Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 26 Februari 2011

Insurans naik hadiah satu malaysia..

Hah mampos ko. Dengan aku sekali sama-sama mampos. Kerajaan kata mereka akan fikirkan kepentingan rakyat sebelum buat apa-apa keputusan. Sebab tue kerajaan sanggup TIDAK naikkan ron 95 buat masa sekarang. Heh. 

Tak percaya? Baca neh beb ;



Disebabkan itulah kerajaan buat keputusan macam neh pula. Baca bawah ;


Inilah yang dimaksudkan oleh kerajaan bilamana mereka cakap

"1malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"

Ha Ha Ha


Ameno : Syarikat insurans rugi ke? Ataupun keuntungan susut sedikit..? sikit je kot.. silap-silap 5% pun tak sampai kan..?

Gaddafi bom masjid


Dasat tul gaddafi neh kan? Dalam tv ari tue beria-ria kata sanggup mati syahid.
Mati syahid apa nya sampai masjid pun dia kasi letup. Poyo jer.

Info terkini dari libya untuk protes hari kesebelas ;

1. Gaddafi bagi amaran akan berlaku serangan besar-besaran kalau
penunjuk perasan enggan berundur.

2. Gaddafi turut mengecam akan sabotaj pengeluaran minyak di libya.

3. Gaddafi berikrar akan terus mempertahankan libya dari serangan penunjuk
perasaan yang kini semakin mara dengan kubu kuat gaddafi di tripoli.
[tak silap aku, baca sekali imbas je tadi]

4. Kesemua syarikat pengeluar minyak terpaksa tutup berikutan
bimbang dengan keselamatan dan kecaman dari gaddafi.

5. Beberapa negara masih dalam usaha mengeluarkan rakyat mereka dari libya
berikutan krisis di libya semakin teruk dan berlarutan.

6. Tengok bawah neh ;






Pejabat kedutaan new delhi hantar salinan neh kat aljazeera by fax. Semua para
diplomat kat libya menyatakan sokongan kepada rakyat libya dan membantah
kekerasan digunakan untuk meredakan keadaan di libya.

7. Tengok gambar menarik kat bawah neh ;






8. Pengguna twitter di tripoli melaporkan menerusi update twitter ada kejadian
tembak menembak di luar kawasan perumahannya.
Dia berlari pulang selepas menyaksikan seseorang yang
terbunuh akibat di tembak di kepala. Lihat gambar di bawah ini.
Gambar rumah yang terkena serpihan peluru.




9. Berikut ialah kata-kata si gaddafi nyanyuk ;

We can defeat any aggression if necessary and arm the people ... prepare to
defend Libya. Prepare to defend petrol, prepare to defend dignity."

mana tak nampak bangang. Bukan ke dia yang ugut nak mensabotaj petrol
kat negara sendiri. Ceh.

10. Menteri libya yang letak jawatan 3 hari lepas, Mustafa adel galil memberitahu
bahawa gaddafi ada senjata biologi dan kimia.. dan tidak akan teragak2
untukmenggunakan senjata tersebut. Mustafa juga menyeru agar sesuatu
dilakukan utk menghalang gaddafi daripada menggunakan senjata tersebut
ke atas rakyat.

11. Aljazeera turut melaporkan bahawa Ahmed gadhaf al-dam, salah seorang
pegawai tertinggi gaddafi yang juga sepupunya telah keluar meninggalkan libya
melalui syriadan kemudianya menuju ke cairo menggunakan jet peribadi,
sebagai langkah protesdan tidak bersetuju dengan kekejaman gaddafi terhadap
rakyat libya.

12. Menurut newspaper UK "The telegraf" gaddafi ada aset yang berbillion2 di britian.
Aset tersebut akan disita. Gaddafi juga dianggarkan memiliki harta hampir £20bn
[termasuk aset mudah cair seperti wang] yang kebanyakkan di london.

13. Rakyat libyan mengatakan bahawa mereka memperjudikan nasib dan
nyawa mereka apabila bercakap dengan wartawan asing mengenai
kekejaman rejim ke atas mereka.

14. Pada hari ini sahaja 5 pejuang kebebasan libya telah terkorban angkara
pegawai keselamatan pro-gaddafi.  Dan dianggarkan lebih dari seribu orang
telah terkorban sejak tercetusnya protes di libya.

15. Terdapat juga beberapa laporan mengenai penggunaan senjata berat di
beberapadaerah tripoli iaitu Fashloum, Ashour, Jumhouria, Souq Al Jouma.

16. Imam masjid di libya memberikan ucapan khutbah jumaat begini ;

"Those who call for chaos will not be forgiven on the Day of Judgment. Stay away from internal fighting. We have to stay away from any evil and wrong doing. Whoever

disobeys the ruler is disobeying God. We have to stay away from incitement work for unity."

Imam neh buta ahti ke apa? Ruler disobey Allah swt masuk syurga plak ke?
Ruler dok bunuh2 rakyat takpe ke? Bodoh punya imam. Disiarkan melalui tv
secara langsungplak tue.

Dah tue lepas je imam dok berkhutbah [bacaan teks disediakan terlebih dahulu
cam kat malaysia neh hah] macam tue.. ramai lak jemaah masjid keluar terus
tinggalkan masjid..solat tempat len lagi best.

17. Penguatkuasa keselamatan kat libya menakut2kan rakyat libya ketika mereka
nak bersolat jumaat.. [penguatkuasa keselamatan neh tak solat kepe?]

