Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 14 Jun 2014

Majlis Makan Cadbury Beramai2 Petang Ahad 15 June 2014.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Lawak ah dorang neh.

By the way, hari tue bukan pegawai JAKIM cakap yang dorang pun akan makan coklat Cadbury live ke bagi membuktikan Cadbury halal untuk meraih semula kepercayaan masyarakat muslim terhadap kredibliti JAKIM?

Sudah makan ke belum?

Kalau belum taknak join ke event di atas yang akan berlangsung pada esok hari?

Angkara coklat, tunggang terbalik JAKIM dibuatnya. Bukan JAKIM aje. Dari KKM, JAKIM semua yang terbabit jadi tunggang terbalik kenyataan masing2 demi CADBURY. Hebat betul coklat bernama Cadbury neh rupanya.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Jumaat, 13 Jun 2014

RM79juta Untuk Baikpulih Istana Johor - Kos Selenggara Istana Juta2..

Aku membaca ;
The Johor state assem­-bly has approved an additional allocation of RM79mil (S$30mil) for works invol­ving palace buildings this year in preparation for the Ruler's coronation.
State Public Works, Rural and Regional Development Committee chairman Datuk Hasni Mohamad said that RM64mil of the allocation would be obtained via a soft loan from the Federal Government while RM15mil would come from the state.
The amount provided under the Supplementary Supply Bill passed on Monday is additional to the RM25mil earmarked earlier for pa­lace buildings this year.
Maksudnya ;

1. Dun Johor telah meluluskan sejumlah peruntukkan bajet tambahan sebanyak RM79juta untuk menaiktaraf bangunan2 istana dan di sekitarnya bagi upacara pertabalan diraja.

2. Exco pembangunan luar bandar menyatakan bahawa ;

- 15 juta datang dari kerajaan negeri
- 64 juta pula pinjaman mudah dari kerajaan pusat

3. Sebelum ini sebanyak RM25juta telah diluluskan bagi tujuan yang sama.

 
Baca lagi ;

According to the estimates, RM177mil was needed for the maintenance of palace buildings between 2011 and 2015. Between 2011 and 2013, a total of RM97.4mil was spent.
Maksudnya ;

1. Dianggarkan kos sebanyak RM177juta bakal dibelanjakan bagi membaikpulih keseluruhan istana tersebut.


2. Antara tahun 2011 hingga 2013 97.4 juta telah dibelanjakan bagi tujuan yang sama.


Baca lagi ;

The coronation of Sultan Ibrahim Sultan Iskandar was initially slated for May 5 but was postponed due to delays in the restoration, renovation and refurbishment works at Istana Besar and Istana Bukit Serene. No new date has been set but it is believed that the coronation could be held either at the end of the year or early next year. The coronation will be held at Istana Besar while Istana Bukit Serene has traditionally been the Ruler's residence.
Maksudnya ;

1. Pertabalan Sultan Ibrahim sebenarnya dijadualkan berlangsung pada 5 Mei tetapi ditangguhkan bagi kerja2 baikpulih istana Besar dan Istana Bukit Serene.

2. Pertabalan tersebut mungkin akan dijadualkan kembali pada akhir tahun neh.

3. Istana Serene secara tradisinya menjadi kediaman rasmi bagi Sultan Johor.

Rujukan : sini

Pendapat aku.


Download tuanku. Upload takmao.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Air Mata Rakyat Brazil Demi Penganjuran FIFA World Cup 2014.

Bukan hanya ada cerita sukan bila ia membabitkan FIFA WORLD CUP. Keseronokkan melayan bola sepak tak salah. Tetapi jangan sampai menganiaya orang atas nama pembangunan sukan kononnya. Demi kayakan kapitalis2 yang banyak melakukan pelaburan demi penganjuran WORLD CUP ada di antara rakyat2 BRAZIL yang terseksa. Dan ramai orang kurang peka dengan isu neh sebab jarang dilaporkan di berita. Kalau ada pun di akhir2 berita. Kalau di TV3 biasanya segmen berita luar negara. Itupun laju2 aje dia tunjuk. Rangkuman la orang kata. Tapi still ada la juga bagi yang tengok berita sampai habis memang akan tahu la. Tapi kan. Ah sudah. Nak mengumpat TV3 jap. TV3 kan kalau dia lapor, dia suka lapor part demo tau. Haha. Macam ada sesuatu aje disitu. Saja sangka buruk kat ko TV3. Nak marah marah la. Aku bukan kesah pun. 

HAHAHAHA..

