Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 11 Ogos 2014

Ucapan Hari Lahir Khalid Kepada Anwar Jadi Perhatian Di Media Sosial.

Siang tadi kan Khalid Ibrahim ada buat satu ucapan hari lahir untuk Anwar Ibrahim. Pada semalam 10 Ogos, ialah hari ulangtahun kelahiran DS Anwar Ibrahim yang ke 64. Maka genapla sudah usia DSAI memasuki ke angka 64 tahun lamanya.

Berikut ucapan yang Khalid Ibrahim buat ;








Ramai yang retweet dan memuji TSKI sebagai seseorang yang berjiwa besar. Selain dari itu ramai juga yang reply dengan menyatakan sokongan kepada TSKI. Rata2 rakyat marhaen aje. Tak perasan samada DSAi reply ke tak tapi yang pasti tindakan TSKI memang mendapat pujian ramai pihak.

Bahkan, dia siap minta demo yang bakal dilakukan oleh penyokong2nya juga dibatalkan. Jangan buat apa2 demo dan program. Sila bertenang dulu. Bagus sikap dia neh.

Dia pun tak cakap banyak depan media. Hanya ulas point penting. Takde sentap, takde emosi macam krisis Terengganu dulu. Hanya mengulas bahawa dia memahami bahawa dia telah dipecat dan akan jumpa RAJA untuk bincangkan perkara tersebut disamping akan terus menjalankan kerja2 MB macam biasa.

Fuhhhhh..

Aku tabik gila. Macam mana dia boleh bersikap tenang ek? Geng2 PKR ramai yang kutuk dan maki hamun dia. Tak kurang juga siap buat poster dan kaitkan dia dengan BN. Tak kurang juga yang mula mengungkit2 usul kenaikan kenaikan MB. Antara sebab kenapa PKR patut singkirkan dia.

Haha.

Kemon la. Ini la lalang yang sebenarnya. Orang tak berparti macam aku bukan lalang. Stance kami KEBENARAN. Kami bukan berpijak pada parti. Dan takde parti tak menjadikan kami lalang. Tapi korang yang flip flop itulah lalang sebenarnya.
 
Aku ingat dulu. Aku rasa geng2 yang menyalak neh, kalau korang tengok posting2 lepas dorang, dorang la paling kuat bekap usul kenaikan gaji atas alasan kerajaan Selangor bersih dan memang layak berbuat demikian.

KEPALA HOTAK KAU BERJAMBUL.

Aku antara yang menentang usul tersebut. Dan antara yang kena marah juga dengan geng2 PKR tue. Tapi tengokla wajah mereka sebenar sekarang macam mana. Nak tahu sapa ikhlas, sapa jujur, sapa berani bercakap benar, sapa pula benar2 berada di landasan yang tepat, inila masanya. Korang akan tahu juga. Benda macam neh, masa akan membuktikan kepada korang semua, siapa diri kita sebenarnya. Kita kalau benar2 berjuang untuk rakyat, pada ketika itu ia berlaku, pada ketika itulah juga kita melawannya. Kita kalau berjuang untuk parti dan kepentingan sesetengah orang, salah atau betul ikut pendirian parti dan manfaat kepada diri kita. Yang neh aku tak payah nak ajar sorang2 kot. Lue ada akal kan? Lue fikirlah sendiri ek.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...