18. Ada beberapa percubaan dari pegawai keselamatan pro gaddafi untuk merampas
semula beberapa wilayah yang ditawan oleh penunjuk perasaan tetapi gagal
kerana penunjuk perasan melawan semula.

19. Tengok video bawah neh, ucapan gaddafi. Aku tak dapat tengok berikutan
line broadband lemau ;




Review : Maxis Blackberry tipu wa cakap lue..


Sapa pernah beli blackberry kat maxis? Kalau beli cash alhamdullilah, okey kot. Tapi sapa yang beli hutang tue.. ataupun beli kena ikat kontrak tue.. hah sedap-sedaplah maxis kelentong korang yerk. Tak pun menjana keuntungan berlipat ganda hasil kelalaian kita dalam teknik pengiraan. Ceh. Skema gila ayat aku. Tak percaya? Ada aku kesah? Memang aku kesah dowh.. sebagai pakar penyibuk memang aku akan kesah dan kesahkan pulak kepada korang. Heh

So tengok kat bawah neh ;




Okey mari kita mula dengan teknik kira-kira. Teknik neh aku dapat dari maxis gak. Aku memang ada pergi maxis centre baru-baru neh. Bayar bil broadband dan juga bercadang nak bantu maxis menjana pendapatan dengan membeli handphone blackberry kat dia. Tapi setelah berfikir panjang memang aku tak hingin der beli handphone kat maxis. Mahal nak mampos. Heh

1. Mula2 korang perasan tak petak tanda rm88 tue? Hah tue adalah bayaran yang korang kena sediakan untuk memakai blackberry di maxis.

2. Memang murah dowh bayar rm88 terus dapat pakai blackberry sapa taknak kan? Gila larh kalau taknak.. 

3. Tapi korang kena ikat kontrak selama 2 tahun. 

4. Dah lah ikat kontrak dua tahun kena plak amek line telefon.

5. Line telefon yang paling murah dia offer kat kita ialah rm90. Kalau tak guna hp sampai had rm90? Rugilah kita.

6. Peh tue kita kena bayar kontrak line internet untuk pakai kat smartphone kita. Untuk internet tak silap aku ada dua gak. 3gb dengan 1.5gb. Yang neh dia cakap kena pilih 3gb jika nak dapatkan rega phone rm88 tue.

7. Untuk 3gb aku kena bayar rm90. Itupun untuk 24 bulan. Kalau tak habis guna 3gb? Rugilah kita.

8. So kesemua sekali ialah 90 + 90 = 180 x 24 bulan = 4,320.

9. Mahal nak mampus. 4,320. Fuhh..

10. Sudahlah dia paksa kita pakai line maxis. Ble aku cakap aku nak guna prepaid dia cakap boleh tapi rega len. Maknanya takde offer lah tue.

11. Pelan pun kena pakai yang 3gb punya.. kalau nak pakai 1.5gb memang boleh tp ko kena bayar len gak. 

12. Kalau ko nak ikat kontrak untuk 12 bulan pun boleh tapi hp tue ko kena beli dengan rega rm599.

13. So apa yang offernya kat maxis? Mana ada offer weh.. kos tersembunyi seme tue.

14. Agak bangang juga aku ble memikirkan maxis bagi tawaran hebat.. ceh

15. Kalau dah namanya peniaga nak mamposlah mereka nak rugi.. selok camne pun mereka tetap fikir untung dulu.. 

Last2 bek aku kumpul duit then beli blackberry sendiri dengan cara cash.. kelmarin ada budak tolak htc.. rm300 murah. Aku terai tawar lagi.. rm250 dia bagi.. memang plan nak beli tp aku tak sedap ahti.. silap2 hp curi.. pakai tak berkat naya kat aku je.. so takmo lah aku beli.. lagipun hp tue ada lock code.. silap-silap owner dia detect hp tue kat rumah aku terus aku dicop suspect pencuri hp.. hah mampos sapa nak update belog aku. heh

Ameno : Maxis kaki belit. Maxis dan astro adek beradik pembelit.

Jumaat, 25 Februari 2011

Apa itu nuffang glitterati..


Rasanya ramai blogger di malaysia neh dah berdaftar dengan nuffang untuk menjana pendapatan melalui belog. Tapi mungkin ada di antara korang mempunyai income yang sedikit disebabkan ;

1. kurang click.
2. kurang impression.

Tapi kadang2 korang heran gak ble bandingkan belog korang dengan orang lain yang lagi ;

1. kurang click
2. kurang impression

dari dorang boleh jana pendapatan nuffang yang lagi banyak dari korang.. apsal? Whyyy? Tension siott..

Rahsianya ialah nuffang glitterati Apa itu nuffang glitterati? 

Nuffang glitteri neh ialah ahli ekslusif nuffang.

Macam mana nak apply jadi nuffang glitterati?

1. belog yang mengguna hosting sendiri [self-hosted]. Belog yang free macam blogspot, wordpress [yang percuma] mmg tak layak sama sekali lah.

2. Selalu update belog. 

3. Tak boleh letak iklan lain kat belog seperti advertlets, innity ataupun yang len2.

Kalau korang penuhi ketiga-tiga syarat di atas maka dalam masa 4 hari selepas korang submit belog berdaftar korang, maka nuffang automatik akan mengangkat korang jadi nuffanger yang berstatus glitterati.

