Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 27 Ogos 2011

Najib : Saya bayar zakat, saya masuk paper dan saya ok.


AmenoWorld : Najib, dia bayar zakat, dia masuk paper dan aku tak ok.

Punca2 kenapa aku tak ok ;

1. Najib, adakah ini first time ko bayar zakat?

2. Najib, apa motif dan aim ko bayar zakat?

3. Najib, kenapa semua media tahu ko nak bayar zakat pada sekian2 hari dan sekian2 lokasi?

4. Najib, kenapa media kerajaan siarkan neh dalam berita?

5. Najib, kenapa ko bagi aku menyampah dengan ko?

Dulu ko upload gambar ko bersolat di twitter. Aku bengkek. Dan aku kena sound pasal isu tue. Tapi aku tak kesah pasal aku punya jari aku punya blog dan aku punya suka larh.

Then aku nampak lagi ko pongpang pasal zakat melalui media kerajaan yang dilantik untuk up kan imej ko. Dan aku sejujurnya tak suka. Aku ulang lagi ;

TAK SUKA.

FAHAM?

TAK SUKA.

Ko bukan tuk guru najib. Ada sebab kenapa tok guru dipongpangkan sedemikian rupa. Mari aku ajar ko. Di setiap ahti umat islam kita sendiri automatik akan suka perhatikan tokoh2 terkenal dalam bidang agama. Kita nak perhatikan cara mereka hidup, cara mereka berkomunikasi, amal ibadah, makan dan etc.

Ini kerana kita nak belajar. Tak dapat jadi alim macam dia pun, atleast kita dekat dengan orang alim. So automatikk kita akan snap gambar bila tuk guru bayar zakat, tuk guru solat, tuk guru makan, ini tindakan semulajadi akibat kasih kita terhadap golongan ulama. Kasih itu menjadikan kita perhatikan dan snap setiap perbuatan tuk guru dalam bentuk gambar. Even tuk guru menangis pun kita tangkap gambar sebab ia ... ia kasih sayang ma.

Dan tuk guru tiada pula media2 lantikan untuk up imej dia. Gambar dia ditangkap oleh rakyat dan jurugambar yang bukan dibayar untuk up imej tuk guru. Tapi ini beza dengan ko najib. Beza sangat dan beza besar. Ko bukan tuk guru. Takde sapa nak perhatikan apa yang ko buat. Even ko bayar zakat dan masuk paper pun orang akan cakap

Ada aku kesah?

Ya, ada aku kesah? Itulah respon aku najib. Dan aku yakin  respon kebanyakkan rakyat malaysia.

Ameno : Amal untuk tayangan.

Najib, lue bagi rm400 neh pada sapa?

2011/8/25 hazaha haris

salam tt,

selamat menyempurnakan ramadhan dan selamat menyambut shawal...insyAllah.

saya baru saja jumpa kawan saya pemandu teksi kl pada lbhkrg pukul 9.30 tadi.

1. kawan saya kata, dia berbuka di masjid putrajaya dan lepas tu ada acara bertemu najib dan seterusnya 'angpau' rm400 diagih2kan
kepada yang hadir. 

2. 'angpau' itu dalam envelope bercop JABATAN AGAMA ISLAM WP , JPM. 

3. anggaran drebar teksi yang hadir ialah 3,000 orang. 

4. dan ada juga jururawat2, bekas2 askar dan beberapa lagi kakitangan2 kerajaan.

bayangkanlah berapa banyak rm dihulurkan...klu drebar teksi je 3,000, dah rm1 juta lebih tu !!!

bagi saya, drebar2 teksi dll dapat duit tu, saya tak kesah..bagus jugak boleh ringankan beban menyambut hariraya.

tetapi apa cerita orang2 susah lain terutamanya orang2 islam ??? , kerana rm yang diberi tu duit kerajaan jugak duit kita, rakyat.

sekian, harap siasat dan komen.

wassalam.
hazaha haris
hazaharis@yahoo.com

Aduan di atas di ambil dari blog tukartiub.

Ulasan aku? Lue fikirlah sendiri. Ini wang kalau diberikan kepada yang berhak dan susah wa no hal. Tapi ini wang kalau diberikan pada yang tidak berhak dan senang lenang wa maki lue sampai wa mampos. Dan wa pun dah bosan membaca isu murtad akibat miskin neh najib. Wa bagitau wa dan bosan. Seriyus bosan neh. Sekian.

Ameno : Bagi duit amek, undi pilih pr, biar bn bungkus.

Polis kenalpasti syarikat kurier hantar peluru hidup - lawak bangang PDRM.


Pagi2 buat aku bengang. Rasa nak maki tapi baik sabar dulu. Awalnya isu neh memang tak menarik jiwa aku. Bukan mao tuduh beb. Tapi aku tak percaya ada orang hantar peluru hidup kat hishamuddin. Sungguh, seriyus, yakin dan pasti amat aku bahawa neh hanya lah perkara bangang yang dibuat untuk meraih simpati.

Dan aku pula cakap 

jangan harap

pergi mampos

toksah mimpi

Aku nak simpati

kah kah kah

Aku bengang pasal polis seolah-olah cuba membangangkan rakyat malaysia. Dari semalam lagi aku dah nampak berita neh. Aku siap mengumpat2 lagi dalam ahti. Bodoh bangang siak. Dan aku tak baca pown berita pasal neh. Pasal aku tahu nak menyiasat kurier mana yang pos peluru hidup neh tak memerlukan kepakaran pihak polis pun. Apa yang diperlukan ialah kepakaran membaca dan mengamati logo syarikat.

Sebelum polis pongpang pasal dah mengenalpasti kurier mana yang pos benda alah tue aku percaya hishamuddin sewajibnya dah tahu syarikat apa yang pos benda alah tue. Sampul aka sarung yang membalut peluru hidup itu sepatutnya tercatat nama syarikat. 

