Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 16 Ogos 2014

Krisis Selangor - Kemaskini Terbaru 16/8.

Untuk kemaskini setakat 16/8.


- Khalid Ibrahim tak menafikan dakwaan bahawa DUN Selangor mungkin akan dibubarkan.

- LGE menuduh Khalid Ibrahim pentingkan diri jika bubar DUN dan adakan PRN.

- Khalid Ibrahim menjawab surat terbuka Husam. Katanya, Husam boleh mendapatkan sendiri penjelasan dari ahli jawatankuasa PAS atas apa yang berlaku.

- Sebuah NGO yang dibentuk oleh bekas2 ahli PKR ditubuhkan dan mengecam / menolak perlantikkan Wan Azizah sebagai bakal MB baru Selangor.

- Mahathir dilaporkan berkata krisis di Selangor adalah berpunca dari cita2 peribadi Anwar yang mahu menguasai Selangor dan seterusnya menggunakan aset negeri itu untuk membeli MP2 BN agar lompat parti untuk membolehkan nya menawan PUTRAJAYA.

- Khalid Ibrahim pada hari ini membuat laporan mengenai dakwaan salah laku berhubung pemecatannya sebagai ahli PKR baru2 ini.

- Dr. Maza memberitahu bahawa dia tidak bersetuju Wan Azizah dilantik sebagai Mb Selangor namun tidak menjelaskan apa sebab2nya secara terperinci. Dalam pada itu dia menegaskan kewibawaan Wan Azizah tidak diragui atas status wanita yang dia miliki.

- Subky Abdul Latif, bekas wartawan dan juga bekas pemimpin PAS menyelar pandangan sesetengah pihak dalam PR yang menyalahkan PAS bulat2 dalam apa yang terjadi di krisis Selangor. Dengan meletakkan segala2 kesalahan di atas bahu PAS, tanpa melihat kesalahan yang dilakukan oleh PKR dan DAP, ia adalah jalan mudah bagi sesetengah pihak untuk alihkan perhatian dari masalah sebenar.

- SUA PAS, Mustafa Ali mengeluarkan dua kenyataan ;

1. PAS telah meletakkan beberapa calon alternatif selain dari DSWA untuk diberikan kepada sultan bagi tujuan perkenan.

2. PAS juga mendesak agar PKR dan DAP memberikan penjelasan atas sebab apa mereka marahkan PAS apabila PAS mengarahkan keempat2 ahli exco bertahan sebagai exco agar DUN tidak dibubar sekaligus mempertahankan kerajaan PR.

Ada orang yang tak faham. Dia bagi hujah. Hello. TSKI kata mana ada kerajaan PR di Selangor. Lue lancau la PAS. Nak tipu agak2. Aku rasa orang yang bagi hujah begini ada masalah dengan konsistensi dia.

Pertama, dia tolak Khalid. 

Kedua. Dia kaitkan pendirian Khalid dengan pendirian PAS.

Apa yang Khalid cakap mewakili Khalid, bukan mewakili PAS.

PAS bercakap mewakili PAS. Hidup jangan jadi bebal sangat walaupun ko memang bebal.

Khalid cakap takde kerajaan PR itu dia punya pasal. Itu dia punya point. Dia punya hal. Dia punya pendapat.

PAS bercakap dari sudut perlembagaan negeri. Kedudukan exco PAS bagi membuktikan bahawa sekurang2nya 1 daripada 3 parti yang menjadi kerajaan negeri sedang bertahan disitu untuk memastikan DUN tidak dibubarkan sewenang2nya. Sementara PR sedang mencari solusi terbaik untuk selesaikan masalah berbangkit adalah amat baik untuk LIM GUAN ENG tidak bersikap EMOSI dalam menzahirkan PENDAPAT di hadapan media.

Sementara PAS sedang mempertahankan PR, dimaki hamun pula oleh geng2 PKR dan DAP tanpa henti. Sebab apa? Sebab tidak memahami bagaimana perlantikkan ataupun perletakkan jawatan exco mempengaruhi pentadbiran satu2 negeri. Sementara PAS diperlihatkan sedang berurusan, memujuk ataupun menemani Khalid di waktu2 sukar akibat dianiaya oleh PKR, geng2 PKR dan DAP hanya tahu memaki hamun. Semua perkara adalah dalam pengetahuan mereka. Dunia ini harus beroperasi sepertimana yang mereka fikirkan. Owh yeah, mereka kan suka tunjuk pandai dalam segala2 hal yang berlaku di dunia neh. Mereka tak pernah tak pandai, mereka juga tak pernah tatau apa2. Semua benda mereka pandai, semua benda mereka tahu, yang aku pelik, apasal pula benda yang dalam ahti Khalid mereka tak boleh predict?

Khalid. Hanya mahu 1 benda.

Singkirkan dia secara berhemah. Tanpa fitnah dan tuduhan.

Dia takan berundur setelah imej dan intergritinya tercalar. Andai dia disingkirkan elok2 dari sidang DUN, melalui proses undi tidak percaya, dia akan akur dan hormat dengan keputusan itu. Sekarangnya ahtinya sakit. Sakit difitnah. Sakit dipermainkan. Sakit dipergunakan. PKR perlu gunakan DUN usul undi tidak percaya untuk singkirkan Khalid secara berhemah. Meskipun selepas ini dia mungkin mengambil beberapa tindakan undang2 bagi membersihkan semula imejnya yang teruk dicalarkan dan dipermainkan oleh PKR.

Kbai.

Sembang Kedai Kopi Kenapa Anwar Nak Sangat Wan Azizah Jadi MB Selangor Dari Ahli Mengumpat Politician.

Sejak2 MB Khalid dipecat dari jawatan. Tak senang duduk aku dibuatnya. Jari gatal nak mengumpat. Mulut apatah lagi. Badan siap mengeletar2 lagi bila tak dapat mengumpat satu saat. Sah sawan. Try p hospital. Jumpa doktor.

Maaf ye.

Kenapa doktor? Apa benda maaf nya pula neh?

Takde mana2 doktor di dunia ini pada masa ini mahupun pada masa akan datang dapat mengubati penyakit awak.

Kenapa? Seriyus sangat ke doc? Please doc, please don't make me suffer like this doc.