Tapi kita di Malaysia bukan nak layan sangat berita2 luar negara neh. Sebab berita2 dalam negara pun dah cukup berserabut. Nak fikir lagi masalah2 yang berlaku di luar negara? Takpe. Minta maaf banyak2. Kes Palestine, Syria dan Iraq pun dah cukup merunsingkan ahti saya. Inikan pula kes di Brazil. Berapa banyak lagi penderitaan2 rakyat di sana sini yang saya perlu baca dan faham dan kemudiannya berasa emosi disebabkan kami semua ditindas dengan cara yang tersendiri oleh kerajaan masing2?

Eh, lue fikirlah sendiri ek.

Di Brazil. Ada yang berdemo dari tahun lepas menuntut kerajaan selesaikan isu yang paling teruk melanda Brazil iaitu ;

1. Masalah perumahan

2. Masalah kemiskinan

3. Masalah prasarana asas seperti air, elektrik, jalanraya, pendidikan dan tahap keselamatan.

Jom tengok gambar2 jap ;








Apa yang berlaku?

1. Gambar2 yang korang tengok kat atas merujuk kepada kumpulan pemprotes homeless aka gelandangan di Brazil.

2. Mereka dirikan khemah berhampiran dengan stadium bagi menuntut kerajaan sediakan rumah mampu milik untuk rakyat dan mereka2 yang miskin.

3. Sudah sebulan lebih berkhemah kat situ bagi menjayakan protes tersebut. Sebelum2 neh dah macam2 protes ada kat Brazil tue. Tak payah cakap la. Rakyat marah. Bina stadium jutaan ringgit ada duit. Bina rumah rakyat tak boleh. Di Malaysia bukan tahap jutaan ringgit aje. Tahap billion dah kita rugi. Tapi kita tetap relax2 mengutuk BN dalam blog aje. Sabar gila neh aku rasa. Haha.

4. Namun, kalaupun takde protes, dorang tetap duduk kat khemah juga sebab dorang semua neh gelandangan. Ada di antara mereka yang terpaksa keluar dari tapak penempatan asal yang digunakan untuk membina stadium dan lain2 perkara berkaitan kemudahan WORLD CUP 2014. Kena halau la senang cakap macam kes di KG. Chubadak tue.

5. Dulu ada satu gambar viral, kira ramai share ribu2 juga la, gambar yang menunjukkan seorang pemuda baling botol ataupun kayu, tak ingat aku, kat polis yang halau rakyat dari penempatan mereka demi membina stadium bola. Itu kes kat Brazil yang merujuk hal di atas la.

6. Janji kerajaan sekarang, dorang akan selesaikan isu perumahan yang timbul. Mereka berjanji akan penuhi permintaan kumpulan2 protes yang dikenali dengan nama MTST HOMELESS WORKERS MOVEMENT. Pergerakan membela gelandangan2 di Brazil. Ramai nya gelandangan2 di Brazil. Bukan semua nya tak bekerja okay. Jangan salah faham. Cuma faktor harga rumah dan kadar sewa yang mahal menyebabkan mereka merempat di jalanan.

7. Dan, biasalah. World Cup sudah mari ma. Punyalah bertahun2 sebelum neh ada banyak masa untuk selesaikan masalah rakyat, apasal pula nak dekat WORLD CUP dan2 janji macam2? Biol juga kerajaan depa neh. 2 X 5 macam BN juga. Haha.

Kesimpulannya, manusia belum lagi pandai menghasilkan kegembiraan tanpa melukakan ahti mana2 manusia. Manusia belum bijak lagi mencari keuntungan tanpa menganiaya mana2 pihak. Aku tak rasa kerajaan BRAZIL akan penuhi tuntutan rakyat dorang. Kalau dorang siyes nak selesaikan patut dari dulu lagi. Kenapa sekarang.

Sedih juga aku tengok budak2 neh semua duduk dalam khemah bagai. Di Bahrain begitu. Di Syria begitu. Di Iraq pun begitu. Apa sudah jadi dengan pemimpin2 dunia? Rakus sangat gilakan harta dan pangkat sampai lupa penuhi tanggungjawab terhadap rakyat? Haiyaaa.. sedih tetap sedih. Tapi bila tengok WORLD CUP kesedihan itu akan dilupakan secara beransur2. Itulah manusia. Yang terkesan akan terus sedih. Yang tak terkesan akan kembali alpa. Manusia. Jangan buat2 taknak mengaku. Terima la hakikat siapa diri kita sebenarnya.

Point akhir aku. Time korang bersorak2 tepuk tangan (dengan aku2 sekali lepas neh) angkara WORLD CUP, jangan lupa ada orang menangis kat luar sana. Juga angkara WORLD CUP. 

Kbai.

Baca lagi disini.

Rujukan : sini

Ahli Parlimen UMNO Diisytihar Bankrup Tapi Jangan Ejek2.