Kalau pun tiada sampul, ia sekurangnya2 ada slip yang terlekat kuat atas kotak. Ini wajib. Tak percaya korang pergi siasat sendiri kat semua kurier di malaysia. Kalau penghantaran surat pula ada yang tiada slip tapi ia selalu nya di langgan oleh syarikat yang memang berlanggan dengan syarikat kurier tertentu. Pendek kata memang ada akaun kurier yang mana every month baru bayar payment.

Aku terlibat dalam kerja2 perkeranian dulu so aku tahu serba sedikit pasal benda neh. By the way tanpa melibatkat pengalaman aku neh pun honestly semua orang sedar akan hal neh pasal benda neh dah jadi macam public knowledge. Memang wajib setiap syarikat kurier letak logo syarikat or nama syarikat atas slip ataupun sampul mereka.

So macam mana isu macam neh pun polis beria2 bangga pongpang dalam media? Aku tak faham mentaliti polis malaysia. Aku bukan polis tapi aku lebih bijak dari polis. Hakikat. Dan tadi aku nampak pula rakan blogger semut dan papan kekunci punya tajuk entry pasal isu neh. Bengang gak aku masa tue. Apsal plak dia boleh tulis pasal isu bodoh neh. Lepas aku baca baru aku faham..

kah kah kah

Otak dia sama macam otak aku rupanya.. tak hairan lah kenapa kami sokong pakatan rakyat..

Isu neh mudah jer. Bagi aku cukup mudah.

1. Setiap barang yang post ada no khas

2. No khas ialah identiti barang tersebut.

3. Perlu identiti khas bagi mengesa

4. Harus di ingat polis malaysia sebut kurier.

5. Dia tak sebut pos biasa.

6. Setiap kurier memang wajib ada no khas.

7. Berdasarkan no khas neh dia leh detect lokasi pengepost.

8. Dan tak semua rakyat malaysia boleh memiliki peluru hidup.

9. Orang yang boleh memiliki peluru hidup mesti lah boleh akses kepada benda tue.

10. Setiap peluru hidup yang di buat pun ada identiti tersendiri.

11. Sesetengah syarikat yang membuat peluru hidup dihadirkan dengan no khas yang dicetak atas peluru dengan warna peluru itu sendiri.

12. Ini memudahkan mengesan dari mana peluru itu datang. Peluru hidup juga boleh dikesan dari segi usia. Model lama or model baru seme boleh detect. Macam2 boleh siasat berdasarkan peluru hidup sahaja.

13. Jenis peluru hidup boleh menentukan jenis senapang yang digunakan.

14. Mengenalpasti jenis senapang akan mengecilkan skop sasaran yang dicari.

15. Contohnya kalau peluru hidup yang di pos, datang dari kegunaan pistol polis biasa, maka sudah tentu lah orang yang pos benda neh ada kaitan dengan polis. 

16. Mengenalpasti no kurier pula boleh mengesan daripada pengepost neh post peluru hidup dan sudah tentu lah boleh rujuk cctv. Biasa nya kaunter hadapan memang ada cctv. Tapi ada juga syarikat yang tidak meletakkan cctv.

17. Sudah semestinya identiti pengpost peluru hidup neh adalah unik. Kalau dna dia tidak ditemui di atas sampul itu, sudah pasti dia pakai sarung tangan. Bukan kah penjaga kaunter akan mudah mengesave perbezaan dan keunikkan seperti neh dalam akal mereka? Sudah tentu mereka akan perasan dan pelik apsal pengepost neh pakai sarung tangan. Ini akan mengecilkan skop sasaran samada laki or perempuan, tinggi or kurus, hitam or putih, jenis bangsa dan etc.

18. Dan kalau pun dna dia tidak ditemui atas sampul [jika guna sampul sendiri, slip pos], sudah tentu ada dna orang lain kan? Dna orang yang jual sampul? Boleh amek cop jari dia. Kalau makmal forensik polis lengkap larh kan. 

19. Selain itu dna persekitaran juga memainkan peranan. Contohnya kalau ada banyak dna nenas atas sampul tue, sudah tentu lokasi pengepost berhampiran tempat nenas-nenasan ataupun sekurang2nya sampul itu pernah berada di tempat nenas-nenasan.

Pendek kata nak menyiasat seme benda neh semudah ABC.  Yang penting samada orang yang siasat perkara neh ada akal ke ataupun takde akal. Tapi aku rasa dorang takde akal. Pasal  apa, benda yang semudah seperti mengesan kurier neh pun boleh masuk paper. Sedangkan tiada kepakaran siasatan khas yang diperlukan untuk detect benda neh. Umur umur 3 tahun pun boleh detect. Heh.

Ameno : Tak boleh pakai punya polis. Lantik aku je jadi polis. Arh sudah. Seme aku nak jadi. Polis larh, peguam larh, menteri agama larh, pekerja zakat larh.. kah3x

Jumaat, 26 Ogos 2011

Sperma milik saiful, sample di ambil sebelum report polis - Terbaru dari liwat II


Ini kerja gila bhai. Ini betul2 kerja gila. Mengikuti sorotan twitter demi twitter pemimpin dan rakan2 yang berada di mahkamah tadi aku dapati bahawa ;

1. Pakar mengatakan bahawa dna yang di ambil tidak semestinya berasal daripada sperma. So kenapa pula umno menyalak seolah2 ia semesti nya berasal daripada sperma dsai? Dna maa.. mana2 pun boleh amek. Tarik rambut dsai pun dna juga. Saiful neh bekerja dengan dsai. Kalau setakat dna, usah kata dsai punya satu family dsai pun dia boleh rembat sebab dia keluar masuk pejabat dan rumah dsai.

