Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 22 September 2015

Pakatan Rakyat Bubar, Pakatan Harapan Lahir - Terima Kasih Keluarkan Perkataan 'Rakyat'.


Apa yang paling seronok dalam penubuhan Pakatan Harapan (selepas neh akan dikenali sebagai HARAPAN ataupun PH) ialah mereka secara sedar dirinya membuang perkataan rakyat dari nama perikatan mereka.

Bagi rakyat seperti aku tindakan itu perlu kerana pembangkang memang bukan perjuangkan rakyat pun. Terima kasih kerana tidak babitkan rakyat dari segi 'nama/label' dalam political millage korang selepas neh. Kita sama kita tahu kat posisi mana pembangkang Malaysia berdiri. Rakyat selamanya bersendiri. Kita takde tempat paut yang sahih pun. Apa yang ada di hadapan rakyat hanyalah kesempatan, manipulasi, peluang dan salah guna. Rakyat memang selamanya bersendiri.

Hari ini pembangkang memasuki dimensi baru.

- Mereka secara rasminya akui PR terbubar.

- Dengan penubuhan HARAPAN.

- HARAPAN dianggotai oleh ;

1. PKR
2. DAP
3. AMANAH

4. HARAPAN membuka ruang penyertaan kepada parti2 lain untuk menyertai perikatan mereka.

5. Anwar ialah PM pilihan mereka jika PH menangi PRU ke 14 kelak.

Ketika ini, PAS belum memberikan kata rasmi muktamad tentang pendirian mereka mengenai penubuhan HARAPAN.

Apa PR di Selangor?
PR sudah tiada.
Jadi apa itu di Selangor?

Jangan tanya aku. Aku sendiri pun tidak tahu. Kita tunggu kenyataan rasmi pembangkang dalam episode Selangor.

Apa2 pun aku harap selepas dengan penubuhan HARAPAN, pembangkang Malaysia akan perkemaskan lagi methode perjuangan mereka.

Aku mencari kelainan.

Aku taknak pembangkang nama baru tetapi cara mereka membangkang, masih menggunakan kaedah lama.

Aku taknak pembangkang yang suka ponteng sidang dan ada pengikut yang taksub.
Aku taknak pembangkang buat kerja cincai boncai atau buat pendedahan separuh masak.
Dan aku taknak pembangkang jual agama.

Banyak juga di kalangan kawan2 aku bertanya. Tentang pandangan aku mengenai AMANAH. Aku hold pendirian aku tentang AMANAH kerana aku nak melihat terlebih dahulu apa itu mereka dan bagaimana hala tuju mereka.

Dari segi kenalan, jujur aku katakan. Di antara mereka ialah dedikasi. Mereka ada aura mahu perubahan.

Tetapi dari segi parti, aku nampak AMANAH ialah nama baru bagi PAS.

PAS, tanpa hudud.

Dan diri aku ialah seseorang yang tak suka agama dijadikan catur dalam politik. Bukannya salah menjadikan agama sebagai bahan rujukan supaya keputusan politik kita menepati kehendak Islam. Kita kata Islam adil. Jadi bila keputusan politik kita menepati apa yang ISLAM sarankan, maka ianya bermaksud adil.

Akan tetapi ianya menjadi celaru jika kita menggunakan ISLAM bagi memperlihatkan perjuangan parti kita itu suci dan rahmat (pinjam kata-kata Mat Sabu).

Aku tak boleh terima doktrinisasi seperti ini. Aku takan bagi peluang pada parti politik memperbodohkan dan memperjumudkan minda aku. Mereka ada pengikut untuk itu.

Apa2 pun, aku ucapkan selamat berjaya kepada PAKATAN HARAPAN.

Serangan pertama aku ialah ;


Salah satu faktor yang menjadikan wajar ahli parlimen dinaikkan elaun ialah dengan lebihan tersebut mereka boleh membantu rakyat. Point ini diucapkan oleh lidah MP kerajaan dan pembangkang.

Dan aku mendapat tahu, setiap parti utama (AMANAH terkecuali kerana aku tidak tahu) seperti PAS, PKR dan DAP perlu infaq pendapatan bulanan MP kepada parti. Peratusan infaq itu aku kurang pasti (sebenarnya aku malas nak elobrate, hehe).

Tetapi moga2 infaq korang ke atas parti itu boleh la parti gunakan untuk bantu rakyat, tak gitu ke?