Nak cakap seriyus tak seriyus tue pun saya tak boleh bagi jawapan. Belum lagi ada mana2 doktor dalam dunia neh mempunyai kepakaran untuk mengubati penyakit awak kerana ianya agak ganjil dan boleh saya katakan, adalah yang pertama di dunia. Balikla. Baca doa banyak2. Apa yang perlu diperbetulkan, betulkan. Taubat. Solat jangan tinggal. Bersyukur aje dengan penyakit yang awak miliki. Anggap ia ujian dari Allah ye.

Maka. Aku pun melangkah dengan penuh kekeliruan. What the hell doktor tue. Kalau aku satu2nya pesakit yang mempunyai penyakit ini, bukan kah aku RARE? Jadikan la aku eksperiment kot ye pun. Luah aku dalam nada yang sangat sangat sangat sangat kecewa. Itupun luah kat pondok telefon. Tatau la berapa lama pondok telefon tue peratikan aku. Tapi agak lama gak aku bersandar kat pondok telefon yang static tue beb.

Sawan macam nak datang. Rasanya macam nak kena mengumpat. Sebelum mati kesawanan aku kena mengumpat. Demi menyelamatkan diri aku melakukan ini. Jangan nak fikir negatif sangat. Jadi manusia sangka baik mao ada ma. Dan secara kebetulan. Yang amat amat amat kebetulan yang kebetulan punya kebetulan. Aku ternampak pula si Muhammad Aliff Haikal. OoOoOOOoo budak neh la yang baru carik pasal kat wall Rafizi Ramli baru2 neh. Tatau la kalau dah kena ban ke blom. Kalau dah, padan la muka. Nampak dia berjalan2 dengan budak yang nama dia Kaca Mata dan juga Muhammad Aqbar Shah Kki. Kalau nak tahu, Kiki Kamaruddin tue idola si budak Aqbar tue. Mula2 marah lama2 terpikat. Padan la orang dulu2 suka cakap. Jangan benci2 sangat. Satgi terpikat. Aku rasa si Aqbar mungkin dah kena sampuk dengan nasihat tue agaknya.

Btw, aku panggil la si mereka bertiga. Oi, korang. Sini kejap. 

Apa2 oi sini kejap. Ko dah minta Ali Abu ka guna trade mark dia? Balas Aliff.

Maaf, blom plak. Lagipun, ada aku kesah? Aku suka mencuri. So lantak kat aku la. Ini aku nak kena mengumpat neh, korang kena selamatkan nyawa aku. Kita jadi kawan tak boleh pentingkan diri beb.

Maka kami berempat pun bersetuju untuk mengumpat demi menyelamatkan nyawa aku. Tajuk pilihan ahti kami selepas bergaduh bertumbuk sampai baling kerusi ialah membincangkan isu seriyus kenapa Anwar nak sangat jadikan Wan Azizah MB. Kami mempunyai banyak spekulasi dan konspirasi yang bermain2 di otak dan akal suci kami yang tak terjebak dengan permainan politik yang kotor.

Hasil pengumpatan kami menghasilkan beberapa senario. Btw, kalau nak printscreen ke apa ke aku tak kisah cuma aku harap royalti jangan lupa. Faham2 la. Aku tak minta juga tak paksa tapi hidup mao reti malu ma.

Senario pertama.

- Senario Pak Faisal - Anwar nak kan kerusi MB untuk beli ahli parlimen BN supaya boleh jatuhkan kerajaan BN dan jadi PM untuk memastikan BN tak perangkap dia dengan memasukkan dia dalam penjara. Anwar dalam keadaan terdesak dan dia berjaya memujuk DAP untuk bersama2 dia. Cuma, PAS ragu2 untuk membenarkan tindakan dia atas beberapa sebab yang aku rasa malas nak taip kat sini (sekadar alasan padahal aku pun tatau kenapa).

Senario Nurul Izzah.

- Ada yang cakap demi menyelamatkan kedudukan dan maruah Nurul Izzah dalam PKR maka DSAI perlukan kuasa untuk memastikan sesiapa yang berniat menjatuhkan Nurul Izzah akan gagal. Bila Anwar masuk penjara, DSWA ada di sana untuk selamatkan anak mereka. Kasih sayang seorang bapa kepada anak hingga sanggup cemarkan kredibliti sendiri. Apa kisah maruah tue? Kami berempat memutuskan tak berminat nak dedahkan sebab benda neh langsung takde kaitan dengan hidup kami apatah lagi tak terbukti benar. Ia sekadar berlegar2 di kalangan aktivis dan partisan. Yang tahu tue, tahu la.

Senario bargain.

- Anwar akan dibicarakan pada berapa ogos tah untuk kes pertuduhan liwat. Anwar sangat yakin dia akan ke penjara untuk kes itu. Itu sebab DSAI tak boleh tunggu sehingga NOV untuk jatuhkan Khalid. Khalid plak tak boleh dijadikan badut untuk bargain dengan UMNO. Bahkan tiada sesiapa pun boleh dijadikan badut untuk selamatkan DSAI dari pintu penjara melainkan DSWA yang DSAI percaya takan mengkhianat amanah, perintah dan kepercayaan dia. Begini. Jika DSAI nak sangat jawatan MB, maka dia sendiri bertanding jadi adun di Selangor pada PRU ke 12 ataupun 13. Tapi kenapa dia tak buat macam tue? Ia rupa2nya berubah ikut keadaan mereka. 

Pada mulanya Khalid setakat berdegil. Sesuatu yang PKR boleh bersabar dengannya. Kemudiannya ia bermula bila geng2 PKR terasa tidak mendapat bahagian yang sepatutnya selepas berjuang bermatian2 demi memenangkan PKR. Maka, ia sekali lagi menguris perasaan ahli2 parti. Mereka mahu Khalid ini BERAMBOS segera. Kesalahan dan perkara2 yang mencemarkan intergriti Khalid mula dikumpulkan. Satu plan mula dirancangkan. Maka pada PRU ke 13 mereka mahu Khalid tidak lagi menjadi MB. Tapi entah macam mana perancangan tidak berjalan sepertimana yang diharapkan, sekali lagi Khalid menjadi MB di Selangor. Dan krisis dalaman PKR semakin meruncing. Geng2 Azmin paneh ahti dengan Khalid. Anwar pening kepala dok fikir. Ah semua benda aku nak urus. Mampos p la korang semua. Biar aku jadi MB dan korang gaduh la sampai mati. Aku dah malas nak amek port dengan korang punya isu.