Kelebihan dia ialah ;

1. Korang akan dibayar lebih setiap kali ada iklan berjalan kat belog korang. Berbanding ahli nuffang yang biasa.

2. Korang leh promote entry-entry baru kat ahli-ahli glitterati nuffanger yang lain menerusi laman innit. Juga salah satu cara utk tingkatkan trafik ke belog korang.

3. Boleh menyertai kempen advertorial. Kempen neh macam kempen churp-churp tue. Korang dikehendaki promote product mengikut kehendak pengiklan. Korang dibayar tahu. Kadang-kadang leh dapat free stuff.

4. Boleh menyertai pelbagai peraduan dan aktiviti nuffang yang bersesuaian.. 

Namun korang perlu tunggu seberapa seketika untuk menerima masuk iklan2 dan job2 yang bersesuaian dengan belog korang tue. Selalunya belog yang ramai visitor je yang selalu di pilih oleh pengiklan utk mengiklankan product mereka..

Akan tetapi status glitterati korang tue leh hilang kalau korang ;

- letak pengiklan len dalam belog berdaftar
- tak update belog utk satu tempoh yang lama
- tiba2 belog korang kena pending sebab bandwith dah habis
- main tipu dengan clik2 iklan sendiri
- takpun korang soh member2 korang click2 iklan korang.. nuffang leh kesan seme tue beb. 

So elakkan berbuat demikian ya. Nak cari pendapatan tak salah. Tapi biarlah yang benar2 berminat dengan tawaran iklan tue je klik. Kalau mereka tak ikhlas pun tak guna gak kita soh depa klik2 tue. Biarlah mereka klik ble mereka rasa mereka nak tahu pasal product tersebut.

So sesiapa yang dah ada belog sendiri boleh lah try register kat nuffang pulak.


Ameno : Aktiviti mengarut takyah join ler.

Panas : Najib sound pemimpin libya..

Pemimpin Libya tak harus guna kekerasan, kata Najib

Pemimpin Libya Muammar Gaddafi tidak sepatutnya menggunakan kekerasan ke atas rakyat yang menunjuk perasaan di jalanan sehingga menyebabkan pertumpahan darah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada AFP di Istanbul, Turki.

"Kami berpendapat beliau tidak seharusnya menggunakan kekerasan,” kata Najib, semalam yang berada di Turki untuk lawatan rasmi.
"Apa yang penting bagi kami ialah mengambil kepentingan aspirasi rakyat... Sistem itu harus sah dan harus berdasarkan atas sokongan orang ramai,” katanya.
Rakyat negara-negara Arab dan di utara benua Afrika telah memberi “petunjuk jelas yang mereka mahukan perubahaan dan pembaharuan” dan kerajaan patut mendengar tuntutan itu, kata Najib.

"Pembaharuan perlembagaan dan politik yang berkesan sepatutnya dapat memenuhi harapan dan aspirasi rakyat, khususnya golongan muda,” kata perdana menteri lagi.

Menurutnya perubahaan di rantau itu sepatutnya dijalankan secara aman dan meminta kedua-dua pihak - penunjuk perasaan dan juga kerajaan agar tidak menggunakan kekerasan.

Najib juga berkata beliau tidak bimbang bahawa rakyat Malaysia akan mengambil risiko dan melakukan perkara yang sama seperti di negara-negara Arab.

Dakwanya, pilihan raya di negara ini “agak bebas dan adil” manakala sokongan terhadap kerajaan semakin meningkat.

Aku nak share beberapa gambar yang menarik dengan korang. Sila tengok bawah ;










1. Gambar arwah ustaz ibrahim libya

2. Gambar demo sekitar perhimpunan anti-ISA dan sokongan rakyat malaysia kepada revolusi mesir.

Lepas korang tengok gambar kat atas neh aku nak korang baca balik apa yang najib cakap kat atas tadi. Lepas tue korang fikirlah sendiri kesimpulan nya.

Pelbagai diskaun menarik untuk anda dari MAD 
Sudah mencuba menu terbaru dari pizza hut? 

Ameno : Cakap saje.. semua mampu.. heh

Khamis, 24 Februari 2011

Sabri kata petrol kekal harga.

Baca berita kat bawah neh. Dipetik dari utusan ;



Kalau korang perasan kan, kerajaan macam tahu je perbualan di page rosmah mansur dan blog amenoworld mengenai kebimbangan rakyat mengenai krisis kenaikan minyak.. dorang pantau kah? Hahhahha.. tak kesahlah tue.. 

Tapi yang penting point nya kat sini si sabri neh dah bagitau bahawa ron 95 dan diesel akan dikekalkan buat masa sekarang. Adakah "buat masa sekarang" merujuk kepada ;

- 3 hari?

- seminggu?

- 2 minggu?

- sebulan?

entah. Pandailah korang tafsir sendiri. Apa yang aku tak boleh blah baca ble kerajaan kata mereka masih mampu bertahan.. ha ha ha.. lantak koranglah kerajaan.. yang aku tahu aku takmo minyak naik ron 95 atau ron 97 tak perlu ada kenaikan. Kalau nak jimat cermat sila mulakan dari kerajaan dulu. 

Dan dari cara si sabri tue bercakap.. dia taktahu kot yang krisis minyak kat libya tue sepatutnya tak membawa impact negatif kat malaysia sebab kita tak import minyak dari negara tersebut.. minyak libya kualiti tinggi beb.. tengok bawah berita petikan utusan gak ;


Dan tak silap aku dalam berita beberapa minggu lepas ada diberitahu bahawa kementerian mengatakan bahawa harga minyak akan kembali stabil pada bulan june tahun ini. Sekarang dah march, then april pehtu june. Cuma kurang 2 bulan so kalau sungguh begitu, kerajaan hanya perlu bersabar dengan kurang keuntungan pada 2 bulan neh je.. tak rugi pun. 

