Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 29 Februari 2020

PH Akan Bawa SD Tunjuk Bukti Ke Agong Dapat Sokongan Majoriti.

The Malaysian Insight | PAKATAN Harapan merancang melakukan rayuan terhadap keputusan Yang di Pertuan Agong untuk melantik Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Malaysia kelapan.


Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata PH merancang berbuat demikian menggunakan akuan bersumpah yang ditandatangani menyokong calon pilihan mereka, Dr Mahathir Mohamad.

“Kami akan cuba buktikan melalui akuan bersumpah (SD). Kita akan cuba menggumpulkan bukti itu, kerana tempoh masa yang diberikan Istana semalam mengizinkan kami untuk mengumpulkan bukti-bukti itu,”
kata Salahuddin kepada wartawan di luar Hotel Eastin, Petaling Jaya.

Pemimpin PKR, DAP dan Amanah berkumpul di hotel itu sejak pagi tadi, manakala ketua parti pula pergi ke Istana Negara untuk memaklumkan Agong bahawa Dr Mahathir adalah calon perdana menteri mereka.

Salahuddin menambah, semua pemimpin PH kini akan berkumpul dan bermesyuarat di pejabat Dr Mahathir di Yayasan Al-Bukhary untuk membincangkan proses rayuan kepada Agong.

Istana Negara sebelum ini berkata pengumuman akan dibuat pada jam 5 petang, tetapi kenyataan media mengumumkan pelantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri kelapan bocor lebih awal.

PH dengan sokongan ahli Parlimen sebelum ini yakin Dr Mahathir mempunyai sokongan majoriti, selepas beliau dan Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menongkah arus menentang keputusan Bersatu yang menamakan Muhyiddin. Mereka juga menafikan menandatangani akuan bersumpah menyokong presiden Bersatu itu.

Presiden PKR Anwar Ibrahim juga sebelum ini yakin Dr Mahathir mendapat sokongan majoriti, dengan ramalan lebih ramai ahli Parlimen Bersatu akan kembali menyokong PH. Richard Riot (SUPP) juga turut menyertai PKR.

Warisan dari Sabah dengan sembilan kerusi dan Upko (1) juga mengumumkan sokongan kepada Dr Mahathir. – 29 Februari 2020.

Jumaat, 28 Februari 2020

Majlis Tertinggi PPBM Nafikan Calonkan Muhyiddin Sebagai PM, Ini Kenyataan Lengkap Kadir Jasin.

A. Kadir Jasin | 1. Kenyataan ringkas Bersatu mengatakan ahli Dewan Rakyat parti itu bersama feksyen Azmin Ali telah menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri.



2. Sebagai penjelasan, ini bukan keputusan Bersatu. Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu tidak dibawa berunding atau dimaklumkan mengenai hal ini.

3. Pendirian terakhir MPT yang dibuat dalam mesyuarat malam Isnin lalu ialah Tun Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri.

4. Dalam perkembangan berkaitan, Umno dan Pas menyatakan sokongan kepada Muhyiddin. Ini tidak menghairankan.

5. Tidak seperti Dr Mahathir yang hanya bersedia menerima pemimpin Umno sebagai individu, Muhyuddin sanggup menerima mereka sebagai parti.

6. Prinsip Tun adalah beliau menghormati keputusan rakyat jelata yang menolak penjenayah kleptokrasi dalam PRU 2018.

7. Perlu diingatkan semula bahawa Bersatu adalah cetusan daripada kempen Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat tahun 2016.

8. Dr Mahathir berulang kali mengingatkan MPT bahawa Umno "desperate" untuk menubuhkan kerajaan campuran dengan Bersatu kerana hari penentuan bagi para pemimpinnya yang sedang dibicarakan semakin hampir.

9. Sementara itu jenayah baru telah ditemui termasuk jenayah berat.

10. Jadi tidak hairanlah kalau mereka menggunakan slogan agama, bangsa, negara, maruah dan seumpamanya sebagainya perisai.

Wallahuaklam. Terima kasih.

Penjelasan Kenapa Tommy Thomas Letak Jawatan.

POLITIK | Portal The Edge melaporkan berita perletakkan jawatan Tommy Thomas petang tadi. Perkara itu disahkan sumber yang bercakap dengan portal itu.



Ramai tertanya-tanya kenapa agaknya Tommy Thomas meletakkan jawatan sedangkan tempohnya masih bertahan sehingga Jun ini.