Itu mungkin keadaan pertama. Tapi masuk pula keadaan kedua. Yang lebih mendesak DSAI untuk tak boleh tidak, untuk mendapatkan kerusi MB itu. Seperti yang kita tahu, kejatuhan Selangor menyebabkan BN bergenang air mata 100 bijik kawah melihatkan aset emas itu jatuh ke tangan PR. Apa sudah jadi ini. BN meronta2 pilu tapi tak boleh nak buat apa. Hanya memerhatikan dari jauh Selangor terbang kepada PR buat kali kedua. Itu sebab BN berusaha jadi baik untuk mendapatkan mandat dan kepercayaan rakyat semula. Dari sekarang depa dah start kempen. Gila betul. Tapi kemon la, takde sapa nak percaya kat lakonan korang pun. Uwekkk. DSAI nampak ini peluang bila dia dijatuhkan hukuman penjara. Atau kita sebut ; sebab kedua yang berpindah menjadi sebab pertama akibat perubahan situasi. Jika dulu sebab pertamanya untuk menamatkan konflik dalaman PKR, kini berubah untuk dijadikan bargain kepada BN andai DSAI dimasukkan ke dalam penjara. Banyak projek2 yang ditanda-tanggani Khalid dengan BN atas nama pembangunan, memajukan Selangor serta menyelesaikan masalah air. Entah betul tah tidak aku tatau la bab motif Khalid tue tapi DSAI melihat BN amat mementingkan projek ini. Jika berubahnya kepimpinan, status projek2 ini juga mungkin berubah. DSAI akan memastikan DSWA gunakan projek2 ini sebagai sandaran/bargain untuk UMNO mempengaruhi keputusan mahkamah. Itu sebab DSAI tak boleh tunggu lagi. Tak boleh tunggu sampai NOV. Tak boleh tunggu sampai hari dia dibicarakan. Mesti sekarang. DSAi pegang projek2 penting di Selangor, sentap la BN. Jika status DSAI tak dibersihkan, mereka mungkin akan memainkan peranan balas dendam atas projek2 tersebut yang sekaligus merugikan BN. Mao sentap BN dibuatnya. Duit dah labur kot. Hak ala.

Nampak tak nampak?

Nampak apa pun kau neh?

Aku nampak kabur2 dah. Menandakan aku perlu masuk tidur. Dan ye, betul tue. Sekian spekulasi saya. Spekulasi tau, spekulasi. Ini sembang kedai kopi. Mengumpat diutamakan, spekulasi dikuasakan, fakta boleh pergi blahhhhh.

Kbai.

Jumaat, 15 Ogos 2014

Surat Palsu PKR Rasuah Khalid Tersebar Di Internet.

Surat palsu la wei.

Jangan serapkan elemen2 fitnah pada PKR sekalipun korang menyampah gila babik kat depa. Hanya serang guna fakta. Kalau takde fakta, diam2 sudah. Kalau nak buat persepsi pastikan mempunyai asas yang kukuh dan terang2 bagitau orang yang kau buat persepsi. Jangan merepek macam persepsi kau tue fakta. Itu pun kerja bangang juga tue.

KAH KAH KAH

Ini surat yang tersebar di alam maya.


Surat ini disahkan palsu oleh geng2 PKR.

Maka, berhenti sebar. Agak2la. Ingat PKR bangang sangat ke (still bangang cuma mungkin bukan dari segi surat ini) nak rasuah orang sampai buat surat yang boleh dijadikan bukti konkrit?

Hak ala.

Beragak2la sikit. Dorang takan punya buat macam neh. Dari segi pengucapan lisan aku percaya tapi bukan dalam bentuk penulisan ataupun rakaman, okay?

Kbai.

PR Lulus Dana Utk Sekolah Swasta Cina 2 Juta Setahun Hangat Dikutuk Pengguna Media Sosial.

Pakatan Rakyat kantoi la pula. Yang kantoi paling teruk ialah DAP. Ia mendedahkan betapa dorang sanggup gunakan wang kerajaan negeri dengan mengutamakan sekolah swasta dan hal2 dorang aje. 

Takpe2. Kejap lagi ada la geng2 PR akan membela DAP dengan bawa zikir. DAP tak racist. DAP suci. DAP bebas dosa. DAP maksum. DAP baik gile. Ye la ye la ye la.. aku je paling jahat. Geng2 korang mana pernah jahat macam aku pun.

MUAHAHAHAHAHA...

Konon2. Si Teng neh nak londehkan PAS. Sekali dia terlondeh kain dia sendiri. Gila kaw orang marah si Teng kaw2 kat laman facebook isu peruntukkan tue.

Kesnya ;


Rupa2nya beb. Selepas Selangor berjaya dirampas PR, depa p salur duit kat sekolah swasta. Sekolah persendirian tue sekolah swasta la. Sudah la berbayar nak belajar kat situ. Dapat bantuan lagi. Bukan murah kot nak belajar kat situ. Untuk apa ek dana tersebut? Atas sebab apa ek pembayar cukai kena tanggung sekolah swasta? Aku tak faham sangat part tue. Duit orang miskin + kaya = bergabung membiayai pendidikan swasta yang ratio pelajar2nya orang kaya ke? Dah tak cukup kenakan yuran, ko dapat dana pula.

HAHA.

Agak2 korang. Ada tak sekolah2 kebangsaan di Selangor yang ;

1. Pecah pintu

2. Kurang tingkap

3. Takde almari buku

4. Meja kopak

Dan lain2 masalah lagi? Kalau ada, maka peruntukkan itu sepatutnya disalurkan kepada sekolah2 kebangsaan. Aku tak faham untuk apa utamakan sekolah2 swasta ini?

Dan rupa2nya ini mungkin salah satu isu yang menyebabkan  DAP Selangor bercadang mahu gantikan TSKI. Depa sentap sebab TSKI lebihkan PAS di Selangor. Mungkin selepas Halimah ketatkan syarat (which is memang patut pun) dan telah mengadu kepada TSKI, TSKI buat derk aje, mungkin la mungkin, depa angin satu badan dan bersedia lakukan apa sahaja untuk pastikan TSKI diberamboskan dari situ.

