Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 20 November 2015

Besan Ku Gangster - Maira, Besan Najib Pesan 12 Beg Hermes Bernilai 400K Tapi Taknak Bayar & Ugut Ahli Perniagaan.


Memetik sumber laporan The New York Post ;

Seorang wanita Kazakhstan yang menjadi tajuk utama kerana berebut harta dengan bekas suaminya untuk mendapatkan hak ke atas sebuah plaza appartment yang bernilai US $20 juta, kini sekali lagi menjadi sensasi berikutan tindakannya mengambil sedozen beg tangan berjenama Hermès yang dianggarkan bernilai US $400,000 tanpa membayarnya

Maira Nazarbayeva - yang pernah berkahwin dengan hartawan Bolat Nazarbayev, abang kepada presiden Kazakhstan - memesan beg-beg tersebut daripada daerah perniagaan Samilor pada tahun 2014 dan 2015, namun dia tidak pernah membayar harga bagi beg-beg berkenaan, mengikut notis tuntutan saman dari mahkamah persekutuan Manhattan.

Apabila Presiden Samilor, Bella Belkin memberikan amaran kepada Maira bahawa pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang, Maira Nazarbayeva kemudiannya mengugut untuk mencederakan Belkin dan ahli keluarganya.

"Anda kenal anak saya! Dia adalah menantu kepada Perdana Menteri Malaysia! 


Nazarbayeva didakwa mengugut ahli perniagaan tersebut. 

"Saya akan mencederakan anda dan keluarga anda jika anda teruskan niat untuk menyaman saya!"

Walaubagaimanapun, peguam yang mewakili Maira Nazarbayeva tidak memberikan apa-apa respon berhubung kenyataan tersebut selepas dihubungi oleh The New York untuk penjelasan selanjutnya.

Rujukan : http://nypost.com/2015/11/19/kazakh-presidents-ex-sister-in-law-didnt-pay-for-400k-in-hermes-bags-suit/
Jilake kau Maira. Bapak gila samseng. Sudah la kaya raya nak mampos. Bayar je la 400,000 ribu tu. Duit kau kan melambak-lambak. Ada ka patut amek barang orang tapi taknak bayar. Kalau takde duit buat apa order? Main petik je nama Najib. Mentang-mentang la besan dia.

KAH KAH KAH

Rosmah Mansur Jadi Bahan Cercaan Dek Jalan Terkedek-Kedek Di Laman Sosial. [Video Inside]


Jalan terkedek-kedek pun kena kutuk.

Kesian aku tengok.

Bagi yang lupa, suka aku nak ingatkan Rosmah dah menghampiri usia emas. Bukan 20 an tau. Tapi 60 an. Dan cuba ko tengok mak-mak kau yang 60 an jalan macam mana. Mak aku yang 50 an pun jalan terkedek-kedek. So bila aku melihat orang dok mengutuk Rosmah jalan terkedek-kedek dan gelakkan dia hihihahahihihaha aku teringat kat mak aku dan ramai lagi wanita-wanita bahkan lelaki-lelaki seusia mak aku yang jalan sebegitu. Aku tak nampak point mengutuk isteri PM yang jalan terkedek-kedek dan kaitannya dengan permasalahan ekonomi negara.

Whatthefuck is that beb?

Oleh kerana aku akan tua dan mungkin akan jalan terkedek-kedek atau mungkin tak mampu berjalan langsung atau silap-silap hari bulan langsung tak merasai usia tua maka aku tak nampak point mengutuk fizikal Rosmah yang sebegitu.

Macam tak percaya, video berkenaan viral.

Lihat ;



Wajib tonton: Najib dan Rosmah buat lawak antarabangsa di Manila kelmarin. Dulu APEC di Indonesia tersilap berdiri masa bergambar (https://www.facebook.com/tenteratrollkebangsaanmalaysia/videos/vb.1509981019232188/1579026595660963/?type=2&theater) , kali ni tersilap jalan nak masuk kereta. Rosmah pula terhegeh2 turun kapal terbang, macam panda turun tangga.
Posted by Tentera Troll Kebangsaan Malaysia on Thursday, November 19, 2015

Part rambut. Aku nampak sedikit kelakar disitu. Betul juga. Rambut mahalnya perlu dijaga.
1,200 punya dandanan. Sia-sia aje kalau rosak beb.



Wajib tonton : Penjagaan khas pada rosmah.
Posted by Tentera Troll Kebangsaan Malaysia on Thursday, November 19, 2015

Tetapi setelah aku teliti betul-betul rakaman berkenaan. Aku rasa la. Aku rasa. Yang 'payung' rambut Rosmah tu maybe terkeliru. Itu rambut atau kepala?

Dorang mungkin nak cover kepala Rosmah dari terkena kereta tapi yelah.. mungkin sedikit keliru untuk membezakan antara rambut dan kepala.. Rambut Rosmah tebal kalau tengok melalui gambar. Tapi mungkin tak setebal yang kita fikirkan jika tengok secara berdepan..

Haha.

Apa pun aku tak setuju langsung dok gelakkan Rosmah yang jalan terkedek-kedek tu. Tunggu kau semua tua nanti dan tengokla bagaimana kau semua akan bersusah payah untuk berjalan. Aku pernah jaga orang tua usia 70 an. Nak pergi tandas pun merasa susah. Ini kan pula turun naik kapal terbang. Agak-agak la beb.

Kbai.

Selepas Washingthon & Paris, NOW Dedahkan Program Ratusan Ribu #YAPEIM Di Australia.

SELAIN AMERIKA SYARIKAT DAN PERANCIS, BENARKAH WANG ‪#‎YaPEIM‬ TURUT TERLIBAT DENGAN PROGRAM DI AUSTRALIA?