Dari segi undang2 kalau dah bankrup jawatan dia sebagai wakil rakyat tak valid orang kata. Aku ada tanya2 orang gak tadi. Dorang cakap kalau dapat status kebankrupan automatik jawatan kita sebagai wakil rakyat akan terbubar disebabkan antara syarat sah untuk bergelar wakil rakyat mestilah bebas dari unsur2 jenayah dan bankrupsi.

Baru2 neh MP UMNO dah pun bankrup. Dan perkara berkenaan telah pun diisytiharkan melalui akhbar.

Baca jap ;
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas gagal menyelesaikan sejumlah hutang kepada sebuah bank. 

Pengisytiharan berkenaan boleh menyebabkan Abdul Aziz hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen, sekali gus membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil (PRK) bagi kawasan berkenaan. 

Bagaimanapun, ia akan berlaku jika Abdul Aziz gagal melangsaikan bayaran tunggakan pada bank berkenaan bagi mengetepikan notis kebangkrapan itu. 

Notis kebankrapannya diiklankan dalam beberapa akhbar tempatan oleh peguam pemiutang, Alliance Investment Bank Berhad, Tetuan Shaikh David Raj pada Rabu. 

Menerusi notis itu, permohonan bagi mengistiharkan Abdul Aziz sebagai muflis dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Mac lepas dan perintah kebenaran terhadap permohonan itu diberikan oleh mahkamah sama pada 29 Mei lalu. 

Notis muflis yang diiklankan di akhbar tempatan yang mula disebarkan di internet sejak petang Rabu. 

Sementara itu, Abdul Aziz ketika dihubungi mStar Online mengesahkan kesahihan notis berkenaan dan mengakui wujud tunggakan pembayaran oleh sebuah syarikat milik ahli keluarganya. 

Enggan mendedahkan jumlah tunggakan itu, Abdul Aziz berkata, beliau sudah menghubungi pihak bank bagi menyelesaikan baki pembayaran dalam masa terdekat. 

"Betul notis itu dikeluarkan terhadap saya. Ini urusan pinjaman oleh syarikat yang diusahakan keluarga saya. Tapi sejak 2007 saya sudah tidak berada dalam organisasi syarikat itu. 

"Tapi tak apa, ia tetap milik ahli keluarga dan ada kaitan dengan saya. Saya akan selesaikannya dalam masa terdekat. Perbincangan dengan pihak bank mungkin akan dibuat sedikit masa lagi," katanya kepada mStar Online pada Khamis. -MSTAR-

Kita tengok sikit masa lagi. Adakah dia mampu menjelaskan hutang tersebut ataupun tidak. Kalau tak mampu UMNO cuba jangan bermain tipu sama rakyat. Jangan pula bagi alasan bodoh demi pertahankan kerusi berkenaan sudahla.

Hehe.

Namun dalam masa yang sama tak payah nak ejek2. Masalah kewangan neh bukan kira politik pun. Aku pun selalu hadapi masalah kewangan. Aku rasa kita neh macam dah semakin jauh dari nilai2 kemanusiaan kalau orang bankrup pun nak ejek2 dan jadikan topic untuk bergurau senda. Cover sikit la.

Kbai. 

Updated ;

Baca bawah ;


Betul ke neh? Kalau betul boleh ke? Jadi MP untuk berkhidmat dengan rakyat atau pow projek?

Hantu betul dorang neh.

Hudud Bukan Punca DAP Kalah Di Teluk Intan - Gobind, Sila Baca.


Gobind Singh ada juga bodohnya. Biasalah manusia. Masing2 ada kebodohan masing2. Tak banyak, sikit. Macam aku juga.

KAH KAH KAH

Hari tue kemain lagi si Gobind serang PAS guna isu hudud. Getik aku baca. Ko nak tak puas ahti apa pun ko buat la mesyuarat tertutup. Yang ko beria2 nak serang PAS guna media buat apa? Nak tunjuk ko hebat? Macam bagus? BODOH ko tahu BODOH. Pasal KEBODOHAN ko telah dimanipulasikan oleh orang2 BN untuk lebarkan lagi jurang penyatuan antara PAS dan DAP.

Ada sesetengah isu tak salah juga ko nak serang rakan2 sendiri.

Contohnya isu2 yang melibatkan rakyat. Isu rasuah. Wakil rakyat PR tak buat kerja. Dan sebagainya.

Tapi ada sesetengah isu kalau ko merepek depan media memang nampak ko bangang sangat. Macam post mortem kekalahan DAP di Teluk Intan. Ini bukan masalah untuk DAP salahkan PAS, PAS salahkan DAP dan sesama sendiri berperang di alam maya. Ini untuk semua pihak terima kekalahan dengan tenang dan cari punca kepada kekalahan tersebut.

Dan apa yang didedahkan oleh Merdeka Centre sedikit sebanyak ada menyampaikan apa yang aku dah pernah tulis dulu kat sini.