Kerajaan pun bukan rugi. Kalau rugi mana mampu ambilalih plus guna duit kwsp [rakyat] kan?Tapi kalau lepas neh sabri naikkan juga.. aku akan imbas semula kata2 dia kat atas tue.. 

Ha ha ha..

kata-kata seorang penipu..


Ameno : Facebook kena pantau dah.. ha ha ha

Petrol Ron 95 akan dinaikkan..


Kalau sapa baca berita dua, tiga hari neh korang akan tahu yang babak-babak kenaikan minyak di malaysia telah bermula..

1. Krisis di timur tengah terutamanya mesir dan libya telah menyebabkan harga petrol naik mendadak. Namun kita belum bercadang nak menaikkan harga minyak buat masa sekarang [lima hari lepas paper utusan].

2. Krisis di libya semakin buruk dan harga minyak telah mencecah paras US107 setong. [harga neh utk pasaran hadapan. Harga utk mac yang aku sempat tengok pd akhir bulan jan 2011 ialah US100 setong]. Seluruh dunia akan merasai kesan dan tekanan kenaikan petrol. [berita bisnes di tv3]

3. Liga arab mengadakan mesyuarat untuk membincangkan krisis yang sedang melanda dunia arab kini. [awani].

4. Amerika menggesa agar libya segera menamatkan krisis di negara tersebut bagi memastikan minyak tidak terus naik mendadak. Kesan kenaikan minyak akan mempengaruhi ekonomi US yang belum pulih sepenuhnya di negara tersebut. [tv3 news]

5. Beberapa logi carigali minyak terpaksa ditutup di libya sejak negara tersebut dilanda krisis kepimpinan. [awani]

6. Kenaikan minyak dan barang terutamanya makanan adalah krisis global yang tidak dapat dielakkan. [bernama].

Aku memang faham krisis minyak di peringkat global bukanlah sesuatu yang kerajaan mampu kawal. Tak dapat dinafikan langsung. Tetapi bukan kah jika ;

1. Harga minyak naik maka keuntungan kerajaan akan bertambah? Kerana kerajaan ialah pengeksport minyak.

2. Kerajaan eksport minyak yang berkualiti dan mengimport minyak yang rendah kualiti. Minyak yang rendah kualiti ini dibayar oleh rakyat malaysia. Kita tak dapatkan ia secara percuma. Dari mana isu subsidi itu timbul sedangkan nilai yang kita bayar tak sama dengan nilai yang kerajaan bayar kepada syarikat pengeksport minyak [venuezuela tak silap aku]. Kerajaan bayar dengan sejumlah amount kepada syarikat tersebut dan menjualnya kepada kita dengan amount yang sedikit tinggi. Kalau boleh harap kerajaan boleh tunjukkan urusniaga jual-beli ini untuk dinilai sendiri oleh rakyat malaysia.

3. Kalau kerajaan kata mereka tiada keuntungan, maka kenapa perlu eksport minyak? Biarlah minyak kita digunapakai oleh rakyat kita sahaja. Nampaknya tidak. Mengeksport minyak dalam negara dan mengimport minyak luar memang menguntungkan kerajaan. Kalau tidak kenapa perlu buat kerja yang sia-sia?

4. Memandangkan kerajaan sudah untung berbillion-billion ringgit melalui petronas, apakah kerajaan tidak boleh mengurangkan sedikit margin keuntungan yang mereka perolehi dengan tidak menaikkan harga minyak di malaysia? 

5. Apakah Ron 97 dan Ron 95 kita sama seperti di luar negara? Apakah ada ujian makmal dilakukan bagi membuktikan ciri-ciri ron 95 dan ron 97 kita adalah sama seperti yang ada di luar negara? Adakah boleh jika mereka [kerajaan ataupun pihak yang berkenaan] menipu label ron? Maksudnya label ron 93 diberitahunya ron 95 dan label ron 95 diberitahunya ron 97. [tiba2 terfikirkan soalan ini]

Bila-bila masa dari sekarang minyak memang akan naik. Ron 97 sudah tentu akan naik pada awal bulan mac neh. Ron 95 juga tapi tak pasti ble dan berapa kenaikan nya. Yang membuatkan rakyat gelisah bukan sebab minyak naik 0.10 sen ataupun 0.20 sen. Tetapi impak kenaikan minyak itu. Seperti sektor pengangkutan awam yang menggunakan diesel dan petrol. Seperti sektor perindustrian kilang yang menggunakan petrol untuk menggerakan kuasa mesin. Harga makanan yang pasti akan naik berikutan kos operasi [perkhidmatan pengangkutan barang] yang turut naik. TNB sudah tentu akan menjadikan ia salah satu alasan untuk menaikkan charge elektrik sedangkan mereka untung berbillion2 ringgit. Itu belum masuk gas memasak.  Semua ini berlaku secara rantaian dan rakyat sudah tidak boleh tanggung beban lagi kerana gaji masih di takuk lama apatah lagi pekerja swasta yang tiada kenaikan untuk beberapa tempoh kebelakangan neh. 