Saya mengambil maklum mengenai tindakan YB Dato’ Seri Jamil Khir Baharom yang telah memfailkan saman terhadap saya petang semalam berhubung dengan perkara yang dibangkitkan mengenai pembaziran yang berlaku di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang seolah-olah tidak menggambarkan kebajikan dan amal jariah.

Saya difahamkan surat saman (writ) akan diserahkan kepada saya minggu hadapan dan saya akan merujuk perkara tersebut dengan pasukan peguam.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya hanyalah seorang pemberi maklumat (whistleblower) dan persoalan-persoalan yang dikemukakan adalah demi kepentingan orang ramai terutamanya apabila lebih setengah juta orang rakyat Malaysia memberi sumbangan derma tiap-tiap bulan kepada YaPEIM.

Ianya juga menjadi kewajipan kepada kita semua untuk membela mereka yang sepatutnya menerima sumbangan seperti anak yatim dan miskin selaras dengan tuntutan amal jariah.

Setiap pencarum yang ramainya dikalangan kakitangan kerajaan, guru, polis dan pekerja swasta berhak mendapat keadilan untuk memastikan setiap sumbangan mereka digunakan untuk tujuan kebajikan dan disampaikan ke pihak yang benar-benar layak.

National Oversight and Whistleblowers (NOW) telah menerima satu lagi dokumen yang menunjukkan bahawa wang YaPEIM telah digunakan untuk program di Brisbane, Sydney dan Melbourne, Australia.

Ianya dikatakan telah berlangsung pada 16 April sehingga 26 April 2014 sebagai program yang diberi nama “Promoting Islamic Values In Multi Culture & Religion: Future & Challenges”.

Jumlah peserta yang disasarkan adalah seramai 50 sehingga 70 orang yang dikatakan terdiri daripada pelajar Malaysia yang menuntut di Australia.

Mengikut dokumen Anggaran Perbelanjaan dan Agihan Mengikut Agensi Program Kembara Santun 2014, terdapat 4 agensi YaPEIM telah terlibat untuk menjayakan program ini iaitu Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN), YaPEIM, Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM (INPUT) serta Ar-Rahnu.

Berdasarkan bukti-bukti tersebut, benarkah agihan perbelanjaan adalah seperti berikut?

1. Pembiayaan melalui PEMANGKIN adalah RM 73,800.00
2. Pembiayaan melalui YaPEIM adalah RM 106,840.00
3. Pembiayaan melalui INPUT adalah RM 25,215.00
4. Pembiayaan melalui Ar-Rahnu hanyalah RM 12,650.00

Maka anggaran jumlah keseluruhan perbelanjaan adalah RM 218,505.00.

Jika dokumen ini adalah benar seperti dokumen-dokumen yang dikemukakan sebelum ini, agihan perbelanjaan ini menimbulkan pelbagai persoalan-persoalan seperti:-

1. Benarkah program ini telah diadakan di Brisbane, Sydney dan Melbourne, Australia?

2. Apakah rasional YaPEIM terlibat dalam penganjuran program ke luar negara sebegini yang kosnya begitu mahal sedangkan hanya sebilangan kecil yang menerima manfaat?

3. Mengapa pembiayaan melalui PEMANGKIN dan YaPEIM adalah paling besar sedangkan agensi perniagaan YaPEIM iaitu Ar-Rahnu hanya menampung sebahagian kecil daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan program di Australia?

4. Apakah keperluan menaiki penerbangan kelas bisnes untuk Program Kembara Santun dan siapakah mereka yang menaiki penerbangan kelas bisnes?

5. Adakah PEMANGKIN bermaksud Yayasan Pembangunan Ekonomi Anak Yatim dan Miskin?

Sewajarnya Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM dan Menteri berkenaan iaitu YB Dato’ Seri Jamil Khir tampil menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

YaPEIM adalah sebuah Yayasan Islam yang berteraskan kepada sumbangan amal jariah dan bukannya entiti perniagaan yang mengaut keuntungan.

Jika terdapat lebihan pendapatan sekalipun, wang tersebut seharusnya disampaikan kepada mereka yang memerlukan seperti anak yatim, fakir dan miskin mengikut konsep amal jariah.

Rakyat, pemberi dan mereka yang sepatutnya menerima sumbangan amal jariah YaPEIM berhak mendapat keadilan dan pembelaan.


20 NOVEMBER 2015


Akmal Nasir













Khamis, 19 November 2015

YAPEIM Dakwa Akmal Curi @ Perolehi Dokumen Secara Salah Utk Sebar Fitnah - Macam Mana Akmal Curi? Pecah Pintu Pejabat?

Semalam. YAPEIM ada buat laporan polis. Laporan polis berkenaan mengesahkan sesuatu kepada kita. Sesuatu yang utama.

Petikan dari portal berita dan fb rasmi YAPEIM.

YaPEIM BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP AKMAL NASIR.

KETUA Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia(YaPIEM) hari ini (18 November 2015) hadir dan membuat laporan polisdi Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur terhadap Akmal Nasir iaitu Pengarah Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) yang juga Ketua Cabang PKR, Johor Bharu.

Laporan polis itu dibuat kerana pendedahan Akmal Nasir berdasarkan dokumen-dokumen yang telah dicuri atau diperolehi secara salah hingga beliau mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan tidak benar serta dengan niat jahat untuk menjatuhkan reputasi YaPEIM dengan kenyataan dan persoalan yang sengaja direka.


