Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 11 Ogos 2014

Khalid Penderhaka Yang Belum Masuk Neraka Lagi - Zuraidah.



Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin mencabar Khalid untuk menubuhkan parti politik baru dan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk mengukur sokongannya di Selangor.

Beliau menuduh Khalid sebagai menderhaka kepada PKR kerana enggan mengikut arahan parti untuk memberi laluan kepada presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah mengambil alih jawatan itu.

"Parti memilih Presiden dan sanggup juga (Khalid) ingkar, bagaimana kita mahu menerima anggota yang bersikap demikian. Derhaka tapi belum masuk neraka lagilah.

"Mestilah ada sikap rendah diri cukuplah lima tahun kita beri untuk beliau mentadbir cara beliau dan sekarang kita minta beliau bagi laluan tapi beliau berdegil,” kata Zuraida.

"Saya cakap tentang etika anggota parti. Harus mematuhi undang-undang parti kalau tidak mahu buat parti sendiri dan jadi MB sendiri,” tambah beliau yang juga timbalan pengerusi PKR Selangor.

“Lepas ni (saya minta Khalid) buat parti BEBAS ikut pilihan raya tengok boleh menang ke tidak," katanya ketika menyampaikan Penerangan Isu Semasa Selangor kepada rakyat Shah Alam.

Jelasnya lagi, keputusan parti untuk menyingkirkan menteri besar Selangor itu diambil petang tadi setelah parti sabar menunggu penjelasan Khalid bersabit beberapa isu.

"Kami di peringkat kepimpinan tidak mahu sampai ke tahap begini sebenarnya sebab kita malu kita juga tidak mahu mengaibkan orang tapi kita banyak bersabar maka kita ambil tindakan ini,” kata Zuraida.

ADUN Kota Anggerik Yaakob Sapari mengakui Khalid kuat bekerja namun gagal mengimbangkan tugasnya dalam berkhidmat untuk rakyat.

Malah ramai penduduk di kawasan DUNnya di Pelabuhan Klang merungut tidak berjumpa Khalid lebih daripada setahun.

"Bukan kata Khalid tidak baik tapi kita nak lebih baik.

"Sebagai wakil rakyat kena seimbang tugas di kerjaan dan dibawah kena ada. Ada yang mengadu sudah setahun tidak berjumpa dengan ADUN Pelabuhan Klang,” kata Yakob.

Beliau berkata mana-mana parti politik tidak mungkin menerima pemimpin yang tidak sehaluan dengan aspirasi dan perjuangan parti.

"Ini di negeri Selangor, MB ke tempat lain parti politik ke tempat lain. Tidak ada keselarian," ujar beliau lagi - Antarapos-

Satu penerangan yang baik dari Adun Kota Anggerik.

Dah berapa tahun korang tak jumpa wakil rakyat korang? Lebih setahun atau kurang setahun? Tanpa kira wakil rakyat dari mana2 parti, asalkan korang ialah penduduk kawasan di satu2 negeri, meh la kongsikan kat ruangan komen, nyatakan dah berapa tahun korang tak jumpa wakil rakyat korang. Kita minta adun Kota Anggerik up kan isu neh. Memang menarik dan sangat bernas untuk dibahaskan. Dasar wakil rakyat PEMALAS NAK MAMPOS.

Dan, apa? Zuraidah cakap pasal neraka? Khalid penderhaka namanya? Tapi tak masuk neraka lagi? Apa maksudnya tue? Kenapa point dia macam tue? Dia nak cakap, oooooo Khalid penderhaka, tapi tak masuk neraka lagi.. maksudnya sebab Khalid tue penderhaka, maka ada la ruang untuk berubah sebab tak masuk ke dalam neraka lagi ke?

Haha.

Siyes la Zuraidah. Jangan cakap lepas. Jaga mulut. Jaga peribadi. Kau tahu tak orang panggil ko mak lampir? Kau tau tak orang2 parti kau sendiri panggil kau mak lampir? Sesungguhnya malu la aku melihat wanita keadilan diwakili oleh Zuraidah. Kalau aku ahli parti, automatik aku keluar parti. Tak sanggup aku nak berketuakan dia neh. MAMPOS lagi baik. Asal bukan ZURAIDAH!

Kbai.

Untuk video klik sini.


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...