Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 15 April 2017

Semakan Fakta - Ya Atau Tidak Rafizi Cadangkan Harga Minyak Disemak Mingguan Kemudiannya Uturn.

Semakan fakta kali ini adalah tentang isu Rafizi yang dikatakan UTURN selepas mencadangkan kepada kerajaan agar melakukan semakan harga minyak secara mingguan supaya tidak membebankan pengguna. Selepas mencadangkan perkara itu dan kerajaan melaksanakan ia, Rafizi sekali lagi mengkritik kerajaan kerana melakukan semakan harga minyak secara mingguan.

Benarkah dakwaan ini yang tersebar dalam bentuk poster dan komen terutamanya dikalangan yang menyokong parti kerajaan?

Mari kita lakukan semakan fakta tentang hal ini.

Pada Januari 2, tahun 2015 Rafizi ada mencadangkan semakan harga minyak dilakukan secara mingguan disebabkan dua faktor utama iaitu;

1. Harga minyak jatuh setiap hari, oleh itu ia menyebabkan rakyat perlu membayar lebih jika harga ditetapkan secara bulanan.

2. Apabila rakyat membayar lebih, maka setiap sen lebihan dikutip sebagai cukai.

Kenyataan itu boleh dilihat dibawah ini;


(rujukan kami)
 
Kemudiannya bermula pertengahan Mac lepas, kerajaan telah menetapkan harga minyak secara mingguan. Kerajaan juga mengumumkan akan menetapkan harga siling bagi minyak namun ia masih lagi belum diumumkan.

Untuk rekod, sebelum subsidi minyak dimahsuhkan sepenuhnya, Najib berkata kerajaan akan memperkenalkan satu mekanisme baru agar subsidi minyak hanya sampai kepada golongan yang benar-benar perlu namun perkara itu masih belum dilaksanakan walaupun kenyataan itu dikeluarkan pada akhir tahun 2014.

Selepas kerajaan memutuskan untuk membuat semakan harga minyak secara mingguan, Rafizi sekali lagi tampil mengkritik tindakan tersebut. Berikut dibawah adalah point-point Rafizi terhadap tindakan kerajaan;


(rujukan kami)

Semakan fakta mendapati;

1. Pada awal cadangan Rafizi tentang harga minyak disemak setiap minggu adalah kerana ketika itu harga minyak menurun dengan kerap; ia bagi menghalang kerajaan mengutip lebihan sen sebagai cukai.

2. Rafizi tidak menyebut sama sekali = tertakluk kepada pengembalian subsidi.

3. Rafizi hanya menyebut; ia akan membebankan pengguna dan kerajaan pula mendapat manfaat dengan mengenakan cukai secara tersembunyi.

4. Bagaimanapun setelah dikritik, Rafizi menegaskan cadangan beliau yang terdahulu tertakluk kepada pengembalian subsidi minyak; yang mana kami membaca dan meneliti satu per satu kandungan kenyataan tersebut dan pihak kami mendapati tiada satu pun ayat 'tertakluk kepada pengembalian subsidi minyak' disitu.

5. Ya, pihak kami beranggapan Rafizi bersikap seperti "uturn" namun dalam masa yang sama, cadangan terbaru Rafizi adalah baik untuk kebaikan rakyat. Rafizi tidak uturn dalam pendiriannya bahawa harga minyak patut disemak setiap minggu sebaliknya Rafizi menambahbaik cadangan lama kepada satu mekanisme penetapan harga minyak yang lebih menyeluruh; dimana rakyat tidak dibebankan samada harga minyak naik atau ketika harga minyak turun.

6. Harga siling = ialah satu had harga yang ditetapkan. Jika harga minyak mencapai harga siling yang telah ditetapkan terlebih awal, kerajaan hanya perlu menjual harga minyak pada harga siling tersebut dan menyerap lebihan kos dengan menanggungnya sebagai subsidi. Mekanisme ini baik jika harga minyak menjadi terlalu mahal dan diluar kemampuan pengguna.

7. Harga disemak secara mingguan = ialah harga minyak yang disemak dan dikemaskini secara mingguan. Mekanisme ini sangat tepat apabila harga minyak jatuh setiap hari atau jatuh terlalu kerap. Maka kerajaan tiada peluang atau kurangnya peluang untuk menyerap lebihan sen sebagai cukai.