Jika kerajaan boleh bersabar dengan untung yang susut adalah lebih baik daripada kerajaan terus menerus menaikkan harga minyak. Tiada istilah rugi. Yang ada hanya ketirisan dan tidak amanah dalam membelanjakan wang negara. Itulah hakikatnya. Dan kerajaan adalah pihak yang kena berjimat cermat dan berhenti menyeleweng wang negara. Maka semua masalah akan selesai.
Ameno : Kenaikan minyak memang isu global. Tak dapat dinafikan lagi.. Tapi macamlah kerajaan tak boleh tanggani krisis dengan cekap, telus dan bijak.. asal mau mesti boleh.. yang takmo itu sebab tamak + haloba + rakus + gila duit.

Rais bagi warning baek punya!

Rais yatim ialah menteri kebudayaan di malaysia. Rais yatim ialah menteri yang berpaksi kepada umno. Dan di sebabkan itulah kata-kata seperti di bawah ini diucapkan oleh Rais Yatim. Bukan perkara baru. Dan bukan perkara pelik. Sila baca baik-baik.


1. Rais yatim suruh kita ingat jasa pemimpin.

2. Tetapi siapa pula nak ingat jasa rakyat yang memangkah bn selama 54 tahun neh? Entah.

3. Rais yatim suruh kita hargai kerajaan kerana kerajaan yang memberikan kemerdekaan kepada kita.

4. Tapi tak pernah pula saya terbaca ada pemimpin umno yang mati dek mencari kemerdekaan. Yang saya tahu mereka hanya sign paper sahaja. Manakala mereka yang terkorban pula di label sebagai pengkhianat, musuh negara dan ektremis islam. Ini pelik. So macam mana saya nak hargai jasa pemimpin yang tidak memerdekakan negara tetapi ditulis sedemikian untuk mencipta persepsi yang baik? Lagipun saya tak tahu kalau masih ada pejuang kemerdekaan yang masih hidup pada ketika ini masih menyokong umno.

5. Rais yatim mengingatkan rakyat agar jangan tukar kerajaan.

6. Boleh tak kalau rakyat ingatkan rais yatim agar jangan masuk campur urusan dan keputusan rakyat? Rakyat berhak untuk mengundi sesiapa yang mereka sukai.

7. Rais yatim mengatakan bahawa melaka maju atas sumbangan budi dan rakyat telah terdidik dengan mengenal budi.

8. Saya faham. Saya betul-betul faham apa yang dia cakapkan itu.

9. Apa yang berlaku di malaysia tidak sama di rakyat timur tengah.

10. Soalan saya mudah. Kenapa rais harus terasa dan membandingkan dengan timur tengah? Bukan kah rais sedang makan ulam dan petai bukan nya cili? Saya heran.

Ameno : Wow.. macam tak percayalah.. begitu kegadafian sungguh rais yatim neh..

Anak ayah pin pelajar cemerlang..

Aku tertarik betul baca berita neh. Berita yang aku dapat dari portal maxis. Macam tak percaya tetapi itulah realiti. Agaknya itulah kata orang bahawa iman tak boleh diwarisi. Walaupun keimanan ayah pin tue pelik sket.. tetapi tak berjangkit pula kat anak dia.. Alhamdullilah..




Kejayaan anak ayahpin sebenarnya turut dikongsi oleh seorang pelajar yang lain. Nak tahu apa yang menarik kat pelajar tersebut? Dia tidak boleh melihat sepertimana aku dan kita semua yang sedang membaca artikel ini. Fuhh.. orang yang tidak boleh melihat pun  beria-ria berusaha untuk ubah nasib dan berusaha untuk mencari ilmu.

Alangkah malunya kalau manusia yang sihat sempurna fizikal macam kita tak berusaha untuk mengubah nasib dan mencari ilmu.. betul tak?

Apatah lagi mensia-sia masa untuk perkara yang tidak berfaedah.. 

Namun ada satu kemusykilan di ahti aku.. perlu ke media dedahkan bahawa dia anak kepada ayah pin? Apa relevant nya perkara tersebut kepada kita masyarakat malaysia..? Aku rasa tak perlu kot.. tak penting mana pun sapa anak ayah pin tue.. asalkan anak dia tak mengikuti jejak langkah bapa dia cukuplah..

Ameno : Jika yang buta boleh berjaya.. apatah lagi yang bukan buta.. kan?

Artikel ini telah di edit pada 24 feb disebabkan saya baca tak betul.

Rabu, 23 Februari 2011

Harakah makin melampau..

Aku neh sejujurnya ada masalah jiwa. Masalah jiwa aku ialah aku tak boleh tumpu baca paper yang berat sebelah. Aku pun tak boleh blah ble baca paper sedemikian. Aku tahu mereka memang ada sebab yang kukuh untuk condong mencondong ke mana-mana arah yang patut. Tetapi jangan dijadikan alasan sebab untuk mencondong kepada alasan sebab untuk mencatas. Budaya cantas mencantas neh aku tak berapa gemar. Apatah lagi mencantas seseorang penulis atas sebab-sebab yang remeh.

Paper seperti ;

Utusan melayu
Berita harian
Harakah
Selangor kini
Suara keadilan [dulu]

Bukanlah paper yang aku mesti puji. Paper macam neh.. memang aku baca. Aku baca sebab nak amek beberapa isi dan point yang aku nak tahu pada ketika itu. Tetapi dari segi persepsi aku, aku masih tak boleh terima konsep paper macam neh. Bagi aku berita ataupun suratkhabar kena telus, tepat dan berfakta. Tak kiralah sapalah pelapornya.