2. Sperma yang ditemui di dubur saiful dipercayai ada kemungkinan  milik saiful sendiri beb. Arhhh sudah. Sendiri tettttt sendiri letak ka? Pakar juga memberitahu bahawa penganalisa kimia kerajaan tidak mengasingkan / ekstrak dna yang ditemui. Maksud dia macam neh ;

- dekat tetttt si saiful tue ada dna

- seme dna di collect

- dan ujian dilakukan bagi mengesan dna

- namun doktor yang mengesan tue dia tak asingkan dna yang di jumpa di tett saiful tue dengan teliti

- sepatutnya dia asing dulu. Dna yang berasal dari sperma lain, dna yang berasal bukan dari sperma pula lain. 

- kemudian nya dna2 yang berasal dari sperma, di ektrak lagi mencari bukti siapakah pemilik dna tersebut. Maksudnya nak cari penyumbang sperma tue larh yang mana ia berada di tettt si saiful.

- dan dna2 yang berasal bukan dari sperma pula di uji juga bagi mencari pemilik dna.

- jika dna dsai berasal daripada sperma maka ada kemungkinan besar si saiful di liwat. Ini sebab dna itu sperma ma. Lue ingat sperma rambut meh? Bukan suka2 boleh keluar punya. Sorry larh yerr. Cakap benda betul neh.

- jika dna dsai yang di temui berasal dari sumber bukan sperma maka ada kemungkinan besar dsai kena frame. 

Boleh nampak dan faham tak napa isu dna dan sperma neh penting kat sini? Benda neh dah masuk berita, baca sini.

3. Sample di badan saiful di ambil terlebih dahulu sebelum report polis. Menurut twitter saifuddin nasution disini

Lihat bawah neh ;


 Saifuddin Nasution 


Benda neh seme disebut dalam mahkamah beb. 

Bukan nak tuduh2 itu ini konspirasi tapi masalah nya isu neh memang dah nampak sangat kekonspirasian nya. Nyata lagi terang. Kalau tak nampak lue bukan buta tapi bahlol. 

kah kah kah

Ameno : Dasat beb, sendiri tettttt sendiri letakk sendiri claimed kena liwat.. giloss..

Sijil kimia itu palsu ka bloggers umno? - Kes liwat II

Kelmarin doktor novandri dan geng2 mereka dok pongpang2 pasal sijil dari jabatan kimia. Lihat bawah neh ;


Dan ini


Dorang hebohkan sijil neh sebab peguambela anwar mempertikaikan kredibliti penganalisis kimia yang mewakili kerajaan dalam kes liwat II neh. Baca bawah ;


Kewibawaan Jabatan Kimia kerajaan dalam mengendalikan analisis DNA dibangkitkan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ─ dengan pasukan pembela mempertikaikan sama ada ia memenuhi standard antarabangsa.
Pasukan peguam Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dokumen-dokumen menunjukkan makmal kerajaan itu, yang terletak di Petaling Jaya, belum lagi menerima tauliah American Society of Crime Lab Directors (ASCLD). – Malaysia Insider“.

Then selepas itu mereka pun galak dok hebohkan bahawa jabatan kimia kerajaan memang dah dapat sijil segala bagai dan memenuhi standard. Masalahnya sekarang neh sijil yang dihebahkan itu di katakan palsu beb...

PALSU?

Betul ka palsu? Korang baca sini dan sini  <--[ wajib baca yang no 2 neh ] untuk info lanjut. Blog2 neh bongkarkan penipuan dia. Tapi still tak cukup kukuh. Aku siyes tak reti check macam mana nak tahu ia palsu tapi aku pohon pada sesiapa yang terer teknik2 macam neh please larh bongkarkan penipuan neh, kalau takde blog takpe, aku leh siarkan bagi pihak korang no hal. 

Daripada apa yang aku fahamkan ialah mula2 depa dah salah tarikh then depa republish balik tarikh sijil the latest. So please pada sesiapa yang pakar, tunjukkan kepakaran dan skill korang leh?

Dan andai benar lah sijil neh terbukti palsu, memang keji gila arh perbuatan umno neh dalam nak memenangkan saiful dalam kes neh. Cuba fikir ye kenapa saiful di wakili team kerajaan dalam isu neh? Apa yang special sangat si saiful neh? Punya lah berlambak2 jenayah dan mangsa jenayah, takde sekalipun kerajaan beria2 bela mangsa melainkan mangsa ialah geng2 VVIP. Itupun andai boleh larh geng2 VVIP neh dilabelkan as mangsa. Lue fikirlah sendiri.

Ameno : desperate nya

Ahmad Maslan cabar langgar AUKU - Mesti baca dan sebar!

Artikel neh artikel copy paste, sumber sudah di nyatakan kat bawah neh, korang nilaikan sendiri perangai ahmad maslan neh.. ingat baca mesti mao sampai habis kalau tak korang takan dapat feel kebodohan ahmad maslan neh. Baca bawah ;




Baru-baru ini saya menghadiri sebuah majlis dialog dan berbuka puasa antara wakil-wakil mahasiswa daripada beberapa universiti dengan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Saya sudah biasa membuat liputan berita yang membabitkan beliau dan faham sangat apabila rakan-rakan media selalu “fobia” nak bertanya soalan pada dia. Selalunya jawapan dia memang jarang boleh pakai.


Tetapi pada majlis dialog itu barulah saya nampak “his true colours”. Terserlah amat sangat bukan sahaja kecetekan PRnya, tetapi juga kejahilannya mengetepikan isu dan kesombongannya sebagai seorang wakil rakyat.





Pertanyaan wakil pelajar yang disampaikan dengan tertib dan berhemah dibalasnya dengan jawapan bangang dalam nada sinis dan tidak sesuai bagi seorang berstatus Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri.


Cara Ahli Parlimen Pontian itu berinteraksi dalam dialog itu bukan sahaja memalukan dirinya, tetapi juga menjatuhkan air muka UMNO. Beberapa kali saya menepuk dahi kerana terkejut dengan cara dia menjawab soalan mahasiswa.