Sekarang kita focus kat part invois-invois yang didedahkan oleh Akmal. Menerusi kenyataan media dan tindakan YAPEIM pada semalam jelas yang kita dapat faham bahawa ;

1. Dokumen yang tersebar itu benar, tulen, betul. Bukan ada 'oter' itu ini.

2. Maklumat berkaitan dalam dokumen itu pun benar. Seperti nama yayasan, jumlah dan butiran perincian perbelanjaan.

3. Rujuk sebaran ;

Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

4. Point dia, bil di charge kepada PEMANGKIN. Iaitu sejenis agensi yang berkaitan dengan kebajikan anak yatim dan miskin.

5. Tiada penafian dari YAPEIM tentang ini.

6. Penafian hanya tertakluk kepada pendedahan AKMAL yang disifatkan sebagai fitnah. 

7. Tak pasti apa yang fitnah. Apabila dokumen itu digambarkan sebagai tulen.

8. Pendedahan Akmal merujuk kepada pertanyaan, kenapa wang dari PEMANGKIN menanggung kos lawatan JAMIL KHIR ke luar negeri dan rasionalnya anjurkan kursus kahwin bagi 100 orang peserta tambahan pula kos yang dibelanjakan disifatkan sebagai keterlaluan dan bermewah.

9. Ia adalah pertanyaan sejak dari awal.

10. Bila disebut Akmal mencuri atau memperolehi dokumen secara salah, ini sekali lagi menimbulkan tanda tanya.

11. Bagaimana Akmal mendapatkannya? Adakah memecah masuk pejabat YAPEIM dan tahu lokasi sebenar invois-invois berkenaan?

12. Bukan setakat mencuri, untuk mencuri pun kita kena tahu kat mana orang simpan invois. Bukan hanya ada satu invois, banyak. Macam mana Akmal boleh 'aim/detect' invois-invois' berkenaan?

13. Kat sini la kita akhirnya akan terfikir. Apakah Akmal pernah bekerja dengan YAPEIM? PEMANGKIN? Terlibat secara LANGSUNG atau TIDAK LANGSUNG? Ataupun ada ORANG DALAM yang MENDEDAHKAN DOKUMEN-DOKUMEN berkenaan kepada Akmal? Jika ya, kenapa dia berbuat demikian? Apakah ini tidak CUKUP untuk memberikan kita satu GAMBARAN bahawa orang yang RELATED dengan YAPEIM juga merasakan ada sesuatu yang TIDAK KENA, TIDAK BETUL tentang PERBELANJAAN tersebut sehingga perlu dia KELUARKAN DOKUMEN2 YANG SEPATUTNYA MENJADI KERAHSIAAN YAYASAN?

14. Jika yang bekerja atau terlibat dengan YAPEIM melihat perbelanjaan itu sebagai TIDAK SEWAJARnya, bagaimana pula agaknya PERSEPSI orang-orang yang berada di LUAR YAPEIM?

15. Sejak dari awal lagi, orang tak persoalkan hak YAPEIM untuk berboros menggunakan wang sendiri walaupun ianya kelihatan sangat tidak konsisten dengan prinsip Islam yang sepatutnya menekankan konsep wasatiyyah bak kata Najib.

16. Namun oleh kerana YAPEIM ada pencarum2 tertentu dan juga invois dibilkan kepada satu yayasan yang berkaitan dengan anak yatim & miskin, maka ianya jadi isu.

17. Orang mahu tahu, apakah perbelanjaan yang menanggung menteri itu memberikan kebajikan terhadap anak-anak yatim. Jika tidak, kenapa dibilkan kepada yayasan yang dikhususkan kepada anak-anak yatim? Apatah lagi ada pihak yang menderma kepada yayasan berkenaan atas nama membantu anak-anak yatim.

18. Kita simpulkan keadaannya begini. Ada satu drama tentang politik yang aku tengok pada tahun 2014. Aku memang suka tonton drama berat seperti politik. Tajuk dia 'EMPIRE OF GOLD'. Ia berkisar tentang bagaimana pemaju perumahan dan hartanah menggunakan YAYASAN untuk SELEWENG ATAU SALURKAN WANG YANG DIPEROLEHI SECARA HARAM. WANG2 dalam YAYASAN tersebut juga digunakan untuk menanggung atau membiayai ahli politik samada melalui kempen ataupun secara 'rasuah'. Dan apabila mereka merasuah, mereka akan memberikan hadiah. Pakej pelancongan, kereta dan sebagainya.

19. Maksud aku dekat sini ialah, YAPEIM telah menunjukkan satu keadaan yang mana rakyat akan berfikir tentang sesuatu apabila melihat butiran di dalam invois-invois berkenaan.

20. Sebab itu, aku rasa tak adil juga nak menuduh Akmal menghasut orang ramai untuk membenci YAPEIM jika bukan kerana orang ramai sendiri berfikir menggunakan akal fikiran mereka yang waras, bahawa memang wujud satu keadaan yang tidak betul tentang pengurusan yayasan tersebut. Dari segi gaji, lantikan dan perbelanjaan. Semuanya mereka teliti menggunakan akal fikiran mereka sendiri. Akmal tidak berada di hadapan mereka untuk mempercayai apa yang Akmal terangkan. Jauh sekali dengan cara memaksa. Ia adalah diri mereka sendiri berfikir tentang apa yang mereka mahu fikirkan. Ya, Akmal memang bagi point untuk mereka berfikir tetapi samada mereka mahu percaya kepada pendedahan tersebut ataupun tidak, akhirnya terletak atas keputusan individu juga.

So, fikir=fikirkanla.

Kita kalau tak buat salah dari awal atau mewujudkan satu keadaan yang boleh memberikan gambaran negatif, jangan kata Akmal pecah masuk pejabat nak curi invois, orang dalam nak sebar maklumat pun takde idea sebab takde isu.

