Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 16 Ogos 2014

Krisis Selangor - Kemaskini Terbaru 16/8.

Untuk kemaskini setakat 16/8.


- Khalid Ibrahim tak menafikan dakwaan bahawa DUN Selangor mungkin akan dibubarkan.

- LGE menuduh Khalid Ibrahim pentingkan diri jika bubar DUN dan adakan PRN.

- Khalid Ibrahim menjawab surat terbuka Husam. Katanya, Husam boleh mendapatkan sendiri penjelasan dari ahli jawatankuasa PAS atas apa yang berlaku.

- Sebuah NGO yang dibentuk oleh bekas2 ahli PKR ditubuhkan dan mengecam / menolak perlantikkan Wan Azizah sebagai bakal MB baru Selangor.

- Mahathir dilaporkan berkata krisis di Selangor adalah berpunca dari cita2 peribadi Anwar yang mahu menguasai Selangor dan seterusnya menggunakan aset negeri itu untuk membeli MP2 BN agar lompat parti untuk membolehkan nya menawan PUTRAJAYA.

- Khalid Ibrahim pada hari ini membuat laporan mengenai dakwaan salah laku berhubung pemecatannya sebagai ahli PKR baru2 ini.

- Dr. Maza memberitahu bahawa dia tidak bersetuju Wan Azizah dilantik sebagai Mb Selangor namun tidak menjelaskan apa sebab2nya secara terperinci. Dalam pada itu dia menegaskan kewibawaan Wan Azizah tidak diragui atas status wanita yang dia miliki.

- Subky Abdul Latif, bekas wartawan dan juga bekas pemimpin PAS menyelar pandangan sesetengah pihak dalam PR yang menyalahkan PAS bulat2 dalam apa yang terjadi di krisis Selangor. Dengan meletakkan segala2 kesalahan di atas bahu PAS, tanpa melihat kesalahan yang dilakukan oleh PKR dan DAP, ia adalah jalan mudah bagi sesetengah pihak untuk alihkan perhatian dari masalah sebenar.

- SUA PAS, Mustafa Ali mengeluarkan dua kenyataan ;

1. PAS telah meletakkan beberapa calon alternatif selain dari DSWA untuk diberikan kepada sultan bagi tujuan perkenan.

2. PAS juga mendesak agar PKR dan DAP memberikan penjelasan atas sebab apa mereka marahkan PAS apabila PAS mengarahkan keempat2 ahli exco bertahan sebagai exco agar DUN tidak dibubar sekaligus mempertahankan kerajaan PR.

Ada orang yang tak faham. Dia bagi hujah. Hello. TSKI kata mana ada kerajaan PR di Selangor. Lue lancau la PAS. Nak tipu agak2. Aku rasa orang yang bagi hujah begini ada masalah dengan konsistensi dia.

Pertama, dia tolak Khalid. 

Kedua. Dia kaitkan pendirian Khalid dengan pendirian PAS.

Apa yang Khalid cakap mewakili Khalid, bukan mewakili PAS.

PAS bercakap mewakili PAS. Hidup jangan jadi bebal sangat walaupun ko memang bebal.

Khalid cakap takde kerajaan PR itu dia punya pasal. Itu dia punya point. Dia punya hal. Dia punya pendapat.

PAS bercakap dari sudut perlembagaan negeri. Kedudukan exco PAS bagi membuktikan bahawa sekurang2nya 1 daripada 3 parti yang menjadi kerajaan negeri sedang bertahan disitu untuk memastikan DUN tidak dibubarkan sewenang2nya. Sementara PR sedang mencari solusi terbaik untuk selesaikan masalah berbangkit adalah amat baik untuk LIM GUAN ENG tidak bersikap EMOSI dalam menzahirkan PENDAPAT di hadapan media.

Sementara PAS sedang mempertahankan PR, dimaki hamun pula oleh geng2 PKR dan DAP tanpa henti. Sebab apa? Sebab tidak memahami bagaimana perlantikkan ataupun perletakkan jawatan exco mempengaruhi pentadbiran satu2 negeri. Sementara PAS diperlihatkan sedang berurusan, memujuk ataupun menemani Khalid di waktu2 sukar akibat dianiaya oleh PKR, geng2 PKR dan DAP hanya tahu memaki hamun. Semua perkara adalah dalam pengetahuan mereka. Dunia ini harus beroperasi sepertimana yang mereka fikirkan. Owh yeah, mereka kan suka tunjuk pandai dalam segala2 hal yang berlaku di dunia neh. Mereka tak pernah tak pandai, mereka juga tak pernah tatau apa2. Semua benda mereka pandai, semua benda mereka tahu, yang aku pelik, apasal pula benda yang dalam ahti Khalid mereka tak boleh predict?

Khalid. Hanya mahu 1 benda.

Singkirkan dia secara berhemah. Tanpa fitnah dan tuduhan.

Dia takan berundur setelah imej dan intergritinya tercalar. Andai dia disingkirkan elok2 dari sidang DUN, melalui proses undi tidak percaya, dia akan akur dan hormat dengan keputusan itu. Sekarangnya ahtinya sakit. Sakit difitnah. Sakit dipermainkan. Sakit dipergunakan. PKR perlu gunakan DUN usul undi tidak percaya untuk singkirkan Khalid secara berhemah. Meskipun selepas ini dia mungkin mengambil beberapa tindakan undang2 bagi membersihkan semula imejnya yang teruk dicalarkan dan dipermainkan oleh PKR.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...