegang oleh pelabur tu. Dia belilah sikit-sikit pon boleh, nak beli sekaligus pon boleh.

👉 Abu beli equity tu berdasarkan harga apa ? Abu akan beli berdasarkan market price. Let say Abu beli rumah tu tahun 2018, harga rumah RM300k. Abu dah beli 20%, so ada balance 80% = RM240k (1% RM3k). Tahun 2019, rumah tersebut naik harga RM400k. 80% tu jadi RM320k (1% RM4k) . Itulah harga equity yang Abu perlu bayar. So dia belilah sikit-sikit. Lepas 5 tahun dia kena bayar penuh. Sama ada dia refinance or jual rumah tu.

Kalau let say dia tak bayar apa-apa pon. Lepas 5 tahun baru dia nak beli full ownership (lepas dapat duit EPF). Lepas 5 tahun rumah tu berharga RM600k. So Abu perlu bayar RM480k untuk beli balance 80% tu  Dia boleh refinance dekat Bank or jual rumah tu.

Apa baiknya skim ni?
👉 Sepanjang pembeli rumah tu beli, dia boleh tak bayar satu sen pon untuk dapat balance equity tu. So monthly commitment tiada.
👉 Nak beli rumah lagi mudah. Rumah RM1juta boleh bayar harga RM200k sahaja.

Apa yang tak baiknya?

- Pembelian property kalau settle lambat memang akan jadi tinggi dan tiada untung langsung sebab you kena bayar at market price.
👉 Bila nak beli rumah senang, harga akan meningkat cepat. Harga equity yang balance tu pon naik cepat. Bayaran nak dapat full ownership pon akan naik mendadak. Kalau dia jenis nak bayar bulan-bulan untuk beli sikit-sikit, kadar akan berubah cepat bias ke atas.
👉 Proses jual beli rumah yang terlibat dalam skim ni akan payah sebab you tiada fullownership. Kalau dapat duit hasil jual rumah and u nak buat full settlement , u tidak akan dapat balance keuntungan tu. Sebab balance 80% tu based on market value.
👉 Jenis yang xbayar langsung ni lepas 5tahun baru nak bayar habis lagi lah sakit . Equity masih lagi 80% . Kalau refinance memang tiada balance untuk dia .

Siapa yang untung?
👉 Developer. Rumah senang jual .
👉 Pelabur (orang berduit/kaya). Dia boleh park duit dalam skim ni. Nak unlock value pon tiada masalah. Dia boleh jual macam jual beli equity kepada pelabur lain. Contoh (dia beli 80% value RM320k, bila naik jadi RM400k dia boleh jual 80% tu kepada pelabur lain).

Siapa yang rugi?
👉 Pembeli rumah. Ikut mana sekalipon kalau dia nak dapat fullownership, dia tidak akan ada untung sesen pon sebab dia kena beli ikut market price. Berbeza kalau ambil pinjaman musharakah. Harga equity sudah dipersetujui masa pinjaman diambil. So bayar ikut harga yang dipersetujui. Kalau market price masa tu tinggi daripada harga yang dipersetujui, pembeli rumah tu untung.

So P2P ni bagus or tak? 


Kalau saya pakai topi kapitalis - Saya akan cakap bagus.

Kalau saya pakai topi rakyat marhaen - Saya akan cakap tidak bagus.

P/S - Saya prefer PSP daripada P2P . PSP tu apa ? Party Sampai Pagi . Hahahahaha

Kerajaan 'Paksa' PETRONAS Bayar Dividen 80b Untuk Tampung Kekurangan SST.

NAJIB RAZAK | Kerajaan BN meninggalkan sekitar RM150 bilion di dalam rizab tunai Petronas.

Rizab ini naik berganda kerana kerajaan BN sepanjang 9 tahun ini tidak memaksa Petronas untuk membayar dividen berlebihan setiap tahun dan tidak memanggil Petronas untuk menyalur dana untuk projek-projek mega yang tiada kaitan dengan industri mereka.

Seperti yang saya tulis baru-baru ini, rizab Petronas juga naik kerana kerajaan BN dengan pertolongan 1MDB pada tahun 2012 telah menyelesaikan masalah perjanjian berat sebelah IPP yang dulunya mengakibatkan Petronas menanggung kerugian berpuluh bilion Ringgit setiap tahun dalam bentuk subsidi gas kepada IPP milik swasta.




Tahun 2017 dividen Petronas kepada kerajaan ialah RM16 bilion.

Tetapi, kerajaan PH hari ini akan memaksa Petronas untuk membayar dividen RM80 bilion iaitu RM26 bilion untuk tahun ini dan RM54 bilion pada tahun depan disebabkan oleh langkah-langkah populis yang tidak bijak seperti memansuhkan GST.

Tindakan ini menyebabkan syarikat penarafan antarabangsa menurunkan prospek penarafan Petronas dari stabil kepada negatif.

Di dalam perbahasan saya di Dewan Rakyat beberapa bulan dahulu, saya telah memberi amaran bahawa langkah kerajaan untuk bergantung kepada unjuran harga minyak pada paras US$70 (berbanding unjuran US$52 dalam bajet masa saya) adalah berisiko tinggi atau bagai menjerut leher sendiri kerana harga minyak dunia tidak stabil dan bertakluk ke atas faktor geo-poliitk di luar kawalan kita.

Tambahan pula, Amerika Syarikat yang merupakan pengguna minyak terbesar di dunia tiba-tiba menjadi pengeluar minyak antara terbesar di dunia kerana pengeluaran minyak mereka semakin meningkat beberapa tahun kebelakangan ini akibat peningkatan teknologi untuk mengeluarkan minyak dari "oil sands" negara itu.

Pada masa saya berucap di Dewan Rakyat, harga minyak dunia antara US$79 hingga US$86 satu tong.

Semalam telah jatuh kepada US$70 – sebagaimana amaran saya sebelum ini.

Jika harga jatuh lagi di bawah US$70 maka defisit bajet yang sudah tinggi untuk tahun depan akan bertambah teruk dan nilai matawang ringgit akan semakin menurun. Tekanan kepada kedudukan fiskal kerajaan juga akan berganda.

Semenjak saya menjadi Perdana Menteri, kerajaan BN telah berusaha untuk mengurangkan kebergantungan kerajaan kepada hasil minyak setiap tahun dari 42% kepada 16% sahaja.

Seperti yang ditunjuk di dalam carta di bawah, langkah ini berjaya dan ekonomi kita tidak lagi terdedah dengan risiko yang tinggi jika harga minyak tiba-tiba turun dengan banyak seperti berlaku pada tahun 2015 dan 2016 di mana harga minyak dunia rendah sehingga hanyaUS$28 satu tong.

Oleh kerana langkah yang kita ambil itu, negara kita terselamat dari krisis pada masa itu.

Tetapi, kerajaan PH telah mengubah halatuju ini dan sangat bergantung kepada hasil minyak pada jumlah banyak untuk tahun 2019.

Jika harga minyak untuk tahun depan turun di bawah US$70 seperti unjuran kerajaan PH dalam belanjawaan mereka maka ekonomi kita bakal mengalami krisis. - 9 November 2018.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...