Menurut sumber berikut adalah sebab kenapa Tommy meletakkan jawatannya secara mengejut petang tadi;


- Tommy mahu menghormati Tun Mahathir.



- Perlantikan Tommy dibuat oleh Tun Mahathir.

- Dengan spekulasi kerajaan akan bertukar tangan, maka Tommy mahu meletakkan jawatan ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri sebelum digantikan dengan PM lain.


Dalam perkembangan berkaitan, peguam Azam Aziz telah membuat laporan polis terhadap Tommy Thomas di IPD Sentul.



"Saya akan membuat 1 laporan polis terhadap Bekas Peguam Negara, Tommy Thomas jam 9.30 malam ini di Balai Polis Sentul.

Saya menjemput semua rakan media dan orang ramai hadir ke sidang media saya di hadapan balai polis Sentul jam 9.30 malam ini
," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya.



Menurut peguam itu lagi, terdapat beberapa pihak lain turut tampil di IPD Sentul bagi membuat laporan polis terhadap Tommy Thomas yang didakwa salah guna kuasa. - 28 Februari 2020.

Khamis, 27 Februari 2020

Sabar Tun, Tunggu Titah Agong Dulu - Aktivis Rakyat.

Edy Nor Redzuan | 𝗔𝗱𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗧𝘂𝗻 𝗖𝗲𝗺𝗮𝗿 𝗪𝗶𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗬𝗗𝗣 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴?

1. Sebagai Perdana Menteri interim, Tun tidak layak sama sekali untuk menentukan bagaimana PM ke-8 dipilih dari kalangan mereka yang punya sokongan.

 


2. Perdana Menteri interim hanya bertindak sebagai pelaksana sahaja dengan kuasa yang terhad di bawah perkenan DYMM YDP Agong.

3. 𝗔𝗱𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹𝗻𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 (𝗨𝗚) 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗧𝘂𝗻 𝗱𝗶 𝗜𝘀𝘁𝗮𝗻𝗮 𝗽𝗮𝗴𝗶 𝘁𝗮𝗱𝗶, 𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝘀 𝗧𝘂𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗴𝗲𝗴𝗮𝘀 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗰𝘂𝗯𝗮 𝗽𝘂𝗹𝗮 𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮 '𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻 𝟮 𝗠𝗮𝗰' 𝗱𝗶 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻?

4. Persidangan Majlis Raja² yang pada mulanya dimaklumkan bersidang esok selepas solat Jumaat, telah pun diawalkan ke sebelah pagi.

5. Adakah kerana Tun menghidu sesuatu bakal berlaku di istana pada sebelah petang, maka Tun terus sailang dengan meminta supaya keputusan PM ditentukan di Parlimen?

6. Perkara paling lucu ialah 𝗧𝘂𝗻 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗿𝗼𝗺𝗼𝘀𝗶 𝗧𝗮𝗻 𝗦𝗿𝗶 𝗠𝘂𝗵𝘆𝗶𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗬𝗮𝘀𝘀𝗶𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗶𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗣𝗠𝟴 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟮 𝗠𝗮𝗰 𝗻𝗮𝗻𝘁𝗶. 𝗜𝗻𝗶 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗿𝗲𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶 𝘄𝗮𝗵𝗮𝗶 𝗧𝘂𝗻, 𝗶𝗻𝗶 𝘀𝗼𝗮𝗹 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵𝗮𝗶𝗿 𝘁𝗲𝗿𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗵𝗮𝗻𝗰𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗸 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁𝗮𝗻.

7. Menjadi persoalan, di manakah janji² manis Tun yang berpuluh kali menyebut peralihan kuasa hanya akan berlaku dari Tun kepada Anwar Ibrahim? Adakah Tun mudah lupa?

8. Cukup-cukuplah Tun. Kalau pun benar Tun memang tidak pernah terniat untuk bersetuju jadikan Anwar Ibrahim PM ke-8, janganlah hingga tergamak sailang kuasa YDP Agong.

9. Berilah ruang kepada Majlis Raja-Raja bersidang terlebih dahulu, dan biarlah YDP Agong yang selesaikan kemelut ini.

10. Atau adakah sesuatu yang Tun risaukan akan berlaku pada petang Jumaat ini, hinggakan Tun dilihat cuba membeli masa sehingga Isnin?