Diharapkan kerajaan memperkenalkan harga siling minyak dan mengembalikan subsidi jika harga minyak melebihi dari harga siling yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

Semakan fakta ini bukan bertujuan untuk melawan atau mengampu mana-mana individu/pihak yang dinamakan dalam artikel ini sebaliknya hanya mahu menegaskan bahawa rakyat Malaysia berhak mendapatkan fakta sebenar. 

Terima kasih.

Akaun Bersumpah Rafizi Tak Laku, Kerana Guna Perkataan 'Sekiranya' Kata Pengkritik.

Oleh : Abdel Rahmanov

Akuan Bersumpah atau Statutory Declaration mempunyai impak yang kuat dari segi perundangan. Jika akuan berkenaan didapati palsu maka apabila disabitkan boleh dipenjarakan dan dikenakan denda oleh mahkamah. Dengan itu, mereka yang mengeluarkan Akuan Bersumpah mempunyai implikasi yang berat ke atasnya.

Namun Akuan Bersumpah oleh seorang Ahli Parlimen pada minggu lepas tidak mempunyai impak perundangan yang kuat ke atasnya. Ini kerana dakwaan itu berdasarkan cerita daripada pegawai terkanan SPRM. Dakwaan itu bukan daripada dirinya sendiri. Maka ia masih lagi dalam konteks 'hearsay'. Lebih menarik beliau tidak nyatakan langsung nama pegawai terkanan SPRM tersebut.

Selain itu, di dalam Akuan Bersumpah itu juga menggunakan perkataan "sekiranya" yang tidak kuat dari segi dakwaan. Ia lebih merujuk kepada andaian semata-mata. Penggunaan perkataan "sekiranya" mampu melindungi implikasi perundangan ke atas orang yang mengeluarkan Akuan Bersumpah.

Semasa sidang media berkenaan, beliau juga mendakwa wang 1MDB yang disalurkan kepada seorang bekas pimpinan parti itu berkemungkinan digunakan untuk aktiviti parti. Ini adalah penyalahgunaan duit rakyat. Jika diperhatikan dakwaan ini tidak dinyatakan di dalam Akuan Bersumpah. Maka ia tidak memiliki kesan sebagaimana dalam Akuan Bersumpah.

Justeru itu, Akuan Bersumpah yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen ini walaupun nampak kuat dari segi perundangan. Namun pemilihan perkataan dan helah yang digunakan oleh beliau dapat menyelamatkannya daripada dakwaan melakukan Akuan Bersumpah yang palsu. 

Inilah kecerdikan manipulasi sistem perundangan dan mengkaburi pemikiran rakyat. Pada awalnya mungkin rakyat masih kabur dan percaya. Namun lama kelamaan tahap 'kecerdikan' seseorang itu akan terlerai jua. Ketahuilah rakyat lebih cerdik dalam menilai.

PAS Tak terkejut Dengan Fitnah Rafizi, Nasharuddin Ambil Tindakan Undang2.

Oleh : HarakahDaily 

PAS tak terkejut langsung dakwaan Rafizi

DAKWAAN Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli kononnya ada pemimpin yang rapat dengan PAS menerima dana 1MDB langsung tidak mengejutkan PAS.

Sebaliknya, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kenyataan yang dibuat oleh Rafizi itu bukanlah berita yang mengejutkan.

Menurutnya, secara peribadi kenyataan pemimpin PKR itu lebih bersifat fitnah terhadap PAS dengan mengaitkan nama bekas Timbalan Presiden PAS.

Ini kerana, kata beliau bahawa Nasharudin Mat Isa telah lama tidak bersama PAS sejak tahun 2011 selepas kalah dalam pemilihan muktamar parti.

“Musuh memang kerja dia. Sebab itu, bila Rafizi membuat kenyataan kononnya ada pemimpin PAS, pemimpin yang rapat dengan PAS menerima dana daripada 1MDB dan yang dimaksudkan itu ialah Nasharudin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS.

“Wartawan telefon saya banyak nak minta komen. Saya kata, saya tak terkejut langsung. Berita ini bukan berita yang mengejutkan tapi berita tak ada benda yang nak terkejut.

“Nasharudin Mat Isa sudah tidak bersama dengan PAS sejak tahun 2011 selepas kalah pemilihan, tak pernah hadir dalam program bersama dengan PAS.