Actually. Aku boleh faham jika peruntukkan disalurkan kepada sekolah2 kebangsaan ataupun jenis kebangsaan, cina, tamil, agama. Tapi, ini untuk sekolah swasta? Sekolah swasta agama ada dapat tak?

Haha..

Antara komen2 di facebook ;





Insya-Allah, lepas neh Teng akan dedahkan bantuan2 untuk sekolah persendirian selain dari cina juga mendapat bantuan dari kerajaan negeri, kan? Kita sama2 tunggu.

BTW, 2 juta setahun untuk 4 sekolah, ataupun 2juta setahun untuk satu sekolah hah?

HAHAHA

Kbai.

Ini Jawapan Untuk Segala Langkah Dan Segala Senyum, Amek Kaw Wahai PAS, DAP, PKR DAN BN!

LANGKAH RAKYAT.

Bila RAKYAT Melangkah..

 
Langkah Kajang, langkah NFC, langkah projek demi projek jadi bisnes politik,
Langkah wakil2 rakyat berpakat jadi ahli politik yang penipu semakin terserlah,
Langkah nepotisme dan kronisme semakin terdedah,
Langkah 3b dan tender syarikat bapak kau seantero Malaysia semakin terbongkar.

Bila RAKYAT Melangkah..
Ada ahli partisan yg menggelupur,
Ada penyokong partisan yg mengaduh, 
Ada kaki pembodek yg memekik melalak,
Ada geng2 parti yg meracau melalut sampai nak unfriend dan unlike.

Bila RAKYAT Melangkah..
Ada yang bakal terkantoi,
Ada yang bakal terdedah,
Ada yang bakal terkena,
Ada yang bakal lari ke luar negara.

Bila RAKYAT Melangkah..


Mula la ahli politik tiba-tiba berlagak jadi ahli agama,
Mula la ahli politik  tiba-tiba berlagak jadi ahli keadilan,Mula la ahli politik  tiba-tiba berlagak jadi sosialis,Mula la ahli politik tiba-tiba berlagak jadi pejuang rakyat.

Bila RAKYAT Melangkah..


Ada pemain politik yg taknak mengaku walau kantoi menipu,
Ada pemain politik yg taknak berundur walau terbukti merasuah,
Ada pemain politik yang taknak terima fakta walaupun partinya mengamalkan nepotisme,
Ada pemain politik yang gunakan saman untuk tutup kemaraan rakyat.

Bila RAKYAT Melangkah..


Yang membodek jadi kecut,
Yang menipu jadi takut,
Yang print screen atau tak printscreen terbukti pejuang demi poket sendiri ataupun parti bukan demi rakyat,
Yang maki hamun rakyat mula cari alasan.

Bila RAKYAT Melangkah..


Yang berpropaganda demi projek akan terlerai,
Yang memanipulasi fakta akan dibuktikan,
Yang mempermainkan hak rakyat akan ke penjara,
Yang baik akan tepuk tangan tanpa kira bangsa dan agama.

Bila RAKYAT Melangkah..


Dulunya kabur skrg dh jelas,
Dulunya kelam skrg dh nampak, 
Dulunya tegar partisan sekarang dah menyesal,
Dulunya tukang angguk skrg tukang maki (sebab tertipu dengan partisan).

Ini la kebaikan Langkah RAKYAT!

(Sila print screen & sebar)


--------------------------------

Wahai pakcik dan abang yang takde hubungan sedara mara dengan aku,

Kami disuruh bersabar melayan perangai ahli2 politik yang suka menyusahkan rakyat berkali2 atas nama strategik dan propaganda. Konon2nya itu akan terserlah siapa pejuang di kalangan kami dan siapa pula yang beriman lagi taat pada pimpinan menjatuhkan BN.
 

Tapi terus terang wahai pakcik dan abang pimpinan.. pejuang2 rakyat semakin keliru.
 

Tatkala korang bergaduh sesama sendiri demi kerusi embi, apa yang rakyat nampak hanya la manipulasi demi manipulasi fakta oleh pemain2 politik.


Oooo BN menipu, merasuah, kronisme, songlap, gila kuasa, curi duit, nepotisme, tak buat kerja dengan amanah, tak telus berdosa besar tapi bila PR nepotisme, ada skandal pasir, skandal kot baju di Perak, skandal guna duit rakyat cover adun di Kedah, skandal menipu 16 sept, skandal Kajang, skandal rugikan aset negeri, skandal tak buat kerja, skandal tak amanah, kronisme, skandal balak, skandal no plat, skandal lebuhraya dan macam2 skandal lagi takpe pula ye?? Sesungguhnya pejuang2 rakyat tengah keliru wahai pakcik dan abang pimpinan.
 

Wahai pakcik dan abang pimpinan,
Pejuang rakyat tiada langsung berniat memburukkan pakcik dan abang pimpinan.. tapi apakan daya kami sebagai pejuang rakyat. Hanya pejuang rakyat yang meluat dengan penipuan dan pembohongan ahli2 politik seperti kamu semua wahai pakcik dan abang pimpinan.

Wahai pakcik dan abang pimpinan,
Pejuang rakyat ini tidaklah berminat langsung (tak ingin) membuat perbandingan apa yang berlaku di saat ini dengan apa yang pernah berlaku di zaman para Nabi.. sebab jauh panggang dari api. Baik parti islam secara individu apatah lagi parti SEPAKAT la sangat secara kumpulan.
 

Tapi percayalah pakcik dan abang pimpinan,
Rakyat yang tidak berpihak ini (tiada kepentingan) agak memerlukan jamaah ini untuk menendang keluar BN sekejap, kurang2 5 tahun dari pentadbiran pusat untuk mendidik rakyat bahawa tukar parti pentadbiran takde sapa yang mampos, kecuali kronisme dan geng2 depa aje sebab tak tau nak berpaut pada siapa.


Ayuhlah pakcik dan abang pimpinan, korang bersatu la untuk bersama-sama muhasabah atas masalah yang korang sendiri carik ketika ini. di kala rakyat diminta menyokong kamu, dan dah bagi pula tue sokongan melalui peti undi, kenapa la korang menyusahkan dan buat hal demi hal sehingga membantut usaha rakyat yang sedang berkempen untuk menolak BN.