Namun konsep berita kat malaysia neh memang agak tertutup. Mereka membuat berita semata-mata untuk menjaga imej individu-individu ataupun pihak tertentu. Alasan berita harian dan utusan malaysia buat berita ialah untuk mengampu umno kerana umno adalah kerajaan dan umno memiliki share dalam utusan malaysia dan berita harian.

Alasan harakah dan selangor kini membuat berita adalah untuk menepis fitnah dari pihak kerajaan ke atas mereka. Memang bagus boleh menerbitkan akhbar untuk menterbalikkan fitnah. Tetapi itu mungkin dulu. Sekarang mereka dah berubah alasan. Dan nampaknya akhbar tersebut mencontohi sikap yang ada pada utusan dan berita harian.

Apa yang aku lihat dalam paper hari ini ialah mereka masing-masing akan mencerca pihak yang berlawanan dengan mereka. Tidak cukup dengan itu, aku pernah terbaca maki hamun dalam harakah yang aku rasa ianya agak biadap untuk disiarkan sebegitu rupa. Hey come on lar.. kita pun tak suka bn dan kezaliman umno. Tetapi tidak suka bn dan umno tidak menjadikan kita boleh menulis dengan format kasar bagi mezahirkan kebencian kita. Apatah lagi membawa label dan etika kewartawanan dalam menulis. Mereka itu bukan blog. Mereka itu wartawan yang ada diploma. Yang ada etika.

Membandingkan pula ia dengan utusan juga adalah satu kebodohan. Harakah tak patut menjadikan utusan sebagai garis panduan ketika menerbitkan akhbar. Harakah sepatutnya menjadi media alternatif kepada pasaran malaysia. Memang ya harakah adalah untuk terbitan ahli pas. Tetapi sampai ble harakah mahu menjadikan ia sebagai terbitan untuk ahli pas sahaja? Sudah sampai masa untuk harakah berfikir di luar kotak. Sudah sampai masa harakah mengisi kekosongan akhbar bebas setelah siasah semakin menghilang. 

Untuk pengetahuan pembaca, saya memang suka baca siasah. Bayangkan saya baca siasah dari muka depan sampai muka akhir tanpa sedikit pun saya tinggal. Kenapa siasah? Sebab siasah bebas. Saya percaya akhbar seperti inilah yang rakyat gemar. Mereka memang tak gemar akhbar yang kuat mengampu sebelah pihak. Ianya kelihatan sangat kelakar. Seolah-olah pihak yang di ampu adalah malaikat yang tiada dosa. Manakala pihak yang dikeji ialah pihak yang memang jahat habis. Kedua belah pihak pun sama. Memana parti pun sama.

Umno
Bn
Pakatan rakyat
mca
mic
dap
pas
pkr

Semua nya sama. Mereka manusia dan sebagai manusia mereka bukan maksum. Menggunakan paper untuk membina imej memang menunjukkan mereka sangat lemah. Orang yang kuat dan benar mereka tak perlu pun imej yang dibina untuk melahirkan persepsi baik kerana kebaikan dan kebenaran mereka akan terlihat melalui perbuatan. Tetapi inilah yang berlaku di malaysia dan ianya sangat membosankan.

Lebih membosankan apabila harakah bertindak sebagai pemerintah kukubesi ble buang salah seorang kolumnis harakah atas alasan bangang. Jika harakah dan utusan malaysia itu sama maka apa beza PAS dan UMNO pula?Apakah ada sebab tertentu kenapa PAS guna slogan "PAS ganti UMNO"? Adakah PAS berminat nak mengantikan UMNO dalam melakukan kezaliman, kukubesi dan kebodohan dalam pemerintahan negara? Ceh.. 

Baca sini lanjut mengenai kolumnis tersebut. 

Ameno : Menutup pandangan seseorang kerana tidak bersetuju dengan seseorang adalah penakut. Patut faham perbezaan pendapat adalah perkara yang memang biasa. Yang tak biasa ialah pemimpin di malaysia. Mereka tak biasa menerima perbezaan pendapat kerana mereka rasa pendapat mereka lah yang paling betul..

Haram ke siti nurhaliza bina masjid?


Tiga hari yang lepas topik "hasrat siti nurhaliza membina masjid tercapai" menjadi tajuk perbualan saya dan rakan-rakan. Salah seorang rakan saya menceritakan kepada saya, kuliah subuh di tempatnya pada hari itu ada mencerita isu siti nurhaliza membina masjid. Saya tak faham. Memang tak faham. Kenapa isu neh masuk masjid kat tempat dia pula?

Beginilah perbualan saya dengan rakan saya pada hari itu ;

Rakan A : Ko tahu siti bina masjid kat kedah?

Aku : Tahu. Tapi kat pahang tak silap aku. Apsal sampai kat kedah pula perginya?

Rakan B : Kat kampung laki dia kot. Kedah kan kampung datuk k.

Aku : Entah. tak minat aku dengan datuk k. Sejak siti kahwin dengan datuk k, malas aku baca citer pasal dia. Aku tak tak suka datuk k beb.

Rakan B : Datuk k tinggal bini utk siti nurhaliza. kalau ko nak benci, bencilah siti sekali sebab dia rampas laki orang.

Aku : Haizh.. bukan ke siti nurhaliza bercinta dengan datuk k lepas bercerai?

Rakan C : Sapa cakap? Sama je lah dengan fasha sandha dan memey tue. Aku heran gak bila siti nurhaliza rampas laki orang takde sapa nak kutuk tp time fasha punya lah berlambak2 orang kutuk dia. Ko tahu ex-wife dia lari ke luar negara time ct kahwin dulu? Hari neh kita buat org, esok lusa Allah swt balas balik. Ct pun dah buka tudung sekarang. 