“Dia ini dilantik untuk mengetuai satu GLC, satu syarikat Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang ‘direct’ bawah Perdana Menteri.

“Itu urusan dia, tak ada kena-mengena dengan PAS pun dan PAS tidak pernah mendapat apa-apa sumbangan daripada beliau. Sebab itu, jika ada kes urusan dengan dialah,” jelasnya dalam Ceramah Gema PRU14 di Kampung Gong Kiat, Kuala Terengganu, semalam.

Katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low telah membuat kenyataan setakat hari ini, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menerima sebarang bukti mengait PAS dengan dana RM90 juta.

“Orang tuduh takkan kita percaya terus dengan orang tuduh. Memang kerja orang kaki fitnah ini, kerja dia begitu.

“Apa yang pelik sekarang ini. Saya duduk dalam Jawatankuasa PAS Pusat, orang lantik Timbalan Presiden. Mesyuarat PAS Pusat saya hadir, Mesyuarat Harian PAS Pusat saya hadir, Mesyuarat Syura Ulamak pun saya terlibat, Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat pun saya terlibat. Semua mesyuarat parti saya terlibat.

“Kalau ada parti terima dana daripada luar saya mesti tahu. Tapi yang peliknya, kita yang masuk mesyuarat, beritahu orang, orang tak percaya kita yang masuk mesyuarat dan orang yang tak masuk mesyuarat itu orang percaya. Tidakkah itu ‘bengong’.

“Orang yang tak masuk mesyuarat orang percaya, kita yang masuk mesyuarat orang tak percaya. Inilah zaman fitnah,” ujarnya.

Justeru, katanya PAS tidak terjejas dengan tuduhan fitnah seumpama itu dan akan meneruskan perjuangan Islam sehingga Islam didaulatkan.


Dalam pada itu, Nasharuddin Mat Isa yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut mengeluarkan satu kenyataan media pada semalam yang menjelaskan pihak beliau menafikan dakwaan Rafizi dan bersedia mengambil tindakan perundangan terhadap tuduhan tersebut.

Rafizi Mahu Nasharuddin Buat Kanun Bersumpah, Isytihar Harta.

Kenyataan Media

AHLI PARLIMEN PANDAN
15 April 2017

NASHARUDDIN PERLU BUAT AKUAN BERKANUN ISYTIHAR HARTA, KHAIRUDDIN PATUT SIASAT LEBIH MENDALAM MAKLUMAT SKANDAL 1MDB


Saya telah menjangkakan kesemua reaksi yang bakal diberikan apabila saya mendedahkan mengenai aliran wang dari dana SRC Internasional Sdn Bhd ke akaun peribadi YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, seterusnya sampai ke akaun Datuk Dr Nasharuddin Mat Isa.

Ada pimpinan terkanan PAS yang menggelarkan saya kaki fitnah, ada yang menyuruh saya bertaubat. Seperti kebiasaannya saya dihukum dengan pelbagai gelaran dan penghinaan. Ada penyokong PAS yang tidak putus-putus menghantar mesej (melalui media sosial atau pesanan Whatsapp) menuduh saya kafir, ejen Yahudi dan pelbagai lagi.

Saya tidak sedikit pun terkesan. Saya pernah melalui semua ini setiap kali saya mendedahkan sesuatu penyelewengan wang rakyat sejak tahun 2011 lagi, iaitu kes-kes yang tidak diambil tindakan atau yang kelihatan dilindungi kerana ia melibatkan Perdana Menteri atau Menteri kanan.

Memang lumrah pihak yang terkena batang hidung akan memaki hamun saya.

Apabila saya mendedahkan mengenai dana rakyat RM250 juta yang sepatutnya digunakan untuk membantu penternak lembu miskin digunakan untuk membeli hartanah mewah oleh keluarga menteri kanan, saya dimaki hamun oleh orang-orang Umno dan seluruh kekuatan jentera media Umno.

Ketika itu, yang paling ghairah mahukan saya di pentas ceramah membawa isu ini ke kampung-kampung adalah pimpinan PAS dan jentera PAS. Permintaan untuk turun membantu kerusi-kerusi mereka membawa isu NFC ini paling banyaknya dari jentera PAS, bukan pun dari jentera KEADILAN kerana KEADILAN banyak bertanding di bandar-bandar.