Selain gagal menjawab pertanyaan dengan bijak, Ahmad Maslan juga tidak pandai mengawal emosi. Apabila fikirannya tersangkut mencari jawapan, dia menggunakan pendekatan memperkecilkan mahasiswa dan mendabik dada mengenai kejayaan peribadinya.


Saya tak tahu bagaimana nak gambarkan dalam Bahasa Malaysia. Tapi yang jelas, Ahmad Maslan had made a fool of himself and UMNO sehinggakan beberapa pelajar mengadu kepada saya, “akak, malunya kami mendapat menteri seperti ini.”





Berikut adalah antara ringkasan beberapa soal jawab antara Ahmad Maslan dengan beberapa pemimpin Mahasiswa yang membuat saya dan suami berdekah-dekah ketawa dan ramai hadirin terpinga-pinga dan ada yang menepuk dahi!


Pemimpin Mahasiswa:
“Bagaimana sebenarnya sistem demokrasi di negara kita berfungsi? Mengapa setelah pelbagai dasar dan agenda dilakukan sejak merdeka hingga sekarang, kaum Melayu masih terkebelakang di segi ekonomi. Bagaimana pemimpin mahu menjelaskan proses demokrasi kepada mahasiswa, remaja dan pelajar sekolah? Mengapa pelajar universiti tak dibenarkan berkempen?”


Ahmad Maslan:
“Saya tak takut dengan sesiapa. Saya hanya takut dengan Allah. Saya langsung tak gementar kerana saya tahu perjuangan kami adalah perjuangan yang benar. Sebab itu di Dewan Rakyat saya minta naikkan soalan saya supaya dapat berdepan dengan Anwar Ibrahim.


“Tahun ini soalan saya naik ke nombor 2 saya dapat berdepan dengan Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat sebab saya tak takut berdepan dengan manusia. Saya hanya takut Allah.


“Mengapa kita tak kuasai ekonomi? Ketika dijajah Inggeris, kalau orang Melayu dan India awal-awal lagi ditempatkan di bandar, kita pasti tak ada pilihan lain, kecuali berniaga sebab kita tak boleh bercucuk tanam di atas jalanraya.


“Tetapi mereka diletak di kampung, nak jadi apa? Mereka jadi penoreh getah, macam mak ayah saya. Mereka jadi peneroka dan nelayan. Itu kesilapan pertama dalam proses demokrasi.


“Kemudian negara ditadbir urus oleh kerajaan mengikut sistem demokrasi berparlimen, demokrasi terpimpin. Semua orang demokratik di negara kita boleh menjadi calon dalam pilihanraya. Siapa saja boleh jadi calon berdasarkan akta-akta yang ada.”


Pemimpin Mahasiswa:
“Tahun lalu beberapa mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dikenakan tindakan di bawah AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) kerana didakwa berkempen pada pilihanraya kecil (PRK) Hulu Selangor.


“PRU 2008 berat sebelah sehingga membuatkan orang tidak mahu mengundi pihak tertentu kerana meluat. Mengapa pihak pembangkang susah dapat permit dibandingkan kerajaan. Apakah peranan mahasiswa dalam membantu memperbaiki demokrasi dalam negara kita.”


Ahmad Maslan:
“Malaysia adalah satu-satunya negara yang membenarkan berkempen 365 hari 7 kali seminggu 24 jam sehari. Asalkan ada permit, boleh buat ceramah. Pembangkang juga boleh kata apa sahaja dalam internet. Boleh keluarkan suratkhabar tiap-tiap hari. Kenapa kerajaan negeri Selangor tak keluarkan suratkhabar hari-hari dan bagi kepada rakyat Selangor? Kalau mereka nak buat, silakan.”


Mahasiswa:
“Mengikut AUKU pelajar tak boleh jadi calon atau berkempen.”


Ahmad Maslan:
“Akta itu ciptaan manusia. Kenapa kamu mesti takut dengan ciptaan manusia? Langgar ajalah. Jangan takut pada manusia. Terus langgar sajalah. “


Pemimpin Mahasiswa:
Pada PRU 2008 di Kepala Batas mahasiswa cuba menjadi calon menentang Tun Abdullah Badawi tetapi digagalkan oleh SPR.”


Ahmad Maslan:
“ Pada saya kalau rasa nak bertanding, langgar aja. Kemudian kalau dibuang dari universiti, pergilah belajar di universiti luar negara. “ <-- dia bagi green light ka neh? kah3x


Pemimpin Mahasiswa:
“Tujuan kami adakan dialog dengan pemimpin bukan untuk menakutkan sesiapa. Kami hanya mahu dua perkara. Pertama, suara kami didengari dan kedua, mahasiswa mahu peranan kami diiktiraf. Adakah kerajaan selepas ini bersedia membenarkan mahasiswa bertanding dalam pilihanraya. Adakah Datuk bersedia berdialog dengan Mazlan Aliman?.”


Ahmad Maslan:
“Saya dah berjanji untuk berdialog dengan Mazlan Aliman dan bila masanya, terpulang pada dia. Tetapi untuk berdebat, saya rasa dia tak layak. <-- kah3x


“Kalau saudara nak terus adakan dialog dan dapat pandangan orang-orang tertentu, silakan. Yang saya khuatir ialah demonstrasi kerana bila berlaku demonstrasi boleh berlaku orang bakar bangunan dan ketawa selepas membakar bangunan itu. Bila berlaku demonstrasi jalananan dan melihat orang cedera, daripada nak tolong orang cedera, dirompaknya pula. <-- ini Ugut ka apa ? Dia ingat kita neh kaki bakar bangunan ka?


“Saya tidak khuatir dengan pandangan berbeza. Saya berdebat sejak sekolah menengah. Pada 1983 saya masuk final debat. Pendebat pertama dari Kolej Islam Kelang ialah Idris Ahmad. 27 tahun selepas itu beliau menjadi ketua penerangan PAS dan saya jadi ketua penerangan umno. Perdebatan tak jadi hal bagi saya.