Pejuang rakyat yakin bantuan Tuhan pasti bersama. Tapi pejuang rakyat tak yakin dengan PAKATAN RAKYAT. Apatah lagi BARISAN NASIONAL.

JANGAN SENYUM. KAU INGAT INI CERITA LAWAK?


AMENO WORLD.

Suntingan dari karya asal ;


Muhammad Hanif Subri.
TrainerPendidikanMalaysia.
mohdhanifm@ymail.com

Khamis, 14 Ogos 2014

Adun PAS Isytihar Sokong DSWA Sedia Keluar Parti - Kemaskini Terbaru Krisis MB Selangor.

Tengah hari tadi PR membuat satu sidang media tergempar dan umumkan mereka telah mendapat kedudukan majoriti di Selangor sebanyak 30 kerusi (termasuk speaker walaupun speaker tak layak mengundi) dan mengumumkan yang Khalid Ibrahim bukan lagi MB sah di Selangor.

Citer pasal speaker. Nak lari topic sikit just untuk kongsikan fakta je. Mengikut peruntukkan undang2 sedia ada, speaker hanya boleh mengundi jika berlakunya keputusan seri. Jangan ikut perangai BN plak. Depa makan taik takan ko nak makan taik kot ye tak? Yang sebenarnya kedudukan PR di Selangor ialah 29. Dan Khalid ialah 26. Sebelum neh 28 - 27.

Oke. 

Dalam reaksi terkini Mustafa Ali dan Tuan Ibrahim Tuan Man (sepatutnya dia yang menang hari tue bukannya Mat Sabu kan dah huru hara PAS dibuat oleh geng2 Anwar, sengal la korang) mereka memaklumkan kepada media ;

- Ahli2 PAS diingatkan jangan buat keputusan terburu2. Kita neh ada peraturan. Jangan buat tindakan sendiri dan tunggu la keputusan hasil mesyuarat - TITM.

- SUA PAS (Mustafa) akan menyiasat adun2 PAS tersebut. PAS tidak akan mengambil langkah terburu2.

Ini apa punya adun PAS? Tak boleh nak tunggu keputusan mesyuarat sekalipun? Boleh juga nak push mesyuarat ke tarikh yang lebih awal tapi takan sampai membelakangkan parti sendiri demi parti orang lain? Banyak geng2 PAS berkiblatkan PKR. PAS sekarang hancur dibuat oleh PKR. Berpecah teruk. Satu kiblat Hadi dan Nik Aziz. Satu lagi kiblat Anwar. Sepertimana UMNO hancur dibuat Anwar dulu2. Yang part UMNO tue elokla dia hancur sebab bangang. Membuli rakyat. Merasuah. PAS? Lebih kurang juga la perangai sesetengah pemimpin depa. Tapi kurang2 ada juga yang bagus dan cerdik dalam PAS. Dari kita hancurkan, elok kita cuci jek. Bagi aku ada harapan juga PAS boleh dibersihkan.

Dan, terkini la juga. 2 adun PAS yang berpaling tadah dari PAS dan pergi ke PKR ;

1. Shaari Sungib - Hulu Kelang

2. Hasnul Baharuddin - Morib

Bersedia untuk dikenakan tindakan. Bahkan si Shaari tue sedia keluar parti. Tak kisah kena buang. Dasat kau.

Mulai sekarang PAS kena susun movement dorang. Jangan degil dengan nasihat orang. Orang luar macam aku bagi nasihat mungkin agak kasar dan sentapkan korang tapi kita orang takde apa2 kepentingan pun. Kita punya pendapat ikhlas ooo. Jika ianya betul, apa salahnya follow ye tak?

PAS kena singkirkan ataupun kurangkan pengaruh orang2 yang memihak kepada PKR melebihi dari perjuangan parti korang. 

Dalam pemilihan dan sebagai calon. Sedikit aje nampak dia condong ke PKR, hapuskan orang macam neh. Tak baik untuk perpaduan dalaman parti korang.

Nasihat yang sama terpakai untuk BN, PKR dan DAP. Korang kena make sure ahli2 korang condong ke arah keputusan parti terlebih dahulu. Jangan lupa. Khalid kena singkir sebab enggan ikut keputusan parti. Si Shaari neh pun enggan ikut keputusan parti. Kalau nak kritik, kritik semua, jangan double standard dan bias. Shaari enggan ikut keputusan parti. Parti secara kolektif hanya mengumumkan semula pendirian yang dipegang semasa Kajang Movie. Ini fakta. Bukan pendirian yang baru dibuat. Geng2 PKR telah berjaya spin fakta dan hakikat ini. Aku tak peduli sapa mendapat manfaat atau siapa yang tidak, aku hanya mahu menulis tentang perkara yang benar2 berlaku aje. Simple. Dan untuk meredakan suasana haru biru akibat geng2 PKR yang tiba2 PANAS dengan PAS, dan memutuskan pecat TSKI terus (untuk hilangkan kuasa, pengaruh dan sokongan) maka PAS pun memutuskan untuk membuat mesyuarat semula bagi membincangkan hal tersebut. Ini kerana TSKI bukan ahli PKR lagi dah. Mungkin akan tukar pendirian atau kekal, aku tatau pegangan mereka. Tapi sehingga mesyuarat tersebut selesai, maka PAS akan melakukan kerja2 macam biasa. Taknak nak campak semua perkara dan berlari2 kepada PKR dan DAP. Heloooooo i love you sampai mati. Demi untuk memastikan kesepakatan (inila yang puak2 PR dok potpet2, bukan demi rakyat, rakyat yang bengap nak mampos tak sedar diri pula kena tipu dengan puak2 partisan neh) kita maka i datanggggg youuuu. Muah muah muah. Takan la PKR dan DAP expected sampai macam tue kan?

Haha.

Nak elobrate sikit bagi orang yang lambat pickup. Yang berubah kat sini ialah PKR dan DAP.

Kajang movie - PAS umum pendirian Khalid adalah MB. Kajang bukan untuk tukar MB. Jika nak sembang citer tukar MB, kita bincang lainkali.

Konsistensi ini diulang semula oleh TGHH pada bulan Julai berikutan krisis MB. Sabar. Ia memang melukakan ahti2 PKR. Tapi jangan spin sana spin sini. Tak baik.