Hari ini, pimpinan dan jentera PAS yang sama yang mengitar semula alasan Umno mengenai skandal NFC kononnya saya memfitnah NFC, sedangkan mereka jugalah yang paling galak mengulangi pendedahan skandal NFC dahulu. Malah, mereka mengulangi alasan Umno kononnya Dato’ Seri Shahrizat Jalil menang saman terhadap saya mengenai kes NFC, sedangkan keputusan saman itu adalah kes lain yang tidak melibatkan pembelian kondominium mewah One Menerong di Bangsar dan kondominium di Singapura. Kes saman itu melibatkan penghakiman yang banyak berkisar mengenai tafsiran perkataan “menyeleweng” yang mengikut hakim “penyelewengan” memberi makna ada niat jahat dan beliau (hakim) tidak bersetuju ada bukti yang keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil berniat jahat dalam pembelian unit-unit hartanah di Ecocity, Bangsar.

Sebab itu saya tidak sedikit pun terkesan dengan sumpah seranah sebegitu kerana itu memang risiko yang perlu saya hadapi sebagai seorang wakil rakyat, jika saya ingin menjalankan amanah saya sebagai seorang wakil rakyat. Saya ingat pesan Dato’ Seri Anwar Ibrahim 19 tahun lalu semasa gerakan reformasi tercetus iaitu “jika takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan”.

Sebab itu juga saya tidak memilih bulu dalam soal penyelewengan amanah rakyat.

Saya menjadi Setiausaha Agung sebuah parti utama negara yang pertama dalam sejarah negara kita mutakhir ini yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai aduan rasuah di dalam parti saya sendiri. Apabila saya sendiri membuat aduan itu, ramai anggota KEADILAN yang mencemuh saya. Ramai penyokong pembangkang yang mencemuh saya.

Namun, rakyat boleh menilai rekod yang saya tidak berubah-ubah memilih bulu mengenai rasuah. Tangkaplah dan siasatlah sesiapa pun di dalam KEADILAN atau Pakatan Harapan, dari yang di atas sampai di bawah jika ada bukti berlaku salah guna kuasa dan saya tidak akan mempertahankan anggota KEADILAN itu selagi tangkapan itu nampak jujur, telus dan bukan permainan politik.

Oleh sebab itu, saya menyeru semua pimpinan politik supaya menunjukkan keamanahan yang jauh lebih baik dari yang ada sekarang kerana setiap gerak geri kita diperhatikan rakyat dalam dunia serba moden ini.

Maka, saya serahkan kepada kebijaksanaan rakyat untuk menilai penafian melalui kenyataan akhbar semata-mata oleh Datuk Dr Nasharuddin Mat Isa. Jika beliau ingin menyaman saya, saya akan menunggu untuk menyoal siasat beliau di dalam kandang saksi kerana orang yang menyaman adalah orang yang pertama yang perlu beri keterangan di dalam kandang saksi. Saya ada beratus-ratus soalan yang akan ditanyakan mengenai penglibatan beliau dalam melobi pimpinan PAS supaya menjadi lunak dengan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak, sehingga PAS dilihat tidak lantang memperjuangkan keamanahan Perdana Menteri dalam skandal 1MDB.

*Sementara menunggu proses saman yang mungkin memakan masa, saya sarankan beliau mengambil jalan yang lebih mudah dan menunjukkan keyakinan kepada kebenaran yang kita pegang: saya sarankan Datuk Dr Nasharuddin Mat Isa membuat satu akuan berkanun mengisytiharkan semua harta, pendapatan dan sumbangan kepada beliau secara peribadi serta semua organisasi yang beliau terajui seperti Yayasan Nassar dan mana-mana projek lain. Beliau juga perlu perincikan di dalam akuan berkanun bagaimana harta, pendapatan dan sumbangan ini dibelanjakan dan kepada siapa wang yang disumbangkan kepada beliau dibelanjakan.*

Saya sarankan beliau buat akuan berkanun itu bagi setiap tahun dari tahun 2012 ke atas sehingga 2017. Pengisytiharan itu tidaklah susah kerana saya melakukannya setiap tahun, tetapi beliau perlu juga sedar ada beratus akauntan dan peguam yang akan meneliti satu persatu ayat di dalam akuan berkanun itu. Jika ada maklumat yang tidak tepat, akan ada rakyat Malaysia yang membuat laporan polis terhadap beliau dan beliau boleh dipenjara.

