Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 13 Jun 2014

Air Mata Rakyat Brazil Demi Penganjuran FIFA World Cup 2014.

Bukan hanya ada cerita sukan bila ia membabitkan FIFA WORLD CUP. Keseronokkan melayan bola sepak tak salah. Tetapi jangan sampai menganiaya orang atas nama pembangunan sukan kononnya. Demi kayakan kapitalis2 yang banyak melakukan pelaburan demi penganjuran WORLD CUP ada di antara rakyat2 BRAZIL yang terseksa. Dan ramai orang kurang peka dengan isu neh sebab jarang dilaporkan di berita. Kalau ada pun di akhir2 berita. Kalau di TV3 biasanya segmen berita luar negara. Itupun laju2 aje dia tunjuk. Rangkuman la orang kata. Tapi still ada la juga bagi yang tengok berita sampai habis memang akan tahu la. Tapi kan. Ah sudah. Nak mengumpat TV3 jap. TV3 kan kalau dia lapor, dia suka lapor part demo tau. Haha. Macam ada sesuatu aje disitu. Saja sangka buruk kat ko TV3. Nak marah marah la. Aku bukan kesah pun. 

HAHAHAHA..

Tapi kita di Malaysia bukan nak layan sangat berita2 luar negara neh. Sebab berita2 dalam negara pun dah cukup berserabut. Nak fikir lagi masalah2 yang berlaku di luar negara? Takpe. Minta maaf banyak2. Kes Palestine, Syria dan Iraq pun dah cukup merunsingkan ahti saya. Inikan pula kes di Brazil. Berapa banyak lagi penderitaan2 rakyat di sana sini yang saya perlu baca dan faham dan kemudiannya berasa emosi disebabkan kami semua ditindas dengan cara yang tersendiri oleh kerajaan masing2?

Eh, lue fikirlah sendiri ek.

Di Brazil. Ada yang berdemo dari tahun lepas menuntut kerajaan selesaikan isu yang paling teruk melanda Brazil iaitu ;

1. Masalah perumahan

2. Masalah kemiskinan

3. Masalah prasarana asas seperti air, elektrik, jalanraya, pendidikan dan tahap keselamatan.

Jom tengok gambar2 jap ;








Apa yang berlaku?

1. Gambar2 yang korang tengok kat atas merujuk kepada kumpulan pemprotes homeless aka gelandangan di Brazil.

2. Mereka dirikan khemah berhampiran dengan stadium bagi menuntut kerajaan sediakan rumah mampu milik untuk rakyat dan mereka2 yang miskin.

3. Sudah sebulan lebih berkhemah kat situ bagi menjayakan protes tersebut. Sebelum2 neh dah macam2 protes ada kat Brazil tue. Tak payah cakap la. Rakyat marah. Bina stadium jutaan ringgit ada duit. Bina rumah rakyat tak boleh. Di Malaysia bukan tahap jutaan ringgit aje. Tahap billion dah kita rugi. Tapi kita tetap relax2 mengutuk BN dalam blog aje. Sabar gila neh aku rasa. Haha.

4. Namun, kalaupun takde protes, dorang tetap duduk kat khemah juga sebab dorang semua neh gelandangan. Ada di antara mereka yang terpaksa keluar dari tapak penempatan asal yang digunakan untuk membina stadium dan lain2 perkara berkaitan kemudahan WORLD CUP 2014. Kena halau la senang cakap macam kes di KG. Chubadak tue.

5. Dulu ada satu gambar viral, kira ramai share ribu2 juga la, gambar yang menunjukkan seorang pemuda baling botol ataupun kayu, tak ingat aku, kat polis yang halau rakyat dari penempatan mereka demi membina stadium bola. Itu kes kat Brazil yang merujuk hal di atas la.

6. Janji kerajaan sekarang, dorang akan selesaikan isu perumahan yang timbul. Mereka berjanji akan penuhi permintaan kumpulan2 protes yang dikenali dengan nama MTST HOMELESS WORKERS MOVEMENT. Pergerakan membela gelandangan2 di Brazil. Ramai nya gelandangan2 di Brazil. Bukan semua nya tak bekerja okay. Jangan salah faham. Cuma faktor harga rumah dan kadar sewa yang mahal menyebabkan mereka merempat di jalanan.

7. Dan, biasalah. World Cup sudah mari ma. Punyalah bertahun2 sebelum neh ada banyak masa untuk selesaikan masalah rakyat, apasal pula nak dekat WORLD CUP dan2 janji macam2? Biol juga kerajaan depa neh. 2 X 5 macam BN juga. Haha.

Kesimpulannya, manusia belum lagi pandai menghasilkan kegembiraan tanpa melukakan ahti mana2 manusia. Manusia belum bijak lagi mencari keuntungan tanpa menganiaya mana2 pihak. Aku tak rasa kerajaan BRAZIL akan penuhi tuntutan rakyat dorang. Kalau dorang siyes nak selesaikan patut dari dulu lagi. Kenapa sekarang.

Sedih juga aku tengok budak2 neh semua duduk dalam khemah bagai. Di Bahrain begitu. Di Syria begitu. Di Iraq pun begitu. Apa sudah jadi dengan pemimpin2 dunia? Rakus sangat gilakan harta dan pangkat sampai lupa penuhi tanggungjawab terhadap rakyat? Haiyaaa.. sedih tetap sedih. Tapi bila tengok WORLD CUP kesedihan itu akan dilupakan secara beransur2. Itulah manusia. Yang terkesan akan terus sedih. Yang tak terkesan akan kembali alpa. Manusia. Jangan buat2 taknak mengaku. Terima la hakikat siapa diri kita sebenarnya.

Point akhir aku. Time korang bersorak2 tepuk tangan (dengan aku2 sekali lepas neh) angkara WORLD CUP, jangan lupa ada orang menangis kat luar sana. Juga angkara WORLD CUP. 

Kbai.

Baca lagi disini.

Rujukan : sini

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...