Cukai warisan?
Apa tue?
Hahahahahahahaha..
Aku baru tahu di malaysia kita rupanya ada cukai seperti neh. Aneh. Aku tengok tv3 hari2. Tapi aku tak pernah dengar tv3 cakap pasal neh. Apa yang aku selalu dengar malahan hampir setiap hari di tv3 ialah bn orang baik, selain bn semua orang pun jahat. Dan itu, termasuk aku. Aku orang jahat dan aku tak pernah rasa malu mengaku aku sebagai orang jahat. Heh.
Sebenarnya, Ali Rustam lah yang memperkenalkan cukai baru yang diberikan nama caj warisan. Caj warisan neh hanya ada di melaka buat masakini. Ya. Buat masakini. Caj warisan neh akan dikenakan sebanyak 5% kepada pengusaha hotel, chalet dan penginap desa [homestay popular].
Caj neh sebenarnya telah berkuatkuasa pada 1 september 2011 yang lepas. Caj neh tidak akan membebankan sesiapa. Itu lah yang diberitahu oleh Ali Rustam. Baca bawah neh ;
Keputusan Kerajaan Negeri mengenakan caj warisan lima peratus terhadap pengusaha hotel, chalet dan inap desa di Melaka berkuat kuasa 1 September lalu tidak memberi sebarang masalah kepada pengusaha.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, beliau yakin langkah berkenaan tidak akan memberi masalah memandangkan sektor pelancongan dan perhotelan di negeri ini berada pada tahap cukup baik -fb sinar-
Aku bukan duduk di melaka. Aku tak nampak benda neh akan menjejaskan aku sekarang. Tapi kalau aku akan bertandang ke melaka aku fikir benda neh akan jadi isu pada aku. Sebab benda neh melibatkan sektor pelancongan. Aku tak pasti macam mana pengusaha akan deal dengan cukai neh.
Adakah dorang akan redha dan rasa seronok membayar cukai caj warisan selepas membayar lain2 cukai? Ataupun adakah dorang akan alihkan beban cukai caj warisan kepada pengguna / penginap hotel dan etc? Kena ingat bukan semua yang menginap di hotel dan etc ialah pelancong. Andai pengusaha alihkan beban cukai kepada pengguna macam mana pula? Mungkin baru2 mereka rasa tak perlu tapi lama kelamaan perkara neh tak mustahil.
Aku pun tak faham rasionalnya caj warisan 5% neh. Aku malas nak ulas bab yang aku tak mahir. Tapi kemon larh.. caj warisan? Perlu ke? Pengusaha dah dikenakan cukai sebelum neh. Kali neh ditambah cukai baru. Korang rasa depa akan duduk diam dan rasa redha ka? Mungkin depa akan naikkan kadar sewa. Kita tatau. Aku rasa pengusaha hotel dah untung banyak tapi biasalah depa mana cukup dengan untung banyak. Apa yang depa impikan ialah untung unlimited.
So, sehingga mencapai sasaran itu, nak taknak penguna akhirlah yang jadi mangsa. Apa yang ada di malaysia neh tidak melindungi penguna. Mereka cuma melindungi peniaga dan orang kaya. Malang, rakyat lebih banyak yang kurang kaya berbanding yang kaya. Dan lebih malang, undang2 melindungi yang minoriti berbanding majoriti. Heh
Ameno : Ali rustam better prepare dengan backup plan akibat tindakan peniaga tamak dan peniaga yang terjejas.