Daulat Tuanku

Sekian

𝗘𝗱𝘆 𝗡𝗼𝗼𝗿 𝗥𝗲𝗱𝘂𝗮𝗻
Aktivis Blogger

#KekalkanMandatRakyat

UMNO Tetap Sokong Bubar Parlimen, Dakwa Kos Ketidakstabilan Politik Lebih Mahal..

Asyraf Wajdi Dusuki | KOS KETIDAKSTABILAN POLITIK JAUH LEBIH BESAR BERBANDING KOS PILIHANRAYA

Benar ada yang mengatakan bahawa kos untuk mengadakan Pilihanraya Umum boleh mencecah sehingga RM500-RM600 juta. Jadi buat apa dijalankan di saat negara berhadapan dengan kegawatan?




Namun harus dingat negara sudah mengalami kerugian lebih RM300 bilion sejak Kerajaan PH memerintah, lantaran pengeluaran dana secara besar-besaran daripada Bursa Malaysia oleh pelabur-pelabur dalam dan luar negara. Sentimen pasaran juga tidak menentu kerana Pelabur-pelabur asing terutamanya, mengambil sikap tunggu dan lihat kerana dimomokkan dengan berita peralihan kuasa sepanjang 21 bulan yang lalu.

Dengan kerugian tambahan sebanyak RM43 bilion akibat krisis politik yang akhirnya menjadi kenyataan, ketidakstabilan politik bakal menjadi igauan ngeri para pelabur, apatah lagi mereka menyaksikan dengan jelas perbalahan antara Mahathir dan Anwar sudah sampai kemuncaknya.

Justeru jalan terbaik untuk mengelakkan kerugian lebih dasyat yang akan menggawatkan lagi ekonomi negara, adalah untuk diserahkan kembali mandat kepada rakyat agar diadakan PILIHANRAYA UMUM yang baru. InsyaAllah.

#BubarParlimen
#SelamatkanNegaraku

Saya Ok Jika Muhyiddin, PM. - Tun Mahathir.

ULASAN | Siapa tengok LIVE kat ASTRO AWANI tadi? Selepas tamat sahaja pengumuman pakej rangsangan ekonomi, wartawan bertanyakan beberapa soalan isu semasa kepada Tun Mahathir. 




Antara soalan yang ditanyakan ialah mengenai pencalonan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Berikut adalah jawapan Tun Mahathir Mohammad : "Jika dia (Muhyiddin) jadi Perdana Menteri saya ok".

Tun Mahathir menjelaskan beliau bersetuju dengan pemilihan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM, jika Muhyiddin mempunyai majoriti di Parlimen, Muhyiddin berhak membentuk kabinet yang baru. 

Penjelasan bagaimana menentukan posisi Perdana Menteri;

- Tun kata Parlimen akan bersidang pada 2 Mac 2020 ini dan usul memilih Perdana Menteri akan dibawa keluar, kemudiannya semua Ahli Parlimen akan memilih calon Perdana Menteri masing-masing, yang dapat undi majoriti akan menjadi Perdana Menteri. 

Penjelasan mengenai jawatan Pengerusi PPBM;

- Tun kata beliau meminta masa untuk memikirkan samada mahu kembali sebagai Pengerusi PPBM atau tidak selepas perletakkan jawatannya ditolak tiga hari lalu. 

Sebagai rekod, selepas balik dari perjumpaan dengan YDPA, Tun mengumumkan kembali sebagai Pengerusi PPBM.

Penjelasan Unity Government;

- Ialah pentadbiran yang mana semua parti akan mempunyai wakil di kerajaan. Golongan profesional juga layak dipilih untuk menjadi sebahagian dari pentadbiran.

Plot twist ini, yang paling terbaru. Bermakna, PPBM menyokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan bukan lagi Mahathir. Jika ini berlaku, bagaimana dengan kartel? Dah tinggalkan parti kena nak jadikan Tun Mahathir PM sepenggal. Nampak tak? - 27 Februari 2020.

Bertenang DAP, Selesaikan Masalah, Jangan Keluarkan Kenyataan Terburu-Buru..

ULASAN | Nampaknya Lim Guan Eng sudah memainkan lagu blame game. Tak cerdik disitu.

Di RoketKini sudah dipadamkan, tetapi disana sini kenyataan itu masih ada.


Tajuk membayangkan PH sedang menyalahkan Tun Mahathir. Kandungan pula merujuk kepada usaha PH bagi bekerjasama dengan Tun untuk terus menerajui negara supaya memenuhi janji manifesto PRU 14, tetapi bukan ramai orang nak baca pun.