Baca lah ;

Kesilapan strategi kempen yang memfokuskan kepada kawasan bandar di antara penyebab kekalahan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada 31 Mei lalu kerana parti itu gagal menjelaskan mengapa mereka meletakkan calon tidak berpengalaman dan tidak begitu biasa dengan pengundi, menurut tinjauan terbaru Merdeka Center.

Tinjauan yang melibatkan 404 pengundi Teluk Intan pada hujung minggu lalu menunjukkan Barisan Nasional (BN) berjaya mendekati hampir semua segmen pengundi, berbanding DAP dan sekutunya - mendekati lebih ramai lelaki berbanding perempuan di kawasan bandar.

Dyana Sofya kalah dengan 238 undi kepada calon BN, Datuk Mah Siew Keong, presiden Gerakan yang pernah berkhidmat sebagai ahli Parlimen Teluk Intan selama dua penggal sebelum kalah pada 2008. 

“Keputusan pilihan raya menunjukkan pengundi tidak boleh diabaikan dan akan memberi pengajaran kepada parti sekiranya diberi peluang,” kata Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian.

“DAP masih perlu melakukan banyak perkara sebelum diterima oleh komuniti Melayu tetapi peningkatan undi kaum itu menunjukkan mereka melakukan perkara betul,” kata badan tinjauan bebas itu.

Dalam satu tinjauan yang ditanggung oleh The Malaysian Insider, Merdeka Center mendapati 13% responden mengundi parti berbeza daripada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lalu, dengan 29% mengatakan mereka berbuat begitu kerana mahu melihat lebih banyak perubahan.

Menurut tinjauan itu, pengundi merasakan politik pembangunan dan calon tempatan BN merupakan kunci kepada kemenangan BN.

Kajian mendapati 14.7% merasakan DAP kalah kerana Dyana Sofya tidak berpengalaman sementara 9.4% mengatakan ia adalah kerana beliau bukan anak tempatan dan 11.7% percaya ramai pengundi muda tidak pulang mengundi dalam PRK itu.

Tinjauan itu juga mendapati DAP tidak berjaya memberikan penjelasan di semua tempat mengapa mereka meletakkan calon tidak berpengalaman itu sementara BN berjaya meliputi hampir keseluruhan kawasan Teluk Intan.

72% daripada responden yang ditinjau dari 6 Jun hingga 8 Jun berkata mereka menerima mesej daripada pasukan kempen BN melalui telefon bimbit mereka berbanding hanya 31% yang menerima daripada DAP.

“Apabila mencuba idea atau pendekatan baharu, kempen informasi secara massa diperlukan untuk menjelaskan sebabnya kepada pengundi; sebab itu jangkauan komunikasi pilihan raya penting. Kempen atas talian sahaja tidak mencukupi,” kata Ibrahim.

Sementara 35% pengundi berkata mereka berinteraksi dengan pasukan kempen BN di Teluk Intan dan hanya 23% berinteraksi dengan pasukan kempen DAP.

Kajian juga menunjukkan DAP tertinggal di belakang kerana Mah biasa dengan penduduk Teluk Intan. 

Hampir separuh (45%) responden yang mengundi BN bulan lalu berkata Mah berbanding BN merupakan sebab utama pilihan mereka.

Presiden Gerakan itu lahir dan dibesarkan di kawasan Parlimen tersebut tetapi Dyana Sofya tidak dikenali sebelum diletakkan sebagai calon; peranan peguam muda itu dalam politik sebelum kempen PRK Teluk Intan hanya sebagai pembantu Lim Kit Siang.

65% peratus responden yang mengundi Dyana Sofya melakukannya kerana parti dan bukan kerana pencalonannya.

Ini berlaku ketika DAP meletakkan Dyana Sofya sebagai wajah “politik baru”, berkata jika beliau menang, beliau akan mewakili anak muda dan golongan wanita di Parlimen dan akan menamatkan politik perkauman.

Tetapi Mah menang walaupun partinya dan BN tidak popular di kawasan itu, mendapat 23,157 undi berbanding Dyana Sofya yang hanya mendapat 19,919 undi, walaupun penganalisis meramalkan DAP akan mempertahankan kerusi Teluk Intan.

Dengan menguasai kerajaan pusat, BN dan Mah mampu menjanjikan pembangunan disokong kerajaan untuk Teluk Intan dan 13.5% berkata mereka percaya BN menang kerana menyediakan bantuan kebajikan sosial. 27.9% responden India berkata mereka percaya BN menggunakan pemberian, bantuan kewangan dan barangan kepada pengundi.

Pemimpin BN seperti Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjanjikan pakaian seragam percuma kepada anggota Rela di Teluk Intan dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengatakan wifi internet percuma jika Mah menang dalam PRK itu.