Saya yakin dengan kebenaran maklumat yang saya terima dan harta yang saya isytiharkan, sebab itu saya menggunakan kaedah Akuan Berkanun sepanjang masa.

Kalau Datuk Dr Nasharuddin Mat Isa juga yakin beliau tidak menerima satu sen pun dari mana-mana sumber yang berasal dari SRC Internasional Sdn Bhd, beliau perlu mengisytiharkan pendapatan, harta dan semua sumbangan yang diterima beliau dalam bentuk akuan berkanun dengan segera.

Mengenai reaksi Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Kuala Nerus yang menghukum saya setelah saya mendedahkan beliau juga ada maklumat yang saya ada (malah lebih awal), saya hairan kenapa setelah menerima maklumat itu beliau menjadi lebih rapat dengan Umno?

Sepanjang saya mengikuti perkembangan aktiviti pelajar Malaysia di United Kingdom, saya tidak pernah tahu ada seorang AJK PAS Pusat yang lain selain dari beliau yang pernah hadir dalam program bersama anjuran Kelab Umno yang turut menampilkan seorang lagi pemimpin Umno. Namun beliau mengejutkan kami (bekas aktivis rakyat Malaysia di United Kingdom) apabila beliau hadir atas jemputan Kelab Umno di United Kingdom baru-baru ini.

Kalau pun beliau merasakan maklumat yang diperolehi mengenai siasatan 1MDB dan keterlibatan Dato’ Seri Najib itu belum sahih, bukankah menjadi tanggungjawab beliau sebagai Ahli Parlimen untuk menggunakan sepenuh ruang di Parlimen untuk mendapatkan pengesahan dan jawapan lanjut? Bukankah beliau ada ruang di Parlimen untuk mendapat penjelasan secara bersemuka dari Dato’ Seri Najib dan menteri mengenai kesahihan maklumat itu?

Sebaliknya beliau diamkan sahaja dan tidak berusaha untuk menyiasat. Beliau juga mendampingi sebuah parti yang dikhuatiri mendapat manfaat dari wang rakyat yang diselewengkan.

Rakyat bakal menghakimi kita atas perlakuan kita menangani amanah yang mereka galaskan kepada kita.

Lebih menggerunkan, Allah SWT melihat semua ini baik yang nyata dan tidak nyata.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

Khamis, 13 April 2017

PAS Tak Pernah Terima Duit Nasharudin Mat Isa Dalam Apa Jua Bentuk Sejak 2011 Jawab Takiyuddin Kepada Rafizi.

Pas mengesahkan tidak pernah menerima sebarang sumbangan daripada atau melalui Datuk Dr Nasharudin Mat Isa dalam apa bentuk sejak beliau tewas dalam pertandingan jawatan timbalan presiden parti pada 2011. 


Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan berkata, parti hanya menerima sumbangan tetap bulanan Nasharudin sebagai Ahli Parlimen Bachok yang berakhir pada 2013 lapor portal Mstar.

Menurut beliau, Nasharudin juga tidak pernah memegang jawatan dalam Pas sejak 2011 dan setelah ditamatkan sebagai Ahli Majlis Syura Ulamak Pas. 

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, Pas menyerahkan perkara Akuan Bersumpah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkaitan dakwaan Nasharudin menerima dana daripada 1MDB kepada pihak berkuasa untuk tindakan mengikut undang-undang. 

“Namun, Pas berpandangan ia kekal berstatus dengar cakap (hearsay) selagi individu yang dikatakan memberitahu ‘maklumat’ ini kepada beliau mengesahkannya.

Masa Saya Dalam PAS Dulu Makan Nasi Bungkus Sekarang Makan Di Hotel Mewah, Orang Dulu Bina PAS, Orang Sekarang Runtuhkan..

Oleh : Ustaz Mohd Nakhai'e

Masa saya dalam saf kepimpinan pas dulu tak timbul langsung duit berjuta2. Pergi ceramah seluruh dunia duit minyak disediakan oleh cawangan atau kawasan yang menganjur. 

Kadang-kadang cukup kadang-kadang tidak. Kalau program pas pusat kena keluar duit sendiri. Jika ceramah di luar negara tiket disediakan pergi balik oleh pengajur. Tak ada bayaran apa pun diberi. Duit poket sendiri ala kadar. Pernah juga pergi poket kosong. 