Selepas itu, isi kandungan bercakap tentang perubahan-perubahan yang telah dibuat sebagai satu pencapaian.

Maaf cakap, paling kurang pun, kenyataan mengenai sistem jaringan pengangkutan negara dan penjimatan itu agak syok sendiri. 

Jika penulis yang menulis artikel itu, penulis lebih rela memasukkan jasa Gobind menurunkan harga internet, ini lebih dirasai oleh ramai orang, tetapi kita abaikan itu dulu.

Sementara itu Lim Kit Siang juga telah memulai episode jelajahnya. Satu lagi tindakan kurang cerdik Tuan.

Kepada pemimpin-pemimpin DAP dan seangkatan dengannya;

1. Lebih baik diam dari mengeluarkan kenyataan kontroversi sehingga mengundang padah.

2. Belajar dari kehancuran Pakatan Rakyat.

3. Perbalahan di media hanya memecahkan dan mengundang lebih banyak salah faham daripada membetulkan keadaan.

4. Ini bukan masa untuk blame game.

5. Situasi hari ini terjadi, DAP juga ada salah dan silapnya.

6. Kita menolak pengkhianatan. Tetapi yang buka pintu kepada PPBM bukannya penyokong kamu tetapi kamu, pemimpin DAP.



7. Apa yang berlaku hari ini kerana kamu membelakangkan pengkritik kamu, kemudiannya kamu menjaja tentang Tun telah berubah dan sebagainya. Kamu lagukan puji-pujian.



8. Taste your own medicine, DAP.



9. Ini jika kita nak main blame game.



10. Tetapi kita tak mahu. Masalah belum selesai. Jadi, lebih baik buka pintu rundingan dengan PPBM, Tun dan sesiapa sahaja bagi menyelamatkan Pakatan Harapan.



11. Perlu juga kamu faham, yang paling dibenci sekarang adalah parti DAP. Ini yang orang melayu benci.


12. Oleh kerana itu, setiap langkah dan tindakan kamu mestilah berstrategi dan mengubah semula persepsi negatif ke atas parti kamu.

13. Dengan membuat kenyataan sembrono, bukan sahaja tidak membantu Pakatan Harapan menjadi kerajaan bahkan DAP berisiko jatuh dan ditertawakan.

14. Ditertawakan kerana menjadi kerajaan yang separuh penggal pun tidak lepas. Bayangkan. Kamu cipta rekod ini. Menjadi sejarah zaman berzaman. Tenang dan damailah dalam menuturkan kenyataan disaat situasi politik sedang huru hara ini. Ini yang kamu perlu buat. Mungkin kamu tak kisah jika menjadi pembangkang semula. Tetapi bagi menteri DAP yang struggle buat perubahan, dan membetulkan semula negara dari dalam dengan kuasa yang ada itu, untuk pengundi PH ia merupakan satu kehilangan yang besar. Fikirkanlah.

Sekian. - 27 Februari 2020.

Najib Sindir Mahathir Isu Hutang Negara..

POLITIK | Bekas Perdana Menteri, Najib Razak menyindir pengumuman Tun Mahathir ketika Perdana Menteri Interim itu membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Bagi menanggani penularan virus Covid-19 petang tadi.


"Akhirnya, PM ke-7i (interim) mengaku bahawa negara ada kekayaan sekurang-kurangnya RM2 trilion.

Maksudnya kita tak bankrap pun JIKA hutang negara benar-benar RM1 trilion (bukan pun).

PM ke-7i kata pakej rangsangan ekonomi yang diumum tadi (nanti saya ulas lebih detail) akan dibiayai oleh kekayaan RM2 trilion negara.

February 27, 2020: "Stimulus package to be funded by RM2 tril savings from BNM, Tabung Haji, KWSP"
https://www.theedgemarkets.com/article/stimulus-package-be-funded-rm2-tril-savings-bnm-tabung-haji-kwsp

Kenapa dulu korang tak mahu mengaku fakta ini?

 


Patutlah PH tak berani nak jawab apabila saya cabar mereka beberapa kali jika ianya benar bahawa kekayaan rakyat telah berganda ke RM2 trilion di bawah kerajaan BN dulu masa saya PM seperti di sini:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156657113540952

Memang benar pun.