55% daripada responden juga merasakan BN bercakap mengenai isu yang mahu didengar oleh penduduk Teluk Intan berbanding 33% yang merasakan perkara sama dengan DAP.

Kajian itu mendapati kos sara hidup dan isu tempatan memberi kesan kepada pengundi berbanding isu seperti hudud atau skandal rasuah.

Manifesto Dyana Sofya bergantung sepenuhnya kepada isu nasional seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), peningkatan kos kehidupan dan rasuah.

Beliau kelihatan senyap mengenai isu tempatan yang memberi kesan kepada penduduk Teluk Intan seperti isu pembangunan dan infrastruktur walaupun 65% daripada pengundi terlibat dalam industri berasaskan pertanian.

Sementara Mah mengambil kesempatan dengan menjanjikan universiti untuk Teluk Intan dan berjanji mengubah kawasan itu menjadi hub industri berasaskan pertanian dan pelancongan.

Beliau mengelak daripada menyatakan pendirian terhadap isu nasional apabila ditanya pemberita sebaliknya memberitahu beliau hanya mahu memberikan tumpuan kepada keperluan penduduk Teluk Intan.

Dalam ceramah di sekitar Teluk Intan, DAP berhujah sia-sia mengundi seseorang pemimpin yang sudah tentu akan tunduk kepada polisi tidak popular Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti GST. 

Tetapi 26% responden yang ditinjau berkata mereka lebih risau tentang siapa yang boleh membawa pembangunan kepada Teluk Intan.

Mesej Dyana Sofya bagaimana beliau mewakili politik tidak berasaskan kaum hanya menarik perhatian responden India (41%); 14% Melayu dan 17% responden Cina.

Responden tinjauan itu dipilih secara rawak mengikut kaum, jantina, umur dan kawasan mengundi.

Mereka ditinjau menggunakan telefon. 43% daripada responden merupakan Cina, 38% Melayu dan 19% India.

Lelaki dan perempuan ditinjau secara seimbang dan semuanya berumur 21 tahun ke atas.

Kerusi Teluk Intan mempunyai 23,301 pengundi Melayu (38.6%), 25,310 Cina (41.9%) dan 11,468 pengundi India (19%). -TMI-

Ramadhan Dah Dekat, Rumah Makcik2 Pula Kena Roboh Dengan DBKL Zalim.
















Aku tengah bengang neh. Bayangkan. Bila ko dah siap tulis apa semua kan. Lepas tue artikel ko tinggal siap2 nak publish je neh. Lepas tue tetiba dia hilang tak pasal2. Apa perasaan kau? Good. Pasal aku pun tengah melalui perkara yang sama. Hanya Najib aje yang boleh damaikan ahti aku yang tengah luka neh. Kalau takde sebijik rumah yang Najib beli untuk aku jangan harap aku nak bertenang.

KAH KAH KAH

Aku malas nak tulis perenggan2 dah. Dah sakit ahti punya pasal.

Point aku.

1. Aku nak semua bloggers BN bertenang dan jangan meroyan.

2. Jangan nak bekap YTL, UMNO, BN dan DBKL secara melulu.

3. Cuba fahami dulu apa masalah yang timbul daripada menilai satu2 isu berlandaskan sudut kepartisan, boleh tak?

4. Cuba la dahulukan sifat kemanusiaan korang tue dulu dalam menilai apa2 isu sekalipun.

5. Dalam isu KG. Chubadak masalah yang timbul bukan la penduduk menghalang pembangunan.

6. Tetapi pampasan yang diterima adalah terlalu sedikit dan tak berbaloi dengan apa yang mereka terpaksa tanggung (hilang, rugi).

7.  RM7,000. Katanya wajar kerana rumah tersebut taraf setinggan. Tetapi sebenarnya bukan. Sebaliknya rumah tersebut tak boleh dikategorikan sebagai setinggan disebabkan mahkamah tinggi dah sahkan rumah2 tersebut milik peneroka2 asal. Setiap pembangunan yang dilakukan yang melibatkan kampung tersebut, dorang wajar mendapatkan pampasan yang sepatutnya. Bukan RM7,000 nilainya. Bukan.

Baca ;



Saja aku petik dari Utusan. Sebab geng2 UMNO kan percaya kat Utusan aje. Ini rujukan aku.

8. Ingat YTL? YTL yang baru2 neh bising pongpang2 pasal kronisme apa semua. YTL inila antara syarikat yang terlibat akan membangunkan kawasan tersebut. Tak kesian ke tengok orang2 melayu kena buli dengan YTL ? Korang kata korang nak tolong orang melayu. Aku dengar juga citer. Kawasan tersebut ramai yang undi BN. Betul ke? Kalau betul, macam neh ke jasa korang membalas pengundi2 setia korang? Buatla sesuatu.