Ketika Kajangmovie, pemimpin2 PKR yang buat roadshow sana sini sendiri berkata Kajangmovie bukan untuk tukar MB. Tapi untuk tawan Putrajaya. Sekarang tetiba untuk tukar MB pula. Nampak tak? Sapa yang ubah pendirian? Sapa yang kena marah?

PAS konsisten dengan pendirian dia.
PKR yang berubah.

Betulkan dulu pemahaman korang. Jangan main tembak saja. Aku tak pernah tahu jika ada tuhan bernama Anwar Ibrahim. Okay?

Berikut pula respon dari Khalid ;


So, DSWA tetap perlu kemukakan undi usul tak percaya di dewan? Aku tak pasti bagaimana keputusan terbaru ini mengubah kedudukan dari segi perlembagaan negeri, tapi jika ianya masih tidak mampu mengubah kedudukan TSKI mengikut lunas undang2, maka pengumuman itu adalah sia2.

Aku tak tahu juga. Atas sebab apa DSAI bertindak segerakan proses tukar TSKI kepada DSWA. Tak boleh tunggu 3 bulan? DSAI confirm masuk penjara? Jika dalam penjara nanti sapa nak jaga Selangor ataupun PKR? Adakah kedudukan MB diberi kepada DSWA untuk pastikan jawatan dia dalam PKR tak tergugat? Ada banyak perkara bermain di pemikiran aku, tapi aku malas nak elobrate satu persatu. Lantakkan disitu.

Jika hanya undi usul tidak percaya boleh menukarkan kedudukan MB, maka PKR jangan tunggu lagi. Usahakan aje sidang DUN tergempar. Jika sultan enggan perkenankan, usulkan secara konsisten dan berterusan. Sehingga 3 bulan berlalu, maka usulkan pula bila DUN bersidang. Masa tue buang la Khalid. Dari hero PKR kepada penjahat dalam PKR. Inila beb. Geng2 partisan.

Korang akan nampak permainan dorang macam mana. Penyokong2 depa ikut aje. Betul salah halal haram apa semua main langgar. Yang penting capai matlamat dan dorang kena menang. Dorang utamakan kesepakatan dalam PR. Maksudnya penting untuk PR terus bersepakatan dalam apa2 hal tanpa mempedulikan bab halal haram. Janji sepakat sudah. Sama2 nak merompak, kasi sepakat. Sama2 nak songlap, kasi sepakat. Kalau sama2 nak buat baik? Kasi sepakat juga la. Mana aku tahu hala tuju PR neh menuju kebaikan ataupun sebaliknya. Benda macam neh aku tak jamin. Aku tak rasa aku perlu korbankan masa depan akhirat aku demi partisan dan pemimpin. Lantak ko la nak bergaduh rebut kuasa, harta, mahupun duit. Janji aku teruskan kempen2 aku untuk menyedarkan rakyat apa itu politik, apa itu partisan, bagaimana kita boleh bebaskan diri kita dari konsep kepartisan ketika berpolitik dan bagaimana rakyat harus bersatu bangkit menuntut hak2 mereka. 

Ketahui la. Baik, jahat neh tak kenal orang jauh sekali parti. Matlamat kita mula2 jatuhkan BN. Lepas jatuhkan BN, kita jatuhkan PR. Ini ada 2 matlamat ini. Jatuhkan BN sebab kita tahu BN corrupted. Jatuhkan PR sebab kita tahu PR menuju ke arah corrupted (separuh dah transform). Nanti masa tue rakyat akan terima kejutan politik. WOW. SENANG NYA JATUHKAN PARTI DARI PENTADBIRAN NEGARA. Betul? Rakyat terdidik dengan situasi itu. Maka selepas itu, Malaysia akan jadi macam JEPUN. Macam Korea. Macam USA. Tukar pemimpin macam tukar baju. Ko buat hal sikit? Sapa boss sekarang? G mampos la ko dalam peti undi nanti. Kita nak maju, kita nak membangun, kita nak polisi2 yang menangkan rakyat, kita kena fikir macam neh. Dari sekarang. Biar pemimpin takut dengan kita, bukan macam sekarang. Lue fikirlah sendiri ek.

Kbai.

Surat Terbuka Untuk Anwar Ibrahim - Timmy Say.

Surat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim Timmy Say August 13, 2014 Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim -

Salam Datuk Seri, Saya perlu akui bahawa saya bukan penyokong tegar Datuk Seri selama ini. Meskipun demikian, pada PRU13 yang lalu, saya diamanahkan menjaga Facebook Datuk Seri dan juga Datuk Seri Wan Azizah, saya menjaganya dengan baik dengan hasrat membantu PR mencapai kemenangan.

 Di dalam isu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri perlu jelaskan matlamatkan Datuk Seri. Adakah Datuk Seri hanya ingin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditukarkan? Atau Datuk Seri inginkan Datuk Seri Wan Azizah menjadi Menteri Besar? Kedua-dua objektif itu berbeza.

Seperti mana PRK Kajang, meskipun ada di kalangan PR tidak bersetuju dengan PRK Kajang, tapi semua turun berkempen untuk kemenangan Datuk Seri Wan Azizah, demi menjaga keutuhan PR. Kerusi Dun Kajang adalah kerusi PKR, yang PKR boleh menentukannya siapa calon tanpa merujuk kepada Pas dan DAP. Tapi Datuk Seri, jangan pula Datuk Seri anggap kerusi Menteri Besar Selangor sama dengan kerusi Dun Kajang. Kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik ketiga-tiga parti – Pas, DAP dan PKR.

Cuma persetujuannya ialah hanya mereka di kalangan PKR yang dipersetujui ketiga-tiga parti boleh dilantik menjawat jawatan terpenting ini. Atas setiakawan, Pas dan DAP telah lama mengisytiharkan bahawa kerusi Menteri Besar Selangor perlu dilantik dari kalangan PKR. Tiada siapa yang ingin merampas kerusi itu daripada PKR.

Itu sudah satu kejayaan bagi Datuk Seri dan PKR. Akan tetapi, ini tidak bermakna Datuk Seri dan PKR tidak perlu mendapatkan pandangan daripada Pas dan DAP terhadap calon ganti kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. PR bergerak atas nama konsensus – di mana setiap parti ada kuasa vetonya.

