Nak amek tindakan undang2 terhadap blogger yang masih berterusan siarkan isu melodi = lagu ketuhanan kristian = tanpa bukti kukuh?
Ceh.
Sikit2 saman. Sikit2 tindakan undang2. Sikit2 gunakan kekerasan. Sikit2 nak gertak orang. Apa lah nak jadi dengan ko neh rais yatim oiiiiii...
Tanya ada sama tak? Jawapan dari korang takde. Rujuk sini.
Kalau takde kenapa nak tubuh panel khas? Dah takde persamaan kan? Bukan ciplak maa.. ori maaa.. kalau ori = takde persamaan kenapa nak tubuh panel khas? Jawapan yang paling tepat ialah
RAIS YATIM pun tak YAKIN dengan komposer yang claim bahawa melodi janji ditepati adalah ORIGINAL!
Tak percaya?
Kalau rais yatim = yakin melodi janji ditepati tulen bang = buat apa dia tubuhkan panel khas? Bagi bukti sudah larh. Buktikan yang dorang bekerja keras untuk keluarkan idea bagi cipta melodi janji ditepati. Kan aku dah cakap, melodi sama tue normal bhai. Kat memana pun wujud.. kadang2 kita gunakan alat muzik yang sama menyebabkan kita seolah2 menghasilkan melodi yang seakan2 sama tetapi bukan lah niat nak menciplak pun.
Tapi rais yatim bukan sahaja tak bagi bukti bahkan dia sibuk cari bukti dengan tubuhkan panel khas bagi menyiasat betul ka tak betul lagu tue ada persamaan dengan melodi lagu ketuhanan kristian. Dah kalau dia sendiri pun sibuk tertanya2, ragu2, was2 dan sebagainya macam mana dia boleh warning blog2 yang siarkan persoalan tersebut dengan nada mengugut mahu mengambil tindakan undang2 pula?
Kemon rais, kemon.
Sebelum warning orang, warning dulu diri sendiri. Sendiri yang tubuhkan panel khas = membuktikan ko pun tak yakin bahawa melodi tue tulen bang. Membuka panel siasatan = membuktikan keraguan itu wujud, ada. Kalau tiada keraguan kita takan proceed sampai ke panel siasatan. Sebaliknya kita akan cakap dengan tegas + terus terang + lantang ;
MELODI JANJI DITEPATI ADALAH ORIGINAL DAN BUKAN VERSI SANDURAN DARI MANA2 LAGU YANG WUJUD DI DUNIA NEH. DAN KITA AKAN TERUSKAN DENGAN LAGU TERSEBUT MESKIPUN DITUDUH MACAM2 SEBAB KITA TAHU KITA HANYA MENYAJIKAN YANG TER-ORIIIII UNTUK RAKYAT MALAYSIA.
Mudah kan?
Rakyat boleh bercakap pongpang pongpang.. tapi selaku menteri ko dah tegaskan bahawa ia ori.. komposer pun dah cakap ia ori.. so kalau ada pihak yang nak bawa kes neh ke mahkamah at least ko + komposer boleh buktikan ia ori..
Tapi sekarang yang berlaku terbalik. Pihak yang claim ori = nak siasat samada ia ori ke tak ori = nak amek tindakan undang2 terhadap blog yang mendakwa wujudnya persamaan tersebut? Apa pun blog aku tak termasuk dalam list rais yatim. Sebab dia cakap dia hanya nak amek tindakan undang2 terhadap blog yang mendakwa tanpa bukti.
So aku lepas. Sebab?
1. Aku tak mendakwa apa2.
2. Dan aku cuma tanya sambil lampirkan video lagu ketuhanan sebagai asas kenapa aku timbulkan persoalan tersebut.
Alhamdullilah.
kah kah kah
Rujukan berita disini. Baca tue. Jangan lupa part kat bawah neh oke ;
Beliau juga berkata lagu tersebut masih dalam peringkat pengolahan dan belum dimuktamadkan untuk sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini.
Read more: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/08/03/rais-tubuh-panel-khas-siasat-lagu-janji-ditepati/#ixzz22SwfEyOo
Dah upah orang buat video
Dah upah orang main kat radio
Dah upah orang tayang kat tv
Dah upah orang menyanyi kat majlis bn
Lepas tue dia boleh cakap lagu tue belum dimuktamadkan lagi? Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Menteri sapa lahhhh neh..
kah kah kah