9. Malam tadi ada pakcik makcik tidur kat rumah dorang yang dah kena roboh. Sedih punya pasal. Sayu apa semua cukup. Tak sampai ahti meninggalkan rumah yang dorang dah duduk bertahun2 lamanya.

10. Kalau kampung tersebut tak cantik, mencacatkan pandangan KL bak kata sesetengah orang la kan, patutnya korang usahakanla bagi pinjaman untuk mereka2 semua cantikkan rumah masing2.

11. Ini pinjaman taknak bagi. Tahu nak robohkan aje. Macam la hina sangat duduk rumah kampung. Rumah kampung cantik juga kalau dicat dan gunakan kayu yang elok sikit. Masalahnya nak dapatkan modal untuk repair rumah bukan senang.

12. Yang kes kebakaran di KG. Chubadak lagi sedih. Hilang harta benda aset apa semua. Last2 dapat RM7,000 aje. Berbaloi ke?

13. Developers nak keluarkan pampasan yang sedikit. Tapi tanah yang dorang amek tue sangat bernilai. Nanti bila dorang buat apa2 dorang gain profit juta2 tau.

14. Itu sebab kita semua kena bersatu ahti jangan tengok politik untuk bantu penduduk di KG. Chubadak.

15. PERKASA, ISMA, UMNO yang kononnnya juara melayu kena tampil tekan kerajaan supaya kerajaan tekan YTL.

16. Satu lagi. Mahkamah tadi dah keluarkan notis larangan perobohan. Tapi pagi tadi masih terdapat rumah2 yang DBKL robohkan.

17. Puasa nak dekat. Lepas puasa, raya pula tue. Tak sedih ke dorang semua mendapat layanan macam anak tiri kat negara sendiri? Kos rumah dan tanah tue bukan murah. Apa salahnya bayar pampasan yang seadilnya kepada mereka semua. Patut dapat ratusan ribu sebab itu tanah tengah2 bandar. Harga rumah baru pula mana ada 7,8 ribu lagi dah. Semua cecah 400k ke atas dah wei.

18. Ini masanya untuk geng2 MELAYU tunjukkan kejaguhan masing2. Jom bersama2 selamatkan hak penduduk2 di KG Chubadak. Jangan biarkan YTL yang cina tue pijak melayu. Hehe..

Ayuh UMNO.. aku tunggu suara korang mengaum aje neh. Ke dah jadi miaww miaww jinak bila YTL bagi ikan?

HANTU BETUL la kalau macam tue.

Kbai.

UMNO Selangor Tarik Balik Usul Berkaitan Hudud


Semalam sapa sembang kencang dok kutuk2 PKR dan DAP dalam isu hudud? 

Semalam sapa cabar PAS keluar dari PR?

Semalam sapa cakap UMNO dah mula terima dasar hudud?

Semalam sapa cakap yang BN mahu laksanakan hudud di Selangor?

Hari tue sapa kutuk PAS yang uturn dalam usul hudud di Parlimen?

Hari tue sapa kutuk PAS sembang je pongpang2 pasal draf alih2 tarik balik dari bahas usul hudud di Parlimen?

Hari tue sapa cakap PAS diperkudakan DAP dalam usul hudud di Parlimen?

Hari tue sapa cakap PAS tak berani nak lawan perintah PKR dan DAP sebab tue tak jadi bentang usul hudud di Parlimen?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Moral of the story.


1. Tak payah kutuk2 kalau taktau citer sebenar.

2. PAS bukan tarik balik draf hudud terus.

3. PAS tarik balik untuk menganalisis semula usul berkenaan.

4. PAS tarik balik untuk tujuan penambahbaikkan.

5. Salah ke PAS tarik balik?

6. UMNO pun bukan buat usul untuk laksanakan hudud.

7. UMNO buat usul untuk tujuan perbahasan dan perbincangan.

8. Selangor nak buat hudud ke? 

9. Baru buat usul bertanya dah gempak gempita si DAP dan MCA kecoh bagai bab hudud.

10. Pun begitu tak pula aku sokong UMNO.

11. Penyokong2 UMNO pun bebalnya boleh tahan hebatnya.

12. Wakil rakyat korang bertanya dah korang provoke2 kutuk PAS, PKR dan DAP.

13. Macam la pemimpin2 korang nak buat hudud terus pun.

14. Depa cuma nak berbahas untuk perbincangan aje.

15. Perbahasan tue mungkin jadi pemangkin kepada pelaksanaan hudud di Selangor. Atau mungkin tidak. Tapi pointnya usul tersebut dibuat sebab nak berbahas. Bukan sebab nak terus laksanakan hudud di Selangor.

Dah faham?

Dah p sambung meroyan kutuk PR balik.

KAH KAH KAH

Bangunan UITM Pun Sewa Berbillion2 Rupanya..