Faham-fahamkanla ya.

Kbai.

Rabu, 18 November 2015

PAS, Saksikanlah Bagaimana Akhirnya Kamu Dipermainkan UMNO Dalam Isu Hudud!


Dah cakap banyak kali. Tapi modal dorang.

Sangka baik. Sangka baik. Kalau terjadi juga, balasan pasti akan tiba buat mereka.

Bagi aku, pemikiran macam tu sebenarnya bebal. Ko dah tahu si dia tu penipu yang kau nak berkerjasama dengan si penipu tu dah kenapa? Lepas tu dengan kau-kau sekali kena tipu. Tak terasa padan muka ke?

Baru-baru neh ramai juga yang pelik dengan pemikiran dan halatuju PAS. Dalam bajet berkecuali. Lepas tu isu YAPEIM sepatah haram tak berbunyi. Tak faham aku. Then ada permintaan dari geng2 PAS harap menghukum 3 ahli parlimen PAS yang undi tolak bajet 2016.

Whathefuck is that beb? Kenapa kau semua macam neh? Perjuangan 60 tahun melawan UMNO dicampak ke mana? Pengalaman bukan cikai-cikai. Baik yang mati, dipenjara, didakwa semua cukup. PAS melalui pelbagai jenis kepayahan dalam melawan UMNO. Tetapi PAS pada hari neh ialah.. apa yang aku tak faham. Aku taktau nak cakap macam mana.

Btw. Petikan berita dari Malaysiakini ini mendedahkan jawapan menteri di parlimen tau. Bagaimana PAS kena kencing setepek kaw2 dengan geng2 UMNO.

Yolah. Sangka baik la. Biar UMNO kencing dalam MULUT kau semua pun, tolongla sangka baik oke.

KAH KAH KAH

Beberapa anggota parlimen PAS membantah - akibatnya seorang diperintah keluar Dewan Rakyat - selepas seorang menteri mendedahkan bahawa kerajaan pusat tidak membawa cadangan pindaan undang-undang hudud ke mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu pada 11 Mac.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata enakmen syariah itu tidak pernah dibawa untuk perhatian majlis itu sejak mula lagi.
Pengakuan itu mencetuskan kemarahan wakil-wakil rakyat PAS yang berkata kerajaan pusat pernah berjanji dalam jawatankuasa teknikal hudud untuk berbuat demikian sebelum pindaan dibawa ke Parlimen.
Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) diarah keluar dewan selepas beberapa kali cuba menyoal Jamil Khir sebab kerajaan tidak mahu mengikut apa yang telah dipersetuju dalam jawatankuasa teknikal.
Beliau diarah keluar oleh Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamad Said selepas 30 minit bertikam lidah, dengan menteri tersebut tidak memberi jawapan memuaskan berhubung perkara itu.
Bercakap dalam sidang media selepas diarah keluar dewan, Mahfuz mendakwa bahawa mesyuarat Majlis Kebangsan bagi Hal Ehwal Islam yang dipengerusi oleh perdana menteri, telah bersetuju dengan pindaan itu dan telah disebut akan dibentang dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja baru-baru ini.
Oleh kerana kerajaan tidak berbuat demikian, dakwanya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen.
"Rang undang-undang itu akan membuat ia mudah bagi Kelantan untuk menguatkuasakan apa yang telah diluluskan di sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini," katanya.
Menurut Mahfuz lagi, ini membuktikan bahawa apabila terdapat tekanan dari parti-parti komponen BN berhubung dengan hudud, kerajaan tidak meneruskannya.
Sebut 'bacul'
Sementara itu, Bernama melaporkan tindakan itu diambil kerana Mahfuz tidak mengendahkan arahan Ismail dan menghina Jamil Khir ketika menteri berkenaan menggulung perbahasan usul itu.
"Tindakan ini jangan dijadikan isu di luar dewan selepas ini. Ia dibuat berdasarkan Peraturan Mesyuarat 42.
"Yang pertama, tidak mengendahkan nasihat saya supaya duduk diam, lama saya biarkan....selain mengeluarkan perkataan menteri 'bacul'. Saya dengar perkataan ini terhadap menteri (Jamil Khir).
"Dia (Mahfuz) berdegil tidak menghormati (Timbalan) Speaker dan apabila diminta duduk diam, dia tidak menghiraukan arahan saya dan bukan kerana menteri gagal jawab," kata Ismail seperti dilaporkan agensi berita nasional.

YAPEIM Anjur Kursus Kahwin Di Luar Negara Untuk Bendung Gejala LGBT.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH


Kedua-dua kursus perkahwinan yang dianjurkan di Paris oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) adalah sebahagian daripada aktiviti organisasi kebajikan persekutuan untuk membasmi penularan gejala budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia, kata seorang timbalan menteri kepada Parlimen malam tadi.

Senator Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kursus perkahwinan - yang kononnya kos penganjurannya mencecah RM290,000 - adalah sebahagian dari pelbagai usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menangani kritikan berterusan terhadap kerajaan yang kononnya tidak peka dalam menangani penyebaran budaya LGBT.

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat banyak kritikan yang mendakwa bahawa tiada apa yang dilakukan bagi menangani isu-isu seperti budaya LGBT, sampai ke satu tahap kita melihat ada pelajar-pelajar kita di UK memuatkan (upload) gambar lelaki mencium satu sama lain di bibir," katanya memberitahu Dewan Rakyat.

