Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 24 Ogos 2011

[Video Inside] MP PAS Che Rosli balon PAS dan ANTI-LYNAS di TV3. - Update

Baru sebentar tadi di tv3 Ahli Parlimen Pas, Yb che rosli muncul di tv3 melalui rancangan buletin utama. Korang nak tahu pasai pa yb neh muncul di buletin utama? Dia sokong pembinaan kilang LYNAS. Dan dia juga bagitau bahawa kilang neh selamat. Dia bagitau semua tue berasaskan atas pandangan dan pemerhatian dia sebagai seorang ahli sainstis. Point dia yang aku ingat ;

1. Lynas di salah ertikan sebagai loji nuklear padahal lynas hanyalah sebuah kilang yang memproses nadir bumi.

2. Isu lynas pada awalnya di bawa oleh PKR.

3. Yb cuba memberikan pandangan nya sebelum neh tetapi di halang oleh bahagian penerangan pas dalam bentuk amaran.

4. Yb juga disuruh tutup mulut oleh PAS [bahagian penerangan].

5. Namun Yb rasa tidak adil apabila yang lain boleh terus menerus memberikan komen [kritikan] terhadap LYNAS melalui sedangkan dia pula disuruh tutup mulut.

6. Yb menegaskan bahawa kilang neh selamat.

7. Yb juga memberitahu kilang neh selamat selagi dipatuhi prosuder yang sepatutnya selain dipantau oleh pihak2 tertentu.

8. Yb terlibat dalam proses pembinaan kilang neh ataupun sekurang2nya telah memantau aktiviti kilang neh sebab tue dia cakap kilang neh selamat berdasarkan kepada teknologi yang digunakan serta tahap kualiti keselamatan nya.

9. Yb tak kisah andai lepas neh dia di ambil tindakan di atas kelantangan nya mengemukakan hujah menggunakan tv3.

Selain MP PAS, ada lagi sorang yang aku tak ingat nama dia. Dia pun mempertahankan kilang LYNAS. Dia cakap LYNAS beroperasi di malaysia di atas faktor kos yang lebih rendah [yer tak perlu cukai selama 12 tahun] berbanding kos di australia yang jauh lebih mahal. Dan dia juga menyatakan bahawa kilang LYNAS neh selamat. Pihak tertentu telah memanipulasikan isu neh atas kepentingan tertentu.

Bagi aku ;

- Kita kena dengar pandangan dari kesemua pihak sebelum pongpang2 salahkan sapa2.

- PAS kena belajar bersikap terbuka menerima kritikan. Nampaknya PAS tidak seadil yang disebut. Aku kecewa. PAS anda loser. Hanya loser je tak boleh terima kritikan dan perbezaan pendapat. Iaitu anda. Heh.

- Harakah kena belajar buka pintu. Bukan kat orang lain. Tapi pada ahli2 parti sendiri. Biasalah separti tak semesti seakal. Ilmu lain2 ma. Pengalaman pun lain2. Macam mana pula pendapat mesti sama ?

- Pembinaan kilang Lynas aku tetap tentang. Aku tak menentang dia sebab dia LYNAS. Aku menentang ia kerana UMNO. Apa sahaja benda yang ada campurtangan umno wajar ditolak kerana mereka berkiblatkan wang dan kuasa, bukan nya rakyat.

Kemaskini.





Video dari buletin utama tadi leh tengok sini ;


Kalau takley, klik sini.




Dan ada orang cakap otak aku sempit gila menentang LYNAS sebab umno.. sebenarnya otak aku luas. Disebabkan otak aku luas larh aku menentang LYNAS. Macam mana nak pertaruhkan masa depan dan nyawa anak2 kuantan di bawah parti perasuah? Boleh mehh?


Kalau hari neh dia boleh menerima rasuah dan izin bina LYNAS tanpa pengawasan teliti, maka tak mustahil suatu hari nanti jika apa2 berlaku dia akan gunakan duit untuk tutup kes. Lagi satu, disebabkan duit, pemantauan dan pengawasan akan menjadi tidak tegas. 


Jika ia benar2 dipantau dan di awasi dengan ketat sehingga jaminan 100% bebas rasuah, bebas penyelewengan dan bebas penipuan, rasanya semua orang boleh terima. Tunggu gak kerajaan dedah butiran perjanjian neh. Kalau berani dedah, nak takut apa? Dalam bab nyawa2 neh no rahsia2. OSA ka apa ka tue seme no kira. Kalau sungguh telus dan selamat dedah seme. Boleh?


kah kah kah


Nota : Ayat yang aku gunakan tidak semestinya digunakan oleh YB che rosli dalam tv3 tadi. Aku cuba menulis balik sedekat yang mungkin bagi menyampaikan maksud yang dinyatakan oleh yb di tv3 tadi.

Ameno : Patut gunakan malaysiakini or malaysia insider takpun blog hentam harakah yang pilihkasih dalam isu LYNAS neh.. tindakan berani mati che rosli tadi memang betul2 berani. Taktahu nak salute ka nak marah ka..

Share this

0 Comment to " [Video Inside] MP PAS Che Rosli balon PAS dan ANTI-LYNAS di TV3. - Update "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...