Rakan A : Lari tajuk lar korang

Rakan B : Apsal dia tak mengandung lagi?

Aku : Aku mmg nampak dia buka tudung, tapi bab rumahtangga dia aku tak tahu. Kan aku dah cakap aku tak minat amek tahu sejak2 dia umumkan datuk k tue laki dia. Siyes tah hapa-hapa aku rasa. Kena jampi kot.

Rakan A : Lari tajuklah korang. Bergosip pula kat sini. Bukan nak citer pasal ct. Nak dengar ke taknak?

Aku : Apa diaaa?

Rakan A :Siti nurhaliza lah. Dia bina masjid tp sumber wang dia tue.. itulah isu sekarang. Wang tue taktahu haram ke halal ke.. 

Aku : Wang haram apa pula? Dia kan ada bussiness sendiri? 

Rakan B : Aku sampai sekarang tak faham hukum perempuan jadi penyanyi macam siti nurhaliza, dayang, nora dan ramai lagi. Berdosa ke tak? Kalau berdosa kenapa jabatan agama tak tangkap pun dorang macam dorang tangkap kartika yang minum arak dalam pub dulu?

Rakan A : Jadi penyanyi berdosa ke tak aku taktahu. Tapi tak silap aku pasal aurat dan pembawakan artis itu sendiri. 

Aku : Kalau berdosa heret najwa anak tpm sekali. Heh

Rakan A : Jangan citer pasal politik ko. Bosan aku. Sekarang neh korang dengar dulu. CT seorang dermawan. Dia dah banyak kali berurusan dengan pihak pengurusan masjid atas tujuan derma dan sebagainya. Salah satu tempat tue masjid alam damai. Dia memang suka membantu dan ada niat nak memberikan bantuan bagi melengkapkan fasilities kat masjid tersebut. 

Tetapi pihak pengurusan tolak. Dia ada pergi ke beberapa tempat menyatakan hasrat dia, tapi ada lah beberapa masjid tidak menerima permintaan dia.

Dah banyak masjid tolak permintaan ct tue. Bukan satu masjid je. Mereka was-was dengan sumber rezeki ct. Itu je. Tadi adalah jemaah surau tanya.. apakah hukum nya ct nurhaliza guna wang hasil menyanyi bina masjid. Ustaz tue cakap "boleh jatuh hukum haram".

Aku : Haram ke bina masjid guna wang hasil menyanyi? Lagipun betul ke ct nurhaliza bina masjid guna wang hasil menyanyi? Dia ada perniagaan lain lah.

Rakan B : Perniagaan dia tue hasil dari duit menyanyi juga.

Rakan A : Ustaz kata benda was-was kena tinggal.

Rakan C : Laki dia kot support?

Aku : So macam mana pula ;

1. Kalau pemerintah islam / tidak islam yang membina masjid? Siapa tahu sumber wang tersebut? Mungkin dari hasil cukai rokok dan arak kan? Apatah lagi tiada pengasingan yang dibuat [rujuk kepada situasi di malaysia]

2. Bagaimana pula dengan ibadat mereka seperti berpuasa, berzakat dan menunaikan haji? Bukan kah mereka memperolehi wang hasil dalam bidang seni? Berbuka puasa beli guna wang [pendapatan] dari hasil seni hiburan. Begitu juga zakat dan sebagainya so apakah hukum nya di sini?

3. Bagaimana pula dengan individu yang dah bertaubat? Dulu mereka jadi artis dan kaya. Selepas itu mereka gunakan wang tersebut untuk buka bisnes. Kebetulan bisnes mereka berkembang baik. Dan mereka gunakan wang tersebut untuk membantu masyarakat. Apakah pula hukum nya?

Rakan A : ko neh dah salah orang. Ko tanya aku macam lah aku nak jawab. Ko gi tanya ustazlah ngok. Tue malas citer dengan ko. Aku citer satu benda je ko mesti suka tanya banyak-banyak kan? 

Dan seterusnya kami terus bersembang melalut dengan macam-macam topic..  Begitulah antara intipati perbualan yang saya ingat.

So adakah anda terfikir kan apa yang saya terfikir? Saya dah tanya kepada seorang ustaz kat tempat saya. Dia jawab ;

Jika ct berniat nak melupuskan wang hasil hiburan, dia boleh menyalurkan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim.

Jika ct berniat nak membina masjid wang tersebut mestilah dari sumber yang diyakini halal apatah lagi orang islam memang terdidik halal dan haram satu-satu perkara. Katakan lah ct membina wang hasil dari bidang hiburan, akan datang mungkin penyanyi [penganut islam] bogel, lucah, gay dan sebagainya turut membina masjid. Jadi rumit nanti..

Ibarat mencuci air kencing dengan air kencing.


Psssttt : Siti bina masjid atau baikpulih masjid?


Ameno : Worr.. jadi tak tentulah haram.. semuanya berdasarkan kepada sumber wang tersebut.. elok gak ct explain dia guna sumber apa utk bina masjid.. [yayasan nurjiwa tue duit hasil apa?] buatnya orang was2 nak solat dalam masjid tersebut camne?

Pentadbiran UPM terpaksa mengalah akhirnya..