Dalam hal pengganti Khalid, Datuk Seri tahu ada kuasa veto keempat iaitu istana Selangor, kuasa yang terbesar dalam kemelut ini. Ramai yang sudah memberi nasihat kepada PKR bahawa pandangan istana perlu dijadikan pertimbangan dalam strategi politik PKR. Akan tetapi, sangat malang, nasihat ini telah dibawa angin. Datuk Seri dan PKR telah mengambil langkah untuk memecat Tan Sri Khalid.

Semua memahami itu satu langkah terdesak supaya Pas dan DAP memotong nama Tan Sri Khalid daripada senarai calon dari PKR yang layak menjadi Menteri Besar Selangor. Kita boleh memahami mengapa Datuk Seri inginkan isteri Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor, selaku Presiden PKR. Akan tetapi, itu kehendak Datuk Seri dan PKR. Ini bukan bermakna semua akan menerimanya.

Halangan pertama ialah istana – sebagaimana nasib yang dihadapi Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Idris Jusoh. Saya percaya Datuk Seri juga sayangkan PR dan negeri Selangor. Dan dengan itu, Datuk Seri tidak mahu Dun dibubarkan, sebab itulah Datuk Seri cuba berjumpa dengan Sultan dan berunding dengan Pas dan DAP.

Atas dasar itu, Datuk Seri sekarang kena mempertimbangkan untuk situasi menang-menang. Datuk Seri perlu mengalah untuk mengemukakan Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor. Lantiklah calon lain dari PKR yang diperkenan Sultan. Dengan ini, kerusi Menteri Besar Selangor masih akan kekal di tangan PKR dan kerajaan negeri Selangor masih kekal di tangan PR.

Selama ini pun, Tan Sri Abdul Khalid tiada jawatan besar di dalam PKR ketika menjawat Menteri Besar Selangor. Jadi, sepatutnya tiada masalah untuk mengemukakan calon lain. Untuk PR menjadi kuat, ketiga-tiga parti perlu kuat secara sendirian.

Usah lagi paksa Pas memberi jawapan, PKR akan kehilangan Selangor tanpa Pas. Pas dan DAP ada prinsip mereka sendiri. Nasib baik, kedua-duanya ada perbezaan prinsip, jika tidak, Pas dan DAP dah cukup kuota Adun untuk membentuk kerajaan tanpa PKR. Datuk Seri sudah mendapat signal jelas dari PAS bahawa Pas ingin kekal bekerjasama dengan PR daripada kenyataan Presiden dan juga Majlis Syura Pas.

Pas dah berkali-kali tegaskan bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan Umno. Lebih besar lagi, Pas telah membuat ketetapan tidak akan menuntut kerusi Menteri Besar dari PKR. Itu sudah satu kemenangan besar untuk Datuk Seri dan PKR.

Tapi di dunia ini, you cannot win all. You gotta give some to take some. Yang Datuk Seri dan PKR perlu lakukan sekarang ialah mencari satu nama calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid yang boleh diterima istana (selain Datuk Seri Wan Azizah), dan dengan ini, segalanya akan selesai. Asalkan Datuk Seri dapat clearkan laluan istana, semua akan menyokong tanpa syarat.

Pada ketika itu, Datuk Seri dan PKR boleh terus menerajui Negeri Selangor dengan aman dan damai tanpa Tan Sri Abdul Khalid, orang yang dituduh menjadi duri dalam daging PKR. Dengan itu, objektif terbesar Datuk Seri dan PKR tercapai, cuma objektif kedua sedikit tersasar, tapi ia sudah cukup bagus.

Kalau sekiranya objektif kedua lebih besar daripada objektif membuang Tan Sri Abdul Khalid, maaflah saya kerana tersalah anggap. Lawan tetap lawan. Tapi lawan Datuk Seri bukanlah PAS dan DAP mahupun istana.

 Akhir sekali, PR melambangkan kejayaan kareer politik Datuk Seri. Mendapat 52 peratus undi popular di PRU13 ialah satu kejayaan. Bagi saya, itulah yang Datuk Seri perlu pertahankan.

Rabu, 13 Ogos 2014

Kronologi Krisis MB Di Selangor.


Krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor tercetus dengan 'Langkah Kajang' yang dimulakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang Mac lepas, bertujuan menjadikan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baharu.
 
27 JANUARI: Wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kajang bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding pada PRK kawasan itu.
 
Bagaimanapun, hasrat Anwar terbantut setelah gagal menjadi calon kerusi DUN Kajang selepas mahkamah mendapati beliau bersalah atas tuduhan liwatnya, lalu isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipertaruhkan untuk kerusi itu.
 
26 FEBRUARI: Abdul Khalid, mewakili Kerajaan Selangor menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Persekutuan untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang tertangguh sejak 2008.

Tindakan itu mengecewakan pimpinan PKR yang mendakwa Abdul Khalid tidak membincangkan mengenai perkara tersebut dengan mereka.
 
26 JUN: Abdul Khalid gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan parti apabila tewas kepada bekas anggota Parlimen Kapar, S.Manikavasagam.

21 JULAI: PKR menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid.
 
22 JULAI: Abdul Khalid dalam kenyataan media berkata walaupun menghormati keputusan PKR yang mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai penggantinya, namun segala tatacara pelantikan perlu dibuat mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Abdul Khalid berkata sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, beliau akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.
  
25 JULAI: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor atas alasan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.
 
1 OGOS: Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menyuarakan sokongan penuh parti itu terhadap cadangan meletakkan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
 
4 OGOS: Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mendedahkan nota setebal lebih 40 muka surat mengenai dakwaan salah laku Abdul Khalid seperti isu penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor kepada Eco World dan projek pembinaan rumah mampu milik di Sungai Sering, Ukay Perdana.

5 OGOS: Lembaga Disiplin PKR hantar surat tunjuk sebab kepada Abdul Khalid mengenai keengganannya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
 
6 & 8 OGOS: Abdul Khalid membalas surat tunjuk sebab.

9 OGOS: PKR memecat Abdul Khalid daripada parti berkuat kuasa serta-merta.

Abdul Khalid dalam kenyataan media kemudian memberitahu bahawa beliau menerima keputusan PKR yang memecatnya daripada parti walaupun beliau mendakwa tindakan itu salah dan cacat dari segi undang-undang.
 