Pemimpin Mahasiswa:
“Semasa PRK Hulu Selangor, ada mahasiswa kena tangkap di bawah AUKU. Mereka ditangkap dengan alasan pelajar universiti tak boleh masuk politik.”


Ahmad Maslan:
“Kalau anda semua nak masuk politik, silakan. Apa nak ditakutkan AUKU. Ia adalah akta-akta di atas kertas. Yang korang takut sangat, kenapa? Masuk ajalah dalam politik. Itu jawapan saya.


Pemimpin Mahasiswa:
“Kita tak takut, tetapi kita fikirkan mak ayah yang susah payah cari duit nak hantar kita belajar.”


Ahmad Maslan:
“Masuklah IPTS dan kemudian bekerja. Saya buat MBA tak ada siapa sponsor pun. Saya bekerja sambil belajar dan jadi pelajar terbaik UKM dan dapat 3.85 CGPA. Saya dapat anugerah emas pelajar. Masa itu pelbagai jawatan politik saya ada.” <-- masa tue ada AUKU ka? Masa tue dia SOKONG PR ka?


Pemimpin Mahasiswa:
“Benar, kami tak takut AUKU, tetapi kami tertakluk kepada undang-undang. Jika langgar, masa depan habis.”


Ahmad Maslan:
“Saya dulu bekerja sambil belajar. Saya pernah sembelih biri-biri di New Zealand untuk cari duit lebih. Itu kat luar negara. Apa hal korang manja sangat.” <-- BODOH giler jawapan dia neh !


Pemimpin Mahasiswa:
“Datuk cakap mengenai kebebasan media, kenapa letak syarat? Kenapa pembangkang susah nak dapat permit buat ceramah. Datuk suruh langgar AUKU, tapi di peringkat kerajaan sendiri, apa kah penyelesaiannya? “


Ahmad Maslan:
“Tunjukkan kepada saya permohonan ceramah dari mana-mana parti pembangkang yang tak dapat kebenaran polis? Bagitau pada saya bila dan tempatnya.

“Saya boleh bagitahu Ketua Polis Negara, apahal tak bagi dia orang ceramah? Nak ceramah siang malam, pagi petang, silakan. Yang tak boleh demonstrasi jalanan. Sebab ia merosakkan ketenteraman awam. <-- bahasa maki terbayang di dalam otak aku time neh


“Ceramah pembangkang jauh lebih banyak dari ceramah kerajaan. Kalau parti pembangkang buat 100, parti kerajaan baru buat satu. Saya tahulah sebab saya Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Kalau pembangkang tak dapat permit buat ceramah, bagi tahu pada saya. Saya akan telefon Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein supaya bagi permit. <-- kah3x waklue larh


“Kita tak takut dengan ceramah. Kita takut orang yang memanupulasi kebenaran. Perkara yang tak betul diadakan-adakan. Fitnah bermaharajalela. Apalah kau orang takut dengan AUKU. Ia adalah kertas-kertas yang ada tulisan. Langgar ajalah kalau kamu anak jantan.” <--


Pemimpin Mahasiswa:
“Tadi Datuk sarankan kami langgar akta. Ini bukan cara kita. Akta perlu dihormati. Kita sepatutnya perjelaskan akta ini secara betul. Tadi Datuk pun persoal kenapa Kerajaan Negeri Selangor tak terbit akhbar hari-hari. Tahukah Datuk bahawa kita ada akta mesin cetak dan penerbitan? Dalam akta itu, setiap akhbar harian mesti mendapatkan permit daripada menteri.


“Dalam AUKU, seksyen 15 hanya menyebut mahasiswa tak boleh nyatakan pandangan atau simpati kepada mana-mana parti politik. Tetapi sekiranya orang bertanding atas tiket bebas, bolehkan mahasiswa menyokong mereka? Adakah ia bercanggah dengan AUKU?


“Jangan salah tafsir atau seleweng maklumat kepada mahasiswa. Saya yakin mahasiswa berfikiran terbuka dalam isu atau pandangan yang disebutkan oleh parti-parti yang berkempen dalam pilihanraya. Tetapi kenapa UMNO guna RTM untuk berkempen kerana ia hak rakyat Malaysia yang membayar cukai . Mengapa mereka tak buka media kepada semua orang, temasuk mahasiswa?”


Ahmad Maslan:
“Kalau saudara tak suka melihat apa yang ada di TV tutup ajalah TV itu. Tengok internet atau Harakahdaily atau Suara Keadilan. Silakan. Saya tak takut melihat internet sebab tak ada siapa yang boleh mengawal. Silakan. Kalau saudara nak layari blog, saya pun tak takut langsung.” <-- akal cetek punya jawapan


Pemimpin Mahasiswa: (menyindir, tapi sindiran itu nampaknya tak difahami Ahmad Maslan)
“Saya seronok mendengar penjelasan YB yang suruh kita main langgar aja.”


Ahmad Maslan:
“Ya, boleh langgar saja. Kalau kena saman, bayar sajalah. <-- Ya, bayar guna duit ko


Pemimpin Mahasiswa:
“Perdana menteri kata PRU ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan tak terikat kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen. Kenapa tak tunggu dulu penubuhan jawatankuasa itu?”


Ahmad Maslan:
“That is the priviledge of incumbency.”


Mahasiswa 1:
“Maaf, kami kurang faham.


Ahmad Maslan:
“Hai! Belajar Inggeris 13 tahun tak faham lagi?”