Ini bukan kebodohan. Tapi kecerdikkan depa untuk cari idea. Idea untuk merompak, mencilok dan membazir. Macam mana aku nak songlap duit rakyat atas nama projek dan pembangunan? Aha.. apa kata aku buat idea sewa bangunan. Aku keluarkan modal bina bangunan. Kemudiannya aku pun sewakan bangunan tersebut kepada kerajaan. Aku untung dapat duit. Kerajaan pula rugi sebab terpaksa keluarkan duit untuk bayar sewa. Tapi adakah kerajaan akan setuju untuk rugikan duit pembayar cukai sebegitu sahaja? Eh.. mestilah tak setuju. Apa kata aku dan kerajaan sama2 berpakat untuk lakukan perompakkan bersiri. Sure kerajaan mesti setuju punya. Okay tak idea aku?

Hah memang okay.

Okay untuk pelingkupkan hak rakyat lagi la ada.

Hantu betul.

Padan la asyik tak cukup duit aje. Suka sangat buat kerja2 yang merugikan. Sudahnya nak cover subsidi shortage sana sini.

Fahami.

Kos bina kampus = RM1.8b

Katakanla kerajaan takde duit sangat nak bina directly. Kerajaan boleh buka tender. Tengok siapa yang boleh bina dengan harga yang sangat reasonable (sesuai dengan kualiti yang ditawarkan) so apa yang kerajaan perlu buat ialah beli balik. Beli balik means bila dah habis bayar, bangunan tue akan jadi kerajaan punya. Ya. Kerajaan perlu keluarkan sejumlah wang untuk cover kos penyelenggaraan tetapi akhirnya bangunan itu tetap akan menjadi milik kerajaan. Beli adalah lebih baik daripada menyewa dipandang dari sudut apa pun. Tetapi apa yang kerajaan biol ko neh (buat2 bodoh biar orang ingat dorang bodoh buat keputusan padahal saja tunjuk bodoh sebab nak halalkan perompakkan besar-besaran) buat ialah pergi sewa bangunan yang dianggarkan kos pembinaannya ialah RM1.8b.

Kadar sewaan selama 23 tahun ialah RM8.6billion.

6 kampus yang terlibat.

Untuk setiap kampus kadar sewaan dianggar antara RM56juta hingga RM69juta setahun.

Disewakan pula dari syarikat yang ada kaitan dengan UMNO, pemimpin UMNO dan mereka2 yang dikenali sebagai kroni UMNO. 

Padanla.

Taknak UMNO kalah. Kalau UMNO kalah semua kroni mampos tergolek dah. Bangunan yang disewa baikla beli. Sampai bila2 pun kalau dah sewa maka sewa je la jadinya. Kalau dorang naikkan kadar sewaan macam mana? Lepas tue adakah kadar sewaan meliputi kos penyelenggaraan pula? 

Subsidi untuk rakyat takde katanya. Tapi buat pembaziran boleh pula. Suruh rakyat berjimat cermat tapi korang sendiri melaukkan duit rakyat macam duit mak bapak korang apesal?

Gila dowh dorang neh. Gila.

Kbai.

Akhirnya Peminat Setia Tudung Fareeda Insaf - Luahan Berapi Pasal Pengurusan Fareeda.

Hari tue aku kena marah kaw2 pasal Fareeda. Macam2 la aku kena kutuk. Kononnya tak faham kecantikkan tudung Fareeda. Nak runtuhkan bisnes orang melayu la. Pendengki la. Tatau apa benda yang aku komen. Sembang pasal politik je la ko. Blablablabla lagi dan lagi.

Baca guna mata kiri, lepas baca buat tatau aje.


Maksudnya. Nak kutuk aku ko kutuk je la. Aku memang biasa kena kutuk pun. Disebabkan dah biasa sangat kena kutuk dan marah lama2 aku jadi tak heran la orang nak kutuk ke maki ke apa ke. Lantak korang la. Bukan aku boleh paksa sapa2 diam pun.

KAH KAH KAH

Bacalah luahan dorang.












Aku sebenarnya komen sikit2 je pasal Fareeda neh. Hari tue share gambar orang tidur kat tepi jalan apa semua. Memang tak puas ahti juga la kan. Then takde la niat aku nak kutuk lebih2. Bahkan siap bagi idea lagi. Kalau boleh kan si Fareeda neh sediakan tempat yang selesa untuk customer dia. Apa salahnya hargai pelanggan sendiri kan. Nampaknya macam popular. Dan kaya raya. So setakat nak sediakan kemudahan agar customer rasa selesa ketika menunggu tue aku rasa kecik punya hal la. Tapi entah macam mana pendapat aku kena maki la pula. Bukan orang lain. Geng2 PR gak yang memaki aku. Hantu betul. Kalau amek BRIM, kerajaan biarkan rakyat tunggu tengah panas korang kutuk. Tapi bila si kapitalis buat macam tue korang tak kutuk pula? Tah pape.