Kat atas neh dua petikan berita mengenai pro-mahasiswa di UPM ;


1. Nampaknya pentadbiran upm dah tarikbalik keputusan membatalkan kemenangan pro-m


2. Kenapa? Sebab ada campurtangan dari kementerian pengajian tinggi.[rujuk perkara di atas]


3. prk kampus sepatutnya telus dan pentadbiran upm tiada hak waima satu sen sekalipun utk memaksa mahasiswa menyokong perkara yang mereka mmg tak rela sokong.


4. pentadbiran upm nampaknya kini bersikap lebih terbuka berbanding tahun-tahun lepas. Mungkin terkesan dari revolusi asia barat kot? Heh.


5. Walau apa pun, tahniah lah. Mungkin ini langkah permulaan utk pro-m bertapak di upm. Dan seharusnya langkah ini di ikuti oleh uitm juga. Pihak yang tidak dikritik bukan lah bererti mereka sempurna [uitm] tetapi mereka mungkin takutkan realiti apabila terpaksa berhadapan dengan kritikan. Heh

6. Mahasiswa yang berjaya terpilih menjadi wakil pelajar [mpp] haruslah pandai menggunakan peluang yang ada untuk membawa isu-isu setempat [universiti kawasan] yang relevan dengan kehendak mahasiswa. Jangan pula citer pasal isu nasional kat kampus padahal benda tue sedikit pun tak membantu penambaikkan kampus setempat itu sendiri. Heh


Ameno : Malaysia akan revolusi juga.. cuma taktahu bila.. bn akan ditumbangkan tanpa kompromi lagi..

Hot : Umno nafi terbit 'selangor terkini'

Entry neh ringkas. Ringkas sangat. Aku nak korang tengok printscreen kat bawah neh dulu ;



1. Paper tersebut di letakkan di depan pejabat.

2. Paper tersebut di edarkan oleh umno atas alasan tidak mahu membuang ia begitu sahaja.

3. Kenapa tak fikirkan bahawa ini mungkin muslihat atau perangkap untuk mengenakan umno?

4. Nampaknya mereka sudah sehabis fikir sebelum bertindak mengedarkan paper tersebut. Mungkin sebab mereka tahu siapa yang mencetaknya.. kot? Heh

5. Bukan calang-calang orang boleh keluar modal dan terbitkan paper.

6. Ini bermaksud individu tersebut mestilah mempunyai wang sekurang-kurangnya [pengaruh dan kuasa pun turut memainkan peranan]

7. Kalau berani, sila siasat di manakah paper tersebut di cetak.

8. Lepas dedahkan syarikat percetakan barulah boleh tahu dalang di sebalik kes ini.

9. Fair dan square kan? Saya teringin nak tahu sapa yang main taktik kotor kat sini.

Ameno : Dunia politik mula mendedahkan keburukan sikap sang pemimpin tak kiralah dari side mana pun..  politik tak pernah salah. Yang salah sikap pemimpin itu sendiri...

UPM : Pro-Mahasiswa terbatal kemenangan lagi..

Sama seperti tahun lepas, pro-mahasiswa terkena lagi. Kelayakan mereka pada tahun kali neh terbatal lagi. Kenapa terbatal dan kenapa sampai 10 orang yang terbatal sekaligus? Dengar citer atas alasan PRO-M berkempen secara berkumpulan dan ianya dah lari dari syarat-syarat berkempen. Kenapa tidak warning ketika kempen tersebut berlangsung dan kenapa mesti membatalkan kelayakan selepas mereka menang? Adakah ketika berkempen ia takpe berbuat demikian dan apabila di dapati bahawa mereka menang barulah tarik kemenangan mereka [andaian bahawa mereka langgar syarat berkempen]?

Tengok kelicikan pentadbiran UPM. Aku rasa tak puas ahti sungguh. Aku bukan nak tuduh. Tak berani aku. Apatah lagi kalau tiada bukti [kalau korang ada bukti, email aku orderonline2010@gmail.com]. Cuma aku rasa geram. Bukan nya mereka menang banyak. Cuma 11 kerusi je daripada 43 kerusi yang dipertandingkan. 

Pro-aspirasi masih lagi menang kat sana. Masih lagi major kemenangan mereka. Aku tak percaya yang pro-aspirasi tak berkempen secara berkumpulan [persepsi aku]. Apa yang aku tahu, satu calon mahasiswa dipertahankan kelayakan dia atas sebab dia menang tanpa bertanding sebab tiada calon yang melawan dia. 

Apa yang aku lihat juga, pentadbiran UPM seolah-olah mahu menyekat akses penguasaan pro-mahasiswa kat sana. Aku rasa mereka patut faham. Lagi kuat asakan manusia terhadap manusia yang lain, lagi kuat keazaman yang akan timbul. Lama-kelamaan orang akan jadi benci dan meluat. Siyes.

Memang aku bersetuju, mahasiswa tak patut berpolitik sehingga menjejaskan pelajaran mereka. Tetapi untuk itu kerajaan patut lebih adil. Bukan sahaja mereka tak boleh berpolitik dengan menyokong pembangkang, mereka juga tak patut berpolitik untuk menyokong kerajaan. Kerana menyokong politik kerajaan ataupun pembangkang kedua-duanya masuk dalam aspek politik. 

Kalau benda semudah ini kita melihat ketidaktelusan dalam pentadbiran, apa lah yang boleh kita harapkan pada perkara yang lebih besar?

Berhentilah main propa.

Baca berita kat bawah neh ;



Ameno : Baru 11 orang menang pun dah cuak.. baru 11. bukan 2011. Cuma 11 je. Heh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...