10 OGOS: Abdul Khalid memberitahu pemberita bahawa beliau akan meneruskan tugasannya seperti biasa sehingga mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor diadakan pada 11 Ogos.

11 OGOS: Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor bagi memaklumkan pemecatannya daripada PKR selain membincangkan kemelut jawatan Menteri Besar.

11 OGOS: Dalam sidang media khas kemudiannya Abdul Khalid mengumumkan bahawa beliau telah mendapat perkenan Sultan Selangor untuk terus memegang jawatan Menteri Besar Selangor.
 
Menteri Besar itu turut menyarankan supaya anggota Exco yang tidak menyokong kepimpinan beliau supaya meletak jawatan. Beliau juga berkata akan mengadakan pertemuan dengan barisan exco kerajaan negeri secara individu bagi mengetahui sokongan dan pendirian mereka terhadap kepimpinan beliau.

12 OGOS: Empat anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada Pas berkata akan terus berkhidmat di bawah pentadbiran Abdul Khalid seperti yang diarahkan pucuk pimpinan parti itu.

Enam anggota Exco daripada DAP dan PKR dalam kenyataan bersama berkata mereka akan terus menjalankan tugas masing-masing tetapi menegaskan tidak akan berjumpa dengan Abdul Khalid kecuali pada mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Selain itu keenam-enam exco tersebut dilaporkan berkata dalam urusan melibatkan mereka, kedudukan dan fungsi Abdul Khalid hanyalah dalam kapasiti peralihan sementara menunggu seorang menteri besar daripada Pakatan Rakyat dilantik. Mereka juga berkata Abdul Khalid dan MMKN tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian.

12 OGOS: Abdul Khalid mengumumkan telah menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi memohon perkenan untuk memecat enam anggota Exco kerajaan negeri daripada DAP dan PKR yang tidak menyokong pentadbirannya.

Keenam-enam Exco terbabit dalam sidang media bagaimanapun bertekad untuk datang ke pejabat masing-masing di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam esok kerana menganggap pemecatan itu tidak sah berikutan belum mendapat perkenan Sultan Selangor.
 
13 OGOS: Abdul Khalid mempengerusikan mesyuarat MMKN dengan dihadiri empat anggota Exco kerajaan negeri daripada Pas dan tiga pegawai ex-officio.
  
13 OGOS: Pada sidang media selepas mesyuarat itu, Abdul Khalid mengumumkan pemecatan lima anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada DAP dan PKR dibuat secara sah dan mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkuat kuasa semalam (12 Ogos). Beliau turut mengesahkan surat pemecatan kepada seorang anggota Exco daripada PKR Rodziah Ismail masih belum dihantar kerana Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga itu dikatakan berada di luar negara.
 
Abdul Khalid juga berkata, jumlah korum yang menghadiri mesyuarat MMKN memadai dan sah mengikut Artikel 53 (2)(b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang menetapkan sekurang-kurangnya mempunyai empat anggota MMKN untuk mentadbir negeri secara sah. - Bernama

Jawapan Untuk Rafizi : Isu Penyelesaian Bank Islam - TSKI!

ISU BANK ISLAM DENGAN TAN SRI KHALID TIADA KAITAN UMNO


Dakwaan Rafizi Ramli yg menuduh berlakunya penyelewengan Tan Sri Khalid dalam kesnya dengan Bank Islam adalah satu fitnah besar apatah lagi berniat jahat dengan mengaitkannya dengan UMNO.

Kes Bank Islam vs Tan Sri Khalid amat dekat dengan saya kerana keterlibatan saya secara aktif dalam industri kewangan Islam. Saya sendiri pernah ditawarkan menjadi saksi pakar bagi pihak Bank Islam pada tahun 2009 sebelum Akta Bank Negara 2009 dipinda yg memberi kuasa kepada Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara selaku badan tertinggi dan pemutus dalam hal ehwah Syariah yang menyentuh institusi2 kewangan termasuk perbankan dan takaful. Di bawah Akta ini, pandangan pakar luar tidak lagi diperlukan kerana Mahkamah harus terus merujuk kepada MPS Bank Negara.

Dalam kes Tan Sri Khalid isu penyelesaian di luar mahkamah langsung tiada kaitan dengan penyelewengan mahupun perjanjian 'bawah meja'. Ia melibatkan dua isu besar iaitu: (1) perselisihan mengenai isu2 Syariah yang menyentuh kontrak Bai' al-'Inah dan kaedah perlaksanaannya termasuk isu 'inter-conditionality', 'pre-signed documents' dan muwaataah. (2) keabsahan Akta Bank Negara 2009 khususnya melibatkan kedudukan MPS yang terkait dengan isu Perlembagaan iaitu pemisahan kuasa (separation of power) antara badan kehakiman, eksekutif dan legislatif.

Beberapa kerumitan yang terkait dengan isu2 inilah yang akhirnya menjurus kepada persetujuan kedua2 pihak untuk menyelesaikan perselisihan di luar mahkamah. Maaf selebihnya saya tidak dapat berkongsi kerana terkait dengan kerahsiaan dan kepentingan awam yang melibatkan pembangunan sistem kewangan Islam di Malaysia.


Persoalan besar yg perlu ditanya kepada Rafizi dan PKR, kenapa baru sekarang isu ini ditimbulkan walhal kes Bank Islam ini sudah berlarutan di pelbagai peringkat Mahkamah sebelum Tan Sri Khalid menjadi MB lagi? Mengaitkannya dengan UMNO juga adalah satu fitnah dan tohmah yang jahat dalam usaha mengkambing-hitamkan pihak ketiga dalam masalah dalaman kronik PKR yg bersungguh2 ingin menobatkan isteri Ketua Umumnya sebagai MB.





Oleh 




Asyraf Wajdi Dusuki
 
--------------------------------
 
Penyiaran tidak bermaksud sokongan. Ia hanyalah sekadar tindakan meraikan kepelbagaian dan hujah.
 
Dalam kurungan 1 merujuk kepada sistem perbankan BBA.
 
Ini je point yang aku nak tunjukkan. Ia senada dengan point Azrul dalam isu pembayaran hutang BANK ISLAM - TSKI. Yang lain2 pandai2 korang la nak tafsir sendiri. Aku tak campur.
 
Kbai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...