"Kami telah ditanya apa yang kerajaan lakukan mengenai LGBT ... ini adalah salah satu daripada pelbagai aktiviti yang telah kita dianjurkan bagi menangani isu tersebut," kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang berlatar belakang dalam bidang kewangan Islam ketika menggulung perkara yang dibangkitkan semasa perbahasan Bajet 2016, memetik sumber Malaymail online versi English.

LGBT kat Malaysia neh lagi melambak nak dibandingkan dengan LGBT pelajar2 kita kat luar negara. Dari segi jumlah kalau nak diikutkan. Punya tiap2 bulan ada je pelbagai organisasi menganjurkan kursus kahwin, apa tak hel. LGBT TETAP WUJUD juga. Apa hal pula nak anjur kursus kahwin untuk bendung LGBT? Macam tak kena je cara nak selesai masalah tu.

Nak sambung gelak lagi.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Selasa, 17 November 2015

Transformasi PLKN - Akhirnya Pelajar Tidak Lagi Perlu Dipaksa Menghadiri Latihan.


Sungguh pun aku pro kepada pemahsuhan PLKN tetapi apabila menteri melalui kenyataan media menyebut bahawa ;

1. Bermula tahun lepas, PLKN akan membuat pengambilan secara sukarela.

2. Yakni hanya mereka yang benar-benar berminat untuk hadiri latihan berkenaan.

3. Perlu buat pendaftaran sendiri.

4. Disasarkan kepada mereka-mereka yang tidak mendapat tempat di pusat pengajian tinggi.

5. Diselitkan dengan latihan vokasional. Ada 8 modul baru katanya.

6. Ia sebagai persediaan atau laluan awal untuk menyiapkan pelajar2 berkenaan ke alam pekerjaan.

Secara asasnya, aku melihat transformasi ini bagus. Terutamanya bab pengambilan tu. Sepatutnya dari awal lagi ianya dibuat secara sukarela kerana aspek-aspek keselamatan. Almaklumla, PLKN belum lagi mencapai tahap keselamatan yang mana mak bapak boleh serahkan bulat-bulat tanggungjawab kepada guru-guru pelatih PLKN. Sebab tu berlaku kes buli dan rogol. Sampai mati anak orang. Bukan cerita main-main tu. 

Jika dulu sampai nak heret pelajar ke penjara dan dakwa.

Sekarang tidak akan ada lagi.

Itu yang sebaik-baiknya.

Satu lagi. Pelatih2 PLKN kali ini akan ditempatkan di 400 buah institusi latihan. Pandang pertama. Macam p belajar la juga. Cuma bab kos, elaun dan masa tak pula dihuraikan lebih lanjut oleh menteri pertahanan. Tapi latihan keras-keras tetap ada. Sebab tu PLKN masih lagi di bawah kementerian pertahanan dan bukan beralih kepada kementerian pendidikan. Tahun depan bulan MARCH, sesi latihan modul baru PLKN akan dimulakan. Apa pun tahniah sebab ubah peraturan PLKN bab penglibatan pelajar. Tak perlu lagi kita dok belek-belek list samada dipanggil atau tidak. Ini kerana panggilan hanya akan berlaku jika kita memohon. Bukan kah itu owesome. Tiada paksaan untuk mengikuti latihan.

Hihi.

Skandal #YAPEIM - Peranan Rosmah Dalam PEMANGKIN Pula Dipersoalkan Oleh NOW




ADAKAH BENAR YAYASAN PEMBANGUNAN ANAK YATIM/MISKIN (PEMANGKIN) MILIK YaPEIM DINAUNGI OLEH DATIN SERI ROSMAH MANSOR?

Saya telah membuat beberapa siri pendedahan sebelum ini yang menunjukkan bagaimana program-program luar negara yang dirasmikan oleh Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Hal Ehwal Islam termasuk di Washington D.C, Amerika Syarikat dan Paris, Perancis yang dibiayai menggunakan wang YaPEIM telah disalurkan melalui Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN).

National Oversight and Whistleblowers (NOW) telah membuat semakan latar belakang PEMANGKIN dan menemui satu laporan akhbar Utusan bertarikh 27 April 2009 yang bertajuk “Bantu Anak Miskin, Yatim” yang telah melaporkan majlis pelancaran PEMANGKIN.

Berdasarkan laporan tersebut, Datin Seri Rosmah Mansor iaitu isteri Perdana Menteri Malaysia telah dilantik sebagai penaung kepada PEMANGKIN yang mana majlis tersebut telah dihadiri sendiri oleh Dato’ Seri Jamil Khir.

Pada majlis pelancaran PEMANGKIN, sumbangan daripada YaPEIM adalah paling besar iaitu sebanyak RM 4 juta dengan jumlah dana yang terkumpul ketika itu adalah sebanyak RM 5 juta.

Sumbangan terus daripada orang ramai juga dikutip melalui melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) turut dilancarkan yang diberi nama sebagai Skim Sumbangan Amal Jariah untuk Pembangunan Anak-anak Yatim dan Miskin.

Ini menimbulkan persoalan-persoalan yang perlu dijawab oleh Dato’ Seri Jamil Khir seperti berikut:-

1. Benarkah Datin Seri Rosmah Mansor dilantik sebagai Penaung kepada PEMANGKIN?

2. Apakah rasional Datin Seri Rosmah Mansor dilantik sebagai Penaung kepada badan yayasan yang menguruskan amal jariah anak yatim dan miskin?

3. Adakah benar penubuhan PEMANGKIN adalah sebagai usaha bagi menangani masalah anak yatim dan miskin?

4. Apakah rasional untuk PEMANGKIN terlibat dengan penganjuran Kursus Perkahwinan dan Kekeluargaan di luar negara?

5. Berapa ramai anak yatim dan miskin yang dapat dibantu oleh PEMANGKIN sekiranya wang YaPEIM tidak dibazirkan untuk perbelanjaan program-program luar negara dan sebaliknya digunakan untuk tujuan amal jariah anak yatim dan miskin?