Saya pernah di tahan di LT Chicago kerana tiket sehala dan hanya ada 100USD. Tetapi dibenar juga masuk kerana dijamin Sayed Azman dan kawan-kawannya. Saya sering balik ke rumah tangan kosong tanpa bawa apa-apa buah tangan kepada anak-anak kerana tiada wang untuk beli apa-apa.

Semasa dalam umno saya berjimat dari elaun berkerja di YADIM selama 10 tahun dan dapat kumpul Rm400 ribu yang saya guna untuk bina rumah yang ada sekarang. Itulah habuan saya menyertai politik selama 39 tahun. Banyak orang kata saya bodoh tak ambil kesempatan. Ya! Saya memang bodoh untuk ambil kesempatan mengumpul kekayaan. 

Macam mana saya nak ambil kesempatan kerana jika saya pakai RM 10 sahaja pun dari duit bukan hak saya, saya dah tak boleh tidur sehingga saya terpaksa ganti kembali duit yang saya pakai itu. Sebab itu saya tak pernah urus kewangan semasa bertugas di YADIM.

Biarlah saya jadi bodoh dari tak dapat tidur. Masa bekerja di pejabat umno saya minta wang sebanyak kepada Dato' Mohamad Rahmat SUA untuk bertugas dalam PRK Merlimau. Dia bagi saya RM 1,000. Saya rasa dah banyak sangat dah. Ada yang beritahu saya buat apa minta sikit sangat. 

Saya kata sekadar nak belanja kawan-kawan minum cukup la tu. Lagi sekali dia orang kata saya bodoh. Saleh Ya'kub Baling kata kat saya Ustaz buka pondok dah la. Sekarang dunia dah berubah. Dalam Pas pun sudah ada cerita wang berjuta. 

Dulu makan nasi bungkus sekarang tiada lagi. Dulu tidur berbantal lengan di surau sekarang hotel-hotel mewah. Itu dulu. Dulu lain sekarang lain. Perjuangan orang dahulu menghidupkan yang sekarang perjuangan sekarang dengan segala kemewahan meruntuhkan yang dibina oleh orang terdahulu. 

Kita semua akan mati dan akan dibangkit dengan niat dan amalan masing-masing. Jika tak malu kepada Allah buatlah apa sahaja yang disukai.

Rafizi Suka Sangat Menyelongkar Sampai Tidak Tahu Dosa & Pahala Kata Nik Abduh.

Siang tadi selepas Rafizi Ramli membuat pendedahan berani mati dengan akaun bersumpahnya sambil mencabar Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS mengambil tindakan terhadap beliau, ini respon segera dari Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh bagi menjawab dakwaan Rafizi itu.


"Betullah kata presiden PAS bahawa Pandan ni tak tahu dosa dan pahala. Suka sangat menyelongkar sampai jadi hobi. Tahi ayam pun digempaknya jadi tahi tuan ayam. Memang riuhlah..

Nasihat saya, pandu cermat, jiwa selamat. Tekan minyak, tekan juga brek..", katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari Facebooknya.


Beliau kemudiannya menjelaskan bahawanya pemimpin PAS juga mempunyai banyak maklumat namun berusaha mempraktiskan akhlak yang mulia bahawanya jika sesuatu maklumat itu belum terbukti, maka diam adalah sebaik-baik tindakan.

"Pemimpin PAS juga banyak maklumat. Tetapi mereka berusaha mempraktiskan akhlak yang mulia bahawa sesuatu yang belum masak buktinya, maka diam adalah senjata disarung dan biarkan ia terlihat.

Usah gegak mengejar mentari. Sabarkan diri, fajarkan menyinsing..", katanya.


Kenyataan itu turut dikongsikan sebanyak 324 kali setakat artikel ini ditulis. Bagaimanapun tidak semuanya bersetuju dengan pandangan dari Ketua Pemuda PAS itu, ada netizens yang mengkritik Nik Abduh kerana begitu cepat melatah apatah lagi nama beliau langsung tidak disebut dalam pendedahan Rafizi itu.

"Siasatlah, dah Pandan kata nak serahkan bukti kepada SPRM. Kau neh dah kenapa", kata Aizat Ibrahim dalam satu respon kepada Ketua Pemuda PAS itu.


