Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 25 Ogos 2011

Ikut gereja untuk hidup lalu murtad.

Lihat kenyataan bawah neh ;


Aku taktahu nak cakap apa pasal aku tak kenal individu yang murtad tue. Susah nak menilai kenapa dan macam mana dia boleh memilih untuk murtad selepas di bantu gereja. Adakah dia murtad akibat sering mengikuti lagu2 keagamaan? Motif kenapa orang islam perlu diperdengarkan lagu2 keagamaan kristian selepas di bantu pun aku tak faham.

Susah juga nak menuduh yang bukan2 ataupun menyalahkan sapa2 dalam pihak neh. Amek contoh iklan tv. Kalau hari2 di jaja iklan sama, tak mustahil lama kelamaan kita akan terpengaruh dengan pujukan iklan terbabit untuk membeli ataupun terlibat dalam product yang ditawarkan.

Tapi bagi mereka yang dah tahu rentak of course boleh nampak permainan manipulasi iklan di kaca tv. Bagaimana pula bagi mereka yang tidak berilmu dan mempunyai akidah yang lemah? Sudah sampai masa nya kita meminta agar sampaikanlah bantuan dengan ikhlas. Tak perlu membawa dan melibatkan mereka neh dalam aktiviti keagamaan. Bagi kamu agama kamu. Wajib aku menghormati. Bagi aku, itu agama ku. Wajib pula bagi kamu untuk memahami.

Dalam masa yang sama baitulmal dan segala bagai peruntukkan orang islam kena open. Jangan duduk dalam office dan pongpang2 pasal kutipan zakat pada tahun neh tidak mencapai sasaran dan blablablabla. Ko ada kemampuan dan memang dibayar untuk mencari orang susah, maka ko buatlah kerja ko.

Apa pasal pula ko nak kami as rakyat call office ko dan mengadu segala bagai 

Hey disini ada orang susah, sila turun bantu boleh tak?

Dah tue sapa yang kena bayar gaji untuk cari orang susah? Aku ka ko? Dah kalau ko, apsal aku pula yang kena buat kerja ko? Saling bantu membantu? Sampai bila ko nak harap rakyat untuk salurkan maklumat untuk ko macam ko tue orang yang tidak sempurna anggota? Orang yang tidak sempurna anggota pun 1000% lagi bagus sebab pandai berdikari dan usaha tapi apsal orang2 yang berkerja kat pusat zakat dan baitulmal MALAS sangat?

KENAPA MALAS sangat cari orang susah?

Adakah ko fikir semua orang susah hafal no telefon ko dalam kepala hotak dorang?
Adakah ko fikir semua orang susah, tahu2 je dah susah?
Adakah ko fikir semua orang susah faham dan sedar mereka layak di bantu?
Adakah ko fikir semua orang susah itu ada kemampuan nak pergi kepada ko?

Kes2 murtad neh bagi aku ialah adalah masalah akidah. Tak kira ujian apa Allah swt bagi, kalau kuat akidah ko maka kuatlah ko. Perkara lain seperti bantuan gereja dan tidak mendapat bantuan baitulmal ialah faktor sampingan yang memudahkan jalan ke arah murtad. Akhirnya kesalahan tetap akan terletak pada diri sendiri. Kenapa, mengapa dan macam mana ko tegar memilih untuk murtad hanya ko je yang lebih tahu. Tapi bagi alasan disebabkan ko susah, maka ko murtad, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. 

Nabi saw dan para sahabat pun bukan orang kaya beb. Bukan. 

Ameno : Akidah jualbeli. 

Share this

2 Responses to " Ikut gereja untuk hidup lalu murtad. "

  1. Kalau ada pihak gereja nk bagi aku better life. Aku sanggup join. Benci aku dengan melayu dan muslim ni. Teruk dan berlindung hanya pada agama. Muslim celup. Islam utk org baik.

    lelaki.ini.perasan@gmail.com

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...