Hehe.

Oleh kerana dah alang2 korang mendapat 'rezeki terpijak' pada bulan ini, aku cadangkan ahli2 parlimen bersiap sedia dengan jadual parlimen pada sesi mendatang.

Jangan ponteng, lagi. 

Jangan bagi alasan jadual korang clash, lagi.

Sekalipun korang semua boleh cakap besar bahawa itu wang gaji korang dan korang berhak ke atasnya (berhak ke? Bos = rakyat yang naikkan gaji korang tak diberikan hak untuk undi di parlimen pun, korang undi kenaikan gaji korang sendiri lagi la ada kan?) tetapi bukan la bermaksud rakyat takde hak nak amek duit tue dari poket korang.

Rakyat boleh amek melalui dua cara.

Pertama. Tidak undi kau lagi.
Kedua. Terus amek dari kocek korang. Sebab korang gunakan rakyat sebagai alasan kenaikan gaji, remember?

Jadi pandai2 la hidup sebagai pembangkang lepas neh. Jadi la MP yang layak terima kenaikan elaun kerana melaksanakan tanggungjawab. Jangan makan gaji buta.

Kbai.

Isnin, 21 September 2015

Anak Panda - Malaysia Kena Bayar US 600,000 Kepada China.


600k US dollar tau.

Bayaran sewaan itu merujuk kepada nilai seekor anak panda semata-mata. Kalau dua ekor, tiga ekor, empat ekor lain kira.

Bagaimana dengan kos makan?
Kos penjagaan?
Kos kesihatan?

Itu pun citer lain gak. 

Almaklumla. Kita petik duit dari pokok. Mana la heran bab jimat cermat neh kan.

Kah Kah Kah

Laporan oleh THE SUN.
Malaysia has to pay US$600,000 to China for each panda cub that is born here after 12 months and return the cub to China when it is two years old, Natural Resources and Environment Minister Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar said.
This is stated in the Malaysia-China Giant Panda International Conservation Agreement programme, in which two giant pandas, Fu Wa (Xing Xing) and Feng Yi (Liang Liang), were loaned to Malaysia for 10 years, he told a press conference at the Giant Panda Conservation Centre here at Zoo Negara after making an official visit to the zoo.
"No, the pandas do not belong to Malaysia, even if it was born in Malaysia.
"We have to return the panda cub to Chengdu, China, after two years. We also have to give a gift for the birth of the panda, that is pay US$600,000 for each panda cub that is born here," he added.
"Even to name the panda cub, we need China's approval as per the agreement," Wan Junaidi said, adding that the ministry will organise a naming contest for the cub like the one held to name its parents.

Katanya ;

1. Malaysia kena pulangkan semula setiap anak2 panda yang dilahirkan di negara neh. Memang itu ada disebut dalam perjanjian.

2. Dan ianya perlu dipulangkan selepas 2 tahun.

3. Dan ketika nak memulangkan, kena sediakan hadiah.

4. Hadiah itu ialah wang US600,000.

5. Nak bagi nama anak PANDA pun kena tunggu kelulusan CHINA.

Lepas dua tahun kalau ringgit mengukuh, mata wang dollar jatuh takpe la. Kalau lepas dua tahun ringgit semakin jatuh, meroyan gak nak bayar US600K tu. Tahun 2014, 600k US tue persamaan 2 juta ringgit kita. Now berapa? 

2.5 juta beb. 

Nasib China kata bayar lepas 2 tahun. Ada la harapan nak naikkan balik ringgit kita.

Dalam bisnes neh, CHINA memang bijak dan yang bahlolnya kerajaan kau neh. Dah tahu takde duit, sesak sana sesak sini sampai kena potong macam2 peruntukan tetapi sanggup pula dok menyara dua ekor panda.

Kos makan je cecah puluhan ribu sebulan.

Masa nak ubahsuai zoo negara bagi menempatkan panda, Malaysia memperuntukkan 25 juta ringgit. Rujuk Awani.

Setahun 1.5 juta dah buta2 'letgo' untuk sara 2 ekor panda. Itu 2 ekor aje tau. Tak masuk yang baru lahir tue. Kiraan dah jadi lain.

So fikir la. Di zaman negara kita bising potong subsidi sana sini apa bagai tak ke macam setan perangai dorang bila sanggup bela panda 2 ekor tue? Bukan benci pada panda tapi benci pada pemimpin negara yang buat keputusan tanpa memahami risikonya kepada rakyat.