Pemimpin Mahasiswa:
“Di Singapura setiap parti politik diberikan ruang nyatakan manifesto di media, berbanding di Malaysia hanya sebelah pihak. “


Ahmad Maslan:
“Utusan Malaysia suratkhabar UMNO, tak kanlah nak masuk cerita pembangkang. 60% UMNO punya. Kalau saudara tak mahu beli Utusan Malaysia, tak ada hal. Orang lain boleh beli <-- hah.. mengaku pun utusan tue milik umno. apa lagi kasi tukar itu nama kepada utusan umno, jangan babitkan malaysia dalam permainan politik keji dan jijik ko umno weh!


Selesai majlis dialog itu saya sempat bersembang dengan beberapa mahasiswa. Ramai daripada mereka kecewa dengan cara Ahmad Maslan menjawab soalan. Malah mereka terkejut Perdana Menteri boleh melantik menteri yang pada pandangan mereka, kurang pandai.


Lantas saya memberitahunya, tidak semua pemimpin UMNO berfikiran cetek macam Ahmad Maslan. “Lain kali kami akan jemput Menteri yang pandai sikit,” kata mahasiswa itu.


Ameno : Tak pelik..dalam umno yang pandai memang sedikit.. kah3x

Testing

Korang faham tak apa itu testing?

Khamis, 25 Ogos 2011

Sambut merdeka raya dengan arak di negeri PAS KEDAH!

Nak tergelak aku tengok banner neh.

Dia ajak orang sambut merdeka
Dia ajak orang sambut raya
Dia ajak minum arak untuk raikan merdeka dan raya.

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Tapi banner neh takde larh lawak sangat sebagaimana lawak kata2 anak mahathir. Kata2 anak mahathir lagi lawak bhai daripada banner neh.. jap2 aku nak gelak dulu..

kah kah kah..

Oitt peruttt masuk balik dalam badan aku cepat.. oittt aku gelak tak habis lagi neh..

kah kah kah

Anak mahathir yang nama nya mukhriz tue pongpang2 pasal banner merdeka raya neh. Dia cakap ;

“Agak menghairankan bagaimana Kerajaan Pas Kedah boleh membenarkan kafe itu buat promosi sebegitu. “Promosi itu lebih kurang insiden The Star yang meletakkan gambar hidangan babi sebagai juadah berbuka puasa baru-baru ini,” <-- Dia cakap neh.

Aku cakap pula ;

1. Semua bangsa di malaysia bebas sambut raya.

2. Yang buat banner tue orang bukan islam

3. Yang punya cafe orang bukan islam

4. Yang nak sambut merdeka dan raya dengan arak ialah orang bukan islam

5. Cara mana dia nak sambut itu dia punya pasal.

6. Ini disebabkan kerajaan dah didik rakyat malaysia untuk saling sambut menyambut raya memasing. Dari kecik aku di didik untuk sambut tahun baru cina, krismas dan deepavali selain dari hari raya oleh umno dan kerajaan. Aku nak tipu apa? Aku cakap benda betul. Aku siap dapat angpow lagi ma. 

Aku mana tahu masa tue. Kejiranan aku bercampur gaul dengan pelbagai bangsa. Hidup kat kl memang macam tue. Bukan macam hidup kat perak. Di kl kawasan kejiranan pelbagai kaum tue lebih banyak berbanding di perak. So suasana tue aku dah terdedah sejak lahir.

Bila makin besar makin belajar dan makin faham baru aku tahu batasan aku sebagai umat islam. So napa pula sibuk nak pongpang2 marah bila dorang nak sambut raya? Insiden neh tak sama macam The star.The star mempromosikan juadah babi kepada orang islam. Yang banner di atas pula mempromosikan arak kepada mereka yang nak sambut merdeka dan raya pada hari tersebut kepada orang bukan islam.

Lagipun aku tak faham pasal apa si muhriz neh meroyan nak marah? Dia tak suka mehh tengok abang dia untung besar? Abang dia jual arak whorrr.. dia lupa mehh? 

kah kah kah

Nota : Ramai orang islam minum arak. Tegur itu dulu yer muhriz, err muhriz tak minum kan ? Heh.

Berita penuh disini

Ameno :Ketam tengah ajar aku main komputer dengan betul.. dasat giler ketam neh beb.. kah kah kah

Dakwah perlu hikmah yer Jamil Khir?

AMARAN KERAS : ARTIKEL INI MENGANDUNGI GAMBAR YANG SANGAT KERAS!

Jamil khir telah menegur dan menasihatkan azmil mustapha bahawa apabila berdakwah kita perlu laksanakan dengan hikmah. Nasihat itu aku suka. Tapi aku tidak suka kepada sang penasihat. Isi nasihat itu benar. Tapi tukang yang bagi nasihat lupa bahawa kerajaan sendiri tidak amal apa yang dia cakap. Sila lihat bawah neh ;

"Sepatutnya dakwah lebih daripada itu. Bukan untuk sakitkan hati orang tetapi dakwah untuk mengajak sebab dakwah berkaitan dengan hati. Bila soal hati, sekiranya hati disakiti macam mana ilmu dan ajakan ini hendak sampai,"

"Sepatutnya titah Tuanku Sultan Selangor perlu diambil perhatian yang berulang kali menyebut bahawa masjid mesti dihindarkan daripada semangat politik parti yang melampau.

"Mengeji orang lain dalam ceramah ataupun dalam penyampaian dakwah... ia sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi di bulan Ramadan," -MKINI-

CANTEK!

Dia pandai berkata-kata. Tapi adakah dia sedar bahawa kerajaan dia TIDAK mengamalkan apa yang dia katakan itu? Di mana jamilkhir bila ;

PAS SESAT LAGI MENYESATKAN? <-- Umno cakap. 

PEMIMPIN2 PAS DIGELAR DENGAN NAMA2 YANG BEGITU JIJIK <-- Blogger umno dan media umno termasuk dalam utusan

PAS PELAPOR AJARAN SYIAH DI BAWAH MAT SABU <-- Tuduhan rambang umno dalam artikel2 mereka di pelbagai media pro kerajaan.