Berdasarkan fakta yang dikemukakan, ini jelaslah menunjukkan apa-apa sumbangan atau wang yang diterima atau disalurkan kepada PEMANGKIN termasuk duit orang ramai dan dana daripada YaPEIM adalah untuk dibelanjakan bagi kegunaan amal jariah bantuan anak yatim dan miskin.

17 NOVEMBER 2015
AKMAL NASIR
Pengarah
National Oversight and Whistleblowers (NOW)
www.facebook.com/NOWMalaysia

Selepas Diasak Kaw2 Oleh Akmal, YAPEIM Tampil Respon Menjawab Dakwaan!


WOW. YAPEIM akhirnya tampil menjawab dakwaan NOW. Korang boleh baca dulu full ayat penjelasan mereka kat bawah tapi sebelum tu aku nak bagitau yang bila aku google sikit-sikit aku dapat berita neh ==> Muhyiddin ex TPM puji YAPEIM.

Klik sini.

Antara petikan ayat ialah ;
Beliau berkata program pembasmian kemiskinan menerusi Projek Printis Skim Pembiayaan Ikhtiar, yang kemudiannya diinstitusikan sebagai Amanah Ikhtiar Malaysia, adalah antara sumbangan besar YaPEIM kepada usaha membangunkan ekonomi ummah.    

Point aku ialah bukan kah AMANAH IKHTIAR MALAYSIA mendapat grant kerajaan? Tu nak kena godek-godek lanjut.

Dan dalam penjelasan YAPEIM, point 14 ada menyatakan 'YaPEIM juga memohon kerjasama agensi-agensi penguatkuasaan tertentu bagi menyekat kegiatan jahat NOW mencuri dokumen-dokumen dalaman YaPEIM'

Makanya, ini nak mengatakan, invois2 yang bertebaran itu adalah benar la kan kan kan?

Hihi.

Oke, lebih adil. Kita baca la penjelasan dari YAPEIM neh. Baca boleh, percaya? Lue fikirlah sendiri.

KAH KAH KAH

Penjelasan lengkap YAPEIM atas dakwaan AKMAL NOW.