Sebab itu, PH asyik jual aset negara kerana banyak aset negara yang dibina masa saya PM untuk dorang jual

Lagi mahu fitnah saya bankrapkan negara - sehingga ramai RAYkat turut tertipu,"
kata Najib dalam satu kenyataan hari ini.


Sebelum ini Tun Mahathir mengumumkan 8 langkah bagi membantu rakyat menghadapi kesan kemerosotan ekonomi disebabkan wabak wuhan.

Antara langkah itu ialah bantuan one off kepada pemandu teksi, pemandu bas pelancongan, menaikkan bantuan BSH sebanyak 100 dan potongan kadar KWSP diturunkan. - 27 Februari 2020.

Intipati Pakej Rangsangan Ekonomi Bagi Menanggani Virus Covid-19

POLITIK | Sebentar tadi Perdana Menteri Interim, Tun Mahathir Mohammad mengumumkan lapan langkah bagi membantu negara menghadapi kesan penularan wabak 
Wuhan.



Langkah yang dinamakan sebagai Pakej Rangsangan Ekonomi Menanggani Virus Covid-19 itu dianggarkan membabitkan kos sebanyak RM20b.

Berikut adalah lapan langkah tersebut;

1) Bayaran one-off sebanyak RM600 kepada pemandu teksi, pemandu bas pesiaran, pemandu pelancong dan penarik beca yang berdaftar.

2) Elaun khas RM400 sebulan kepada doktor dan kakitangan perubatan yang terlibat secara langsung dalam menangani wabak Covid-19.

3) Bayaran RM200 untuk kakitangan imigresen dan kakitangan barisan hadapan yang terlibat dalam membendung Covid-19 dari Februari 2020 sehingga wabak berkenaan berakhir.

4) Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sepatutnya diberikan pada Mei 2020 akan diawalkan iaitu pada Mac 2020.

5) Tambahan RM100 kepada setiap penerima BHS akan dikreditkan ke dalam akaun bank pada bulan Mei dan tambahan RM50 akan disalurkan secara e-tunai.

6) Pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan dalam negeri.

7) Baucer digital bagi pelancongan domestik sehingga RM100 seorang untuk penerbangan domestik, keretapi dan penginapan di hotel berlesen

8) Kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dikurangkan sebanyak empat peratus iaitu daripada 11 peratus kepada 7 peratus berkuat kuasa sehingga akhir tahun. - 27 Februari 2020.

Surat Terbuka Dari Husam Untuk Tun Mahathir.

Husam Musa | MALAYSIA TIDAK BOLEH BERGANTUNG KEPADA PEMIMPIN TUNGGAL DEMI MASA DEPANNYA

YAB Tun,

“(Nabi) Muhammad itu tidak lain hanya se orang Rasul. Sebelumnya telah ada Rasul-Rasul yang lain.


Jika sekiranya Baginda meninggal atau dibunuh, adakah kamu semua akan berpaling semula ke belakang (meninggalkan ajarannya)?’ Al Imran : 144.

Firman Allah ini mengingatkan kita bahawa, dalam soal agama sekali pun, Rasul yang diutuskan tidak akan kekal bersama pengikut mereka.

Nabi-Nabi lagi dimatikan, tetapi kehidupan beragama berjalan terus. Kitab-kitab sebagai pedoman adalah lebih kekal dan bertahan lebih lama dari kehidupan para Rasul.

Begitu juga lah dengan para pemimpin.

Sekali pun Tun memang se orang pemimpin yang hebat, satu hari Tun akan pergi dan Malaysia perlu meneruskan perjalanan dengan pemimpin yang lain pula.

Bah kan, Nabi Muhammad s.a.w dimatikan dalam usia yang relatif masih muda – 63 tahun. Apabila misinya membawa ajaran Allah telah selesai, baginda dipanggil maut.

Tun hidup jauh lebih lama dari Nabi Muhammad s.a.w. Namun, tidak bermakna Malaysia sentiasa selamanya perlu bergantung kepada Tun.

Jalan kestabilan dan masa depan Malaysia terletak kepada pertukaran kepimpinan.

Oleh itu, menjadi salah satu tugas Tun, meletakkan asas pertukaran kepimpinan negara dalam keadaan teratur dan licin.

Bukan hanya memikirkan Tun mesti memegang kuasa untuk selama-lamanya.

Tun perlu menyediakan pelan peralihan kuasa itu jika benar Tun sayangkan Malaysia dan tidak memikirkan kepentingan Tun sendiri semata-mata.