Manakala Sharlinie pula menyatakan rakyat sudah penat menunggu tindakan PAS menyaman pihak-pihak yang mendakwa PAS menerima wang 90 juta yang dipercayai hasil wang haram 1MDB.

Salehuddin pula berpendapat bahawanya pemimpin PAS patut berlapang dada dan menyiasat tentang dakwaan tersebut.

Apakah Itu Kanun Bersumpah & Kenapa Nasharuddin Mat Isa Patut Bertindak - Setakat Nafi, Itu Bermaksud Benar.

Apakah itu kanun bersumpah?

Surat Akuan Berkanun atau Statutory Declaration atau lebih dimaklumi dengan nama SD adalah dikawal selia di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 (Akta 13). Ada juga orang memanggilnya dengan nama Surat Sumpah atau Surat Akuan Bersumpah. Apakah nilai sebuah surat akuan  atau SD ini. Bolehkah ianya dijadikan bukti? Bolehkah ianya dijadikan asas untuk memulakan siasatan? Apakah hukuman yang dikenakan jika surat akuan itu mengemukakan fakta yang tidak tepat?


Pejabat kerajaan lazimnya menggunakan kaedah surat akuan ini sebagai kaedah untuk memastikan orang awam yang berurusan dengan mereka hanya akan mengemukakan fakta yang benar. Jika ada fakta yang tidak tepat diberikan, maka orang tersebut boleh didakwa atas kesalahan jenayah atas sebab mengemukakan fakta yang tidak betul. Jika perkara tersebut diketahui, maka pegawai kerajaan itu akan membuat laporan polis dan polis akan menyiasat samada fakta yang dinyatakan di dalam surat akuan tersebut adalah benar atau palsu. 

Oleh sebab itu, fakta yang terkandung dalam sesuatu surat akuan itu dianggap mempunyai nilai yang lebih kuat daripada penyataan biasa kerana ianya dikawal selia oleh undang-undang.

Seperkara lagi, dalam Islam, kaedah surat akuan ini tidak ada. Dalam Islam, kaedah yang digunakan adalah kaedah iqrar atau pengakuan. S. 17 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 561) menyatakan bahawa Iqrar ialah suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang, secara bertulis atau lisan atau dengan isyarat, menyatakan bahawa dia mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap seseorang lain berkenaan dengan sesuatu hakSesuatu iqrar hendaklah dibuat - di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau jika di luar Mahkamah, di hadapan dua orang saksi lelaki yang 'aqil, baligh dan 'adil. (Peguam.blogspot)

Rafizi akhirnya dedahkan nama tokoh yang terima wang 1MDB

Tengah hari tadi, dalam satu sidang media Rafizi Ramli akhirnya mendedahkan nama tokoh yang ada kaitan dengan PAS, yang mana tokoh tersebut telah menerima sejumlah dana dari Najib Razak. Dana itu dikatakan bersumberkan dari wang 1MDB.


Nama yang disebut-sebut Rafizi ialah Nasharuddin Mat Isa, bekas pemimpin kanan PAS namun telah senyap dari perjuangan parti itu ketika PAS dilanda krisis kepimpinan pada pertengahan tahun 2013.

Krisis kepimpinan PAS bermula apabila komplot menyatukan PAS dengan UMNO pada PRU ke 12 yang diusahakan oleh beberapa individu yang terlibat dalam PAS dan UMNO selepas BN menang tipis pada pilihanraya itu, terdedah. 

PAS berpecah

Ia menyebabkan penentangan terhadap kepimpinan Hadi Awang bermula sejak tahun 2009 walaupun penyokong menafikan Hadi terlibat dalam pakatan tersebut. Hadi dikatakan hanya menyuruh untuk berjumpa dan kemudiannya menolak untuk bekerjasama (berpakat) mentadbir negeri/negara. 

Manakala pemimpin PAS yang pro kepada penyatuan PAS - UMNO seperti Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa kian tersingkir dari kepimpinan disebabkan hilang kepercayaan penyokong. Beberapa pimpinan PAS lain yang pro kepada penyatuan pula uturn dan berpaling tadah.

Ia menyebabkan PAS berpecah kepada dua kumpulan (pada awalnya), pro kepada perpaduan PAS - UMNO, pro kepada perpaduan PAS - Pakatan Rakyat.