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) adalah sebuah institusi yang ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1952 pada 13 Oktober 1976 sebagai instutusi yang berorentasikan ekonomi dan kebajikan.
Salah satu program pembangunan ekonomi Islam yang paling berjaya ialah Program Ar Rahnu YaPEIM yang kini telah dilaksanakan melalui 202 buah cawangan di seluruh negara.
Malah YaPEIM adalah pelopor dan peneraju dunia dalam memperkenalkan instrumen Ar Rahnu sejak 1993. Program Ar Rahnu terbukti telah menjana keuntungan yang amat memberangsangkan. Tahun ini sahaja, YaPEIM berjaya menjana pendapatan mencecah RM83 juta dari aktiviti Ar Rahnu. Pendapatan ini telah meningkat sebanyak RM11 juta berbanding RM72 juta tahun 2014.
Selain daripada Ar-Rahnu, YaPEIM kini mula terlibat secara aktif di dalam bidang perniagaan yang lain seperti pasaraya, perniagaan berasaskan emas, bidang keselamatan (termasuk perlindungan takaful dan CCMS) dan pelaburan hartanah. Ketika ini YaPEIM sedang menggerakkan Tabung Ibadah Qurban dan meneliti peluang untuk menceburi di bidang penternakan.
Melalui pelbagai pendekatan ekonomi yang dilaksanakan ini, Rezab Pendapatan YaPEIM terus bertambah dengan Aset Bersih sebanyak RM138 juta pada tahun 2014 dan dijangka bertambah menjadi RM160 juta sehingga Disember tahun 2015. Berdasarkan Laporan Kewangan 2014, jumlah aset keseluruhan YaPEIM berjumlah RM1.034 bilion.
YaPEIM berjaya menjana pendapatan sendiri tanpa perlu bergantung kepada bantuan (geran) kerajaan dalam pengurusan dan operasinya.
Hasil dari kejayaan dan keuntungan yang dijana melalui pelbagai aktiviti perniagaan pembangunan ekonomi YaPEIM memperkenalkan pelbagai program kebajikan seperti Skim Kecemerlangan Pelajar Nasional – SANTUN (melibatkan 5,200 orang pelajar yang cemerlang termasuk pelajar dari keluarga miskin), Program Sinar Kasih dan Skim Khairat Nasional (dengan kumpulan sasar 200 ribu keluarga yang berdaftar di bawah e-Kasih), Program Pembangunan Komuniti dan Program Pembangunan Keusahawanan (mencecah 120,000 orang pada penghujung tahun 2015). Untuk rekod, YaPEIM juga merupakan penyedia dana dan pelopor utama bersama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) bagi Skim Pembiayaan Ikhtiar Malaysia di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebelum ianya diambil alih oleh Kerajaan.
Seiring dengan pendekatan YaPEIM yang ingin berkongsi dengan masyarakat dalam melaksanakan pelbagai program kebajikan, YaPEIM turut membuka ruang kepada masyarakat untuk menyumbang melalui skim-skim yang diperkenalkan termasuk melalui Skim Potongan Gaji Bulanan.
YaPEIM sentiasa berpegang kepada prinsip Syariah dan nilai integriti yang tinggi dalam urusan pengoperasiannya
Amat malang bagi umat Islam, walaupun YaPEIM telah menempa pelbagai kejayaan dan telah menebar bakti sejak mula beroperasi, kini YaPEIM terpaksa berdepan dengan pelbagai pertuduhan jahat daripada Akmal bin Nasir, Ketua Cabang PKR Johor Bahru merangkap Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan [National Oversight and Whistleblowers (NOW)] yang bertujuan menjatuhkan reputasi YaPEIM.
Akmal bin Nasir pada 9 November 2015 membuat satu pertuduhan bahawa YaPEIM telah membelanjakan wang sejumlah RM223,000.00 untuk kempen pilihan raya kecil di Parlimen Rompin.
Kemudiannya pada 11 November 2015, Akmal bin Nasir membuat pertuduhan bahawa Presiden dan Timbalan Presiden serta keluarganya menerima pendapatan keseluruhan sebanyak RM154,700 sebulan.
Pada 13 November 2015, Akmal bin Nasir mengeluarkan lagi kenyataan bahawa terdapat satu skandal melibatkan YaPEIM di mana wang sebanyak RM410,978.56 yang sepatutnya digunakan untuk amal jariah telah disalahgunakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.B Dato’ Seri Jamil Khir Baharom. Akmal bin Nasir menambah bahawa walaupun perjalanan tersebut dikatakan untuk tujuan “Pemantapan dan Pemerkasaan Kelab Santun YaPEIM”, berdasarkan perbelanjaan-perbelanjaan yang dicaj dan dibayar oleh YaPEIM adalah bersifat sukaria dan langsung tiada unsur amal jariah. Beliau turut menyatakan bahawa pembayaran dibuat menggunakan duit yang dikhususkan untuk kegunaan anak yatim dan miskin.
Namun keesokan harinya pada 14 November 2015 beliau tampil membuat pembetulan jumlah yang dibelanjakan iaitu sebanyak RM590,000.00 yang dibelanjakan di dalam program di Amerika Syarikat dan mendakwa hanya melibatkan 100 orang peserta sahaja.
Terbaru pada 16 November 2015 petang, Akmal Nasir membuat pertuduhan bahawa YaPEIM membelanjakan sebanyak RM290,000.00 bagi penganjuran kursus perkahwinan di Paris yang dirasmikan oleh Dato’ Seri Jamil Khir Baharom. Beliau membuat tuduhan bahawa program tersebut tidak mencerminkan matlamat kebajikan dan amal jariah.
YaPEIM memandang serius segala pertuduhan yang dilemparkan oleh Akmal Bin Nasir kerana ianya telah menyebabkan krisis keyakinan dikalangan penyumbang dan meletakkan YaPEIM di dalam pandangan umum yang sangat buruk. Ianya turut memberi kesan negatif dalam urusan perniagaan YaPEIM. Tuduhan penyalahgunaan dan penyelewangan dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji) serta pembaziran adalah tuduhan berat yang berniat jahat dan bermotifkan politik. Lebih mendukacitakan ia telah diterima oleh sebahagian daripada masyarakat di dalam dan luar negara berdasarkan maklumat yang terkandung dalam dokumen dalaman YaPEIM yang dicuri dan kemudiannya diputarbelitkan oleh NOW.
YaPEIM dengan ini menyangkal sekeras-kerasnya segala pertuduhan dan ingin menjelaskan serta menyatakan dengan tegas bahawa:
1 – YaPEIM bukanlah sebuah badan kerajaan. YaPEIM adalah sebuah perbadanan yang tertakluk kepada Surat Ikatan Amanah yang berdaftar di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (selepas ini dirujuk sebagai “Surat Ikatan”).
2 – Setakat tahun 2014, YaPEIM telah mengeluarkan sejumlah RM453,089,453.00 bagi tujuan program pembangunan sosio-ekonomi (amal jariah). Dalam tempoh yang sama jumlah kutipan sumbangan amal jariah YaPEIM melalui Skim Potongan Gaji (SPG) dan skim-skim lain hanyalah sebanyak RM334,931,764. Manakala sejumlah RM118,157,689.00 adalah jumlah penambahan dari Dana Perniagaan YaPEIM bagi pengeluaran amal jariah yang diambil daripada sumber dana perniagaan YaPEIM.
* Kutipan SPG dan Skim-skim lain RM334,931,764.00