Bahkan, ini adalah yang paling penting demi kelangsungan kestabilan dan kemajuan negara ini, lebih-lebih lagi dalam usia Tun sekarang.

Tun,

Untuk tujuan memantau kepimpinan baru yang diletakkan demi negara itu, Tun boleh masuk semula ke dalam kabinet sebagai Menteri Kanan seperti mana langkah Lee Kuan Yew dalam menyusun Singapura selepasnya.

Semasa itu, Tun boleh membetulkan apa yang difikirkan perlu dibetulkan.

Jika ia dilakukan sekarang, Tun boleh hadhir mewakili Kerajaan Malaysia dan negara di sidang Apec sebagai pemimpin yang benar-benar ulung, berkorban untuk negara, serta meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan dan sentimen peribadi.

Tun adalah Pemimpin Agung, bagi pandangan kami – jika berlaku demikian.

Tun,

Mengenai cadangan Tun untuk melantik anggota kabinet merentasi parti-parti dan tidak tertakluk kepada Parti Menguasai Kerajaan, ada beberapa perkara yang menjadi persoalan.

Maafkan saya untuk menyentuh perkara ini.

a. Tun tidak pernah membincangkan perkara ini terlebih dahulu dengan mana-mana pihak. 

Ia hanya muncul secara mendadak selepas Tun dilantik oleh YDPA sebagai PM

Interim hasil perletakan jawatan oleh Tun sendiri.

b. Lantaran itu, timbul kebimbangan besar bahawa sistem baru yang dicadangkan oleh Tun ini akan mengubah amalan sistem demokrasi ala Westminster sekarang kepada pemusatan kuasa hanya kepada se orang individu berjawatan Perdana Menteri.

Sistem semak dan imbang tidak lagi boleh berfungsi dengan baik.

Kuasa akan berpusat kepada se orang insan bernama Tun Dr Mahathir Mohamad, pada hari ini dan esok - kepada siapa kita belum tahu.

Jika beliau melantik pemimpin baik dan jujur, negara beruntung. Jika beliau melantik orang tertentu yang rapat dengannya, atau kitaran semula, atau mempunyai agenda tersembunyi, negara akan menjadi lebih parah.

Pemusatan kuasa kepada seseorang, adalah cenderung menjadi tidak baik. Negara seperti cacat, sentiasa perlukan pemimpin tunggal. Pemimpin tunggal pula akan cenderung berlaku salah kerana kuasa yang terlalu besar itu.

Saya tidak katakan ia sebuah kerajaan diktator dengan makna yang luas, tetapi ia cenderung ke arah itu.

Kabinet akan hanya menjadi rubber stamp Pemimpin Tunggal itu.

c. Ada juga yang bertanya, semasa YB Mazlee mengosongkan jawatannya baru ini, kenapa peluang itu tidak digunakan untuk membuat lantikan seperti konsep yang dikemukakan oleh Tun.

Tun,

Saya harus mengingatkan Tun kepada kemungkinan kemunculan semula ke tapak kuasa, kepimpinan kleptokrat yang telah kita bersama tumbangkan.

Tun lah, secara fakta dan sentimental, menjadi salah satu factor terpenting dalam kejayaan rakyat negara ini memerdekakan Malaysia dari cengkaman amalan kleptokrat terdahsyat dalam PRU lalu.

Tanpa Tun, ia tidak terhasil.

Jangan pula kerana kesilapan langkah Tun di akhir usia, mereka kembali berkuasa. Baik melalui penyusunan politik yang Tun lakukan sekarang, mahu pun dalam PRU yang akan datang kerana ketiadaan susunan parti-parti yang sama perjuangan dengan Tun dalam memerangi kleptokrat ini.

UMNO dengan bilangan ahli Parlimennya yang besar, boleh sahaja menelan Parti Bersatu jika ia diberi ruang.

Sementara Pas, adalah rakan kumpulan kleptokrat sejak asal.

Ruang berkerajaan kepada Pas akhirnya akan menyebelahi kleptokrat.

Dalam hal ini, saya menyeru Tun mengembailkan Bersatu ke dalam PH.

PH, saya lihat, masih terbuka.

Bila dimaklumkan Tun telah meletakkan jawatan kerana ditekan oleh pemimpin Bersatu sendiri dalam mesyuarat Bersatu pada 21 Feb lalu, kami semua menitiskan air mata.

