Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 21 Februari 2021

Sekarang UMNO Pula Nafi Berita Tolak Kerjasama Dengan PPBM...

POLITIK | Mulanya tular berita : MKT UMNO Tolak Kerjasama Dengan BERSATU.

Laporan dari Malaysiakini : Umno membuat keputusan untuk mengakhiri kerjasama dengan Bersatu serta Perikatan Nasional (PN) sebaik proklamasi darurat berakhir, kata sumber daripada parti itu.

Menurut sumber, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi membuat ketetapan itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang berlangsung di Janda Baik, Pahang, pada Jumaat lalu.

"Umno membuat keputusan mengakhiri kerjasama dengan Bersatu sebaik saja 'darurat kesihatan' tamat. Presiden mengumumkan perkara itu dalam mesyuarat MT Umno.

"Umno juga tidak akan menerima sebarang pelawaan berkait dengan jawatan timbalan perdana menteri,"
katanya.

Ini pula katanya MKT UMNO nafi tolak kerjasama dengan BERSATU

Laporan oleh Sinar Harian : UMNO menafikan laporan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu menolak kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) pada pillihan raya umum akan datang.

Jabatan Komunikasi Strategik (JKS) Penerangan UMNO berkata, sebarang keputusan MKT adalah tidak sahih melainkan ia datang daripada kenyataan rasmi parti atau pimpinannya.

“Ibu pejabat (UMNO) memandang serius berita yang tular berkaitan keputusan mesyuarat MKT.

“Sebarang laporan, spekulasi dan kenyataan media lain tidak boleh dirujuk sebagai pendirian atau kenyataan rasmi parti,”
katanya.

1. Nampak gayanya ini adalah peperangan propaganda, manipulasi dan persepsi.

2. Entah siapa bocorkan maklumat mesyuarat MKT UMNO yang tolak kerjasama dengan PN / PPBM.

3. Hal itu telah meletakkan UMNO dalam keadaan berjaga-jaga kerana PPBM sudah mengetahui hasil mesyuarat tersebut meskipun mesyuarat tersebut begitu berahsia, terkawal, supaya tak ada yang membocorkan maklumat tetapi apa nak nak buat, terbocor juga jadinya.

4. Dan kini bagi mengekang asakan, dan juga serangan balas dari PPBM yang mungkin merancang sesuatu, maka terpaksalah melakukan penafian - betul kan?

5. PPBM pun bila dah tahu UMNO taknak kerjasama dengan parti dia, tak akan nak duduk diam dan kena tikam?

6. Maka bersiap sedia la semua, beli Super Ring dan Popcorn. Nampak gayanya drama baru nak mula dah. - 21 Februari 2021.

Pembangkang Cadang Pakaian Bebas Di Sekolah Tahun Ini.

BERNAMA | Beberapa ahli Parlimen pembangkang pada Ahad menyarankan supaya guru dan kakitangan sekolah wajib diberikan keutamaan menerima suntikan vaksin Covid-19 sama seperti petugas barisan hadapan yang lain.


Ahli Parlimen berkenaan ialah Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam), Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), Teo Nie Ching (Kulai), Datuk Dr Hasan Baharom (Tampin), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Amiruddin Hamzah (Kubang) dan Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud).

Perkara tersebut merupakan antara lima cadangan yang dikemukakan tujuh ahli Parlimen pembangkang itu dalam kenyataan bersama hari ini, susulan pengumuman Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai pembukaan semula sesi persekolahan yang dijadualkan bermula awal Mac ini.

Cadangan lain termasuk meminta KPM memberikan kelonggaran terhadap isu pakaian rasmi sekolah bagi tahun ini dan mengukuhkan sistem pembelajaran berasaskan teknologi di dalam atau di luar bilik darjah.

“Ramai ibu bapa terbeban dengan pandemik Covid-19 dan berbelanja besar untuk pendidikan anak-anak.

"Maka, kelonggaran berpakaian bebas harus diberikan sekurang-kurangnya untuk tahun ini memandangkan ada kebarangkalian sekolah akan ditutup kembali jika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dilaksanakan semula,”
menurut Ahli Parlimen pembangkang itu.

Pada Jumaat, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan sesi persekolahan bagi murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua di sekolah rendah seluruh negara akan bermula 1 Mac, manakala persekolahan murid Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam pada 8 Mac.

Selain itu pelajar kolej vokasional bagi Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Tahun Satu Semester Dua dan Diploma Vokasional Malaysia Tahun Satu Semester Dua juga akan hadir ke institusi masing-masing pada 1 Mac.

Kronologi Awal Dakwaan Konflik Dalaman PAS.

POLITIK | Pada 17 Februari 2021, Ustaz Mokhtar Senik (UMS selepas ini) telah mengemaskini status Facebooknya dan berkata ada musuh yang mahu memecahkan PAS, UMNO dan PPBM dari dalam. UMS juga menafikan wujudnya dua golongan dalam PAS.

2. Pada hari yang sama, waktu petangnya, UMS membuat satu lagi kenyataan dengan mengingatkan kawan-kawan jangan membuat terjah dalam gelap.

3. Kemudiannya kisah mengenai rakaman audio kononnya ada pimpinan PAS yang mahu menjatuhkan TGHH tular.

4. Sehingga ke hari ini, rakaman itu masih lagi belum sampai kepada penulis ataupun tular di mana-mana platform awam.

5. Pada 18 Februari pula, UMS membuka cerita mengenai beliau ditanya samada dibayar atau tidak kerana mempertahankan pemimpin tertentu. (rujuk gambar di sebelah kiri).

6. Pada hari yang sama, Ketua Penerangan PAS menafikan wujudnya perpecahan dalaman PAS. Rujuk.

7. Pada 19 Februari, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin mencabar pihak yang mempunyai rakaman audio beliau mengkritik TGHH mendedahkan rakaman itu secara terbuka. Datuk Hashim Jasin juga berkata ia permainan musuh luar mahu melaga-lagakan PAS. Rujuk.

8. Dan pada 20 Februari, UMS membayangkan dakwaan yang melaporkan berlakunya krisis dalaman parti adalah seolah-olahnya benar sedang terjadi.


9. Pada 20 Februari, portal Sinar Harian membuat berita ada gerakan mahu mengulingkan TGHH. Rujuk.

10. Daripada pembacaan disana sini dan bukannya sumber rasmi atau sahih; spekulasinya ialah PAS berpecah kepada 2 team iaitu satu team yang mahu bersama TGHH dan TITM manakala satu lagi ialah team menteri.

11. Pada 21 Februari, bekas Setiausaha Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP), S Barathidasan dilaporkan telah meletakkan semua jawatan yang disandang di dalam DHPP dan Pas disebabkan masalah dan isu yang berterusan dalam parti itu sehingga tidak dapat membawa suara rakyat khususnya masyarakat kaum India. Rujuk.

12. Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh juga mengulas isu PAS pecah dua disini. - 21 Februari 2021.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...