Dah kaya, berkemampuan apa semua takpe juga buta2 nak buang duit untuk jaga panda. Tapi rakyat menanggung impak dari tindakan di atas. Macam-macam impak. Pemahsuhan subsidi minyak paling ketara, di ikuti dengan pelaksanaan GST dan kenaikan kos sara hidup. Bagi sektor awam, peruntukan dipotong dan kini mereka bergerak dengan bajet yang terhad.

Memang tak boleh blah bapak angkat si panda neh. Menyusahkan rakyat je dia pandai. 

Huhu.

Kbai.

Wartawan TMI Dipecat Kerana Kritik Lim Guan Eng.

Kisah yang viral di kalangan facebooker geng2 cina ketika ini. 

Baca ;


Penyebaran di atas bersumberkan dari individu bernama Leng Teck Chiang. Ini yang dia update menerusi facebooknya ;

I am a friend of Dalbinder Singh. He had been unfairly victimized. 

Dalbinder received this termination message from MI for following his conscience. It seem that Tokong is untouchable. What will the NUJ and other journalists do about it. Fight for Dalbinder rights or sleep on it?
 
THE MESSAGE:

Dear Dalbinder,

This is to inform you that we will no longer require your services as a contributor for The Malaysian Insider with immediate effect. Your actions have tarnished our reputation. You have also failed to follow instructions for some of your assignments.

There is a conflict of interest in your coverage of the rabies scare in Penang as you are actively involved in the protest by the NGOs. As a reporter you need to remain impartial so you can report on the news objectively.

I would like to thank you for your contributions to The Malaysian Insider in the past few months and wish you all the best in your future endeavours.

With this termination of your services as a contributor, you must cease presenting yourself as a representative of The Malaysian Insider. Please submit any outstanding payment claims for your stories to Shafrina and Amri, with a copy to me.

Thank you.

Kononnya ;

1. Wartawan TMI kena pecat sebab lapor pembunuhan anjing2 yang dijangkiti wabak.

2. Tak dapat dinafikan berita berkenaan agak panas di kalangan masyarakat non muslim terutamanya babitkan NGOs yang sayangkan haiwan apa semua neh.

3. Aku ada baca hujah mereka beberapa hari lepas. Point mereka ialah setiap binatang yang dijangkiti wabak rabies itu ada jalan untuk dipulihkan melalui suntikan vaksin. Tak perlu dibunuh pun. 

4. Aku tak pasti kenapa LGE pilih bunuh berbanding vaksin, tetapi mungkin kos bunuh lebih murah dari vaksin? Itu kena tanya Penang sendiri la.

5. Dan laporan mengenai pembunuhan2 itu meluas dengan gambar apa semua depa sebar. Huhu. Memang nampak keputusan LGE macam kejam kalau tengok pada gambar2 tue.

6. Antara yang melaporkan ialah wartawan dari TMI. Dan telah pun dipecat atas alasan mencampur-adukan perjuangan/pendirian peribadi dalam laporan berita.

7. Tetapi bagi penyokong pihak yang dipecat, kata mereka ialah TMI pro LGE. Kerana itulah wartawan tersebut dipecat.

Hmmm..

Tatau nak cakap. Tapi aku banyak perasan TMI suka putarbelitkan statement PAS. Ada kaitan ke semua neh? 

Huhu.

Lue fikirlah sendiri.

Kbai. 

Ahad, 20 September 2015

Gambar2 Persandingan Mewah Anak Lelaki Zahid Hamidi Di Indonesia - Siapa Tanggung?

Cantik.

Pasangan pengantin sama cantik, sama padan.

Baju pengantin cantik.
Pelamin cantik.
Hiasan cantik.
Susunan cantik.
Warna warni cantik.
Hantaran cantik.
Senang cakap semua cantik-cantik belaka la.

Layan gambar2 sat kat bawah neh ;








Kalau diperhatikan sebahagian dari gambar2 perkahwinan di atas, ada yang diambil sebelum upacara majlis persandingan bermula lagi. 

Tue yang nampak kosong je.

Persandingan neh diadakan di Hotel Ritz Carlton, Jakarta. Ini kerana anak Zahid Hamidi berkahwin dengan orang Indonesia.