Kak Wan menangis di depan Tun. Sama seperti Mat Sabu. Lim Guan Eng menggeletar. Tun telah saksikan sendiri.

Ini semua tanda cinta kami kepada Tun atas nama kestabilan negara Malaysia.

Kami masih akan memberi ruang kepada Tun dan pasukan. Bahkan, saya tidak ragu-ragu untuk secara terbuka membuat cadangan kepada pimpinan PH untuk melantik YAB Mukriz sebagai calon Timbalan Perdana Menteri di bawah kerajaan pimpinan DSAI.

Dengan itu, kerajaan Negeri Kedah dan negeri-negeri yang lain akan dapat diselamatkan.

Satu kemaslahatan yang lebih luas, yang Tun perlu timbangkan.

Tun,

Peristiwa-peristiwa misteri berlaku hampir serentak pada Ahad, 21 hb lepas.

Kesemuanya menuju kepada gangguan susunan pemerentahan negara.

Esoknya, pasaran saham, sebagai salah satu petanda kesan Gerakan Sheraton, jatuh teruk.

Ekonomi negara dan nasib sebahagian rakyat menjadi pertaruhan.

Tun mesti bertindak ke atas pensabotaj ini. Tun mesti menjauhkan diri dari mereka sebagai tanda Tun tidak merestui tindakan mereka.

Jangan pula Tun dilihat sebagai dalang di sebalik tindakan mereka.

Memang benar Tun telah menyatakan sebab Tun meletakkan jawatan sebagai PM adalah kerana menolak agenda Gerakan Sheraton secara keseluruhan, termasuk dari parti Tun sendiri – tetapi atas nama kepentingan negara, itu belum cukup.

Sesuatu tindakan yang tegas ke atas mereka adalah diperlukan.

Apa lagi untuk Tun memasukkan mereka semula dalam kerajaan atas apa jua nama.

Ia akan menjadikan prinsip Rakyat Malaysia yang seharusnya menolak sebarang bentuk pengkhianatan akan dipermainkan.

Ia mendidik rakyat kita menjadi tidak berprinsip dan ini buruk untuk negara dalam jangka panjang.

Pengkhiantan adalah pengkhianatan.

Tun – you sould be above all this things.

Akhir kata, kemelut ini perlu ditamatkan cepat demi Negara.

12.25 tengah hari
27 Februari 2020

Rabu, 26 Februari 2020

10 Ahli Parlimen Tidak Mengundi Calon Perdana Menteri, Undi Rosak Ke?

Mohd Sayuti Omar | KEADAAN TERUS KRITIKAL?

KEPUTUSAN hasil daripada temuduga (pengundian) dari kalangan 221 ahli parlimen yang berlangsung selama dua hari berturut-turut di Istana Negara sudah pun selesai dan diketahui. Yang diPertuan Agong telah pun memperolehi keputusan. Esok Yang diPertuan Agong akan membuat tindakan selanjut berdasarkan keputusan tersebut.




Daripada analis keputusan itu, dengan berasaskan kepada beberapa pergerakan politik sebaik pengundian itu selesai, ia memberi petanda tidak ada mana-mana pihak yang mendapat simple majoriti 1(12) untuk membolehkan bentuk kerajaan.


Anwar Ibrahim sebelum mengadakan sidang akhbar lewat petang tadi menjelaskan soal angka sudah tidak relevan lagi dan begitu juga dengan kenyataan-kenyataan berkaitan yang dibuat oleh berbagai pihak selepas itu. Kenyataan Anwar itu cukup saya fahami.

Sikap Anwar itu menjelaskan beliau tidak mendapat undi secukupnya untuk diberi peluang membentuk kerajaan.

Begitu juga apabila Mahathir Mohamad membuat perutusan khas menerusi RTM berupa rayuan dan pujukan, memohon maaf kepada rakyat atas apa yang berlaku, menunjukkan beliau juga tidak mendapat angka yang cukup. Menerusi perutusan khas penuh apologetik itu dima-diam beliau masih berhajat untuk jadi perdana menteri.

BN dan Pas petang semalam lagi sudah menyedari yang mereka tidak mempunyai harapan untuk tubuh kerajaan kerana masalah angka tidak cukup. Sebab itu mereka membuat keputusan meminta agar parlimen dibubarkan. Serentak itu juga BN - Pas menarik sokongan kepada Dr Mahathir.