Pas Pulau Pinang antara kumpulan PAS yang awal menunjukkan pendirian yang tidak gemar untuk bekerjasama dengan parti komponen Pakatan Rakyat yang lain terutamanya dari DAP. Beberapa tindakan yang tak sekufu dengan PAS Pusat seringkali dibuat bagi memaparkan sikap betapa PAS Penang tidak menyenangi pentadbiran DAP Penang.

Menurut informasi yang diterima oleh pihak kami, Ustaz Nasharuddin Mat Isa masih lagi seorang ahli PAS meskipun tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti dan tidak bergiat secara aktif. 

Ini boleh berlaku atas sebab dua keadaan;

Pertama : Sengaja tidak mengaktifkan diri untuk mengaburkan pandangan awam bagi mengelak rancangan sulit dari dihidu oleh orang lain

Kedua : Memang tidak berminat untuk bergiat secara aktif dengan perjuangan PAS

Rafizi buat SD, menyatakan secara tegas dan tertakluk dalam undang-undang negara..

"Bahawa saya Mohd Rafizi Bin Ramli dengan no kad pengenalan 770914-11-5025, yang beralamat di Condominium Bukit Antarabangsa, dengan ini membuat akaun berkanun mengikut akta berkanun bagi tujuan mendedahkan satu perlakuan seorang tokoh berkaitan PAS yang bertentangan dengan undang-undang negara, yang melibatkan wang syarikat milik negara, yang dibayar oleh Najib Razak", katanya dalam sidang media itu. 

Pertamanya, pada 28 Januari saya telah bertemu dengan Datuk Bahri Mohammad Zain, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Khas SPRM yang telah mengetuai siasatan skandal 1MDB sewaktu berkhidmat. Itu adalah kali pertama kami bertemu dan berhubung. Ia bagi membincangkan dan berkongsi maklumat tentang 1MDB. 

Beliau menyebut kepada saya, bagaimana siasatan SPRM turut mengesan sejumlah wang yang dibayar dari acc peribadi Najib yang sampai kepada Nasharuddin Mat Isa.

Butiran lanjut tentang bayaran;

- Mendapati sejumlah dana SRC telah dipindahkan ke dalam acc peribadi Datuk Seri Najib Razak.

- Dari acc DS Najib telah mendapati beberapa bayaran kepada peguam tertentu.

- SPRM telah menyoalsiasat peguam tersebut dan mendapatkan bukti tokoh2 yang dibayar menggunakan wang SRC yang disalurkan melalui peguam tersebut.

- Salah seorang penerima bayaran tersebut ialah Nasharuddin Mat Isa.

- Saya tidak dapat mengesahkan jika dua peguam itu ialah Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak, seperti yang pernah dinamakan oleh Sarawak Report.

- Ustaz Khairuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Kuala Nerus pernah mengunjungi Datuk Bahri Mohammad Zain ketika beliau berkhidmat dengan SPRM bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pembayaran sejumlah wang tertentu kepada individu berkaitan PAS, beliau telah diberikan maklumat secukupnya tentang perkara yang berkaitan.

Marang tidak lagi mengkritik 1MDB

Rafizi juga menyatakan;

- Selepas PAS dikaitkan dengan penerimaan dana, Marang tidak lagi menyentuh isu 1MDB

- SD yang dibuat oleh Rafizi boleh dijadikan sebahagian dari tindakan undang-undang jika dakwaannya bahawa kemungkinan penerimaan wang itu adalah sebagai pertukaran untuk melunakkan suara PAS terhadap 1MDB.

- Siasatan ke atas SRC belum ditutup dan Rafizi akan membuat laporan bagi membuka semula siasatan ke atas SRC. Laporan itu akan diadakan pada esok, jam 11 pagi.

"Wang itu apabila nak sumbang, sumbangla, tiada masalah tetapi apabila sumbangan itu daripada wang rakyat, kemudian daripada acc peribadi Najib yang sampai kepada kepada tokoh utama pembangkang, dia ada unsur-unsur salah guna, salah guna kuasa bagi tujuan mendapatkan manfaat dalam bentuk tidak ada serangan terhadap 1MDB", kata Rafizi lagi. 

Malahan pemimpin PAS, Datuk Khairuddin yang lantang menyuarakan penyatuan PAS - UMNO juga telah mendapatkan maklumat tepat terus dari sumber, mengenai bukti-bukti 1MDB namun tiada sebarang apa-apa bunyi dari mulutnya, katanya lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...