Benda neh kecoh sikit sebab baru2 neh Utusan updated ;


Rujukan :  http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ahmad-zahid-tiba-di-indonesia-untuk-lawatan-kerja-empat-hari-1.137523

Dan FMT pula melaporkan ;

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diminta menjelaskan mengenai kunjungan empat harinya ke Indonesia yang dikatakan dibuat pada tarikh yang sama persandingan anak lelakinya.
Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, ia menjadi tanda tanya kerana pada masa yang sama beliau telah mengadakan lawatan rasmi ke republik itu.
Selain pertembungan tarikh, Shahbudin turut membangkitkan mengenai tetamu negara ini yang bertandang ke majlis itu.
“Adakah ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, termasuk penggunaan jet rasmi atau separuh daripadanya dibiayai wang pembayar cukai manakala separuh lagi melalui wang poketnya sendiri memandangkan majlis perkahwinan anak lelakinya itu merupakan acara peribadi keluarganya?
“Begitu juga dengan pegawai, kakitangan kementerian, rakan-rakan dan kaum keluarganya yang turut ikut serta, apakah segala-galanya “ditanggung beres” oleh kerajaan atau atas tanggungan masing-masing?,”tulisnya di shahbudindotcom.
Katanya, penjelasan daripada beliau akan dapat mengelakkan fitnah dan salah faham, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang.
Gambar perkahwinan anak Zahid yang berlangsung pada Sabtu malam, iaitu hari kedua lawatannya disebar sebaik ia diadakan tersebut di Hotel Ritz Carlton, Jakarta.

--------

1. Aku tak la nak menuduh2 Zahid kahwinkan anak dia menggunakan duit rakyat. Benda takde bukti kot.

2. Tetapi memang point di atas wajar dipersoalkan.

3. Adakah jadual kerja Zahid Hamidi sengaja disusun agar bertembung dengan tarikh persandingan anaknya?

4. So kat situ boleh la sambil menyelam sambil minum air?

5. Nak uruskan majlis persandingan anak uruskan aje la. Nak amek cuti ke apa ke.

6. Tetapi jika dengan sengaja menyusun jadual agar lawatan kerja boleh dijadikan topeng untuk mengangkut tetamu Malaysia ke sana menggunakan kemudahan dan keistimewaan yang terdapat pada seorang TIMBALAN PERDANA MENTERI, adakah ini telah diwajarkan di negara kita?

Ada baiknya MP-MP pembangkang soal kerajaan.

- Perbelanjaan lawatan kerja Zahid ke Indonesia.

- Semak jadual lawatan kerja.

- Kepentingan lawatan bekerja berkenaan terhadap rakyat.

- Berapa individu yang mengikuti lawatan kerja tersebut dan jawatan mereka di dalam kerajaan serta kepentingan mereka mengikuti rombongan berkenaan.

- Siapa yang kos penginapan.

- Zahid menaiki apa dan berapa kos yang dikeluarkan secara keseluruhan.

Minta MP2 pembangkang kita gegar sikit isu neh. Tolong ek.

Kbai. 

Menteri Henti Tajaan Pelajar Ke TAYLORS.

Kisahnya begini.

1. Pada 16 September 2015 yang lepas, kumpulan pro UMNO mengadakan satu perhimpunan di Padang Merbuk.

2. Perhimpunan tersebut adalah untuk mempertahankan maruah orang melayu dan mahu memberikan mesej kepada DAP bahawa melayu pantang dicabar jadi DAP jangan la sibuk sangat nak mencabar2 kedaulatan dan ketuanan melayu di negara ini. Itu objektif kumpulan MERAH la kan (walaupun kelakar + merepek).

3. Perhimpunan tersebut ialah perhimpunan berbaur racist apabila cina dihalau, dimaki babi & bangsat even terhadap wartawan yang bertugas sekalipun, digelar pendatang dan seakan sewaktu dengannya.

4. Disebabkan itu ia mendapat kritikan dan kecaman pelbagai pihak.

5. Ketika hari perhimpunan, kelihatan banyak bas mengangkut peserta perhimpunan ke lokasi perhimpunan. Bukan semua peserta perhimpunan datang menaiki bas. Harap maklum. Namun terdapat persoalan apabila bas seperti logo PLKN & TAYLOR'S UNIVERSITY mengangkut peserta2 himpunan MERAH. Media sosial 'membuat bising' mengenai hal tersebut.