PEMIMPIN PAS TERLIBAT DALAM AKTIVITI SKANDAL ZINA <-- Bloggers umno dan UMB punya jalan citer

SUPER IMPOSE GAMBAR2 PEMIMPIN PAS DALAM KEADAAN YANG MENJIJIKKAN <-- Bloggers umno

BERSIH DIFITNAH SEBAGAI PERTUBUHAN HARAM DAN CERAMAH ANTI BERSIH DI KHUTBAH JUMAAT SELAMA 2 MINGGU BERTURUT2. <-- Plan kerajaan

SEBAR VIDEO LUCAH YANG MEMBABITKAN DSAI <-- umno 

Di mana jamil khir ketika semua  di atas berlaku? Adakah dia sedang tidur? Atau sedang cari jalan mengharamkan product yang halal ? Ataupun sedang melindungi product berdna babi daripada didedahkan oleh paper?

Nak suruh orang berdakwah cara cantek tapi kumpulan sendiri berdakwah cara cantik ka? Ka berdakwah mesti babitkan masjid je? Setiap perbuatan kita ialah sepatutnya dicerminkan sebagai dakwah.Hidup dan nyawa kita ini sendiri pun dah merupakan satu dakwah.

Jamil khir, kata2 ko tak boleh dipakai. Aku siyes menyampah baca neh. Ko tak perlu sibuk dan masuk campur dalam urusan macam neh sebab ada banyak lagi urusan penting yang ko patut sibukkan berdasarkan jawatan ko tue.

Tapi kenapa ko hanya menyibuk buat komen bilamana isu politik kerajaan menjadi pertikaian disini? Adakah kerja ko ialah menjaga politik kerajaan bn? Adakah itu ialah jawatan ko? Adakah itu termasuk dalam portfolio yang ko perlu jaga jamil khir? Heyy.. bukan beb, bukan. Kerja ko di bawah neh. Tengok betul2.




Ini lah kerja ko jamil khir. Inilah sebenarnya kerja ko. Inilah bidang kerja ko. Memekaklah atas isu yang relevant jamil khir. Bangunlah selamatkanlah akidah umat islam. Aku taknak dengar ko meroyan atas isu politik. Isu politik dah ramai orang meroyan. Isu politik biarkan sahaja ahli2 politik dalam kerajaan ko tue meroyan. Ko, sebagai orang yang bertanggungjawab atas isu agama dan akidah umat islam, kena faham dan kaji betul2 apa tugas ko. 

Tugas ko ialah di atas neh. Bila ko nak amek tindakan terhadap artis islam yang terang2 menghina ajaran islam neh? Bila ko nak faham bahawa perbuatan dorang neh salah? Bila ko nak tegur dan ubah benda2 macam neh? Bila ko nak faham bahawa perkara neh lah yang haram dan bukan nya bersih?

Ke nak aku ajar satu persatu apa yang perlu ko buat? Calling2 aku please. Aku boleh bagi nasihat secara percuma. Akidah umat islam adalah masalah ko dan aku. Nak minta bayar pun aku rasa segan kat Allah swt. Heh.


Ameno : Ini artis perempuan MELAYU tidak berapa faham apa itu ISLAM tapi yet bawa nama ISLAM ke sana ke mari.

Ikut gereja untuk hidup lalu murtad.

Lihat kenyataan bawah neh ;


Aku taktahu nak cakap apa pasal aku tak kenal individu yang murtad tue. Susah nak menilai kenapa dan macam mana dia boleh memilih untuk murtad selepas di bantu gereja. Adakah dia murtad akibat sering mengikuti lagu2 keagamaan? Motif kenapa orang islam perlu diperdengarkan lagu2 keagamaan kristian selepas di bantu pun aku tak faham.

Susah juga nak menuduh yang bukan2 ataupun menyalahkan sapa2 dalam pihak neh. Amek contoh iklan tv. Kalau hari2 di jaja iklan sama, tak mustahil lama kelamaan kita akan terpengaruh dengan pujukan iklan terbabit untuk membeli ataupun terlibat dalam product yang ditawarkan.

Tapi bagi mereka yang dah tahu rentak of course boleh nampak permainan manipulasi iklan di kaca tv. Bagaimana pula bagi mereka yang tidak berilmu dan mempunyai akidah yang lemah? Sudah sampai masa nya kita meminta agar sampaikanlah bantuan dengan ikhlas. Tak perlu membawa dan melibatkan mereka neh dalam aktiviti keagamaan. Bagi kamu agama kamu. Wajib aku menghormati. Bagi aku, itu agama ku. Wajib pula bagi kamu untuk memahami.

Dalam masa yang sama baitulmal dan segala bagai peruntukkan orang islam kena open. Jangan duduk dalam office dan pongpang2 pasal kutipan zakat pada tahun neh tidak mencapai sasaran dan blablablabla. Ko ada kemampuan dan memang dibayar untuk mencari orang susah, maka ko buatlah kerja ko.

Apa pasal pula ko nak kami as rakyat call office ko dan mengadu segala bagai 

Hey disini ada orang susah, sila turun bantu boleh tak?

Dah tue sapa yang kena bayar gaji untuk cari orang susah? Aku ka ko? Dah kalau ko, apsal aku pula yang kena buat kerja ko? Saling bantu membantu? Sampai bila ko nak harap rakyat untuk salurkan maklumat untuk ko macam ko tue orang yang tidak sempurna anggota? Orang yang tidak sempurna anggota pun 1000% lagi bagus sebab pandai berdikari dan usaha tapi apsal orang2 yang berkerja kat pusat zakat dan baitulmal MALAS sangat?

KENAPA MALAS sangat cari orang susah?

Adakah ko fikir semua orang susah hafal no telefon ko dalam kepala hotak dorang?
Adakah ko fikir semua orang susah, tahu2 je dah susah?
Adakah ko fikir semua orang susah faham dan sedar mereka layak di bantu?
Adakah ko fikir semua orang susah itu ada kemampuan nak pergi kepada ko?