KAH KAH KAH

Disebabkan aku teringat aku kena maki hari tue maka aku hadiahkan artikel neh untuk orang yang memaki aku. Yela yela.. aku orang luar. Bukan pembeli tudung Fareeda. Jauh sekali peniaga tudung Fareeda. Tak pernah beratur jauh sekali berebut2 amek no. Siapala aku nak kondem cara dorang menguruskan bisnes dorang kan?

Tapi kat atas neh pernah buat semua yang dia kata aku tak pernah buat. Eh baca la. Kalau nak maki dia jangan babitkan aku sudah.

KAH KAH KAH

Kbai. 

Kredit gambar : Omakau.

Tuduhan Rasuah - Adun PKR Nak Saman Malaysiakini Pula Dah..


Saman la pula. Adik beradik Najib sungguh la.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

ADUN Seri Andalas Dr Xavier Jeyakumar mahu mengambil tindakan mahkamah terhadap Malaysiakini sekiranya portal itu tidak memohon maaf kerana menyiarkan artikel yang didakwa memfitnah beliau.

Beliau berkata artikel berkaitan dakwaan rasuah aktivis Badrul Hisham Shaharin yang disiarkan pada 5 Jun lalu adalah tidak benar sama sekali dan merosakkan imej beliau.

"Banyak media lain mengambil artikel itu dan menyiarkan semua. Ia tidak benar.

"Anda tak mengambil respon saya. Jika anda bertanggungjawab, anda patut tunggu jawapan saya sebelum terbitkan artikel itu," kata beliau hari ini.

Beliau merujuk kepada laporan berjudul "PKR top leaders implicated in bribery claim" dan "Chegubard buat aduan bertulis dakwaan rasuah". -MKINI-

Banyak media yang lapor tapi aim Malaysiakini dah kenapa?

Banyak media yang lapor berdasarkan kenyataan Chegu Bard. Ini bermaksud bukan media buat tuduhan. Sebaliknya yang mendakwa ko merasuah ialah Chegu Bard. Jadi urusan ko sepatutnya dengan Chegu Bard. Media pihak tengah aje. Dorang tak mainkan peranan menuduh dorang punya peranan melapor. Ko boleh bagi kenyataan bagi pihak ko untuk menjawab dakwaan Chegu Bard. Bukan susah mana pun. Ini beria2 emosi semua. Tah pape la aku tengok.

HAHAHAH..

Lagi satu, kenapa hanya Malaysiakini?

Utusan? TV3?

Dorang semua lapor tapi Malaysiakini je jadi lauk?

Ada apa2 ke neh?

KAH KAH KAH

Kbai.

Rabu, 11 Jun 2014

DBKL Makin Kejam Pada Penduduk Kampung Chubadak.


Aku berharap yang potong2 rumah orang neh ialah orang2 PAKATAN RAKYAT. Maka baru la berlumba2 BN nak buat kerja bantu rakyat. Macam sial la cara dorang layan penduduk2 yang enggan berpindah di Kg. Chubadak tue.

Fikir.

Jangan tak fikir.

Kalau ko dah buat rumah elok2, takde hutang apa semua, alih2 orang suruh ko keluar bukan sahaja tak dapat rumah landed bahkan dibebani dengan hutang tak pasal2.

Sakit ahti tak?

Itu bagi yang berkelayakkan buat pinjaman perumahan.

Bagaimana pula dengan orang tua? Yang sakit apa semua? OKU?

Ah celake la dorang. Jenis pentingkan diri macam neh memang malas aku nak berlembut lagi. Suka diingatkan, setiap penduduk mempunyai permasalahan yang berbeza2. Harap maklum ye. Cuma satu aje yang sama kat sini. Rumah mereka dirobohkan. Kesemua mereka hilang tempat tinggal dengan cara yang berbeza. Dirobohkan ataupun dibakar. Yang dibakar neh macam aku sebut dulu aku taknak tuduh2. Tapi pernah juga aku dengar. Biasanya kalau pemaju dah give up nak halau penduduk ataupun pemilik2 kedai kat mana2 kawasan sekalipun, kebakaran adalah jalan akhir.

Betul ke? Aku tatau. Lue fikirlah sendiri ek.

Lihat gambar2 ;








J

Dan panda kesayangan negara pula ;



Kalau aku pun aku menangis orang robohkan rumah aku. Bayangkan, makcik2, pakcik2, yang sakit, yang uzur, kanak2, wanita mengandung, yang bersekolah yang masih belajar, yang rungsing fikir nak bayar hutang kereta, yang hilang kerja.

Kenapa zalim gila babi sangat ko neh DBKL oi?

Kbai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...