6. PLKN telah mengeluarkan kenyataan penafian bahawa mereka terlibat dengan perhimpunan tersebut. BAS BERLOGO PLKN itu adalah pihak ketiga yang berurusniaga dengan PLKN. PLKN bukan pemilik perkhidmatan bas berkenaan.

7. Taylor's juga mengeluarkan satu kenyataan penafian berhubung insiden berkenaan. Sama seperti PLKN, penyedia perkhidmatan BAS kepada TAYLORS COLLEGE adalah pihak ketiga. Mereka bukan pemilik perkhidmatan, sebaliknya melanggan perkhidmatan bas berkenaan untuk tujuan college mereka.

8. Disebabkan insiden berkenaan, TAYLOR'S mengambil tindakan drastik. Batal kontrak dengan WAWASAN SUTRA. WAWASAN SUTRA ialah penyedia perkhidmatan BAS kepada TAYLOR'S. Mungkin WAWASAN dah langgar terma & syarat perjanjian bila guna bas berlogo Taylor's untuk tujuan political. 

9. Tindakan TAYLORS mendapat kritikan di kalangan UMNO dan para penyokongnya kerana merasakan TAYLORS bersikap racist, pentingkan diri & biadap.

10. Dan, entah macam mana mereka sebarkan kenyataan wassap Ismail Sabri.

Lihat ;


11. Ismail Sabri kononnya dah arahkan KP MARA henti penajaan student ke TAYLORS.

12. Tak pasti samada melibatkan pelajar sedia ada ataupun pelajar baru.

13. Tetapi boleh ke kita buat tindakan secincai ini tanpa mesyuarat teliti? 

14. Aku taknak bekap TAYLORS. Aku pandang dia kapitalis. Tapi aku tak salahkan dia sepenuhnya. Dia disokong oleh kerajaan yang kapitalis juga. Hihi.

15. Tapi MARA bukan duit bapak ISMAIL SABRI. Dan student pula bukannya objek yang boleh dipergunakan menteri.

16. Nak batalkan tajaan atau bakal tajaan atau apa kena la melalui satu proses, bukan? Mestilah berdasarkan alasan yang solid juga, bukan?

17. Adakah seorang menteri patut berbuat keputusan secincai ini berdasarkan sentimen emosi?

18. Wawasan Sutra, Ismail Sabri punya kah?

19. Secara logiknya pun kita boleh faham. Bas logo syarikat kita digunakan untuk tujuan lain selain dari operasi, program ataupun aktiviti yang membabitkan syarikat kita, boleh ke? Apatah lagi jika digunakan atas tujuan politik yang boleh memberikan gambaran salah seolah2 TAYLORS penyokong perhimpunan pro racisma. Boleh PLKN terima jika BAS BERLOGO PLKN angkut pelacur untuk berkhidmat ke pelanggan? Boleh PLKN terima jika BAS berlogo PLKN digunakan untuk aktiviti yang mencemar PLKN? PLKN agensi kerajaan memang la depa takan banyak bunyi bab MERAH. Faham2 sendiri je la kenapa kan.

20. Bukannya nak kritik sangat MERAH tetapi perhimpunan jelas tak bertujuan murni neh tak sepatutnya disokong oleh manusia yang bertamadun. Melayu nak tolong melayu? Demo la bab harga rumah. Berapa banyak melayu mampu beli rumah sekarang? Semua kena halau ke ceruk bandar, itu benda yang kau patut bising. Bukan dapig is babi. Pendatang bangsat ke apa. Hihi.

21. Jadi bila melihatkan MERAH yang penuh dengan sifat-sifat negatif, mana mungkin TAYLORS mahu dirinya dikaitkan dengan aktiviti berkenaan.

22. Mungkin itulah tujuan pembatalan kontrak tersebut terjadi.

23. Which is adalah hak mereka sepenuhnya.

24. Namun apa yang Ismail Sabri balas, ia bukannya hak jika tak disusuli dengan proses yang betul.

25. Jangan mangsakan pelajar2 yang takde kaitan dengan permainan politik korang.

Fikir2kan la ek.

Kbai.

P/S : Tiada rujukan berita dan kenyataan susulan Ismail berdasarkan penyebaran isu berkenaan oleh bloggers UMNO.

Sumber gambar : We all Ismail Sabri, page-page pro BN, bloggers UMNO dan twitter pro UMNO.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...