Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 10 Ogos 2014

Forum Khalid Belot Kecoh - Pro Khalid Bertembung Anti Khalid.

Malam tadi bertempat di Dewan KLSCAH telah berlangsungnya satu forum. Isu Khalid neh lah.


PKR telah menghantar wakilnya. Rozan. Rozan telah berucap di atas pentas itu atas arahan parti. Ucapan macam biasa, mengkritik kepimpinan Khalid dan kenapa tindakan memecat Khalid Ibrahim sebagai ahli parti itu tepat dan kenapa pula tindakan PKR menukarkan MB nya daripada Khalid kepada Wan Azizah perlu diterima orang ramai.

Apa yang berlaku tadi ialah. Dah namanya pun FORUM kan. Kita nak berdiskusi. Berbahas. Bertukar2 pendapat dan idea. Tetapi Rozan telah 'menyalahgunakan' kesempatan itu dengan mengconvertkan sebuah forum diskusi kepada forum ceramah. Mana orang tak melenting naik marah.

Apa pun. Secara peribadi bukan la Rozan yang jadi isu. Ini semua keputusan PKR yang mana mereka2 ini terpaksa membawa hala tuju parti. Kita boleh suka tak suka tapi once parti dah arah you, you nak buat macam mana? Engkar? Tunggu kena pecat la macam Khalid Ibrahim tue jawabnya.

Ha Ha Ha.

Berikut gambar2 yang dikongsikan oleh Rara Othman. Kredit kat dia ye.





Kena sound dengan pakcik neh. Marah betul dia.

Salah seorang yang diberikan kesempatan untuk berucap atas pentas ialah Pak Faisal. Nanti ada videonya, korang boleh tengok apa yang dia bidas PKR dan Anwar kaw2 dalam isu neh. Pak Faisal neh orang2 lama aka senior dalam perjuangan keadilan. Kalau korang nak tahu. Ini yang dikatakan menjadi sebab kenapa Anwar nak sangat tukarkan MB Khalid kepada Wan Azizah. Aku anggap ia adalah spekulasi sehingga bukti mengesahkan ia adalah fakta.

Baca ini. Kena faham bila aku sebut bukan fakta. So jangan anggap apa yang aku tulis ini adalah fakta. Ini adalah apa yang orang2 lama borakkan dalam forum tersebut. Penulisan semula adalah bagi tujuan penceritaan. Bukan bermaksud apabila ada orang cerita kat ko then ko kena anggap benda tue fakta. Seterusnya, macam mana ko nak fikir nak anggap atau apa, ia adalah terpulang kepada hak masing2. Lantak kau la. 

Umum tahu. DSAI menghadapi kes mahkamah dalam pertuduhan liwat. DSAI beranggapan bahawa by hook or by crook BN akan tetap gunakan kes liwat untuk mengheret dia ke penjara dan mencalarkan intergriti dia seumur hidup. So, hanya ada satu jalan untuk memastikan dia bebas sepenuhnya dari tuduhan2 itu dan sekaligus membersihkan imej dia secara peribadi. Point pertama.

DSAI mahu menjadi PM. Hanya dengan menjadi PM dia boleh memastikan perubahan yang dia nak buat itu akan tercapai. Sejajar dengan apa yang rakyat harapkan ke atas bahu dia. Point kedua.

Apa yang dia fikirkan ialah, dengan menjadi PM dia mampu mengubah keadaan itu.

Tapi, dalam PRU yang lepas nampaknya PR gagal ambil alih kerajaan. So plan dorang, dengan menjadikan DSWA sebagai MB, menguasai MBI yang mana ada berbillion2 wang ringgit rakyat Selangor, gunakan duit tersebut untuk umpan ahli parlimen BN melompat agar BN jatuh dari pentadbiran negara dan sekaligus PR boleh ambil alih.

Bila dikatakan langkah Kajang itu adalah untuk menawan Putrajaya. Adalah merujuk kepada point di atas. Itu yang diceritakan.

Khalid sama sekali tidak mahu berkompromi.

Ini bukan isu nak halang langkah Kajang. Tetapi tujuan beli MP gunakan duit rakyat. Ini point dia. 

Tapi rakyat tak faham dan takan faham sebab mereka nampak sekarang PKR beriya2 jatuhkan Khalid dengan gunakan hujah2 yang tak masuk akal dan tak terbukti dari segi fakta. Rakyat mahukan fakta yang jelas, kat mana Khalid salah.

PKR memang ada bagi bukti dan hujah cumanya, ia bukan begitu kuat. Rakyat tak terbeli dengan hujah2 itu masalahnya. Dan lebih teruk, ianya boleh disangkal semula. So macam mana?

Akibatnya. Habislah kita semua berlaga sesama sendiri menunggu kehancuran la jawabnya.

Lue fikirlah sendiri ek.

Apa2 pun. Aku harap kawan2 PKR perlu bertenang dan kena bertenang. Jangan sampai perkara ini memutuskan ikatan dan perhubungan kita. Perjuangan kita musnah kalau masing2 ego dan enggan mengalah. Ingat. Serangan ke atas PAS atau mana2 individu adalah tidak perlu walaupun korang rasa sakit ahti bila dia berbeza pendapat dengan kau. Kawal emosi korang ketika zahirkan hujah. Jangan letakkan tuduhan tanpa fakta berasas hanya semata2 nak bawa matlamat parti korang. Chill okay.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...