* Dana Perniagaan YaPEIM RM118,157,689.00
* Jumlah Pengeluaran Amal Jariah RM453,089,453.00
3 – Maka tuduhan bahawa YaPEIM menyalahgunakan atau menyeleweng kutipan duit sumbangan amal jariah daripada para penyumbang di bawah Skim Potongan Gaji adalah tidak benar sama sekali dan jelas ianya merupakan satu fitnah jahat yang bertujuan untuk menghakis keyakinan penyumbang kepada institusi perniagaan Islam seperti YaPEIM.
4 – Atas sebab itu, tidak timbul sebarang isu kononnya YaPEIM membayar elaun Presiden dan Timbalan Presiden menggunakan duit sumbangan amal jariah melalui Skim Potongan Gaji. Segala pembayaran gaji, elaun dan keseluruhan kos operasi ditanggung sepenuhnya melalui dana daripada aktiviti perniagaan dan perkhidmatan yang dilaksanakan YaPEIM. Lebih penting sejak awal penubuhan hingga kini YaPEIM diaudit oleh Jabatan Audit Negara.
5 – Presiden dan Timbalan Presiden telah memberi sumbangan yang besar dan berkesan kepada kemajuan dan perkembangan YaPEIM. Melalui usaha dan komitmen penuh mereka dan disokong pengurusan dan semua kakitangan menjadikan Rezab Pendapatan YaPEIM terus bertambah dengan Aset Bersih sebanyak RM138 juta pada tahun 2014 dan dijangka bertambah menjadi RM160 juta sehingga Disember tahun 2015. Jumlah keseluruhan Aset YaPEIM berjumlah RM1.034 bilion.
6 – YaPEIM menjalankan perniagaan seakan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti PNB, Tabung Haji dan Felda. Namun bagi jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah tidak menikmati pembayaran bonus dan dividen sebagaimana syarikat berkaitan kerajaan atau institusi korporat yang lain.
7 – Berkenaan perlantikan ahli keluarga Timbalan Presiden di dalam YaPEIM, ingin dijelaskan bahawa pelantikan mereka telah dibuat mengikut proses dan prosedur perlantikan yang sah dan tiada peraturan yang menghalang pelantikan ahli keluarga di dalam YaPEIM. Mereka mula dilantik di dalam anak syarikat YaPEIM berdasarkan kelayakan dan keperluan yang wujud. Wan Johan Wan Ismail memiliki ijazah sarjana muda Perancangan, Bangunan dan Perumahan dan Ijazah sarjana (masters) pengurusan Projek daripada Universiti Sains Malaysia manakala Tuan Haji Ismail bin Mohd Nasib pula merupakan pemegang Ijazah Sarjana Kaunseling University of Western Michigan, Amerika Syarikat, post graduate Diploma Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sarjana Muda Sejarah, Universiti Malaya. Beliau juga merupakan pensyarah Bachelor of Education TESL Universiti Kebangsaan Malaysia dan jawatan terakhir adalah Pegawai Kebajikan Pelajar, Chicago, Amerika Syarikat. Mereka juga telah memberikan sumbangan kepada pembangunan perniagaan YaPEIM.
8 – Setiap aktiviti atau keputusan yang dibuat di dalam YaPEIM adalah berdasarkan kepada polisi yang telah diluluskan oleh Lembaga Pemegang Amanah selaras dengan Surat Ikatan. Ahli Lembaga Pemegang Amanah pula terdiri daripada 12 ahli lembaga dari pelbagai latarbelakang antaranya akauntan, peguam, bekas mufti, rektor universiti, mantan Timbalan Naib Canselor, Pegawai Tinggi Kerajaan dan lain-lain. Selain itu YaPEIM turut dikawal-selia Jawatankuasa Pengawasan Syariah yang sentiasa memantau segala urusan operasi YaPEIM.
9 – Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh YaPEIM adalah bertujuan untuk memenuhi matlamat penubuhan iaitu pembangunan sosio-ekonomi umat Islam dan kebajikan. YaPEIM telah menjalankan pelbagai program samada di dalam negara mahupun di luar negara. Berkenaan program-program yang dijalankan oleh YaPEIM di luar negara ianya merupakan sebahagian daripada Strategi Lautan Biru bagi menerapkan nilai-nilai kepimpinan dan keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara selain memastikan kebajikan mereka diberi perhatian. Program-program yang telah dirangka juga adalah bertujuan memberikan peluang kepada pelajar-pelajar untuk berdialog secara terus dengan YB Menteri yang bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Islam. Sepanjang dialog dan interaksi yang dibuat mereka telah diberikan kefahaman dan penerangan berkaitan isu-isu kenegaraan, isu-isu semasa hal ehwal Islam, isu-isu keganasan, LGBT dan lain-lain.
10 – YaPEIM ingin menyangkal tuduhan bahawa YB Menteri telah hadir ke program-program anjuran YaPEIM di luar negara adalah untuk bersukaria. YB Menteri telah dijemput oleh YaPEIM bukan sahaja untuk merasmikan dan terlibat di dalam program-program secara langsung dengan para pelajar tetapi juga mewakili YaPEIM dalam mengadakan perbincangan dengan pihak Kedutaan Malaysia dan Education Malaysia yang menjaga secara langsung kebajikan para pelajar Malaysia di luar negara.
11 – Berdasarkan fakta-fakta di atas amat jelas sekali bahawa pertuduhan-pertuduhan yang dilemparkan oleh Akmal Bin Nasir dan NOW adalah tidak berasas sama sekali, berunsur fitnah dan berniat jahat. Ianya telahpun berjaya menghakis keyakinan para penyumbang dan dengan persepsi serta pandangan buruk masyarakat dan pelabur terhadap YaPEIM sudah pasti menjejaskan perniagaan dan pertumbuhan YaPEIM sebagai satu badan yang telah banyak menyumbang ke arah pembangunan sosio-ekonomi umat Islam.
12 – Tambah memeritkan daripada fitnah ini, adalah kesan kepada penerima-penerima sumbangan amal jariah YaPEIM yang terdiri daripada 200,000 keluarga kumpulan sasar Program Sinar Kasih dan Skim Khairat Nasional, 120,000 usahawan kecil yang terlibat dalam program pembangunan komuniti dan program pembangunan usahawan serta 5,200 pelajar di bawah Skim Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN).
13 – Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang masih mempunyai kepercayaan dan terus menyokong YaPEIM dalam menjayakan misi membangun sosio-ekonomi umat Islam di negara ini.
14 – YaPEIM dan individu-individu yang kredibilitinya terjejas teruk dengan fitnah NOW akan mengambil tindakan undang-undang dalam masa terdekat. YaPEIM juga memohon kerjasama agensi-agensi penguatkuasaan tertentu bagi menyekat kegiatan jahat NOW mencuri dokumen-dokumen dalaman YaPEIM dan seterusnya menyebarkan maklumat palsu dan memutarbelitkan fakta bertujuan memfitnah YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato Seri Jamil Khir Baharom, YaPEIM dan peneraju-peneraju tertinggi YaPEIM.
Dato’ Abibullah Hj Samsudin
Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...