Dari analisis saya Anwar mendapat sokongan 92 undi, manakala Mahathir 58 dan BN-Pas pula 61 undi. Anwar mendapat undi solid daripada parti-parti PH. Mahathir yang sepatut memperolehi 64 undi mendapat 58 undi sahaja ini bermakna 6 undi tidak mengundinya. Angka inu agak memalukan beliau dan kerana angka inilah beliau membuat perutusan khas.

BN dan Pas yang sepatutnya mendapat undi penuh 63, kurang 2 undi. Ertinya ada dua ahli parlimen dari kumpulan itu tidak menyokong mereka.

Dari 221 yang berhak mengundi, difahamkan terdapat 10 yang tidak mengundi. Apakah mereka ini berkecuali atau undinya rosak?

Dari segi peratusan dan jumlah undi tertinggi berpihak kepada PH, ini bermakna Anwar layak diisytiharkan menang. PH memerlukan 20 undi untuk mendapat majoriti mudah, 112.

Yang diPertuan Agong boleh menggunakan budi bicaranya untuk memberi kepada mana-mana kumpulan membentuk kerajaan. Bagaimana pun berdasarkan kedudukan itu, besar kemungkinan baginda boleh memilih untuk membubarkan parlimen.

Apa menyebabkan Mahathir maupun Anwar tidak cukup undi adalah kerana perbalahan sesama sendiri. Padan muka. Dan kerajaan PH yang lenyap itu boleh dibangunkan kembali sekiranya Anwar dan Mahathir sedia untuk duduk bersama. Trims. - 26 Februari 2020.

MCA Sokong Bubar Parlimen Tapi Akan Hormati Mandat Agong.

Wee Ka Siong | Seperti yang diketahui umum, semua Ahli Parlimen BN telah mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara semalam dan mempersembahkan hasrat untuk membubarkan Parlimen. Apa-apa keputusan, biarlah ditentukan oleh YDP Agong.

Ahli-Ahli Parlimen GPS, PAS, Warisan, PKR, PPBM, PAN dan DAP turut diundang ke Istana Negara dan setiap Ahli Parlimen ditemuramah secara berasingan oleh YDP Agong pada semalam dan hari ini.

Seperti yang saya nyatakan dalam sidang media di PWTC semalam, biarlah rakyat menentukan atau memberi mandat kepada sesiapa yang diyakini mampu untuk mengemudi negara yang terumbang-ambing selepas kegagalan pentadbiran serta tumbangnya PH angkara perbuatan mereka sendiri.

Keputusan yang saya ambil ini juga selari dengan hasil Mesyuarat Majlis Presiden MCA, beberapa jam sebelum saya mengadap YDP Agong iaitu, sebulat suara bersetuju untuk menyerahkan kepada rakyat bagi menentukan siapa pucuk pimpinan negara menerusi pembubaran Parlimen.

Namun kami yakin, apa jua keputusan yang bakal dititahkan oleh YDP Agong, ia wajar dipatuhi oleh semua rakyat dan pastinya keputusan itu dibuat demi kepentingan negara secara menyeluruh.

Mengenai cadangan penubuhan kerajaan perpaduan, bagi saya ia tidak menjamin kepada kesuburan demokrasi yang telah kita praktikkan sejak sekian lama serta ia juga berupaya melenyapkan proses semak dan imbang terhadap kerajaan pemerintah.

 


Saya tidak bersetuju sistem Westminster yang sekian lama dilaksanakan di negara kita berubah menjadi sistem Presiden sesebuah republik yang mempunyai kuasa mutlak untuk melantik individu menyertai Jemaah Menteri tanpa melalui parti komponen.

Saya enggan melihat sistem demokrasi di Malaysia berkembang sehingga tiada lagi peranan pembangkang apabila PM disokong penuh oleh kesemua 222 orang Ahli Parlimen. Apakah ini sebuah demokrasi subur yang kita mahu lihat?

Apabila PM disokong oleh semua Ahli Parlimen, maka kuasa mutlak diberi kepada PM untuk membuat apa saja dengan slogan “ikut suka saya”. Maka, saya lebih rela menjadi pembangkang untuk memberi “semak dan imbang” kepada Kerajaan.

Sepanjang tempoh peralihan ini, berilah ruang sewajarnya kepada semua pihak agar proses ini dapat berjalan dengan tertib, tenang dan lancar tanpa sebarang kekacauan yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam. - 26 Februari 2020.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...