Kes2 murtad neh bagi aku ialah adalah masalah akidah. Tak kira ujian apa Allah swt bagi, kalau kuat akidah ko maka kuatlah ko. Perkara lain seperti bantuan gereja dan tidak mendapat bantuan baitulmal ialah faktor sampingan yang memudahkan jalan ke arah murtad. Akhirnya kesalahan tetap akan terletak pada diri sendiri. Kenapa, mengapa dan macam mana ko tegar memilih untuk murtad hanya ko je yang lebih tahu. Tapi bagi alasan disebabkan ko susah, maka ko murtad, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. 

Nabi saw dan para sahabat pun bukan orang kaya beb. Bukan. 

Ameno : Akidah jualbeli. 

Rabu, 24 Ogos 2011

[Video Inside] MP PAS Che Rosli balon PAS dan ANTI-LYNAS di TV3. - Update

Baru sebentar tadi di tv3 Ahli Parlimen Pas, Yb che rosli muncul di tv3 melalui rancangan buletin utama. Korang nak tahu pasai pa yb neh muncul di buletin utama? Dia sokong pembinaan kilang LYNAS. Dan dia juga bagitau bahawa kilang neh selamat. Dia bagitau semua tue berasaskan atas pandangan dan pemerhatian dia sebagai seorang ahli sainstis. Point dia yang aku ingat ;

1. Lynas di salah ertikan sebagai loji nuklear padahal lynas hanyalah sebuah kilang yang memproses nadir bumi.

2. Isu lynas pada awalnya di bawa oleh PKR.

3. Yb cuba memberikan pandangan nya sebelum neh tetapi di halang oleh bahagian penerangan pas dalam bentuk amaran.

4. Yb juga disuruh tutup mulut oleh PAS [bahagian penerangan].

5. Namun Yb rasa tidak adil apabila yang lain boleh terus menerus memberikan komen [kritikan] terhadap LYNAS melalui sedangkan dia pula disuruh tutup mulut.

6. Yb menegaskan bahawa kilang neh selamat.

7. Yb juga memberitahu kilang neh selamat selagi dipatuhi prosuder yang sepatutnya selain dipantau oleh pihak2 tertentu.

8. Yb terlibat dalam proses pembinaan kilang neh ataupun sekurang2nya telah memantau aktiviti kilang neh sebab tue dia cakap kilang neh selamat berdasarkan kepada teknologi yang digunakan serta tahap kualiti keselamatan nya.

9. Yb tak kisah andai lepas neh dia di ambil tindakan di atas kelantangan nya mengemukakan hujah menggunakan tv3.

Selain MP PAS, ada lagi sorang yang aku tak ingat nama dia. Dia pun mempertahankan kilang LYNAS. Dia cakap LYNAS beroperasi di malaysia di atas faktor kos yang lebih rendah [yer tak perlu cukai selama 12 tahun] berbanding kos di australia yang jauh lebih mahal. Dan dia juga menyatakan bahawa kilang LYNAS neh selamat. Pihak tertentu telah memanipulasikan isu neh atas kepentingan tertentu.

Bagi aku ;

- Kita kena dengar pandangan dari kesemua pihak sebelum pongpang2 salahkan sapa2.

- PAS kena belajar bersikap terbuka menerima kritikan. Nampaknya PAS tidak seadil yang disebut. Aku kecewa. PAS anda loser. Hanya loser je tak boleh terima kritikan dan perbezaan pendapat. Iaitu anda. Heh.

- Harakah kena belajar buka pintu. Bukan kat orang lain. Tapi pada ahli2 parti sendiri. Biasalah separti tak semesti seakal. Ilmu lain2 ma. Pengalaman pun lain2. Macam mana pula pendapat mesti sama ?

- Pembinaan kilang Lynas aku tetap tentang. Aku tak menentang dia sebab dia LYNAS. Aku menentang ia kerana UMNO. Apa sahaja benda yang ada campurtangan umno wajar ditolak kerana mereka berkiblatkan wang dan kuasa, bukan nya rakyat.

Kemaskini.





Video dari buletin utama tadi leh tengok sini ;


Kalau takley, klik sini.




Dan ada orang cakap otak aku sempit gila menentang LYNAS sebab umno.. sebenarnya otak aku luas. Disebabkan otak aku luas larh aku menentang LYNAS. Macam mana nak pertaruhkan masa depan dan nyawa anak2 kuantan di bawah parti perasuah? Boleh mehh?


Kalau hari neh dia boleh menerima rasuah dan izin bina LYNAS tanpa pengawasan teliti, maka tak mustahil suatu hari nanti jika apa2 berlaku dia akan gunakan duit untuk tutup kes. Lagi satu, disebabkan duit, pemantauan dan pengawasan akan menjadi tidak tegas. 


Jika ia benar2 dipantau dan di awasi dengan ketat sehingga jaminan 100% bebas rasuah, bebas penyelewengan dan bebas penipuan, rasanya semua orang boleh terima. Tunggu gak kerajaan dedah butiran perjanjian neh. Kalau berani dedah, nak takut apa? Dalam bab nyawa2 neh no rahsia2. OSA ka apa ka tue seme no kira. Kalau sungguh telus dan selamat dedah seme. Boleh?


kah kah kah


Nota : Ayat yang aku gunakan tidak semestinya digunakan oleh YB che rosli dalam tv3 tadi. Aku cuba menulis balik sedekat yang mungkin bagi menyampaikan maksud yang dinyatakan oleh yb di tv3 tadi.

Ameno : Patut gunakan malaysiakini or malaysia insider takpun blog hentam harakah yang pilihkasih dalam isu LYNAS neh.. tindakan berani mati che rosli tadi memang betul2 berani. Taktahu nak salute ka nak marah ka..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...